~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, April 5, 2011

Jangan Gaduh, Nanti Cinta


 “Awak ni dah betul-betul ready ke nak bertunang dengan saya? Saya bukan apa, takut nanti awak bosan asyik kena tinggal je. Kerja saya ni bukan kerja mengadap computer macam awak. Kerja saya ni bermain dengan nyawa manusia dan haiwan,” tegas nada Lokman bertutur kepada Nadia bakal tunangannya yang berjaya disenarai pendekkan oleh Mak Lokman.

“Saya tak kisah. Terpulanglah pada awak. Saya ni perempuan. Jujur saya cakap saya memang nak seorang suami yang selalu dengan saya. Tapi andai jodoh saya bukan bergitu saya redha,” balas Nadia.

“Umm…betul ni? Awak ada kereta tak?” Tanya Lokman lagi.

“Ada. Kenapa?” soal Nadia kembali.

“Baguslah kalau bergitu. Yelah kerja saya ni kerja shift. Manalah tau kot-kot saya tak boleh hantar ambil awak kerja ke? Tak pasal-pasal awak naik bas nanti,” Lokman bersuara lagi.

‘Mak oii belagaknya mamat ni. Ingat aku heran ke kalau dia tak hantar ambil aku hari-hari? Aku campak telefon ni kang.’ hati Nadia sakit dengar statement Lokman.

“Yelah,” jawap Nadia ringkas namun lebih pada nada memerli.

“Ok, kalau macam tu esok kita jumpa dekat JJ Aeon. Amacam? Boleh? Awak bawa teman sekali. Saya tak nak kahwin free,” Nadia terasa nak tumbuk je muka Lokman kalau dia ada depan Nadia sekarang ni.

“Yelah,” jawap Nadia. Talian diputuskan.

“Apalah punya malang nasib aku bakal dapat suami kerek nak mampus macam ni. Boleh tercabut nyawa aku dengan perangai mahluk perosak sorang ni. Ingat aku ni perempuan murah ke? Siap kau esok Lokman. Aku cabut bulu kaki kau satu persatu. Biar kau rasa sakitnya hatiku,” Nadia terus bermain dengan perasaan marahnya pada Lokman sampailah terlena di ulit mimpi.
#####
Jusco Aeon

“Assalamualiakum wak,” kedengaran suara Nadia dihujung talian.

“Wa’alaikumsalam…saya Lokman lah bukan ‘wak’. Awak ingat saya ni Jawa ke?” suara Lokman menjawap.

“Ye. Short from Awaklah. Haiyak!” Nadia dah menepuk dahinya. Boleh gila aku dengan dia ni.

“Umm…napenye? Tak jadi datang ke?” soal Lokman.

“Jadi. Dah on the way dah ni tapi ada problem sikitlah. Saya datang takde teman. Last minute kawan saya tak dapat join. Dia ada hal,” cerita Nadia sambil tangan ligat memusing stereng. Kalau polis traffic nampak ni sure, sure kena saman bayar punyer.

“Ye ke?” soal Lokman.

“Jadi boleh ke saya datang sorang ni?” Nadia memohon izin.

“Takpe. Kawan saya pun ada dua orang mengekor ni,” jawap Lokman sambil memberikan lampu signal ke kiri. Dua rakannya senyap je.

“Oklah kalau macam tu. Jumpa sanalah nanti,” talian putus.

“Lokman, takpe ke kau bawak kitaorang pi sekali jumpa bakal tunang kau tu?” Mimi bersuara dari seat belakang pemandu.

“Takpe. Lagi pun aku tak sukalah keluar berdua dengan dia. Tak manis. Kalau ada korang lain manislah sikit,” jawap Lokman yang setia memandang ke depan.

“Tak kacau daun ke bro? Manalah tau kot, kot kau nak wat aksi romantic-romantik ke?” Benjy pula bersuara dari sebelah pemandu.

“Romantik-romantik kepala ho…ho…hooolick kau,” Mimi ketawa bila dengar ayat Lokman.

“Sampai hati kau cakap kepala ho…ho…hooolick aku?” rajuk Benjy.

“Takde maknanya nak romantik-romantik ni. Macam kau tak kenal aku je kan? Profil bersih ok? Awek pun takde,” Lokman mengibas Benjy.

“Bersihlah sangat,” Benjy mencebik.

“Bersih pe? Pakai serbuk pencuci Daia tau. Wangi lagi,” jawap Lokman.

“Ceh! Benci aku. Aku pakai Downy Passion lagi wangi tau,” Mimi mencebik.

“Hahaha… Layan korang berdua ni boleh biul aku 3 saat tau tak?” ketawa besar Lokman.

“Lokman, carefull!!!” jerit Benjy bila kereta yang dipandu Lokman terlalu laju hingga ‘tercium’ bamper kereta kancil di depannya. Kedebum...maka terobeklah bamper Si Kancil.

Ternganga Lokman, Benjy dan Mimi. Masing-masing buntu akal fikiran.

Kelihatan seorang wanita keluar sambil sebelah tangan mencekak pingang dan sebelah lagi memegang kepalanya

“Astagfirullah…kereta aku,” mencerun wanita tadi memandang ke dalam isi perut kereta Lokman bila dilihat Lokman dan isi kandungan keretanya statik di dalam kereta.

Meluru wanita tadi menuju ke kereta Lokman. Mata Lokman pun melekat pada wanita tadi.

“Tolong keluar sekarang,” cermin kereta Lokman diketuk.

Tersentak Lokman dan rakan-rakan. Terkocoh-kocoh mereka keluar dari kereta Lokman.

“Awak tengok apa dah jadi dengan kereta saya?” wanita tadi mula bersuara bila Lokman dah pun keluar dari dalam keretanya.

“Ni bukan salah saya. Awak yang bawa kereta lambat sangat,” dalih Lokman walaupun hakikatnya dah ‘dirobekkan’ bamper kereta tu terang lagi bersuluh yang memang kereta tu di hentam kuat dari arah belakang.

Wanita tadi yang dah naik anginnya, “masuk simpang kenalah slow. Sape ajar awak bawak kereta masuk simpang laju?”

“Cikgu memandu saya yang ajar macam tu tau,” alasan Lokman lagi.

“Awak belajar memandu kat mana? Biar saya suh JPJ check taraf pengajar tu,” bertambah bengang wanita tadi. Mamat ni aku pandang kecik besar kecik besar je dah. Kang aku telan hidup-hidup kang.

“Sekarang nak buat macam mana?” soal wanita tu lagi.

“Bawak Workshoplah apa lagi. Ada solution lain ke?” Lokman Si Ego bersuara.

“Bawak memang boleh tapi sape nak tanggung kos repair ni? "

“Sendirilah,”

“Awak tau tak sekarang ni awak dah salah tau tak? Saya tak kira. Awak tanggung semua kos repair kereta saya,”

“Apasal pulak? Sendiri yang lembab bawak kereta, sendiri tanggunglah,”

“Hei! Now, siapa yang langar siapa? Awak buta ke tak nampak simpang sikit punya besar ni?” Wanita tadi semakin berangin dengan sikap tak bertanggungjawab Lokman.

“Oit! Perempuan suka hati je kau panggil aku buta. Antara aku dengan kau, kau lagi buta tau tak? Kau yang pakai spek aku pulak kau tuduh buta,”

“Mulut bau longkang. Ok saya boleh bawa pergi workshop. Tapi saya nak buat report polis. Saya nak claim under insurance awak. Tak kira awak setuju atau tidak,” Wanita tadi semakin menunjukkan kegarangannya. Lokman terasa darahnya naik mendadak.

“Peh! Asal boleh kau cakap mulut aku bau longkang? Kau sedar tak mulut aku ni ada bau Colgate? Sedar tak?” tengking Lokman.

“Lantak kaulah nak pakai Colgate ke Darlie ke atau apa pun. Ada aku kisah?” hilang sudah kesopanan mengunakan saya-awak tadi bila bertukar kepada aku-kau.

“Man, relak…relak…orang semua tengok tau. Malu. Bawa pergi workshop je dulu. Tengok rosak dia macam mana. Kau ni tolak ansurlah sikit. Kalau dia buat report polis macam mana? Busuk nama organisasi kita,” Benjy menarik kolar baju Lokman ke tepi.

“Ha’a, Man. Bagi je dia claim kau punya insurance. Salah kita jugak. Kita laju sangat amik simpang tak tengok kereta depan. Siap dengan bergelak ketawa sekali. Kau pun taukan etika permandu berhemah macam mana? Kau siap pergi buat ceramah sekali dengan polis pasal pemandu berhemahkan?” Mimi pula menegur.

“Ish! Aku tengok perempuan ni dah macam apa je dah. Aku telan hidup-hidup kang baru tau. Takpe. Padankan aku ni lelaki je aku jadi gentleman hari ni,” Mimi dan Benjy menepuk bahu Lokman yang memandang kepada Wanita tadi macam nak makan orang.

“Ha apa pakat lagi? Cepatlah buat keputusan. Balai polis 2 km je. Saya larat lagi nak jalan kaki nak buat report,” ugut Wanita tadi. Lokman semakin berasap.

“Ok. Awak follow belakang saya. Kita pergi workshop saya,” arah Lokman yang dah nak membuka pintu keretanya.

“No…no…awak ikut saya pergi workshop saya,” arah perempuan tadi lagi.

“Suh dia ikut ke workshop kau kalau dia nak cliam insurance kau,” bisik Mimi.

“Kalau rasa nak pakai insurance saya, ikut saya. Kalau tidak, nak sangat pergi workshop awak, ok find. Boleh je tapi awaklah bayar sendiri ok?” Wanita tadi dah mengecilkan matanya.

Lokman terus masuk kedalam keretanya. Dia membuka double signal untuk memandu arah kepada kereta kancil tadi. Terpaksalah lokman bergerak pelahan bila beberapa kali pemilik kereta kancil membunyikan hon tanda dia terlalu pantas.

###

“Lim, Lu kasi settle ini kes boleh ka?” Lokman menunjuk kepada bamper kereta kancil Wanita tadi.

“Sapa punya kelete ma? Lu punya amoi ka?” Lim Owner bengkel kereta membelik belakang bamper kereta kancil tadi.

“Bukan amoi Wa la. Entah sapa punya amoi entah. Wa jumpa tepi jalan. Tu Wa kasi tolong Ma,” Si Pemilik Kancil tahan marah.

“Wa kena check stok dulu ma. Lu olang kasi tunggu duduk dulu,” Lim Owner bengkel terus menuju ke belakang kedainya.

Kelihatan juga beberapa pekerjanya sibuk membaiki kereta yang datang. Ada dua tiga yang sempat bertegur sapa dengan Lokman, Benjy dan Mimi. Al-maklumlah memang Bengkel Kereta Lim Ah Chuan lah tempat diaorang repair kereta kalau rosak. Siap dapat diskaun sampai 30%. Gila tak? Gila…Gila..Gila…

“Lokman, Wa tak ada stok sikalang. Kena kasi oder dulu Ma,” Lim datang dengan muka sungulnya.

“Berapa lama mau tunggu?” soal Wanita Si Pemilik Kancil.

“Satu mulan, lebih kulang,”

“Apa? Satu bulan? Lamanya. Ni kereta saya bawa kerjalah. Tak akan tak boleh cepat siap?” Wanita tadi dah buat muka kesian.

“Kita mau oder dulu. Tu kasi lambat. Kalau stok ade kita jamin Lu punya kelete boleh siap cepat Ma. Esok Lu sulah boleh angkat. Ni stok, Wa memang pilih oliginal punya. Wa takda guna cikai punya Ma. Nanti cepat losak,” Lim membebel pula dah.

Lokman diam je. Tau dah sangat dengan perangai Lim ni. Orang tak mau dengar cakap dia, dia kan membebel punya. Bebel pun pasal mau barang berkualiti punya. Tu pasal Lokman suka datang sini.

“Ini macamlah. Lu kasi tingal Lu punya keleta. Nanti kalau siap cepat, Wa kasi inform Lu ok ka amoi?” Lim cuba berdiplomatik bila melihatkan Wanita tadi dah mencerun.

“Awak kena hantar saya pergi office sampai kereta saya siap,” Wanita tadi mengarah Lokman. Terdorong Lokman ke belakang mendengarkan apa yang dituturkan oleh perempuan tadi.

“Apasal pulak?” lawan Lokman balik.

“Sebab awaklah semua ni terjadi,”

“Pergilah naik bas ke teksi ke? Apsal nak melibatkan saya? Dahlah claim under insurance saya. Lagi mau kena berhantar berambil ke?” perempuan ni dah lebih. Banyak lemak betul. Aku sekeh kang baru tau.

“Kalaulah kawasan rumah saya tu ada pengangkutan awam takdelah saya pakai kereta ni. Faham tak?” dicekak pingangnya.

“Tak faham. Awak ingat awak sorang je ke yang kerja? Saya tak kerja? Takde komitmen pada yang lain?” Lokman dah terasa nak mencekik je leher Wanita tadi. Mimi dan Benjy dah menutup muka masing-masing bila pelanggan yang datang semua memandang ke arah mereka.

“Jangan gaduh dekat Wa punya kedai ma. Lokman, Lu kasi hantar ini amoilah. Wa janji wa kasi siap amoi ni punya keleta cepat. Jangan gaduh-gaduh ma. Nanti bercinta ma,” kata-kata yang keluar dari mulut Lim membeliakkan mata Lokman dan Wanita itu.

“Tak hingin aku,” serentak lah pulak. Dua-dua saling memeluk tubuh tanda protes siap dengan memalingkan muka lagi.

“Aduhai korang ni. Boleh tak jangan macam ni? Ish! Malu kat oranglah,” Benjy pula mengambil alih mengawal keadaan. Mimi dah mengetawakan apa yang terjadi hari ni. Memang kelakar yang amat.

“Jangan gaduh-gaduh ma. Wa kasi kawin Lu dua mau ka?” Lim sekali lagi membuat provokasi.

“Weh! Apek. Lu kasi senyap ha. Nanti Wa cabai mulut Lu baru tau,” tengking Wanita itu.

“Ha’a, kau ni Lim. Agak-agaklah nak jodohkan aku. Ada dengan singa betina ni? Jawapnya tiap-tiap hari aku kena baham,” Lokman menjeling pemilik kancil di sebelahnya.

“Sungguh kurang sedap bau badan kau kan cakap aku singa betina? Hei! Sebab kau aku lambat jumpa kawan tau tak?” melangit-langit tangan Wanita tu ke udara.

Tiba-tiba Lokman baru perasaan akan sesuatu. Dia pun dah lambat nak jumpa dengan Nadia, bakal tunangnya. Cepat-cepat Lokman mengeluarkan handphonenya mendail nombor Nadia untuk maklumkan yang dia tak dapat jumpa Nadia hari ni.

Call punya call langsung tak berjawap. Ah! Sudah. Minah ni merajuk ke? Aduhai apa aku nak jawap dengan mak ayah aku ni kang kalau dia tanya aku berkenan ke tak dengan Nadia. Aduh ni semua berpunca dari singa betina ni. Aduh! Salah aku juga. Yang pi masuk simpang laju tu dah kenapa? Kan tak pasal-pasal je dah berlanggar dengan singa betina ni. Ish! Mati aku macam ni. Mau kejap lagi kena tempah batu nisan sendiri ni.

“OKlah. Aku hantar kau pergi kerja. Balik, kau pandai-pandailah usaha. Aku banyak lagi kerja lain mau buat dari melayankan kerenah kau je,” akhirnya Lokman membuat keputusan yang mendatangkan senyum pada wajah Wanita Si Pemilik Kancil tadi.

“Haiya, kalau ini macam dali tadi kan senang cilita. Mau kasi panjang-panjang cilita buat ape? Sikalang amoi, Lu tak payah bimbang argh…ni Lau Kong boleh kasi hantar Lu pergi kilija,” sengih Lim.

“Lau Kong Kereta Api Tanah Melayu kau, Lim. Dah kau pergi oder cepat. Lagi cepat kau oder lagi cepat barang kau sampai lagi cepat kereta singa ni siap lagi cepat dia blah dari hidup aku,” Lokman menyimpan telefon dalam koceknya.

“Dah. Jom Mimi, Benjy kita balik. Aku dah lambat ni,” ajak Lokman bila selesai urusan dengan bengkel Lim.

“Habis saya?” Lokman menoleh ke belakang, “jalan kaki,”

Wanita tadi mengetap bibirnya. Tak guna punya jantan. Lokman, Mimi dan Benjy terus berdesup hilang dari pandangan. Bertambahlah terbakar hati wanita itu.

“Amoi, Lu mau Wa hantar balik ka?”

“Eh! Takpe, takpe. Jangan susahkan diri. Mana stesen bas?” Lim menunjukkan arah stesen bas kepada Wanita tadi. Dicapainya handbag dari dalam keretanya kemudian terus berjalan menuju ke arah yang ditunjuk Lim.

Sekali,

“Ppppppppiiiiiiinnnnnnnn….”

“Ya Allah, aku dah nak kena langgar ke?” kejung badan wanita tu bila ada yang hon dia dari arah belakang.

“Hoi! Perempuan, naiklah. Saya hantar awak balik. Esok kang nak mengambil awak lagi. Mana nak tau rumah awak kat mana. Masuk cepat. Kereta banyak ni,” rupa-rupanya Lokman yang hon.

Kurang asam boi sungguh. Wanita tadi terus masuk bila mengenangkan banyak kereta yang dah menunggu giliran untuk menyelekoh dan tak kurang juga yang membunyikan hon panjang. Tapi kalau ikutkan hati memang aku nak seligi kepala mamat ni. Biar padan dengan muka dia.

“Rumah awak dekat mana?” soal Lokman dengan mata menatap terus ke arah jalan.

“Kampung Bunga Tanjung,” jawapnya ringkas.

“Dekat dengan Masjid Al-Tahfiz tu ke?” soal Lokman lagi.

“Ha’a. Tapi depan sikit. Turunkan saya dekat Masjid tu pun takpe. Nanti saya jalan kaki masuk dalam,”

“Umm…OK,”

“Saya Mimi. Ni Benjy and yang tu Lokman. Awak?” sapa Mimi.

“Zety,” jawap perempuan tadi sambil senyum

‘Nama tak sesedap tuannya,’ gerutu Lokman.

“Sedap nama. Zety kerja mana?” soal Mimi lagi.

“Dekat Bandar Tun Tuah,”

“Banyak syarikat dekat situ. Syarikat mana?”

“Dekat IT Solution Enterprise. Saya IT Programer dekat sana. Baru je setahun kerja,” baik aku jawap semua sebelum dia tanya banyak lagi soalan.

“Oh I see. Syarikat mega tu. System kebakaran yang tercanggih pernah digunakan tau,” tutur Mimi. Zety terkesima. Macam mana dia tau hal ni? Rasa takde pun keluar surat khabar pasal hal ni.

“Mana Mimi tau? Sepatutnya menjadi rahisa syarikat. Bukan sebarangan orang boleh tau,”
Mimi nampak keresahan. Dia cuba nak beritahu siapkah dia tapi Lokman menunjukkan muka bengis.

“Takdelah. Mimi dulu kadet bomba masa dekat sekolah. Ada pegawai bomba tu bercerita tentang kawalan kebakaran. Tu diaorang cerita pasal IT Solution Enterprise,” kelentong Mimi. Padahal dialah yang buat pemeriksaan dulu tentang tahap kecanggihan teknologi yang digunakan oleh pihak IT Soution Enterprise.

“Oh! Macam tu,” Mimi dan Zety rancak berbual. Lokman je focus pada pemanduaannya. Benjy sesekali menyampuk perbualan Zety dan Mimi.

“Ha, Puan Sri dah sampai dah dekat Masjid ni. Cepatlah turun. Saya ada janji dengan kawan ni,” Mimi menepuk bahu Lokman tanda tak suka dengan cara Lokman yang kasar sangat dengan Zety.

“Terima kasih,” Zety terus keluar tanpa berlengah.

“Esok kerja ke? Kalau kerja, saya ambil Puan Sri dekat depan Masjid ni,” peril Lokman lagi.

“Kerja. Ok,” jawap Zety ringkas. Malas rasanya nak bertekak dengan Lokman.
Belum pun sempat Zety hilang dari mata, Lokman terlebih dahulu memecut kereta MyVinya.

“Kau ni Lokman. Tak baik buat Si Zety tu macam tu. Sian dia,” tegur Mimi.

“Kau je kesian. Aku tak pun. Sebab dia aku lambat sangat-sangat jumpa dengan Nadia. Kalau mak ayah aku tau aku tak jumpa Nadia, entah apa yang akan terjadi dengan aku. Dahlah Nadia tu bukan pilihan aku,” bebel Lokman. Langkah seterusnya menuju ke JJ Aeon.

“Yelah. Kot iya pun beragaklah sikit. Ni tak, main terjah je. dia tu tetap perempuan tau tak? Tetap punya hati dan perasaan,” emosi pula Si Mimi ni.

“Kenapa kau tiba-tiba beremosi lak ni? Relaks sudah. Aku ni kau tak kesian ke? Nak berhantar berambik dia hari-hari selmat sebulan ni? Nak mengadap muka dia tiap masa? Lagi kesian tau tak?”

“Aku doakan nanti kau selalu marah-marah dia. Tukar pada kau sayang-sayang dia. Kau tengoklah. Orang cakap jangan marah orang sangat-sangat nanti tersayang dekat orang tu,” Mimi menadah tangannya gaya berdoa.

“Tak lutnya doa kau Mimi. Takdenya aku nak sayang dengan dia eh. Selisih,” sangkal Lokman.

“Ok. Find! Kita tengoklah nanti siapa yang kena,” Mimi kembali menyandar. Benjy yang membatu dari tadi berpura-pura tidur. Malas nak melayankan kerenah Mimi dan Lokman.

###

JJ Aeon.

“Encik Lokman Al-Hafiz ye?” staf KFC menyapa Lokman.

“Ye saya,” jawap Lokman.

“Ni ada nota untuk Encik,” dihulurkan note tadi kepada Lokman.

‘Maaf. Saya balik dulu. Mungkin bukan rezeki kita nak jumpa agaknya. Ikhlas – Nadia-‘

“Nadia dah blah la,” tutur Lokman. Entah kenapa dia terasa telah mengecewakan Nadia. Mesti lama dia tunggu.

“La, ye ke?” soal Benjy.

“Umm… jomlah balik,” ajak Lokman. Nota Nadia disimpan didalam walletnya.

“Aku nak shopping barang perempuan jap. Korang nak balik dulu baliklah. Aku balik sendiri nanti,” tambah Mimi.

“Saya ikut awak, Mimi. Kau nak balik, baliklah dulu,” sambung Benjy.

“Tak payah. Dah jom aku temankan korang sekali. Dah korang temankan aku tadi kan?”

###

Lokman mundar mandir dalam biliknya duk memikirkan macam mana nak pujuk Nadia. Dahlah mesej tak berjawap. Call lagilah tak berangkat.

“Ni semua salah singa betina tu. Kalau tak disebabkan dia, mesti aku sempat jumpa Nadia. Ish! Lemah betullah nak pujuk-pujuk perempuan ni,”

Tok…tok..

“Lokman, mak ni. Bukak pintu kejap,” kedengaran suara mak diluar pintu. Ni mesti nak tanya aku setuju ke tidak nak bertunang dengan Nadia. Apa nak bagi jawapan ni? Alah, cakap jelah setuju. Tunang je. nanti kalau tak sesuai nak buat isteri, putuskan. Habis cerita.

Daun pintu dikuak. Mak dengan ayah elok je sengih depan pintu.

“Kenapa mak?” soal Lokman.

“Mak dengan ayah nak tanya ni. Kamu dah jumpa Nadiakan? Macam mana setuju ke? Nadia dah setuju dah. Katanya dia rasa serasi dengan kamu. Kamu macam mana?” soal ayah.

‘Ha? Nadia cakap setuju? Dia dah jumpa aku ke? Rasanya tak.’ Lokman bermonolog keseorangan.

“Umm…tunang dulu boleh tak mak, ayah? Ikat dalam 2 tahun. Lokman nak kenal hati budi Nadia dalam-dalam dulu barulah boleh buat isteri,” jawap Lokman.

“Habis kalau tak sesuai nanti macam mana?” soal mak.

“Putuskan,” ringkas jawapn Lokman.

“Amboi! Senangnya jawapan. Kamu setuju ke tak setuju ke kamu tetap kena kahwin dengan Nadia. Titik. Push stop. The end,” balas ayah kemudian berlalu dengan mak.

“Baik tak payah tanya keputusan aku. Baik diaorang je buat keputusan. Lagi senang,”

###

“Lambat. Awak tau tak awak lambat?” sergah Lokman bila Zety dah masuk dalam perut kereta.

“Maaflah. Saya sakit perut tadi. Tu lambat sikit,” jawap Zety.

“Alasan. Awak tau tak saya ni dahlah shift malam. Tak tidur lagi ni. Awak boleh pula buang masa saya kan? Kalau tidak saya dah selamat dah tidur waktu-waktu macam ni, tau tak?” bebel Lokman.

Masuk hari ni dah 5 pagi Lokman ambil Zety pergi kerja. Hari ni minggu terakhir menatap muka Lokman. Hari ni juga merupakan hari lambat Zety. Semuanya hari ini. 4 hari lepas, Zety yang merunggut dengan kelambatan Lokman. 4 hari lepas jugalah Zety terpaksa suruh Kak Mira tolong punch kad. 4 hari juga bertekak dengan Lokman. So hari ni, Zety malas nak layan bebelan Lokman sebab memandangkan hari ni hari jumaat.

Melihatkan Zety diam tak berkata apa-apa, Lokman sengaja mencari pasal dengan Zety. Ada ke dia cakap corak baju yang Zety pakai ketinggalan zaman? Sungguh tak patut. Bab baju pun boleh jadi isu. Zety pun apa lagi…

“Awak ingat baju awak tu sesuai sangatlah? Dah lah pakai baju ala-ala bomba. Perasanlah tu pegawai bomba,” cebik Zety.

“Oi! Cik adik. Memanglah saya ni bomba. Ingat senang-senang je ke boleh sarung baju macam ni tanpa sebab?” bengang pula Lokman. Walaupun bisa, Lokman tetap suka dengar suara singa betina ni membebel.

“Aleh, ingat saya tak tau ke yang awak ni perasaan je lebih? Mulut macam ni jadi bomba, orang nak bunuh diri pun tak jadi,” pelekeh Zety.

“Baguslah. Kurang sikit orang nak bunuh diri. Taklah crowder orang dalam neraka nanti,” kata-kata Lokman mengundang marah yang amat Zety.

“Kalau betul awak bomba, tunjukkan kad kuasa awak,” arah Zety.

“Apa awak buta ke apa? Tak nampak ke ID Card saya baik punya tergantung dekat leher ni? Baju saya pun ada saya gantung dekat belakang,”

Zety menarik Id Card Lokman. Dibaca apa yang ditulis pada ID crad tu. Sah. Memang sah.

“Jadi memang betullah awak ni bomba?” soal Zety kembali lembut.

“Habis? Awak ingat saya ni apa? Foreman kereta ke?” Lokman menarik kembali ID Cardnya.

“Ah! Tak kiralah awak ni bomba ke tak. Awak tak layak tau kutuk baju saya,” jari telunjuk Zety hampir mengenai hidung Lokman.

“Apa tunjuk-tunjuk. Gigit kang,” Zety menarik kembali jarinya.

“Dahlah. Layan awak ni hari-hari macam ni. Boleh gila saya tau. ok babai,” Zety dengan segera keluar dari kereta Lokman. Tanpa menoleh, Zety terus masuk ke dalam syarikatnya. Lokman hanya tersenyum tapi kemudian…

“Kenapa aku tersenyum ni? “ soal Lokman pada dirinya sendiri.

Lokman dengan pantas menukar laluannya ke jalan besar. Target utama mestilah balik tidur. Masa di traffic light simpang empat, Lokman membuka dashboard kereta untuk mencapai CD yang boleh dipasang sehingga sampai dirumah nanti. Untuk elakkan mengantuk. Masa menoleh tulah, Lokman ternampak ID Pass Zety tercicir di bahagian kaki penumpang.

“Ish! Careless betullah singa ni,” dibelik dibelik ID Pass Zety. Diamati gambar Zety. Cantik juga senyuman Zety. Secantik namanya.

Ketika traffic light dah menukar kepada warna hijau. Lokman terus membuat pusingan U untuk menghantar ID pass Zety. Sesampai je di syarikat Zety. Kelihatan Zety seperti kalut mencari sesuatu di depan pintu Pak Guard. Lokman terus tersengih. Kalau aku buat onak sedap ni. Hehehe…Padan muka kau!

“Awak cari ini ke?” Lokman menayang ID Pass Zety.

“Terkejut saya. Ha. Nilah yang saya cari bak sini,” Zety cuba merampas.

“Apasal?” soal Zety bila Lokman tak mahu berikan ID passnya.

“Cium saya dulu,” terkejut Zety time tu. Hilang akal ke apa Jantan Ego ni?

“Gila eh?” tu yang keluar dari mulut Zety.

“Mau tak gila? Hari-hari tengok awak mestilah saya boleh gila,” jawap Lokman selamba.

“Bak sinilah Jantan Ego.. Saya dah lambat ni,” Zety cuba merampas sekali lagi.

“Na..na..” digerakkan jari telunjuknya didepan mata Zety. Lokman masih mahu bermain dengan Zety.

Zety menoleh ke sekeliling. Banyak dah mata-mata yang memandang gelagat diorang diluar rupanya. Muka zety dah tebal semacam. Mamat ni kalau aku belasah dekat sini, orang kisah tak?

“Lokman, orang tengoklah. Bak sini cepatlah. Saya nak masuk kerja ni,” diterankan suaranya sedikit sambil membulatkan matanya.

“No way. Awak kena minta maaf dulu sebab awak panggil saya Jantan Ego,” arah Lokman.

“Habis? Awak panggil saya singa betina tu apa pula? Ada saya suh awak minta maaf? Kira eloklah juga saya panggil awak Jantan ego dari saya panggil awak beruk ke? Monyet ke? Chipanzi ke?” Zety dah bercekak pinggang.

“Amboi! Ada niat rupanya awak kan nak panggil saya macam tu?” Lokman pula bercekak pinggang.

“Ah! Tak kisahlah. Bak sini cepat ID saya,”

“Tak boleh,”

“Baik,” Zety menolak Lokman ke belakang. Jatuh terlentang Lokman atas jalan batu bata yang tak rata tu. Lokman terlentang dengan impak yang sangat kuat. Al-maklumlah tak sedia dengan tindakan Zety. Zety terus mencapai ID passnya dan mula berlalu ke dalam ruang syarikat.

“Tak guna punya singa betina,” Lokman meraba kepalanya.

“Mujur tak berdarah. Kalau berdarah. Aku saman singa betina ni,”

Terasa perit semacam siku kirinya. Diraba sikunya. Ada rasa yang melekit, “Mak Oii…kepala tak berdarah, siku aku yang cedera. Memang aku claim dengan singa betina ni jugak kos rawatan aku ni kang,”

Dengan kepayahan, Lokman bangun. Dicapai tisu yang ada dalam keretanya untuk menahan dari darah terus mengalir. Dihidupkan enjin dan dengan kekuatan tangan kanan, Lokman mengawal stereng kereta untuk ke klinik berhampiran.

###

“Nah! Saya nak claim dengan awak,” Lokman menyerahkan resit rawatan klinik kepada Zety.

“Apa ni? Claim apa pulak ni?” Zety membuka resit yang elok berlipat dari tangan Lokman.

“Claim kos rawatan saya atas kecederaan siku saya yang telah awak lakukan,” Lokman mengawal stereng masih dengan sebelah tangannya. Gara-gara terluka siku kiri, Lokman diberikan MC seminggu atas alasan luka yang dialami Lokman agak dalam dan lebih tragis, Lokman menerima 3 jahitan. Kuat gila impak tolakan Zety yang beraiz badan kelingking?

“Ha? Luka? Kat mana?” mengelupur Zety melihat siku Lokman yang berbalut. Sebenarnya tadi, Zety dah nak tegur dah tapi bila mengenangkan geram dengan Lokman tak habis lagi diperapkan sahaja soalan tadi.

“Ouch! Sakitlah. Kot iya marah takyahlah pulas tanggan saya sampai macam tu,” jerit Lokman bila Zety ‘mengasari’ sikunya.

“Opps sori tak sengaja. Awak berhenti tepi kejap,” arah Zety.

“Nak buat apa? Kang lambat pulak masuk opis mulalah nak marah saya,” peril Lokman.

“Berhenti jelah,” desak Zety.

Lokman terus memberhentikan keretanya dibahu jalan, “apasal?”

Zety terus membelek luka Lokman, “saya nak tengok,”

Dibuka balutan lukanya.

“Ya Allah. Lokman, saya minta maaf ye? Saya tak niat nak buat awak macam tu hari tu. Awak yang desak saya buat macam tu,” rasa nak menangis Zety bila melihatkan benang jahitan luka masih di siku Lokman.
“Dahlah. Malas nak fikir dah,” Lokman memasang kembali balutan lukanya. Saat ingin membalut tiba-tiba air mata Zety menitik atas kain kasar.

“Ni dah apa hal pulak nangis-nangis ni?” Lokman pula terasa sayu melihatkan wajah Zety yang dah menangis.

“Yelah, sian awak. Sebab saya awak jadi macam ni. Maafkan saya ye?” bersungguh Zety minta maaf.

“Dahlah. Saya ok. Hidup lagi. Tak mati pun. Kalau saya mati, siapa nak ambil awak pergi kerja?” Lokman meneruskan balutannya.

“Biar saya balut,” Zety mengambil alih membalut luka Lokman.

###

Semenjak dari peristiwa hari tu, hubungan Zety dan Lokman bertambah baik. Dah tak ada dah nak gaduh-gaduh. Semuanya lancar je. Kadangkan tu sampai boleh pergi breakfast sama-sama. Diaorang masih tetap kutuk mengutuk antara satu sama lain. Masih lagi menyakitkan hati masing-masing tapi kini lebih kepada bergurau.

Selepas 30 hari, Lokman diberitahu yang kereta Zety dah siap. Masa Lim call beritahu kereta Zety dah siap, Lokman pulak boleh marah Lim sebab siapkan kereta cepat sangat.

“Lu apa pasal mau marah sama Wa?”

“Apa pasal Lu siapkan kereta tu awal?”

“Lu juga suluh Wa siapkan cepatkan? Sikalang sulah siap Lu lagi mau bising ka?”

“Lu cakap satu bulan. Ni lagi satu hari baru genap sebulan ma,”

“Haiya. Lu apa pasal? Lu sulah jatuh cinta sama itu pelempuan ka?”

Kata-kata Lim mengundang pertanyaan dalam hatinya. Aku jatuh cinta dengan Zety ke?

“Kenapa tiba-tiba singgah sini? Kata nak ambil kereta,” soal Zety bila sampai di meja makan paling hujung sekali.

“Oderlah dulu. Nanti baru kita cerita,” Lokman mengoder Mihun Sup dengan Teh O kurang masin. Zety pula Mihun Tomyam dengan Teh Limau Ais.

Beberapa minit kemudian, makankan yang dipesan oleh mereka sampai. Lokman terus makan tanpa banyak bicara. Lapar agknya. Sesudah mengenyangkan perutnya,

“Zety, awak tak rasa janggal ke nanti? Yelah, lepas ni awak akan drive kereta sendiri ke office selepas sebulan saya hantar awak pergi kerja selama ni?” soalan Lokman mengerutkan dahi Zety.

“Lah nape pulak? Saya dulu pun drive kereta pergi office apa sebelum ni. Nak janggal apa mendanya?” jawapan yang keluar dari mulut Zety hanya dipandang semacam angin oleh Lokman.

“Zety, awak suka saya tak?” terdorong kebelakang Zety dengarkan soalan Lokman.

“Apasal awak tanya macam tu?” soal Zety.

“Kalau awak suka saya, awak beritahu ye?” sambung Lokman.

“Hilang akal yerk? Ada tanya soalan macam tu pada perempuan? Malulah saya,” bengang Zety.

“Saya suka awak,” Lokman memandang mata Zety.

“Ha?” tersedak air liur Zety mendengarnya.

“Tapi saya hanya boleh suka awak,” sekali lagi Lokman bersuara. Zety hanya menunduk.

“Awak suka saya tak?” soal Lokman bila Zety senyap seribu bahasa.

“Awak ok ke tak ni Lokman? Awak cukup tidur ke tak semalam ni?” soal Zety kepelikkan dengan Lokman yang tiba-tiba bertukar karakter.

“Zety, perjumpaan kita sementara tapi saya ingatkan hubungan kita kan selamanya. Tapi sayang, saya tiada peluang untuk menyintai awak walaupun saya mahu lakukkannya,”

“Apa awak merepek ni?” soal Zety lagi.

“Zety, jom ikut saya,” Lokman dah bangun dan menarik lengan Zety agar mengikutnya. Terkejut Zety dengan karakter Lokman yang pelbagai ni.

“Kita nak ke mana ni?” Zety meronta untuk dilepaskan. Minta-mintalah Mamat ni tak buat benda yang bukan-bukan pada aku.

“Saya kena bawa awak ke suatu tempat. Saya dah tak boleh tahan lagi dah ni. Saya dah jatuh cinta dengan awak, Zety,” Lokman terus menutut di depan Zety selepas menuturkan kata-kata keramat tu. Terkaku Zety sekejap.

“Lokman, baik awak bangun. Saya dah start malu dah ni. Semua orang pandang kita tau tak?” Zety mencuit lengan sasa Lokman.

“Tidak selagi awak tak cakap awak pun suka saya,” Lokman mengelengkan kepalanya.

Zety dah menepuk dahinya. Di pusing keliling. Dilihat makin ramai yang memadang kepada mereka.

“Lokman, awak bangun dulu. Kita cerita dalam kereta yerk?” sudahnya Zety terpaksa memimpin lengan Lokman untuk disuruh masuk dalam kereta. Lokman hanya membiarkan perilaku Zety yang dirasakan agak pelik sedikit.

Zety pula terus mengambil tempat pemandu. Selepas menghidupkan enjin kereta dan saat untuk memasukkan gear kereta,

“Alamak! Mana saya reti bawak manual.” jerit Zety. Lokman dah ketawakan Zety.

“Tulah, kalut sangat. Baru je cakap jatuh cinta dengan awak, terus dah meraban tempe macam ni. Hahaha,” gelak Lokman sambil membuka pintu sebelah pemandu untuk keluar.

“Lokman,” Zety menjerit geram.

“Dahlah. Beralih ke sebelah. Biar abang macho ni drive,” arah Lokman. Zety pun terus mengesot ke sebelah. Nak keluar takut malu. Ramai lagi yang duk memandang kepada arah mereka.

Lokman terus membelok ke jalan besar. Suasana sunyi dengan perasaan masing-masing. Tiba-tiba Zety memecahkan kesunyian. Bersuara pun sebab laluan untuk ke bengkel Lim jauh menyimpang dari laluan sebenar.

“Lokman, kita nak ke mana ni?” Lokman hanya senyap.

“Lokman,” Zety bertindak mengoncang badan Lokman.

“Ish! Apa ni? Terganggu kententeraman nak memandu tau. Jadi accident macam mana?” Lokman membetulkan bajunya yang ditarik Zety. Zety memuncungkan mulutnya.

“Awak ikut jelah. Saya nak bawak awak jumpa bakal mak dan ayah mertua awak,” slamber jawapan Lokman.

“Ha? Eh! Berhenti. Berhenti,” arah Zety.

“Apa ni?” Lokman menepis tangan Zety yang dah mula nak memegang stering keretanya.

“Lokman, berhenti jelah. Saya tak nak jumpa mak ayah awak lah. Saya dah nak bertunanglah,” jerit Zety.

“Apa?” Lokman terus membreak kecemasan dan, dan tu jugak. Mujur tak ada kereta yang mengikutnya rapat. Terus di berikan signal ke kiri jalan.

“Awak dah bertunang?” soal Lokman bila kereta dah selamat di parking di bahu jalan.

“Belum lagi. Tapi bakal bertunanglah,” jawap zety.

“Betul ni? Awak tak tipu kan?” Lokman menyoal lagi.

“Iye. Sabtu minggu depan saya akan bertunang dengan pilihan mak ayah saya. Saya minta maaf Lokman,” Zety hanya menunduk.

“Kenapa saya langsung tak tau apa-apa?” kesal Lokman.

“Saya baru nak jemput awak ke kenduri saya dalam awal minggu depan. Tapi lain pulak jadinya,”

“Zety, awak boleh tak batalkan kenduri awak ni?” arah Lokman.

“Ha? Awak gila ke? Persiapan dah dirancang dekat sebulan lepas tau. Family kami dah pun bersetuju,” rungut Zety.

“Please, Zety. Saya dah mula sayang awak ni,” Lokman merayu.

“Tak boleh, Lokman. Maafkan saya,” jawapan Zety mengecewakan hati Lokman.

“Saya tak nak mengecewakan hati mak ayah saya. Dah lama diaorang nak tengok saya kahwin. Saya dah banyak kali tolak pinangan orang kerana terlampau setia pada seorang lelaki. Tapi akhirnya kami putus bila dia memilih untuk bermaustatin di New Zealand. Saya tak boleh ikut dia. Saya ni anak tunggal mak ayah saya. Jadi, akhirnya saya terpaksa ikut keputusan mak ayah untuk jodohkan saya dengan anak kawan ayah, Pak Cik Seman. Saya minta maaf ye?” Zety terpaksa menerus terang.

“Saya doakan awak berbahagia, Zety,” akhirnya Lokman terpaksa akur. Di gerak kambali ke kereta ke jalan besar.

###

Selepas daripada kejadian hari itu, Zety dan Lokman langsung tak pernah berhubung lagi. Lokman bergitu kecewa dengan apa yang terjadi. Lokman yang bakal bertunang dengan Nadia pada awalnya dah merangka rancangan untuk membatalkan majlis pertunangan antara dia dan Nadia.

Sehari selepas kejadian, mak Lokman beritahu yang tarikh pertunangannya dengan Nadia adalah satu tarikh dengan majlis pertunangan Zety. Adakah ini satu kebetulan? Kenapalah boleh satu tarikh dengan majlis Zety? Kenapa dan kenapa? Keeeennnnaaaappppaaaaa???

###

“Ha kiranya, comfirmlah ye kendurinya dalam masa setahun?” kedengaran wakil dari pihak Zety bertanya untuk kepastian.

“Comfirm,” jawap wakil pihak lelaki.

“Alhamdullilah,” jawap mak Zety.

“Kira bolehlah disarungkan cincin ye?” soal mak pihak lelaki.

“Boleh. Boleh sangat,” jawap mak Zety.

Mak Zety dan mak tunang Zety berjalan menuju ke bilik Zety. Ayu sangat Zety duduk di birai katil. Selepas menyarungkan cicncin di jari manis Zety menyalami tangan bakal mak mertuanya. Lanser kamera disana sini memedihkan mata Zety. Terasa macam artis pulak.

“Panggillah Lokman masuk kedalam. Boleh bergambo sekali,” arah Mak Zety. Bila mak Zety menyebut nama Lokman, Zety tiba-tiba teringat kepada 'Lokman'. Kenapalah nama tunangnya sama dengan nama orang yang pernah ada hati dengannya.

Saat kaki Lokman melangkah masuk ke dalam bilik Zety bersama Mimi dan Benjy,

“Zety?” tegur Lokman. Zety mengangkat mukanya. Mimi dan Benjy puun saling berpandangan.

“Lokman?” berdiri Zety bila melihatkan Lokman didepannya. Kemudian pandangannya beralih ke Mimi dan Benjy.

“Mak, ni tunang Lokman ke? Zety ni ke tunang Lokman?” soal Lokman pada maknya.

“Ha'alah. Zety Nadia,” jawap Mak Lokman.

“Hahaha...kenapalah saya tak pernah tanya nama awak siapakan Zety Nadia?” Lokman dah tergelak gembira. Tak sangka selama ni dia duk bergaduh, bertekak lidah, berhantar Zety selama ni adalah bakal tunangnya sendiri. Mak Lokman dan Mak Zety memandang penuh kehairanana.

“Tapikan, kalau awak dengan saya accident tu hari. Macam mana pulak awak boleh hantar nota pada saya cakap awak balik dulu?” soal Lokman yang pelik bila teringatkan yang kisah masa hari sepatutnya dia jumpa dengan Zety.

“Kak Nad,” tiba-tiba muncul sorang wanita dari arah luar bilik.

“Eh! Bukan ke awak ni yang bagi saya nota hari tu?” soal Lokman bila terperasaankan wanita yang bekerja di KFC itu.

“Lokman, Ni adik saya. Zety Haryani Dia kerja di KFC tempat kita patut jumpa tu. Nota tu saya yang minta Yani tolong tuliskan. Yelah awak kan kerek sangat? Yani yang beritahu awak lambat datang hari tu,” jawap Zety.

“Habis kenapa nombor awak lain dari nombor yang mak saya bagi saya?” soal Lokman lagi.

“Tu nombor saya satu lagi. Nombor tu orang special je tau,” jawab Zety lagi.

“Kira saya ni spoeciallah?” Termalu zety.

“Hehehe...kalaulah Lim tau ni. Sure Lim akan cakap...” tergantung Mimi yang menurut Lokman sekali. Mimi memandang Benjy, Lokman dan Zety

“Kan Wa dah cakap, jangan gaduh ma nanti kahwin Ma. Hahaha...” Lokman, zety, Mimi dan Benjy serentak berkata kemudian mereka tergelak.

'Tak sangka seindah ini pertemuan kita' getus hati Lokman sambil matanya memandang kepada zety yang bakal menjadi Isterinya.

7 comments:

nurafiqah airil said...

best!! comel je cerita ni..^_____^
jangan gaduh nanti kahwin...:D

SyAz n HaNi said...

best... ^_^

ezaitie nfib. said...

;)saya pun suke...hehehe

Anonymous said...

kalu dapat jadikan e-novel tentu lebih menarik....
best

ezaitie nfib. said...

insyallah...skrg ni Che Ezaitie nk habiskan dulu Calon Menantu Mak...nt dh settle insyallah nak sambung ke Alahai Sumaiyah....

Anonymous said...

like very much..so cute!

ezaitie nfib. said...

tq dear...;)