~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, March 5, 2012


  Bab 1

Warung D’ Mamak Cafe.
            Kelihatan seorang lelaki berjalan dengan penuh maskulin ke arah seorang wanita yang sedang memandangnya sambil menyandar  malas di kerusi. Mata wanita itu semakin mencerun memandang lelaki tersebut yang berjalan berlengang seperti Mak Inang pulang dari pasar. Straw yang sememangnya setia dimulut, digigit geram. Aku belasah juga Si Samdol ni, karang! Terkedek-kedek macam itik.
            Lelaki itu yang penuh dengan menebal tahap maskulinya terus duduk dihadapan wanita itu tanpa sebesar zarah pun rasa bersalah. Diangkat kening dua kali kepada wanita dihadapannya tanda salam hormat dan kemudian menghadiahkan wanita itu sebuah senyum McDonald. Senyuman meleret macam Uncle Mc’Donald tu. Menyampah betul!
            “Bhai, teh tarik gelas besar satu. Roti bakar 2 set,” lelaki itu terus memesan menu makanan.
            “Siap,” Bhai mengeling tanda faham.
            Lelaki itu membuka tali leher dan kemudian diletakkan di atas meja. Butang lengan baju dibuka dan lengan baju dilipat hingga ke paras siku. Cermin mata hitam yang tersangkut di poket baju diletakkan ditepi tali leher. Rambut yang sudah panjang 5 inci di tolak ke belakang. Tisu di ambil dan tangan terus mengelap permukaan meja di hadapanya.
Wanita dihadapannya masih cuba bersabar dengan gelagat lelaki itu. Walaupun hakikatnya, wanita itu sudah terasa seperti mahu dipenggal kepala  lelaki dihadapannya. Sudahlah lambat. Macam-macam pula kerenahnya. Geramnya aku!
So, My Lady, was up?”
Wanita itu berhenti mengigit straw .
“Dah habis dah? Dah siap dah?” sapa wanita itu sambil gigitan straw kembali diperketatkan. Tahan geram.
Lelaki itu buat senyum Mc’ Donald lagi.
            “Hehehe... Lama tunggu?” soal lelaki itu selepas menghirup teh tarik yang baru sampai.
            “Eh! Taklah. Baru je lagi,” bernada manja tapi geram.
            Prap...
            Meja ditepuknya kuat. Terkejut orang di meja sekeliling. Bhai, yang buat air teh tarik pun tersentak. Sampai tercurah air panas ke meja buat air. Kesakitan yang dirasa menimbulkan reaksi pantas untuk meniup tangan yang sakit. Lelaki dihadapannya hanya ketawa. Padan muka! Takde kerja cari kerja. Takde siapa suruh tepuk meja pun. Ini bukannya parlimen nak main tepuk-tepuk meja tanda setuju Cik Kak Oii...
            “Apa gelak-gelak?” soal wanita itu sambil meniup tangannya yang terasa sangat berdenyut-denyut. Sakitnya! Merah tangan I, you.
            “Takde apa. Sakit Kak?” soal lelaki itu dengan nada lucu. Kening diangkat sekali. Senyuman Mc’Donald sekali lagi.
            Lelaki itu dijelingnya...maut!
            “Apasal kau lambat? Tau tak dah sejam aku bertapa dekat sini?”
            “Tak tahu,”
            “Takpe. Ni aku beritahu. Kau ni kan. Memang tau. Kalau aku lambat bukan main lagi kau punya bebel. Cuba kalau kau datang lambat? Dengan muka tak bersalah boleh kau pesan makan lagi kan?” meluap-luap marah wanita dihadapannya.
            “Relakslah. Kang kena darah tinggi kang. Pengsan. Siapa susah? Aku jugak. Nak kena gendong badan kau yang berat 55 kilogram tu,” wanita itu melempar ais kepadanya.
            Ish! Suka benarlah minah ni main baling-baling air batu. Cubalah baling jongkong emas ke? Wang dinar emas ke? Ha, tak pun cubalah bagi pada aku cek bernilai jutaan ringgit. Kaya juga aku jadinya. Ini tidak, buat basahkan baju aku adalah.
“Aku lambat bersebablah. Ada hal urgent tadi. Kau tu lambat tak bersebab langsung,” lelaki itu cuba membela dirinya.
            “Apa sebabnya? Cuba kau cakap,” wanita itu memeluk tubuhnya sambil menyandar tegak di kerusi.
            “Aku ni kan kerja swasta? Tak macam kau kerja dengan kerajaan. Kerja aku ni deal dengan ramai client. Aku dah nak datang sini sharp on time. Last minute, sectary bos call. Bos aku suh handle client untuk projek besar. Nak tak nak kenalah aku handle. Jangan marah eh? Kau kalau marah kurang comellah, Cik Mayesa Shahmina” lelaki itu cuba memujuk.
             Meyesa memandangnya sinis. Entah apalah kerjanya sampaikan berjanji pun tak pandai. Nak cakap kerja syarikat besar takdelah sangat. Syarikat biasa-biasa je. Tapi kira ada namalah juga sebab pemiliknya berstatus Dato’. Tapi taklah terkemuka sangat macam Kilang Kereta Honda tu. Setakat biasa-biasa je. Setakat keuntungan sejuta setahun je kot.
            “Bukan ke ‘Bos’ kau tu abah kau ke? Tak akan takde excuse kot?” Mayesa bersuara kerek.
            “Memanglah. Tapi aku tetap kuli dalam pejabat tu. Bos bagi kerja, kuli kenalah buat,” Mayesa menjuling matanya ke atas.
            Inilah padahnya kalau kerja dengan bapa sendiri. Tapi kira baguslah juga budak sekor ni. Tak reti nak ambil kesempatan atas status bapa sendiri. Taklah macam seseparuh anak orang lain. Bila bapa sendiri ada ‘jenama’ dalam sesebuah syarikat mulalah nak tunjuk taring dengan menindas orang bawahan.
            “Mayesa, kau marah aku ke?” soal lelaki itu lagi bila melihatkan Mayesa masih membisu seribu kata.
            Mayesa masih tetap diam membisu tapi mulutnya dah terherot ke kiri dan ke kanan. Memang salah satu tanda kalau Mayesa marah, mulalah dia akan buat mimik muka pelik macam ni. Dia ingat cantik sangatlah kalau buat muka macam tu? Tak cantik pun! Macam Tapir adalah.
            “Cik Maaayyyeeessssaaaa...” Lelaki itu melaung nama wanita dihadapannya.
            “Hoi! Malulah. Habis semua orang pandang. Kau ingat kita ni dekat hutan ke yang kau nak register jadi Tarzan ni?” pipi wanita dihadapanya merona kemerahan.
Pandangan dialihkan ke sekeliling. Nasiblah petang-petang ni,  tak ramai pelangan. Kalau tidak, mahu balik dengan beg kertas tutup muka. Tapi Bhai ni dah senyum kerang busuk pula!  Tak guna betullah Si Mawaz ni... aku campak dalam longkang baru tahu. Kemudian timbus dengan baja pokok bunga Kek Wa. Cantik laman Warung D’ Mamak Cafe, Bhai ni aku buat nanti.
            “Aku panggil elok-elok tak sahut. Bila aku jadi Tarzan baru nak jawapkan? Ha! Padanlah dengan muka kau,” Lelaki dihadapanya membetulkan kerusi yang didudukinya.
            “Kau ni suka sangat panggil aku Mayesa. Dah naik jemu aku nak peringatkan kau. Panggil aku Min je dah lah. Dah terasa macam orang Jepun pulak,” Mayesa merengus. Tangan diletakkan diatas meja makan. Menumpak  dagu yang mukanya dihala ke jalan raya.
            “Hehehe...kau lupa ke mak kau cerita apa? Kalau kau lupa meh aku tolong ingatkan. Masa mak kau mengandungkan kau, mak kau asyikkan nak makan sushi. Lepas tu semua cerita Jepun mak kau layan. Bukan itu je, sampaikan sanggup belajar bahasa Jepun sekali. Part paling aku tak boleh lupa mak kau cerita, bila mak kau cakap dia suka sangat nak make up macam geisha tu. hahaha...”
            “Ha, satu lagi, buat apa aku nak panggil kau Min? Kau bukan Alif Ba Ta yang ada huruf Min. Kan manis bila aku panggil Mayesa? Terserlah keayuan kau yang tak berapa nak ayu sangat sebenarnya. Setiap nama ada maknanya. Ala, macam Yuna cakap pasai kamera canon dia. Setiap gambar ada lagu,” setiap kata yang keluar dari mulut dia ni walaupun berbunyi manis pada awalnya, tetap juga akan menyakitkan hati aku bila berada dipengakhirannya. Sengal betullah!
            Wah! Suka suki je nak perli mak kita. Ibu dia tu apa kurangnya? Panggil nak manja-manja. Tu pasal perangai tak pandai nak berdikari makan kari setiap hari. Entah-entah silap hari bulan, baju pun ibu dia yang saterikakan. Ish! Tak tercapai akal kalaulah betul-betul perkara ni terjadi.
            “Amboi! Rancak ketawa nampak? En. Fawwaz Isam, kau tu jangan lupa ya? Masa ibu kau mengandungkan kau tu, ibu kau pakai perfume sikit punya banyak sampai naik pengsan abah kau. Tu pasal anak dia ni maskulin terlebih-lebih. Bau perfume, Masyallah. Sikit punya kuat. Pakai pula jenama tak hengat. Playboy. Kau tak boleh yerk nak tukar perfume lain? Busuk, doh!” Mayesa mengepit hidungnya.
            Nampaknya perang mulut akan bermula. Maka semua sila tadah telinga ya...
            Fawwaz mengidu bau dibadannya. Ok pe bau dia? Sweet, sweet ala candy. Mana ada kuat sangat pun. Yang sedang-sedang saja. Hidung minah ni tersumbat ke? Nampak sangat minah ni dah takde isu nak kenakan aku. Ada ke patut bab minyak wangi jadi topik? Tak patut, tak patut...
            “Eleh! Sekurang-kurangnya aku ada identiti aku sendiri. Dari kau? Bau perfume kau tu tiap kali jumpa mesti bau dia bertukar-tukar. Kejap bau bunga-bunga. Kejap kang bau buah-buah. Ni ha, apa bau pun aku tak tahu dah. Boleh tersumbat hidung aku tau kalau macam ni. Cubalah kau cari satu perfume yang sesuai dengan diri kau tu. Yang sesuai dengan karakter kau tu. Barulah ada identiti tersendiri macam aku,” Fawwaz menarik keluar kolar bajunya. Mayesa hanya menjeling. Dasar jantan perasan punya Fawwaz.
            “Suka akulah nak pakai perfume jenis apa pun,”
            “Sebab tulah takde orang nak lekat dengan kau,”
            Ish! Mamat ni, dah melampau ni. Muka handsome. Penampilan tip top. Badan tegap tapi bab tang mulut, laser nak mampus! Dasar tak reti nak ambil insuran mulut punya orang. Dia ingat dia maskulin terlebih tu ramai sangatlah yang minat? Dua kali lima sepuluh je dengan aku.
            “Eh! Kau pun sama eh? Aku tak pernah terserempak pun kau duk dating dengan awek kau? Entahkan wujud entahkan tidak je awek kau tu. Entah-entah imaginasi engkau je yang lebih,” Mayesa masih belum mahu melepaskan Fawwaz.
            “Nak buat macam mana. Dah kalau asyikkan keluar dengan kau je,” Fawwaz separuh berbisik.
            “Apa? Cakap tu kasi telinga aku ni dengar sekali, bukan takat bisik-bisik dalam kelambu eh?” Mayesa menunjuk telinganya.
            “Takde apa. Ni kenapa kau nak jumpa aku? Biasa boleh je cakap dalam telefon,” soal Fawwaz sebelum menyumbat roti bakar ke mulutnya.
            Topik harus segera ditukar sebelum kedai Bhai ni terbakar dengan perlawanan tikaman lidah mereka ni. Tak akan pernah sudah tak akan pernah ada tanda noktar. Semuanya dilanggar je. Jadi sebelum akan ada pinggan dan cawan melayang baik cari jalan pintas segera.
            Mayesa mengeluh sesaat. Berubah terus karakter Mayesa.  Dari hyper aktif nak mengena Fawwaz kepada segan sesaat. Kelu lidah Mayesa ingin berbicara. Tidak tahu dari mana hendak dimulakan. Walaupun Mayesa dan Fawwaz dah lama kawan, sejak dari tingkatan 4 lagi, kadang-kadang bila isu sensitif ni timbul, segan juga nak cerita. Sungguhpun, ahli keluarga Mayesa dan Fawwaz saling mengetahui mereka berkawan, tak semestinya semua cerita dia orang tahu. Nak, nak pasal cerita dalam kain. Lagilah segan nak cerita.
            Fawwaz lihat Mayesa seakan sayu semacam. Mukanya tak beriak seperti tadi. Muka orang ada masalah. Jarang dapat tengok Mayesa macam ni, sebab Mayesa bukan jenis reti nak bermasalah-masalah. Hidup dia semuanya aci redah. Teringat masa belajar kelas matematik tambahan, cikgu tanya cara penyelesaian bagi penjelmaan, Mayesa dengan penuh slamber cakap “saya kurang periksa, cikgu,” habis bergelak sakan satu kelas.
Mayesa kalau buat muka masalah macam ni biasanya mesti melibatkan sesuatu yang sangat sulit. Dia bukannya reti nak bercerita dengan orang lain. Suka sangat nak pendam-pendam dalam hati. Hanya Fawwaz je yang boleh mencairkan hati Mayesa untuk bercerita. Dah banyak kali dah Mayesa cuba cover tak nak menangis, lastnya pecah juga! So, today apa kena pula minah ni?
My Lady, bila you nak cerita ni?” Fawwaz buat aksi muka daring.
“Ish! Gelilah. Jangan panggil aku My Lady ni boleh tak? Berdiri tegak segala anak rambut aku dibuatnya,” Mayesa memegang tengkuknya. Fawwaz hanya ketawa geli hati.
“Ok, ok. Kenapa ni? Muka kau kalau murung macam ni, mesti ada sebab,”
“Fawwaz, aku tak tahu nak mula dari manalah,” Mayesa mengoyakkan tisu ditangannya.
“Lah! Main tisu pula dia. Cerita jelah. Ke kau nak aku buat serkap jarang?” Fawwaz merampas tisu ditangan Mayesa.
“Seganlah,” Mayesa mencampak sisa tisu yang terkoyak kepada Fawwaz.
Hai! Main campak-campak tisu pula. Minah ni siuman ke tidak. Tiba-tiba je buat drama filem Hindustan. Aku tahulah aku dengan dia dekat kedai Bhai, tapi tak payahlah lorat sangat sampai macam ni!
“Kau ni kenapa? Sejak bila kau pandai nak segan silu dengan aku ni? Sebab apa yang kau sayu sangat-sangat ni wahai adinda pujaan hati kekanda?” Fawwaz membuat aksi romantik dengan menghulurkan bakul sudu garfu kepada Mayesa.
“Ish! Sengallah kau ni,” Mayesa meletakkan kembali bakul sudu dan garfu ke meja.
“Sebab apanya Cik Mayesa oii?” Fawwaz mulai bosan.
Mayesa menarik nafas panjang-panjang sebelum dilepaskan pelahan.
“Sebab apa lagi? Pasal isu kahwinlah. Mak aku dah bising suruh kahwinlah Adik aku, Tasya minggu lepas keluarga pakwe dia dah masuk meminang. Dalam masa 2 bulan nak bertunang. Aku? Penatlah nak cerita dengan mak aku ni. Aku dah cakap dah aku belum ready nak kahwin. Lagi pun aku mana ada pakwe nak aku cakap-cakap pasal kahwin, berkeluarga ni,” cerita juga Mayesa akhirnya.
Fawwaz hanya mengangguk tanda dia masih mendengar.
“Kadang tu aku jadi tension tau. Asyikkan bagi hint entah apa-apa entah. Lagi satu, ada ke patut dia suruh aku kahwin dengan engkau? Apa terdesak sangat ke aku ni?” sambung Mayesa.
Fawwaz senyum sumbing.
“Tu pasal aku rela duduk rumah asing dari mak dengan ayah aku. Sebab benda-benda macam nilah. Tasya pun dah bagi hint suruh aku cari sorang suami. Sebab pakwe dia tak nak bagi hadiah sebagai bayaran ganti rugi pada aku. Apa ingat aku ni hamak sangat ke nak hadiah bagai ni? Apa dia orang ingat isu cari suami ni macam nak beli ikan dekat pasar ke? Abang, bagi ikan Kembung sekilo? Macam tu? aku sakit hati, Bro. Sakit hati,” Mayesa dah nak menumpahkan empagan airmatanya.
Fawwaz ketawakan Mayesa.
“Fawwaz, aku tengah sedih ni. Aku tak buat lawak Usop Santorian or Usop Wilcha ok?”
“Dah, dah. Takmo nangis, nangis. Buruk,”
Fawwaz menyelup sakunya dan kemudian menghulurkan sapu tangannya kepada Mayesa. Mayesa mengesat airmata yang sudah mulai jatuh ke pipi. Terbit rasa sayu dihati Fawwaz. Ini bukan pertama kali Mayesa menangis dihadapannya pasal ceritra ni. Malah dah banyak kali dah. Kesian Mayesa.
Mayesa dan Fawwaz sebaya. Masing-masing dah berusia 29 tahun. Lahir pun pada bulan yang sama. Beza Fawwaz lahir awal bulan, Mayesa akhir bulan. Mayesa berkhidmat di agensi kerajaan sebagai Pegawai Sukan di sebuah kementerian di Putrajaya. Manakala Fawwaz merupakan seorang arkitek di sebuah syarikat swasta di Puchong, Selangor. Tahun depan, cukup bagi Mayesa digelar, ANDALUSIA atau Anak Dara Lanjut Usia; dan Fawwaz pula akan memegang title Anak Teruna Lanjut Usia atau ANTELUSIA.
Kalau di ikutkan, baik Mayesa mahupun Fawwaz, dua-duanya tidak mempunyai masa langsung nak memikirkan soal cinta. Tu sebab dua-dua pun langsung tak kahwin sampai ke hari ini. Terlalu obsess pada kerjaya. Dia orang ni bangun je fikir kerja. Nak tidur pun masih fikir kerja juga. Entah bilalah agaknya dia orang ni akan berhenti fikir tentang kerja buat seminit.
Tuntutan tugas yang kira agak mencabar juga buat Mayesa menghadkan hubungan sosialnya. Kalau keluar pun mesti lepak sini, kedai Bhai ni ha. Lepak pun dengan siapa lagi kalau bukan dengan Fawwaz.  Itu pun dah jarang sangat dah sebab masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Fawwaz jelah tempat Mayesa nak hilangkan segala tension dan sakit hati dia.
Dulu pernah ada orang masuk meminang Mayesa. Belum sempat Mayesa bagi keputusan, ayah Mayesa dah tolak dulu. Alasannya dia pernah nampak orang yang masuk meminang Mayesa keluar dari kelab malam dengan keadaan mabuk-mabuk. Syukur, Alhamdullilah. Selamat dari mulut buaya.
Fawwaz lagilah. Pergi kerja selepas solat Subuh, balik kerja sesudah azan Isyak berkumandang. Terlalu asyik sangat bekerja. Yelah, kerja dalam bidang swasta ni kenalah pandai-pandai usaha lebih kalau nak kedudukan yang lebih. Hasilnya, seawal usia 27 Fawwaz dah diberi kepercayaan penuh oleh Abah dia untuk bawa lebih banyak keuntungan berprofit tinggi.
Bukan takde orang yang nak pada Fawwaz, ada. Malah siap ada yang offer diri lagi. Tapi entahlah. Semuanya Fawwaz tolak cara baik. Alasan Fawwaz cukup senang. Selagi dia belum beli rumah, belum bayar habis kereta dan juga pinjaman pendidikan, selagi itu dia belum boleh nak kahwin lagi. Katanya, tak nak nanti terbeban dengan pelbagai benda remeh temeh. Terutamanya bab hutang. Lagi pun hati Fawwaz belum benar-benar untuk melepaskan cinta pandang pertamanya.
Tapi kini, Fawwaz dah mampu senyum sendiri. Target dia dah hampir Berjaya. Tinggal nak beli rumah je dalam proses. Bab yang lain semua dah selesai dibayar dengan hasil duit gaji yang diterimanya bulan-bulan. Keluarga Fawwaz ini pun dah kaya raya tapi Si Fawwaz ni berada dalam bab penampilan je. Itu pun bukan dari brand yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar bergaya dimata client dia. Bab lain takde pun. Pakai pun kereta buatan Malaysia juga. Satria Neo.
Fawwaz membiarkan Mayesa melayan perasaannya sebentar.
“Senang-senang kau kahwin jelah dengan aku. Ibu aku dengan abah aku pun dah kenal mak dan ayah kau. Kita pun kira sebaya,” tiba-tiba Fawwaz menyuarakan cadangannya kepada Mayesa. Terbeliak mata Mayesa mendengarkannya.
“Kau merepek apa ni?” soal Mayesa.
“Bukan merepek. Tapi nak selamatkan keadaan. Aku semaklah tiap kali jumpa kau, kau nak nangis-nagis pasal bab ni. Kata brutal. Ini, Allah. Sakit hati aku je tengok,”  Fawwaz mengurut tengkuknya sekali.
“Oh! Aku ni semak belukarlah pada kau? Weh! Fawwaz, sebrutal-brutal adik beradik dengan ikan Buntal sekali pun aku tetap perempuan. Hati dan emosi aku tetap berciri keperempuanan,” Mayesa mengigit air batu geram.
“Ha! Gigit. Gigit. Bagus sangatlah gigit ketul ais tu? Rosak gigi baru tahu. Langsung dah takde orang berkenan dah dekat kau,”
Dalam pada sedih-sedih tadi kejapan minah ni boleh berubahkan? Suka sangatlah pula tu gigit air batu. Patah gigi semua baru tahu. Minah ni bukan tak tahu gigit ais ini boleh menyebabkan otak beku. Silap hari bukan, otak boleh terus jadi jam dibuatnya. Nama je pegawai sukan tapi satu fakta sains sukan pun tak nak aplikasikan. Baik buang je Ijazah Sains Sukan dari UKM tu. Tidak pun pi campak dalam laut. Jangan guna-guna lagi dah. Senang cerita!
“Lantaklah. Sibuk!” Mayesa menjeling Fawwaz. Makin menjadi-jadi dikunyahnya air batu di dalam mulut.
“Tengok tu,” Fawwaz menunjuk ke arah Bank Malayan atau pun lebih terkenal sebagai MAYBANK.
Bila Mayesa menoleh je, dengan pantas Fawwaz menarik cawan Mayesa. Tersengguk ke meja Mayesa dibuatnya. Air batu dalam cawan Mayesa semua dikeluarkan di masukkan ke dalam pinggan Meggi Goreng, Mayesa yang bersisa. Digaul-gaulkan air dengan rempah yang dalam dalam pinggan. Kemudian cawan disorong kembali kepada Mayesa. Mencerun je Mayesa memandang Fawwaz. Terasa nak dibenamkan kepala Fawwaz dalam pasir pantai. Geramnya aku!
“Ni balasannya untuk orang degil macam kau ni,” Fawwaz buat muka serius.
“Kau bukan laki akulah? Sibuk sangat kenapa? Yang rosak gigi aku bukan gigi kau,” Mayesa memeluk tubuhnya.
“Eh! Ni bakal suami kau tau,” Fawwaz menunding ke dirinya.
“Jangan nak bermimpilah Fawwaz. Macam mana terdesaknya aku nak kena cari seorang suami, takdenya aku gila nak pilih kau sebagai calonnya. Kita tetap kawan ok?” Mayesa mengoyangkan tangan kanannya dimuka Fawwaz dengan kepala yang digelengkan.
“Jangan cakap besar, Mayesa. Kalau tidak aku yang nak kena tolong kau siapa lagi? Kita kahwin je. Tak salah pun kalau dari kawan jadi suami isteri. Lagi bahagia adalah,” Fawwaz melepakan tangannya.
Mayesa memandang Fawwaz tak berkelip. Seakan tidak percaya akan keluar perkataan-perkataan ini dari mulut Fawwaz. Biasanya Fawwaz tak macam ni. Kalau Mayesa mengadu nasib bab kahwin dengan Fawwaz, paling-paling pun mesti Fawwaz akan bagi kata-kata semangat je. Tapi kali ni. Lain pula.  Tiba-tiba ajak Mayesa kahwin. Ni mesti ada ubi balik batas ni.
“Fawwaz, kau nak apa ni?” soal Mayesa yang sudah kembali lembut suaranya.
“Aku nak selamatkan engkaulah, Cik Mayesa,” jawap Fawwaz slamber.
“Fawwaz,  kita kawan dah lama.  Aku kenal sangat kau tu siapa. Baik kau cakap dengan aku sebelum aku tanya sendiri dengan ibu kau,” wah! Main mak ayah pula minah ni. Aku luku kang.
Fawwaz senyum. Tak tahu nak dimulakan dimana. Kalau cerita ni, mesti Mayesa akan gelakkan dia. Nak, nak isu sensitif macam ni.
“Senyum lain macam je kau ni. Mesti ada apa-apa ni. Baik kau cakap cepat,” paksa Mayesa.
“Aku pun dah terkena soalan macam kau juga,” terbeliak mata Mayesa.
“Hahaha...padanlah bukan main lagi kau yerk? Gelakkan aku pandai. Padahal diri sendiri pun terkena jugak,” gelak besar Mayesa bila mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Fawwaz.
“Itu sebab aku ajak kau kahwin. Aku selamatkan kau, kau selamatkan aku. Aku malaslah nak mengadap muka ibu aku tiap-tiap hari dengan gambar perempuan entah mana-mana entah. Aku dah penat dah asyikkan blind date dengan orang yang takat nak kikis duit aku je. Aku naik muak dengan perangai dia orang yang entah apa entah. Paling aku tak boleh blah, bila ibu aku dah start nak psiko aku. Makan dalam,” Fawwaz akhirnya membuka pekung sendiri.
“Kau jangan nangis tau. Aku takde sapu tangan nak bagi,” seloroh Mayesa.
“Aku bukan macam kaulah. Kememeh!” Fawwaz menjeling Mayesa.
Suasana menjadi senyap seketika.
“Umm...Dah berapa lama dah?” soal Mayesa semakin lembut.
“Berapa lama apa?” soal Fawwaz yang kebluran.
“Lembablah kau ni. Dah berapa lama dah kau kena macam mana aku kena ni?”
“Lama dah. Aku malas nak cerita dengan kau. Nanti kau gelakkan aku,” Fawwaz memandang ke lantai.
Oh! Dah lama rupanya. Inilah kali pertama, Fawwaz bukak pekung didada. Biasanya susah nak dengar Fawwaz bercerita pasal dirinya sendiri. Tak sangka tekanan yang dihadapi Fawwaz lagi hebat dari tekanan dialami Mayesa. Mayesa setakat kena bebel je. Tapi Fawwaz? Siap kena psiko dengan Ibu dia lagi. Memang sedih! Memang payah!
Terbit satu perasaan kasihan kepada Fawwaz. Barulah Mayesa tersedar akan sesuatu. Selama ini, bila Fawwaz cakap dia ada date, maknanya dia sebenarnya pergi jumpa dengan perempuan-perempuan yang Ibu dia telah aturkan buat dia. Jadinya, selama ni, Fawwaz takde kekasihlah!
Mayesa tiba-tiba merangka sesuatu diruang kotak fikirannya. Memandangkan kedua-duanya dalam satu masalah yang sama. Ditambah pula, masing-masing pun dah berusia ‘tua’. Jadinya, tak salah kalau diaorang ni berpakat untuk kepentingan bersama. Lagi pun suruh kahwin je. Bab lain, jangan fikir dulu. Fokus pada tajuk besar PERKAHWINAN. Sekurang-kurangnya, Mayesa tak kahwin dengan orang bukan-bukan. Lagi pun, keluarga dia orang ni saling mengenali antara satu sama lain. Tentu tak wujud masalah. Hehehe...
“Jadinya? Kalau aku kahwin dengan kau, kau yakin kau boleh selamatkan aku dari soalan maut mak aku?” Mayesa mengutarakan soalan cepuk emas kepada Fawwaz. Fawwaz hanya mengangguk.
“Ok! Deal. Kita kahwin,” Fawwaz mengangkat mukanya memandang Mayesa seakan tidak percaya.
“Betul ni? Kau tak main-mainkan?” soal Fawwaz ragu-ragu.
Yes. Aku tolong kau. Kau tolong aku. Kita dua-dua terselamat. Lagi pun, kitakan dah saling mengenali. Aku faham kau macam mana dan kau juga sebaliknya. Lagi pun kita hanya perlu bertunang dan dalam masa yang sama dapat puaskan kedua-dua belah pihak,” Mayesa meluahkan pendapatnya.
“Tadi kata kahwin?” soal Fawwaz. Binggung.
“Iya. Nak kahwin kenalah bertunang dulukan?” Fawwaz  menganguk pelahan. Dagu berkumis di pegang, kejap.
Really want to take a risk?” soal Fawwaz untuk lebih kepastian.
“Yup. Confirm. Kau boleh hantar rombongan masuk meminang bila-bila masa je,” Mayesa buat muka sombong.
“OK! Deal,” Fawwaz mengeluarkan ibu jari tangan kanannya. Mayesa dengan pantas mengoles dengan ibu jari tangan kanannya juga.
Mayesa dan Fawwaz saling tersenyum puas. 

Ais Ketul D'Amor bab 2




Bab 2

            “Oooohhhh... ibu. Where are you?” sengaja Fawwaz melunak-lunakkan suaranya memanggil Datin Naemah.
            Tali leher dan beg kerja dicampakkan ke sofa di ruang tamu rumah. Langkahnya pantas mencari Datin Naemah. Setiap pagi dan petang kalau Fawwaz mempunyai kesempatan, Datin Naemah pasti akan dipeluk dan diciumnya saban hari. Kadang Datin Naemah sendiri pun naik lemas dengan perangai anak bongsunya. Kadang itu, sengaja je Datin Naemah berkurung dalam bilik mengelakkan dicium Fawwaz. Dato’ Hakim pun tak pernah cium dia beria sampai macam ni.
            “Alamak! Fawwaz dah balik,”
            Mendengarkan kereta Fawwaz masuk ke dalam garaj kereta, cepat-cepat Datin Naemah melarikan diri ke kebun kecilnya. Sengaja diambil tanah yang masih basah disapu ke muka. Helak tidak mahu Fawwaz menciumnya. Al-maklumlah, Fawwaz ni terlalu ke arah kesempurnaan. Jadinya, pada fikiran Datin Naemah, mesti Fawwaz akan mula membebel tentang kebersihan dan kemudian mesti akan melupakan niat untuk menciumnya pada hari ini.
            Ketawa kecil Mak Cik Faridah melihatkan Datin Naemah sudah berlari itik meninggalkan ruang dapur.
            “Ibu. Dekat sini rupanya Ibu. Penat Chik cari,” Fawwaz sudah berjaya menjumpai Datin Naemah.
            “Eh! Anak ibu dah balik,” tanah ditangan cepat-cepat disapu ke mukanya lagi.
            “Awal anak ibu balik hari ini? Tak banyak kerja ke dekat office?” sambung Datin Naemah.
            “Umm...ada benda sikit nak cakap dengan ibu. Tapi nantilah lepas makan malam Chik cerita. Ibu masak pe hari ini?” soal Fawwaz yang sudah memeluk Datin Naemah. Manja.
            “Hari ini ibu masak masak lemak telur itik,” tolonglah jangan cium aku.
            Itulah dia Datin Naemah. Walaupun mempunyai seorang tukang masak yang diimport khas dari kampung halamannya di Batu Pahat, Johor. Kerja masak memasak tetap Datin Naemah lakukan. Bak kata Datin Naemah, air tangan ini adalah pengikat kasih sayang. Walaupun Mak Cik Faridah tu sudah lama berkhidmat untuk keluarga Dato’ Hakim dan Datin Naemah, Mak Cik Faridah hanya memasak bila kala Datin Naemah mengikut Dato’ Hakim keluar Negara bagi urusan perniagaan.
            “Sedap. Ibu, kenapa comot sangat ni? Ish! Ish! Tak macam datinlah ibu ni,” Fawwaz menyapu tanah yang berada dimuka Datin Naemah.
            Dua beranak ini jalan beriringan dengan tangan Fawwaz memeluk bahu Datin Naemah menuju masuk ke dalam rumah.
            “Ibu ni bukan datin moden yang sibuk berpersatuan sana sini. Ibu ni datin kampung. Yang bercucuk tanam. Yang main dengan tahi ayam. Yang tak reti duduk diam. Abah jumpa ibu pun masa ibu dengan basuh kain dekat sungai. Abah kahwin dengan ibu pun masa abah baru je nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Sekarang ni je nasib kita berubah. Selepas kamu masuk sekolah menengah baru abah dapat pangkat dato’ dan ibu dapat pangkat datin. Ibu tak nak pun gelaran datin tu. Ibu nak...”
            “Ah! Ok, ok. Chik tahu. Tak payah cakap dah,” Fawwaz mengangkat tangan separa bahu. Tanda menyerah kalah.
            Sudah dapat mengagak dah. Mesti nak cakap “... Ibu nak cucu.” Helah lama yang berlapuk. Sejak dua tahun yang lepas.
            “Jadinya?” Datin Naemah mengangkat kening dua kali.
            “Chik mandi dulu. Daa...” Fawwaz  meninggalkan Datin Naemah yang tersenyum kambing di kebun kecilnya.
            “Menjadi juga trick aku. hehe...” gelak Datin Naemah kecil.
            Tangan yang kotor dan muka dibersihkan di paip getah. Bersih sebersihnya. Kemudian langkahnya terus di atur laju menuju ke dapur. Menyambung balik segala tugasan yang masih tergendala. Urusan masak memasak belum selesai sepenuhnya lagi. Terasa macam nak buat pajeri nenas pula.
###
            Seusainya bersolat Isyak, mereka sekeluarga menikmati makan malam bersama-sama sekali dengan Tutti Si Pembantu Rumah, Mak Cik Faridah Si Tukang Masak, Pak Ayob Si Pemandu dan Pak Tam Si Tukang Landskap. Berginilah selalunya. Tak pernah mereka anak beranak sahaja makan semeja dan pembantu isi rumah makan dimeja lain. Dato’ Hakim tidak suka cara bergitu. Semua yang berada dalam rumahnya adalah ahli keluarganya; dan ahli keluarga kena solat, makan, dan bercuti bersama. Tiada berkecuali. Kecuali Faizal yang kini berada di Johor Bahru. Menguruskan perniagaan Dato’ Hakim di sana.
            Fawwaz seusai sahaja makan, terus dipotong buah naga dan dibawa ke hadapan. Mak Cik Faridah membasuh pinggan mangkuk yang ada. Tutti mengemas meja makan. Pak Ayob dan Pak Tam seperti biasa, keliling rumah memastikan pintu pagar dikunci dan tiada apa yang mencurigakan. Selepas daripada itu, lepak sambil hisap rokok dan bersembang ‘orang-orang tua’ bersama Dato’ Hakim. Hanya Datin Naemah sahaja yang sedang berehat di ruang tamu. Menunggu cerita Fawwaz.
            Duduk sahaja Fawwaz di sofa, terus Datin Naemah menerpa soalan kepadanya. Fawwaz nyaris terlupa dengan apa yang dijanjikan dengan Datin Naemah tapi mujur cepat diingat balik.Fawwaz mengalih duduknya mengadap Dato’ Hakim dan Datin Naemah.
            “Chik ingat sabtu ni nak suruh ibu dengan abah masuk meminang sorang gadis ni untuk Chik,”
            “Apa?” terkejut Datin Naemah dibuatnya.
            “Air, air,” Dato’ Hakim pun tersedak buah naga dibuat Fawwaz.
            Datin Naemah dengan pantas menghulurkan air kepada Dato’ Hakim. Mengurut belakang badan suaminya itu. Fawwaz mengerutkan dahinya. Besar sangat ke permintaan aku tadi? Sampai Abah boleh tersedak buah naga yang lembut ni. Aku rasa macam tak pun!
            “Chik cakap apa ni? Tiba-tiba je suruh abah dengan ibu masuk meminang. Anak siapa gadis tu?” soal Dato’ Hakim yang sudah membetulkan duduknya. Datin Naemah mengangguk laju.
            Ini bukan perkara main-main. Tiba-tiba Fawwaz cerita pasal kahwin. Biasa tu seboleh mungkin nak mengelak. Jangan mimpilah dapat bercerita soal kahwin dalam suasa tenang dan damai seperti sekarang. Ini, terbalik pula. Takde angin, takde rebut tiba-tiba nak suruh masuk meminang.
            “Lah, ibu dengan abah juga suruh Chik cepat-cepat kahwin. Sekarang bila Chik nak kahwin lain pula jadi. Macam tak suka je?” Fawwaz buat muka merajuk.
            “Bukan tak suka. Tapi kenapa tiba-tiba? Chik tak pernah cerita pun dekat ibu yang Chik dah ada makwe. Kalau ibu tanya mesti Chik mengelat,” Datin Naemah memegang peha anaknya.
            “Betul tu, Chik. Abah tengok Chik selalu je ada dekat office. Bila masa pula Chik pergi dating?” Dato’ Hakim juga menyoal Fawwaz, kepelikkan.
            “Ha! Itulah yang abah dengan ibu tak tahu. Sebenarnya Chik memang ada makwe. Saja je Chik tak nak cerita dengan abah dan ibu. Chik nak kumpul asset dulu baru boleh  kahwin. Sekarang, Chik dah ada kereta yang habis bayar. Pinjaman pendidikan yang dah lunas. Tinggal nak beli rumah je lagi. Ummm... dah sampai masa kot untuk Chik kahwin,” Fawwaz mengetatkan silanya.
            “Siapa gadis tu? Abah dengan ibu kenal tak?” Dato’ Hakim kembali menyoal.
            “Nanti abah dengan ibu tahulah. Pinangkan dia untuk Chik, eh?” Fawwaz membling-blingkan matanya.
            “Tapi, sebelum itu. Ibu kenalah tahu bakal menantu ibu tu macam mana. Budi pekertinya. Akidahnya. Mak ayahnya siapa. Elok ke tak elok nak dibuat menantu. Jangan harap rupa je cantik tapi perangainya tak cantik. Itu ibu tak nak. Apa kata, esok, Chik bawa dia datang rumah kita? Bagi kenal dengan abah dan ibu. Kalau ok, jangan katakan hari sabtu nak masuk meminang. Nak kahwin terus pun ibu tak kisah,” Datin Naemah memberikan cadangannya. Senyuman dihadiahkan kepada Dato’ Hakim.
            “Betul cakap ibu tu, Chik. Bawa dia datang rumah dulu. Kenalkan dengan abah dan ibu, ” Dato’ Hakim menyokong isterinya.
            “Makwe Chik ni bukan orang tak betul pun. Cuma ada sikit wayar short je,”
“Wayar short? Maksudnya gilalah tu?” Datin Naemah membeliakkan matanya.
“Eh! Tak lah. Ummm... abah dengan ibu kenalah siapa makwe Chik ni. Selalu je dia datang rumah setiap kali kita buat open house,”
            “Ha?” sekali lagi Dato’ Hakim dan Datin Naemah terkejut.
            “Siapa dia, Chik? Berapa lama dah Chik kenal dengan budak ni?”  
            “Umm...adalah dalam 13 tahun dah Chik kenal dengan dia,” Fawwaz mengira jari jemarinya.
            “Ha? 13 tahun? Kawan sekolah ke?” Datin Naemah sekali lagi terkejut. Fawwaz mengangguk.
            Biar betul. Selama ni aku suruh dia keluar dating dengan gadis-gadis yang aku pilih, rupanya dia dah ada buah hati ke? Kenapa tak pernah pun budak bertuah ni bercerita? Kalau dia cerita wal-awal, takdelah aku beria nak jodohnya mereka. Ish! Ish! Fawwaz ni.
            “Chik, ini dah kali ketiga abah terkejut. Nasiblah abah ni sihat walafiat. Kalau tidak, mahu abah dah kena serangan sakit jantung tahu!’ Dato’ Hakim memperingatkan Fawwaz.
            Fawwaz senyum sumbing. Ini kalau Abah dengan Ibu tahu yang dia orang nak pinang Mayesa, mahu bukan takat terkejut je tapi boleh pengsan sekali ni. Hehehe...
            “Ibu dengan abah tak payah bimbang eh? Chik yakin ibu dengan abah mesti suka gadis pilihan Chik ni. Chik pilih dia sebab apa cirri-ciri yang Chik nak cari semua ada dengan dia. Lagi pun Chik selesa bila bersama dengan dia. Chik jadi diri Chik sendiri,” ‘Iya ke Mayesa sesuai untuk aku? Ah! Balun jelah. Nanti kang ibu dengan abah tak nak masuk meminang pula,’
            “Siapa gadis tu?”
            “Nak tahu, pinang dia untuk Chik, sabtu ni. Ok?”
            Sementara itu, Mayesa pun sedang menerangkan hal yang sama kepada Puan Linda dan Encik Idris. Naik nak keluar anak tekak Encik Idris, menjerit terkejut bila Mayesa cakap ada orang nak masuk meminang. Bukan itu je, siap lagi ditarik Mayesa duduk dan menuduh Mayesa melakukan sesuatu yang tak elok sehingga menconteng arang ke muka keluarga.
            “Ish! Ayah ni. Along tak buat benda tak eloklah. Along masih tahu batas agama,” Mayesa memeluk tubuhnya. Orang nak masuk meminang pun boleh dituduh macam-macam.
            “Along jangan main-main ya, Along. Takde rebut takde taufan tiba-tiba ada orang nak masuk meminang. Ini kalau takde benda yang dah berlaku, tak akan jadi macam ni punya. Baik Along jujur dengan ayah. Sebelum ayah jadi Hulk Hogan depan Along,” sempatlah pula orang tua ni melawak.
            Tasya yang berada didapur turut ke depan. Melihat apa yang membuatkan Encik Idris berang. Mayesa sampai rumah agak lewat maghrib tadi. Sampai sahaja tak tukar baju lagi terus tolong Puan Linda memasak. Lepas makan tiba-tiba Mayesa beritahu nak kahwin.
            Pelik ni. Ini suatu yang memelikkan kepala otak. Bila masa pula Along ada pakwe? Aku baru je suruh dia cari pakwe minggu lepas. Tak akan minggu ini dah jumpa? Ini mesti kes pakwe tangkap muat!
            “Along, baik Along cakap terus terang dengan mak. Along tak main-mainkan pasal ada orang nak masuk meminang Along? Siapa budak tu? Kami kenal ke?” Puan Linda bertanya lembut kepada Mayesa.
            “Hai, betul. Pakwe Along nak masuk meminang Along sabtu ni,” Mayesa menjawap malas selepas mengeluh sekejap.
            “Hai, Along. Itu hari aku tanya kau, kau tak beritahu pun kau ada pakwe. Aku tahu kau terdesak lepas apa yang Syafiq cakap. Tak akan sebab aku baru suruh kau cari pakwe, kau main sambar je siapa yang ada depan mata kau untuk dijadikan suami? Kau jangan salah pilih Along,” Tasya ni bagi nasihat ke nak menaikkan darah aku. Ayat dasarkan nak menyindih je 24 jam. Geram pula aku.
            Apa? Kau ingat aku tak boleh cari pakwe ke dalam masa 3 jam? Boleh je. Jauh lebih baik dari pakwe kau tu. Anak Dato’ lagi.  Sungguh pun anak Dato’ itu kau kenal.
            “Angah, kalau setakat baru ada pakwe buat apa nak diheboh-hebohkan? Lagi pun, kau tahulah jenis akukan? Aku bukan suka nak keluar dating ke apa ke? Aku ni jenis aci redah je. Selagi tak kahwin, buat apalah aku nak usung pakwe aku ke utara selatan timur barat. Macamlah aku dengan dia takde kerja lain nak buat. Masing-masing nak cari duit dulu bukan nak bercinta bagai nak rak dulu baru cari duit. Nanti nak kahwin takdelah kalut nak buat pinjaman sana sini,” Mayesa menjawap lembut tapi tahap kepedasannya berjaya mengedukan Tasya.
            Tasya tahu Mayesa perli dia. Iyalah, dia dengan Syafiq kalau boleh 24 jam nak berkepit macam suami isteri. Pergi mana-mana semua nak dengan Syafiq. Suruh hantar pergi kursus pun Syafiq. Teman beli belah pun Syafiq. Hantar ambil kerja pun Syafiq. Kadang Mayesa pun naik pelik. Boleh pula Tasya tengok muka Syafiq setiap hari. Tak muak pula yerk? Agak-agaknya kalau boleh nak dibawa Syafiq tu duduk dengan Mak Ayah agaknya. Tapi bab Tasya nak buat pinjaman dekat bank untuk kahwin ni, mana Mayesa tahu? Musyil ni.
            “Jadinya, selama ni kamu memang ada pakwelah?” soal Puan Linda sekali lagi.
            “Memang ada pun tapi masa mak duk bagi hint lampu tinggi suruh Along kahwin cepat sebab Tasya nak kahwin, pakwe Along awal lagi dah ajak kahwin. Tapinya disebabkan masing-masing pun sibuk. Takde masa nak jumpa. Takde masa nak bercerita secara serius. Jadi, Along diam jelah. Dibuatnya Along beritahu mak dengan ayah awal tapi masuk meminangnya makan tahun pun tak guna juga. Nanti mak dengan ayah lagi desak Along,”
            Mayesa mengambil nafas sebaris.
            “Petang tadi kami jumpa dan kami dah bincang secara serius. Pakwe Along tu cakap dia akan hantar rombongan masuk meminang pagi sabtu ni. Dah confirm ni,  barulah Along best sikit nak cerita dengan mak dan ayah. Iyalah! Dah ada satu tarikh dan masa yang sesuai,” Mayesa behujah panjang. Sengaja ditampalkan muka bahagialah sangat. Padahal tipu sunat semata-mata.
            “Siapa budak tu? Suruh dia datang jumpa ayah dulu,” Encik Idris masih setia berdiri dan bercekak pinggang.
            “Dia datang hari sabtu ni, ayah kenal-kenallah,”
            “Eh! Boleh macam tu pula. Nak kahwin bi bukan sehari dua. Makan tahun, Along. Kalau boleh hingga hujung nyawa. Mak dengan ayah nak kena juga tahu orangnya macam mana? Baik ke tidak? Elok ke tidak nak buat suami? Ini kalau main aci redah je macam Along, baik tak payah,” Puan Linda memberikan nasihat kepada Mayesa.
            “Betul cakap mak tu. Ayah sokong. Nak pilih suami ni bukan macam pilih kain, Along oii... kena pilih betul-betul. Ayah nak kena tengok juga tahap agamanya macam mana. Kerjaya dia. Ha, sekali dengan duit yang sudah dikumpul. Bukan ayah nak tunjuk ayah mata duitan tapi ayah tak nak anak ayah susah nanti,” Encik Idris duduk disebalah kiri Mayesa. Agak bertenang.
            Mayesa memegang kepalanya. Kata nak suruh aku kahwin. Bila Si Fawwaz nak masuk meminang, macam-macam pula soalnya. Aduhai! Pening kepala aku macam ni.
            “Okeylah. Sebenarnya, mak dengan ayah kenal siapa pakwe Along ni. Dia selalu datang rumah kita. Selalu hantar Along balik sini,” akhirnya Mayesa terpaksa memberikan sedikit klu kepada Encik Idris dan Puan Linda.
            “Siapa? Yang mana satu?” Encik Idris kembali agesif.
            “Nak tahu, tunggu sabtu ni. Dia datang nanti, ayah kenallah siapa orangnya. Sekarang Along nak mandi. Nak rehat. Esok Along nak kena gerak pagi. Nak pergi kerja. As’salammualaikum, semua,” Mayesa terus berlalu pergi dengan meninggalkan Encik Idris dan Puan Linda termanggu-manggu.
###

            Fawwaz, kau jadikan datang sabtu ni?
            Jadi. Kenapa? Rindu dengan abang ke sayang? Hahaha...
Lutut kaulah, Fawwaz. Aku tadi dah puas kena gasak dengan mak ayah aku tahu. Hampir nak terbocor. Kau pula apa cerita?
Hahaha...samalah macam kau. Aku rasa kalaulah ibu dengan abah aku tahu yang dia orang nak kena pinang kau. Entah apalah bakal terjadi sabtu ni. Mahu pengsan abah aku dibuatnya. Hahaha...mesti Tasya bengangkan?
Tasya? Dia sound aku juga. Tapi lepas tu dia kedu. Puas hati aku kejap. Hehehe... okeylah, Fawwaz, aku nak tidur dulu. Esok aku nak drive jauh pergi kerja.
Okey, sweet dream. Esok drive kereta elok-elok. As’salammualaikum...

“Wa’alaikumsalam Fawwaz,” Mayesa terus mengiring ke kanan dan terus mahu melelap selepas berbalas mesej Fawwaz.
Tapi kemudian bunyi nada mesej masuk sekali lagi. Fawwaz. Apa lagilah pak cik ni nak lagi ni?
Mayesa, esok jumpa. Aku mana tahu saiz jari kau. Nak beli cincin meminang.
Mayesa mengetuk dahinya. Apasalah aku boleh lupa nak beli cincin siap-siap dengan Fawwaz tadi? Aduh! Esok dahlah aku ada ada event sampai petang. Tak akan nak jumpa Fawwaz malam pula? Tak nak aku! Aduh macam mana ni yerk?
“Fikir-fikir, Min. Fikir. Apa nak buat ni?” telefon masih diketuk-ketuk ke dahinya.
A’ha. Baik jelah saiz jari aku berapa. Apa susah? Tapi apa saiz jari aku? Aduhai! Ini yang buat aku malas nak jumpa Mak ni.
Akhirnya, nak ke tak nak terpaksa juga Mayesa mengetuk pintu bilik Encik Idris dan Puan Linda. Pabila masa mahu mengetuk pintu, Mayesa terdengar perbualan antara kedua orang tuanya.
“Maknya, ini semua salah awaklah ni. Kalau awak tak desak anak kita yang sorang tu. Tentu Along tu tak jadi macam ni,” Encik Idris menyalahkan Puan Linda tapi suaranya tidaklah tertalu keras.
Iya Ayahku. Anakmu ini menyokong tindakanmu.
“Ayahnya, bukan mendesak. Tapi Along tu sudah nak masuk 29 tahun. Saya takut je takde orang nakkan anak kita. Saya ni sebagai maknya, risau, Bang. Angah dah nak kahwin tapi Along?”
Betul juga cakap mak. Nanti takde orang nak ke aku. Nasiblah Fawwaz nak tolong aku.
“Ini, entah siapalah orangnya dia nak bawa kepada kita. Di buatnya orang yang tak tentu alam macam mana? Along tu, saya tengok boleh tahan juga tahap aci redah dia. Entah mana orang je yang dipungut jadi suami,”
Bab ni Min tak sokong Ayah. Along tak pungut Fawwaz pun. Fawwaz yang offer diri nak tolong Min. Min okey jelah. Orang nak tolongkan?
“Takkanlah Along tu nak buat macam tu. Saya rasa, bakal menantu kita ni dikalangan orang yang kita kenal juga ni, Bang. Entah-entah kawan Along juga. Kawan-kawan Along tu boleh tahan juga eloknya. Insyallah okey kot. Kite doa je yang baik-baik, Bang. Mana tahu menantu kita nanti boleh beri bahagia pada anak dara kita yang sorang tu,”
“Harap-haraplah. Tapi kalau betul dikalangan kawan-kawan Along. Saya berkenan sangat pada Si Fawwaz tu. Baik budaknya. Mak ayah dia pun kita kenal,”
Hampir nak tercekik air liur Mayesa dibuatnya. Tak sangka pula Encik Idris boleh menyangkakan Fawwaz yang bakal jadi menantu tak berapa nak menantu. Aduhai! Matilah aku macam ni...
“Saya pun suka juga. Tapi saya tak rasa Fawwaz tu pilihan Along. Fawwaz tu takat ditonjol-tonjol je kepalanya. Takut nanti kalaulah Fawwaz pilihan Along, martabat Fawwaz sebagai suami akan hilang. Lagipun dia orang tu tak pernah sebulu. Depan kita pun boelh bergaduh. Boleh main tarik-tarik telinga. Saya tak rasa dialah, Bang,”
“Eh! Mak aku ni,” Mayesa memusingkan badan dan kembali ke biliknya. Tak jadi nak tanya saiz jari dengan Puan Linda. Nampaknya, nak tak nak kena jugaklah jumpa Fawwaz pergi cari cincin. Apa nak dikata?
Esok aku roger kau masa sesuai ok? Aku ada event esok.
Butang hantar ditekan dan telefon diletakkan di meja sudut katil. Tidur lagi baik.