~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, February 14, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 14

Bab 14
Selepas sebulan Majlis Menyambut Menantu di Kelantan berlangsung, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Buat masa ini, Dr. Aiman dan Kak AD duduk sekali dirumah Mak Cik Kesuma Dewi sementara menunggukan rumah yang dibeli oleh Dr. Aiman mendapat kelulusan CF. Kesian Faizal, Malik dan Rafiq terpaksa menjadi housemate yang baru. Hehehe...
Oh ye, lupa nak cerita kisah Majlis Menyambut Tetamu pada korang semua. Majlis sebelah lelaki pun tak kurang meriahnya. Musik gamelan yang mengiringi pengantin memukau pandangan. Kiri kanan jalan pemain musik gamelan lembut mengalunkan rentak. Pengantin turut dihiburkan dengan persembahan tarian Mak Yong dan Dikir Barat. Memang sangat meriah walaupun tanpa majlis persandingan.
Ahli keluarga Kak AD pun dilayan dengan baik oleh ahli keluarga Dr. Aiman. Yang lebih bermakna sekali, Kak Min suami isteri sangup terbang jauh dari Kanada semata-mata untuk meraikan perkahwinan adiknya. Paling mengembirakan sekali, Kak Min akan berada di Malaysia sehingga anak sulungnya dilahirkan. Memang saat gembira tak terkata Puan Mariam dan Encik Nik yusof dengan kepulangan anak menantu mereka.
“Demo lamo ko kak sini?” soal Misha.
“Lamo gok. Skip 1 penga nok salin sini,” jawap Kak Min.
“Lamo gok tu. Abe Hisham samolah?” soal Misha lagi.
“Ho lah...takseh rengang lo ni. Nyesa dio dok tengok baby dio tubik nanti,” jawapan Kak Min mengundang ketawa Misha.

###
Angin malam yang bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa tidak dapat melenyapkan resah hati Daim. Kata-kata Mak Cik Kesuma Dewi petang tadi benar-benar menyesakkan sistem penafasannya. Macam tak percaya je Mak Cik Kesuma Dewi sanggup bertindak kejam memberikan dia masa sebulan untuk cari calon isteri. Jika tidak, Daim harus akur dengan pilihan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ish! Mak ni. Daim belum sedia lagi nak kahwinlah. Masih banyak lagi benda nak kena buat. Baru je habis bayo kerete. Lepas ni nak bayo rumah pula. Tunggulah Daim dah berharta banyak sikit ye mak? Nanti baru kita fikir bab kahwin?” kalih Daim.
“Gaya macam tak nak kahwin je kamu ni, Daim,” cebik Mak Cik Kesuma Dewi.
“Apasai mak cakap macam tu?” soal Daim menarik kerusi duduk disebelah Mak Cik Kesuma Dewi.
“Iye le. Kalau dah beli rumah tu, paling-paling 20 tahun ikatnya. Nak tunggu kamu habis bayo rumah nanti, umo kamu udoh berape, Daim? Dah tuea. Tahu tak, dah tuea!,” Mak Cik Kesuma Dewi menunjal tempat BCG Daim. Delita dan Delila hanya ketawa.
“Apa gelak-gelak? Tampaq kang,” gertak Daim.
“Gelak pun salah. Buwek,” Delita menjelir lidah kepada Daim.
“Amboi! Jelir lidah kat Achik? Tarik lidah tu kang baru tau,” Daim mengagah untuk menarik lidah Delita. Belum sempat sampai ke Delita, tangan Mak Cik Kesuma Dewi lagi pantas mencapai telinga Daim dahulu.
“Ish! Budak bertuah ni. Kita tengah cerita hal lain dia sibuk nak mengacau adik-adik dia tau,” Delita dan Delila dah ketawa.
“Aduh! Mak. Sakit, mak,” mengaduh Daim. Mak Cik Kesuma Dewi melepaskan telinga Daim. Daim mengosok telinganya.
“Kamu ni Daim. Hari tu masa mak usik cerita ni lepas kakak kamu bertunang kamu cakap tunggu kakak kamu kahwin. Sekarang kakak kamu dah kahwin kamu cakap tak sedia. Mana satu kamu ni?” rungut Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ala, mak. Daim bukan takmo kahwin. Nak sangat kahwin ni. Lagi pun Daim sedo umo Daim dah 28 tahun,”
“Tahu takpe. Tempe kasi lebih,” Mak Cik Kesuma Dewi memotong.
“Daim bukan ape, mak. Daim kalau boleh nak kumpul harta dulu. Daim tak nak isteri Daim nanti dapat susah bila kahwin dengan Daim. Daim nak dia bahagia jadi isteri Daim. Tu yang Daim yang usaha kumpulkan harta untuk isteri Daim,” sambung Daim
“Kamu ingat, kamu tu nak kahwin dengan anak dara orang Negeri Sembilan ke? Yang beria nak kumpul harta? Ni, calon mak ni, anak orang Melaka,” tegas Mak Cik Kesuma Dewi.
“Alah kira sebelah menyebelahlah juga tu, mak. Melaka sebelah utara dia Negeri Sembilan,” menjawap Si Daim ni.
“Tengok ohrang cakap ada je jawapnya. Sekarang ni mak tanya kali terakhir. Kamu ada ke tak makwe?” soalan Mak Cik Kesuma Dewi bergitu maut sekali. Masak aku macam ni. Daim hanya diam.
“Takde jawapan? Baik mak bagi kamu tempoh sebulan je untuk cari calon isteri kamu sendiri. Jika dalam masa sebulan kamu tak dapat cari calon isteri kamu sendiri, kamu kena kahwin dengan pilihan mak. Faham?” tegas suara Mak Cik Kesuma Dewi menuturkan arahannya. Daim hanya mengangguk.
“Tempohnya bermula esok. Adik, Chu dah jom masuk,” ajak Mak Cik Kesuma Dewi yang dah berlalu ke dalam dahulu.
“Achik, Achik terima je pilihan mak tu. Kak Dhia tu lawo Achik. Nyesal tau tak pilih dia,” Delila memprovok.
“Diamlah,” tengking Daim yang nyata tertekan.
“Jom masuklah Adik. Tension Chu tengok muka Achik ni,” Delita dan Delila meninggalkan daim keseorangan di serambi rumah.
Petang tu juga selepas solat Asar, Daim meminta izin untuk kembali ke Kem. Mak Cik Kesuma Dewi yang tahu Daim tertekan lagi sengaja menekankan Daim. Sengaja diperingatkan Daim sekali lagi. Daim hanya tersenyum paksa.
“Pojie, kau ok tak? Aku tengok monyok je. Apasal?” Jefry mencuit bahu Daim yang elok je menung di bawah Pokok Kipas. Terkejut Daim.
“Ish! Kau ni nak tegur bagi salamlah dulu,” sentak Daim.
Jefry mengangkat tangannya ke kepala dan badan ditegapkan sedikit sebagai salam hormtanya. Daim pun acuh tak acuh je manyahut salam hormat Jefry.
“Kau ni apahal? Monyok je. Aku tengok kau ni asal balik je dari uruskan hal kakak kau mesti monyok,” Jefry menolak Daim ke tepi sebagai tanda dia nak duduk dikerusi itu sekali.
“Kacau ar kau ni. Tak bolehlah aku nak relaks sorang-sorangkan?” Daim tetap menyinjak ke tepi.
“Kau, kalau ada problem kau kena cerita barulah kau tak tertekan,” mendalam maksud ayat Jefry.
“Kamik ok jua tok,” balas Daim.
“Wah! Mauk lawan Sarawak kitak?” soal Jefry yang dah lama tak cakap bahasa Ibundanya, Sarawak. Jefry ni bangsa Iban.
“Hehehe...takmo...takmo...aku tau aku sure kalah punya,” sengih je Daim.
“Ha tau takpe. Kau nak dengar tak satu fakta?” Jefry mengangkat kening kepada Daim.
“Fakta apa?” soal Daim.
“Kan 2 bulan sudah aku pergi kursus pengurusan stress? Adalah sorang fasilitator tu memang lawa gila beb. Nama dia Cik Fifi...”
“Motif kau cerita pasai Cik Fifi kau tu kenapa? Tu bukan fakta namanya,” pintas Daim.
“Sabarlah dulu. Bagi aku habis cerita dulu,” sambung Jefry.
“Ok, ok sambung balik,”
“Cik Fifi tu cakap kita kalau ada masalah, kita kena bercerita. Bila kita bercerita kita akan lebih tenang. Kalau kita asyikkan peramkan masalah dalam hati ni, lama-lama hati boleh bernanah tau,” cerita jefry bersungguh.
“Masalah ni boleh terpampam pada muka walaupun kita tak cerita. Kalau kita tengok seseorang tu, aku ambil contoh macam Tuan Kamal, kau tengok muka dia. Walaupun dah tingal beberapa bulan je nak pencen, muka tetap maintain macam umur 30-an. Kau nak tau sebab apa? Sebab dia tak pernah simpan segala masalah dia dalam sini. Kalau dia ada masalah dia suka bercerita mintak pendapat rakan-rakan dia. Satu lagi dia suka senyum,” sambung Jefry.
“Habis contoh orang yang nampak tua dan bermasalah ni macam muka aku lah? Macam tu?” soal Daim yang dapat menangkap maksud cerita Jefry.
“Aku tak cakap tapi kau fikir sendirilah. Kalau kau rasa kau orangnya iyelah kot,” Jefry berjalan beriringan dengan Daim ke arah Pondok Pengawal. Malam ni, tugasan mereka berdua untuk melakukan sentri.
“Entahlah Jefry. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Berat sangat,” Daim menyemak buku daftar masuk pelawat dan kemudian beransur pergi.
“Cuba kau cerita. Mana tahu aku boleh tolong? Apalah guna jadi kawan kalau tak boleh menolongkan?” offer Jefry.
“Macam ni...” Daim pun bercerita dari A sampai Z kisah yang berlaku petang tadi.
“Wo...wo...ni dah cukup baik. Tak baik kau cakap perkahwinan tu satu masalah. Kau kahwin je lah dengan pilihan mak kau tu. Habis cerita,” sampuk Jefry.
“Gila kau! Masalahnya abang, kakak aku kahwin dengan pilihan diaorang . So, tak akan aku tak boleh cari sendiri. Tak nak aku, kahwin dengan pilihan mak aku yang entah sapa-sap entah,” bengkeng Daim.
“Tak akan mak kau tak beritahu kot macam mana rupa bakal menantu dia?” soal Jefry lagi.
“Ada. Mak aku cakap dia orang Melaka tapi mak ayah dia asal sini. Nama dia apa entah. Sufiya ke Raudiyah ke apa entah!” balas Daim acuh tak acuh.
“Hai nama bakal isteri sendiri pun tak tahu ke?” perli Jefry.
“Bukan tak tahu tapi malas nak amik part,”
“Apa punya oranglah. Kalau akulah kan? Aku kahwin je. Lagi pun tak akan lah mak kau nak pilih orang yang tak senonoh pula jadi isteri anak dia,” Jefry memberikan buah fikirannya.
“Ish! Aku takmo kahwin dengan pilihan mak akulah. Aku nak cari calon isteri aku sendiri. Aku nak rasa nikmat bercinta ni macam mana. Tak nak lah aku bercinta lepas kahwin,” rungut Daim sambil masuk ke dalam kawasan pejabat.
“Tak kenal maka tak cinta, bro. Kau kenallah dulu pilihan mak kau tu macam mana. Kalau sesuai kau on. Kalau tak sesuai kau terus terang je pada mak kau yang kau tak nak budak tu,” Jefry mengangkat tangan bila terserempak dengan beberapa pegawai bawahan.
“Kau ni nak tolong aku ke tak?” marah Daim.
“Kau ni Pojie, patut kau lepas ni kau pergi bengkel pengurusan stress tulah. Aku dengar bulan 10 nanti diaorang nak bukak lagi. Baik kau pergi. Kurangkan sikit panas baran kau tu,” Jefry mengusap jangut sejemputnya.
“Kau ni kan. Kata nak tolong aku. Ni menyemakkan kepala otak aku lagi adalah,” daim terasa tercabar pula dengan kata-kata Jefry.
“Oklah aku tolong. Berapa lama mak kau bagi kau tempoh?” soal Jefry.
“Sebulan,” jawap Daim.
“Umm sempat ke?” soal Jefry lagi.
“Sempat tak sempat belakang kira yang penting aku dapat cari seorang isteri dalam masa sebulan,” jawap Daim yang dah kendur marahnya.
“Ok! Kita mulakan esok. Surver internet. By the way, kau takmo ke ajak awek-awek yang kau add dia orang dalam facebook kau tu keluar? Mana tahu ada yang melekat?” buah fikiran Jefry memang geliga.
“Ha'akan. Kawan sikit punya banyak tapi tak pernah terfikir pun nak ajak keluar. Bagus gilalah otak kau ni. Boleh bikin batu cincin daa. Hehehe...” Daim menyekeh kepala Jefry.
“Woit! Bayar zakatlah,” jerit Jefry.
“Zakat mende lu bayar. Potong pun belum,” perli Daim.
Hatinya bergitu riang sekali. Tak sangka otak Jefry ni kadang-kadang boleh guna juga. Tak sabar rasanya nak tamatkan duty malam ni. Terasa nak cepat je balik bukak facebook dan targetnya nak ajak awek yang dia kenal dalam facebook keluar.
###
“Ha buat apa tu?” sergah Dr. Aiman kpada adik-adik iparnya. Terkujat masing-masing yang leka berchating dengan Dhia.
“Ish! Abang Aiman ni terkejut kitaorang. Nasib tak ada sakit jantung,” jawap Delita.
“Hehehe...sorry, sorry. Abang tengok korang ni kusyuk layan facebook sampai tak pandang dah benda lain. Chat dengan siapa tu?” soal Dr. Aiman yang dah menarik kerusi duduk disebelah Delila. Delila menginjak ke tepi sedikit. Walaupun Dr. Aiman adalah suami kepada Kak AD, mereka tetap kena jaga adap sopan berlainan jantina.
“Tengah chat dengan bakal menantu mak sorang lagi,” jawap Delila.
“Bakal menantu mak sorang lagi? Siapa?” Kak AD pula tercongok belakang Dr. Aiman.
“Bakal isteri Achiklah, Kak AD,” jawap Delita pula.
“Hai, Achik dah nak kahwin ke?” soal Kak AD lagi.
“Ish! Apalah Kak AD ni. Calon menantu mak tu kak Dhia lah. Siapa lagi? Kan dah sebulat suara nak jodohkan Kak Dhia dengan Achik?” Delita protes dengan sikap Kak AD yang acuh tak acuh.
“Lah. Dah confirm ke? Habis Achik setuju ke?” soal Kak AD lagi.
“Ha, ni lah nak cerita ni. Achik tak setuju, Kak AD. Dia takmo kahwin dengan pilihan mak,” Si Minah Kepoh Delila dah buka cerita. Delita menyambung menaip chat kepada Dhia.
“Kenapa Achik tak nak kahwin dengan Kak Dhia?” sampuk Dr. Aiman.
“Achik bagi mak macam-macam alasan. Lepas tu, mak bagi Achik tempoh sebulan untuk Achik cari isteri. Kalau tak jumpa juga, mak cakap Achik kena kahwin dengan pilihan mak,” tambah delila.
“Ish! Nape Achik takmo kahwin dengan pilihan mak yerk? Dhia tu baik budaknya. Mintak-mintaklah impian mak tercapai,” kata-kata Dr. Aiman, mengundang enam pasang mata memandangnya.
“Abang Aiman ni siapa dengan Kak Dhia sebenarnya?” soal Delila.
“Ha? Takde siapalah. Kak Dhia tu kan ke calon menantu mak yang minum petang sama dengan kita dulu tu?” jawap Dr. Aiman tergagap. Alamak kantoi kalau diaorang tahu siapa Dhia dengan aku.
“Minum petang? Minum petang bila pula ni? Akak tak tahu apa-apa pun,” Delila, Delita dan Dr. Aiman dah saling pandang memandang. Alamak, rahsia nak pecah!
“Sayang, mata dah mengantuk pulak. Abang tidur dulu ye, Sayang?” Dr.Aiman buat isyarat mengeliat.
“Ha'a. Kitaorang pun mengantuklah Kak AD. Esok nak kena kemas kelas,” terkocoh-kocoh Delita menutup suis komputer. Delila pula buat-buat sibuk menyusun buku.
            “Apa semua ni? Baik beritahu sekarang jugak sebelum akak naik hangin!” Kak AD dah merah mukanya menahan marah.
Dr. Aiman, Delita dan Delila memberhentikan pergerakkan. Masing-masing saling padang memandang. Dr. Aiman dah mengaru kepala.
“Baik. Kalau semua tak nak beritahu dengan saya, saya humban semua barang ni keluar,” angin taufan Kak AD dah sampai ke telinga.
“Ok...ok...kitaorang cerita,” Dr. Aiman memegang bahu Kak AD tapi ditepis kasar oleh Kak AD.
“Kita cerita kat luar. Nanti mak bangun susah. Kita cerita kat luar ye, Sayang?” Dr. Aiman mengenyit matanya kepada Delita dan Delila. Nak tak nak terpaksalah akur sebab Kak AD kalau dah naik hangin memang semua kena.
Dr. Aiman menolak isterinya ke serambi rumah. Delita dan Delila mengekor dari belakang. Kak Ad berpeluk tubuh depan Dr. Aiman, Delita dan Delila. Masing-masing terkulat-kulat nak buka cerita.
“Nak cerita ke tidak?” Kak AD menepuk meja di serambi rumah. Terkejut masing-masing. Mak aii garangnya bini aku ni.
“Macam ni Kak AD. Sebelum akak dengan Abang Aiman bertunang dulu, mak ada ajak Abang Aiman dan Kak Dhia minum petang sekali. Mak cakap nak buat penilaian terakhir pada Abang Aiman dan Kak Dhia. Mak nak kami pilih yang terbaik. Mak takut nanti kalau salah pilih anak-anak mak merana,” cerita Delila yang dah ditokok tambah sedikit.
“Kenapa mak nak buat penilaian pada Abang? Tak akan tak cukup masa abang duk sini seminggu?” soal Dr. Aiman tak puas hati.
“Ish! Abang ni. Bukan macam tu lah. Memang jadi tradisi keluarga ni akan buat penilaian habis-habisan sebelum keputusan diambil. Along dengan angah dulu pun macam ni gak. Sama je,” jawap Delita pula.
“Habis kenapa mak tak ajak akak sekali?” soal Kak Ad yang dah kendur sedikit suaranya.
“Macamlah masa mak buat penilaian pada Kak Diana dengan Kak Lin, mak ajak Along and Angah join sekaki? Sama je kisahnya Kak AD sayang oit!” Tambah Delita. Delila mengangguk.
“Cop...cop...abang tak faham kenapa kena buat 2 kali penilaian? Sekali tak cukup ke?” sampuk Dr. Aiman.
“Ya Allah. Abang, kalau pergi temuduga pun kena 2 kali test baru boleh diterima kerja tau. Sekali ujian bertulis. Kedua kena ujian temuduga. Sama je konsep dengan hal yang ini jugak. Kalau quality service tu pun kenapa kena sampai 3 kali checking? Sebab nak pastikan tahap piawaian menepati tuntutan. Faham?” Delita bersuara kasar. Nama je doktor tapi bengap nak mampuih.
“Lagi pun Abang Aiman, ingat senang-senang je ke boleh masuk dalam keluarga ni? Kena tapisan keselamatan paling ketat punya. Tahu tak?” tambah Delila pula. Dr. Aiman hanya tersengih.
“Oh macam tu,” jawap Dr. Aiman.
“Iye. Macam tu lah. Ha apa hubungan Abang Aiman dengan Kak Dhia pula? Sakan bertegur. Adik tengok masa pandang Kak Dhia tak kaleh tempat lain dah,” giliran Dr. Aiman pula diserang.
“Mana ada. Mana ada,” Dr. Aiman berdalih. Kalau boleh dia tak mahu cerita Dhia dikeluarkan lagi.
“Abang jangan macam-macam. Baik Abang cerita sekarang,” Kak AD dah beralih duduk sebelah Dr. Aiman.
“Betul. Abang tak kenal Dhia tu siapa. Budak-budak ni pandai je buat cerita,” Dr. Aiman masih cuba beralasan.
“Eh! Adik nampak dengan mata kepala adik sendiri Abang Aiman buat Kak Dhia menangis. Siap minta nombor phone lagi,” Delila mempertahankan dirinya. Delita yang tak tahu cerita hanya diam sahaja.
“Eh! Time tu dia nangis sebab habuk masuk matalah,” jawap Dr. Aiman.
“Habis apa kena mengena habuk masuk mata dengan minta nombor phone?” Kak AD pula menyerang. Delita dan Delila dah kalehkan posisi mereka mengadap Dr. Aiman. Makin menarik cerita malam ni.
Dr. Aiman terasa tertangkap. Macam mana nak mula ni. Lidahnya kelu nak bercerita.
“Baik Abang cerita sekarang. Kalau tak malam ni tidur luar. Kalau mak tanya, sayang cakap abang yang ada perempuan lain,” ugut Kak AD.
“Eh! Tak baik tau tuduh macam tu. Abang dengan Fieyah tu kawan lama lah,” jawap Dr. Aiman.
“Fieyah? Manjanya panggilan,” perli Kak AD.
“Memang kami panggil dia Fieyah short from Lutfiyah. Sebab masa kenal tu dia tak suka orang panggil dia Dhia,” jawap Dr. Aiman.
“Kawan lama? Berapa punya lama?” soal Kak AD lagi.
“Adalah dalam 4 5 tahun sudah. Dulu dia bercinta dengan kawan Abang, Bob. Abang yang kenalkan dia orang berdua,” Dr. Aiman menarik nafas sebaris kemudian menyambung.
“Fieyah dengan Bob now dah tak ada apa-apa dah. Bob pun dah kahwin 3 tahun sudah. Abang pun dah tak tahu apa cerita Bob dah,” Dr. Aiman terpaksa berterus terang.
“Habis kenapa diaorang putus?” soal Kak AD penuh minat.
“Entahlah. Bob cakap Fieyah tingalkan dia. Fieyah pulak cakap Bob tingalkan dia. Abang rasa Fieyah yang betul sebab Bob tipu cakap Fieyah ada pakwe lain dan dah tukar nombor. Masa hari tu, abang tanya Fieyah, Fieyah cakap dia stay guna nombor yang sama. So, abang try calland confirm dia masih guna nombor yang sama,” cerita Dr. Aiman lagi.
“Kak Dhia tu baik tak?” soal Delila.
“Ish! Of Courselah baik. Kalau tak baik macam mana mak boleh terpikat dengan Kak Dhia?” cantas Delita.
Fieyah is a nice girl that I even see. Masa dulu, dia selekeh tapi tetap bergaya. Sekarang ni lagilah makin bergaya. Dia seorang yang menjaga adap pergaulannya. Jaga percakapannya. Memang sopanlah. Dia hanya akan jadi seorang yang brutal bila dengan orang yang dia dah kenal rapat je. Tapi sekarang ni Fieyah dah pandai jadi orang yang garang. Mungkin sebab bila bercerita tentang hal Bob. Tu pasal bila abang tau cerita tentang mak nak jodohkan Fieyah dengan Achik, Abang berdoa tiap-tiap hari agar dipermudahkan urusan mak. Bukan apa, Abang nak dia dapat yang lebih terbaik dari Bob dan Abang tahu dia akan dapat yang terbaik dari Achik,” panjang lebar Dr. Aiman berbicara.
“Kenapa Abang pun pilih Achik?” soal Delita.
“Sebab Achik walaupun kita tahu dia seorang yang panas baran, tapi hati dia lembut. Kalau nak kenal Fieyah macam mana, selamilah Achik saat dia dalam keadaan yang suka buat kelakar. Dekat situ nanti kita dapat kenal Fieyah macam mana,” jawap Dr. Aiman.
“Peninglah kepala Adik, Abang Aiman guna nama Fieyah. Panggillah Kak Dhia. Baru faham,” semua yang mendengar tergelak dengan percakapan Delila.
“Ha, nape semua dekat sini? Tak tidur lagi ke?” tersentak masing-masing dengan sergahan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ha, nak tidurlah ni. Saja je Adik dengan Chu tanya soalan sains sikit, mak” jawap Kak AD. Delila dan Delita saling berpandangan. Kita pulak yang kena.
“Oh! Dah sudah nanti masuk tidur. Esok nak sekolah. Nanti kunci semua pintu dengan tingkap,” pesan Mak Cik Kesuma Dewi sebelum beredar masuk ke dalam rumah.
“Dah jom tidur. Lain kali pulak kita sambung lagi,” ajak Kak AD.
“Abang kena tidur luar tak?” soal Dr. Aiman bila Delila dan Delita dah masuk dulu.
“Boleh juga kalau nak,” jawap Kak AD sebelum melangkah masuk.

No comments: