Bab 30
Pak Salim masih
menunggu jawapan dari Aisyah berkenaan pinangan sekali lagi daripada pihak
Kamarul. Aisyah menarik nafas sebaris. Dia cuba mencari semua kekuatan yang
ada.
“Saya memang tak berkenan
dengan Kamarul tu. Terus terang saya cakap dengan Abang,” sampuk Mak Tijah.
“Ikutkan saya pun
tak berkenan dengan perangainya Si Kamarul tu. Tapi faham-faham je le. Dia anak
Ketua Taman. Dulu, kalau tidak kerana Ketua Taman yang bagi kita meniaga dekat
depan nun, berapa je pulangan yang kita dapat dengan gaji saya ni, Tijah oii,”
“Sebab nak
mengenang jasa orang le saya ni berfikir empat lima enam belas kali,” sambung
Pak Salim. Aisyah hanya memerhatikan sahaja.
“Tak akan sebab
mengenang jasa, sampai Aisyah yang menjadi mangsa?” suara Mak Tijah kedengaran
kuat.
“Idok le. Kalau
betul saya ni ikutkan hati, saya ada hak nak paksa Aisyah kahwin dengan
Kamarul. Sebab Aisyah masih anak dara dan saya ni wali sah dia. Tapi saya masih
waras lagi. Saya tak suka nak memaksa anak-anak dalam bab jodoh. Biarlah deme
cari sendiri. Bukan kuasa saya nak melawan jodoh deme,” suara Pak Salim pun
turut naik kuat sedikit.
“Habis kenapa idok
ditolak je pinangan deme?” Mak Tijah membuat muka menyampah.
“Tijah, kita ni
masih orang melayu yang ada budi bahasa. Tak akanlah saya senang, senang je nak
kata tidok? Awak ingat ni cerita filem drama swasta ke?” Aisyah ketawa kecil.
“Ish! Budak bertuoh
ni. Kita duk bercerita pasai masa depan dia, dia pulak gelak. Cuba Aisyah
cerite dengan mak dengan ayah ni. Aisyah dah ada yang berkenan dihati ke
tidak?” Mak Tijah menepuk peha Aisyah.
Aisyah memandang
kedua-dua orang tuanya silih berganti. Kemudian dia berdehem sebentar.
“Mak, Ayah.
Sebenarnya Aisyah dah serahkan semua pada Allah. Aisyah tak pernah memilih
siapa pun jodoh Aisyah. Tapi kalau boleh, Aisyah nak seseorang yang boleh jaga
Aisyah. Boleh bimbing Aisyah sentiasa dekat pada Allah. Yang boleh hidup dalam
berkeluarga dan paling penting, Aisyah nak jodoh yang pandai menjaga adap dan
susila sebagai seorang Islam. Jadinya, Kamarul bukan pilihan yang sesuai untuk
Aisyah,” tutur Aisyah lembut.
“Ha, kan saya dah
kata. Aisyah tak akan nok dengan Si Kamarul tu. Abang tolok je le pinangan
deme,” putus Mak Tijah.
“Nanti dulu. Kita
dengor dulu apa Aisyah nak cakap. Jadi Aisyah dah ada sesiapa yang Aisyah
berkenan ke?” soalan Pak Salim membuatkan Aisyah menunduk malu.
“Cakap je Aisyah.
Nak buat apa malu dengan ayah. Aisyah tetap anak ayah. Aisyah ada hak untuk
suka dan tidak suka dengan seseorang,” Pak Salim faham sangat dengan perangai
Aisyah.
Aisyah sangat
menjaga adapnya sebagai wanita muslim. Walimah dengan ayah dan mak sendiri pun
masih tetap rasa malu. Adik-beradik lelakinya pun Aisyah kurang bergaul rapat.
Itu yang memang mahramnya. Bagaimana dengan yang bukan mahramnya? Lagilah
amat-amat teliti dia dalam menjaga adapnya.
Aisyah kemudian
menganguk. Pak Salim memandang Mak Tijah.
“Budak bertiga yang
datang pagi tadi ke?” soal Mak Tijah teruja. Aisyah mengangguk.
“Yang mana satu?”
soal Mak Tijah lagi.
“Yang cerah
sedikit,” jawap Aisyah masih menunduk.
“Yang paling kacok
tu ke?” soal Mak Tijah dengan mendekatkan mukanya kepada Aisyah. Aisyah hanya
senyum.
“Betul ke Aisyah?”
soal Pak salim lembut. Aisyah mengangguk.
“Kalau udoh
rupernye gitu. Suruh budak tu masuk meminang. Soal pinangan Kamarul bio le ayah
selesaikan nanti,” arah Pak Salim.
“Tak boleh, Ayah,”
jawap Aisyah kemudian mengeleng.
“Kenapa?” soal Pak
Salim, hairan.
“Permohonan Aisyah
untuk sambung study dah diluluskan.
Insyallah, awal bulan 3 Aisyah akn berangkat ke sana,” Aisyah memandang kepada
Pak salim.
“Ha? Udoh lulus
ke?” terbeliak mata mak Tijah.
“Alhamdullilah. Itu
yang kamu mintok. Itu yang kamu dapat, Aisyah,” Pak Salim meraup mukanya.
“Nape awal beno?”
soal Mak Tijah.
“Aisyah pun tak
tahu, mak. Aisyah pun ingat makan tahun tapi tak sangka dapat secepat ini,”
jawap Aisyah sambil memusingkan badannya ke arah Mak Tijah.
“Habis berapa lama
kamu di sana? Dekat mana nanti?” soal Pak Salim.
“Jepun. 5 tahun
jugak, ayah,” sekali lagi Mak Tijah mebeliakkan matanya.
“Lamanya,”
“Pejam celik pejam
celik je tu, Tijah. Sekejap je,”
“Mak izinkan Aisyah
pergi ye? Izinkan Aisyah capai cita-cita Aisyah?” sebelum mak buka cerita duka
lara baik aku pujuk dulu.
Aisyah mengengam
erat tangan Mak Tijah. Matanya penuh dengan pengharapan agar Mak Tijah setuju.
Ini adalah impianya. Ini adalah cita-citanya. Ini adalah matlamatnya. Dalam
usia yang masih muda inilah masa yang sesuai buat Aisyah belajar dan terus
belajar untuk mencapai target dalam hidupnya.
“Mak izinkan. Tapi
ni lama bebeno. Masa kamu balik sini nanti, umur kamu udoh 28 tahun. Mak riso
bebeno kamu tak laku nanti,” gengaman tangan Mak Tijah digengamnya erat.
“Mak tak usah riso
ye? Insyallah kalau ada jodoh Aisyah, tak ke mana mak. Mak doakan Aisyah
ditemukan dengan jodoh yang sesuai ya?” wajah Aisyah penuh dengan pengharapan.
“Mak mana yang
pernah doakan anak-anaknya, Aisyah? Pergilah, Nak,” senyum Mak Tijah.
“Mak,” Aisyah
memeluk Mak Tijah.
“Udoh le tu. Moh
legrah. Kang tertinggal bas karang,” sampuk Pak Salim sekali gus menamatkan
drama swasta tak berbayar.
###
Masuk hari ni, dah
kali ke sepuluh Mak Cik Kesuma Dewi cuba untuk menghubungi keluarga Dhia. Tapi
langsung tiada jawapan. Naik kematu jari- jari Mak Cik Kesuma Dewi mendail
nombor yang diberikan oleh Chu Eida. Kerjanya asyikkan menebeng depan telefon
rumah je.
Kak AD yang
kebetulan baru pulang dari Hospital, memandang Mak Cik Kesuma Dewi kepelikkan.
Resah, gelisah je semacam. Kejap kang tergaru-garu kepala. Kejap kang mengeluh.
Kejap kang angkat balik gangang telefon. Apa kena mak aku ni? Sakit ke apa mak
aku ni?
“Mak kenapa, Adik?”
soal Kak AD pada Delila sambil terjengah-jengah memandang Mak Cik Kesuma Dewi
yang berlalu ke dapur.
Delila mencuit
kepada Delita disebelahnya.
“Tengah risau call bakal besan tak berjawap, jawap,”
slamber Delita menjawap dengan mata khusyuk memandang kepada televisyen di
depan mata.
“Bakal besan?
Siapa?” soal Kak AD yang terus duduk bersila antara Delila dan Delita.
“Kak AD ni betul-betullah
tertinggal kereta api. Nama je duduk serumah tapi langsung tak ambil pusing hal
sekeliling. Baik lagi Along dengan Angah yang jauh tu. Tak sampai sejam heboh
masuk berita TV3,” perli Delita.
“Dah akak korang ni
kojenyer doktor. Duduk pulak bahagian ER. Kojenyer tak kenal masa. Ruper mana
nak tahu apa yang dah terjadi. And now,
tell me what hapend?” Kak AD menyingsing lengan bajunya ke paras siku.
Delita dan Delila
memandang sesama sendiri.
“Cepatlah cerita.
Akak pun nak tahu jugak apa yang dah terjadi dekat dalam rumah ni. Akak tengok
mak resah gelisah semacam je,”
“Kak AD nak tahu part yang mana? Banyak part nak cerita ni,” soal Delita yang
dah bersila mengadap Kak AD.
“Semua!” buntang
mata Kak AD.
Delita mengambil
nafas sebaris dah kemudian mula bercerita dari satu cerita kepada satu cerita.
Sesekali je Delila yang tengah sakit mulut akan menyampuk. Itu pun dengan penuh
kepayahan. Muka Kak AD pula, tak payah ceritalah. Macam-macam ekspresi muka
yang Kak AD buat. Kejap kerut, kejap tengang, kejap suka yang amat. Tapi
banyaknya buat muka sukalah.
“Serius ke Achik
setuju dengan pilihan mak?” Kak AD penuh teruja menampar peha Delita.
“Yup. Tapi Achik
cakap, dia tak mau paksaan. Maknanya, kalau Kak Dhia tak nak kahwin dengan dia,
makanya takdelah diaorang akan kahwin,” Delita merapatkan jari telunjuk tangan
kanan dan kiri dihadapan Kak AD.
“Macam tak percaya
je Achik korang yang kental plus tak
lut macam daun keladi akhirnya tunduk juga pada cakap-cakap mak. Hai,” keluh
Kak AD sambil matanya di kelip-kelipkan memandang langit rumah.
“Tau takpe. Inilah
yang kita orang tengah pelik ni,” Delita mencuit bahu Kak AD.
“Aaek ukan ata ia
umpe ak syah e?” bersuara Delila.
“Ha'akan. Apa dah
terjadi pada Aisyah yang dia nak sangat-sangat tu?” soal Kak AD lebih kepada
nada memerli.
“Entah,” bahu
dijungkitkan.
“Alah, lantaklah.
Yang penting Achik dah setuju nak kahwin dengan pilihan mak. Yang lain kita tak
payah fikir-fikir. Buat penat otak je,” usul Delita.
“Tapi, kita kena
ambil tahu juga sebabnya pasal apa. Manalah tahu Achik saja je nak main-mainkan
mak ke?” provok Kak AD.
“Mak tanya jugak
hari tu tapi Achik cakap dia serius. Chu rasa, Achik memang seriuslah Kak AD.
Kalau tak, tak akan dia berani nak cakap macam tu dengan mak. Kau bukan tak
tahu, dialah orang paling degil nak mampus. Ingat tak kisah masa dekat rumah
Angah? Yang dia bangkang mak seratus peratus? Tak pasal-pasal mak ubah fikiran.
Kalau mak stay dengan keputusan mak
yang lepas, sure sekarang ni Achik
dah selamat dah kena kahwin paksa dengan Kak Dhia,” melangit tangan Delita ke
ruang udara. Delila hanya menganguk setuju.
“Betul juga cakap
kau,” Kak AD mengangguk sambil memegang dagunya.
“Habis tu, nak buat
macam mana ni?” soal Kak AD kembali.
“Nak buat macam
mana apanye? Tunggu jelah sampai family
Kak Dhia jawap telefon mak. Selagi tak jawap selagi tulah kita tak tahu sama
ada Kak Dhia dah de yang punya ke belum,”
“Chu, Adik mari
tolong mak dekat dapur ni,” laung Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ha. Kejap, mak,”
laung Delita balik. Delila dah jalan dulu ke dapur.
“Dah nanti kita
sambung. Topik pasal Achik ni memang topik hangat. Kalah Hot.fm,” sempat lagi
Delita bergurau dengan Kak AD.
Delita dah berlari
anak menuju ke dapur.
“Macam tak caya je,
Daim nak ikut cakap mak,” Kak AD sempat mengomel sambil mengambil begnya untuk
dibawa masuk ke biliknya.
Kring...Kring...kring...
Telefon rumah
berbunyi nyaring. Kak AD berpatah balik ke arah telefon rumah. Beg kerja
diletakkan di pintu bilik. Belum pun sempat tangan mencapai gangang telefon,
deringan terhenti.
“Putus pulak,” Kak
AD berpaling dan kembali menyusun langkah ke biliknya.
Kring...Kring...Kring...
Sekali lagi telefon
rumah berbunyi nyaring. Kak AD kembali mencapai gangang telefon yang jaraknya
kurang dari 2 meter.
“Hello, Hello,”
Tut...Tut...
Kak AD merengangkan
gangang telefon dari telinganya, “putus lagi. Siapalah yang call rumah ni tak lepas-lepas ni?”
Kak AD kembali
melangkah ke biliknya.
Kring...Kring...Kring...
Telefon berdering
lagi. Kali ini, Kak AD berlari anak untuk mencapai telefon rumah. Cukup je tiga
kali deringan, deringan terputus. Kak AD dah mula naik darah ke tahap maksima.
Ditunggu depan telefon dengan bercekak pinggang. Mesti akan masuk juga deringan
yang ke empat.
Lama Kak AD
menunggu deringan ke empat. Dah siap main peluk-peluk tubuh dah depan telefon
rumah Mak Cik Kesuma Dewi.
“Time aku dah sedia tak nak pulak bunyi.
Buang masa aku betul!” rungut Kak AD yang dah nak menghentak kaki nak ke
biliknya.
Kring...Kring..Kring...
Akhirnya deringan
yang ke empat muncul juga.
“Ni masuk kali ke
empat dah telefon ni berdering. Kalau putus jugak memang aku cabut wayar
telefon ni,” rungut Kak AD.
Dengan pantas Kak
AD berlari untuk mengangkat gangang telefon. Habis bergegar kayu kayan rumah
Mak Cik Kesuma Dewi.
“Hello. Siapa ni? Ingat ni handphone ke sedap-sedap nak buat miss call? Ni telefon rumahlah. Nak call, calllah baik-baik. Ni main miss call, miss call pulak. Ingat orang
tak ada kerja lain ke dari nak menjawap panggilan korang je?” terus Kak AD
sergah kasar.
“As'salamualaikum.
Dahlia,” macam aku cam je suara ni.
“Along eh?” soal
Kak AD.
“Ha la. Ni apasal
bising-bising ni? Sakit telinga Along tau tak?” Abang Daiz bersuara kuat.
“Takdelah. Yang
Along asyik call rumah ni tak tunggu
orang jawap kenapa? Padanlah muka Along kena dengan AD,” Kak AD cuba membela
dirinya.
“Eh! Along pula. Ni
baru Along call rumah. Sekali kena
bebel pula dengan kau,”
“Ye ke? Bukan Along
ke yang call tadi?” Kak AD mengusik
bibirnya.
“Bukanlah. Along
baru je call korang. Tadi ada kelas,” Abang Daiz bersuara mendatar.
“Sorrylah yerk, Along. AD ingat Along
yang call dari tadi. Along nak cakap
dengan mak ke?” soal Kak AD.
“Memang nak cakap
dengan mak tapi nak cakap dengan kau dululah,” kedengaran Abang Daiz menghirup
minuman.
“Apa dia?” soal Kak
AD kemudian duduk di kerusi di sebelah meja telefon.
“Tau tak Achik dah
setuju nak kahwin dengan pilihan mak?” soal Abang Daiz.
“Tau. Baru je tau
tak sampai setengah jam. Chu yang bagitau,”
“La... dah seminggu
cerita ni kau baru tau ke Dahlia?” Abang Daiz menekan suaranya.
“Mana nak tau. AD
duduk ER la sekarang ni. Kerja tak kenal masa sekarang ni. On the way balik pun dia orang boleh call cakap ada emergency.
Kadang tu, tidur dekat hospital tau, Along. Abang Aiman pun AD tak sempat jumpa.
Kalau jumpa pun, takat dapat hai, hai gitu je. Kesian dekat adikmu ini, Along,”
cerita Kak AD dengan penuh sedih. Siap ada bunyi sob...sob...sob... lagi.
“Aloh! Ciannya
Aiman,”
“Ada pula kesian
dekat Abang Aiman. Sian dekat ADlah. Baru betul,”
“Ye la. Kesianlah
dekat Aiman. Hilang bantal peluk dia. Tak lena tidurlah jawapnya,”
“Bonggoklah kau ni,
Along,”
“Hahaha...”
“Dahlah. Malas nak
cakap dengan kau,” cebik Kak AD.
“Alah itu pun nak
marah. Dahlah pi panggil mak,” arah Abang Daiz.
“Tunggu jap,” Kak
AD meletakkan gangang telefon dan berjalan ke dapur nak mendapatkan Mak Cik
Kesuma Dewi.
“Adik, mak mana?”
soal Kak AD bila kelihatan hanya Delila yang ada tengah mengupas bawang
sebakul.
Delila membuat
isyarat 'Solat'. Kak AD mengangguk dan kemudian terus kembali ke gangang
telefon.
“Along, mak
solatlah. Kau cuba call malam kanglah
yerk?”
“Ye ke? ok. Nanti kau cakap dengan
mak Along call,”
“Ok.
As'salamualaikum,”
“Wa'alaikumsalam,”
panggilan dimatikan.
“Siapa telefon?”
sapa Mak Cik Kesuma Dewi yang dah berada di sebelah Kak AD. Terperanjat Kak AD.
“Ish! Mak ni.
Terkejut kakak,” Kak AD mengurut dadanya.
“Itu pun nak
terkejut,” Mak Cik Kesuma Dewi melangkah menuju ke pintu rumah yang terbuka
luas.
“Along call tadi. Katanya malam kang dia call lagi,” Mak Cik Kesuma Dewi hanya
mengangguk.
“Mak nak ke mana
siap bertudung ni?” soal Kak AD melihatkan Mak Cik Kesuma Dewi siap dengan
tudung dan berstokin.
“Nak ke rumah Ummi
Jah kejap. Dengornye sakit,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi.
“Sakit? Sakit apa?”
soal Kak AD yang dah pun berada di serambi rumah.
“Jatuh tangga. Kamu
nak ikut ke Dahlia?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Nak, nak. Mak
tunggu kejap. Tuko baju kejap,” Kak AD dah berpaling nak naik ke rumah kembali.
“Tak payoh le.
Bukan nak ke mana pun. Depan nun je,”
Kak AD tak jadi
naik ke atas rumah. Terus di sarung sandal di kaki dan mengejar Mak Cik Kesuma
Dewi yang dah berjalan jauh ke pintu pagar rumah. Laju juga mak aku jalan.
Bila Kak AD dapat
berjalan seiring dengan Mak Cik Kesuma Dewi, Kak AD mengambil kesempatan yang
ada untuk bertanyakan soal Daim dan Dhia.
“Mak, apa cerita
Daim dengan Dhia?” soalan pertama Kak AD.
“Hai, inilah yang
buat mak pening ni. Call rumah Si
Dhia, haram berjawap. Kita nak call,
nak tanya kot, kot dhia dah berpunya ke belum. Tapi kalau tak berjawap, ruper
mana nak tahu budak tu dah berpunya ke belum,” cerita Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kita masuk
meminang teruih je la, mak,” cadang Kak AD.
“Ish! Kita ada
adat, Dahlia. Merisik tu langkah pertama. Nak tahu dah ada empunya ke belum Si
Gadis kita nak sunting tu. Lepeh dah tahu, barulah kita boleh masuk meminang,”
“Alah, masa Along
dengan Angah dulu takde pun mak pergi merisik. Terus masuk meminang je. Kakak
dulu pun takde merisik, merisik ni,”
“Kome lain. Kome
dulu, mak kene siapa makwe pakwe kome. Kes Achik kome ni lain. Kita idok tahu
pun Si Dhia tu dah berpunya ke belum. Dibuatnya Si Dhia tu dah ada yang punya
macam mana? Idok ke malu dibuatnya masuk meminang orang yang dah berpunya? Itu
sebab mak kena merisik dulu Si Dhia tu,” cerita Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ooooohhhh....iye
ke?”
Sementara itu di
Cyberjaya. Di Jabatan Psikologi, Jabatan Pekhidmatan Awam, Dhia asyikkan bersin
dari tadi. Nak kata gatal hidung tidak. Nak kata office berhabuk pun tidak. Nak
selsema lagilah tidak.
“Hai, Cik, dari
tadi bersinnya. Tak sihat ke?” sapa salah seorang staf bawah Dhia.
“Entahlah, Ayu. Dah
seminggu macam ni. Tapi tak pula rasa nak selsema,” Dhia mengosok hidungnya
dengan tisu.
“Biasanyalah kan,
Cik. Orang selalu bersin tanpa sebab ni ada orang yang rindu. Tak pun ada yang
duk sebut-sebut nama Cik,” sampuk Kamal dari dalam bilik fotostat.
“Siapalah tu kan
nak rindu saya?” seloroh Dhia.
“Siapa lagi? Pakwe
Cik lah,” sampuk pula Mutalib.
“Pakwe saya?
Hari-hari mesej takkanlah rindu,” aku ada Pakwe ke? Aku yang Kak We adalah.
“La. Cik dah ada
pakwe ke? Melepas saya,” Kamal bersuara kuciwa habis.
“Amboi! Tak sangka
kamu ada hati dengan saya, Kamal. Terharu kejap saya 5 saat,” Dhia
mem'blink'kan matanya.
“5 saat je? Bagilah
lama sikit terharunya, Cik,” Kamal membuat isyarat 5 saat dengan menaikkan 5
jari kanannya.
“Mujur saya nak
terharu 5 saat. Kalau saya terharu sesaat je lagi kuciwa hati,”
“Wah! Diam-diam je
Cik ni kan? Tau, tau dah ada pakwe,” Ayu pula mengusik.
“Habis, tak akan
saya nak kecoh dengan semua orang saya ada pakwe? Tak rocklah macam tu,”
“Tapi Cik dah
mengecewakan hati saya. Hancur hatiku...mengenal dikau...menjadi keping-keping,
setelah kau pergi...hilanglah kasih sayang...antara kita...” nyanyi Kamal siap
dengan tangan-tangan lagi.
“Sudahlah, Kamal.
Kang sat lagi kang hujan, petir, ribut, taufan pula dekat sini. Hari ni saya
nak balik Ipoh. Kang hujan kang langsung tak boleh nak drive kereta kang,” potong Dhia.
Staf unit latihan
ketawa mendengar kata-kata Dhia. Kamal hanya menyegih sambil mengarukan
kepalanya yang tidak gatal.
“Saya gurau je,
Cik,”
“Sudahlah.
Cukup-cukuplah masa berguraunya. Jom sambung kerja balik,” Dhia dah pun berkira
untuk melangkah ke biliknya tapi langkahnya terhenti didepan pintu.
“Kamal, jadual
latihan pengurusan stress bagi anggota beruniform bila ye?” soal Dhia kepada
Kamal.
“Kejap ya Cik, saya
check kejap,” Kamal bergegas menuju ke meja kerjanya. Dhia melangkah ke arah
meja Kamal.
“Ada dua latihan,
Cik. Satu pada bulan hadapan di Sarawak. Satu lagi pada bulan Jun nanti di
Pahang,”
“Kenapa beza 2
bulan je? Bukan ke biasa kita ambil pada setiap tengah tahun?”
“Hujung tahun ni
kan kita ada program Sayang DiSayang dengan warga tua. Big event tu Cik. Tu yang Dato' pinda bulan Disember ke bulan
April,” terang Kamal.
“Program tu pun under unit kita ke? Kenapa saya tak tahu
apa-apa?” soal Dhia kepelikkan.
“Puan Manisah yang
pergi mesyuarat tu. Maybe puan tak
sempat bagitau Cik kot. Kan dia tengah cuti bersalin?” jawap Ayu.
“Ha'alah kan. Lupa
pula saya. Takpelah. Nanti Kamal tolong saya updatedkan semua nama-nama yang terpilih untuk menghadiri latihan
tu. Sekali dengan bulan Disember nanti. Kita dah takde masa ni. Nanti kelam
kabut semua,” arah Dhia.
“Baik Boss,” Kamal
menabik hormat Dhia.
“Bagus. Cukup tahun
kerajaan bagi naik gaji eh?” seloroh Dhia dan berlalu masuk ke biliknya.
“Ahcummm...Ya
Allah, dah kali ke berapa ni? Asyik bersin je kojenyer,” keluh Dhia.
Dia duduk di
kerusinya. Bersandar tenang. Tiba-tiba terfikir akan kata orang-orang tua.
Kalau tiba-tiba kita bersin tanpa sebab maknanya ada orang mengata kita. Tapi
siapa nak mengata aku? Aku ada buat salah ke?
Satu lagi, kalau
ada orang sebut-sebut nama kita atau ada orang yang rindu dengan kita. Siapa
yerk? Tak akan Bob? Wooo...selisih maklaikat 44. Tak mau aku dengan Si Benggung
tu. Buat sakit hati je!
Tapikan, sejak clash dengan Bob, aku dah 4 tahun tak
ada pakwe. Mak pun dah bising tanya aku bila nak kahwin. Tapi aku tak rasa pun
nak kahwin. Aku belum habis enjoy lagi hidup aku. Banyak lagi matlamat hidup
yang belum aku capai. Kalau aku kahwin sekarang bila masa cita-cita aku nak
tercapai?
Ish! Tak maulah
kahwin sekarang. Tunggulah 2 3 tahun lagi lepas aku habis Master. Time tu baru
relaks sikit nak fikir soal kahwin mawin ni. Lagi pun umur pun dah besar. Time
tu kahwin pun dah okey dah.
Tapi kemudian...
“Astagfirullah. Tak
baik aku macam ni. Ni kan tanda Allah sayangkan aku. Allah maafkan dosa-dosa
kecil aku? Astagfirullah,” cepat-cepat Dhia beristigfar. Tak baik mengeluh pada
setiap ketentuan Allah.
“Huhuhu...melalut
entah ke mana aku ni sampaikan dari bab bersin ke bab kahwin pula. Aduhai!
Dhia,” Dhia mengelengkan kepalanya. Badan ditegakkan.
Dhia membuka
laptopnya dan kembali menyambung kerjanya yang tergendala.
No comments:
Post a Comment