~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, December 21, 2010

Cerpen - Isteriku Yang Blur II

Hospital Pantai.

          Sumaiyah masih belum sedarkan diri. Doktor cakap kalau Sumaiyah lambat di bawa ke hospital mungkin Sumaiyah tidak dapat diselamatkan. Buat pertma kalinya Johan berasa gelisah. Buat pertama kalinya Johan seperti mempunyai rasa dengan Sumaiyah. Buat pertama kalinya Johan mahukan Sumaiyah kembali. Dalam hatinya berdoa agak Sumaiyah segara sedar. Mahu dicium, dipeluknya Sumaiyah sekuat hatinya. Ya Allah jangan kau tarik bidadariku saat aku mula mengakui kehadiranya. Air mata Johan buat pertama kalinya jatuh untuk Sumaiyah.
         “Uhuk..uhuk...uhuk...” kedengaran Sumaiyah batuk kecil. Johan terus meluru ke arah Sumaiyah.
         “Sumaiyah dah sedar?” terus dikucupnya dahi Sumaiyah. Di peluk Sumaiyah sekuat hatinya.
          “Apa ni peluk-peluk ni. Saya tersepitlah,” bicara Sumaiyah dalam kepayahan.
          Johan meleraikan pelukannya. “Sumaiyah, awak jangan tinggalkan saya yerk?
          “Nak tinggalkan awak kat mana?” soal Sumaiyah yang memang blur. Johan tergelak. Tak kisahlah   Sumaiyah. Walaupun kau ni minah blur kau tetap yang aku puja.
*****************************************
Rumah Dato' Fuad
          “Sumaiyah, awak daftar masuk bilik saya yerk?” bicara Johan semasa membukakan pintu kereta buat Sumaiyah.
          “Daftar masuk? Kenapa nak kena daftar masuk? Ada ujian tak?” soal Sumaiyah bertubi-tubi. Johan sudah menepuk dahi. Apalah blur sungguh isteri aku ni. Aduhai...poning palo pak cik.
          “Maksud saya, awak kemas semua barang-barang awak tu pindah masuk bilik saya. Kita duduk dalam satu bilik yang sama. Macam yang sepatutnya.” terang Johan. Muka Sumaiyah berkerut-kerut. Tak akan tak faham lagi.
          “Macam yang sepatutnya? Sepatutnya apa?” Soal Sumaiyah sambil melangkah ke dalam rumah mertuanya. Johan dah dapat mengagak dah Sumaiyah mesti tak akan faham apa yang dimaksudkannya.
          “Sumaiyah ok tak? Risau mummy,” Sumaiyah diterpa Datin Suzy.
          “Ok je mummy. Oh ye mana Nia yerk?” soal Sumaiyah. Rasanya dia masuk hospital tak lah lama mana. Masuk tak sampai 3 jam pun. Nia dah balik rumah dia kot lepas bergumbira dan senang hatinya dia mencekik aku.
          “Dalam lokap,”tegas dan cukup jitu suara papa mertuanya, Dato' Fuad.
          “Ha dalam lokap? Kenapa dia dalam lokap?” soal Sumaiyah.
          “Sebab dia pilih untuk duduk dalam lokap. Buat kacau rumahtangga orang. Patut dah lama dah dia merengkok dalam lokap nun,” Cukup kuat suara Dato' Fuad kedengaran. Saja ditekankan suaranya sambil menoleh ke arah Johan. Johan hanya menikus.
          “Papa, mak Mia selalu cakap tak baik kita berdendam dengan orang. Sebelum tidur pun mak selalu pesan, kita kena memaafkan dan meminta maaf dengan orang yang kita dah buat salah pada hari ni. Kita maafkanlah Nia yerk?” pujuk Sumaiyah. Johan memandang isterinya tak berkelip. Mulianya hatimu Sumaiyah.
          “Buat apa? Nanti dikacau lagi keluarga kita,” tegas Dato' Fuad.
          “Mia tak berdendam ke dengan Nia? Dia hampir nak bunuh Mia tau.” soal Datin Suzy pula.
          “Tak pun. Nak buat apa dendam dengan dia? Mia tak dapat apa-apa pun. Lagi satu kalau dia kacau keluarga kita, kita kacau keluarga dia balik. Ha kan adil macam tu?” cadangan Sumaiayah benar-benar memeningkan kepala semua orang.
          “Kalau dia nak bunuh Mia lagi, Mia pun akan bunuh dia juga ke?” Datin Suzy sekadar menguji.
         “Eh! Kalau dia dah bunuh Mia macam mana Mia nak bunuh dia?” Soalan berbalas soalan. Semua dah menepuk dahi. Dato' Fuad yang asalnya serius terus ketawa besar dengan gelagat Sumaiyah.
          “Mia ada salah sebut ke?” soalannya mengundang ketawa besar semua orang termasuk Mak Ti dan Pak Mail. Muka Sumaiyah masih tetap blur seperti biasa. Apasal diaorang gelak ni? Heran aku.
         “Jadi Mia nak Nia dilepaskan?” soal Dato' Fuad selepas ketawanya reda.
         “Ha'a le. Biau le dia. Sian dia,” akhirnya keluar juga slang Melaka Sumaiyah.
         “Mia betul-betul nak Nia dilepaskan?” Dato' Fuad mahukan kepastian.
         “Yezza. Ala biarlah dia. Insyallah satu hari nanti dia akan insaf juga,” Dato' Fuad terpaksa akur kepada kata-kata Sumaiyah.
**************************************
Di Balai Polis Skudai.
          “Saya Suzyana yang call buat laporan berkenaan orang gila yang menyerang menantu saya semalam. Boleh tak kalau saya nak gugurkan laporan saya?” tanya Datin Suzy kepada salah seorang Pegawai Polis Wanita dihadapannya.
         “Sebentar ye puan,saya check balik laporan puan,”
         “Ha ye lah. Silakan,”
         “Boleh saya dapatkan detail puan?” tanya anggota polis tadi dan Datin Suzy memberikan sepenuh kerjasama.
         “Boleh saya tahu kenapa nak gugurkan laporan?”
         “Bergini...”
         Belum sempat Datin Suzy berkata-kata Sumaiyah terlebih dahulu menjawap. “Saya yang menjadi mangsa kena cekik tu. Saya dah sihat dah. Saya dah boleh makan minum seperti biasa. So, kalau boleh kami nak tarik balik laporan tu sebab kesian dengan dia. Dia ada tanggungan nak dijaga. Lagi pun saya dah maafklan dia,” bersungguh betul Sumaiyah mahu melepaskan Nia.
         “Puan tak takut ke kalau-kalau suspek menyerang puan lagi?”
         “Nak takut buat apa? Kalau dia serang saya, saya serang dia balik.”
         “Kalau dia bunuh puan?”
          “Kalau dia dah bunuh saya, saya mati la,” tergelak anggota polis berkenaan.
         “Saya ada salah cakap ke?” Johan menarik lengan Sumaiyah.
         “Lebih baik awak senyap je Sumaiyah,” Johan memberikan amaran.
          “Ye la,” muncung Sumaiayah panjang sedepa. Urusan mengugurkan laporan rupanya lebih rumit dari mengugurkan kandungan yerk? Banyak pula prosedur yang terpaksa Datin Suzy tempuh. Banyak borang nak kena sain. Banyak air liur yang terpaksa dikeluarkan. Padanlah ramai yang suka buang-buang baby ni. Senang rupanya gugurkan baby ni. Hai...
          Sejam menunggu dan melalui pelbagai proses, Nia pun dibebaskan. Nampak je kelibat Nia keluar diiringi oleh anggota polis tadi, cepat-cepat Johan memegang tangan Sumaiyah. Bagaikan terkena renjatan elektrik, Sumaiyah tegak berdiri di sebelah Johan. Kepala dan matanya beralih ke tangan yang dipegang kemas oleh Johan. Darah gemuruhnya naik dengan mendadak dan pup... Sumaiyah pun pengsan disebabkan terlalu panik.
          “Sumaiayah...Sumaiyah....” Johan yang terkejut dengan keadaan Sumaiyah mengendong Sumaiyah keatas bangku sambil menampar-nampar pipi Sumaiyah.
          “Papa dah cakap dah. Perempuan ni memang bawa sial. Tengok Mia dah pengsan lagi,” sesungguhnya Dato' Fuad amat bengang. Nia hanya diam seribu bahasa. Dalam hatinya amat cemburu dengan perhatian yang Johan berikan kepada Sumaiyah.
          Datin Suzy merenjis air ke muka Sumaiyah dan... tersedarlah Sumaiyah. Terkejut benar Sumaiyah bila tersedar, dia berada di dalam dakapan Johan. Terus berdiri tegak Sumaiyah.
          “Maafkan saya. Saya tak sengaja,” ditekupnya muka menahan malu yang amat. Aduh macam manalah aku boleh landing kat bahu Johan ni?Apa yang dah terjadi ni? Kenapa aku boleh pengsan pula ni? Aduhai...malunya!
          Kejadian di Balai Polis berakhir bergitu sahaja. Nia diberikan amaran supaya tidak menganggu mereka sekeluarga. Johan juga terang-terangan memutuskan hubungan dengan Nia.
**************************************
Selepas 2 Minggu.
          Keadaan kembali seperti biasa. Cuma bezanya Sumaiyah dan Johan dah duduk dalam satu bilik yang sama iaitu bilik Johan. Mereka masih cuba untuk membiasakan diri dengan keadaan sekarang. Sumaiyah juga dapat menjalankan tanggunjawab sebagai isteri kepada Johan bergitu juga sebaliknya.
         Sumaiyah tidak lagi menjadi setiausaha kepada Dato' Fuad tapi sekarang menjadi setiausaha yang sentiasa setia hanya kepada Johan. Datin Suzy pula dengan rela hati 'mengoffer' diri menjadi setiausaha Dato' Fuad dan cadangan itu diterima baik oleh Dato' Fuad.
**************************************
Di bilik Johan.
         “Sumaiyah, apa kata hujung bulan ni kita pergi honeymoon. Nak tak?” Johan memulakan bicara pada malam itu.
         “Honeymoon? Kat mana?” soal Sumaiyah.
          “Kat pulau-pulau ke? Boleh mandi laut,” pancing Johan lagi.
          “Pulau? Tak mahulah,”
          “Kenapa?” soal Jihan.
          “Bahaya! Ombak tsunami,” Sumaiyah buat wajah menakutkan.
          “Sekarang ni baru bulan Julai. Tengkujuh bulan Oktober sampai Disember,” terang Johan bersungguh.
          “Ala buat apalah nak bazir-basir duit ni. Apa kata kalau kita balik rumah mak saya. Saya rindulah pada mak saya. Dah 7 bulan saya tak balik jengok mak saya. Ha kalau awak nak pergi mandi laut, saya boleh bawa awak mandi laut kat Pengakalan Balak tak pun kat Pantai Puteri. Pantai dia bersih sikit dari Pantai Tanjung Bidara,” Sumaiyah buat muka seposen.
          Dalam hati Johan dah menyumpah seranah isterinya. Orang nak berdua-dua dengan dia, dia pula ajak balik kampung. Orang ajak pergi pulau dia ajak kita mandi pantai. Ish! Tak faham ke dia ni aku nak 'romantik-romantik' dengan dia?
          “Bolehlah?” entah bila masanya Sumaiyah sudah berada di sebelah Johan.
          Nak balik ke tak nak. Nak balik ke tak nak. Tak balik kang dikatakan zalim tak bagi anak jumpa mak. Nak balik kang sure tak dapat berdua-dua dengan Sumaiyah. Aduhai.
          “Nantilah saya fikirkan,” balas Johan.
         “Tak apa, tak apa. Awak fikir dulu. Nanti awak dah dapat jawapan awak beritahu saya ok? Good night,” terus ditarik selimut ke paras dada dan menutup lampu disisinya.
         Johan dah angkat buku yang di bacanya, di acah-acah ke badan Sumaiyah. Lagak macam mahu menghempuk Sumaiyah dengan buku yang dibacanya.

*************************************
Taman Sri Mangga Sekyen 1, Melaka. (selepas sebulan)
          “Mak, anakmu telah pulang,” laung Sumaiyah keluar-keluar je dari kereta Johan. Ha kalau nak tahu, sekarang ni pergi mana-mana pun naik 1 kereta yang sama. Tak ada dah naik kereta lain-lain macam dulu. Johan yang akan drive dan bila johan drive dengan Sumaiyah disebelahnya mesti Johan akan memandu 80 km/j je. Sumaiyah sempat tidur 2 3 roundlah juga baru sampai Melaka.
         Terkejut Puan Rahimah yang sedang menjemur pakaian di ampaian bila mendengar suara Sumaiyah. Anak-anak jiran pun semua melopong melihat aksi Sumaiyah. Manalaka Johan pula, dibiarkan mengambil segala macam barang-barang mereka.
          “Mak, rindunya kat mak,” Sumaiyah terus memeluk dan mencium Puan Rahimah berkali-kali.
          “Ish! Kak long ni. Lemas mak tau!” direngangkan mukanya dari terus diasak dengan ciuman Sumaiyah. Sikit-sikit sudahlah ni sampai penuh satu muka dengan air liur dah apa hal?
          “Ala mak ni, cium sikit pun tak boleh? Rindu tau dengan mak. Mak sihat? Adik-adik ok? Mana semua orang?” soal Sumaiyah bertubi-tubi sambil jalan beriringan dengan Puan Rahimah. Johan memandang dari jauh dengan penuh cemburu. Aku dah agak dah sure jadi macam ni punya. Mesti Sumaiyah nak berkepit dengan mak dia je 24 jam. Silap-silap tidur pun sama ni. Getus hati Johan.
         “Kak Long, tanya satu-satu boleh tak? Ha mana suami kamu?” soal Puan Rahimah.
          “Hehehe...tu dia,” dimuncungkan mulutnya ke arah Johan yang sedang memunggahkan barang-barang Sumaiyah.
          “La kamu biar je Johan angkut semua tu? Ish bertuah punya isteri. Pergi tolong suami kamu sekarang!” arah Puan Rahimah. Sumaiyah dengan langkah longlai pergi menemui suaminya.
          “Nak saya tolong ambil apa-apa tak?” tanya Sumaiyah.
          “Tak apa. Saya boleh ambil sendiri,” balas Johan acuh tak acuh.
          “Ok,” ringkas jawapan Sumaiyah kemudian berlalu dengan penuh semangat ke arah Puan Rahimah. Bertambah bengang Johan.
          Tiba di pintu pagar dia di tegur Kak Dina, “Lama tak nampak Sumaiyah. Makin cantiklah!”
          “Eh! Tak adalah. Biasa je,” tersipu-sipu Sumaiyah menjawap soalan Kak Dina.
          “Ish! Iye le. Lain beno serinya. Dah ada isi ke?” tanya Kak Dina lagi.
          “Isi? Isi apa?” soal Sumaiyah kembali. Kak Dina pun menunjukkan kepada perut Sumaiyah.
          “Oh saya memang banyak isi lemak sekarang ni, kak. Maklumlah asyik kena masak tengah malam je. Hehehe...” dikerling ke arah Johan yang sedang mengusung beg-beg mereka ke dalam rumah.
          Kak Dina tepuk dahi. Baru dia teringat yang Sumaiyah ni minah blur. Cakap dengan Sumaiyah ni tak boleh guna bahasa bunga-bunga sure akan disalahertikan nanti.
         “Tak ada apalah Sumaiyah,” akhirnya Kak Dina mengalah dan berlalu masuk ke rumahnya.

**************************************
Pantai Pengakalan Balak, Melaka.
          Johan berjaya membawa lari Sumaiyah dari terus mengekor punggul Puan Rahimah 24 jam,. Dan seperti yang dijangka, hampir seminggu disini memang Johan disisihkan habis-habisan. Tidur dalam bilik Puan Rahimah. Makan dengan Puan Rahimah. Masak dengan Puan Rahimah. Tengok Tv dengan Puan Rahimah. Semuanyalah dengan Puan Rahimah. Lantas, dek kerana Puan Rahimah juga sudah naik rimas dengan Sumaiyah maka dia setuju untuk berkrompromi dengan menantunya untuk kepentingan bersama. Rancangan diatur dengan penuh teliti.
          Pada hari kejadian, Puan Rahimah tiba-tiba buat alasan kena berkursus di ibu pejabat syarikatnya di Kuala Lumpur selama 2 hari. Sumaiyah berkeras mahu menemankan Puan Rahimah tapi di tolak lembut oleh Puan Rahimah dengan beralasan dia akan bergerak dengan kenderaan Syarikat. Maka Kecewalah Sumaiyah. Bila Puan Rahimah pergi je, kebetulan adik-adiknya semua duduk di asrama. Memang tinggal Sumaiyah dan Johan je la berdua. Johan pun mula menagih janji.
          “Kata nak bawa saya mandi laut. Ni dah seminggu kita kat sini, jangan katakan laut pantai pun saya tak nampak,” Johan menagis janji.
          “Memanglah awak tak nampak dah kita duk kat taman ni. Sawah adalah,” balas Sumaiyah.
         “Ye la. Awak tak mau ke bawa saya tengok laut yang awak katakan cantik bebenar tu?” Johan masih memancing Sumaiyah.
        “Kena pergi ke?” balas Sumaiyah kemalasan.
        “Kenalah. Dah janjikan? Tak baik tau mungkir janji,”
        “Ye lah ye lah. Kita pergi Pantai Puteri je la yerk?” sejak duk Johor Bahru ni banyak bahasa Johor yang terkeluar dari mulut Suamiayah. Johan pun tak ada loghat Johornya.
         “Tak maulah. Saya tengok dalam website Pantai Puteri tu dekat dengan tangki minyak. Tak maulah. Kita pergi yang kat Pengkalan Balak tu nak?” pujuk Johan.
        “Ha? Mana ada kat Pantai Puteri tu tangki minyak? Petronas Penapisan adalah. Nun kat Tangjung Minyak nun. Awak ni kan memandai je. Saya yang lahir sini tau,” Sumaiyah berkerut memikirkan kata-kata suaminya.
         Ya Allah awatlah bengap sangat isteri aku ni. “Ye yang tulah saya nak sebut. Amacam jadi tak?”
         “Ummm...oklah. Kita pagi petang sikit yerk? Pagi ni saya nak basuh baju jap,” balas Sumaiyah kemudian beredar ke dapur. Johan dah terkinja-kinja di ruang tamu. Baik punya.
         Maka, petang itu mereka pun pergilah. Sumaiyah siap membuat bekalan roti sandwich dan mihun goreng untuk dua orang makan. Bukan berjimat tapi kedai makan susah sikit nak jumpa kat Pengakalan Balak ni. Johan pergi dengan penuh riang gembira. Dibawanya kereta selaju yang mungkin supaya cepat sampai ke destinasi.
          Sampainyua di sana, Johan awal-awal lagi dah mengajak Sumaiyah untuk mandi dahulu baru makan tapi ditolak lembut oleh Sumaiyah.
         “Tak baik tau. Mandi lepas makan. Nanti perut buncit. Baik kita mandi sekarang.”
         “Tak maulah. Terik lagi la. Nanti kulit saya gelap,” alasan Sumaiyah.
          “Nah ambil ni sunblock. Gunalah,” dihulurkan kepada isterinya. Sumaiyah hanya memandang je.
          “Kenapa tak ambil? Ambilah ke awak nak saya sapukan?” acah Johan.
         “Kena sapu ke? Kalau tak sapu tak boleh?” soal Sumaiyah.
         “Kata takut gelap tadi. Ni nak bagi tak mau gelaplah,” balas Johan yang setia menunggu Sumaiyah untuk terjun bersamanya. Sumaiyah dengan berat hati menyapu sunblock ke kulitnya.
         “Ok dah boleh terjun dah?” tanya Johan bila melihat Sumaiyah sudah selesai mengenakan sunblok ke kulitnya. Sumaiyah hanya mengangguk. Johan terus mengendong Sumaiyah di bawa ke tepi pantai. Terkejut besar Sumaiyah dengan tindakan Johan.
         Mereka bergurau senda sesenda sendanya. Johan baling air pada Sumaiyah, Sumaiyah balas balik.      Walaupun pada awalnya Sumaiyah orang pertama yang warning Johan agar tidak berbuat perkara kebudak-budakan. Akhirnya, dua-dua jadi budak dalam laut tu. Berlari berkejaran ke sana ke mari. Dah sejuk dalam laut naik ke darat menjamu selera. Kemudian turun balik. Naik balik. Bergitulah keadaannya sehinggalah lewat petang.
         Semasa mereka bersiap-siap mahu pulang, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi berlarilah dua-duanya ke dalam kereta. Dalam hati Johan yang memang sudah merangka idea, memanjatkan kesyukuran yang amat sangat bila hujan turun pada lewat petang itu. Seolah-olah Tuhan juga menyebelahi idea dia dan Puan Rahimah. Dalam hati Johan tak habis-habis berbunga mekar. Tersenyum dalam tersembunyi. Hehehe...
        “Kenapa ni wak??” soal Sumaiyah bila melihat Johan sedari tadi cuba untuk menghidupkan enjin kereta tidak berjaya.
         “Tak mau startlah. Rosak kot,” dalam hati Johan dah melonjak suka.
         “Kenapa boleh rosak pula? Tadi pergi elok je,” soal Sumaiyah. Hai berfikir pula isteri aku ni.
         “Jap nak tengok jap,” Johan pun terus keluar kononnya mahu membetulkan apa yang patutlah. Untuk menjadikan cerita lebih nampak real kereta rosak di suruhnya Sumaiyah startkan enjin. Sumaiyah start enjin pun tak amhu juga. Kemudian Sumaiyah menjerit.
         “Macam mana nak hidup minyak habislah,”
         “Ha?” rasa macam full tank je tadi. Adakah ini satu lagi pertanda Tuhan mahu membantuku? Johan dah senyum dalam kebasahan. Ditutup bonet depan kereta kemudian masuk kembali ke dalam kereta.
         “Macam mana sekarang ni? Macam mana kita nak balik?” soal Sumaiyah.
          “Entahlah. Rasa saya isi full tank tadi. Tak akan dari rumah mak awak sampai sini tank habis. Mustahil ni. Ni mesti ada yang curi minyak ni,” Johan membuat andaian.
         “Cup...awak cerita pasal minyak keretakan?” soal Sumaiyah.
         “La of courselah. Kita duk cerita pasal minyak lain ke?” soal Johan kembali. Kadang-kadang kebluran Sumaiyah ni boleh bakar darah juga.
         “Jadi macam mana ni?” Sumaiyah muka kerisauan. Hujan yang sangat lebat diluar diikuti oleh guruh memecah alam sunyi. Johan membuat-buat memandang ke sekeliling.
          “Ha kita check in Motel tu dulu la,” 'cadangan' Johan sambil menujuk kepada Motel di belakang mereka.
          “Nak buat apa check in Motel? Kita bukan duk jauh sangat pun,” balas Sumaiyah.
Johan dah garu kepala, “ Kita pergi bersihkan dirilah apa lagi. Awak sanggup balik dengan baju basah kuyup macam ni? Saya tak sanggup. Lagi satu habis basah kerusi ni. Awak suka duk atas kerusi lembab? Saya tak suka.” Sumaiayah hanya tersenyum sumbing. Kemudian digelekkan kepala.
          “Ha tahu pun. Kalau tak suka, nak tak nak awak kena ikut juga saya masuk dalam motel tu. Amik beg baju je. Yang lain biar dalam ni. Dah reda hujan baru kita fikir nak balik macam mana. Ok?” arah Johan.
          “Ok,” jawap Sumaiyah lemah. Kemudian di capai beg baju, Johan membukakan pintu kereta dan mereka lari bersama ke arah motel yang jarak lebih kurang 100 meter.
**************************************
Di Bilik Motel.
          Selesai urusan check in, diaorg terus ke bilik. Hujan pula semakin lebat. Johan terlebih dahulu masuk ke bilik air. Sumaiyah termanggu di tepi tingkap. Johan keluar dari bilik air melihatkan isterinya yang asyik melihat air hujan, pelahan-lahan menyentuh bahu Sumaiyah dari belakang. Sumaiyah terkejut.
         “Sumaiyah menungkan apa?” tanya Johan sambil memeluk isterinya dari belakang. Sumaiyah yang sudah semakin tenang hanya membiarkan perilaku suaminya.
         “Bila agaknya hujan nak berhenti,” Sumaiyah melentokkan kepala ke bahu suaminya.
Pucuk dicita ulam cicah sambal belacan, Johan tak melepaskan peluang. Di lentokkan juga kepalanya ke kepala Sumaiyah. Semakin erat pelukan Johan.
         “Sumaiyah, saya nak minta maaf sepanjang awak jadi isteri saya, saya banyak sakiti hati awak. Saya tahu awak banyak buat perkara untuk menarik perhatian saya. Saya perasaan tapi saya butakan perasaan saya sebab saya hanya fokus kepada Nia. Tapi lama kelamaan saya tidak dapat menafikan kehadiran awak dalam hidup saya. Awak sangat isteimewa Sumaiyah,” Sumaiyah hanya berdiam diri. Memberi peluang kepada Sang Suami untuk berbicara.
        “Awak tahu Sumaiyah...”
         Dengan pantas Sumaiyah menjawap, “tak tahu.”
        “Ye saya nak beritahulah ni,” Spoil la Sumaiyah ni. Terbantut feeling aku.
        “Ye ok,”
        “Saya suka bila awak mesra dengan papa dan mummy. Saya suka bila tengok awak bergurau mesra dengan mummy. Saya suka tengok senyuman awak ,Sumaiyah. Sehari saya tak tengok senyuman awak, terasa hari saya tak lengkap,” sambung Johan. Dikucup dahi isterinya.
        “Saya suka semua masakan awak. Saya suka air tangan awak. Tapi please jangan tanya saya air tangan boleh minum ke tak?” Sumaiyah ketawa kecil. Suasana sepi buat seketika.
         “Awak, saya tanya sikit boleh tak?” tiba-tiba Sumaiyah memecah sunyi.
         “Tanyalah sayang,” wah dah bersayang-sayang dah.
         “Awak minum ke kopi yang saya buatkan untuk awak malam lepas kita nikah tu?” terencat Johan kejap. Ada saoalan tu yang ditanyanya. Apalah Sumaiyah ni. Kita ni baru nak feeling-feeling tahu tak!!!
          “Awak minum ke tak?” kali ni Sumaiyah mengalihkan pandangannya ke arah Johan.
         “Minum. Sedap,” balas Johan ringkas.
          “Ok,” Sumaiyah kembali ke posisi asal.
          “Saya tanya satu lagi soalan boleh tak?” Tanya Sumaiayh lagi.
          “Tanyalah,”
          “Sejak bila awak suka saya yerk?” soalan ringkas Sumaiyah amat-amat mengetarkan hati lelaki Johan. Apasalah dari tadi soalan maut je ni.
         Johan tarik nafas pendek kemudian dilepaskan, “Saya suka awak sejak 10 tahun lalu lagi, Sumaiyah,” Sumaiyah nyata terkejut.
         “Ha? Kita kan baru kenal tak sampai setahun? Macam mana pula awak boleh suka saya sejak 10 tahun lalu? Ni macam tak logik je,” Sumaiyah terus duduk di birai katil.
         “Macam ni, awak pernah masuk tak Kursus Sains Biodiversiti, Ekosistem dan Warisan Alam Semula Jadi di PPLUM, Ulu Gombak? Masa umur awak 16 tahun? Masa awak tingkatan 4?” Sumaiyah seperti berfikir sesuatu. Kemudian dengan segera dia mengangguk.
         “Awak ingak tak lagi siapa jadi fasilitator awak?” soal Johan lagi.
         “Ummm..samar-samar lah. Tak ingat sangat. Kenapa?”
         “Awak ingat tak ada seorang fasilitator ni suka ambil gambar awak? Suka usik-usik awak? Pernah sergah awak dalam sungai masa program Ekologi?' soal Johan lagi.
         Sumaiyah berkerut-kerut dahi mengingatkan hari tu. Ye lah dah hampir 10 tahun mana nak ingat dah kisah lama. Otak pun dah berkarat. Di tenungnya muka Johan bersungguh. Kemudian baru dia perasaan siapa Johan sebenarnya. Terus ditekupnya mulutnya.
         Ya Tuhan baru Sumaiyah perasaan siapa sebenarnya Johan. Sumaiyah masa tu paling benci dengan Johan sebab dia suka usik dan dera Sumaiyah. Selalu je apa yang Sumaiyah lakukan mesti akan di tentang. Pernah sekali masa Abang Lim suruh group dia ambil sample air yang tak tercemar dan Sumaiyah yang sedang mengambil dengan berhati-hati sample air tersebut, boleh terjatuh gedebuk dalam sungai angkara Johan yang tiba-tiba sergah dia dari belakang. Tak pasal-pasal dia dan groupnya kena naik ke atas lagi ke mata air untuk mendapatkan sumber air yang tidak tercemar. Masa tu memang Sumaiyah bengang tahap tak hengatlah dengan Johan. Dah lah pacat banyak ada pula pedajalnya lagi.
        “Ha dah ingat dah? Sejak hari terakhir berjumpa dengan awak saya sentiasa berdoa kepada Tuhan semoga saya dapat bersama awak. Saya mandi tak basah, tidur tak lena, apa saya buat saya ingat awak. Tapi hari demi hari selepas habis pengajian, saya terus bekerja dengan papa. Bidang yang jauh berbeza dengan bidang yang saya pelajari. Saya mula berkawan dengan Nia. Tapi saya tak pernah melupakan awak. Sumaiyah, saya minta maaf sebab saya pernah masuk bilik awak dulu masa cari barang. Saya tersepak album gambar awak. Saya curi-curi tengok album gambar tu dan saya amat terkejut album tu adalah album masa kursus tu. Awak dah lain sangat. Jauh berbeza dengan Sumaiyah yang dulu. Jauh lebih ayu. Saya bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan pertemukan saya dan awak dalam keadaan yang lebih baik dari jangkaan saya. Tak sangka awak menjadi isteri saya akhirnya,” Terang Johan tanpa berlindung. Airmata Sumaiyah mengalir. Terharu dengan cerita suaminya.
         Johan duduk disisi Sumaiayah. Sumaiyah terus memeluk suaminya dan kedinginan malam itu berlalu seperti yang sepatutnya.
*************************************
Selepas 4 bulan berlalu.
          “Mak, Kak Long rasa semacamlah. Perut Kak Long makin besar dan teganglah. Kenapa yerk? Lepas tu kan mak macam ada benda bergerak dalam perut ni,” cerita Sumaiyah kepada Puan Rahimah di telefon.
         “Kak Long last datang bulan bila?” tanya Puan Rahimah. Hatinya melonjak suka. Adakah dia akan menerima cucu sulung?
         “Mak macamlah tak tahu. Haid Kak Long kan tak teratur. Rasa macam 3 bulan lepas lastnya,” Terang Sumaiyah. Inilah masalah Sumaiayah. Haid yang tidak teratur menyukar dia untuk mengira bilakah hari suburnya. Dulu pernah juga dicuba ambil pil horman tapi kemudian berhenti dan sekarang Sumaiyah lebih selesa dengan keadaandatang tak datang kitaran haidnya.
         “Ish! Kak Long ada buat check up tak?”
         “Nak wat pe wat check up. Kak Long sihat je mak,”
         “Kak Long tak ada pening-pening ke? Muntah-muntah ke?” Sumaiyah digasak dengan soalan oleh Puan Rahimah.
          “Tak ada pun,” balas Sumaiyah ringkas.
         “Betul ni?” Puan Rahimah mahukan kepastian.
         “Betullah. Just mual-mual gitu je adalah,” balas Sumaiyah.
         Sah. Memang anak aku pregnant. Dulu aku pregnantkan dia pun macam tu juga. Sah aku akan dapat cucu sulung. Alhamdullilah. Syukur sangat-sangat plan aku dengan menantu aku berjaya juga akhirnya.
         “Mak oooo mak. Ada lagi ke tak ni?” ditekankan suaranya menarik Puan Rahimah ke alam nyata.
         “Ye..ye ada lagi. Kak Long, mak rasa baik Kak Long ajak Johan pergi jumpe doktor. Kalau boleh ajak pergi sekarang,” arah Puan rahimah.
           “Ha? Apasal pula. Kak Long bukannya sakit pun mak,” bentah Sumaiyah. Kerja kat ofis ni dah la melambak kalau tinggalkan sure bertingkat ni nanti.
         “Tadi kata perut membesar, ada benda gerak-gerak? Kenalah pergi check. Kak long cerita dengan mak pun, bukan mak boleh jawap pun. Mak ni kerja makan gaji je. Bukan doktor. Dah jangan banyak cakap ajak Johan pergi jumpa doktor hari ni juga. Apa-apa pun keputusan mesti bertahu mak, faham?” kan Puan Rahimah dah marah.
         “Ye le,” nak tak nak terpaksalah Sumaiyah mengajak Johan ke Klinik.

**************************************
Klinik Marisa dan Rakan.
         “Tahniah Encik Johan. Tak lama lagi akan muncul orang baru dalam keluarga Encik Johan dan Puan Sumaiyah,” Dr. Leela mengucapkan tahniah.
        “Alhamdullilah. Bila orang baru tu akan sampai doktor?” Johan terover excited. Sumaiyah pula semakin blur. Siapa orang baru yang nak datang ni?
         “Lagi 5 bulan,” Johan terus memeluk Sumaiyah.
         “Wowowo...cup...siapa yang nak datang?” soal Sumaiyah.
         “Babylah,” balas Dr. Leela.
          “Baby siapa?” soal Sumaiyah lagi. Dr. Leela pula terasa blur. Dipandangnya ke arah Johan.
          “Maaf ye doktor. Isteri saya ni blur sikit orangnya,” Dr. Leela hanya tersenyum.
          “Sumaiyah, awak dah pregnant 4 bulan. Lagi 5 bulan kita nak dapat baby.” terang Johan.
          “Oh saya pregnant. Ha? Saya pregnant?” separuh terkejut Sumaiyah.
          “Kenapa saya tak ada langsung macam ibu mangandung yang lain? Muntah-muntah la, mabuk la, mengidam la,” tanya Sumaiyah.
          “Setiap orang berbeza, puan. Ada yang mengalami alahan teruk. Ada yang tak mengalami sebarang alahan. Macam puan?” terang Dr. Leela.
         “Oh,” Sumaiyah terus memegang perutnya. Rupanya ada nadi lain yang bersamaku. Alhamdullilah. Ibu sayang baby.
         Keluar dari klinik, Sumaiayh dipimpin kemas oleh Johan. Dibukakan pintu kereta. Dipakaikan side belt. Dilayan seumpama permaisuri raja.
         “Sumaiyah, ini adalah hadiah perkahwinan yang cukup indah buat saya. Terima kasih, Sumaiyah,” dikucup kening isterinya.
         “Dah setahun yerk kita kahwin? Tak sedar pun. Alhamdullilah,” sumaiyah hanya tersenyum pada Johan sambil mengusap perutnya.

*************************************
Bilik Bedah, Hospital Pantai.
         5 bulan berlalu, kini tibalah saat Sumaiyah akan melahirkan bayinya. Semua setia menunggu dengan penuh sabar diluar bilik bedah. Sumaiyah tidak dapat bersalin normal kerana salah seorang dari bayi kembar mereka telah terbelit dengan tali pusat. Suasana memang gamat bila Sumaiyah menerang sakit jam 4 pagi tu. Johan pun panik bila katilnya berlumuran darah. Puan Rahimah yang kebetulan bertandang ke rumah besannya, bertindak untuk menyambut baby. Tapi hampa. Sumaiyah terus dikejarkan ke hospital dengan ambulance.
         Mengikut scan yang lepas mereka bakal mendapat bayi kembar sepasang. Sepanjang pregnant Sumaiyah tidak banyak kerenahnya. Doktor pun mangakui Sumaiyah sihat sepanjang pregnant. Sumaiyah juga banyak mengaji Al-Quran. Sumaiyah juga aktive bergerak ke sana ke mari tanpa banyak masalah.
         “Encik Johan, tahniah Encik Johan telah menjadi bapa,” semua orang gembira dengan perkhabaran dari doktor yang menyambut kelahiran anaknya.
        “Macam mana dengan isteri saya doktar?” Tanya Johan.
         “Maafkan kami Encik Johan. Allah lebih sayangkan isteri Encik. Isteri encik kehilangan banyak darah. Kami tak dapat selamatkan isteri encik kerna bank darah kami kekurang darah jenis O. Maafkan saya,” J Johan tidak dapat mnerima hakikat. Dia meraung di situ. Memukul-mukul lantai. Sumaiyah sampai hati awak tinggalkan saya. Datin Suzy menenangkan Johan. Puan Rahimah terduduk dilantai. Dato' Fuad meraup muka. Semua meratapi pemergian insan yang paling istimewa. Dialah penyeri keluarga, Sumaiayah.
*************************************
Tanah Perkuburan Malim, Melaka.
         “Ayah, jom kita pulang. Dah hampir Asar,” Daniel menepuk belakang Johan menyedarkannya kedunia realiti. Danila setia berdiri di sisi abangnya, Daniel. Disapunya air mata yang bersisa di pipi. Pejam celik pejam celik sudah hampir 25 tahun Sumaiyah meninggalkannya. Sepanjang waktu itu, Johan tdak pernah mahu mencari penganti Sumaiyah. Cintanya pada Sumaiyah amat tinggi setinggi Gunung Kinabalu.
         “Nanti kita datang lagi yerk, ayah?” ajak Danila pula.
          “Datang mana?” soal Daniel.
         “Datang ziarah kubur ibu la. Datang mana lagi,” jelas Danila. Dilukunya kepala Daniel kemudian lari meninggalkan pusara bondanya. Daniel mengejar Danila dari belakang.
          “Sumaiyah, tengoklah anak-anak kita, Daniel dan Danila. Dua-dua dah besar. Daniel ikut perangai awak sentiasa blur. Danila pula ikut saya yang suka mengusik. Mereka umpama kita masa mudakan? Daniel sekarang dah jadi cikgu. Danila dah jadi engineer. Sumaiyah, kan bagus kalau awak dapat tengok anak-anak kita membesar. Saya doakan awak bahagia di sana. Tunggu saya ye?” disapu air mata yang mengalir. Dicium batu nisan Sumaiyah dan Johan berlalu pergi untuk kali ini.

4 comments:

Anonymous said...

Mula2 bce mmg nk pecah perut gelak..kelakar btul tpi endingnye sedih lah plak..btw cerpen ni mmg best...good job..-kin-

ezaitie nfib. said...

Tq Kin...

xmo sedih2 tau lps baca... have fun dear

Unknown said...

wuuuu ending dia sedih gileeee

Ritual Aki Sadewa said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
bismillahirrahmanirrahim
AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI
BIDANG PESUGIHAN ISLAM DAN ILMU PENGOBATAN PROSES CEPAT
KATEGORI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA
JIMAT PELARIS UNTUK USAHA DAGANG
PELET AMPUH ISLAMI PEMIKAT HATI
RITUAL ANGKA TOGEL PUTIH
TUYUL PUTIH ISLAMI
UANG BALIK ISLAMI
ATM GHAIB ISLAMI
PENGASIHAN KARIR
DANA GHAIB ISLAMI
KAWIN DENGAN JIN ISLAM
TRANFER JANIN ISLAMI
MINYAK PELET BATU SASAR
PENGOBATAN SANTET HITAM
PENGOBATAN SEGALA MACAM PENYAKIT
UNTUK KONSULTASI HUB: AKY.SADEWA ON CALL: 0823'9966'6829
"GARANSI UANG KEMBALI BILA TIDAK TERBUKTI"








YANG PUNYA ROOM SALAM SEJATERA (-WASSALAM-)

























Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
bismillahirrahmanirrahim
AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI
BIDANG PESUGIHAN ISLAM DAN ILMU PENGOBATAN PROSES CEPAT
KATEGORI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA
JIMAT PELARIS UNTUK USAHA DAGANG
PELET AMPUH ISLAMI PEMIKAT HATI
RITUAL ANGKA TOGEL PUTIH
TUYUL PUTIH ISLAMI
UANG BALIK ISLAMI
ATM GHAIB ISLAMI
PENGASIHAN KARIR
DANA GHAIB ISLAMI
KAWIN DENGAN JIN ISLAM
TRANFER JANIN ISLAMI
MINYAK PELET BATU SASAR
PENGOBATAN SANTET HITAM
PENGOBATAN SEGALA MACAM PENYAKIT
UNTUK KONSULTASI HUB: AKY.SADEWA ON CALL: 0823'9966'6829
"GARANSI UANG KEMBALI BILA TIDAK TERBUKTI"


























YANG PUNYA ROOM SALAM SEJATERA (-WASSALAM-)