~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, June 8, 2015

Calon Menantu Mak - Epilog



EPILOG
            Butir pasir yang berkilau mengecilkan bebola mata Daim. Sang suria yang berada disebelah laut sana, sangat memukaukan. Sang suria yang paling cantik pernah Daim lihat. Daim menyusuri pantai dengan langkah yang dihayun dengan penuh lemah gemalai. Menghirup udara yang amat menyegarkan badan. Kaki masih di hayun satu persatu. Tangan diselupkan dalam poket seluar.
Kelihatan dikiri Daim, seorang wanita berlari mengejar seorang kanak-kanak lelaki sambil melambai kepada Daim.
“Abang...”
“Ayah...”
Daim melambai kembali kepada mereka. Tapi kakinya tidak terasa untuk melangkah. Hanya dibiarkan mereka yang berlari ke arahnya. Tangannya masih setia melambai. Senyuman bahagia terukir diwajahnya. Wajah-wajah mereka yang menjadi kesayangan Daim selama tiga tahun ini. Oh! Sungguh bahagia.
Umpama dalam lewat mimpi lepasnya. Mimpi pertanda jodohnya bersama Dhia. Mimpi penentu kebahagiaannya kini.
Hasil perkahwinan selama tiga tahun ini, Daim dan Dhia dikurniakan sepasang pasangan kembar setahun selepas perkahwinan mereka. Tapi sayang. Allah lebih sayangkan anak perempuan mereka. Anak perempuan mereka meninggal selepas 20 jam dilahirkan. Belum pun sempat sehari tapi sempat merasai air susu dari seorang ibu.
Mereka diberikan nama arwah, Nurul Dhia Nasuha. Nasuha pergi mengadap ilahi selepas berusaha bertarung nyawa untuk hidup. Nasuha tidak dapat berjuang untuk hidup dengan keadaan fizikal yang terlalu kecil dan berat yang tidak sampai 2kg. Tapi Daim dan Dhia tetap bersyukur, Allah tidak menarik kedua-duanya. Allah tinggalkan Muhammad Daim Nashriq untuk menemani dunia mereka selama ini.
 Alhamdullilah, Nashriq dilahirkan sihat sehingga sekarang. Badan Nashriq pun sudah hampir sama bulat dengan badan Muaz, anak Abang Daiz. Itu masa Muaz umur baya-baya Nashriq. Sekarang, Muaz sudah darjah satu. Badannya pun sudah makin mengecil sebab selalu di kerjakan oleh adiknya, Munawir.

Nashriq adalah penyeri hidup mereka. Nashriq penghibur duka lara. Nashriq sentiasa riang dengan telatahnya. Ada sahaja ragamnya yang mencuitkan hati Daim dan Dhia. Sehinggakan kadang-kadang masalah boleh hilang selepas mendengar Nashriq bercerita dalam bahasanya sendiri. Pelat dan masih tetap pelat walaupun usia sudah masuk dua tahun setengah.
Nashriq yang berlari terkedek-kedek untuk mendapatkan Daim, terus disambutnya dan digendung dengan tangan kanan. Tangan kirinya melingkari pinggang Dhia. Mereka tiga beranak sama-sama memandang kepada matahari terbenam dibumi Sabah.
“Terima kasih Sayang sebab sudi jadi sebahagian dari hidup Abang. Terima kasih sebab sudi menghadiahkan Nashriq dan Nasuha kepada Abang. Abang harap kita akan terus bahagia begini,” dahi Dhia dikucupnya.
“Sama-sama. Abang, tak lama lagi akan tambah sorang lagi N dalam hidup kita,” Dhia tersenyum.
Dahi Daim berkerut. Dhia menarik tangan Daim yang melingkari pinggang Dhia ke depan. Nashriq digendung pula dengan tangan kirinya. Dibawa tangan kanan Daim ke perutnya kemudian Dhia menyegih. Daim berubah riak muka.
“Serius ke?” Dhia mengangguk.
“Alhamdullilah,” Daim meraup mukanya.
Bahu Dhia diraih rapat ke dirinya. Pemandangan matahari terbenam di negeri Sabah sememangnya sangat cantik. Secantik anugerah Allah kepadanya. Jika bukan Dhia calon menantu pilihan Mak Cik Kesuma Dewi, mungkin jalan ceritanya akan berubah. Sama ada bahagia atau sebaliknya. Jika Daim memilih orang lain sebagai isterinya. Entah apa episod yang bakal tercorak dalam cerita hidupnya.
###
Lapangan Terbang KLIA.
            Jefry melangkah laju selepas keluar dari balai ketibaan. Masa tinggal lagi 20 minit sebelum waktu Isyak masuk. Jefry perlu cepat. Jefry balik bercuti seminggu di Sarawak tapi baru tiga hari balik ke Sarawak, Jefry dipanggil pulang untuk bertugas. Demi Negara, Jefry akan tumpahkan taat setianya. Selepas ini, Jefry akan menaiki bas pula balik ke Ipoh. Kalaulah ada penerbangan dari KLIA ke Ipohkan bagus? Tak payah nak dua kali transit.
            Melihat jam yang tinggal hanya berbaki 10 minit, langkahnya semakin dicepatkan. Dalam pada mengejar masa untuk memunaikan solat maghrib, Jefry terlanggar seorang wanita yang sedang berdiri dihadapanya. Bergolek jatuh bagasi wanita dihadapanya. Jefry sudah mengetuk kepalanya dengan botol air yang kosong. Apalah, sikit punya besar orang pun boleh tak nampak.
            “Maaf ya, Cik. Saya tak sengaja,” Jefry menolong mengangkat bagasi wanita itu.
            “Eh! Takpe. Saya yang cuai berdiri tengah laman,” wanita itu bersuara halus.
Macam pernah dengar je suara dia ni. Jefry memberanikan diri untuk menoleh kepada wanita disebelahnya. Dia ni bukan ke...
            “Aisyah. Aisyahkan?” wanita itu mendonggak.
            “Abang Jefry?” Aisyah tersenyum.
Satu getaran memukul dan  bermain didalam hati Jefry. Getaran yang semakin lama semakin kuat. Adakah itu namanya cinta?

2 comments:

naga-mark said...

trimmaksih infonya...
sangat menarik dan bermanfaat...
mantap...

Anonymous said...

smbung cite jefry pulak