~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Wednesday, February 29, 2012

12:40 a.m CMM berjaya dihantar!

A'salam to all,

Alhamdullilah... siap juga menghantar CMM kepada penerbit. ikutkan CMM dah siap pada minggu lepas. tapi nak dijadikan cerita pendrive Che Ezaitie kena format pula. habis semua bab CMM hilang berserta segala maklumat kerja. tapi Alhamdullilah sekali lagi sebab Che Ezaitie pernah buat back up sampai bab 45. jadinya 5 bab kena taip balik. tidur pun tak menentu. apa-apa pun sekarang boleh rehat sikit. dengan penuh harapan didada...semoga CMM dapat diterbitkan...amin...

good night every one...

Saturday, February 18, 2012

Siap Sudeh!

As'Salam to all,

Very the gumbira rasenyer hati...manuskrip CMM dah siap....Alhamdullilah.... pihak penerbitan kaki novel ada call isnin lepas menyatakan diaorg berminat untuk menerbitkan CMM serta mahu keluarkan surat tawaran penerbitan. tapi masa tu CMM x siap gi...jadinya Che Ezaitie minta tempoh sehingga hujung bulan ini untuk hantar kepada pihak penerbitan Kaki Novel. satu berita gembira yang sangat mengembirakan. hampir bergegar bangunan office sebab Che Ezaitie main lompat-lompat..hehehe...

tidur semalam pukul 3:30 pagi. hari ini tak tahulah pula. nak mengedit rupanya lagi susah dari mengarang... juling mata nak baca 503 muka surat semuanya... kalau boleh, sebelum minggu hadapan, Che Ezaitie sudah siap mengedit semula CMM sebab minggu depan dah pergi berkursus..takut tak sempat nak siapkan editnya...

apa-apa pun semoga CMM dapat dibukukan. amin....

Sunday, February 5, 2012

Sesuatu Tentang Baginda Rasulullah S.A.W


CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH SAW

Hasan Bin Ali meriwayatkan :
"Saya pernah bertanya kepada bapa saudara saya, Hindun Ibnu Abi Halah (yang sangat pandai menggambarkan sesuatu) tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah saw. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya.
Hindun menjawab,
"Tubuh Rasulullah saw besar. Wajah beliau bersinar seperti bulan purnama. Bentuk tubuh beliau lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa serta lebih pendek daripada ukuran tubuh orang yang jangkung dan kerempeng.

Kepala beliau besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut beliau mulai memanjang, maka beliaupun menyisirnya. Jika tidak (disisir), maka rambut beliau ketika terurai, tidak pernah melebihi bahagian bawah daun telinga beliau.

Kulit beliau cerah, putih kemerah-merahan. Dahi beliau lebar, bulu mata beliau melengkung dan panjang; kedua bulu matanya hamper bersambung. Di antara kedua bulu mata tersebut, terdapat urat yang timbul ketika beliau marah.

Beliau memiliki hidung yang mancung dengan bahagian atas yang bercahaya sehingga orang yang tidak memerhatikan dengan cermat akan mengira bahwa hidung beliau bengkok.

Janggut beliau lebat dan kedua pipi beliau datar. Mulut beliau lebar, antara gigi dan gigi beliau yang lain berjarak, dada beliau berbulu halus. Leher beliau jenjang dan indah.

Bentuk tubuh beliau bagus dan gemuk yang ideal. Perut beliau sama rata dengan dada. Dada beliau lebar. Tubuh antara dua bahu beliau juga lebar. Persendian tubuh beliau besar, sementara bahagian tubuh yang tidak berbulu nampak bercahaya. Di antara bahagian dada dan pusat beliau, terdapat bulu nipis yg nampak seperti garisan. Tetapi, kedua puting susu dan perut beliau tidak berbulu.

Tangan, bahu dan dada bahagian atas beliau berbulu nipis. Tangan beliau panjang, tapak tangan dan tapak kaki beliau tebal dan jari jemari beliau panjang. Di tengah-tengah tapak kaki beliau tidak menyentuh tanah. Kedua tapak kaki beliau halus sehingga airpun tidak melekat – air yang mengenainya langsung akan hilang, tanpa meninggalkan bekas.

Ketika berjalan, tubuh beliau bergoyang. Beliau berjalan dengan tenang dan dengan langkah yang lebar. Ketika beliau berjalan seakan-akan beliau sedang menuruni tanah yg landai.

Ketika menoleh, beliau menoleh (berbalik) dengan seluruh badan beliau. Beliau sering menundukkan pandangan – beliau lebih sering memandangke bawah daripada mendongak ke atas.

Beliau selalu melihat sesuatu dengan penuh perhatian. Ketika berjalan bersama para sahabat, beliau selalu membiarkan mereka berjalan di depan, dan setiap kali bertemu dengan seseorang, beliau selalu mengucapkan salam terlebih dahulu." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqi dan Ibnu Adi)

TANDA KENABIAN RASULULLAH SAW

Jabir Bin Samurah ra meriwayatkan :

"Saya melihat tanda kenabian di antara kedua bahu Rasulullah saw iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati." (HR Tirmizi, Muslim dan Ahmad)

KERAPIAN RAMBUT RASULULLAH SAW

Abdullah Bin Mughaffal meriwayatkan :

"Rasulullah saw melarang kami untuk merapikan rambut dgn berlebihan, kecuali hanya sesekali." (HR Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad)

UBAN RASULULLAH SAW

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasulullah saw (HR Tirmizi dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan :

"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah saw,

'Wahai Rasulullah, anda telah beruban.' Maka beliau berkata dengan bersabda, 'Yang membuatku beruban adalah surah Hud, Al Waqiah, Al Mursalaat, An Naba' dan At Takwir." (HR Tirmizi, Ibnu Saad dan Hakim)

RASULULLAH SAW BERCELAK

Jabir Bin Abdulllah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

"Hendaklah kamu (memakai celak) dengan menggunakan batu celak (al – itsmid) ketika hendak tidur, sebab hal itu dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata)." (HR Tirmizi dan Ibnu Adi)

PAKAIAN RASULULLAH SAW

Ummu Salamah meriwayatkan :

"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah pakaian gamis." (HR Tirmizi dan Abu Dawud)

BENTUK SELIPAR RASULULLAH SAW

Qatadah meriwayatkan :

"Saya bertanya kpd Anas Bin Malik, 'Bagaimana bentuk selipar Rasulullah saw.? 'Anas Bin Malik menjawab, 'Sepasang selipar beliau menggunakan dua buah Qibal." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Qibal adalah pelana selipar, iaitu batas depan selipar berupa tali yg diletakkan di antara dua jari kaki.

SERBAN RASULULLAH SAW

Ibnu Umar meriwayatkan :

"Ketika Rasulullah S.A.W. mengenakan serban, beliau menghulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau." (HR Tirmizi dan Abu Syaikh)

BATASAN MEMAKAI KAIN SARUNG SEPERTI RASULULLAH SAW

Huzaifah Bin Al Yaman meriwayatkan :

"Rasulullah saw memegang urat betisku atau betis beliau, lalu berkata, 'Inilah batas engkau mengenakan kain sarungmu. Jika engkau enggan (menggunakan kain sarung sebatas betis), maka janganlah kain sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!'" (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa'i dan Ahmad)

CARA RASULULLAH SAW BARING

Abdullah Bin Zaid meriwayatkan :

"Ia (Abdullah) melihat Rasulullah saw tidur terlentang di dalam masjid dan meletakkan salah satu kaki beliau di atas kaki yg lain." (HR Tirmizi, Bukhari dan Muslim)

CARA RASULULLAH SAW MAKAN

Ka'ab Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah S.A.W. makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Selesai makan, beliau menjilat ketiga-tiganya." (HR Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

GELAS MINUM RASULULLAH SAW

Tsabit meriwayatkan :

"Anas Bin Malik mengeluarkan sebuah gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata, ` Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah S.A.W." (HR Tirmizi, Bukhari dan
Ahmad)

CARA RASULULLAH SAW MINUM

Abdullah Bin Amr Ibnul Ash meriwayatkan :

"Saya terkadang melihat Rasulullah minum dalam keadaan berdiri dan terkadang dalam keadaan
duduk." (HR Tirmizi dan Ahmad)

Anas Bin Malik meriwayatkan : "Rasulullah saw menarik nafas (menjeda) tiga kali saat minum dari sebuah wadah. Beliau bersabda, `Hal ini lebih menyehatkan dan memuaskan." (HR Tirmizi,
Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

RASULULLAH SAW SENTIASA MENGGUNAKAN MINYAK WANGI

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah saw memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya beliau mengharumkan diri." (HR Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Sa'ad)

CARA RASULULLAH SAW BERBICARA

Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara
Rasulullah saw berbicara!'

Ia berkata,

`Rasulullah adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.

Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, beliau selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)

CARA RASULULLAH SAW BERGURAU

Hasan Al Bashri meriwayatkan :

"Seorang perempuan yg sudah tua mendatangi Rasulullah saw seraya berkata, `Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.'

Beliau menjawab,

`Wahai Ummu Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yg sudah tua.'

Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis. Maka Rasulullah berkata,

`Beritahukan kepada perempuan itu bahwa ia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.

Allah swt berfirman, `Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung; lalu kami jadikan mereka perawan-perawan yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (QS Al Waqiah 35 -37)" (HR Tirmizi dan Thabrani)

CARA RASULULLAH SAW TIDUR

Aisyah meriwayatkan :

"Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah saw selalu menyatukan kedua tapak tangan beliau seraya membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas, kemudian beliau meniup kedua tapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua tapak tangan itu, beliau mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah, sehingga bahagian depan tubuh beliau. Hal itu beliau lakukan tiga kali." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i)

TEMPAT TIDUR RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Sungguh, tempat tidur Rasulullah saw terbuat dari kulit binatang yang dijejali sabut." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

AKHLAK RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah saw berusaha untuk membalas kezaliman yang beliau terima, selama hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka beliaulah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika beliau dihadapkan kepada dua pilihan, maka beliau akan memilih yang paling mudah selama (hal yg lebih mudah itu) tidak menyebabkan dosa." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

KEHIDUPAN RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak menyalakan api (memasak makanan) selama sebulan penuh. Kami hanya makan kurma dan air." (HR Tirmizi, Ahmad, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Hibban)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Qasim Bin Muhammad meriwayatkan bahwa Aisyah berkata :

"Saya melihat Rasulullah saw pada hari kewafatan beliau. Di sisi beliau, terdapat sebuah bejana yang berisi air. Beliau memasukkan tangan ke bejana itu, kemudian mengusap wajah dengan air, lalu berdoa, 'Ya Allah, bantulah aku mengatasi sakratulmaut." (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad
dan Ibnu Sa'ad)

WARISAN RASULULLAH SAW

Amr Bin Harith meriwayatkan :

"Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan sesuatu sebagai harta warisan selain sebilah pedang, seekor baghal dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad dan Ahmad)

BERMIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW



Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaithan tidak dapat menyerupaiku." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah
dan Ahmad)

Saturday, February 4, 2012

Biodata Rasulullah S.A.W

As'Salam to all,


Esok merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W...jom kita kenal sedikit sebanyak berkenaan dengan sirah Rasulullah. 


BIODATA RASULULLAH S.A.W.

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
    perempuan bapa Rasulullah SAW).

  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
    Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak    
  di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh 

  datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua 
  rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir 
  pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' jilid1, halaman 184-187 menyatakan 
  pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa 
  hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi 
pertolongan kepada orang yang 
  dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa   
  Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus 
  meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.