~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, June 28, 2011

Israk Mikraj


As'salam to all,

malam ni nak bercerita tentang peristiwa israk dan mikraj yang Che Ezaitie ceduk dari Al-Azim.com...

selamat membaca semua...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.   

Rasulullah       :       Labbaika.  

Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  

Rasulullah       :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)
.

Sunday, June 26, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 30

Bab 30

Pak Salim masih menunggu jawapan dari Aisyah berkenaan pinangan sekali lagi daripada pihak Kamarul. Aisyah menarik nafas sebaris. Dia cuba mencari semua kekuatan yang ada.
“Saya memang tak berkenan dengan Kamarul tu. Terus terang saya cakap dengan Abang,” sampuk Mak Tijah.
“Ikutkan saya pun tak berkenan dengan perangainya Si Kamarul tu. Tapi faham-faham je le. Dia anak Ketua Taman. Dulu, kalau tidak kerana Ketua Taman yang bagi kita meniaga dekat depan nun, berapa je pulangan yang kita dapat dengan gaji saya ni, Tijah oii,”
“Sebab nak mengenang jasa orang le saya ni berfikir empat lima enam belas kali,” sambung Pak Salim. Aisyah hanya memerhatikan sahaja.
“Tak akan sebab mengenang jasa, sampai Aisyah yang menjadi mangsa?” suara Mak Tijah kedengaran kuat.
“Idok le. Kalau betul saya ni ikutkan hati, saya ada hak nak paksa Aisyah kahwin dengan Kamarul. Sebab Aisyah masih anak dara dan saya ni wali sah dia. Tapi saya masih waras lagi. Saya tak suka nak memaksa anak-anak dalam bab jodoh. Biarlah deme cari sendiri. Bukan kuasa saya nak melawan jodoh deme,” suara Pak Salim pun turut naik kuat sedikit.
“Habis kenapa idok ditolak je pinangan deme?” Mak Tijah membuat muka menyampah.
“Tijah, kita ni masih orang melayu yang ada budi bahasa. Tak akanlah saya senang, senang je nak kata tidok? Awak ingat ni cerita filem drama swasta ke?” Aisyah ketawa kecil.
“Ish! Budak bertuoh ni. Kita duk bercerita pasai masa depan dia, dia pulak gelak. Cuba Aisyah cerite dengan mak dengan ayah ni. Aisyah dah ada yang berkenan dihati ke tidak?” Mak Tijah menepuk peha Aisyah.
Aisyah memandang kedua-dua orang tuanya silih berganti. Kemudian dia berdehem sebentar.
“Mak, Ayah. Sebenarnya Aisyah dah serahkan semua pada Allah. Aisyah tak pernah memilih siapa pun jodoh Aisyah. Tapi kalau boleh, Aisyah nak seseorang yang boleh jaga Aisyah. Boleh bimbing Aisyah sentiasa dekat pada Allah. Yang boleh hidup dalam berkeluarga dan paling penting, Aisyah nak jodoh yang pandai menjaga adap dan susila sebagai seorang Islam. Jadinya, Kamarul bukan pilihan yang sesuai untuk Aisyah,” tutur Aisyah lembut.
“Ha, kan saya dah kata. Aisyah tak akan nok dengan Si Kamarul tu. Abang tolok je le pinangan deme,” putus Mak Tijah.
“Nanti dulu. Kita dengor dulu apa Aisyah nak cakap. Jadi Aisyah dah ada sesiapa yang Aisyah berkenan ke?” soalan Pak Salim membuatkan Aisyah menunduk malu.
“Cakap je Aisyah. Nak buat apa malu dengan ayah. Aisyah tetap anak ayah. Aisyah ada hak untuk suka dan tidak suka dengan seseorang,” Pak Salim faham sangat dengan perangai Aisyah.
Aisyah sangat menjaga adapnya sebagai wanita muslim. Walimah dengan ayah dan mak sendiri pun masih tetap rasa malu. Adik-beradik lelakinya pun Aisyah kurang bergaul rapat. Itu yang memang mahramnya. Bagaimana dengan yang bukan mahramnya? Lagilah amat-amat teliti dia dalam menjaga adapnya.
Aisyah kemudian menganguk. Pak Salim memandang Mak Tijah.
“Budak bertiga yang datang pagi tadi ke?” soal Mak Tijah teruja. Aisyah mengangguk.
“Yang mana satu?” soal Mak Tijah lagi.
“Yang cerah sedikit,” jawap Aisyah masih menunduk.
“Yang paling kacok tu ke?” soal Mak Tijah dengan mendekatkan mukanya kepada Aisyah. Aisyah hanya senyum.
“Betul ke Aisyah?” soal Pak salim lembut. Aisyah mengangguk.
“Kalau udoh rupernye gitu. Suruh budak tu masuk meminang. Soal pinangan Kamarul bio le ayah selesaikan nanti,” arah Pak Salim.
“Tak boleh, Ayah,” jawap Aisyah kemudian mengeleng.
“Kenapa?” soal Pak Salim, hairan.
“Permohonan Aisyah untuk sambung study dah diluluskan. Insyallah, awal bulan 3 Aisyah akn berangkat ke sana,” Aisyah memandang kepada Pak salim.
“Ha? Udoh lulus ke?” terbeliak mata mak Tijah.
“Alhamdullilah. Itu yang kamu mintok. Itu yang kamu dapat, Aisyah,” Pak Salim meraup mukanya.
“Nape awal beno?” soal Mak Tijah.
“Aisyah pun tak tahu, mak. Aisyah pun ingat makan tahun tapi tak sangka dapat secepat ini,” jawap Aisyah sambil memusingkan badannya ke arah Mak Tijah.
“Habis berapa lama kamu di sana? Dekat mana nanti?” soal Pak Salim.
“Jepun. 5 tahun jugak, ayah,” sekali lagi Mak Tijah mebeliakkan matanya.
“Lamanya,”
“Pejam celik pejam celik je tu, Tijah. Sekejap je,”
“Mak izinkan Aisyah pergi ye? Izinkan Aisyah capai cita-cita Aisyah?” sebelum mak buka cerita duka lara baik aku pujuk dulu.
Aisyah mengengam erat tangan Mak Tijah. Matanya penuh dengan pengharapan agar Mak Tijah setuju. Ini adalah impianya. Ini adalah cita-citanya. Ini adalah matlamatnya. Dalam usia yang masih muda inilah masa yang sesuai buat Aisyah belajar dan terus belajar untuk mencapai target dalam hidupnya.
“Mak izinkan. Tapi ni lama bebeno. Masa kamu balik sini nanti, umur kamu udoh 28 tahun. Mak riso bebeno kamu tak laku nanti,” gengaman tangan Mak Tijah digengamnya erat.
“Mak tak usah riso ye? Insyallah kalau ada jodoh Aisyah, tak ke mana mak. Mak doakan Aisyah ditemukan dengan jodoh yang sesuai ya?” wajah Aisyah penuh dengan pengharapan.
“Mak mana yang pernah doakan anak-anaknya, Aisyah? Pergilah, Nak,” senyum Mak Tijah.
“Mak,” Aisyah memeluk Mak Tijah.
“Udoh le tu. Moh legrah. Kang tertinggal bas karang,” sampuk Pak Salim sekali gus menamatkan drama swasta tak berbayar.
###
Masuk hari ni, dah kali ke sepuluh Mak Cik Kesuma Dewi cuba untuk menghubungi keluarga Dhia. Tapi langsung tiada jawapan. Naik kematu jari- jari Mak Cik Kesuma Dewi mendail nombor yang diberikan oleh Chu Eida. Kerjanya asyikkan menebeng depan telefon rumah je.
Kak AD yang kebetulan baru pulang dari Hospital, memandang Mak Cik Kesuma Dewi kepelikkan. Resah, gelisah je semacam. Kejap kang tergaru-garu kepala. Kejap kang mengeluh. Kejap kang angkat balik gangang telefon. Apa kena mak aku ni? Sakit ke apa mak aku ni?
“Mak kenapa, Adik?” soal Kak AD pada Delila sambil terjengah-jengah memandang Mak Cik Kesuma Dewi yang berlalu ke dapur.
Delila mencuit kepada Delita disebelahnya.
“Tengah risau call bakal besan tak berjawap, jawap,” slamber Delita menjawap dengan mata khusyuk memandang kepada televisyen di depan mata.
“Bakal besan? Siapa?” soal Kak AD yang terus duduk bersila antara Delila dan Delita.
“Kak AD ni betul-betullah tertinggal kereta api. Nama je duduk serumah tapi langsung tak ambil pusing hal sekeliling. Baik lagi Along dengan Angah yang jauh tu. Tak sampai sejam heboh masuk berita TV3,” perli Delita.
“Dah akak korang ni kojenyer doktor. Duduk pulak bahagian ER. Kojenyer tak kenal masa. Ruper mana nak tahu apa yang dah terjadi. And now, tell me what hapend?” Kak AD menyingsing lengan bajunya ke paras siku.
Delita dan Delila memandang sesama sendiri.
“Cepatlah cerita. Akak pun nak tahu jugak apa yang dah terjadi dekat dalam rumah ni. Akak tengok mak resah gelisah semacam je,”
“Kak AD nak tahu part yang mana? Banyak part nak cerita ni,” soal Delita yang dah bersila mengadap Kak AD.
“Semua!” buntang mata Kak AD.
Delita mengambil nafas sebaris dah kemudian mula bercerita dari satu cerita kepada satu cerita. Sesekali je Delila yang tengah sakit mulut akan menyampuk. Itu pun dengan penuh kepayahan. Muka Kak AD pula, tak payah ceritalah. Macam-macam ekspresi muka yang Kak AD buat. Kejap kerut, kejap tengang, kejap suka yang amat. Tapi banyaknya buat muka sukalah.
“Serius ke Achik setuju dengan pilihan mak?” Kak AD penuh teruja menampar peha Delita.
“Yup. Tapi Achik cakap, dia tak mau paksaan. Maknanya, kalau Kak Dhia tak nak kahwin dengan dia, makanya takdelah diaorang akan kahwin,” Delita merapatkan jari telunjuk tangan kanan dan kiri dihadapan Kak AD.
“Macam tak percaya je Achik korang yang kental plus tak lut macam daun keladi akhirnya tunduk juga pada cakap-cakap mak. Hai,” keluh Kak AD sambil matanya di kelip-kelipkan memandang langit rumah.
“Tau takpe. Inilah yang kita orang tengah pelik ni,” Delita mencuit bahu Kak AD.
“Aaek ukan ata ia umpe ak syah e?” bersuara Delila.
“Ha'akan. Apa dah terjadi pada Aisyah yang dia nak sangat-sangat tu?” soal Kak AD lebih kepada nada memerli.
“Entah,” bahu dijungkitkan.
“Alah, lantaklah. Yang penting Achik dah setuju nak kahwin dengan pilihan mak. Yang lain kita tak payah fikir-fikir. Buat penat otak je,” usul Delita.
“Tapi, kita kena ambil tahu juga sebabnya pasal apa. Manalah tahu Achik saja je nak main-mainkan mak ke?” provok Kak AD.
“Mak tanya jugak hari tu tapi Achik cakap dia serius. Chu rasa, Achik memang seriuslah Kak AD. Kalau tak, tak akan dia berani nak cakap macam tu dengan mak. Kau bukan tak tahu, dialah orang paling degil nak mampus. Ingat tak kisah masa dekat rumah Angah? Yang dia bangkang mak seratus peratus? Tak pasal-pasal mak ubah fikiran. Kalau mak stay dengan keputusan mak yang lepas, sure sekarang ni Achik dah selamat dah kena kahwin paksa dengan Kak Dhia,” melangit tangan Delita ke ruang udara. Delila hanya menganguk setuju.
“Betul juga cakap kau,” Kak AD mengangguk sambil memegang dagunya.
“Habis tu, nak buat macam mana ni?” soal Kak AD kembali.
“Nak buat macam mana apanye? Tunggu jelah sampai family Kak Dhia jawap telefon mak. Selagi tak jawap selagi tulah kita tak tahu sama ada Kak Dhia dah de yang punya ke belum,”
“Chu, Adik mari tolong mak dekat dapur ni,” laung Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ha. Kejap, mak,” laung Delita balik. Delila dah jalan dulu ke dapur.
“Dah nanti kita sambung. Topik pasal Achik ni memang topik hangat. Kalah Hot.fm,” sempat lagi Delita bergurau dengan Kak AD.
Delita dah berlari anak menuju ke dapur.
“Macam tak caya je, Daim nak ikut cakap mak,” Kak AD sempat mengomel sambil mengambil begnya untuk dibawa masuk ke biliknya.
Kring...Kring...kring...
Telefon rumah berbunyi nyaring. Kak AD berpatah balik ke arah telefon rumah. Beg kerja diletakkan di pintu bilik. Belum pun sempat tangan mencapai gangang telefon, deringan terhenti.
“Putus pulak,” Kak AD berpaling dan kembali menyusun langkah ke biliknya.
Kring...Kring...Kring...
Sekali lagi telefon rumah berbunyi nyaring. Kak AD kembali mencapai gangang telefon yang jaraknya kurang dari 2 meter.
Hello, Hello,”
Tut...Tut...
Kak AD merengangkan gangang telefon dari telinganya, “putus lagi. Siapalah yang call rumah ni tak lepas-lepas ni?”
Kak AD kembali melangkah ke biliknya.
Kring...Kring...Kring...
Telefon berdering lagi. Kali ini, Kak AD berlari anak untuk mencapai telefon rumah. Cukup je tiga kali deringan, deringan terputus. Kak AD dah mula naik darah ke tahap maksima. Ditunggu depan telefon dengan bercekak pinggang. Mesti akan masuk juga deringan yang ke empat.
Lama Kak AD menunggu deringan ke empat. Dah siap main peluk-peluk tubuh dah depan telefon rumah Mak Cik Kesuma Dewi.
Time aku dah sedia tak nak pulak bunyi. Buang masa aku betul!” rungut Kak AD yang dah nak menghentak kaki nak ke biliknya.
Kring...Kring..Kring...
Akhirnya deringan yang ke empat muncul juga.
“Ni masuk kali ke empat dah telefon ni berdering. Kalau putus jugak memang aku cabut wayar telefon ni,” rungut Kak AD.
Dengan pantas Kak AD berlari untuk mengangkat gangang telefon. Habis bergegar kayu kayan rumah Mak Cik Kesuma Dewi.
Hello. Siapa ni? Ingat ni handphone ke sedap-sedap nak buat miss call? Ni telefon rumahlah. Nak call, calllah baik-baik. Ni main miss call, miss call pulak. Ingat orang tak ada kerja lain ke dari nak menjawap panggilan korang je?” terus Kak AD sergah kasar.
“As'salamualaikum. Dahlia,” macam aku cam je suara ni.
“Along eh?” soal Kak AD.
“Ha la. Ni apasal bising-bising ni? Sakit telinga Along tau tak?” Abang Daiz bersuara kuat.
“Takdelah. Yang Along asyik call rumah ni tak tunggu orang jawap kenapa? Padanlah muka Along kena dengan AD,” Kak AD cuba membela dirinya.
“Eh! Along pula. Ni baru Along call rumah. Sekali kena bebel pula dengan kau,”
“Ye ke? Bukan Along ke yang call tadi?” Kak AD mengusik bibirnya.
“Bukanlah. Along baru je call korang. Tadi ada kelas,” Abang Daiz bersuara mendatar.
Sorrylah yerk, Along. AD ingat Along yang call dari tadi. Along nak cakap dengan mak ke?” soal Kak AD.
“Memang nak cakap dengan mak tapi nak cakap dengan kau dululah,” kedengaran Abang Daiz menghirup minuman.
“Apa dia?” soal Kak AD kemudian duduk di kerusi di sebelah meja telefon.
“Tau tak Achik dah setuju nak kahwin dengan pilihan mak?” soal Abang Daiz.
“Tau. Baru je tau tak sampai setengah jam. Chu yang bagitau,”
“La... dah seminggu cerita ni kau baru tau ke Dahlia?” Abang Daiz menekan suaranya.
“Mana nak tau. AD duduk ER la sekarang ni. Kerja tak kenal masa sekarang ni. On the way balik pun dia orang boleh call cakap ada emergency. Kadang tu, tidur dekat hospital tau, Along. Abang Aiman pun AD tak sempat jumpa. Kalau jumpa pun, takat dapat hai, hai gitu je. Kesian dekat adikmu ini, Along,” cerita Kak AD dengan penuh sedih. Siap ada bunyi sob...sob...sob... lagi.
“Aloh! Ciannya Aiman,”
“Ada pula kesian dekat Abang Aiman. Sian dekat ADlah. Baru betul,”
“Ye la. Kesianlah dekat Aiman. Hilang bantal peluk dia. Tak lena tidurlah jawapnya,”
“Bonggoklah kau ni, Along,”
“Hahaha...”
“Dahlah. Malas nak cakap dengan kau,” cebik Kak AD.
“Alah itu pun nak marah. Dahlah pi panggil mak,” arah Abang Daiz.
“Tunggu jap,” Kak AD meletakkan gangang telefon dan berjalan ke dapur nak mendapatkan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Adik, mak mana?” soal Kak AD bila kelihatan hanya Delila yang ada tengah mengupas bawang sebakul.
Delila membuat isyarat 'Solat'. Kak AD mengangguk dan kemudian terus kembali ke gangang telefon.
“Along, mak solatlah. Kau cuba call malam kanglah yerk?”
“Ye ke? ok. Nanti kau cakap dengan mak Along call,”
“Ok. As'salamualaikum,”
“Wa'alaikumsalam,” panggilan dimatikan.
“Siapa telefon?” sapa Mak Cik Kesuma Dewi yang dah berada di sebelah Kak AD. Terperanjat Kak AD.
“Ish! Mak ni. Terkejut kakak,” Kak AD mengurut dadanya.
“Itu pun nak terkejut,” Mak Cik Kesuma Dewi melangkah menuju ke pintu rumah yang terbuka luas.
“Along call tadi. Katanya malam kang dia call lagi,” Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk.
“Mak nak ke mana siap bertudung ni?” soal Kak AD melihatkan Mak Cik Kesuma Dewi siap dengan tudung dan berstokin.
“Nak ke rumah Ummi Jah kejap. Dengornye sakit,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi.
“Sakit? Sakit apa?” soal Kak AD yang dah pun berada di serambi rumah.
“Jatuh tangga. Kamu nak ikut ke Dahlia?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Nak, nak. Mak tunggu kejap. Tuko baju kejap,” Kak AD dah berpaling nak naik ke rumah kembali.
“Tak payoh le. Bukan nak ke mana pun. Depan nun je,”
Kak AD tak jadi naik ke atas rumah. Terus di sarung sandal di kaki dan mengejar Mak Cik Kesuma Dewi yang dah berjalan jauh ke pintu pagar rumah. Laju juga mak aku jalan.
Bila Kak AD dapat berjalan seiring dengan Mak Cik Kesuma Dewi, Kak AD mengambil kesempatan yang ada untuk bertanyakan soal Daim dan Dhia.
“Mak, apa cerita Daim dengan Dhia?” soalan pertama Kak AD.
“Hai, inilah yang buat mak pening ni. Call rumah Si Dhia, haram berjawap. Kita nak call, nak tanya kot, kot dhia dah berpunya ke belum. Tapi kalau tak berjawap, ruper mana nak tahu budak tu dah berpunya ke belum,” cerita Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kita masuk meminang teruih je la, mak,” cadang Kak AD.
“Ish! Kita ada adat, Dahlia. Merisik tu langkah pertama. Nak tahu dah ada empunya ke belum Si Gadis kita nak sunting tu. Lepeh dah tahu, barulah kita boleh masuk meminang,”
“Alah, masa Along dengan Angah dulu takde pun mak pergi merisik. Terus masuk meminang je. Kakak dulu pun takde merisik, merisik ni,”
“Kome lain. Kome dulu, mak kene siapa makwe pakwe kome. Kes Achik kome ni lain. Kita idok tahu pun Si Dhia tu dah berpunya ke belum. Dibuatnya Si Dhia tu dah ada yang punya macam mana? Idok ke malu dibuatnya masuk meminang orang yang dah berpunya? Itu sebab mak kena merisik dulu Si Dhia tu,” cerita Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ooooohhhh....iye ke?”
Sementara itu di Cyberjaya. Di Jabatan Psikologi, Jabatan Pekhidmatan Awam, Dhia asyikkan bersin dari tadi. Nak kata gatal hidung tidak. Nak kata office berhabuk pun tidak. Nak selsema lagilah tidak.
“Hai, Cik, dari tadi bersinnya. Tak sihat ke?” sapa salah seorang staf bawah Dhia.
“Entahlah, Ayu. Dah seminggu macam ni. Tapi tak pula rasa nak selsema,” Dhia mengosok hidungnya dengan tisu.
“Biasanyalah kan, Cik. Orang selalu bersin tanpa sebab ni ada orang yang rindu. Tak pun ada yang duk sebut-sebut nama Cik,” sampuk Kamal dari dalam bilik fotostat.
“Siapalah tu kan nak rindu saya?” seloroh Dhia.
“Siapa lagi? Pakwe Cik lah,” sampuk pula Mutalib.
“Pakwe saya? Hari-hari mesej takkanlah rindu,” aku ada Pakwe ke? Aku yang Kak We adalah.
“La. Cik dah ada pakwe ke? Melepas saya,” Kamal bersuara kuciwa habis.
“Amboi! Tak sangka kamu ada hati dengan saya, Kamal. Terharu kejap saya 5 saat,” Dhia mem'blink'kan matanya.
“5 saat je? Bagilah lama sikit terharunya, Cik,” Kamal membuat isyarat 5 saat dengan menaikkan 5 jari kanannya.
“Mujur saya nak terharu 5 saat. Kalau saya terharu sesaat je lagi kuciwa hati,”
“Wah! Diam-diam je Cik ni kan? Tau, tau dah ada pakwe,” Ayu pula mengusik.
“Habis, tak akan saya nak kecoh dengan semua orang saya ada pakwe? Tak rocklah macam tu,”
“Tapi Cik dah mengecewakan hati saya. Hancur hatiku...mengenal dikau...menjadi keping-keping, setelah kau pergi...hilanglah kasih sayang...antara kita...” nyanyi Kamal siap dengan tangan-tangan lagi.
“Sudahlah, Kamal. Kang sat lagi kang hujan, petir, ribut, taufan pula dekat sini. Hari ni saya nak balik Ipoh. Kang hujan kang langsung tak boleh nak drive kereta kang,” potong Dhia.
Staf unit latihan ketawa mendengar kata-kata Dhia. Kamal hanya menyegih sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Saya gurau je, Cik,”
“Sudahlah. Cukup-cukuplah masa berguraunya. Jom sambung kerja balik,” Dhia dah pun berkira untuk melangkah ke biliknya tapi langkahnya terhenti didepan pintu.
“Kamal, jadual latihan pengurusan stress bagi anggota beruniform bila ye?” soal Dhia kepada Kamal.
“Kejap ya Cik, saya check kejap,” Kamal bergegas menuju ke meja kerjanya. Dhia melangkah ke arah meja Kamal.
“Ada dua latihan, Cik. Satu pada bulan hadapan di Sarawak. Satu lagi pada bulan Jun nanti di Pahang,”
“Kenapa beza 2 bulan je? Bukan ke biasa kita ambil pada setiap tengah tahun?”
“Hujung tahun ni kan kita ada program Sayang DiSayang dengan warga tua. Big event tu Cik. Tu yang Dato' pinda bulan Disember ke bulan April,” terang Kamal.
“Program tu pun under unit kita ke? Kenapa saya tak tahu apa-apa?” soal Dhia kepelikkan.
“Puan Manisah yang pergi mesyuarat tu. Maybe puan tak sempat bagitau Cik kot. Kan dia tengah cuti bersalin?” jawap Ayu.
“Ha'alah kan. Lupa pula saya. Takpelah. Nanti Kamal tolong saya updatedkan semua nama-nama yang terpilih untuk menghadiri latihan tu. Sekali dengan bulan Disember nanti. Kita dah takde masa ni. Nanti kelam kabut semua,” arah Dhia.
“Baik Boss,” Kamal menabik hormat Dhia.
“Bagus. Cukup tahun kerajaan bagi naik gaji eh?” seloroh Dhia dan berlalu masuk ke biliknya.
“Ahcummm...Ya Allah, dah kali ke berapa ni? Asyik bersin je kojenyer,” keluh Dhia.
Dia duduk di kerusinya. Bersandar tenang. Tiba-tiba terfikir akan kata orang-orang tua. Kalau tiba-tiba kita bersin tanpa sebab maknanya ada orang mengata kita. Tapi siapa nak mengata aku? Aku ada buat salah ke?
Satu lagi, kalau ada orang sebut-sebut nama kita atau ada orang yang rindu dengan kita. Siapa yerk? Tak akan Bob? Wooo...selisih maklaikat 44. Tak mau aku dengan Si Benggung tu. Buat sakit hati je!
Tapikan, sejak clash dengan Bob, aku dah 4 tahun tak ada pakwe. Mak pun dah bising tanya aku bila nak kahwin. Tapi aku tak rasa pun nak kahwin. Aku belum habis enjoy lagi hidup aku. Banyak lagi matlamat hidup yang belum aku capai. Kalau aku kahwin sekarang bila masa cita-cita aku nak tercapai?
Ish! Tak maulah kahwin sekarang. Tunggulah 2 3 tahun lagi lepas aku habis Master. Time tu baru relaks sikit nak fikir soal kahwin mawin ni. Lagi pun umur pun dah besar. Time tu kahwin pun dah okey dah.
Tapi kemudian...
“Astagfirullah. Tak baik aku macam ni. Ni kan tanda Allah sayangkan aku. Allah maafkan dosa-dosa kecil aku? Astagfirullah,” cepat-cepat Dhia beristigfar. Tak baik mengeluh pada setiap ketentuan Allah.
“Huhuhu...melalut entah ke mana aku ni sampaikan dari bab bersin ke bab kahwin pula. Aduhai! Dhia,” Dhia mengelengkan kepalanya. Badan ditegakkan.
Dhia membuka laptopnya dan kembali menyambung kerjanya yang tergendala.