~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, June 8, 2015

Calon Menantu Mak - Bab 49



Bab 49

            Menjelang hari-hari terakhir bergelar dara sunti memang mengerunkan Dhia. Tak dapat dicerna akalnya bahawa dirinya akan bergelar isteri tak lama lagi. Isteri kepada seorang lelaki yang menjadi pilihan keluarga pada asalnya kini menjadi lelaki yang bertahta sepenuhnya dihati.
            Kerja-kerja untuk kenduri kahwin pun sudah berada di kemuncaknya. Mak Som awal-awal lagi telah melantik diri sendiri untuk duduk di dapur. Chu Eida seperti biasalah. Mesti menyiapkan soal gubahan hantaran dan hiasan bilik pengantin. Laila dan Latifah pula awal-awal lagi menyerah diri untuk menghiasi pelamin.
            Membuatkan bertambah teruja dan berdebar Dhia menunggu hari bahagianya adalah hampir seratus peratus buatan original dan semula jadi. Baik dari gubahan hantaran, dekorasi pelamin dan bilik tidur semuanya adalah hasil tangan tiga Dhia sepenuhnya.
            Pelamin Dhia mengunakan konsep yang mungkin jarang orang akan gunakan. Bukan berjimat tapi ni semua berpunca dari Laila The wedding Planner dan Latifah The Flower Girls. Apa yang nampak dek mata mereka berdua, semuanya nak di sumbat dalam majlis Dhia. Apa yang Dhia tahu, dia mahukan sebuah majlis yang ringkas tapi tetap ekslusif dengan padanan warna peach dan coklat.
            Sebulan sebelum majlis, Dhia, Laila dan Latifah bertapa di Nagoya hampir setiap minggu. Mencari kain yang sesuai untuk dijadikan birai belakang pelamin, langsir rumah dan sky loop pada laluan di tangga untuk naik ke tingkat atas. Serta paling penting baju untuk kendara crew serta ahli keluarga. Semua tu kena di fikirkan juga tu.
Hasilnya, birai berwarna peach terang dipilih dengan disulam warna sky loop coklat yang agak gelap menaikkan seri pelamin. Menjadi suatu kebetulan pula, di rumah mereka memang mempunyai buaian kayu jati yang diletakkan di luar rumah. Selepas siap di kilatkan kembali, tenaga semua ahli keluarga lelaki digunakan untuk mengalihkan buaian kayu jati itu ke tempat persandingan Dhia nanti. Nampak macam Laila ni gila. Dhia pun naik pening juga pada asalnya. Sampai naik berpeluh-peluh ketiak nak mengangkat buaian kayu jati yang beratnya, tak boleh nak cerita. Tapi bila buaian kayu itu terletak membelakangkan birai pelamin, ia nampak cantiklah pula.
Pasu bunga berkaki setinggi 4 kaki diletakkan di penjuru kiri dan kanan paling hampir dengan birai. Pasu bunga berkaki setinggi 2 kaki diletakkan dihadapan dan akhir sekali pasu bunga diletakkan paling hadapan. Seolah-olah sebuah pasu bunga yang menaik atau menurun. Pasu bunga pertama diletakkan gubahan warna peach dan putih. Gubahan kedua warna peach semata dan gubahan bunga akhir berwarna coklat dah putih.
Bunga telur yang diperbuat daripada buah pinang, daun sireh kering, kayu manis, bunga lawang dan pelbagai rempah lain menjadikan pelamin Dhia nampak unik dan menarik. Dua buah bantal berwarna peach sedondon layar menghiasi ruang sengang dibuaian kayu. Bunga telur ini pula merupakan idea kreatif Chu Eida.
Di tangga terhias sky loop berwarna peach dengan kuntuman bunga ros berwarna coklat pula hasil idea Latifah. Di laluan masuk semasa dia berarak nanti, terdapat beberapa gondolan persis semasa kerajaan Romania. Mengikut rancangan Latifah, semasa Dhia melalui laluan itu nanti, bunga ros berwarna peach akan ditabur meraikan Dhia dan Daim.
Tapi tempat paling susah nak mengemas dan menghias adalah bilik pengantin Dhia. Dalam bilik mereka sebelum ini, ada tiga almari baju, satu katil saiz queen, satu katil saiz single serta beberapa lagi benda yang tak penting ada dalam bilik pengantin Dhia. tak pasal-pasal nak kena dialihkan semua yang tak diperlukan.
Penat memang penat. Sampai naik tercabut semua tulang belulang. Tapi demi kakak tercinta, Laila dan Latifah akan usahakan dengan jayanya. Semua yang tak perlu dalam bilik mereka di masukkan sementara dalam dua bilik anak bujang Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan. Mengamuk mereka berempat bila barang Laila dan Latifah memenuhi bilik mereka berempat. Sampaikan ruang nak lalu pun menjadi terhad.
Berkenaan kad kahwin pula, ia akan direka khas oleh Alif. Cakap je nak bentuk macam mana, dengan sepantas kilat Alif akan merekanya. Kesenian yang mengalir dalam tangan Alif tidak sia-sia bila hasilnya sangat bombastik. Sehinggakan ada yang tempah mulut awal-awal dengan alif.
Seperti yang sedia maklumlah Dhia ni kan suka kartun, jadinya kad kahwin pun ala-ala kartunlah juga. Sebelah rumah Dhia je. Sebelah Daim, Dai tempah di Perak. Malu Dhia nak berkongsi kad kahwin berkartun-kartun dengan Daim. Itu pun, Daim boleh ketawa geli hati. Siap cakap lagi Dhia macam kanak-kanak riang ribena.
Tak lengkap majlis kalau takde persalinannya. Untuk majlis nikah, baju yang akan dikenakan Dhia sepersalinan baju kebaya labuh berwarna putih mutiara dan ditambah motif bunga berwarna peach. Tudung berwarna putih dengan manik hiasan juga berwarna peach. Nampak pucatkan? Tapi selepas diletakkan layar peach terang diatas kepala menaikkan seri pengantin pada wajah Dhia.
Bagi persalinan persandingan, Dhia akan mengenakan baju jenis gaun labuh berwarna coklat dan lining berwarna peach. Sebagai aksesori tambahan, sehelai kain dijadikan sebagai tali pinggang melilit di pinggang Dhia. Tudung berwarna peach dan di perindahkan dengan layar panjang berwarna coklat. Disebabkan warna yang Dhia pilih ini jarang-jarang mendapat permintaan, naik pening juga pihak butik pengantin untuk mengadakan apa yang Dhia minta. Berapa kali rundingan dilakukan dengan Dhia dan Daim. Baru akhirnya mencapai kata sepakat.
Kalau semasa bertunang yang lepas, dua khemah Pak Cik Lutfi naik, kali ini enam khemah Pak Cik Lutfi naik. Tiga kali ganda dari semasa bertunang yang lepas. Ikutkan Pak Cik Lutfi, mahu sahaja dia naikkan sepuluh khemah. Tetapi disebabkan Dhia awal-awal lagi telah menyuarakan kuasa vetonya, kemahuaanya dibatalkan. Iyalah! Anak perempuan sulung kahwinlah katakan. 
            Dhia yang menjadi pengantin pun, bukannya reti duduk diam. Makin dekat hari langsung makin berdebar rasa hati. Makin terasa cepat pula masa berlalu. Dhia takde pantang khas seperti mana Kak AD. Cumanya, seminggu sebelum majlis, Dhia tidak dibenarkan keluar rumah lagi dah. Itu sebabnya Dhia, terpaksa ambil cuti lima hari sebelum majlis dan lima hari selepas majlis di rumah Dhia. Di rumah Daim nanti, pun bergitu. Dhia menghabiskan semua cuti tahun lepas yang masih banyak belum diambil. Orang sibuk 24 jam, memanglah macam tu.
###
            Kemarin Delita beritahu yang keluarga mereka akan sampai petang atau malam hari ini. Mereka datang dua hari awal dari hari Daim dan Dhia akan dinikahkan. Homestay mereka di kawasan Alai juga. Deret rumah Dhia bukan takde homestay tapi sengaja je Pak Cik Lutfi sewakan yang sebelah sana. Tujuannya untuk mengelakkan dari Dhia atau Daim berjumpa senyap-senyap. Nanti melanggar perjanjian susah.
            Mereka bertolak ke Melaka pada waktu malam sebab pada petang itu, Daim masih bertugas seperti biasa. Mereka bertolak selepas solat Isyak. Mak Su Timah, Tok Anjang, Kak AD dan Dr. Aiman satu kereta. Daim, Mak Cik Kesuma Dewi, Delita dan Delila satu kereta. Abang Dani dan Kak Lin satu kereta. Kak Mila sekeluarga satu kereta. Jefry, Abang Tom dan Kak Julie satu kereta. Akhir sekali dua biji kereta wakil dari rakan sekerja Daim. Semuanya sekali tujuh biji kereta. Nak di tempah satu bas terasa tak berbaloi pula sebab orangnya taklah ramai mana. Baru ada 30 orang wakil sebelah Daim.
            Lagi pun, pihak Daim juga masih banyak urusan. Terutama urusan mengubah hantaran masih belum siap sepenuhnya. Mereka memutuskan untuk menyiapkan hantaran semasa berada di Melaka. Takut, takut nanti habis terbalik semua barang hantaran dalam kereta. Daripada cantik, jadi tak cantik pula dibuatnya.
            Gubahan hantaran untuk Dhia akan digubah oleh Mak Su Timah, Kak AD, Delila dan Kak Diana. Mereka berempat ni je yang pandai dalam bab gubah mengubah. Kalau masuk tangan Delita, confirm tak akan jadi. Tangan keraslah katakan. Masuk pula tangan Kak Lin, alamatnya entah apalah yang bakal terjadi. Kak Lin ni bab masak dia terror tapi bab mengubah dia memang seorang yang gagal. Kak Lin sendiri mengaku dia kalah bab gubah mengubah ni.
Baju sanding dan nikah Daim, Laila hantar sehari sebelum majlis nikah. Sampai je Laila di homestay, barulah Daim perasan yang sampin dan songkoknya tertinggal atas katil biliknya. Apa lagi? Terpaksalah Laila bawa Daim pusing Bandar Melaka mencari sampin dan songkok yang sesuai. Dapat pula Daim ni jenis cerewet, ummm....poning palo mak cik!
Sebelum Laila balik, sempat Daim bagi sepucuk surat untuk diberikan kepada Dhia. Mulanya Laila tak mahu krompomi tapi bila Daim sudah mempamirkan muka kesian, ditolonglah juga. Sempat juga Laila peringatkan Daim untuk menyediakan duit ‘tol’ secukupnya. Mula tu Daim blur juga. Iyalah. Kenapa pula tiba-tiba nak kena sediakan duit ‘tol’? Lepas Laila cerita tentang adat orang Melaka yang akan mengenakan ‘tol’ kepada pengantin lelaki, barulah Daim faham maksud Laila. Siap lagi Laila pesan sediakan lebih dari RM 500.00. Mak aii... banyaknya...
###
            Laila sampai di rumah hari sudah menginjak senja. Saudara mara masih sibuk ke depan dan ke belakang membuat persiapan terakhir. Petang tadi, semasa membawa Daim ke Bandar Melaka, telah berlangsung Majlis Cukur Jambul dan Majlis Khatam Al-Quran empat beradik alif. Ini selepas solat Isyak karang, akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi tiga beradik Dhia. Bak kata Pak Cik Lutfi, senang sekali jalan je. Tak payah pening-pening nak buat majlis lagi.
Esok, selepas asar, Dhia dan Daim akan di nikahkan. Malamnya pula akan diadakan majlis berinai besar. Jadi malam ini, merupakan malam terakhir Laila dan Latifah dapat tidur bersama dengan Dhia. Bukan main lagi dipeluknya Dhia. Macam Daim akan bawa Dhia pergi jauh je esok.
“Esok, kau dah kahwin dengan Along. Tinggallah aku sorang-sorang dekat Putrajaya. nampaknya kenalah aku cari rumah sewa lain,” keluh Laila.
“Ish! Apasal nak cari rumah lain? Kau ingat aku lepas kahwin ni terus pindah Perak ke?” Dhia menoleh kepada Laila.
“Tapi lambat laun kau kena serahkan juga kuarters tu balik,”
“Memanglah. Tapi bukan dalam masa terdekat ni. Entah-entah dalam pada aku tunggu keputusan pindah Perak, Meran ajak kau kahwin. Tak payah kau fikir soal cari rumah lagi. Hehehe...” Dhia sengaja berlawak.
“Banyaklah kau. Oh! Ya...” Laila bangun dan menyelup beg tangan. Kemudian dihulurkan surat dari Daim.
“Apa ni?” soal Dhia yang sudah duduk di atas katil.
“Along bagi,” Laila separuh berbisik.
“Iya ke?” teruja Dhia.
“Weh! Bukan kau tak boleh berhubung dengan Abang We ke?” terkuat pula si Latifah ni!
“Syyuuuhhh....” Dhia dan Laila sama-sama meletakkan jari ke mulut.
“Diam-diam sudahlah. Kau ni apa tahu? Budak sekolah lagi. dah pergi tidur, esok banyak lagi kerja nak buat. Final touch up!” arah Laila kepada Latifah. Latifah hanya mencebik. Dikalih badan mengadap dinding dan terus memejamkan mata.
Tangan merah berinai Dhia mengigil membuka surat daripada Daim. Surat sepenuh-penuh kertas A4 dibaca dengan lafaz bismilah...




As’salamualaikum
Buat Permaisuriku, Dhia Lutfiyah.
Sayang, sudah bersediakah Sayang untuk menjadi Permaisuri yang akan sentiasa bertahta dalam hati Abang? Sayang, esok adalah hari kita akan disatukan sebagai suami isteri. Sejujurnya Abang mahu Sayang tahu satu cerita mimpi. Abang nak cerita berdepan dengan Sayang tapi panahan mata Sayang tu memukau sangat. Jadinya, Abang coretkan dalam warkah ini.
Sayang nak tahu tak? Sebenarnya Sayang telah lama berada di hati Abang. Sejak dua tahun yang lalu, Abang selalu mendapat mimpi petanda tentang Sayang. Mata Sayang selalu bermain di fikiran Abang. Bermain dihati Abang.
Abang mengaku Abang terlalu ego untuk mempercayai jodoh pilihan mak. Abang terlalu ego untuk merendahkan diri berjumpa dengan Sayang. Tapi selepas terjumpa Sayang di Endau Rompin, hati Abang tak keriuan. Tapi masa itu, Abang tak tahu Sayang adalah tunang Abang. Kalaulah Abang tahu...
Sayang, setiap kali Abang jumpa dengan wanita lain, Abang tak mampu lafazkan kata sayang. Hanya pada Sayang sahaja Abang mampu lafazkan dengan tenang dan damai.
Sekarang Abang baru tahu penangan Calon Menantu Mak. Taklah teruk sangat. Hehehe...
Kita jumpa hari nikah kita nanti Ya Sayang... i love you more that everything. 
###
“Aku terima nikahnya Dhia Lutfiyah binti Ahmad Lutfi dengan mas kahwinya RM 300.00 tunai” dengan sekali lafaz Daim Hanafi dan Dhia Lutfiyah sah menjadi suami isteri.
            “Alhamdullilah,” Daim meraup mukanya tanda kesyukuran.
            Akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan yang mendatang, mereka berdua bersatu sebagai suami isteri juga. Daim sungguh tak percaya Dhia kini menjadi miliknya. Daim tak sangka semua ini hanya berlaku dalam tempoh setahun usia pengenalan mereka.
Daim memandang Dhia dengan wajah penuh kelegaan. Sememangnya hari ini amat “ mencemaskan” naluri lelakinya. bayangkan hampir sebulan tidak melihat wajah comel Dhia, 2 minggu sebelum hari bahagianya tak boleh langsung menelefon Dhia. Mati kutu Daim hampir 2 minggu menjadi mangsa keadaan permintaan Mak Kesuma Dewi dan keluarga Dhia. Daim masih ingat lagi kisah 3 bulan lalu sewaktu nak menetapkan tarikh langsung mereka. Mak Cik Kesuma Dewi telah membuat peraturan yang amat-amat tak masuk akal iaitu :
1)      Tidak boleh jumpa Dhia sebulan sebelum majlis nikah.
2)      Tidak boleh berhubung langsung dengan Dhia 2 minggu sebelum majlis nikah.
Nak terjojol biji mata Daim dengan peraturan-peraturan yang diberikan oleh Mak Cik Kesuma Dewi. Yang paling tak menahanya keluarga Dhia semua boleh bantaikan setuju dengan peraturan tu.  Alasannya nak membangkitkan rasa rindu pada kami. Tak payah buat peraturan macam ni pun Daim akan sentisa rindu Dhia sebab sepanjang dia orang bertunang pun bukan selalu sangat jumpa. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab masing-masing kepada Negara. Al-maklumlah, Daim seorang tentera berpangkat Kapten manakala Dhia seorang Pegawai Psikologi di Jabatan Pekhidmatan Awam. Jumpa pun hanya nak beli barang keperluan majlis.
Daim tengak Dhia hanya tersenyum manis balik langsir pintu bilik.
Peh! Gugur jantung, limpa segala organ-organ dalaman aku dengan senyuman minah ni. Muka dahlha bulat-bulat macam bola, mata pula sepet macam anak cina, bibirnya kecik molek je tapi bila senyum kalah Lisa Surihani dalam iklan Lip Balm Mentholatum. Untung siapa dapat anak dara orang ni dan manusia yang paling untung tu adalah aku. Kuang,kuang, kuang. Daim oh Daim kau kalau bab perasan memang pandai.  
Padahal macam-macam boleh terjadi dalam masa sebulan ni. Daim mengomel dalam hati kesepian dengan mata memandang Dhia dengan harapan akan ada yang membangkang peraturan-peraturan tak masuk akal Mak Cik Kesuma Dewi iaitu ibunda Daim terchenta. Terchenta ke? Haruslah. Sungguh pun Dhia lagi cun dari Mak Cik Kesuma Dewi ni tetapi Mak Cik Kesuma Dewi tetap menjadi pojaan hati Daim.
Namun semuanya hampa, tiada sorang pun yang berani membangkang. Aduhai! Terpaksalah Daim menahan rasa sorang diri. Dhia ditenung macam nak juling. Tapi hampeh, Dhia balas dengan juliran lidah pada Daim siap buat aksi juling mata sambil ibu jari lekat di pipi gebu gebasnya sambil mengerak-gerakkan empat jari yang lain. Siap ada yang join sekaki. Memang dasar tunang bawah usia. Macam budak-budak.
Ish! Ish! Daim hanya mengelengkan kepala sahaja sambil memandang lantai dan jari kaki.
“ Hai Achik, rancak geleng kepala. Udoh kenapa kamu? Kot iye pun nak berzikir, zikirlah elok-elok ini idok dah macam ohgang Black Matel je dah Tok nengok.” Peh! Amik kau sedas ayat tangkap pedih telinga khas di import dari Lumut, Perak tak lain dan tak bukan semestinya Tok Anjang. Merah padam muka Daim masa tu. Dhia pula bantaikan gelak sakan balik langsir. Tak senonoh betul punya tunang.
Balik je dari rumah Dhia, Daim diam seribu bahasa. Beria-ria Mak Cik Kesuma Dewi cerita pasal kegembiraannya nak menyambut menantu baru.  Mak Cik Kesuma Dewi perasaan Daim senyap tapi dia tetap bercerita.  Tidak tahan bercakap seperti orang gila bahu Daim dicuit. Daim ibarat patung langsung tiada respon.
“Kamu udoh nape? Merajuklah tu. Achik, Achik oghrang lelaki ni tak elok muke ghupe itu. Buruk beno mak nengoknya. Ce senyum sikit. Sayang de lesung pipit tapi x reghti nak senyum.” Pujuk Mak Cik Kesuma Dewi sambil mengulus lembut pipi kasar Daim.
Daim senyum sebaris.
“Mak le pandai-pandai buat peraturan bagai tu nape? Bukannya Achik dengan Dhia selalu jumpa pun. Dia sibuk dengan kerja dia Achik pun sibuk dengan kerja Achik. Tak salahkan kalau kami nk jumpa selalu?” Daim melepaskan geram di hati.
“Mak ada sebab buat macam tu Sayang. Kamu tu dah cukup ke semua ilmu tentang rumah tangga? Ilmu agama? Cukup sempurna ke kamu nak menjadi pemimpin keluarga nanti? Cukup sabar ke kamu nak melayan kerenah isteri nanti? Kalau ada anak nak layan anak lagi. Cukup ke iman kamu?”
Mak Cik Kesuma Dewi menarik nafas.
“Dalam masa yang singkat inilah kamu harus betulkan mana yang patut di betulkan. Dhia tu baik budi pekerti. Mak tak mahu kamu sia-siakan dia dengan kelemahan kamu sendiri. Perkahwinan ni satu perjanjian suci, wahai anakku Daim. Kalau boleh bio la sekali je dalam hidup. Mak kalau boleh nak anak-anak lelaki mak ni jadi contoh yang baik pada isteri dan anak-anak kelak. Mak nak kamu jadi macam arwah abah kamu. Macam arwah sayang mak, didik kamu adik-beradik macam tu juga mak nak kamu lakukan. Isteri ni bukan hamba suami tapi isteri adalah permaisuri seorang suami. Isteri bukan anak kapal bahtera rumah tangga tapi lebih sebagai penasihat nakhoda kapal iaitu kamu.” Berhujah panjang Mak Cik Kesuma Dewi sambil sengaja menunjal-nunjal bahu sasa anak lelaki bongsunya itu.
“Sakitlah mak. Apa ni main cucuk-cucuk orang ni? Hilang balancing setering ni kang.” Daim menepis tangan Mak Cik Kesuma Dewi. Peh sakitnya!!! Dahlah jari runcing-runcing mahu tak sakit kena cucuk. Mahu lebam ni kang.
Nasiblah mereka berdua je dalam kereta ni kalau tak mahu jadi bahan gelak adik-beradik lain. Daim sudahlah dalam menahan sakit hatinya mengakui kata-kata Bonda Terchentanya. Perjalanan dari Melaka balik ke Perak pun terasa jauh sangat-sangat. Terasa macam nak ke pantai timur je caranya.
Tapi itu semua dah pun lepas. Betul juga cakap Mak Cik Kesuma Dewi. Nak membangkitkan rasa rindulah katakan. Tapi selebihnya lebih kepada nak mengelakkan dari maksiat bermaharajalela, memperlengkapkan diri dengan ilmu agama, mengajar erti sabar dalam nak memimpin rumah tangga dan paling penting nak memberi peluang membetulkan mana salah silap dan kelemahan mereka berdua sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Alhamdullilah nasihat Mak Cik Kesuma Dewi ni tersemat rapi dalam dada Daim. Biarlah lagi pun sekarang Dhia dah pun sah jadi isteri terchayang Daim. Terchayang ke? Haruslah nama pun isterikan siapa tak sayang isteri kan? Ish! Ish! Korang ni ada je nak complain tau.
            Sebelum Daim melakukan sujud syukur, Daim diberikan teks lafaz sakinah oleh Tok Imam.
            “Adalah saya, Daim Hanafi bin Muda Hitam, suami kepada Dhia Lutfiyah binti Ahmad Lutfi yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin sebanyak RM300.00 tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,”  Tangan Daim diletakkan diatas ubun-ubun Dhia.
Dhia membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada Daim dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya. 
“Adalah saya Dhia Lutfiyah binti Ahmad Lutfi, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,”
Sebelum itu, Pak Cik Lutfi melafazkan penyerahan tanggungjawab sebagai ayah Dhia kepada Daim agar dapat menjaga Dhia dengan baik. Mak Cik Kintan juga mengucap lafaz pesanan ibu kepada Dhia yang baru bergelar isteri. Dhia pula membalas melalui lafaz ucapan terima kasih anak. Dhia sebagai anak mengucapkan terima kasih kepada Mak Cik Kintan yang selama ini membimbing dan menjaganya dengan baik.
Suasana semakin sayu dan mendayu. Air mata Dhia berjurai mengalir keluar. Sehingga tersedu sendirian.
Selesai sujud syukur Daim menitikan air mata jantannya. Mak Cik Kesuma Dewi memaut bahu Daim dengan lembut, “Anak mak ni nagis gembira ke nagis suka?” Daim kesat air mata dengan hujung jari.
Daim tanpa sengaja melafazkan kerisauan di hati nak menjaga Dhia sebaik mungkin. Mak Cik Kesuma Dewi terus memeluk Daim. Diurut belakang badan Daim. Mak cik Kesuma Dewi tahu Daim mampu lakukannya. Dhia yang mendengar turut sama terpampang.  Dalam hati kecil dia menyeru nama suaminya kini. Manik-manik mutiara kaca semakin laju menuruni kolam mata...
Tanpa sedar Daim mengesat air mata di pipi Dhia. Dhia terharu. Dhia menunduk memandang karpet hijau. Daim angkat dagu Dhia. Di tenung wajah Dhia. Wajah yang amat di rindu selama sebulan.
“Abang tak akan sia-siakan Sayang Abang, Dhia Lutfiyah binti Ahmad Lutfi. Hanya Sayang seorang yang akan bertahta di hati Abang selepas mak mertua Sayang ni. Abang akan jaga Sayang, sayang Sayang, didik Sayang selaku pemimpin kecil kurniaan Allah…” Daim menutur tanpa meminta balasan kata-kata dari Dhia.
“Okey, okey. Bolehlah di mulakan acara membatalkan air sembahyang. Kita buat dekat pelamin ya?” Laila cuba meredhakan suasana yang sedikit sayu selepas majlis akad nikah dan lafaz sakinah.
“Batalkan air sembahyang apanya? Memang udoh batai pun,” seloroh Mak Su Timah.
Daim dan Dhia sudah saling ketawa. Daim mengengam tangan Dhia dan dibawa ke pelamin. Dhia mengesat air mata yang masih bersisa.

No comments: