~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Friday, February 11, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 12

Bab 12

Dr.Aiman betul-betul sakit hati dengan Puan Mariam. Disebabkan Puan Mariam, hubungannya dengan Dahlia sedikit rengang walaupun dah bergelar tunangan orang hampir seminggu. Sepanjang masa itu jugalah panggilan Puan Mariam tak dijawap. Paling kejam Dr. Aiman set kan nombor Puan Mariam dengan nada ringing mod senyap. Memang tak akan berjawaplah jawapnya! Sakit hatinya. Bukan niat nak jadi anak derhaka tapi sekali sekala Puan Maraim kena diajar sedikit. Asyik kata dia je nak kena dengar kata orang lain tolak tepi.
Puan Mariam pun selalu je menangis mengenangkan salahnya. Misha pun jadi sayu mengenangkan mamanya yang dah tak lalu makan disebabkan rasa bersalahnya. Encik Nik Yusof yang asalnya marah mengila pun akhirnya sejuk, tengok isterinya jadi macam tu.
Puas dah Encik Nik Yusof dan Misha telefon Dr. Aiman supaya maafkan Puan Mariam tapi semuanya hampa. Jawapan yang paling pasti Dr. Aiman akan berikan, “tengoklah nanti...” itu jelah jawapan Dr. Aiman.
Misha yang dah bengang tahap Cipanzi terpaksa mengunakan Kuasa Veto Cinta untuk kendurkan api kemarahan Dr. Aiman. Semestinya kuasa veto cinta tu adalah didatangkan khas dari Kg. Tersusun, Tambun. Misha telefon Kak AD sambil menangis-nangis dia minta maaf. Bila Kak AD cakap dia dah lama dah maafkan, Misha buka cerita Dr. Aiman yang marah sangat pada Puan Mariam. Masa tu, Kak AD pula yang naik baran. Naik darah dia 3 aun bila dengar cerita Misha yang bersungguh nangis tu.
“Kak Dahlia, tolonglah pujuk Abang Aiman maafkan Mama. Sian Mama,” sedu Misha.
“Misha, jangan nangis, Dik. Takpe nanti akak kasi settle semua dengan Abang Aiman kamu. Kamu jangan bimbang ok?” Janji Kak AD.
###
“Assalamualaikum...” kedengaran suara Kak AD menyapa Dr. Aiman yang sedang melayan Mee Goreng dengan Air Sirap Bandung di cafe Hospital.
“Wa'alaikumsalam...” Dr. Aiman berhenti dari menyuapkan Mee Goreng ke mulutnya.
“Dahlia...” sambung Dr. Aiman.
“Kosong tak sini? Nak tumbang sekaki boleh?” soal Kak AD yang menatang sepinggan Kuih dan Air Vitagen.
“Dahlia. Please jangan formal sangat. you dengan I bukan orang lain pun,” Dr. Aiman menginjak ke tepi memberi Kak AD ruang untuk meletakkan begnya. Kak AD terus parking pinggul bertentang dengan Dr. Aiman.
“Yelah kenalah minta izin dulu. Kot dah de orang cop ke?” bicara Kak AD. Mukanya diceriakan sedikit. Yelah nak Psiko oranglah katakan.
“Takdenya orang nak cop-coplah, Sayang,” jawap Dr. Aiman.
Untuk seketika, suasana senyap je seperti Malaikat lalu. Memang terasa sunyi. Masing-masing leka melayan emosi. Kak AD dengan tekun mengadap pingan kuihnya, Dr. Aiman leka mengunyah setiap inci Mee Goreng dihadapannya.
'Lapar ke kebulur tunang aku ni? Makan macam dah sepuluh tahun tak makan je.' Kak AD bermonolog sendirian.
“Sejak bila you suka makan benda berminyak ni, Aiman?” bicara Kak AD bila dikerling jam tangannya dah menujukkan jam 12:16 tengahhari. Bererti dah hampir 5 minit berlalu.
Dr. Aiman yang dah selesai 'mengerjakan' Mee Goreng, hanya tersenyum.
“Saje je. Terasa best pula tengok mee ni tadi,” Dr. Aiman mengelap mulutnya dengan tisu. Spek matanya di tanggalkan dan dimasukkan ke dalam kocek jubah putihnya.
“Ye ke? Mama you apa kabor? Sihat?” Kak AD dah start memasang umpan. Dahlia, jangan naik angin Dahlia. Kau kena cool. Nak nasihat orang bukan senang.
Dr. Aiman hilang senyumnya.
“Papa you? Misha? Sihat?” soal Kak AD lagi.
“Sihat. Semua sihat,” Dr. Aiman memalingkan mukanya ke arah padang permainan.
“Aiman, you ni kenapa? Ada apa-apa yang nak share dengan I ke?” Kak AD menarik Dr. Aiman ke dunia realiti.
Nothing. Takde apa-apa pun,” Dr. Aiman mengeleng tapi kepalanya masih ke arah padang permainan.
“Aiman, I speak with you. You gaduh dengan Mama kan pasal hal hari tu?” Kak AD dah tak dapat menahan nafsu amarahnya. Dr. Aiman tetap bergitu.
“Aiman, I dengan family I dah ok dah. Dah tak timbul isu dah. Sian Mama you tu, Aiman. Dosa tau kalau setitik air mata mak kita jatuh disebabkan kita. Silap hari bulan tak cium bau syurga kita kalau mak kita tak ampunkan kita,” Kak AD dah start bersyarah.
Dr. Aiman masih diam bisu seribu bahasa. Sesekali je dia akan menyedut air bandungnya.
“Aiman, memanglah Mama you silap sebab buat keputusan tergesa-gesa macam tu. Tapi Mama you dah mintak maafkan? Tak salah kalau you pun maafkan Mama you,” Kak AD masih tetap bersuara.
“Aiman, Mama you dah minta maaf dengan family I. We all pun dah maafkan Mama you. So, you,...”
You ni dah macam bersajaklah pula. Asyik sebut Aiman...Aiman...Aiman,” tegur Dr. Aiman mematahkan kata-kata Kak AD. Terkaku Kak AD kejap. Salah ke panggil nama tunang sendiri banyak kali?
“Dah you takmo cakap I cakaplah,” akhirnya Kak AD bersuara selepas tersentap dengan statement Dr. Aiman.
Dr. Aiman mengadap Kak AD.
I dah lama maafkan Mama. Cuma belum masanya lagi I nak lafazkan pada Mama,”
“Kenapa?” Kak AD menompang dagunya depan Dr. Aiman.
“Saje,”ringkas.
“Saje? Macam tak logik je. you ni. Tak baik buat Mama macam tu. Misha cakap dah 3 hari Mama nangis tak berhenti. Makan minum pun takmo. Ke kilang pun tidak. Duduk je kat bilik. Papa you pun dah tak terurus dengan keadaan Mama you sekarang ni,” Kak AD dah melangitkan tangannya ke kiri ke kanan.
“Dahlia, you ni kot iya pun, tangan tu tak payahlah macam Karam Singh Walia,” Kak AD mencuka.
“Dahlia, sometime kita kena mengambil peluang yang ada untuk mengajar seseorang tentang hati dan perasaan orang lain. I bukan berdendam dengan Mama jauh sekali nak ajak bermusuh. I saje buat macam ni, I nak Mama berubah sedikit. Jangan fikir kata dia je nak ikut. Kata orang lain tak payah jaga. I adik beradik dah banyak makan hati dengan Mama. Papa tu, you tak payah tanyalah. You nak tau tak kenapa we all boleh tercampak duduk dekat Kelantan nun?”
“Nak...nak...nak...” jawap Kak AD sambil mengangguk-angukkan kepalanya macam burung beletuk.
“Sebab Mama beria nak duduk Kelantan. Tukar ke Kelantan tanpa minta izin Papa. Tau-tau Papa kena ikut Mama pindah ke Kelantan. Logik tak? Kalau orang lain Isteri yang akan ikut Suami. Ni dah kes terbalik. Suami ikut Isteri. Alasan paling kukuh digunakan sebab susur galur keturunan Papa bermula dari Kelantan. Walhal, Tok Oyang letak nama Nik sebab nak sedapkan nama bukan sebab keturunan pun. Semua kena ikut cakap dia. Siapa tahan?” Dr. Aiman meluahkan rasa hati.
I faham, Aiman. Cukup faham. Tapi merajuk kejap-kejap dahlah. Tak perlulah nak merajuk lama macam ni,” pujuk Kak AD lagi.
“Dahlia, bukan sebab perangai Mama je. Disebab kes hari tu, you pun dah kurang dengan I kan? Hubungan kita dah rengang padahal baru je seminggu bertunang,” Dr. Aiman kona tang lain pulak.
“Lah! Sebab yang tu pun u nak hangin sangatlah? Hahaha...” ketawa Kak AD.
“Ketawa pulak dia,” cebik Dr. Aiman.
I kurang dengan you sebab I kan sekarang ni dah duduk wad pembedahan? So, bila kala I nak jumpa you? You nak jumpa I time I penuh dengan darah ke?” Kak AD menyoal dalam tawa yang bersisa.
“Takmo,” jawap Dr. Aiman.
“Ha tau pun. I memang nak sangat jumpa dengan you, sayang. Tapi nak buat macam mana, Encik Tunang kenalah terima hakikat yang awak ni bertunang dengan seorang doktor pelatih bukan doktor pakar macam you,”
“Yelah...yelah...” Dr. Aiman mengalah.
Now call Mama. Cakap dah maafkan dah,” arah Kak AD.
“Malam kanglah,” ngelat Dr. Aiman.
“Kenapa nak tunggu malam? Call je sekarang. Salah ke?” hujah Kak AD lagi.
“Malamlah. I nak prepared untuk meeting petang ni,” alasan Dr. Aiman.
“Ok I pegang cakap you. Sharp jam 11 malam. Habis je shift I, I call you double check. Tak pun I call Misha mau?”
“Ye ok. I call malam kang,” jawap Dr. Aiman menghabiskan air sirap bandungnya buat ketitisan terakhir. Kemudian dua-dua beransur pergi. Kak AD ke utara, Dr. Aiman ke selatan.
Sementara itu, Daim di dalam kem termenung memikirkan kata-kata Mak Cik Kesuma Dewi. Laju otaknya berfikir tentang kemungkinan yang maknya dah mempunyai Calon Isteri buatnya.
'Siapalah agaknya yang jadi pilihan mak ni? Tak pernah tahu pun. Mak jumpa budak ni kat mana? Tak pernah tahu pun. Ni mesti anak kawan mak ni. Tak anak dara Mak Kiah mesti anak dara Kak Melur tak pun Kak Mila. Ish mengarut betullah ada anak dara Kak Mila, aku ni dah layak jadi bapak budak dah. So Kak Mila Out. Anak Mak Kiah pulak pun mustahil. Mak Kiah mana ada anak dara! Yang selalun aku nampak tu menantu dia. So memang lagi out. Anak Kak Melur yang niaga Nasi Lemak pun of courselah out of service. Rosak akhlak. Tak akan mak nak jodohkan aku dengan Laila budak penkid tu? Mengarut betullah. Aduh!!! serabut kepala otak akulah!' Daim mengacau bilaukan rambutnya. Rungsing kepala otak dia memikirkan sebarang kemungkinan.
Sekali,
“Aduh...” mengaduh Daim yang tengah baik punya kusyuk berangan.
“Oit! Pojie, kau apasal? Sikit punya jauh menung?” Saiful membaling bantal kepada Daim. Di kem atau lebih tepat dalam tentera, kita akan di panggil dengan mengunakan nama samaran kita. Jauh berbeza dengan nama sebenar kita.
“Ish! Kau ni kot iya nak balik bantal tu balinglah yang lembut sikit. Ni balik yang keras. Patah hidung aku tau,” Daim berolok-olok seperti hidungnya patah.
“Aleh, heran sangatlah aku dengan hidung kau tu?” Daim buat membetul-betulkan hidungnya.
“Kau ni kenapa Pojie? Dari kau balik kakak kau bertunang, aku tengok kau monyok je. Asyikkan termenung. Apasal?” Jefri pula menyoal.
“Ha'alah Pojie. Kau kenapa?” sampuk saiful pula.
“Takde apa-apalah. Saje je nak menung-menung ni. Salah ke?” jawap Daim kemudian bersila di katilnya.
“Mengarut betul! Mana ada orang saje-saje nak menung.” bangkang Saiful.
“Betul. Aku ok je. Saje je nak menung-menung ni. Lagi pun time ni je la dapat nak menung pun tak lama lagi kita semua nak start operasi. Kendian aku sibuk kursus pula,” jawap Daim.
“Ye, ye je kau ni Pojie. Kalau kau ada problem kau cerita je dengan kitaorang. Insyallah kitaorang akan tolong kau punya,” Jefri datang kemudian memeluk Daim dari belakang. Diusap-usap belakang Daim. Daim menoleh ke Jefri, Jefri sengih semacam. Daim mula rasa tak sedap.
“Woit! Siut kau. Geli arrgghhh...bapak dia. Kau ingat aku gay ke usap macam ni. Tegak bulu tengkuk aku,” jerit Daim sambil berdiri tegak mengusap tengkuknya. Jefri dan Saiful dah gelak sakan.
“Marilah bang. Ayang gersang ni. Hahaha,” usik Jefri lagi. Diraihkan tangannya kepada Daim. Saiful masih setia bergelak sakan.
“Weh! Kepala lutut Lu. Macam Mak Nyah doh,” diambilnya sejadah diatas katil kemudian dilibas ke arah Jefri. Lagak macam nak menghalau hantu syaitan je dah. Jefri sempat mengelak. Sambil bergelak sakan Jefri berdiri sebelah Daim sambil memaut lengan Daim.
“Marilah, Bang,” gedik Jefri.
“Aku katok dengan parang gak mamat sekor ni. Lepaslah. Geli anggota badan aku. Tegak berdiri bulu roma aku tau tak?” Daim menepis tangan Jefri.
Setan apa dah rasuk kau ni? Apasal gatai semacam ni? Kau pi duk sana sebelum aku pengal kepala kau,” arahan Daim tak diendahkan Jefri malah dia dah ketawa mengekek dilantai. Saiful pun ketawa menekan-nekan perut dari atas katil Double Decker. Gamat 1 drom dengan aksi diaorang gelakkan Daim, pegawai atasan diaorang.
Daim dah hilang sabar bila semua dah bergelak mengekek. Jatuh maruahnya sebagai pegawai atasan. Nafsu Amarah naik sampai ke telinga. Merah telinga Daim menahan marah.
“Woi! Senyap semua. Apa korang ingat ni cerita komedi ke?” jerit Daim. Semua senyap kecuali Jefri dan Saiful yang sama pangkat dengan Daim. Semua dah masak dengan perangai Daim. Adakala dia boleh dibawa berbincang. Adakala dia akan menjadi orang yang sangat menakutkan.
“Korang berdua baik senyap sebelum aku lambung korang keluar dari tempat ni,” terkudat-kudat Saiful menahan gelak. Jefri walaupun senyap tapi aksi dia tetap menunujukkan tanda-tanda tidak mahu berhenti ketawa.
“Kau memang nak kena campak kat bawah ke, Jefri?” Daim yang mencangkung dah berkira-kira nak mengunakan kuasa jantannya mengangkat Jefri untuk di humban ke bawah. Tapi sekali benda yang tak di sangka pula terjadi.
Pppprrrrruuuutttt.....
Sekali Daim terlepas bom nuklear make in telur rebus daaa. Habis pekung bau 1 dorm.
“Uppsss....sorry,” itu yang keluar dari mulut Daim.
Sesaat semua senyap hinggalah Saiful pecah gelak. Pesta gelak bermula sekali lagi.
“Hahahahaha....” ketawa besar Saiful. Terkulat-kulat Daim tersengih.
Ketawa punya ketawa, sekali gedebum...Saiful jatuh katil!
Dorm kembali senyap sekali lagi sambil mata memandang ke arah Saiful yang jatuh tertongeng ke bawah. Beria dia mengosok pinggulnya.
“Hahahaha...padan muka kau,” ketawa besar Daim mengundah riuh sekali lagi dalam dorm pada malam tu. Nak pecah perut sorang-sorang ketawa. Macam-macam aksi diaorang buat. Daim pun dah terduduk ketawa sebelah Jefri.
Lupa sekejap dia kisah Mak Cik Kesuma Dewi tentang siapakah bakal Calon Isterinya.

2 comments:

Anonymous said...

funny..hahaha ^-^

ezaitie nfib. said...

tq dear...