~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, October 31, 2010

~ kEiNdAhAn NaMa IsLaM ~

salam to all,

malam ni Che Ezaitie terasa nak berkongsi beberapa nama indah dalam islam yang dah Che Ezaitie kumpulkan selama ni.

nama yang menarik x semestinya bermakna. 
nama yang cantik tapi kalau tidak melambangkan diri Si Pembawa Nama pun x berguna.
nama yang panjang tapi maknanya tiada juga x berguna.

orang selalu cakap apa ada pada nama tapi pada Che Ezaitie nama membawa makna penting dalam hidup kita. setiap 1 nama adalah doa. orang yang menyebut nama kita seumpama orang yang mendoakan kita. di akhirat nanti apa yang Che Ezaitie tahu orang yang mempunyai nama yang bermakna akan berada di hadapan sekali. manakala yang tidak membawa makna akan berada di bahagian belakang. Che Ezaitie x mahu anak-anak Che Ezaitie mendapat nama yang x bermakna. tu yang Che Ezaitie start kumpul nama-nama yang indah dalam islam sejak dari zaman sekolah lagi. 

so kat sini Che Ezaitie nak kongsi dengan semua. pada yang nak gunakan nama ni untuk anak-anak mereka nanti Che Ezaitie halalkan. Che Ezaitie x kisah asalkan boleh mendatangkan pahala.

  1. Shauqiyah Qistina = rindu keadilan.
  2. Widad Showatul Islam = kasih sayang kebangkitan islam.
  3. Luqyana Nadimah = perjumpaan kita teman akrab.
  4. Faiqa Irdina = terkenal, terkemuka, bangun kehormatan kami, kebajikan, keberkatan.
  5. Fajriyah Imanina = cahaya terang iman kami.
  6. Filza Is'ad = belahan jiwa yang membahagiakan beroleh taufiq.
  7. Dhia Luthfiyah = sinaran lembah lembut.
  8. Hasya Nida' Diyanah = kesempurnaan seruan agama.
  9. Qaireen Dhofwatul' Aisy = kebaikan, kesenangan kelapangan hidup.
  10. Damia Eryna = kebijaksanaan kecantikan.
  11. Hasya Mahdiyah = kesempurnaan yang mendapat hidayah.
  12. Hana Surfina = kebahagian, rezeki tanpa kepayahan, suci, bersih.
  13. Fayyadh Is'af = murah hati pertolongan.
  14. Fayruz Imaduddin = pemata tiang agama.
  15. Fawwaz Isam = berjaya orang yang berjaya dengan usahanya sendiri.
wah dalam diam-diam dah 15 nama dah Che Ezaitie dapat.  alhamdullilah... yang berwarna pink tu for girl n blue for boy.

semoga kita berjumpa lagi pada entry akan datang...maybe lambat sikit sebab Che Ezaitie akan bz sikit... daaa...gud night...

Saturday, October 30, 2010

Calon Menantu Mak - Bab 2

Bab 2 



            “Aduh! Sakitnya…” raung Daim sambil memegang pingangnya.  Bodoh betul la kau ni Daim. Dah takde tempat lain ke kau nk terjun.  Dah la tingkap ni sikit punye tinggi.
            “Daim anak mak...” meluru mak Cik Kencana Dewi ke arah Daim.
            Semua tergamam dari arah tingkap yang Daim terjun. Melopong mulut masing-masing. Tangan pula menghala ke arah Daim.  Alah gaya macam orang nak gapai sesuatu tapi tak dapat.  Dapat tak bayangkan? Dapat? Ha kalau dapat, macam tu la gayanya.  Kalau tak dapat tu kena gak buat-buat dapat sebab ruangan ni tak ada tempat nak melukis. Hehehe…
            “Tunggu apa lagi meh la tolong mak angkat Achik ni. Boleh kira kamu nak pandang je ke?” sergah Mak Cik Kencana Dewi.
            Tersentak semua mendengarkan suara Mak Cik Kencana Dewi.  Terkocoh – kocoh semua keluar rumah.  Daim Masih mengerang sakit di laman rumah.
            “Along turun ikut pintulah.  Turun ikut tingkap buat pe kang ada yang jadi macam Achik,” jerit Delita bila melihat Abang Daiz sudah mengangkat kaki untuk terjun ke luar tingkap.
            “Eh…iya tak iya pulak,” Tersengih Abang Daiz menampakkan barisan giginya yang tersusun.  Bajet cantiklah tu.  Tak malu!  Segera Abang Daiz keluar rumah meluru ke arah Daim.
            “Daim kamu ok tak? Sakit sangat ke? Sakit tang mana?” berbuti butir air liur keluar dari mulut Abang Daiz.
            “Peh sedap giler ar Along.  Sedap sampai mengigit jari,” Sempat Daim smach Abang Daiz balik.
            Abang Daiz ni datangkan time gabrah dia mulalah meraban dia.  Sampai entah apa je ayat yang keluar dari mulut dia. Tonggang langang semua.
            “Daim sakit sangat ke dik? Bagi akak tengok,” lembut suara Kak AD walaupun hakikatnya doktor muda ini amat takut kalau-kalau ada tulang Daim yang nak patah dua, tiga atau empat.
            “Aaarrrrrrgggghhh!!! sakitlah Kak AD,” Melaung Daim bila Kak Ad secara tak sengaja tertekan kuat pada tulang rusuk Daim.  Ditepis tanggan Kak AD ketepi.  Merengus kasar Daim.
            “Oppss…sori dik.  Akak tak sengaja.  Sori yerk? Mak… Along… kita kena bawa Achik pi hospital la.  Nampak macam teruk je,”
            “Ketepi… ketepi… Along… Dahlia meh tolong Angah angkat Achik bawa masuk dalam kereta,” arah Abang Dani yang entah mana muncul dengan keretanya di depan mereka.
            “Uih beratnya kau ni Achik,” Abang Daiz mengaduh.
            “Ha’a…kau ni makan nasi ke makan batu?” Abang Dani pula.
            “Diamlah korang.  Sebab korang la aku jadi macam ni. Aaaddduuuhhh!!” berang Daim.  Orang dah la sakit boleh pula banyak komen.  Bengangnya aku. Sekali aku lesing kang baru tau.
            “Aduh! Kepala aku…” ngerang Daim semula.
            “Oh sori…sori Achik tak sengaja,” terus Kak AD mengosok kepala Daim yang terhantukan bumbung kereta Abang Dani.
            “Sudah Dahlia ketepi Along nak tutup pintu ni. Kau pi duk belakang Angah. Kang banyak gerak kang patuh lapan tulang si Achik ni kang. Mak dengan yang lain ikut Kak Long. Diana awak drive kereta buka double singnal,” Abang Daiz memberikan arahan.
            Semua mengangungkan kepala.  Kak AD sudah beralih ke tempat duduk belakang Abang Dani.
            “Adik jangan lupa kunci rumah kang benda lain lak jadi,” Sempat Abang Dani menjerit dari dalam kereta. Bergegas Delita naik ke atas rumah menarik semua tingkap dan mengunci semua pintu. Al-maklumlah rumah kayu. Banyaklah tingkapnya dengan pintunya.
            “Aduh! Kaki aku…” ngerang Daim sekali lagi.
            “ Oh im sorry…”Abang Daiz memegang mulutnya.  Tiru gaya Si Amir Raja Lawak  la tu.  Menci je.
            “Peh patah riuk satu tulang badan aku macam ni…” ngomel Daim.
            Apalah nasib aku.  Sudah la pingang sakit jatuh tingkap.  Kepala lak berdenyut langar bumbung kereta Angah. Sekarang kaki aku pula jadi mangsa kezaliman adik-beradik 6 jahanam. Aduh… malangnya nasib aku.
            Kereta Abang Dani meluncur laju dilebuh raya.  Sesekali dikelingnya belakang takut-takut kereta Kak Diana tertinggal jauh.  Sesekali terdengar bunyi hon dan maki hamun Abang Dani.  Daim terasa penglihatanya makin kabur, pendengaranya makin sayup.  Terasa seperti di awing-awangan. Makin lama makin gelap makin sunyi.  Kemudian…
            “Aku di mana ni?”
 Terpisat-pisat biji mata Daim bila melihat dihadapannya terbentang luas sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan. Kelihatan juga beberapa kanak-kanak mengalunkan selawat. Pemuda-pemuda nyaring bertadarus. Pemudi-pemudi lembut berzanji. Semuanya berpakaian serba putih. Meremang bulu roma Daim.
“Aku di mana ni?”
“Eh saudara dah sedar? Baguslah…” jengah seorang gadis yang sangat ayu dan penuh kesopanan.  Dengan persalinan serba putih menutup setiap inci tubuh badannya.  Tudung yang melilit dikepalanya menutupi rambutnya.  Wajahnya dilindungi disebalik sehelai kain yang hanya menampakkan sepasang mata yang sangat cantik.  Sangat indah.  Sangat sempurna bagi seorang wanita.
Astagfirullahalazim…beristigfar panjang Daim sambil mengurut dadanya.  Ya Allah ampunkan lah dosa-dosaku memuji lawan sejenisku.  Ampunkan lah dosa gadis ini disebabkan pujianku kepadanya.  Sesungguhnya memuji kecantikan seseorang gadis atas sebab nafsu lelaki ku mandatangkan dosa kepada gadis ni.  Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.
“Maaf saudari, saya di mana ni?” aju Daim.
Si gadis tersenyum, “Di mana sahaja yang dimahukan oleh saudara.”
“Sudah sedar rupanya. Bawakan air buat pemuda ini,” arah satu suara dari arah kanan Daim. Tersentak Daim. Mak aii besar giler badan lelaki ni. Tinggi pulak tu.
Suasana tiba-tiba senyap. Pemuda, pemudi serta kanak-kanak tadi berhenti dari mengalunkan kalimah suci Allah. Semuanya berjalan pelahan menuju ke arah Daim sambil tersenyum. Daim ketakutan.
“Siapa kamu semua? Saya di mana? Air apa ni?” bertubi pertanyaan Daim pada mahluk bertubuh sasa itu.
Semua mengurumi Daim sambil tersenyum antara satu sama lain. Masyallah cantik-cantik, kacak-kacak semuanya.
“Kamu berada di tempat yang kamu akan sampai satu hari nanti. Asalkan kamu menjaga imanmu, taqwamu, nafsumu, adap pergaulanmu dan agamamu.” Jawap lelaki tersebut sambil bersahaja.
“Mereka ini sahabatmu di sini.  Mereka akan terus menunggumu di sini.” Sambung lelaki itu.
“Janganlah saudara bimbang air ini dari sungai yang mengalir di tempat ini,” gadis pertama yang menyapanya menjawap pertanyaan Daim sambil menujukkan ke arah sungai yang dimaksudkan.  Masyallah…Maha Suci Allah…sangat cantik wanita di depaku ini.  Sungguh pun aku hanya melihat matanya tapi aku tahu orangnya mesti secantik pemilik mata yang redup dan mengetarkan naluri lelakiku. Siapakah gerangan si gadis ini…
“Daim…Daim…”
Tiba-tiba bergema seluruh alam dengan suara di langit tinggi.  Daim tersentak.  Jatuh cawan yang berapa digengamannya.  Opppsss sorry tak sengaja. Daim berfikir sendirian.  Suaranya seperti pernahku dengar tapi di mana ya?
Berkerut-kerut dahi Daim berfikir. Pap. Di tepuknya dahinya sekali.  Tu suara Mak cik Kesuma Dewi A.K.A bondaku tersayang.
“Mak… itu suara mak saya.  Dimanakah dia?” tanya Daim kepada lelaki tinggi tersebut. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Aku dekat syurga ke?” Daim tepuk-tepuk pipinya berkali-kali.
Berkali-kali di pejam celikkan matanya.
“Sudah masanya untuk kamu pulang ke dunia wahai pemuda.  Di sana ada yang masih menunggumu,” suara lelaki itu bergema kembali.
Satu cahaya tiba-tiba masuk ke matanya. Semakin lama semakin besar.  Kedengaran suara orang berselawat memanjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta.  Wajah mereka didepan Daim juga hilang satu persatu.
Di hospital…
            “Aduh sakitnya kepala ni…” jerit kecil Daim.
            “Anak mak dah sedar.  Alhamdullilah.  Daim…Daim”
            “Daim dekat mana ni mak?”
            “Hospital nak…dah dekat dua hari Daim tak sedarkan diri tau risau mak.  Tiap-tiap hari mak panggil nama Daim tapi Daim tak juga sedar-sedar,” Mak Cik Kencana Dewi terus memeluk cium Daim.
            Mak Cik Kencana Dewi mengalirkan air mata. Basah baju Daim kena air mata Mak CIk Kencana Dewi.
            “Dah kenapa mak ni tiba-tiba pula nangis? Daim ok je kan?”
            “Achik, manalah mak tak menagis dik. Kau dah dua hari tak sedarkan diri tau. Masa kami bawa kau ke hospital lagi kau tak sedarkan diri tau.  Risau kami dibuatnya. Keadaan kau tak la teruk tapi boleh lak kau  tak sedarkan diri dekat dua hari kan? Pelik Along,” Abang Daiz bercerita panjang.
            “Ye ke Along? Nak buat macam mana dah satu badan kena lunyai dengan korang semua, mau tak pengsan,” Gurau Daim.
            Abang Daiz menyekeh kepala Daim.
            “Sakit la Along. Asal boleh je kau kan nak sekeh kepala aku. Kau tak sedar ke aku ni masih sakit? Tiap-tiap tahun bayar zakat tau. Mak tengok Along ni,” Renget Daim.
“Dah puas dah mak tengok Along Achik. Dah naik muak dah mak,”  Seloroh Abang Daiz.
Pecah satu wad dengan gelak ketawa Mak Cik Kesuma Dewi, Abang Daiz dan kak Diana. Mana la agaknya Delita dengan Delila. Daim keling jam tangan Abang Daiz. Baru pukul 11 pagi patutlah dua kembar seiras tu tak nampak batang hidung. Kalau tak mesti dah terconggok depan ni. Kak AD dengan Abang Dani pun tak ada. Mesti masing-masing sibuk agaknya.
Dalam bergelak ketawa Daim masih tertanya-tanya tempat yang penuh dengan bunga-bungaan tu.  Sama ada realiti atau fantasi.  Sama ada mimpi atau mainan tidur.  Weh Daim mimpi dengan mainan tidur tu sama la ejaan je yang lain.  Apa la kau ni Daim. Hehehe…jangan marah yerk watak marah diri sendiri. Ni namanya monolog dalaman.
Sambung cerita, kalau realiti…mustahil sebab Daim ada atas katil hospital. Kalau fantasi… pun mustahil sebab orang pengsan mana boleh berfantasi bagai ni. Kalau mimpi…maybe kot mimpikan selalu terjadi time kita tidur.  Ada ke mimpi di siang hari? Dalam buku adalah. Dunia nyata mana ada orang tidur mata celik.  Musykil…musykil… tak faham aku.  Ada petanda yang tak baik ke? Ish payah ni.  Sudah la Daim tak payah kau nak fikir panjang.  Kang sakit kepala kau naik lagi kang.
“Assalamualaikum…” berdiri seorang doktor di hadapan mereka.
“Wa’alaikumsalam…”
“Alhamdulllah Encik dah sedar,”
“Ye doktor! Syukur alhamdullilah. Kalau tak bangun-bangun tadi tak ada la saya ni berpeluang melihat wajah manis doktor,”
Daim membaca tag nama di dada kiri doktar. Oh..Dr. Faridah Syafiqah.  Kiut betul muka Doktor ni.  Ala-ala anak Mami Tanjung Rambutan.  Eh silap! macam anak Mami Penang.  Kalau Tanjung Rambutan tu tempat orang sakit mental. Tempat orang tak betul tu. Hai kalau buat jadi isteri ni comfirm tak pi kerja punya. Hehehe…
“Aduh! Apa ni mak sakit la…”
“Amboi bukan main gatai lagi kamu ye Daim. Sakit tak elok lagi ada hati nak jual minyak.  Kot iye pun tunggulah sampai sembuh. Apalah,” Mak Cik Kencana Dewi dah start dah bukak kedai bandel air liur. Baik…llllllaaaaarrrriiiiii…
“Tak apalah Mak Cik. Saya dah biasa dah,”  balas Dr. Faridah Syafiqah sambil melihat clip board di atas meja katil Daim.
“En. Daim, saya nak check En. Daim sekejap ye?” lembut tutur kata Dr. Faridah Syafiqah sambil beralih ke sisi Daim.
Daim hanya mengangguk. Kang membalas kang kena lagi satu cubitan.  Baik diamkan diri je.  Selesai memeriksa Daim, Dr. Faridah Syafiqah beralih ke clip board perstasi kesihatan Daim.
“Ok Encik Daim.  Everything in good condition. So kita tahan sampai petang ni. Tengok keadaan Encik Daim petang ni macam mana kalau ok esok dah boleh keluar,” terang Dr. Faridah Syafiqah.
“Alhamdullilah.  Syukur la Daim dah boleh keluar wad,” gembira Mak Cik Kesuma Dewi.
“Cepatnya saya boleh balik.  Terasa macam sengal-sengal badan tak hilang lagi.  Pinggang saya pun terasa sakit lagi.  Ni ha kepala ni terasa macam ada bonjol je.  Kaki saya pun bengak semacam je doktor. Are you sure doctor im in god condition?” balas Daim.  Kenapalah awal benar nak Dr. Faridah Syafiqah ni bagi aku balik.  Baru nak berkenalan.
“Tu sebab saya tahan Encik Daim sampai petang ni tengok keadaan Encik Daim macam mana. Berkenaan dengan sakit-sakit tadi kami dah periksa tiada anggota yang patah.  Cuma ada urat yang bengkak.  Nanti kami bekalkan ubat untuk lembutkan urat.  Bila urat dah surut bengkak Encik Daim boleh lah pergi mengurut,” balas Dr. Faridah Syafiqah sambil tersenyum.
“Betul ke? Tak perlu pergi rawatan fisioterapi ke?”
“Tak perlu Encik Daim. Orang yang kami cadangkan mengikuti rawatan di unit fisioterapi biasanya mereka-mereka yang terlibat dengan kemalangan teruk. Yang mana perlu menjalani rawatan fisiterapi untuk bergerak atau berjalan kembali.  Macam kes Encik Daim saya rasa tak perlukan rawatan fisioterapi tu. Kes Encik hanya kes terseliur biasa je.”
Oh I see…ok lah kalau macam tu,” muram wajah Daim.
“Achik kalau kau teringin nak ikut rawatan tu boleh Along tolong patahkan tulang kau.  Sure kau boleh ikut rawatan tu punya.  Apa macam mau ka?” seloroh Abang Daiz sambil mengepal penumbuknya dengan wajah tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Uih! Tak mahu Achik.  Kena penumbuk kau Along bukan kata patah tulang K.O terus.  Kojol Achik kang,” balas Daim sambil tangannya ligat bergerak menunjukakan isyarat tidak mahu diberikan penumbuk oleh Abang Daiz.  Fuhh…tangan Abang Daiz dah la besar sebesar badannya.  Cuba bayangkan kalau Sang Sumo melawan Sang Kerengke. Siapa kalah? Sure-sure la Sang Kerengke kalah.  Baik jangan cari pasal.
Mak Cik Kesuma Dewi hanya tersenyum, “Diaorang adik beradik ni memang doktor.  Kalau bergurau kasar,”
“Tak apa mak cik.  Biasalah nama pun adik beradik.  Saya dengan adik-adik saya pun kadang-kadang macam tu juga. Al-maklumlah jumpa pun setahun sekali je.  Tu pun time raya je la.” Balas Dr. Faridah Syafiqah.
“Uih awat lagu tu?” soal Kak Diana.
“Nak buat macam mana puan, kami adik beradik tak ramai ada tiga berdik je. Semuanya bekeluarga.  Ada kerjaya masing-masing. Abang saya jurutera di Petronas Kerteh. Kahwin pun dengan orang sana langsunglah duduk disana. Adik saya pula sekarang di Perth, Australia kerja dikedutaan Malaysia disana. Setahun sekali je boleh balik. Isteri dia pula belajar nursing di sana.” Panjang lebar ‘hujah’ Dr. Faridah Syafiqah.
“Oh! Tadi Doktor cakap semua dah bekeluarga. Doktor pun?” soal Kak Diana sambil memandang Daim.  Niat dihati mahu mengenakan adik iparnya itu.  Dilihat Daim seperti berminat mahu mengetahui status Dr. Faridah Syafiqah.
“Ye puan.  Sekarang ni pun tengah mengandung anak ke-3. Dah 2 bulan dah pregnant,” balas Dr. Faridah Syafiqah sambil mengusap perutnya.
“Berapa umur doktor?” celah Daim.
“Dah tua dah. 35 tahun dah. Encik Daim pun muda lagi,”
“Ha?” Daim terkejut.
“Ish tak la tua sangat. Mak cik lagi tua,” seloroh Mak Cik Kencana Dewi.
Semua ketawa kecuali Daim yang mencuka.
“Hai! Kenapa Daim terkejut ke?” ketawa Kak Diana melhatkan gelagat adik lelaki bongsu suaminya, Encik Daiz Hamizey bin Muda Hitam.
“Tahniah ye doktor.  Muka berseri-seri ni mesti anak perempuan ni,” Mak Cik Kencana Dewi menepuk-nepuk lembut bahu Dr. Faridah Syafiqah.
“Amin. Insyallah mak cik.  Memang nak sangat anak perempuan. Dah ada dua hero teringin pula nak heroinnya.” Senyum Dr. Faridah Syafiqah.
“Tak apalah puan, mak cik saya minta diri dulu ye? Nak periksa pesakit lain pula,” sambung Dr. Faridah Syafiqah.
“Ha iye le.  Jalan baik-baik ye doktor. Kirim salam dengan suaminya nanti,” Mak Cik Kencana Dewi bersalaman dengan Dr. Faridah Syafiqah di ikuti Kak Diana.
“Baiklah mak cik. Oh iya Encik Daim petang ni mungkin saya tak dapat datang periksa Encik sebab saya terlibat dengan mesyuarat unit saya tapi saya akan minta nurse-nurse saya pantau Encik, ok? Lagi satu make sure banyakkan minum air sebab Encik baru je sedar. Perlukan sumber tenaga untuk mengantikan tenaga yang hilang. Sekarang dah pukul 11:30 pagi dalam setengah jam nanti attandent akan edarkan makanan so jangan lupa makan ok?” sempat Dr. Faridah Syafiqah berpesan kepada Daim sebelum berlalu pergi.
“Ok doktor,” jawap Daim lemah.  Apalah nasib badan. Baru je nak jual minyak sekali dah kahwin la pula. Paling sayu, beza 9 tahun pula tu. Ish..i.sh…ish...
Berlalu pergi je Dr. Faridah Syafiqah, Abang Daiz pun bersuara, “ kecewa ke Achik?”
“Hai….hancur hatiku… mengenang dikau…menjadi keping-keping setelah kau pergi…,” Daim mengekprasikan kekecewaannya melalui lagu dendangan Adi AF masa konsert akhir AF musim pertama.
Semua ketawakan Daim.
“Maaf mak cik saya nak hantar makanan,” tiba-tiba masuk seorang atentande hospital hantar lauk tengahari kepada Daim.
“Ni kena makan ye.  Dah dua hari tak makankan?” soalnya lagi.
Daim hanya tersenyum.  Kemudian terlihat kelibat dua adik kembarnya.
“Eh! Achik dah sedar?” melulu Delila memeluk Daim.
“Ish apa ni main peluk-peluk ni? Rimas la,” tingkah Daim.
“Eleh Achik ni. Peluk abang sendiri pun salah ke? Rindu tau kat Achik,” Peluk Delita pula.
“Ish…sudah…sudah…rimas la,” Daim menghuraikan pelukan Delita.
“Eleh…sombong yerk Achik?” Delita meleraikan pelukannya.
“Kerek ye Achik mentang-mentanglah sini ramai nurse-nurse yang cun melecun. Takut hilang sahamlah tu,” hujah Delila sambil menyilangkan tangan dan menjelirkan lidah ke arah Daim.
“Biarlah. Korang sibuk buat apa?” Daim menjelirkan lidah kembali kepada Delila dan Delita.
“Biarlah Daim.  Bukan orang lain pun adik-adik kamu juga.  Bukan haram pun.” Mak Cik Kencana Dewi menegur perilaku anaknya, Daim. Daim…Daim…ada je bahan nak mengusik adik kembarnya.  Datangkan baik, baik betul. Datangkan perangai jahatnya, syaitan pun kalah. Bilalah agaknya tiga ‘anak kecil’ ni nak elok dari asyik bergaduh je.
“Ish kome ni jangan diusik Achik ni.  Orang tengah frust menongeng la katakan.” Abang Daiz mengajuk Daim ala-ala Mak Nyah gitu. Bergerak tangan Abang Daiz mengenakan Daim.
“Siut kau, Along. Nah amik kau sedas,” Daim baling Abang Daiz dengan kain tuala yang ada di para katilnya. Entah mana entah datangnya tuala itu pun tak tahu la.  Ni mesti tuala mak Cik Kencana Dewi sebab beliau je yang setia menjaga anak lelaki bongsunya di hospital.  Harapkan orang lain, masing-masing sibuk dengan komitmen terhadap kerja kecuali Abang Daiz dan Kak Diana je yang ambil cuti seminggu sebab pelajar-pelajar Abang Daiz di Politeknik sedang cuti semesta selama satu bulan.
Abang Daiz berjaya mengelak balingan Daim dengan cekapnya.
 “Uih kau ni Daim mengalahkan perempuan.  Asal sikit nak baling-baling barang.  Ape ke he kome yop? Kak Diana pun idak ghuper gini. Along heranlah maca mana la kau boleh jadi tentera Daim,”  ejek Abang Daiz. Pecah ketawa semua orang. Hahaha…
Daim tarik muka 50 sen.
“Wah meriah betul dekat sini ada apa-apa ke?” jengah Abang Dani dan Kak Lin dimuka pintu.
“Ada orang makan hatilah Angah.  Orang tu tak lain tak bukan Daim Hanafi bin Muda Hitam A.K.A Aaaccchhhiikkk,” sengaja Abang Daiz jeritkan perkataan ACHIK untuk mengenakan Daim.
Abang Dani dan Kak Lin dah ketawa melihat muka 50 sen Daim.  Adalah tu kisah menarik ni.
Daim bertambah bengang. Asalkan boleh je diaorang ni semua nak mengenakan aku.  Dah la sakit tak hilang makin berdenyut kepala otak layan deme-deme ni.
“Ha gelak la gelak sampai tak hengat dunia.  Gelak la lagi,” tahap tension Daim semakin bertambah bila gelak yang sudah surut semakin bergema kembali.
Kemudian dalam rancak-rancak bergelak sakan tiba-tiba…
“Maaf semua boleh pelahankan sedikit tak suara? Sini hospital bukan fun fair.  Tolong senyap sikit ye,” datang seorang nurse suruh mereka meperlahankan suara. Terkedu semua. Senyap seketika.  Berlalu pergi je nurse tu, Daim pun bersuara.
“Ha padan muka sorang-sorang.  Ketawa tak ingat dunia,” ketawa besar Daim melihatkan ‘situasi’ tadi.
“Encik ni tak faham bahasa ke bila kami minta tolong senyap? Suara encik menganggu ketenteraman pesakit yang lain diluar,” muncul kembali nurse tadi sambil bercekak pinggang. Alamak cik misi dah marah la…haiyok…tak tahu.
Daim terus menutup mulut. Oppsss…
“Kenapa ni Ayu?” muncul seorang doktor muda dibelakang nurse tadi. Oh Ayu namanya tapi garang langsung hilang terus ‘ayu’nya. Hehehe…
“Tak ada doktor, bilik ni terlalu bising hingga menganggu patient di luar. Tu saya minta tolong senyap,” tutur nurse bernama ‘Ayu’ dengan sisa rasa tak puas hati yang masih bersarang.
“Tak pe la ayu, awak bolehlah sambung tugasan awak balik. Berkenaan patient ni biar saya yang take over. Tahulah saya nak buat apa dengan patient ni,” Dr. muda tadi sengaja membuat wajah untuk membalas dendam.  Gila kerek la muka doktor ni.  Rasa nak belasah je. Huhuhu…
“Baiklah Dr.Dahlia,” nurse bernama ‘ayu’ berlalu keluar dengan pantasnya. Ada tugas penting yang lain agaknya.
“Amboi korang ketawa tak ingat duniakan? Ha padan muka kena sound direct punye dengan nurse tadi.” Dr. Dahlia atau lebih dikenali umum sebagai Kak AD mengangkat ibu jarinya kepada semua.
“Ala Kak AD bukan Daim yang mulakan ni ha abang-abang kita ni yang mulakan campur pulak dengan dua kembar tak siam ni ha.  Manalah tak gamat suasana.” Daim mempertahankan dirinya.
“Eleh Daim iye le tu. Ha nape tak makan lagi ni? Cepat makan. Nanti diaorang nak kutip balik,” Kak Ad membuka tudung bekas makanan.
“Ha ye la nak makan lah ni. Mak nak suap,” sengaja mata dikelip-kelipkan.  Tunjuk manjalah tu.  Ngada-ngada betul la Si Daim ni.  Lempang kang.  Ish tak baik tau Cik Author ni watak hero kau tau.  Tak dia tak wujud sambungan cerita yang lain. So Cik Author jangan nak marah-marah hero ok? Wowo… Dah apahal lak watak marah Cik Author! Wah…wah..Ni sudah lawan tokey.  Sudah…sudah…back to the story.
“Amboi! Achik bukan main mengada-ngadakan kau? Menyampah mak cik,” sengaja Kak Ad menepis kepala Daim.
“Weh pe ni Along! Kepala ni bayar zakat sendiri la.  Suka-suka je nak sentuh kepala orang. Kau dengki cakap je la,” bengang Daim bila kepalanya di permain-mainkan. Memang pantang pada Daim orang sentuh kepala dia.  Ni dah kali ke dua buat hari ni kepalanya di permainkan. Tadi Abang Daiz sekarang Kak AD. Nasib la yang sentuh ni adik-beradik sendiri kalau kawan-kawan mahu bertumbuk dah.
“Alah sentuh sikit pun tak boleh,” bidas Abang Daiz.
“Sudah…Sudah kang datang lagi kang nurse ‘ayu’ tu kang baru korang tahu langit tinggi rendah,” akhirnya Mak Cik Kesuma Dewi terpaksa mencelah selepas berdiam diri untuk sekian lama.
“Ha Daim makan sendiri. Ngada-ngada nak mak suap. Tak malu ke? Harap je umur dah tua. Next birthday dah 27 tahun tapi perangai macam budak 7 tahun,” sambung Mak Cik Kesuma Dewi.
Daim menarik muka 50 sen. “Mak tak nak suap tak nak la makan,”
Ditolaknya bekas makanan ke tepi.
“Ish banyak songehlah Achik ni,” sakit hati Delila bila melihatkan sikap manja Daim yang tak pernah berubah. Kalau nak tahu, sungguh pun Daim ni seorang anggota badan beruniform Daim tetap dikategorikan sebagai seorang yang paling manja dalam keluarga.  Kalau balik ke kampung, Daim tetap masih makan bersuap.  Tetap masih tidur sekatil setilam lagi dengan Mak Cik Kencana Dewi walaupun jenuh dihalau keluar dari bilik. Tetap baring atas riba Mak Cik Kencana Dewi kalau tengok televisyen. Perangai Daim memang lain daripada abang-abangnya yang lain.
Masa kecil pun Daim yang paling nakal tapi paling baik hati.  Berani mengaku kesalahan diri sendiri. Dalam tiga orang anak lelaki Mak Cik Kencana Dewi, Daim sahaja yang paling pandai memasak. Mana tak pandainya, asal boleh Mak Cik Kencana Dewi ke dapur mesti Daim jadi orang pertama ke dapur dulu.
Tapi perangai Daim akan berubah 100% apabila dengan kawan-kawan atau rakan sepasukan. Daim akan berubah karektor dari seorang yang manja kepda seorang yang paling ditakuti.  Semua orang tak berani nak bermain api dengan Daim. Pasti akan dibalas sehabis mungkin. Daim juga seorang ketua yang tidak akan mudah bertolak ansur dengan pegawai-pegawai yang memandang rendah soal disiplin. Tapi pada yang mengenali Daim dengan lebih rapat semua akan sependapat bahawa Daim merupakan seorang yang berhati halus macam perempuan. Ni mungkin disebabkan faktor keluarga dimana atas Daim adalah Kak AD manakala bawah Daim pula Delila dan Delita. Jarak Daim dengan abang-abangnya jugak agak jauh. Kalau Abang Daiz 38 tahun, Abang Dani pula 35 tahun. Daim sendiri 27 tahun maka hampir purata 9 tahun bezanya.
Now back to the story…cukuplah cerita pasal Daim. Nanti-nanti kita sambung lagi ok?
“Ha cepat buka mulut. Ish kamu ni Daim macam mana la orang nak ‘lekat’ dengan kamu.  Manja tak sudah-sudah.  Cukuplah tu Daim jadilah matang sikit,” bebel Mak Cik Kencana Dewi anamun tangan tetap menyuap Daim.
Sengih Daim ada yang melayan.  Tiba-tiba…
“Eh apa ni mak main suap-suap ni.  Buat malu je kat orang,”
“Eh tadi bukan main lagi nak bersuap bagai. Ni tiba-tiba pula ubah fikiran. Dah kenapa kamu? Hilang akal dah ke?” tersentak Mak Cik Kencana Dewi dengan tindakan Daim merampas pinggan dari tangan Mak Cik Kencana Dewi.
Daim memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah sekumpulan nurse pelatih yang sedang membuat rondaan bersama-sama dengan seorang nurse yang senior. Semua memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Daim.
“ Allah…Time nurse-nurse pelatih ni la nak buat handsome, macho, kacak bergaya? Tadi tak mahu pulak?” bengkeng Kak AD.
Daim hanya tersengih.  Mak Cik Kencana Dewi sudah mula bercekak pinggang. Kumpulan nurse pelatih sampailah ke katil Daim.
“Eh Dr. Dahlia. Patient doktor ke?” Tanya salah seorang nurse pelatih sambil mengeyetkan mata ke arah Daim. Tersentak Daim.  Oh mak aii…bukan main gatai lagi nurse ni.  
“Eh bukan patient saya tapi patient Dr. Faridah Syafiqah.  Patient ni adik saya.  Kalau rasa-rasa berkenan bolehlah minta nombor telefon sebelum petang ni sebab esok adik saya ni dh keluar dan minggu depan kalau tak ada yang dia berkenan kami satu family ingat nak tunangkan dia dengan jiran sebelah rumah,” jelas Kak AD. Terbeliak biji mata Daim. Delila dan Delita dah ketawa kecil geli hati tapi sembunyi-sembunyi. Abang Daiz dan Abang Dani pulak dah tersenyum-senyum kerang busuk. Kakak-kakak iparnya pulak cover senyum.
“Ha tu la. Agaknya ada ke yang berkenan? Anak mak cik ni bukanlah kerja bagus sangat. Buat kerja-kerja kampung je. Ni sakit pinggang ni sebab selalu banting bendang orang. Dapat masuk wad kelas pertama ni pun sebab kakaknya doktor di sini. Kalau tak, tak merasa juga,” Mak Cik Kencana Dewi   menambah perasa. Daim memandang maknya dengan mata paling besarnya.  Mak Cik Kencana Dewi buat-buat tak nampak je.
“Eh tak apalah mak cik. Kami semua ni dah berpunya. Milik abang-abang polis, abang-abang tentera lagi,” jawap nurse yang kenyet mata dengan Daim tadi.
Daim dah datangkan begang. Menyampah dia melihat wajah nurse tadi. Bangga sangat lah tu. Tak malu. Kau ingat aku ni ‘kebulur’ ke kalau tak pilih kau?
“Eh ni time nak belajar ke nak mengatal? Ingat tentang etika kerja sikit. Sungguh pun Dr. Dahlia ajak berborak depan patient kena jadi professional,” amik kau sedas kena dengan nurse senior. Padan muka kau.
“Hahaha…padan muka kau. Tak malu. Tak sedar diri. Ingat muka tu lawa sangat la? Muka mak aku lagi 10x lawa dari kau.  Kalau setakat abang tentera kau yang berpangkat rendah tu kau dah kecoh baik tak payah la. Buang air liur je. Malu la wo,” tergelak besar Daim.
Muka nurse yang kelip mata dengan Daim dah merah semacam. Malu besar kot. Yang lain pulak dah pecah gelak bila Daim buat ayat macam tu. Tu lah Daim kalau dia dah tak suka mesti orang tu akan kena punya. Tak sikit banyak mesti akan kena. Daim ni mulut laser gila pada orang yang dia tak suka. nurse-nurse yang lain tergamam dengan ayat Daim. Tak kurang juga yang menunjukkan muka tak puas hati tapi selebihnya lebih kepada muka terkejut.
Agaknya nurse tadi dah tak dapat tahan malu terus dia berlari keluar.  Masa berlari keluar tu pula terlanggar pula tong sampah. Jatuh tersungkur tersembab ke lantai nurse tu.  Makin gelak sakan Daim. Nurse tadi bangun dan kelihatan matanya merah semacam. Mesti dah menangis. Daim terus terdiam. Alamak aku dah buat anak orang nangis la.
“Cik nurse senior, maaf nak tumpang tanya siapa nama nurse pelatih tadi yerk?”
“Oh…Aisyah namanya,” jawap nurse senior tadi.
“Oh…Kak AD ada tak kertas kosong?” Daim menoleh ke arah Kak AD.
“Achik nak buat apa?” Tanya Kak AD sambil menghulurkan sehelai kertas sebesar tapak tangan kepada Daim.
Daim mencoretkan sesuatu kedalam kertas tadi. Kemudian dihulurkan kertas tadi kepada nurse senior tadi.
“Cik nurse senior boleh tak pass kan surat ni pada Aisyah. Cakap ‘Abang Ganteng’ bagi. Heheheh…” sempat bergurau lagi Daim.
“Ok! By de way tak payah la panggil saya dengan panggilan Cik nurse senior. Nama saya Azura.” Jelas nurse senior yang bernama Azura tadi sambil menarik tanda namanya ke atas bagi memudahkan Daim melihatnya.
“Opppsss sori…tq yerk Cik Azura,” Daim malu sendiri.
“Bukan Cik lagi dah puan dah. Nampak ni perut pun dah beso,” jawap nurse Azura sambil mengusap perutnya.
“Opppsss sori…tak apa nanti ada anak lelaki bolehlah letak nama saya Daim Hanafi sebab nama saya ni paling best seantero dunia. Hehehe…” loyar buruk punya Daim.
“Ish tak mahu saya nanti kang terkenan pula anak saya dengan perangai awak,” nurse Azura mencebikkan bibirnya. Daim hanya ketawa.
“Assalamualaikum tuan…” masuk sepasukan tiga orang pegawai tentera ke dalam bilik Daim sambil tabik hormat. Nurse-nurse pelatih tadi bertambah terkejut.
“Wa’alaikumsalam… tak payahlah beria nak takbik ni. Bukan d kawasan kem pun,” jawap ringkas Daim.
“Pesakit ni pegawai awak ke?” Tanya salah seorang daripada nurse pelatih tadi.
“Ye. Kapten Daim Hanafi adalah pegawai kami,” jawap salah seorang daripada mereka.
Nurse-nurse tadi memandang Daim dengan muka tak percaya. Daim hanya buat tangan tanda Peace.
“Tadi mak cik cakap dia ni kerja kampung,” Tanya sorang lagi nurse pelatih.
“Saja nak trick kamu semua ni memandang kepada kebendaan, rupa paras atau pun hati budi. Tapi sayang nampaknya rata-rata lebih memilih kepada rupa paras dan kebendaan,” balas Mak Cik Kesuma Dewi dengan muka yang sangat kecewa.
“Maafkan kami mak cik,”
“Tak apalah. Benda dah lepas. Nanti sampaikan ucapan maaf mak cik kepada kawan kamu tadi. Daim ni memang mulutnya laser sikit kalau dengan orang yang kerek macam kawan kamu tadi,”
“Insyaallah mak cik. Kami minta diri dulu ye Dr. Dahlia. Oh ye nama Daim Hanafi tadi sedap juga. Kalau baby saya ni anak lelaki saya namakan dengan nama tuan boleh? Bicara nurse Azura.
“Tak takut ke nanti mulut anak awak laser macam mulut saya?” sindir Daim.
“Eh tak apa. Semoga anak ni nanti pun akan jadi anak yang berjaya macam tuan.”
“Umm…gunalah. Nanti cukup bulan bayar royalty ok?”
“Ha kena bayar ke?” terkejut nurse Azura
“Haruslah. Hak cipta terpelihara apa?”
“Kalau macam tu tak jadilah nak guna,” sungul nurse Azura.
“Hehehe…gunalah. Saja mengusik,” Gelak Daim.
“Kalau macam tu terima kasih ye tuan. Kami minta diri dulu,” undur nurse Azura.
“So wasup? Mana tahu saya masuk hospital?” Tanya Daim selepas pasukan nurse-nurse tadi keluar.
“Mak yang call bagi tahu kamu MC sebulan,” potong Mak Cik Kencana Dewi.
Oh I see…ala mak tak payah la kot sampai sebulan dalam dua tiga minggu elok la ni,”
“Achik boraklah dulu ye. Mak nak pi solat Zohor,” bicara Mak Cik Kencana Dewi.
“Mak kami ikut mak,” serentak Delila dan Delita menyoal.
“Jom…”
“Kami ikut sama mak,” Kak Diana dan Kak Lin pun sama. Mereka membontoti Mak Cik Kesuma Dewi keluar.
“Ha…moh leghas,”
Abang Daiz bagi isyarat kepada Abang Dani ajak keluar juga.
“Along dengan Angah pun nak blah la. Nak solat kendian nak pi cari menda nak makan,” sebelum pergi Abang Daiz dan Abang Dani keluar mereka bersalaman dengan pegawai tentera yang ada.
Kak AD awal-awal lagi dah berlalu pergi sebab menerima panggilan penting.
“ Tuan apa khabar?” Tanya seorang pegawai bernama shafiq.
“Macam ni la. Tak la elok sangat tapi ok la rasanya,”
“Kami dimaklumkan bahawa tuan koma. Tu yang kami terus kemari,”
“Oh tak la koma.  Pengsan je. Baru je sedar pagi tadi.”
“Oh macam tu,”
“Tuan, berkenaan kerja-kerja di kem tuan tidak perlu bimbang. Buat masa ini tugas tuan di ambil alih oleh Kapten Malik,” terang salah seorang daripada pegawai yang datang. Di dadanya tersemat nama ‘Hussien’.
“Oh tak mengapalah. Lagi pun rasanya tiada tugasan penting kecuali sambutan hari Merdeka nanti. Oh ya tolong beritahu kepada anggota yang lain bahawa kita terlibat dengan latihan Perarakan Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini. Tiada siapa yang dibenarkan mengambil cuti. Tiada siapa dibenarkan mengelak dari perarakan ini. Ingat? Dapat Hussien?” terang Daim.
“Baik Tuan,” sambut Lefternan Hussien.
Diluar pintu melintas seorang gadis.  Gadis tersebut berlanggar dengan dengan seorang mak cik. Dipimpinnya mak cik itu. Daim melihat sepasang mata yang seperti dikenali.  Wajah penuh gadis itu terlinduk dek kain tudungnya yang meleret ke pipi dan mulutnya.
Mata itu milik…

Friday, October 29, 2010

~ bEtDaY pArTy Di oPiS ~

Salam to All,

hari ni sgt2 heppy sebab sambut betday dengan kak misha n mus...betday geng bulan Oktober.

so selamat enjoy pic2 dr che ezaitie.


ni la dia kek yang Che Ezaitie tempah dari http://emyramlah.blogspot.com/

majlis bermula lebih kurang jam 8:30 pagi. Che Ezaitie jemput kawan-kawan yg rapat je..nk jemput semua takut mengangu tugasan rasmi diaorang..

  yg sengih ni la betday boy, c mus..

antara mereka yang sudi hadir..tq all...

tq semua..jemput makan jemput...

ni sahajalah buat entry kali ini...so hope enjoy..sikit je dapat capture sume bz nk makan n sambung tugasan kembali..

idea oh cik idea..

salam semua,

che ezaitie nk cerita apa yang terjadi pada che ezaitie semalam. so hope enjoy..
semalam che ezaitie sampai rumah je terasa penat yang amat.  che ezaitie rehat sekejap tgk crte spontan 2 kt astro dengan adik che ezaitie.  punyelah kusyuk sampai lupe che ezaitie nk g mandi n basuh baju.  ha jangan tak tahu baju che  ezaitie sume che ezaitie guna tenaga empat kerap membanting tulang membasuh baju. bukannya che ezaitie x mampu bli mesin basuh...mampu tapi che ezaitie ada baca 1 artikel bertulis bergini :

" SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN ADALAH DENGAN CARA BASUH BAJU DENGAN TANGAN BUKAN DENGAN MESIN."
so che ezaitie pun mengaplikasikanlah dalam kehidupan seharian che ezaitie. ye la che ezaitie kena juga kuruskan badan supaya che ezaitie tetap sihat dan bertenaga untuk hari-hari mendatang.  pada che ezaitie kurus tu bukanlah untuk kecantikan semata-mata lebih kepada menjaga kesihatan. che ezaitie sedihlah bila ramai yang asalnya gemuk pakaian alhamdullilah menutup aurat...jaga adap susilah...jaga pergaulan..tapi bila dah kurus ni dengan mengunakan macam2 produk, last-last tudung hilang...baju terdedah...nauzubillah...mintak2 che ezaitie dijauhkan dari terkena penyakit ini semua...astagfirullah... Ya Allah tetapkan lah imanku Ya Allah...
oppss melalut jauh pulakkan che ezaitie ni..tajuk entry nak crte pasai idea..hehehe..ok kita sambung balik... entah apa mood baik adik che ezaitie semalam dia masak lauk best la jugak wpun hanya ikan kering..hehehe...lps siap makan malam masing masuk bilik utuk solat maghrib & isyak. che ezaitie dah inform awal2 pada adik yang che ezaitie nk memgarang..nak siapkan bab ke-3 CALON MENANTU MAK.  rangka dah siap tinggal nak olah je...

semalam lepas solat isyak je terus pula memang idea datang mencurah-curah ke ladang gandum...che ezaitie pun amik la notebook terus on untuk menaip idea-idea yang mendatang.tapi sebabkan tahap mengantuk yang amat sangat last2 kolep..che ezaitie tido jugak akhirnye..hehehe