~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, April 11, 2011

minggu yang penuh dugaan Allah S.W,.T..

As'salam to all,


hari ni hari pertama kerja selepas seminggu berkampung di Melaka. Mak Che Ezaitie masuk hospital! Che Ezaitie dapat berita ni jam 11:30 pagi Isnin lepas. adik Che Ezaitie, Che Ezanie yang kerja dekat KL pun call dah menangis nak balik jumpe mak. apalagi, Che Ezaitie dengan Che Ezanie pun amik half day keje. Che Ezanie pergi balik kerja naik motor. tunggukan dia gerak balik rumah kami, Che Ezaitie pun menghabiskan kerja-kerja yang bersisa sebelum balik. selepas tinggalkan pesan sikit lebih kurang, Che Ezaitie pun info pada pegawai kemudian apa lagi, calo betelah.


kebetulan hari tu tak bawa kereta pulak, so kenalah balik naik bas. lama tu tunggu dekat sejam baru bas sampai. biasalah sistem bas dekat sini. time waktu bekerja jumlah bas memang terhad tp awal pagi (tima nak pergi kerja ) & petang (time balik kerja) memang banyak bas.


sampai je rumah, solat zohor sekejap, siap-siap dan terus memecut ke Melaka. time ni dah roger2 ayah cakap kami nak balik. mak tak  bagi kami balik, maka terpaksalah pakat dengan ayah. masa sampai di Melaka jam dah pukul 5 petang. bawa kereta slow je..takut nanti terlampau rush, kang yang dikejar tak dapat yang dikejar tu pulak kena turun highway...


sampai je Melaka, mak masih di klinik pakar O & G Putra Specialist Hospital untuk pemeriksaan sebelum di masukkan ke wad. sian mak masa ni. sakit yang tak tertahan. sian mak. tengok mak penat duduk menahan sakit. btw mak sakit disebabkan luka sebesar kaki baby di perut. mak cakap mak tak perasaan pun dengan luka tu sebab tak sakit. bila makin lama makin membeso baru terasa sakit. doktor yg rawat mak cakap luka ni adalah disebabkan kencing manis dan darah tinggi yang naik mendadak.


selama 5 hari mak ditahan di wad. hari khamis baru mak dibedah hari jumaat mak dibenarkan keluar. 


tak sampai setengah jam mak jejak kaki dirumah, ayah yang kebetulan keluar untuk mengambil mesin rumput dirumah kawannya, nyaris disaman polis trafik dan dan lama lepas tu dalam 5 minit kemudian Che Ezainie accident dalam otw balik rumah dari keje. (ayah hantar Che Ezanie balik khamis malam jumaat tu sebab Che Ezanie kena keje jumaat dan sabtu serta ahad kursus di Kuala Kubu Baru)


bergagau kami ni call org pejabat Che Ezanie minta tolong sebab Che Ezanie call cakap dia accident depan Tol Salak Selatan arah selatan. lepas maghrib, Che Ezaitie, dan dua adik bergegas ke rumah Che Ezaitie bawa Che Ezanie ke hospital. (Che Ezanie gagahkan juga bawa motor sampai rumah walaupun otak miong) selepas bawa Che Ezanie di hospital, kami terus bawa balik Che Ezanie balik Melaka atas arahan puan besar.


tapi Alhamdulilah, semua dah selamat...


moral of de story, kita kena sentisa redha dengan setiap ketentuan Allah S.W.T...Allah tau apa yang terbaik buat hambanya dan paling penting Allah tak akan menduga hambanya kalau Allah tau yang hambanya tidak dapat melaluinya....



No comments: