~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, February 14, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 13

Bab 13
Pejam celik pejam celik dah hampir 5 bulan Dr. Aiman dan Kak AD bertunang. Hubungan mereka dah semakin baik. Puan Mariam pun dah berubah. Tidak lagi mengongkong Dr. Aiman adik-beradik bila diberikan last warning oleh Dr. Aiman kalau Puan Mariam mahu dimaafkan.
Persiapan untuk majlis perkahwinan pun sudah sampai ke 70% siap. 2 bulan selepas mereka bertunang, Tok Anjang meminta agak majlis dipercepatkan sebelum dia berangkat mengerjakan ibadah haji. Kata Tok Anjang kalau tak keberatan, dia nak selesaikan hal Kak AD sebagai cucunya sebelum dia berangkat ke Tanah Suci. Kan ke kalau sebelum kita nak mengerjakan ibadah haji kita kena selesaikan semua urusan kita dahulu antaranya mengahwinkan anak perempuan kita.
Maka, disebabkan alasan ini, Pertunangan Kak AD dipendekkan menjadi 6 bulan sahaja. Syukur Alhamdullilah, kedua-dua pihak bersetuju dan kebetulan memang Kak AD dan Dr. Aiman target untuk berkahwin selepas 6 bulan bertunang.

###
Rumah Mak Cik Kesuma Dewi dah semakin ramai yang turun membantu apa yang patut walaupun majlis berlangsung sebulan lagi. Lagak seperti bakal menerima menantu dalam masa seminggu je lagi.
Wang belanja hangus RM7,000.00 yang diberikan oleh pihak Dr. Aiman, Kak AD serah bulat-bulat kepada abang-abangnya untuk buat apa yang patut. Abang Daiz selaku yang sulung, mengagih-agihkan dengan cara berhemah. Abang Dani diberikan RM1500.00 untuk urusan Kompang, Marhaban dan Majlis Khatam Al-Quran. Daim diberi RM 3000.00 untuk urusan ahli kendarat, sewa kanopi dan DJ. RM 1000 dibuat bayar duit langsir dan selebihnya digunakan untuk membeli lauk kenduri. Mak Cik Kesuma Dewi menambah RM 3000 duit yang memang arwah Pak Cik Muda Hitam tinggalkan untuk setiap anak-anaknya bila diperlukan. Dengan duit yang berbaki itu, Abang Daiz dan Mak Cik Kesuma Dewi berhati-hati dalam membeli barangan untuk kenduri. Takut berlebih pula. Barang dibeli berpandukan menu yang akan dimasak secara rewang oleh semua jiran tertangga.

###
Masuk hari ni, tinggal 2 minggu lagi untuk majlis Kak AD. Semua sudah semakin sibuk dengan urusan untuk kenduri Kak AD. Ramai yang datang merewang. Kebanyakkannya berjalan dengan lancar.
Kak AD pun dah tak boleh berjumpa dengan Dr. Aiman. Nak pergi kerja pun berhantar berambil. Mak Cik Kesuma Dewi takut kalau apa-apa terjadi pada Kak AD sebelum hari langsungnya. Pergi balik kerja tak abang-abangnya ambil, Daim yang akan pergi ambil. Mula-mula rimas juga tapi kenalah biasakan juga.
Dalam pada orang semua lincah ke depan ke belakang mengemas apa yang patut, Kak Lin terduduk disuatu sudut. Mukanya pucat sangat. Perutnya terasa memulas semacam. Peluh merecik didahi dengan banyaknya. Kenapa dengan aku ni? Kena sengugut ke? Dirasa kain batik yang dipakainya basah. Aku ni bocor ke? Tak akanlah kot. Baru je tukar tadi. Di raba kainnya. DARAH. Terkejut bukan kepalang Kak Lin bila sangkaannya benar. Kak Lin terkulai layu ke lantai.
“Lin...Lin... Ya Allah! Kenapa dengan kamu ni Lin?” terkejut Mak Cik Kesuma Dewi melihat Kak Lin dah terbaring dilantai dengan tangannya berdarah. Dilepaskan barang ditangan dan terus mendekati Kak Lin.
“Dani...Dani...Adik pi panggil Angah kamu cepat,” Mak Cik Kesuma Dewi meriba Kak Lin. Semua yang melihat, cuba memberikan bantuan. Ada yang mengipas-kipas Kak Lin dengan tudung periuk. Ada yang memercikkan air ke mukanya. Tudung Kak Lin di buka takut kalau Kak Lin pengsan sebab kepanasan.
“Ya Allah! Lin? Lin?” jerit Abang Dani melutut di sebelah isterinya. Ditampar-tampar pipi Kak Lin.
“Mak kenapa ni mak?” soal Abang Dani cemas.
“Mak pun tak tahu. Tiba-tiba je dah jadi macam ni,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi cemas juga.
“Along rasa, Lin bleading ni. Baik kita bawa ke hospital cepat,” arah Abang Daiz.
Abang Dani terus megendung Kak Lin dan dibawa ke kereta Abang Daiz yang dah siap dibuka. Kak Diana menutupkan pintu belakang dan Abang Daiz terus memecut ke hospital.
Dalam perjalanan ke hospital, Abang Daiz sempat menjerit dari arah bertentangan bila ternampak kereta Daim yang dalam perjalan pulang selepas mengambil Kak AD.
“Achik, ikut Along pi hospital,” kuat suara Abang Daiz melawan angin. Daim yang terpinga-pinga terus membuat U-Turn kecemasan. Berderet-deret hon kereta berbunyi. Daim hanya mampu mengangkat tangan dan terus memecut rapat kereta Abang Daiz. Kak AD dah memegang erat seat beltnya dengan kelajuan Daim.
“Daim, pelahan sikit. Laju sangat ni,”
“Pelahan tak dapatlah kejar Along. Ni mesti ada apa-apa ni. Kak AD relax je. Pejam je mata ok?”
“Gila kau, mati akak kang tak kahwin akak tau. Pelahan sikit, dik,”
“Sikit je lagi,” terus di pecut kereta mengekor tepat belakang kereta Abang Daiz.
Sampai di hospital, Abang Dani terus mengendong Kak Lin masuk ke dalam wad kecemasan. Kak AD yang nampak darah menitis dari kain batik Kak Lin, terus berlari dia ke arah Abang Dani.
“Nape ni Angah?” soal Kak AD cemas.
“Tak tahu. Tiba-tiba jadi macam ni. Bleading teruk,” Kak Lin di tolak ke dalam bilik kecemasan.
“Kak Lin gugur ke?” soal Kak AD lagi.
“Gugur? Entah. Angah tak tahulah. Yang Angah tahu dia mengadu sakit pinggang dan haid dia keluar banyak. Tu je,” jawap Abang Dani sambil menjengah-jengah ke dalam bilik kecemasan.
“Along rasa Lin pregnant tapi dah gugur. Kak Diana, dulu pun macam tu jugak masafirst time pregnant. Kan dia gugur?” Abang Daiz memberikan pendapat.
“Betul ke Dahlia?” soal Abang Dani kepada Kak Ad.
“Tak dapat nak sahkan. Tapi memang antara dua je. First bleading sebab gugur. Other one maybe because of period pain. Kita tunggu report doktor dulu. Doa banyak-banyak ye Angah,” Kak AD memegang bahu Abang Dani. Abang Dani memegang tangan Kak AD sambil mengangguk. Daim hanya senyap disisi. Nak menyampuk dia tak tahu nak menyampuk bab yang mana.
Sementara itu, di rumah Mak Cik Kesuma Dewi semua sabar menanti berita daripada hospital. Mak Cik Kesuma Dewi dah tak mampu nak berbuat apa-apa. Hatinya betul-betul risau akan Kak Lin. Dah masuk Isyak pun, satu berita dari hospital tidak terima. Mak Cik Kesuma Dewi dalam lewat solat Isyaknya, dia memohon agak menantunya selamat.
“Mak, diaorang dah balik,” jerit Delita. Terus Mak Cik Kesuma Dewi membuka telekungnya dan berlari ke depan rumah. Kelihatan Abang Dani bermuka sungul semacam. Kak AD dan Abang Dani hanya menunduk. Daim menyandar di pintu rumah.
“Lin macam mana?” soal Mak Cik Kesuma Dewi. Kak AD memandang kemudian mengeling. Mak Cik Kesuma Dewi semakin risau. Jauh disudut hatinya dia memohon agak menantunya selamat. Airmatanya tumpah ke bumi.
“Lin, gugur mak,” tenang suara Abang Dani menuturkannya.
“Ha? Dah berapa lama dia mengandung?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lagi.
“Doktor cakap janin baru berusia 3 minggu. Badan Kak Lin tak cukup kuat, mak tu menyebabkan Kak Lin keguguran,” terang Kak AD.
“Ya Allah. Habis mana Lin?” Abang Dani memandang Abang Daiz.
“Dia kena tahan dekat hospital malam ni. Insyallah esok baru boleh balik,” tutur Abang Daiz bagi pihak Abang Dani.
“Mak janganlah risau. Lin dah sedar tadi masa kitaorang tinggalkan dia. Kak Lin memang kuat, mak. Sikit pun tak menangis.” sambung Abang Daiz.
“Depan korang memanglah dia tak tunjuk. Cuba dekat belakang? Hati isteri mana yang tak sedih bila jadi macam ni. Tau-tau je gugur!” tegas suara Mak Cik Kesuma Dewi.
“Belum rezeki, mak” Abang Dani bersuara lemah.
“Ni semua salah mak. Kalaulah mak tak suruh Lin buat kerja teruk-teruk mesti tak jadi macam ni. Patut dari awal lagi mak dah perasan perubahan Lin. Salah mak. Memang salah mak,” Mak Cik Kesuma Dewi memukul-mukul badannya. Terkejut semua dengan tindakan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak, bawa mengucap mak. Bukan salah mak pun. Allah belum nak bagi rezeki pada kami lagi,” pujuk Abang Dani yang dah memeluk Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak yang salah. Mak suruh Lin buat macam-macam kerja,” raung Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak, bukan salah mak. Bukan mak,” Abang Dani pun dah berjurai air mata. Mak Cik Kesuma Dewi tepis Abang Dani ke tepi.
“Mak, Kak Lin pun tak tahu dia mengandung mak. Kalau dia tahu mesti dia akan beritahu dengan kita mak. Ni bukan salah mak,” Daim pula memujuk.
“Daim, kamu tahu tak berapa lama Angah kamu tunggu nak dapat anak? Kamu tahu tak?” Mak Cik Kesuma Dewi dah merentap kolar baju Daim. Tersentak Daim. Tak pernah dilihat mata Mak Cik Kesuma Dewi merah, menangis bergini.
“Mak, bawa mengucap, Mak. Belum rezeki lagi kita nak buat macam mana?” pujuk Kak Diana pula sambil cuba meleraikan gengaman Mak Cik Kesuma Dewi dengan kolar baju Daim.
“Mak, Dani tak pernah salahkan mak pun. Salah Dani yang tak alert dengan cerita Lin. Salah Dani mak. Bukan salah mak,” Abang Dani cuba memujuk lagi.
“Lin pernah cerita yang dia lewat datang haid. Tapi kami cuma ingat sebab Lin terlalu sibuk tu yang haid dia lambat. Kami tak pernah memikirkan sebarang kemungkinan yang Lin mengandung mak,” cerita Abang Dani. Mak Cik Kesuma Dewi meleraikan genggamannya. Menangis mengadap lantai. Daim dah terduduk disisi. Masih terkejut.
“Semua ni salah Dani, mak,” Abang Dani dah menampar pipinya.
“Sudah, semua tak salah! Ni semua ketentuan Allah. Allah belum nak beri rezeki lagi pada Dani dengan Lin buat masa sekarang. Bukan salah siapa-siapa pun,” jerit Tok Anjang dari arah pintu rumah pula. Mak Cik Kesuma Dewi tersentak. Ditoleh ke arah Tok Anjang sebelum melangkah ke biliknya.
“Mak...” jeritan anak-anaknya tak dihiraukan.
“Biar Mak Su yang pujuk,” Mak Su Timah terus melangkah ke bilik Mak Cik Kesuma Dewi.
Mak Su Timah melangkah masuk ke bilik Mak Cik Kesuma Dewi dengan berhati-hati. Dilihat Mak Cik Kesuma Dewi menangis semahunya di birai katil. Pelahan-lahan langkahnya diatur lalu terus melabuhkan pinggulnya disebelah Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kak, janganlah bergini. Bukan kita nak jadi macam ni pun. Semua ni ketentuan Allah macam Anjang cakapkan. Belum rezeki lagi kak,” pujuk Mak Su Timah sambil mengusap belakang badan Mak Cik Kesuma Dewi yang duduk tunduk mengadap lantai.
“Timah, patut akak sebagai orang tau ni patut tahu perubahan yang Lin tunjukkan. Tapi kenapa akak tak perasan semua tu? Dani dengan Lin dah 4 tahun menunggu.” Mak Cik Kesuma Dewi menunding jari ke dadanya.
“Kak, adakala Allah hilangkan sekejap nikmat sebab Allah berjanji nak berikan yang lebih baik kepada hambanya. Adakala Allah berikan sesuatu yang baik tapi kemudian Allah turunkan bala sebab nak menguji ketaatan hambanya. Kak, semua yang berlaku ada sebabnya. Mungkin sekarang belum masanya mereka nak diberikan zuriat. Tapi mana tahu pada masa akan datang?” Mak Su Timah bersuara lembut.
“Nak menunggu sampai bila, Timah? Sampai aku dah tak ada nanti?” Mak Cik Kesuma Dewi bersuara kasar.
“Sabarlah, Kak. Sekurang-kurangnya kita tahu Lin boleh lahirkan anak buat Dani. Itu yang penting. Sedikit sebanyak dapat menangkis kata-kata orang tentang Lin. Kesian dia menangung azab mulut orang,” Mak Su Timah berdiplomatik dengan Mak Cik Kesuma Dewi.
Diluar pintu, Daim adik-beradik kusyuk mencuri dengar perbualan Mak Su Timah dengan mak mereka. Abang Dani saja yang berada diserambi rumah menenangkan dirinya. Ikutkan hati dia nak jadi orang yang sangat tabah hadapi semua ni. Tapi tak sangka bolos juga airmatanya.
“Ni kenapa semuanya disini?” Mak Su Timah yang membuka pintu bilik terkejut bila Daim dan Delita tertongeng ke depan bila pintu bilik Mak Cik Kesuma Dewi dibuka. Dua-dua tersengih.
Mak Su Timah menutup kembali pintu.
“Mak Su, mak ok tak” soal Daim.
“Ok dah. Tengoklah sapa yang pujuk? Made from Lumut.” kerek Mak Su Timah kemudian beransur pergi.
“Kerek dowh,” Daim menjelir lidah kepada Mak Su Timah.
###
Dah seminggu Kak Lin berpantang. Maka dengan ini, tinggal seminggu jugalah Kak AD akan dinikahkan dengan Dr. Aiman. Kak AD pun dah mula bercuti sejak awal minggu ini.
“Abang, bosanlah duduk dalam bilik je. Saya ni pantang orang gugur. Bukan pantang bersalin pun,” rengek Kak Lin pada suaminya yang disuruh berpantang oleh Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ish! Abang pun tak tahu nak cakap macam mana Lin. Mak cakap kena pantang paling-paling sebulan,” jawap Abang Dani.
“Maknanya ada 3 minggu lagi? Saya rasa makin sakit bila duduk dalam bilik ni. Abang darah saya dah habis dah. Bolehlah saya tolong mak?” pujuk Kak Lin.
“Yang tu, awak pujuklah mak sendiri. Mak tu ralat sebenarnya kes awak gugur ni. Tu yang mak jaga betul awak, Lin,” Abang Dani tak mahu berkrompomi.
“Alah, saya tak salahkan mak sikit pun bang. Saya sendiri pun tak sedar saya dah mengandung. Belum nak dapat rezeki lagi. Abang tak kisah ke saya gugur ni?” Kak Lin buat ayat sedih.
“Ish! Ke situ pulak dia. Lin kalau kita tak redha dengan ketentuan Allah samalah dengan kita menidakkan takdir yang Allah tentukan buat kita. Mungkin sekarang ni Allah belum nak bagi rezeki pada kita tapi mana tahu akan datang Allah bagi sekali kembar dua ke? Tak pun empat ke? Enam ke? Tak payah awak mengandung banyak kali. Sekali je cukup,” Kak Lin menampar belakang badan Abang Dani. Ketawa kecil Abang Dani.
“Abang ni macam-macamlah,”
“Oklah abang nak sambung kerja berat ni,” sisa ketawa masih kedengaran.
“Abang saya pantang makan je boleh tak?” rayu Kak Lin lagi. Abang Dani hanya menjungkitkan bahunya sebelum berlalu keluar. Kak Lin kembali baring.
Didapur, Abang Dani menarik Mak Su Timah ke tepi,
“Mak Su, Lin cakap dia nak pantang makan je boleh tak?” soal Abang Dani yang kesian dengan Kak Lin yang dilarang membuat sebarang kerja.
Ketawa Mak Su Timah mendengarnya. “Tu kamu kenalah berurusan dengan mak kamu. Mak Su tak boleh masuk campur,”
“Mak Su tolonglah pujuk mak,” rayu Abang Dani.
“Dani bukan apa. Kesian Lin. Asal Dani masuk bilik je mulalah dia merayu nak buat koje. Katanya bosan tahap maharaja dewa dah,” kata-kata Abang Dani dibalas dengan ketawa.
“Lin, kamu nak menolong ni boleh. Tapi ingat jangan angkat yang berat-berat,” tiba-tiba muncul Mak Cik Kesuma Dewi dan Kak Lin yang senyum memanjang didapur. Abang Dani mengangkat kening pada Kak Lin. Kak Lin hanya senyum suka yang amat.
“Ha tu, dah dapatlah tu,” jawap Mak Su Timah. Abang Dani hanya tersenyum. Lin...Lin...
###
Tingal lagi 2 hari Kak AD akan dinikahkan. Berdebar-debar rasa hatinya. Pelamin pun dah siap dipasang sejak semalam. Khemah pun dah mula naik tengah hari tadi. Orang merewang pun dah mula membuat persiapan untuk memasak. Langsir rumah je dalam proses menukar yang baru. Mujur rumah tak perlu cat sebab cat raya lepas masih elok lagi.
Awal pagi lagi Mak Siti, bidan kampung dah mandikan Kak AD dengan air rendaman bunga-bunga. 7 jenis bunga semuanya. Tujuaanya nak naikkan seri pengantin. Lepas mandi, Kak AD ditilik pula tahap 'kesuciannya'. Mak Siti hanya senyum kemudian mengangguk pada Mak Cik Kesuma Dewi. Kak AD hanya kesejukan mandi air bunga tadi. Dalam hatinya tertanya-tanya kenapa rambutnya direndamkan dalam air.
“Malam kang pakai inai mesti elok merahnya,” lagilah Kak Ad tercengang dengar kata-kata Mak Siti. Apa kena mengena ujian tadi dengan inai akan merah?
“Sat lagi hang jangan gatai-gatai nak lalu bawah ampaian baju, jangan langkah bendui. Ni bunga ros ni makan kelopaknya sampailah hari kamu nikah nanti,” pesan Mak Siti lagi.
“Kenapa tak boleh langkah bendui dengan lalu bawah ampaian pula? Ni nak makan bunga pula nape?” soal Kak AD sambil menerima mangkuk berisi kelopak bunga ros dari Mak Siti.
“Semua ni nak menaikkan seri pengantin kamu. Ros tu bagus makan boleh lancarkan darah. Boleh merahkan muka,” jawap Mak Siti.
“Ish! Mengarut je semua ni. Ada pula makan bunga ros boleh lancarkan darah,” rungut Kak AD. Yelah al-maklumlah, Kak AD bukan percaya dengan ilmu perubatan tradisional ni pun. Doktor modenlah katakan?
“Dahlia, kamu ni cubalah sekali sekala percaya cakap orang-orang tua ni. Ish budak ni tau,” cubit Mak Cik Kesuma Dewi.
“Tak mengape le, Dewi. Biase le budok-budok. Malam kang Kak mai pakai inai pula. Dahlia, kamu nak ukir-ukir ke?” soal Mak Siti.
“Tak mau le, Mak Siti. Aiman tak suka tangan berukir ni,” jawap Kak AD.
“Ha iye le. Esok kamu khatam quran kan? Sape khatamkan?” soal Mak Siti lagi.
“Ha'a. Umi Jah khatamkan,” Umi Jah ni ustazah yang mengajar mengaji. Semua yang mengaji dengan dia, dia selesa dipanggil Umi. Dulu Kak AD adik beradik belajar mengaji dengan Umi Jah lah. Orangnya sebaya Mak Cik Kesuma Dewi.
“Oh! Jah khatamkan? Ha kalau macam tu, malam kang Mak Siti datang dengan inai sekali. Lepas isyak ye?” Mak Siti dah melangkah nak keluar dari bilik pengantin.
“Ok, Mak Siti,” Kak AD mengangkat tangan tanda isyarat OK.
###
Hari ni hari terakhir sebelum Kak AD bergelar isteri orang. Tegang urat pingang Kak AD tidur tak berkalih-kalih sebab takut tilam kena tompok inai. Malam tadi, Mak Siti dah berpesan jangan tidur lasak-lasak nanti inai comot dan Kak AD berjaya merealisasikannya. Hehehe...
Kak Ad mencabut semua inai dijari kakinya sebab nak senang bergerak ke bilik air. Mak aii merahnya Mak Ngah! Terkial-kial Kak AD ke bilik air. Dilihat ada sebaldi air bunga. Kak AD mandi dan air last sekali diambil segayung ari bunga tadi, diselawat nabi kemudian dijirus dari kepala terus mengalir ke kaki. Memanglah mengalir ke kaki tak akan ke pusat je kot. Hehehe...
Lepas je mandi bunga, Kak AD dan Mak Su Timah bertukus lumus menyiapkan hantaran. Kak AD bertegas nak siapkan hantarannya sendiri. Delita dan Delila mengambil part menghiaskan bilik pengantin bersama Mak Su. Kira dalam hal ni, Mak Su Timah The Master Mind lah. Terkangkang-kangkang Mak Su Timah ke ruang tamu ke bilik memantau dua urusan sekali jalan. Kak Lin yang dah dibenarkan membantu apa yang patut tapi hanya yang ringan-ringan sahaja, mengambil part menyiapkan bunga pahar dengan sirih junjung. Kak Diana pula menjadi chef dengan suaminya, Abang Daiz. Abang Dani dan Daim uruskan hal-hal yang berat macam susun atur dalam khemah.
Tepat jam 12 tengah hari, siap juga kerjanya.10 gubahan dulang hantaran, Kak AD letak semuanya atas katil pengantinnya. Dalam peluh yang amat sangat, kawan-kawan Kak AD dah pun sampai untuk memeriahkan hari bahagianya. Kak AD sempat layan ala kadar je sebab dia kena bersiap untuk Majlis Khatam Al-Quran pukul 3 nanti. Mak Andam pun dah sampai. Kak AD bermandi ala kadar sahaja. Kemudian terus bersiap dibiliknya.
Untuk Majlis Khatam Al-Quran, Kak AD mengenakan persalinan putih coklat yang dihadiahkan oleh Misha masa hari terakhir dia di Kelantan dulu. Cantik. Ramai yang memuji.
Tepat jam 2:30, Umi Jah sampai. Kak AD pun dah bersiap di pelaminnya. Majlis bermula dengan Marhaban dan barulah Kak AD dikhatamkan. Mak Cik Kesuma Dewi tersenyum gembira bila anak daranya lembut mengalunkan ayat suci Al-quran. Dalam Majlis Khatam Al-quran ni bukan Kak AD je, ramai lagi. Kira sekali harung semua sekali. Senang 1 majlis sekali jalan. Jangan tak tahu, Mak Su Timah pun khatam sekali ye!

###
Sayang, I nervouslah...
Mesej yang diterima oleh Dr. Aiman dari Kak AD mengundang senyum yang panjang.
Abang pun nervous juga, sayang. Kurang dari 20 jam sayang akan jadi milik abang sepenuhnya.
“Aik sejak bila pula bahasakan diri 'abang' lak ni” Kak AD bersuara sendirian. Malam ni malam terkahir dia tidur sebilik dengan Delita dan Delila. Mulai esok dia akan ada roomate baru.
Sejak bila guna 'abang'?
Bermula dari saat ini!
Kalau tak nak guna boleh tak?
Tak boleh. Kena guna gak. Nanti kira nusyus.
Boleh mcm tu? Tau le baru g kursus kahwin. Esok jangan lupa bawa sijil tau.
Ok, Sayang. Tak sabar nak tengok Sayang esok. 2 week without ur face.
Sabarlah sikit. Lepas ni tgklah sampai jemu ok?
Tak akan jemu walaupun sedikit. ;)
just wait and see...k good night, Dear. Love you.
Kak AD menamatkan mesej dengan Dr. Aiman bila Mak Cik Kesuma Dewi tiba-tiba masuk ke bilik anak dara.
“Dahlia,” panggil Mak Cik Kesuma Dewi.
“Iye saya,” Kak AD terus bangun dari pembaringannya. Mak Cik Kesuma Dewi duduk dikerusi meja solek.
“Dah besar dah anak mak. Terasa kejap je Dahlia dengan mak. Esok dah nak jadi isteri orang,” diusap ubun-ubun Kak AD. Kak AD tiba-tiba sayu. Kenapa ni???
“Dah jadi isteri orang nanti, jaga suami baik-baik. Jaga makan pakainya. Jaga adap seorang isteri. Jangan sekali-sekali tinggikan suara pada suami. Berdosa. Ingat ye nak?” airmata Kak AD dah semakin deras mengalir walaupun cuba ditahannya dari awal.
“Kalau ada apa-apa yang tak puas hati dengan suami, ajak berbincang. Selalu ajak suami solat jemaah bersama. Pengikat kasih sayang tu. Macam mana sibuk pun urusan di hospital nanti, jangan sekali abaikan tanggugjawab seorang isteri. Lepas ni, syurga, Dahlia bukan bawah kaki mak lagi. Tapi bawah kaki Aiman, suami Dahlia,” Mak Cik Kesuma Dewi duduk disebelah Kak AD. Dipeluk anak gadisnya. Diusap airmata Kak AD yang mengalir dipipi.
“Pengantin, tak baik menangis. Nanti mata sembab,” diberikan senyum pada Kak AD.
“Mak,” Kak AD memeluk erat Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak tahu anak mak, anak yang baik,” Mak Cik Kesuma Dewi mencium ubun-ubun Kak AD dan mengusap rambut Kak AD yang panjang mengurai.
###
Awal pagi ini, Kak AD berendam dalam bilik air. Perutnya rasa tak sedap. Puas orang mengetuk pintu suruh Kak AD keluar. Tapi katanya dia sakit perut.
'Ish nape le time-time macam ni le baru nak sakit perut,' rungut Kak AD dalam hati.
“Kak AD, kalau Kak AD tak keluar juga, Daim tendang pintu ni,” jerit Daim dari luar bilik air.
“Ok akak keluar,” sahut Kak AD dari dalam.
Keluar je dari bilik air, “kacau je orang nak buang hajat,”
“Hajat mende, dah dekat 2 jam dalam bilik air bukan buang hajat tapi buang tebiat namanya. Tahulah nervous nak nikah hari ni tapi takyah la tunjuk,” usik Daim.
Kak AD bagi jelingan maut. Dijelirkan lidah kepada Daim sebelum beransur ke bilik pengantin. Ketawa sakan Daim.
Kak AD akan dinikahkan dengan Dr. Aiman jam 10 pagi dan bersanding jam 2 petang nanti. Sekarang jam menunjukkan jam 8 pagi. Semakin kuat dengupan jantung Kak AD. Mak Andam yang menyolekkan Kak AD, menyuruh Kak AD banyak-banyak beristirigfar. Disuruh Kak AD baca Ayatul Qursi dan ayat empat Qul. Pelahan-lahan Kak AD membaca.
“Saya tak dapat nak bacalah, kak. Tungang langgan semua ayat saya baca,” Kak AD bersuara bila tahap nervousnya menyesakkan dada.
“Hehehe...biasalah tu. Bawa-bawa bersabar. Nanti dah nikah nanti, takde dah rupa macam sekarang ni. Terasa nak cepat pula majlis berlalu. Nak buat proses seterusnya,” perli Mak Andam. Kak AD hanya tersenyum. Padanlah orang cakap Mak Andam ni mulut boleh tahan laser. Cakap tak pakai water filter!
“Mak Yang, Ayah Lang dah sampai,” jerit anak Abang Daiz, Syuhadah.
“Awalnya?,” Kak AD mengerling je jam dinding. Dilihat jarum jam tak bergerak. Statik pada jam 8:30 pagi.
“Haiyak, jam mampuih le! Dah pukul berapa sekarang ni?” dah mai dah panik Kak AD. Padanlah Daim cakap dekat 2 jam dalam bilik air, rupanya memang betul pun. Haiyak.
“Lagi 15 minit nak jam 10 pagi,” jawap Delita yang kebetulan memang ada dalam bilik teman Kak AD.
“Ha? Macam ner ni,Kak? Dah siap ke saya ni?” bertuli soalan Kak AD.
“Sikit je lagi. Kamu janganlah bergerak banyak sangat. Relax je. Kalau pun rombongan dah sampai tapi kalau tok kadi tak sampai tak jalan juga,” jawap Mak Andam.
Kak AD hanya diam walaupun tangannya dah berpeluh yang amat.
Siap je Kak AD diandam, Misha masuk ke bilik. Pada masa ni jam dah menunjukkan jam 11 pagi. Maknanya sejam lewat dari masa yang dijanjikan. Makin tak keruan Kak AD.
Relakslah, Kak. Everything will be ok. Akak nampak cantik sangat!” puji Misha.
“Tengoklah sapa yang make upnya,” Mak Andam menyampuk. Dalam hati Misha dah mencebik Mak Andam Kak AD.
“Assalamualaikum...maaflah saya lambat. Tadi pengantin yang pertama tadi tu lambat tu saya pun terlambat juga. Maaf ye?” Tok Kadi memohon maaf bila sedarkan kelewatannya.
“Wa'alaikumsalam...masuk Tok. Tak le lambat sangat,” jawap Abang Daiz yang akan menjadi wali Kak AD.
“Pengantin dah sedia ke?” soal Tok Kadi.
“Dah ready dah. Ni dia pengantinya,” Abang Dani menunjukkan kepada Dr. Aiman. Dr. Aiman menyalam tangan Tok Kadi.
“Awat berpeluh tangan?” usik Tok Kadi. Dr. Aiman hanya tersenyum.
“Pengantin perempuan?” soal Tok Kadi lagi.
“Dalam bilik Tok,” balas Abang Dani.
“Panggil pengantin perempuan keluar,” arah Tok Kadi. Abang Daiz mengangguk kepada Kak Diana.
“AD, meh keluar. Tok kadi panggil,” jemput Kak Diana. Kak AD menarik nafas sedalam yang mungkin kemudian dihembuskan. Pelahan-pelahan kakinya melangkah keluar.
“Itu pengantin perempuannya,” tunjuk Abang Dani.
Dr. Aiman memandang ke arah belakang. Sesaat dia terpegun dengan kecantikan Kak AD. Sangat lain daripada hari-hari biasa.
“Duduk belakang pengantin lelaki ye?” arah Tok Kadi. Kak AD akur.
“Pengantin lelaki, betul itu bakal isteri kamu?” soal Tok Kadi kepada Dr. Aiman.
“Ye,” jawap Dr. Aiman.
“Pengantin perempuan, betul ini bakal suami kamu?” soal Tok Kadi kepada Kak AD. Kak AD mengangguk.
“Kamu setuju untuk berkahwin dengannya?” Soal Tok Kadi lagi.
“Ye saya setuju,” jawap Dr. Aiman.
“Saya tak tanya kamu. Saya tanya pengantin perempuan,” malu Dr. Aiman. Daim yang sedang mengambil video pun boleh tergelak.
“Saya setuju,” jawap Kak AD.
“Kalau macam tu eloklah kita mulakan,” Tok Kadi mulakan khutubah kahwin dengan bab tanggungjawab suami dan isteri.
Semua salinan yang diperlukan di kumpulkan sebelah. Semakin berdebar hati Kak AD dan Dr. Aiman. Mengigil tangan Dr. Aiman menyahut tangan Abang Daiz. Sengaja Daim fokus kepada tangan Dr. Aiman yang nampak sangat mengigilnya.
Alhamdullilah dengan sekali lafaz, Kak AD dan Dr. Aiman sah menjadi suami isteri. Kak AD terasa batu besar yang menghempap kepalannya hilang macam tu sahaja.
Tibalah saat lafaz taklik dilakukan sebelum acara membatalkan wudhuk dilakukan. Dr. Aiman meletakkan tangan kanannya di ubun-ubun Kak AD.
“Andai saya, Nik Aiman bin Nik Yusof meninggalkan isteri saya, Anggerik Dahlia binti Musa Hitam 3 bulan...aaaasssshhhhhuuummmm...” bersih panjang Dr. Aiman. Terkejut Kak AD.
Sorry,” semua yang ada dah tergelak.
“Astagfirullah. Macam-macamlah hampa ni. Mulakan sekali lagi,” arah Tok Kadi. Dr. Aiman pun mulakan sekali lagi.
Acara membatalkan wudhuk dilakukan, simbahan lampu kamera menujah-nujah ke muka diaorang. Kalah artis pula gayanya. Dr. Aiman memakaikan Kak AD seutas rantai tangan emas dan Kak AD menyarungkan sebentuk cincin silver ke jari manis Dr. Aiman. Dr. Aiman mencium ubun-ubun Kak AD.
Selepas dinikahkan, mereka bersalaman dengan semua ahli keluarga. Sebelum keluarga sebelah Dr. Aiman bertanggak di rumah Kak Mila, mereka bergambar dengan pengantin dipelamin. Dr. Aiman mengengam erat jari jemari isterinya. Terselah kasih sayang mereka.
Majlis persandingan hanya dilakukan kepada ahli keluarga terdekat sahaja. Maka, pada masa berarak, mereka terus ke meja makan pengantin. Terselah kecantikan dan ketampanan pengantin dengan persalinan Merah Putih. Sesuai dengan kulit diaorang yang cerah dan kuning langsat.
Sesekali Dr. Aiman menjeling kepada Kak AD dengan penuh kasih sayang. Dibisik ke telinga Kak AD, “ You will be thefirst and the last wife for me forever.

4 comments:

Anonymous said...

Best best....

ezaitie nfib. said...

tq anonymous...;)

Kill said...

comel gilew la.tp susun la novel ikut episod die kt tepi.senang carik :)

ezaitie nfib. said...

tq Kill...belum pandai sgt dgn blog ni...xpe nt sy akn cube belajar dgn org yg lebih arif...tq for ur opinion...