~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Friday, February 11, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 11

Bab 11

Hari-hari yang dinantikan semakin menyesakkan dada Kak AD. Semakin berdebar-debar Kak AD. Hari dia akan dipinang oleh Dr. Aiman bukanlah satu hari yang main-main. Hari di mana dia bakal menjadi separuh daripada milik Dr. Aiman. Bukan sepenuhnya lagi ok?
Berkenaan hal ini Kak AD dah pun maklumkan kepada Mak Cik Kesuma Dewi seminggu selepas balik dari Kelantan. Ikutkan hati mahu je diberitahu pada hari sampai Ipoh. Tapi mengenangkan tidak mahu digelarkan gatai merela, Kak AD tahankan juga cerita ni sampai genap seminggu.
“Mak, kakak ada nak cakap sikit ni. Boleh tak?” Kak AD membuka bicara awal petang tu semasa Mak Cik Kesuma Dewi sedang membancuh adunan untuk Kuih Puteri Ayu.
“Mak dah tahu dah apa kamu nak cakap, Dahlia,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi tapi tetap fokus kepada adunannya.
“Ha mak tahu? Ok kalau mak dah tahu cuba mak cakap,” Kak AD memberi ruang kepada Mak Cik Kesuma Dewi untuk bercakap sambil dia mengelap acuan untuk Kuih Puteri Ayu.
“Aiman nak masuk meminang kamu minggu depankan?” kata-kata bersahaja Mak Cik Kesuma Dewi menyebabkan Kak AD melatah. Terjatuh acuan dari tangan. Macam mana mak tahu pula ni? Tak feel langsunglah.
“Betul ke Kak AD?” soal Delila Si Kepoh. Delita memandang dengan penuh minat. Kak AD yang dah merah muka hanya mengangguk.
“Yeah, yeah...dapat abang ipar,” jerit mereka berdua.
“Macam mana mak tahu?” soal Kak AD. Time ni hatinya kuat menyatakan Dr. Aiman yang beritahu punya.
“Siapa lagi. Buah hati kamulah.” bertambah merah muka Kak AD.
“Mak dah beritahu Mak Su Timah dan Tok Anjang kamu pasal hal ni. Katanya dalam jumaat ni sampailah deme dari Lumut. Deme datang hari sabtukan?,” sambung Mak Cik Kesuma Dewi memandang Kak Ad.
“Katanya macam tulah mak. Tapi kenapa mak ajak Mak Su Timah dengan Tok Anjang sekali? Seganlah kakak macam ni. Ingat time bertunang nanti baru nak jemput semua mak,” Kak AD buat muka segan.
“Dahlia, sedap sugus je kamu nak menafikan ahli keluarga ye?” tertinggi not suara Mak Cik Kesuma Dewi.
“Eh! Bukan macam tu mak. Kakak kalau boleh tak nak kecoh-kecoh dulu mak. Tau jelah mulut puaka Mak Su Timah. Bau longkang,” sambung Kak AD.
“Dahlia, kamu tu abah dah tak ada tahu tak? Kalau tak Tok Anjang dan Mak Su Timah siapa lagi nak jadi perantara? Nak harapkan mak? Hai jawapnya tak adalah. Kamu tu pengalaman pertama anak sulung perempuan kena pinang. Dulu masa mak pinang Kak Diana dan Kak Lin dulu pun mak ajak diaorang juga. Diaorang je ahli keluarga arwah abah kamu yang masih hidup. Nak harapkan mak? Mak ni anak yatim piatu. Tak ada sedara mara, Dahlia.” sekali Mak Cik Kesuma Dewi bantaikan ceramah paling kaw-kaw punya. Tiga-tiga terkedu.
“Biarlah apa pun Mak Su Timah kamu tu nak cakap. Mulut je macam tu. Hatinya baik. Dulu masa kamu belajo, siapa yang tolong usahakan juga kamu dapat biasiswa kalau bukan Mak Su Timah kamu? Turun naik dia pejabat JPA tu mintak biasiswa kamu dulu. Dahlia, kita kena ingat jasa orang pada kita, nak. Jangan diingat dengkinya orang pada kita. Lagi pun mak tak pernah pun ajo anak-anak mak dengki dengan orang. Bio orang buat kita jangan kita balas,” sambung Mak Cik Kesuma Dewi sambil mengelap air matanya dengan hujung bajunya.
“Mak, kakak minta maaf mak,” diraihnya tangan Mak Cik Kesuma Dewi. Dicium semahunya. Terasa berdosa yang amat menyebabkan air mata Mak Cik Kesuma Dewi tumpah ke tanah disebabkannya. Mak Cik Kesuma Dewi terus kaku dengan sebelah tangannya mengesat air matanya. Delita dan Delila dah memeluk Mak Cik Kesuma Dewi. Lama mereka bergitu.
“Sudahlah. Sambung buat kuih ni,” akhirnya Mak Cik Kesuma Dewi bersuara memujuk anak-anak daranya yang beria menangis. Lebih-lebih pula darinya.
###
Sehari sebelum hari sabtu yang ditunggu akhirnya memunculkan diri jua. Mak Su Timah dan Tok Anjang pagi khamis dah sampai. Seperti biasa, Mak Su Timah akan bising dari depan rumah bawa ke hujung rumah. Habis pasu-pasu bunga di suruh kemas rapi. Yang menjadi mangsanya mestilah Daim. Mujurlah Daim moodnya baik. Kalau tak mau didajalnya Mak Su Timah ni macam sebelum-sebelum ni.
Teringat pula kisah masa hari raya dua tahun lepas, akibat terlampau geram dengan Mak Su Timah yang membebel je sepanjang hari sebelum raya. Daim lontar mercun tepat masuk dalam tong sampah. Masa tu pula Mak Su Timah tengah nak buang sampah. Apa lagi? Melatah sakanlah orang tua tu. Balik je ke rumah, Sia-sia Daim kena denda cuci halaman rumah Mak Cik Kesuma Dewi tak nak tengok satu daun kering pun yang ada di halaman rumah sepanjang hari tu. Kesian Daim berumah tangga di halaman rumah. Setiap daun kering yang gugur semua berlari dia mengutipnya. Makan minum pun tak dibenarkan. Mujurlah ada adik-beradik yang sejati. Sembunyi-sembunyi diaorang bagi Daim makan dan minum, tolong dia kutip daun kering yang gugur. Mula-mula Daim tak nak juga disimpatikan tapi lepas diceramah oleh Abang Dani terus taubat.
Mak Su Timah ni memang kuat membebel. Dia ni cikgu pencen. Balu tak ada anak. Dah lebih berpuluh tahun Abah Su Leman meninggal. Tak silap beberapa tahun lepas diaorang kahwin sebab kena serang strok. Setia Mak Su Timah dengan Abah Su Leman. Orangnya cantik tapi garang. Garangnya sebab tak mahu orang lelaki ni simpati dengan dirinya. Pernah suami orang ajak dia kahwin. Siap isteri masing-masing tolong pinangkan. Tapi dia menolak baik-baik. Katanya dia tak teringin nak kahwin lagi. Perkahwinannya hanya sekali sahaja dengan arwah suaminya dulu.
Ok kita stop dulu kisah ni. Sambung balik dengan hari rombongan meminang Kak AD. Mak Su Timah, entah apa anginnya, lepas puas membebel dengan Daim pasal pasu bunga, dia terus ke bilik Abang Dani. Katanya nak pinjam bilik ni nak buat bilik pengantin. Terkejut Abang Dani.
“Dani, mak su ingat mak su nak pinjam bilik kamu ni boleh? Nak ubah jadi bilik pengantin,” bicara Mak Su Timah sambil menjelajah ke segenap ruang bilik Abang Dani.
“Ha? Mak su ni demam ke apa? Saya dah 4 tahun dah kahwin Mak su. Tak payahlah nak ubah bilik saya ni jadi bilik pengantin,” jawap Abang Dani.
“Ish! Bukan untuk kamu tapi untuk Dahlia,” terang Mak Su Timah.
“La nak buat apa nak buat bilik pengantin pula, mak su? Kakak ni baru nak dipinang je,” jawap Kak AD yang kebetulan lalu depan bilik Abang Dani.
“Eh! Tak mengapa. Manalah tahu kot-kot hari meminang jadi hari bertunang. Macam mak kamu dulu,” jawap Mak Su Timah lagi.
“Mak dulu macam tu ke mak su?” entah dari mana datangnya, terconggok Abang Daiz di muka pintu.
“Ha'a. Dulu mak kamu macam tulah,” matanya masih meliar memandang segenap ruang rumah.
“Ye ke mak su? Macam mana boleh jadi macam tu pula? Cuba mak su cerita sikit,” Daim pula menyampuk.
“Macam ni...” mak su timah terus duduk atas katil Abang Dani. Semua dipintu masuk ke bilik Abang Dani nak mendengar cerita Mak Su Timah. Delita dan Delila yang mencuri dengar dari luar pun join sama. Elok semua duduk dibawah mendengar cerita Mak Su Timah. Bersungguh Mak Su Timah bercerita. Macam bercerita kepada murid-murid darjah satu je lagak masing-masing. Kusyuk semua mendengar cerita.
“Mak kamu dulu dengan arwah abah kome family matching. Masa masuk meminang tu, first time arwah abah kamu tengok mak kome. Bergetarlah hati lelakinya bila tengok mak kome yang putih melepak tu. Masa tu, mak kome memang lawo sangat-sangat. Sekarang ni pun stay lawo jugak tapi dulu lagi lawo le kiranya. Memang tak ada sapa dapat lawanlah. Kami yang asalnya nak meminang je. Sekali arwah abah kome bisik dengan opah kome nak bertunang terus. Katanya takut orang lain cop,” gelak sakan semua yang duduk dilantai rumah.
“Lepas tu Mak Su?” soal Delita.
“Kemudian bertunanglah deme. Tapi gap 5 jam,” sambung Mak Su Timah.
“Kenapa gap 5 jam Mak Su?” soal Daim pula.
“Arwah abah kamu beria nak beli cincin tunang juga. Pagi kami masuk meminang. Lewat petang deme bertunang. Memang ala kadar je pun. Memang tak ada buat tukar-tukar hantaran pun,” sambung Mak Su Timah.
“Lepas tu kan Mak Su, arwah abah dengan mak bertunang berapa lama?” soal Abang Daiz.
“Tak lama pun. Asalnya 3 bulan tapi tak jadi. Lepas selang seminggu ke dua minggu macam tu deme nikah. Buat kenduri doa selamat je. Arwah abah kamu cakap tak sanggup nak tanggung rindukan mak kamu. Yelah sorang di Gopeng sorang di Lumut. Mananya nak tahan,” semua gelak lagi.
“Hailah abah, abah,” Abang Dani mengelengkan kepalanya.
“Eh! Udah kenapa semuanya berkumpui dekat sini?” Mak Cik Kesuma Dewi menegur anak-anaknya yang elok tersusun depan Mak Su Timah.
“Takda apa mak. Hehehe...” Abang Daiz sebagai ketua bangun dulu dengan gelak yang masih bersisa.
“Kalau takda apa, yang semua dekat sini kenapa?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lagi.
“Takda Kak, ni ha nak ubah bilik Dani ni jadi bilik pengantin. Mintak pendapat deme,” back up Mak Su Timah sambil kenyetkan matanya kepada anak buahnya.
“Pulak? Timah tak payah le beria beno. Meminang je pun,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi sama seperti Kak AD.
“Tak mengapa le. Mane le tahu kot jadi rupe kak nanti,” malu Mak Cik Kesuma Dewi.
“Timah, kalau kamu nak usik, kamu usik bilik tetamu depan nun. Takde sape guna pun. Bunbungnya Daim udah betuikan bulan lepeh,” Mak Su Timah dan Mak Cik Kesuma Dewi berlalu ke bilik tetamu.
Entah apa yang dua mak ni bercakap dalam bilik tetamu tu. Tiba-tiba Mak Su Timah keluar terus diajak Daim ke kedai cat. Daim yang baru nak bersenang lenang boleh naik baran dengan Mak Su Timah. Agaknya dah tak ada nama lain agaknya dia nak panggil. Asyik nama Daim je.
“Daim, jom ikut Mak Su ke kedai jap beli cat,” ajak Mak Su Timah.
“Uish...nak buat apa sampai beli cat?” Daim memberontak.
“Nak cat biliklah. Tak akan nak cat kamu pula,” jawap Mak Su Timah pedih.
“Orang letihlah mak su,” alasan Daim.
“Alah kejap je. Nak mengecat bilik tetamu ni. Dah rupa bilik hantu dah mak su tengok. Lagi pun tak akan nak mngajak Daiz dengan Dani pula. Deme dah ada isteri. Kamu je yang free lagi. Kalau kamu dah kahwin juga lainlah ceritanya,” makin pedih ayat Mak Su Timah lontarkan.
“Apa pulak free? Bayarlah!” jerit Daim.
“Amboi! Dengan Mak Su pun nak berkira ke? Tak apa, tak apa, kalau kamu tak mahu ikut mak su ke kedai beli cat. Mak su boleh pergi sendiri. Tapi kamu yang kena mengecat nanti,” Mak Su Timah terus berlalu ke keretanya. Daim dah mengeluh. Aku lagi...
Daim memang tahap bengang tak hengatlah. Mahu orang tua ni aku dajalkan lagi kang. Dah tak ada ke nama orang lain nak disebut. Asyik-asyik nama aku je kena. Geram aku. Sekali aku letup kang baru tau. Senget punya Mak Su.
“Daim, meh kat Tok, Cu,” panggil Tok Anjang yang khusyuk menyedut rokok daunnya. Daim terus berlalu kepada Tok Anjang.
“Tok nak apa-apa ke?” tanya Daim.
“Kamu marah Mak Su kamu ke?” soal Tok Anjang. Daim diam seribu bahasa. Malas nak melayan cerita pasal Mak Su Timah.
“Mak Su kamu tu biasalah. Memang macam tu kisahnya. Tapi hatinya baik. Kalau Tok ni tak sabar tok pun dah lama dah blah. Tok ni lagilah 24 jam dia duk suruh makan ubat. Rimas Tok,” cerita Tok Anjang. Daim melangut kepalanya diserambi rumah.
“Tapi Tok tahu dia sayang dengan tok tu sebab dia selalu suruh tok makan ubat. Pasal cat tu, dia nak yang terbaik buat anak buah dia. Tu dia sanggup beli cat, ubah pasu, nak ubah bilik depan nun. Dia nak yang paling terbaik buat anak buahnya. Kome ni je la anak buah yang dia ada. Yang lain entah ke mana entah perginya. Lepeh mak bapak masing dah tak ada deme pun hilang,” Daim menoleh ke arah Tok Anjang yang menghisap rokok daunnya pelahan-lahan.
“Tapi Tok, asyik nama Daim je kena panggil. Macamlah nama orang lain tak boleh agaknya nak dipanggil! Ingat orang dah kahwin tak boleh ke nak dipanggil?” protes Daim depan datuk saudaranya.
“Daim, tak akan dia nak panggil Daiz dan Dani? Deme dah ada keluarga masing-masing. Kalau dia minta tolong Daiz, dalam masa yang sama anak dia pun memerlukan perhatian dia macam mana? Mestilah Daiz utamakan keluarganya dulu. Betul tak?” boleh tahan logik juga otak Tok Anjang ni.
“Betul. Okeylah,” Daim dah cool sedikit.
“Ha macam tulah. Kamu nak?” dihulurnya rokok daun kepada Daim.
“Ish! Orang tak merokoklah, Tok,” ketawa panjang Tok Anjang.
Petang tu, balik je Mak Su Timah dari kedai cat, Daim tanpa banyak lengah terus mengecat bilik tu. Katil dan langsir awal-awal lagi Delila dan Delita dah tolong Daim alih keluar bilik.
Delita dan Delila dengan rela hati membantu Daim mengecat keseluruhan bilik tetamu bertemakan pink purple. Dalam hati Daim dah berdetik, pandai juga Mak Su Timah pilih colour yang romantik.
Malam tu, Daim tengok Mak Su Timah tidur lambat menyiapkan bilik pengantin Kak AD. Bersungguh dia menghias bilik tu. Daim dapat merasakan kata-kata Tok Anjang betul. Mak Su Timah sayangkan kami.
###
Pada hari meminang, Mak Su Timah menyuruh Kak Mila make upkan Kak AD. Kata Mak Su Timah, biar muka nampak manis. Kak AD yang malas nak bertekak, akur sahaja dengan permintaan Mak Su. Dalam beria tu, Dr. Aiman memberikan mesej,
Sayang, I and family on the way
Kak AD melaung memanggil Delita suruh beritahu kepada yang lain yang keluarga Dr. Aiman dah dalam perjalanan. Hati Kak AD semakin berdebar-debar.
“Kak, boleh tak nak pergi tandas jap? Terasa nak beraklah,” Kak Mila dah bergelak sakan.
“Kenapa akak gelak ni?” soal Kak AD.
“Kamu tu nervous memanglah macam-macam rasa ada. Cuba bawa relaks. Banyakkan seelawat pada Nabi Muhammad. Insyallah ok nanti,” Kak Ad hanya sengeh. Dapatlah pula dia tangkap air muka aku yang dah berubah ni.
Mak Su Timah sibuk ke depan ke belakang. Melihat apa yang tak sudah lagi. Mak Cik Kesuma Dewi disuruhnya bersiap juga. Menantu dan anak dara Mak Cik Kesuma Dewi disuruh habiskan apa yang habis lagi. Dani dan Daiz disuruh bersiap juga. Daim pula disuruh alihkan semua kereta masuk garaj masing-masing. Tok Anjang pula di suruh bersiap sedia.
Tak lama selepas Kak Mila siapkan Kak AD,
“Assalamualaikum...” suara diluar kedengaran memberikan salam.
“Wa'alaikumsalam...” sambut Abang Daiz. Mak oii...ramainya wakil.
“Jemput masuk jemput,” ajak Abang Daiz. Masing-masing naik ke rumah. Kak AD yang melihat ramai orang terus mesej kepada Dr. Aiman.
Ramainya orang. You tak ckp pun ramai mcm ni.
“Mak Su diaorang bawa hantaranlah,” bisik Delila.
“Ha'a... Mak Su rasa diorang ni nak meminang came tu bertunang ni,” jawap Mak Su Timah.
“Macam kisah mak ke?” soal Delila lagi.
“Rasanya. Delila kamu ikut mak su ke Giant jap. Kita beli buah siap je. Kemudian kita beli kuih-kuih kering tu bagi deme,” Mereka terus melangkah ke dapur.
“Mak, diaorang mai bawak hantaran sekali,” terkejut Mak Cik Kesuma Dewi.
“Deme nak bertunang sekali ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi kepada Mak Su Timah.
“Gamaknya le. Takpe le Awok bawa Delila dan Delita ke Giant beli apa yang dan,”
“Ha 'a iye le. Terima kasih le Timah,”
“Tak ngape. Buat lauk tambah,” pesan Mak Su Timah sebelum keluar dengan Delila dan Delita. Kak Diana dan Kak Lin ligat membuat lauk tambah. Mak Cik Kesuma Dewi dah naik ke atas lepas Abang Dani memanggilnya.
Di ruang tamu, semua mata memandang ke arah Tok Anjang.
“Kami dengor kome ni datang dengan hajat beso,” Tok Anjang memulakan bicara.
“Ha'a. Kita terus terang je lah ye? Kami ni mai jauh nun di timur. Mai nak pinang bunga elok mekar kat taman rumah ni,” Puan Mariam memulakan bicara lepas di siku Encik Nik Yusof.
“Kome ni orang Kelantan ke orang Penang?” soal Tok Anjang yang keliru dengan telo atau slang yang digunakan Puan Mariam. Kak AD dibilik dengan Kak Mila dah gelak.
“Dok eh, kami ni mai dari Kelantan. Saya ni orang Penang nun. Tu telo takda berubah tu,” jawap Puan Mariam.
“Oh! Baru le faham. Ha sambung balik,” arah Tok Anjang.
“Kami nak meminang Angerik Dahlia buat anak teruna kami, Nik Aiman,” sambung Puan Mariam.
“Nak meminang tu boleh, tapi tak mahu tanya ke dia tu dah berpunya ke belum?” soal Tok Anjang lagi. Mak Cik Kesuma Dewi anak beranak dah memandang kepada Tok Anjang. Lalok ke apa orang tua ni? Dah beritahu dah yang nak masuk meminang ni nanti pakwe Kak AD.
“Tok, ni pakwe Kak AD yang masuk meminanglah,” bisik Abang Dani.
“Tok tahulah. Tok saja je nak test market,” Abang Dani dah tepuk dahi. Dalam pada tu, Mak Su Timah terhendap-hendap masuk ke bilik tetamu A.K.A bilik pengantin.
“Mak Su ni nak buat apa semua ni?” soal Kak AD cemas.
“Mak Su rasa deme ni nak bertunang sekali ni,” terbeliak mata Kak AD.
“Macam mana ni mak su?” Kak AD dah semakin cemas.
Mak Su Timah menarik nafas sekali kemudian menyambung,
“Deme bawok hantaran sekali,” terus disusunnya buah, kuih dan gula di atas katil.
“Mak Su nak dulang dengan bakui tak?” tanya Kak Mila.
“Kamu ada ke?” soal Mak Su Timah.
“Kenapa ni Mak Su?” soal Daim yang dah masuk ke bilik Kak AD bila tengok Mak Su terhendap-hendap.
“Deme nak bertunag sekali ni. Tak ngape kita sedia je apa yang patut. Mila, kamu betui ada dulang ke?” soal Mak Su Timah lagi.
“Sat saya pi amibil,” Kak Mila dan Daim terus berlalu keluar rumah. Mak Cik Kesuma Dewi dah keliruan. 10 minit berlalu mereka datang balik. Bakul dan dulang hantaran siap digubah di hulurkan melalui tingkap.
“Buh elok-elok,” pesan Mak Su Timah kepada Delita dan Delila. Semput dada aku kalau semua anak sedara lagu ni. Siap je 'meletak' hantaran dalam bakul dan dulang. Mak Cik Kesuma Dewi datang.
“Macam mana?” soalnya pada Mak Su Timah.
“Beres,” jawapnya sepatah sambil menunjuk ke arah Katil. Lega hati Mak Su Timah bila tengok hantaran siap tersusun atas katil. Mak Cik Kesuma Dewi berlalu ke dapur pula. Dilihat Kak Diana dan Kak Lin sedang mengelap meja. Dia mengangkat bahu, Kak Diana dan Kak Lin menunjukkan ibu jari masing-masing. Alhamdullilah. Mak Cik Kesuma Dewi pun kembali ke tempat asalnya.
“Kalau dah macam tu, kira semua setujulah ni? Ni cincinnya,” Puan Mariam menunjukkan cincin belah rotan kepada Tok Anjang. Tok Anjang menyerahkan cincin kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Mak Cik Kesuma Dewi melihat dan kemudian memberi kepada Abang Daiz dan Abang Dani. Mereka mengangguk.
“Kalau boleh kami nak kira hari ni jadi hari bertunang sekali, boleh ka?” pihak Dr. Aiman bersuara lagi.
“Bab yang ni, kami kena bincang dulu. Mintak diri kejap ye?” Mak Cik Kesuma Dewi mengajak Tok Anjang, Abang Daiz dan Abang Dani ke bilik Kak AD.
“Sah deme nak bertunang hari ni juga,” bicara Mak Cik Kesuma Dewi bila semua dah masuk ke dalam 'bilik pengantin' Kak AD.
“Dah agak dah. Sama macam Kak Dewi dengan Arwah dulu,” Mak Su Timah menyampuk.
“Tak sangka gawat lagu ni. Hai...macam mana ni?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Takpelah kak. Benda dah siap pun. Kita tunangkan je deme ni. Lepas 2 minggu kahwinkan,” pecah gelak semua dengar ayat Mak Su Timah. Mak Cik Kesuma Dewi dah merah pipinya.
“Kakak takmolah kahwin dalam masa terdekat ni. Paling-paling lepas 2 3 bulan ke? Takmolah lepas 2 minggu,” jawap Kak AD dengan penuh resah.
“Macam nilah. Kita tunangkan deme hari ni, tapi kahwinnya dalam masa setahun. Dalam pada tu lantak demelah nak kahwin bila, mak,” cadangan Abang Daiz.
“Ha elok jugak rupa tu,” back up Mak Su Timah.
“Pada Tok, baiklah diaorang ni dikahwinkan dalam masa 6 bulan. Bukan apa, deme ni dah selalu jumpa takut juga kot-kot benda yang bukan-bukan deme buat,” cadang Tok Anjang pulak.
“Ha, ok juga macam tu,” back up Mak Su Timah.
“Mana satu ni Mak Su setuju ni? Along ke Atok,” soal Daim.
“Dua-dua pun Mak Su sokong. Lepas ni boleh fokus pada kamu pula,” jawap Mak Su Timah.
“Eh! Mak Su ni ke situ pula,” rajuk Daim.
“Macam nilah mak kita bagi je tempoh setahun atau 6 bulan je. Tengok diaorang nak pilih mana. Ok tak?” cadang Abang Dani pula.
“Sokong,” sahut semua.
Maka Mak Cik Kesuma Dewi bersama pendekar-pendekarnya (Abang Daiz, Abang Dani dan Daim) beserta Mahaguru, Tok Anjang pergilah mengdapa rombongan Cik Kiah nun. Hahaha... macam hikayat dulu-dululah pula.
“Kami setuju budak-budak ni kita tunangkan hari ni. Cuma kami terkilan je sebab tak dapat menyediakan apa yang patut untuk majlis anak dara sulung kami. Al-maklumlah ni kali pertama kami nak menerima menantu lelaki. Kalau boleh mahu jugalah kami mengadakan sedikit kenduri,” pedih Mak Cik Kesuma Dewi menegur pihak rombongan. Puan Mariam dah tunduk malu. Encik Nik Yusof pandang ahli rombongannya dengan pandangan nak makan orang. Ni semua angkara Puan Mariam. Tak sabar sangat nak menerima menantu perempuan. Nilah padahnya.
“Maafkan rombongan kami ye Puan Kesuma Dewi. Kami terlampau teruja nak dapat menantu perempaun,” Encik Nik Yusof bersuara dalam nada Bahasa Melayu Standard. Puan Mariam mengangkat mukanya. Terima kasih, Abang.
“Tak mengapalah. Nak buat macam mana nasi dah jadi bubur. Kami pun teruja juga nak terima menantu lelaki sulung tapi tidaklah sampai bergini jadinya. Berginilah. Setelah berbincang tadi, kami kalau boleh nak mintak tempoh bertunang tu panjang sedikit. Tak mahulah jadi bergini. Kalau boleh kami mahu tempohnya sama ada 6 bulan atau setahun. Sekurang-kurangnya sempat kami buat persiapan dan anak-anak kita pun sempat buat yang terbaik,” Tok Anjang pula mengeluarkan kata pedasnya. Makin tersentak ulu hati Encik Nik Yusof.
“Kalau bergitu, kami setuju. Tempohnya dalam masa setahun tapi andaikata dalam pada masa tu mereka nak berkahwin kita terima je,” Encik Nik Yusof membuat keputusan.
“Kami setuju,” jawap Tok Anjang.
Puan Mariam di iring Mak Cik Kesuma Dewi pun ke 'bilik pengantin' nak menyarungkan cincin. Cincin belah rotan dan cincin berbatu satu sarungkan ke jari manis Kak AD. Saiznya terbesar sangat.
“Besaqlah pula, maaflah Aiman duk habaq kat mama dia beli lepas balik dari England,” Kak AD mengangguk. Padanlah besar guna saiz masa aku berisi rupanya. Hailah Aiman, lama U perapkan cincin ni kan?
Selepas selesai upacara menyarung cincin, maka sahlah Kak AD menjadi tunangan Dr. Aiman. Sempat lagi mereka mengambil gambar lepas tu. Mak Su Timah awal-awal lagi dah ambil part tukar hantaran. Memang kes terbalik. Patut lelaki bawa 1 dulang perempuan balas 3 dulang ni, lelaki bagi 5 dulang perempuan bagi 3 dulang. Nasiblah labu, siapa suruh buat idea menyejut macam ni.
Dr. Aiman yang entah dari mana datangnya, muncul di bilik pengantin. Masa tu yang tinggal hanya mereka yang nak bergambar. Yang lain dah ke ruang makan.
“Aiman, kenapa you tak cakap yang Mama you nak datang pinang sekali bertunang?” terus Kak ADterkam Dr. Aiman dengan soalan maut.
“Dahlia, I pun sebenarnya tak tahu apa yang terjadi. I tau-tau je diaorang sampai pagi tadi dah siap dengan hantaran. Bila I tanya, mama jawap nak tunangkan sekali,” jawap Dr. Aiman
“Dah tu kenapa you tak inform I?”
Sorry sangat-sangat. I nak informyou pun tinggal lagi sejam je lagi rombongan I nak sampai rumah you. So, better I senyap je. Tadi youbagi SMS bukan I tak mahu jawap tapi I tak tahu nak jawap apa,” cerita Dr. Aiman.
You ni kan? Selalu je nak buat gimik. Nasiblah ada Mak Su Timah tau. Kalau dia tak ada tadi, serius I cakap memang masa mak u sarung cincin tu I pakai kain batik dengan T-shirt je. Baru padan muka you,” Kak AD memang sangat geram mengenangkan hal ni. Mahu sahaja dihempukkan Dr. Aiman dengan bantal.
“Kak AD, dah lah tu. Benda dah lepas dah kak,” tegur Daim. Kak AD dah tarik muka dua kupang.
“Abang Aiman lepas ni cakap dengan rombongan tak payah buat dah adegan terkejut-terkejut ni ok? Daim tahu buat lagi sekali memang Daim reject Abang terus,” amaran Daim membuatkan Kak AD senyum.
“Ok, abang janji. Nanti abang beritahu diaorang,” janji Dr. Aiman. Hai angkara Mama, aku dengan Dahlia bergaduh. Rengus hati Dr. Aiman.
Rombongan disajikan dengan lauk-lauk kampung. Antarannya ulam-ulam, Gulai Lemak Siput Sedut, Ikan Masin Sepat, Sambal Kelapa dan Ayam Masak Rendang. Tersedut-sedut keluarga rombongan menyedut siput sedut dah macam pesta menyedut pula. Tersruut...sruut sana sini.
Sebelum balik, sekali lagi Encik Nik Yusof memohon maaf bagi pihak rombongannya.
Puan Mariam pun berkali-kali minta maaf pada Mak Cik Kesuma Dewi.
“Pueh hati ekau, Mariam? Buek malu den yo tadi. Mano den nak lotak muko ni kalau diaorang tak setuju tadi?” benkeng Encik Nik Yusof pada Puan Mariam.
“Mana la Yam tahu nak jadi lagu ni bang. Yam ingat depa okey ja?”
“Ekau pun Mariam, kot iyo nak buek macam tu borie tahulah awal-awal kek anak teruna kito tu dolu. Ni tengok. Ado dio togur awak tadi? Takdokan? Marah lah tu,”
“Mama pun tak patut buek macam tu. Malu kami tau. Segan Misha nak naik jumpa Kak Dahlia. Padanlah keluarga dia jenis menerima. Kalau tak? Lagi tambah malu tau. Pandai-pandailah mama pujuk Abang Aiman,” Misha pula membebel.
“Iyelah mama tau mama salah. Nanti mama pi pujuk Abang Aiman kamu nun. Mama memang dah menyesal sangat-sangat. Lepas ni mama ikut ja apa Abang hang nak Misha,” sedu Puan Mariam.
Di rumah Mak Cik Kesuma Dewi pula, masing-masing dengan hal sendiri selepas penat bertukus lumus siang tadi. Abang Daiz sekeluarga dah masuk tidur selepas Isyak. Abang Dani pula sedang melayan rancangan Tanyalah Ustaz. Team anak dara pula sibuk bergosip dalam bilik. Ada je benda yang nak digosipnya. Nak-nak bab hal siang tadi. Tingal Daim je yang melangut merenung bintang.
“Agaknya, inilah masanya,” Mak Cik Kesuma Dewi yang melihat Daim keseorangan mula menjalankan misi mencucuk jarum halusnya.
“Achik,” panggil Mak Cik Kesuma Dewi sekali. Daim menoleh dan senyum kepada maknya.
“Jauh menung,” sambung Mak Cik Kesuma Dewi.
“Takdelah. Saja je layan perasaan. Muaz pun dah tidur. Kalau tak boleh gak main dengan dia,” jawap Daim.
“Sejukkan malam ni?” Mak Cik Kesuma Dewi mula berkias. Ayat mesti manis punya.
“Alah, mak tak payahlah nak berbunga-bunga bagai ni. Cakap je apa mak nak cakap,” Daim yang sememangnya dah faham sangat dengan perangai gabra dan kaki bunga-bunga Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ish! Kamu ni Achik. Tahu je,” tersipu Mak Cik Kesuma Dewi diserkap bergitu.
“Achik dah hidup dengan mak dah dekat 28 tahun dah mak. Paling-paling kenal mak betul-betul kenal dah 20 tahun dah mak. Mak nak cakap apa?” soal Daim kembali.
“Takdelah. Oklah mak terus terang jelah ye? Tak lama lagi kakak kamu dah nak kahwin. Lepas kakak kamu, kamu pula. Kamu dah ada calon ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi tanpa selindung.
“Dah agak dah. Buat masa ni, tak ada lagi,” tunduk Daim.
“Iye ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi kemudian terus duduk sebelah Daim. Terkejut Daim. Apa kena mak aku ni? Adalah ni...
“Ye...,” jawap Daim sebaris. Mak Cik Kesuma Dewi hanya senyum.
“Oh! Mak senyum, senyum ni. Lain macam je gayanya. Jangan-jangan...” Daim dah goyang-goyangkan jari telunjungnya depan Mak Cik Kesuma Dewi.
Mak Cik Kesuma Dewi mengangkat keningnya berkali-kali. Daim mengeliling. Mak Cik Kesuma Dewi mengangguk.
“Oh! no...no...no...,” Daim terus bangun dari tempat duduknya.
Yes...yes...yes...,” Mak Cik Kesuma Dewi speaking daaa...
“Ish! Nantilah dulu mak. Tunggulah sampai Kak AD dah selamat,” jawap Daim sambil memandang langit.
“Tak salah kalau kita usahakan sekarang bukan?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Memang. Tapi...kita dulukan Kak AD dulu. Lepas tu baru kita bincang balik. achik masuk dulu ye?” Daim terus melangkah masuk ke dalam perut rumah meninggalkan Mak Cik Kesuma Dewi keseorangan diluar rumah.

No comments: