~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, December 19, 2010

Cerpen - Isteriku yang Blur


Di Bilik Pengantin.

          “Abang, saya bawakan kopi,” Sumaiyah menhulurkan secawan kopi kepada suami yang baru dinikahinya awal pagi tadi.

          “Letak je kat situ,” Si Suami, Johan mengarah kasar.

          “Nanti sejuk dah tak sedap,” lembut sumaiyah berbicara.

          “Aku kata letak kat situ letak je lah. Kenapa tak faham bahasa ni? Nak aku cakap bahasa tamil pula ke?” Semakin kasar bahasa Johan.

          “Abang pandai cakap bahasa tamil ke? Tak sangka saya,” tahap kebluran Sumaiyah dah mai dah.
          “Ish...lemaslah aku cakap dengan kau ni,” Johan bangun dan terus beredar keluar dari bilik pengantinya.

          “Abang...kopi,” diangkatnya cawan kopi separas muka.

          “Kau je lah minum kopi tu. Tak selera aku nak minum air tangan kau,” laung Johan.

          “Air tangan boleh minum ke?” Sumaiyah terus berteka-teki.

          Malam tu Sumaiyah setia menunggu suaminya di bilik pengantin. Kejap Sumaiyah bangun mundar mandir ke kiri ke kanan. Last sekali Sumaiyah tertidur di atas kerusi di tepi katil pengantinya.

          “Woit! Bangunlah,” rengus johan.

          Nasib tak terjatuh Sumaiyah di kejut kasar oleh Johan. Terpisat-pisat biji mata Sumaiyah. Dah pagi rupanya. Padanlah terang semacam.

          “Siap cepat. Kita balik JB hari ni pagi ni,” arah Johan.

          “Pi JB nak buat pe?” soal Sumaiyah separuh sedar.

          “Balik rumah akulah. Aku banyak kerja. Tak boleh lama-lama kat sini. Dah cepat kemas jangan banyak soal,”

          “Bukan ke abang kerja kat KL?” soal Sumaiyah lagi.

          “Ish! Kau ni memang banyak tanyakan? Kemas je la pakaian kau,” 'naik sheikh' aku 3 saat dengan perempuan blur ni.

          “Ha lagi satu jangan sekali-sekali kau nak panggil aku dengan gelaran yang mengelikan tu. Panggil aku johan je. Faham?” jengkel Johan.

          “Ok.” ringkas jawapan Sumaiyah. Kau tak mau aku panggil kau 'abang' aku lagilah tak hingin nak panggil kau macam tu. Aku panggil macam tu pun sebab respect kau sebagai suami aku je. Getus hati Sumaiyah. Terus Sumaiyah berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudhuk.

          “Eh tak pula minah blur ni tanya aku kenapa? Pelik ni,” Johan berbicara sendiran kepada dirinya sambil mengaru kepada melihat Sumaiyah ke bilik air.

************************
          Perjalanan dari Melaka ke JB yang mengambil masa hampir 3 jam, menjadi hanya 1 jam 30 minit sahaja. Kalau bagi pasangan suami isteri yang lain mereka akan menaiki satu kereta yang sama. Berlainan dengan Johan dan Sumaiyah. Mereka memandu kenderaan masing-masing. Penat Sumaiyah mengejar kereta Toyota Vios Johan yang bersisi besar berbanding keretanya hanyalah Viva Elite 1.0cc.

          Sampai je dirumah orang tua Johan, Dato' Fuad dan Datin Suzy di Taman Skudai Jaya, Johan sudah mengarahkan Sumaiyah supaya duduk di bilik tetamu manakala dia terus ke biliknya. Sumaiyah seperti dapat merasakan sesuatu. Seperti Johan ingin menidakkan sebuah hakikat perkahwinan. Sumaiyah sedar bahawa dia dan Johan dikahwinkan atas sebab permintaan Dato' Fuad yang tidak mahu Johan berkahwin dengan Nia, awek Johan.

          “Ah! Lantaklah. Bukan masalah aku pun.” Sumaiyah terus terbaring di katilnya.seminit...dua minit...tiga minit...Sumaiyah terus Lena. Selena-lenanya. Penat woo drive jauh-jauh ni.

          Terlentang. Tergolek. Tertiarap. Macam pose yang Sumaiyah buat. Last sekali pose 'terjatuh'. Katil yang cukup luas pun tak dapat menampung 'kelasakkan' Sumaiyah ketika tidur. Tiba-tiba Sumaiyah mendengar keriuhan diluar. Terus di jengah keluar. Terhendap-hendap macam perompak je lagaknya. Jalan pun terjengket-jengket.

          “Ah! Tak kisahlah papa nak cakap apa pun. Joe tetap dengan keputusan Joe.” kedengaran Johan menjerit.

          “Kamu sedar tak kamu tu dah beristeri?” Kedengaran pula suara Datin Suzy.

          “Mummy Joe 'beristeri' sebab arahan papa. Bukan Joe rela pun. Joe dah tunaikan permintaan papa dengan mummy. Now time papa dan mummy pula kena tunaikan permintaan Joe. Wheater u like it or not, Joe tetap akan kahwin dengan Nia,” tegas Johan. Sumaiyah sedikit pun tak terkejut.

          “Eh! Puan Muda kenapa duduk di sini? Meh la ke depan. Mak Ti dah siapkan minum petang,” Seorang wanita separuh usia menolak Sumaiyah keluar dari tapak persembunyiannya. Aduh! Kan dah kantoi. Semua memandang ke arahnya. Sumaiyah hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang memakai pendakap gigi. Tangannya membuat bentuk 'peace no war'.

          Johan yang tahap beranginnya agak tinggi merengus kemudian terus pergi. Kedengaran bunyi kereta Johan berlalu pergi. Dato' Fuad mengawal api kemarahan. Datin suzy pula terus memandang menantunya. Sumaiyah masih tetap tersenyum dan kemudain terus berlalu pergi. Sumaiyah faham dalam keadaan macam ni tak sepatutnya dia berada di depan. Baik aku pi solat Asar. Sumaiyah bermonolog sendirian.

***************************************
Di sebuah Kelab Malam Mewah di Bandar Larkin.

          “Joe. Lama U tak datang jumpa I. I rindu tau.” Nia mengedik dengan Johan.
          Johan merangkul pinggan Nia. “Alah baru seminggu I tak datang, tak akan dah rindu?” di cuit hidung mancung Nia.

          “Nia... I got something to tall U. Jom keluar. Sini bising sangatlah,” bicara Johan.

          “Ok sayang,” dicapai handbagnya dan berjalan beringan keluar dengan johan.

*****************************************
Di Sebuah Western Restoran

          “What? Sampai hati U buat I macam ni,” Teresak-esak Nia menangis didepan Johan.

          “Nia...Lesson! I terpaksa Nia. Kalau tak papa I tak akan namakan I sebagai pewaris hartanya,” bersungguh Johan memunjuk Nia. Tangannya meramas lembut tangan Nia tapi ditepis keras oleh Nia. Semua Mata memandang ke arah meja Nia dan Johan. Johan dan malu sendir. Nia ni pun kot iya nak nangis, nangis sikit-sikit sudahlah. Tak payahlah beria macam ni. Buat malu aku je.

          “Oh U lebih pentingkan harta dari I la yerk, Joe?”

          “Bukan macam tu Nia. I sayang U Nia. Tapi tolonglah faham. I terpaksa kahwin dengan minah blur 24 jam tu. Tak ada harta macam mana kita nak teruskan hidup. I janji kita akan tetap kahwin ok?

          “Uuuuuwwwwaaaaa....” makin kuat Nia menangis.

          Johan tidak dapat menahan malu. Terus di tarik lengan Nis masuk ke dalam kereta. Dalam kereta Nia tetap terus menangis. Johan dah tak tahu nak buat apa. Dihantar Nia ke rumahnya. Tapi Nia tak mahu turun. Nia nak Johan masuk bersama-sama dengannya. Johan akur. Di parkir keretanya di bawah Pokok Mangga depan rumah Nia. Kemudian dia dan Nia terus masuk kedalam rumah.

***************************************
Di Dalam Rumah Nia.

         Nia merangka sesuatu idea yang jahat.

          “Joe, I dah buatkan U air. Minumlah,” Nia datang dengan menatang secawan air oren buat buah hatinya, Johan. Tapi belum pun sempat Johan meminum air tu, Si Manja kucing Nia, terlebih dahulu menerkam Johan ajak bermain. Tertumpah air tu ke karpet bulu Nia. Johan dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.Nia ni bukan betul sangat. Datang gila dia mesti ada benda yang dia akan buat. Hati nia lagi bertambah berbulu.

          “Cis! Sial punya kucing. Sia-sia je air ni aku buat. Dah le pil tu tinggal satu je. Eeee geramnya aku,” Nia berbicara sendirian di dapur untuk mengambil kain untuk mengelap air yang tumpah.

          “Nia I balik dulu. Dah lewat malam. Bye sayang,” kedengaran suara Johan meminta diri.

          “Joe! Nanti dulu,” berlari anak Nia ke luar rumah. Tapi sayang Johan terlebih dahulu berlalu pergi. Nia bertambah geram bila rancangan jahatnya tidak menjadi. Di ambil Si Manja kemudian di campak ke luar rumah dengan perasaan geram. Mengeow kuat Si Manja bila di campak bergitu.

          “Malam ni kau tidur luar. Padan muka kau. Sengaja merosakan program aku.” Nia terus mengunci pintu rumahnya.

          “Aaaarrrrgggghhhhh...” Nia menjerit sekuat hati sampai pecah pasu bunga di sudut rumah.

**************************************
6 bulan selepas itu.

          “Waaarrrggghhh....bosannya,” menguap Sumaiyah ketika membaca majalah di depan matanya.

          Masuk hari ni genap 4 bulan dia menumpang di rumah mertuanya.Johan yang berkerja dengan syarikat papanya, Dato' Fuad cawangan Kuala Lumpur juga sudah berpindah kembali ke ibu pejabat di Johor Bahru. Terpaksalah Sumaiyah berhenti kerja kerana menunggu hampir 2 bulan untuk ditukarkan. Johan tiap0tiap hari mendesak sumaiyah agar segera turun ke Johor Bahru. Johan melarang keras Sumaiyah dari bekerja. Alasannya, kerja Sumaiyah tidak menjaminkan apa-apa. Tapi tahap kedegilan Sumaiyah juga boleh tahap tinggi. Dibodeknya Dato' Fuad agak memberikan dia perluang kerja di syarikat papa mertuanya dan akhirnya Johan tidak dapat berkata apa-apa bila Sumaiyah diamibil bekerja sebagai setiausaha baru Dato' Fuad mengantikan Laila yang terpaksa berhijrah keluar negara mengikut suaminya.

          Masuk hari ni juga genaplah usia perkahwinan mereka mencecah 6 bulan. Sepanjang masa itu juga Johan masih tetap menidakkan kehadiran Sumaiyah sebagai isterinya. Pelabagai usaha Sumaiyah lakukan demi meraih perhatian daripada Johan. Tapi semuanya hampa. Tugas Johan di pejabat juga semakin bertambah atau selalu berjumpa dengan Nia, Sumaiyah tidak mahu mengambil pusing. Bila Johan di rumah, Johan akan tetap dilayan seperti raja. Bila Johan di luar, Johan bebas melakukan apa sahaja.

          Tapi sejak akhir ni, Johan banyak berubah. Dia lebih kerap berada di rumah. Kalau dulu pantang Sumaiyah ada di rumah mesti Johan tak ada. Alergik betul Johan dengan Sumaiyah. Kalau dulu, semua seminar yang melibatkan Sumaiyah pasti Johan akan mengelak sehabis mungkin tapi kini, Johan dengan rela hati mengikutnya. Kalau dulu, asal Sumaiyah ada di meja makan sure Johan tak jadi makan bersama tapi sekarang Johan sudah boleh menerima kebiasaan tu. Johan pun dah mahu bercakpa dengan Sumaiyah. Dah mahu berlembut dengan Sumaiyah. Dah mahu bergurau dengan Sumaiyah walaupun gurauanya kasar. Keadaan ni sedikit sebanyak mengembirakan hati seorang isteri. Tapi bilik je tak cantum lagi.

          Pintu yang diketuk kemudian di kuak pelahan oleh Mak Ti, menyentakkan lamunan Sumaiyah. Terus tegak badan Sumaiyah berdiri disisi katil.

          “Puan Muda, Dato' dan Datin ajak minum petang bersama,” lembut suara Mak Ti. Mengingatkan Sumaiyah kepada Bondanya, Puan Mariam.

          “Mak Ti ni, tak payahlah panggil saya macam tu. Panggil je Sumaiyah tak pun panggil je Sue ke Maya ke? Ha tak pun panggil je saya Mia macam mana Datin panggil,” Sumaiyah terus memeluk Mak Ti.

          “Ish! Mana boleh Puan Muda. Marah Dato' dengan Datin nanti,”

          “Ala depan diaorang Mak Ti panggillah macam sekarang ni tapi bila kita dua-dua macam ni Mak Ti panggil je apa-apa yang Mak Ti suka janji bukan nama yang pelik sudah le,”

          “Ha ye la,”

          “Macam tu la. Sayang Mak Ti,” terus diciumnya pipi Mak Ti. Merka berjalan ke luar rumah. Ke taman bunga Datin Suzy.

          “Ha Mia meh minum sama-sama kita. Mak Ti buat teh tarik ni,” pelawa Dato' Fuad.

          Sejak Sumaiyah menjadi setiausaha Dato' Fuad hubungan mereka semkin akrab. Ramai yang memuji keramahan Sumaiyah. Jauh beza antara Laila dan Sumaiyah. Sumaiyah dikatakan lebih bijak menjaga setiap hati mereka yang mencari Dato' Fuad. Baik dari percakapannya, perbuatannya dan body languagenya semuanya prefect di mata mereka. Datin Suzy pun dah kurang cemburunya. Kalau tidak setiap hari Datin Suzy akan ke pejabat Dato' Fuad untuk tindakan Spot Check. Sekarang Datin Suzy selesa berkebun dan memasak dengan Mak Ti.

          “Mummy, tak mau ke tanam bunga kantan?” Sumaiyah saja berbasa basi.

          “Ish! Ada pula. Bunga kantan tu untuk buat masak bolehlah Mia,” Datin Suzy yang asyik mencantas pokok bonzainya mengalih pandangannya ke Sumaiyah.

          “Hehehe...bunga juga tu mummy,” di tuangnya air ke cawan. Dilihat dan di hidu air tu. Alamak air milo ke? Aduhai aku mana minum milo. Orang cakap ada campuran cancing dalam milo. Macam mana ni.
Datin Suzy yang perasaan Sumaiyah tidak minum milo awal-awal lagi sudah meminta Mak Ti membuatkan air Nescafe buat Sumaiyah.

          “Tu air kami. Air Mia yang dalam cawan biru tu. Mia ni suka sangat minum nescafe. Banyak caffien tu. Tak baik untuk kesihatan,” tegur Datin Suzy.

          “Hehehe...tapi mummy, Maya Karin cakap dalam iklan nescafe ni bagus untuk kulit. Ada anti-oksida. Awek muda,” balas Sumaiyah.

          “Pengaruh iklan betullah budak ni,” Sumaiyah hanya tersenyum.

          Perbualan mereka ditaman bunga Datin Suzy terganggu dengan suara hirup pikuk di garaj kereta. Semua menuju ke sana.

          “I nak jumpa dengan isteri U. Lepaskan tangan I. Sakitlah Joe,” surprise...Johan datang dengan Nia.

          Nia terpandang Sumaiyah. “Hei, perempuan blur. Sanggup U rampas Joe dari I. Tak Malu,”

          Sumaiyah hanya diam. Oh ni lah Nia 'awek' laki aku. Boleh tahan seksi. Tak le lawo bebeno yang Si Johan ni boleh tangkap cintan nak mampus. Lawo lagi aku. Cerah, muka neutral tak ada make up-make up ni. Huh kaki ada parut. Lutut hitam. Uih low taste betullah kau ni Johan. Getus hati Sumaiyah sambil memandang ke arah Nia dan Johan atas dan bawah.

          Johan hanya sedari tadi hanya memegang lengan Nia. Dato' Fuad mengarahkan Pak Mail menghalau Nia dari rumahnya. Datin Suzy setia berdiri disebelah Sumaiyah.

          “Joe lepaskan I boleh tak?” ronta Nia.

          “Hei, perempuan. Aku tahu kau setuju kahwin dengan Joe sebab U nak harta dia kan? I tahu U sengaja bodek papa Joe sebab U nak kedudukan. Senang U nak bolot harta Joe kan? Ni kereta U ni, U mengemis dengan papa Joe kan?' makin kuat serkap jarang Nia. Kali ni Sumaiyah tidak dapat menahan sabar.

          “Wait a minute. Sejak bila pula saya mintak dengan papa suruh belikan saya kereta? Setahu saya kereta ni saya beli sendiri. Masih berhutang lagi dengan bank dekat RM 40 ribu. Bulan-bulan Rm 483.00 saya bayar tau. Saya dah pakai kereta ni sejak setahun lepas. Lagi pun pakai otak sikit boleh tak sebelum nak tuduh macam-macam? Kalau saya nak demand baik saya demand kereta yang besar-besar. Vios ke Camry ke Cardina ke? Ni Viva. Awak ni jangan nak tuduh yang seberangan yerk? Lain kali siasat betul-betul dulu baru menyerang,” bebal panjang Sumaiyah sambil menunjal-nunjal kepala Nia. Mak Ti dan Datin Suzy sudah tergelak sakan dengan pernagai Sumaiyah.

          “What ever. Ada aku kisah?” di jengkelkan matany ke arah Sumaiyah

          “Pula? Saya ada salah sebut ke?” Blur Sumaiyah dah sampai.

          “Kau ni kan perempuan...”

          “Memanglah saya perempuan. Kalau saya lelaki macam mana saya boleh kahwin dengan Johan,” Sumaiyah bertambah blur. Semua dah tergelak dengan aksi Sumaiyah. Nia semakin bengang.

          “Kau sedar tak diri kau tu siapa, perempuan? Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.” sergah Nia.

          “Awak ni buta ke apa yerk? Kalau saya koma saya tak adalah depan awak sekarang ni. Lagi pun nak sorong pipi saya ni pi mana? Awak nak belah pipi saya ke?” semua yang ada dah gelak terduduk.

          “Kau jangan main-main tau...” balas Nia lagi.

          “Saya rasa awak ni gila agaknya. Kitakan tengah bercakap. Bila pula kita bermain ni. Tak faham saya.” Sumaiyah terus mengaru kepalanya. Terasa binggung kejap dengan kata-kata Nia. Johan yang memegang erat lengan Nia pada awalnya turut ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Itulah kali pertama Sumaiyah melihat suaminya tersenyum dan ketawa. Handsomenya laki aku ni bila senyum.

          “Kau ni kan?” Nia yang terasa terhina digelakkan oleh keluarga Dato' Fuad terus menerkam Sumaiyah. Di cekek leher Sumaiyah disaat Sumaiyah leka merenung Johan ketawa.

          “Eh! Apa ni main cekek-cekek ni? Uhuk...uhuk...” terbatuk-batuk Sumaiyah menahan sesak nafas.

           Mereka semua berhenti ketawa. Semua terus ke arah Nia dan Sumaiyah. Meleraikan Nia dan Sumaiyah.

          “Nia lepaskan Sumaiyah,” arah Johan.

          “Uhuk...Uhuk...Uhuk...help...help...” Sumaiyah semakin kekeurang oksigen.mukanya dah merah padam. Kuat betul cekak Nia.

          “Nah amik kau. Mampus kau. Pengacau!” Nia menjerit sekuat hati.

          “Suzy, awak pi call polis sekarang,” Arah Dato' Fuad. Datin Suzy terus berlalu dalam keadaan kalut menelipon polis.

          Semua menarik tangan Nia dari leher Sumaiyah. Kemudian Sumaiyah terkulai layu jatuh ke bawah. Nia melepaskan tangannya.

          “Padan muka kau. Biar kau mampus. Aduh,” jatuh tergolek Nia di tepi tayar kereta Dato ' Fuad bila Johan menampar pipi Nia. Kuat juga nia di tamparnya. Terkedu Nia disebalik tayar tu.

          “Sumaiyah...Sumaiyah...” Johan menampar-nampar pipi Sumaiyah. Tiada respon. Terus digendung Sumaiyah ke dalam perut kereta. Di pecut kereta selaju yang mungkin.

          Nia melihat Johan mengendung Sumaiyah pergi. Hatinya sayu. Tak sangka tangan yang dulu membelainya kini mengasarinya. Nia menangis. Sejurus kemudian kereta peronda plis datang. Datin Suzy menunjukkan ke arah Nia. Polis membawa Nia yang masih terkejut dengan tindakan Johan pergi dari perkarangan rumah Dato' Fuad.

***************************************
Hospital Pantai.

          Sumaiyah masih belum sedarkan diri. Doktor cakap kalau Sumaiyah lambat di bawa ke hospital mungkin Sumaiyah tidak dapat diselamatkan. Buat pertma kalinya Johan berasa gelisah. Buat pertama kalinya Johan seperti mempunyai rasa dengan Sumaiyah. Buat pertama kalinya Johan mahukan Sumaiyah kembali. Dalam hatinya berdoa agak Sumaiyah sedar segara. Mahu dcium, dipeluknya Sumaiyah sekuat hatinya. Ya Allah jangan kau tarik bidadariku saat aku mula mengakui kehadiranya. Air mata Johan buat pertama kalinya jatuh untuk Sumaiyah.
          “Uhuk..uhuk...uhuk...” kedengaran Sumaiyah batuk kecil. Johan terus meluru ke arah Sumaiyah.

          “Sumaiyah dah sedar?” terus dikucupnya dahi Sumaiyah. Di peluk Sumaiyah sekuat hatinya.

          “Apa ni peluk-peluk ni. Saya tersepitlah,” bicara Sumaiyah dalam kepayahan.

          Johan meleraikan pelukannya. “Sumaiyah, awak jangan tinggalkan saya yerk?"

         “Nak tinggalkan awak kat mana?” soal Sumaiyah yang memang blur. Johan tergelak. Tak kisahlah Sumaiyah. Walaupun kau ni minah blur kau tetap yang aku puja.

5 comments:

Anonymous said...

hhahaahah..
milo de cacing???
mcm penh degr je fakta tu...huhuhu

ezaitie nfib. said...

hehe...pernah dibangkitkan dlm FB sebelum ni...fakta beso tu...

Anonymous said...

ha3..mcm comel gila si Sumayah ni..ngee~

Unknown said...

Comel je Sumayah ni

Ridhwan said...

Keren