~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, June 8, 2015

Calon Menantu Mak - Bab 48



Bab 48
Tiga bulan kemudian...
Semalam, Sofea selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberikan nama Muhammad Uais. Uais dilahirkan dalam keadaan Sofea masih mengenang nasib dan Bob disebalik tirai besi. Uais dilahirkan tanpa akan dapat merasa kasih sayang seorang ayah sehingga takdir menentukan kelak.
            Kasihan Uais. Bob tidak dapat mengazankan Uais sepertimana layaknya seorang ayah mengazankan anak lelaki yang baru dilahirkan isterinya. Tangan Bob digari dibelakang. Bob hanya dapat datang mengunjungi Sofea dan Uais sehari selepas kelahiran Uais. Daim yang mengazankan Uais. Mujur, Daim dan Dhia sempat membawa Sofea ke hospital. Jika tidak, mungkin Sofea akan melahirkan Uais keseorangan di rumah.
            Kebetulan Daim menemani Dhia melawat Sofea yang semakin sarat. Rumah dua tingkat sunyi sepi tidak seperti selalunya. Pintu rumah dibiar tidak berkunci. Puas Dhia memberi salam. Seluruh perusuk rumah dicari Sofea bersama Daim. Daun pintu belakang juga terbuka. Dhia mula memikirkan yang bukan-bukan. Dhia takut kalau Sofea diapa-apakan orang. Muka Dhia pucat tidak berdarah.
            “Eeeerrrkkk...tolong...” kedengaran suara seorang wanita mengerang lemah diluar rumah.
            Dhia dan Daim berlari ke belakang. Alangkah terkejutnya mereka bila melihatkan Sofea yang sudah basah separuh bajunya dengan darah. Bukan sahaja baju yang Sofea pakai, bahkan turut memenuhi rumput. Dhia tergamam. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Daim pula tanpa berlengah, digendung Sofea dan dibawa ke hospital terhampir.
            Sepanjang dalam perjalanan ke hospital, beberapa kali Sofea cuba untuk meneran. Puas Dhia menyuruh Sofea bertahan sehingga sampai ke hospital. Tak sanggup Dhia nak melihat darah Sofea yang mengalir keluar. Dhia fobia pada darah. Tapi sebaliknya, Dhia pula yang kena marah. Memang patut pun. Orang dah sakit lagi nak suruh tahan-tahan. Mana boleh!
            Sesampainya dihospital, kepala Uais sudah keluar separuh. Mahu atau tidak, Dhia terpaksa menyambut Uais semasa masih dalam kereta dengan bantuan jururawat unit kecemasan. Takut jika ditunggu-tunggu Uais akan lemas. Daim melihat saat kelahiran Uais tanpa berkelip walaupun sekejap. Dhia yang menyambut kelahiran Uais juga memercik peluh ke muka. Pertama kali sambut bayi. Memanglah tak biasa.
Alhamdullilah, Uais dilahirkan dengan tiga kali teran sahaja. Tali pusat Uais dipotong dan dengan pantas terus dibawa masuk ke dalam ruang rawatan unit kecemasan bagi mengelakkan Uais dijangkiti kuman. Uais dibersihkan.
Sofea digendung Daim sekali lagi masuk ke dalam. Baju Daim dan Dhia penuh dengan lumaran darah. Dihati mereka berdua tak putus-putus mendoakan semoga kedua beranak ini selamat. Mereka menunggu sehingga Sofea dan Uais di alihkan ke bilik rawatan biasa.
Daim dan Dhia menyalin pakaian yang terpalit darah sofea dengan pakaian yang lebih bersih. Sofea meminta Dhia untuk mendaftarkan nama Uais serta memaklumkan kepada Bob di penjara. Mulanya Dhia keberatan tapi Daim memberikan Dhia semangat. Sebaik sahaja urusan pendaftaran masuk Sofea dan pendaftaran kelahiran Uais selesai, barulah Dhia menelefon pihak penjara memaklumkan hal ini.
            Berita kelahiran Uais disampaikan oleh Dhia dan Daim kepada pegawai penjara.  Dhia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Bob selepas hukuman dijatuhkan. Dihati Dhia masih bersisa rasa sakit hati dan bengang dengan apa yang telah Bob lakukan kepada dirinya.
Dhia tidak pernah menyimpan dendam kepada Sofea. Malah Sofea dilayannya seperti saudara sendiri. Sungguh pun pada awalnya, Sofea masih menyalahkan Dhia, lama-lama Sofea semakin dapat menerima hakikat bahawa bukan Dhia yang sengaja menbiarkan dirinya diculik Bob.
Hari ini, Dhia datang untuk melawat Sofea dan Uais. Melihatkan bayang pegawai penjara, niatnya dibatalkan. Dhia tahu Bob berada di sini. Dhia hanya menunggu diluar.
“Sudah sampai masanya Abang lepaskan Sofea.,” kata-kata Bob sangat pelahan tapi cukup kuat memukul gegendang telinga Sofea. Air matanya mengalir deras dari hujung kelopak mata.
“Sofea sanggup tunggu, Abang,”
“Sampai bila, Sofea? Samapi bila? Abang tak tahu bila Abang akan keluar, Sofea,” Bob sedikit beremosi.
“Takpe. Sofea sanggup tunggu Abang. Sofea dan Uais akan setia tunggu Abang berapa lama pun,” Sofea mengesat air matanya.
“Tidak, Sofea. Tidak. Abang tak nak Uais membesar dengan tahu yang ayahnya seorang banduan. Apa masa depan Uais nanti? Abang kalau boleh tak nak langsung Uais tahu siapa ayah dia sebenarnya,”
“Sampai hati Abang. Uais tetap anak Abang. Anak Sofea. Anak kita. Walau macam mana Abang cuba sembunyikan siapa Abang, satu hari nanti Uais tetap akan tahu siapa ayahnya. Abang, Sofea dah takde siapa-siapa lagi selain Abang dan Uais.
Ingat tak dulu, Abang pernah janji nak jaga Sofea? Abang pernah janji akan terus bimbing Sofea? Abang, kalau tak kerana Abang, mungkin Sofea bukan seperti Sofea yang sekarang. Sofea masih dengan dunia Sofea yang takde batas. Sofea dah takde Mummy dan Daddy jaga Sofea. Sofea hanya ada Abang je. Kalau Abang pun nak tinggalkan Sofea, pada siapa lagi tempat untuk Sofea bergantung?” air mata Sofea semakin mencurah-curah seperti air paip yang pecah.
Bob hanya menunduk ke lantai. Setitis air mata jernih menitik ke lantai. Bob menangis.
“Masa dah tamat,” pegawai penjara yang membawa Bob berjumpa Sofea menamatkan drama air mata.
“Izinkan saya cium anak saya dulu?” pinta Bob. Pegawai penjara mengangguk.
Uais merengek secara tiba-tiba bila Bob menciumnya. Seperti dia tahu yang ayahnya akan pergi meninggalkannya. Sofea menyeka air matanya. Tangan Bob disalaminya, “Sofea akan tunggu Abang,”
Bob terus melangkah pergi meninggalkan Sofea dan Uais yang masih merengek. Menangis. Dhia yang berada ditepi daun pintu mengelakkan diri. Dhia berlalu pergi dan duduk di kerusi dengan membelakangkan Bob. Air mata Dhia turut mengalir.
Hari tertangkapnya Bob masih segar dalam ingatan Dhia...
Sebaik sahaja mereka keluar dari kawasan kebun getah, tak sampai beberapa kilometer sekatan jalan raya besar-besaran dilakukan. Kereta yang Yusof pandu tidak dapat mengelak dari sekatan. Beberapa kereta mengikut rapat dibelakang kereta mereka. Sebelah kiri dan kanan juga bergitu. Mereka terperangkap di tengah-tengah.
“Bodoh! Tadi aku keluar takde pun sekatan. Kenapa boleh ada pula?” soalan yang diutarakan Bob langsung tak munasabah.
“Kan aku cakap, sekatan besar-besaran,” Yusof menegakkan kata-katanya.
“Sial,” Bob menepuk keras kerusi dihadapanya.
Pintu di buka tanpa mengira akan keselamatan penunggang motorsikal yang mencelah. Natijahnya, sepasang suami isteri jatuh terhantuk ke kereta sebelah bila Bob membuka pintu kereta tanpa memperdulikan mereka. Dhia pula dipikul dibahu kanan. Bob terus lari ke semak berdekatan. Pasangan suami isteri itu sebaliknya dibantu oleh kereta sebelahnya.
“Bob, kau nak bawa Si Dhia tu ke mana?” Yusof turut sama keluar dari kereta.
Telefon yusof yang masih berhubung dengan Daim mengundang cemas pada Daim. Bertambah kalut Daim dibuatnya mendengarkan apa yang dikatakan oleh Yusof. Kemudian, seorang anggota polis datang melaporkan berkenaan huru-hara disebelah belakang sana. Tempat Yusof dan Bob bertengkar.
Daim tanpa berfikir panjang, berlari menuju ke arah yang ditunjukkan. Daim ternampak susuk tubuh wanita. Hatinya kuat menyatakan itu Dhia. Lariannya dipercepatkan lagi. Jefry, Pak Cik Lutfi dan Dr. Aiman menyusul di belakang.
Yusof menarik kaki Dhia. Bob pula menarik Dhia naik lagi ke atas bahunya. Yusof dan Bob saling berebutkan badan Dhia yang terikat kaki dan tangan. Berpusing-pusing badan Dhia diudara. Kepala Dhia sudah pening dan tekaknya terasa mual. Bila-bila masa termuntah.
Entah macam mana, Bob tercampak Dhia ke dalam semak. Dihadapan Daim, Daim lihat Bob mencampakkan Dhia dan kemudian menerpa kepada Yusof. Apalah nasib Dhia? Semak pula sedikit punya curam. Makin mencerun Dhia bergolek ke bawah.
“Dhia!” jeritan Daim mengejutkan Bob. Daim terus berlari melangkah masuk ke dalam semak tempat Dhia jatuh tergolek.
Dhia terus bergolek dan bergolek sehinggalah kepalanya seakan terhantuk sesuai dengan daya impak yang kuat. Dhia hanya dapat melihat tudung yang dipakainya berdarah dan Dhia tahu dia akan bertambah lemah.
Bob pula, bila melihatkan polis berlari ke arahnya, Bob terus masuk ke dalam semak. Apa lagi nasibnya Dhia? Kakinya pula disepak Bob. Lutut yang masih sakit menambahkan lagi keperitan Dhia. Berkerut-kerut dahi Dhia menahan sakit yang bukan kepalang. Lutut sakit, kaki sakit, badan lemah, kepala pun sudah berdarah. Yusof yang sempat ditumbuk sehingga mulut dan hidungnya berdarah, masih tetap  cuba bangun untuk mengejar Bob tapi dihalang oleh orang ramai. Mereka risau jika Yusof dibelasah Bob lagi. Polis terus mengejar Bob.
Dr. Aiman membantu meredakan pendarahan Yusof. Kelengkapan tiada. Yang ada hanya peti pertolongan cemas yang diberikan oleh seorang wanita. Itu pun hanya perkara yang asas sahaja. Tidak banyak dapat membantu.
“Dhia, Dhia,” Daim terus memangku kepala Dhia yang betul-betul nampak lemah. Daim membuka ikatan yang ada.
Air mata Daim merembes keluar melihatkan Dhia di ikat tak ubah seperti patung lilin. Daim semakin berdendam dengan Bob.
“Ya Allah, Kak We!” kasihnya ayah.. Pak Cik Lutfi yang mengikuti Daim masuk ke semak, terus ‘merampas’ Dhia dari Daim dan diangkat ke jalan raya.
Call paramedic now!” jeritan Pak Cik Lutfi semakin mencemaskan orang ramai. Dhia antara sedar dengan tidak. Daim masih membuka ikatan dikaki Dhia.
Dr. Aiman berlari kepada Dhia. Keadaan Dhia agak teruk. Peti pertolongan cemas milik wanita tadi terpaksa digunakan sehabis-habisnya. Dr. Aiman terpaksa mencari alternatif lain untuk menahan pendarah Dhia. Daim membuka bajunya dan dengan baju itu, Dr. Aiman menahan pendarahan Dhia.
“Sabar ya Kak We. Sabar.” Pak Cik Lutfi mencium dahi Dhia yang berdarah.
“Mana paramedik?” jerit Daim pula.
Tudung Dhia ingin dibuka Daim tapi Dhia mengeling. Daim berkeras dan Dhia memegang lengan Daim dalam keadaan tenaga yang bersisa. Kepalanya tetap digelengkan. Daim kecewa tapi dia tetap menghormati permintaan Dhia. Daim berlalu kepada Yusof yang sedang mengelap lukanya.
Dr. Aiman melihat badan Dhia berbirat-birat kemerahan. Dr. Aiman tak menyangka Bob akan berbuat demikan kepala Dhia. Orang yang pernah Bob sayangi dulu. Andai kita pernah sayang seseorang, adakah kita mahu menyakiti orang yang kita sayang hingga sebegini rupa? Ini bukan sayang sebaliknya nafsu yang menguasai diri.
Dalam samar-samar cahaya yang masuk, Dhia nampak Daim mencekak kolar baju Bob. Dhia nampak Daim mahu menumbuk Bob tapi sempat di halang oleh Jefry. Dhia mendengar jeritan makin hamun yang Daim hamburkan kepada Bob. Dhia sempat dengar setiap balasan yang Bob berikan. Dhia terasa dunianya semakin kelam dan suram. Suara-suara orang sekelilingnya semakin menyepi. Matanya tertutup rapat.
“Fieyah, Fieyah. Bangun, Fieyah” Dr. Aiman menampar pipi Dhia.
 “Kak We, bangun, Nak. Bangun,” Pak Cik Lutfi pula menampar pipi Dhia.
Daim berkejar kepada Dhia. Dhia sudah terkulai layu tak benyawa.
“Dhhhhiiiiiiaaaaaa.....” Daim melaung disebelahnya.
Air mata Daim merembes keluar semahu-mahunya. Kumpulan paramedik yang baru sampai seolah terpaku. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dhia seolah tidak dapat diselamatkan.
Tiba-tiba mata Dhia terbuka sedikit,
“Saya tak mati lagilah.” Suara Dhia yang bernada lemah. Daim menyapu air matanya.
Dr. Aiman tiada cara lain. Ambulans tersangkut ditengah sekatan jalan. Dhia harus segera dibawa ke hospital. Takut ditunggu lama lagi, dari dapat diselamatkan langsung tak dapat.
###
Dhia koma selama sebulan.
Seminggu Dhia di Hospital Besar Kelantan. Selebihnya terus dipindahkan di Hospital Besar Melaka. Asalnya Pak Cik Lutfi mahu membawa Dhia balik ke rumah je tapi doktor melarang disebabkan keadaan Dhia yang kadang demam secara tiba-tiba menyebabkan Dhia memerlukan kawalan rawatan 24 jam.
Sepanjang cuti yang ada, Melaka sudah menjadi rumah ke dua Daim. Daim setia menunggu sehingga Dhia mencelikkan mata. Kasihan Diam melihatkan Dhia dengan air garam yang tak pernah putus. Kadang-kadang alat bantuan penafasan menjadi peneman Dhia.
Tapi bila Dhia sedar orang disebutnya adalah, “Bob,”
Kecil hati Daim dibuatnya bila orang yang disayang menyebut nama lelaki lain. Kalau sebut nama orang baik-baik takpe. Ini Bob. Orang yang perah menculik Dhia dan menyebabkan Dhia jadi macam ini. Aci ke macam tu? Tak aci langsung!
Daim menyandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. Merajuk.
“Kak We, buat apa kau nak kenang lagi Abang Bob tu? Dia dah selamat duduk lokap,” bengkeng Latifah.
“Kak We, fikirkanlah tentang Along. Sian dia jaga kau siang malam semata-mata nak tengok kau sedar. Ini bila kau dah sedar, orang pertama yang kau cari Bob. Apa ni?” Laila juga memarahi Dhia.
“Aku tak cari dia untuk tujuan apa-apalah. Aku cari Bob sebab aku nak tampar muka dia tiga kali,”
“Ha? Kenapa awak nak tampar dia tiga kali?” Daim merapati katil dia.
“Sebab dia tampar saya tiga kali,” beritahu Dhia.
“Ha? Tak guna punya, Bob. Aku sendiri tak pernah sentuh Dhia. kau, sedap-sedap je tampar tunang akukan? Kalau aku tahu, memang melayang juga penumbuk sulung aku dekat muka kau. Nasiblah kau duduk dalam jel sekarang ni. Kalau tidak memang aku balas setiap perbuatan kau. Baru badan dengan muka kau,” Daim mengepal-ngepal penumbuknya.
            Kata-kata Daim mengundang tawa semua orang.
            Angkara perbuatan tidak bermoral Bob, berdepan dengan hukuman bawah akta 366 kanun keseksaan, membawa lari wanita bagi tujuan berkahwin, mencederakan mangsa dan mengugut orang. Bahana dari kesalahan ini, Bob boleh berhadapan dengan hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun bagi hukuman dibawah akta 366 kanun keseksaan. Pertuduhan lain masih belum diketahui hukumannya macam mana.
            Dengar dari cerita Laila, Bob telah dipenjarakan. Hukuman sahaja masih belum berjalan. Pihak mahkamah menunggu Dhia sedar dahulu sebab Dhia akan dipanggil untuk menjadi saksi utama. Yusof juga dijadikan saksi utama sebab barulah diketahui bahawa Yusof di ugut Bob untuk membantunya selepas apa yang Bob beri pinjam. Nak tak tidak, Yusof terpaksa akur demi tidak mahu keluarganya diganggu. Tapi bahan bukti paling kuat adalah diari Dhia.
            Didalam diari itulah, Dhia menceritakan semua ugutan yang dilakukan oleh Bob. Entah mengapa Dhia menulis apa yang Bob ugut dalam diarinya. Ikutkan hati Dhia, dia malas mahu melayan setiap mesej Bob tapi bila Bob menghantar ugutan seperti itu, Dhia rasa tidak selamat.
            Asalnya Dhia menulis didalam diarinya semata-mata untuk diberikan kepada Daim. Dhia mahu Daim yang ‘mengerjakan’ Bob. Dhia mahu beritahu Daim apa yang bob mahukan daripadanya. Tapi tak sangka ini pula yang terjadi. Diari Dhia yang sepatutnya rahsia telah menjadi satu bahan bukti paling hangat di mahkamah.
“Aku akan lakukan apa sahaja asalkan aku dapat kau, Fieyah. Kalau aku tak dapat engkau, orang lain pun tak akan dapat kau,”
###
            Buat apa dekat luar? Kata nak tengok Uais. Dah tengok ke?” sapa Daim yang menepuk Dhia dari belakang.
            Dhia menunjukkan reaksi terkejut. Dhia mengeleng.
            “Kita balik,” ajak Dhia.
            “Pulak? Tak nak tengok Uais ke?” soal Daim sekali lagi.
            Dhia mengeleng. Daim hanya menurut langkah Dhia yang sudah menuju ke kereta. Dhia menarik tali pinggang keledar dan dipasangnya. Dhia hanya diam sehinggalah kereta berlalu pergi.
            Tiba dipersimpangan hospital, tiba-tiba Dhia bersuara.
            “Kita gugurkan dakwaan kepada Bob boleh tak?” soalan Dhia hampir membuatkan Daim berhenti kereta secara menejut.
            Daim terus memberikan signal ke kiri dan Daim mempakirkan keretanya di bahu jalan. Ini perkara serius. Lebih baik bincang di tepi sebelum perkara tak di ingini terjadi dia tas jalan. Daim memusing badanya kepada Dhia.
            “Kenapa secara tiba-tiba? Sayang dah lupa apa yang Bob buat pada Sayang?” Daim marah tapi dia kena berlembut dengan Dhia.
            “Saya kesian dengan Sofea dan Uais. Disebabkan dakwaan kita, Bob bakal berhadapan hukuman penjara lebih dari sepuluh tahun. Apa akan terjadi pada masa depan Sofea? Masa depan Uais? Apa perasaan Uais bila tahu ayah dia bekas banduan? Saya tak dapat nak membayangkan apa yang bakal terjadi nanti,” Dhia meluahkan rasanya.
            “Tapi itu memang salah Bob pun,” Daim membangkang.
            “Tahu. Memang salah Bob. Memang takde kaitan dengan kita pun. Tapi disebabkan Bob anak isteri dia tanggung derita. Cuba awak letakkan diri awak dalam diri Sofea. Cuba awak rasa apa penderitaan yang bakal Sofea dan Uais rasakan? Tentu awak rasa sakitkan? Mereka berdua tiada sesiapa melainkan Bob. Mereka berdua akan hilang tempat bergantung. Naluri perempuan saya tak dapat terima semua ini,” mata Dhia berkaca.
            “Abang tahu. Tapi Sayang lupa apa yang Bob dah buat pada Sayang? Sayang tak ingat akan parut atas kepala tu? Mungkin Sayang boleh lupa tapi tidak pada Abang. Perasaan Abang sakit bila tengok Sayang sakit. Paling-paling, Bob kena diberi pengajaran,” Daim menegaskan katanya.
            “Saya tahu awak sayang saya. Saya pun sayang awak...” Dhia hilang kata-kata.
            “Sudah tu? Masih nak gugurkan dakwaan?” soal Daim.
            “Ummm...” Dhia mengangguk.
            Daim mendiamkan diri seketika. Pandangannya dibuang jauh ke luar. Sejujurnya, Daim juga merasai apa yang dikatakan Dhia. Daim sudah nampak akan apa yang bakal dihadapi Sofea dan Uais. Tapi Negara Malaysia kita ini mempunyai undang-undang. Setiap yang salah harus mendapat membalasan. Tapi undang-undang kita tak kejam dan zalim. Sehingga menjatuhkan hukuman secara membabi buta.
            “Abang tak rasa undang-undang kita akn lepaskan Bob macam tu  je. Tapi mungkin kita boleh memohon agar hukuman Bob di ringankan. Hanya itu yang kita boleh buat. Menarik balik dakwaan, Abang rasa kita sudah terlambat. Hukuman kepada Bob bakal diputuskan tak lama lagi,” ulas Daim selepas berdiam diri seketika.
            “Boleh ke?” soal Dhia yang sedari tadi menunduk.
            “Tak tahu. Kita kena periksa dengan peguam dulu macam mana. Apa perkembangan kes terkini?”
            “Kita jumpa peguam hari ini boleh?” Dhia seakan merayu.
            “Boleh, Sayangku Dhia”
            Senyuman diberikan seikhlasnya kepada Dhia. Wanita yang bakal menjadi permaisuri dalam tempoh 3 bulan mendatang. Apa sahaja untuk Dhia akan dilakukan. Daim tidak mahu Dhia merasai penderitaan ketika berada dalam tahan Bob dulu. Daim telah berjanji akan menyayangi Dhia seadanya.

No comments: