~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, April 9, 2012

Warkah Daim buat Dhia...


As’salamualaikum
Buat Permaisuriku, Dhia Lutfiyah.
Sayang, sudah bersediakah Sayang untuk menjadi Permaisuri yang akan sentiasa bertahta dalam hati Abang? Sayang, esok adalah hari kita akan disatukan sebagai suami isteri. Sejujurnya Abang mahu Sayang tahu satu cerita mimpi. Abang nak cerita berdepan dengan Sayang tapi panahan mata Sayang tu memukau sangat. Jadinya, Abang coretkan dalam warkah ini.
Sayang nak tahu tak? Sebenarnya Sayang telah lama berada di hati Abang. Sejak dua tahun yang lalu, Abang selalu mendapat mimpi petanda tentang Sayang. Mata Sayang selalu bermain di fikiran Abang. Bermain dihati Abang.
Abang mengaku Abang terlalu ego untuk mempercayai jodoh pilihan mak. Abang terlalu ego untuk merendahkan diri berjumpa dengan Sayang. Tapi selepas terjumpa Sayang di Endau Rompin, hati Abang tak keriuan. Tapi masa itu, Abang tak tahu Sayang adalah tunang Abang. Kalaulah Abang tahu...
Sayang, setiap kali Abang jumpa dengan wanita lain, Abang tak mampu lafazkan kata sayang. Hanya pada Sayang sahaja Abang mampu lafazkan dengan tenang dan damai.
Sekarang Abang baru tahu penangan Calon Menantu Mak. Taklah teruk sangat. Hehehe...
Kita jumpa hari nikah kita nanti Ya Sayang... i love you more than everything.  

Sunday, April 1, 2012

PadaMu Ku berserah...

Ku donggak ke langit, memohon limpahan rezeki kepada kebesaran langitMu,
Ku melangkah dibumi, memunajat keredhaanMu,
Ku kalih kiri dan kanan, memohon restu keampunanMu.
Ku tunduk dan bersujud berdoa memohon jodohku padaMu, Ya Rabil.

Aku tahu, 
Aku tidak bisa mendapatkan segenap rasa cinta agung kerna,
Wanita jahat untuk lelaki jahat dan,
Wanita baik untuk lelaki baik.
Malah aku jua tahu,
Aku tidak bisa merasai nikmat rasa cinta manusia kerna,
Aku terlalu takut untuk menambah dosa kepadaMu,
Aku terlalu naif dan terpedaya pada bisikan Durjana Iblis,
Aku terlalu hina untuk dipertemukan jodoh yang berlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepadaMu.

Hanya padaMu, Ya Allah, aku memohon.
Lewat solatku, lewat tidurku, lewat amalanku,
Aku berdoa dipermudahkan urusan jodohku.

Aku hanya meminta seorang imam yang sudi mengimamkan setiap lewat solatku,
Aku merayu seorang menantu terpuji buat orang tuaku.
Aku mengemis kasih dan sayang serta cinta seorang suami kepadaku,
Aku ingin melahirkan zuriat halalku buat seorang ayah yang bertanggungjawab dan pengasih.

Aku tidak pernah putus berdoa kepadaMu, Ya Tuhanku.
Jika Dia jodohku, Engkau tenangkanlah hati ini dan Engkau permudahkan urusan kami.
Jika Dia bukan jodohku, Engkau luputkan ingatanku kepadanya dan,
kurniakanlah dia dengan seorang jodoh yang sesuai buatnya.
Bahagiakanlah dia dengan pilihan jodohnya.
Sempurnakanlah keluarganya yang sakinah...







7 Petala Cinta



Filem 7 Petala Cinta mengisahkan sebuah percintaan berunsurkan islamik. Percintaan diantara Attar dan Saidatul Nafisah yang berlandaskan kepada konsep kecintaan kerana Allah dan agama. Pada asalnya, Saidatul Nafisah telah dijodohkan dengan Hamka. Walaubagaimana pun, berlaku suatu kemalangan yang dikatakan meragut nyawa Hamka di bumi bergolak , Yaman. bermula dari situ, Saidatul Nafisah mula hilang rasa yakin dan sering meratapi kehilangan Hamka.

Abi Ikhwan yang mahu melihat sinar kembali diwajah Saidatul Nafisah mula menjodohkan anaknya kepada Attar, seorang yang jahil dalam ilmu agama tapi mahu tetap berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri selepas dirinya diselamatkan oleh Abi Ikhwan dari pihak polis yang memburunya. Pada mulanya, Saidatul Nafisah agak terkejut dengan permintaan Abi Ikhwan tapi setelah Saidatul Nafisah melakukan Solat Istihara selama 3 malam, akhirnya, dia menerima Attar sebagai penganti kepada Hamka.

Sepanjang tempoh pertunangan, seorang GRO bernama Ida, menaruh cinta kepada ketulusan dan ketaqwaan Attar kepada agamanya. Ida mula hadir dalam hidup Attar untuk mengoda Attar sehingga Attar dihalau keluar oleh Abi Ikhwan dan Saidatul Nafisah memutuskan perhubungan mereka. Attar tetap berdiam walaupun telah dituduh berzina bersama Ida. Attar berbuat demikian adalah untuk memberikan Ida peluang memperbaiki segala amalan dan menambahkan ilmu agamanya.

Malang tidak berbau, Attar telah bertemu dengan bapa saudara Ida yang kebetulan merupakan bekas 'rakan subahat' Attar pada masa lampau. Dalam masa yang sama, Ida telah membuat pengakuan sebenar kepada Abi Ikhwan bahwa dia yang mengoda Attar sehingga ditangkap oleh Abi Ikhwan sedangkan Attar tidak melakukan apa-apa. Bahkan, menolak permintaan Ida. Attar telah digodok dengan belati milik bapa saudara Ida dan badanya dicampak ke dalam tong sampah.

Attar dibawa kembali ke pesentran milik Abi Ikhwan.

Pengakhiran cerita, pada hari perkhawinan antara Attar dan Saidatul Nafisah, Hamka telah pulang bersama mahar perkahwinannya iaitu senaskah Al-Quran tulisan tanganya sendiri buat Saidatul Nafisah. 

p/s: pada Che Ezaitie, cerita ni agak menarik dan selevel dengan cerita Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Nur Kasih dan pelbagai lagi genre cerita islamik yang mudah difahami dan dijiwai. ada beberapa plot cerita yang akan membuatkan para penonton tertanya-tanya dan membuat andaian sendiri apa yang bakal terjadi. terdapat juga unsur komedi yang membuatkan seluruh panggung pecah gelak. jadinya, tidaklah menjadikan cerita ini terlalu sedih, serius atau mungkin terlalu menyentuh kalbu. tapi jujur Che Ezaitie nangislah jugak..hehehe...