Bab 47
“Saya belikan awak nasi goreng ayam.
Bolehkan?”
Kain yang menutup mulut Dhia
diuraikan. Habis berbirat dan berbekas di pipi kiri dan kanan. Berginilah keadaanya Dhia sejak tiga hari
yang lepas. Mulutnya sentiasa ikat dengan kain. Tangan diikat ke belakang. kaki
pula di ikat rapat sampai ke betis. Tangan dan kaki, kalau di ikat mengunakan
tali raffia je takpelah juga. Ini si lilit sekali dengan tali tansi. Memang
dasarkan nak mendera Dhia. Tali tansi kalau gerak sikit pun boleh melukakan
badan. Posisi badan juga tak pernah diubah-ubah. Dhia tahu, dia memang tak akan ada peluang untuk lari dengan
keadaan dirinya seperti sekarang.
Tudung pula, tak payah cakaplah.
Senget benget. Anak-anak rambut keluar dari celah-celah hujung tudung. Nak
minta Bob betulkan, memang Bob sekadar bermimpi di siang hari jelah jawapnya.
Tak akan dibenarkan Bob menyentuh dirinya walaupun hanya selebar kuku. Selepas
apa yang Bob lakukan pada dirinya, ingat senang-senang ke nak bagi Bob sentuh
dirinya lagi? Memang taklah!
Itu pun, Bob tetap berani-berani
juga menyentuh Dhia. Kadang dipegang bahu Dhia. Diulis pipi Dhia. Kepala Dhia
diusapnya. Kalau Dhia berada dalam keadaan sedar atau terjaga, Dhia akan
menjengkelkan matanya. Bob hanya ketawa dengan reaksi yang mampu Dhia lakukan. Iya.
Hanya itu yang Dhia mampu lakukan. Tapi kalau dalam keadaan tak sedar atau
sedang tidur, entah apa lagi agaknya yang Bob boleh lakukan.
Mujurlah, masa Bob bawa lari Dhia,
Dhia berbaju T-shirt lengan panjang dan berseluar Jeans. Kalaulah Dhia pakai baju kurung atau pun blouse dan berskirt panjang,mahu dah terselak sana sini. Lagi susah nak halang
Bob dari menyentuh dirinya secara sengaja. Bab yang itu Dhia amat bersyukur
dengan kurniaan Allah.
Nasi goreng disua ke mulut Dhia.
Dhia memalingkan mukanya. Sudu digasak ke bibir Dhia. Dhia masih tetap
memaling. Kali ini sudu yang menyuap Dhia, diludahnya. Polisterin dicampak ke
tepi.
“Apa kena dengan awak ni,Fie?” Bob
mengeluh.
“Aku tak nak makan,” pandangannya dibuang keluar tingkap. Lebih
damai rasa hati melihatkan hijau warna daun dari melihatkan manusia
bertopengkan syaitan dihadapan mata.
“Ok! Kalau tak nak makan pun, kenapa
diludahkan makanan tu?” Bob cuba berlembut dengan Dhia selagi yang boleh.
“Suka hati akulah nak buat apa pun.
Kau sibuk kenapa?”
“Fie, awak kena makan. Awak dah tiga
hari tak makan,” Bob mula tampak tegang.
“Aku kata aku tak nak makan, aku tak
nak makanlah!”
“Saya
suapkan,” bekas polisterin diambil kembali.
“Aku
tak nak makanlah, sengal!” wajahnya garang memandang Bob. Garang!
“Awak kena makan, Fie. Awak perlu nampak
cantik menjelang lusa,”
“Kenapa dengan lusa? Bob, lepaskan
aku. Aku nak balik pada keluarga aku. Pada tunang aku,” rayu Dhia.
“Lepas lusa kita balik okey?
Sekarang kita makan dulu,” permintaan Dhia diabaikan Bob. Nasi sekali lagi
disuakan ke mulut Dhia.
Dhia memandang wajah Bob dengan satu
perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan benci yang
semakin meluap-luap. Perasaan hina yang teramat sangat kepada Bob. Akibat dari
perasaan itu, wajah Bob dilucahnya. Mengenai tepat ke batang hidungnya.
Bob mengesat ludah Dhia dengan
tangan. Pipi kiri Dhia ditamparnya keras.
“Tak guna punya perempuan! Aku bagi
makan pun tak nak ke?” pipi kanan Dhia pula ditamparnya.
Kali
ini lebih sakit. Sangat sakit. Kekuatannya menyebabkan badan Dhia yang tak
bermaya menjadi mangsa. Tamparan Bob menyebabkan Dhia jatuh ke lantai. Kemudian
Bob terus pergi meninggalkan Dhia masih dalam posisi yang sama.
“Sengal
punya, Bob. Kalaukan aku boleh ditampar dengan sesuka hatinya, apatah lagi
isterinya sendiri. Mesti selalu jadi mangsa,” Dhia mengomel sendirian.
Dhia
tahu, kalau Dhia menjerit macam orang gila sekali pun, belum tentu akan ada
orang yang tolong. Dalam pondok buruk ditengah kebun getah ni, siapalah yang
dapat mendengar? Binatang buas agaknya. Tapi Dhia ada mendengar Bob berbual
dengan kawan subahatnya tentang ke seberang. Tapi ke seberang mana Dhia tak
pasti. Agaknya, ini yang Bob maksudkan berkenaan lusa. Mungkin mereka bertiga
akan ‘menyeberang’ ke seberang sepertimana yang dimaksudkan oleh Bob.
Terbit
rasa kasihan didasar hati Dhia kepada isteri Bob kalau berginilah keadaanya
selalu. Bagaimanalah isterinya Bob kalau tiap hari makan penampar dari Bob?
Mesti selalu makan hati berulam jantung hempedu dan limpa.
Air
mata Dhia mengalir keluar. Dhia teringat apa yang berlaku pada dirinya tiga
hari yang lepas. Kenapalah aku cuai sangat hari tu? Kalaulah aku pastikan semua
pintu ditutup dan dikunci sebelum menghidupkan enjin kereta, mesti semua ini
tak akan jadi. Kalaulah aku tak gatal parkir kereta dekat luar pejabat, mesti aku
dah selamat dari Si Bob ni. Kenapalah aku tak parkir je dekat depan pintu masuk
utama? Paling kuat pun kena bebel dengan Pak Saleh je. Itu pun, bebelnya tak
lama. Alih je kereta hilanglah bebelnya. Esok boleh bergurau balik dengan Pak
Saleh.
Tapi
kalau diingatkan balik hari itu, bertambah sakit hati Dhia pada Bob. Pada hari
itu, Bob meluru masuk dan duduk di kerusi sebelah pemandu. Bob mencengkam kuat
lengan Dhia. Langsung Dhia tiada peluang untuk melawan. Telefon bimbit Dhia
dicampakkan ke belakang. Masa itu, Dhia sedang berbalas mesej dengan Daim. Tak
tahulah sempat ke tidak mesej itu dihantar. Tapi kalau sempat dihantar pun tak
berguna apa-apa. Mesej tu hanya membalas apa yang Daim soal. Itu sahaja. Tidak
membantu walaupun sebesar zarah.
“Bob?”
terperanjat Dhia bila melihatkan Bob berada dalam perut keretanya.
“Ikut
saya,” Bob terus mengengam lengan Dhia.
“Nak
buat apa? Sakitlah!”
“Jangan
banyak cakap. Ikut jelah,”
“Aku
tak naklah,” Dhia cuba meleraikan pegangan lenganya.
Dhia
membetulkan letak kakinya. Dengan langkah berjaga-jaga, Dhia menghayunkan
lututnya kepada perut Bob. Tapi lain pula yang jadi. Lutut Dhia mengenai pada
palang gear box. Mengerang kesakitan
kejap Dhia. Iyalah. Kena tang lutut tu. Kalau tempat lain takpelah juga. Lutut
merupakan aset sendi untuk berjalan dan berlari. Kalau hilang nikmat lutut...
“Ha,
kan dah kena? Ikut je saya. Jangan melawan, kan senang?” Bob mengosok lutut
Dhia. Dhia menepis tangan Bob. Kasar.
Seketika
kemudian, Dhia ternampak kaki payung yang berada di bahagian bawah kaki tempat
duduk belakang. Dhia cuba untuk mengambil dalam peluang dan kesempatan yang ada
bila Bob melepaskan tangannya untuk mengusap lutut Dhia. Dhia sudah memikirkan
untuk menghempuk Bob dengan kaki payung yang sudah berada ditangan.
Bunyi
hon dari arah belakang kereta Dhia, menyentakkan Dhia. Kaki payung terlepas
dari gengamannya. Bob kembali memegang lengan Dhia. Dhia berharap orang yang
membunyikan hon itu, nampak apa yang Bob lakukan. Tapi sebaliknya, Bob membuat
isyarat tunggu dengan tangan kirinya. Krompomi!
Dhia
mencapai kotak tisu dan memukul badan Bob. Menyebabkan Bob terpersuk ke tepi
sana. Tengah sedap memukul badan Bob, pintu sebelah Dhia dibuka orang. Badan
Dhia terjatuh keluar. Dhia menjerit meminta tolong tapi lebih cepat ditekup
dengan sehelai kain putih. Terkapai-kapai tangan Dhia menahan lemas. Gerak
tangan Dhia semakin pelahan. Dhia akhirnya terkulai layu. Dhia pengsan.
Dhia
hanya tersedar bila kepalanya terhantuk pada bumbung kereta. Dhia lihat, tangan
dan kakinya sudah di ikat sepertimana sekarang. Mulutnya juga diikat dengan
sehelai sapu tangan.
“Eh!
Sayang dah sedar?” Bob menarik kain yang menutup mulut Dhia.
“Aku
kat mana ni?” soal Dhia terpinga-pinga.
“Kita
nak ke syurga. Hahaha...” ketawa Bob dan rakannya yang memandu.
“Lepaskan
akulah, bodoh. Aku nak balik. Aku tak nak ikut kau,” jeritan Dhia mengamatkan
kereta.
“Bob,
kau tutup sikit mulut perempuan ni. Terganggu kosentrasi aku,” arah kawan bob
yang memandu.
Bob
memusingkan badan ke belakang. Cuba untuk menarik kain yang sudah melurut ke
leher Dhia. Dhia melarikan diri setiap kali Bob cuba untuk menarik kain
dilehernya. Badan Bob yang besar menyukarkan lagi pergerakkanya. Beberapa kali
juga siku Bob yang tajam hampir mengena mata kawannya. Bergoyang ke kiri dan
kanan kereta dibuatnya. Beberapa kali juga kereta mereka di hon oleh kenderaan
yang lain sebab memandu dalam keadaan bahaya.
Sudahnya,
kereta diberhentikan di bahu jalan. Bob disuruh keluar dan duduk dibelakang
dengan Dhia. Bob buka sahaja pintu kereta, Dhia dengan cepat mengesotkan
badannya untuk keluar. Kaki Dhia sudah
berjaya keluar tapi...
“Hei!
Perempuan. Nak pergi mana?” tudung Dhia direntap oleh kawan Bob.
Bob
menolak masuk Dhia.
“Perempuan
ni hak aku. kau jangan nak memandai, Yusof,” terdengar Bob memberikan amaran
kepada lelaki bernama Yusof yang seadang memandu.
“Aku
nak balik. Aku tak nak ikut kau,” jeritan Dhia semakin menjadi-jadi.
“Diam,
Fie. Diam,” Bob menunjukan isyarat senyap dengan tangannya.
“Aku
nak balik! Nak balik! Nak balik!” semakin kuat jeritan Dhia. Yusof sudah
menutup telinganya.
“Aku
kata DIAM!” satu tamparan yang hinggap dipipi Dhia membuatkan Dhia terkulai
ditepi tingkap kereta. Air matanya jatuh.
Kain
yang berada dileher ditarik untuk menutup mulut Dhia. “Maafkan saya, Fieyah,”
hanya air mata yang dapat menemani Dhia kala ini.
###
Hasil siasatan awal polis, Bob sudah
membawa lari Dhia hingga berada disempadan Malaysia-Thailand di Kelantan. Sofea
yang pada mulanya enggan bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan Bob,
akhirnya akur selepas diugut Daim untuk turut sama mengheret Sofea ke muka
pengadilan. Hasil provokasi Daim, membuatkan Sofea memikirkan tentang
keselamatan bayi yang dikandungkan. Sofea tak mahu bayinya diapa-apakan. Dia
tak mahu bayinya dilahirkan di dalam penjara.
Melihatkan
muka Daim yang mengerunkan pun sudah cukup kuat membuatkan Sofea ketakutan.
Daim memerhatikan tindak tanduk Sofea sentiasa. Sofea juga dikuarantin di rumah
Dhia. tiada sesiapa pun dapat meninggalkan rumah Dhia dari masa ke masa.
Dari pagi membawa ke petang Sofea
cuba menghubungi Bob tapi tiddak berjawap. Entah macam mana Sofea tergerak hati
untuk menelefon telefon bimbit Bob yang satu lagi. Nasiblah Bob menjawap
panggilan Sofea kali ini. Panggilan selama dua minit digunakan sebaik mungkin
untuk mengesan dimana Bob melarikan Dhia. Dari situlah, pihak polis mengesan
yang Dhia dan Bob berada di Kelantan. Sudah berada beberapa ratus kilometer
untuk sampai ke sempadan Negara.
Pihak polis Kelantan, Imegresen dan juga
kastam dihubungi untuk mengadakan sekatan jalan raya besar-besaran. Pihak
Maritim juga diminta untuk melakukan rondaan dengan lebih kerap. Menolak
kemungkinan yang pengangkutan air tidak akan digunakan untuk melepasi ke
Thailand, adalah meleset. Pengangkutan air lebih kurang berisiko dari
pengangkutan darat. Nak, nak
Poster
gambar Bob disebarkan dengan meluas disekitar Kelantan. Ini juga merupakan
salah satu usaha pihak polis untuk mencari Bob dan Dhia. Berita tentang
penculikan Dhia juga menjadi berita hangat di media-media massa. Disebabkan itu juga, Yusrina, Kamal, Ayu dan
Mutalib diarahkan mengadap pengarah bahagian bagi memberikan penjelasan yang
wajar. Apa yang boleh mereka katakan? Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah
menjadi Nangka.
Dr. Aiman yang baru sampai ke rumah Dhia,
menghubungi Azli meminta bantuan awal untuk mengesan lokasi sebenar. Walaupun
Azli merupakan pegawai polis dibahagian Nakotik, Azli tetap memberikan sepenuh
kerjasama bagi mengesan lokasi yang lebih tepat Dhia dilarikan. Azli tidak
menolak kemungkinan Dhia disorokkan di kebun-kebun getah, kelapa sawit atau
mungkin di kawsan pergunungan.
Dr. Aiman, Daim, Jefry dan Pak Cik
Lutfi mengikut pihak polis terbang ke Kelantan. Pada awalnya, pihak polis
melarang tapi alasan yang diberikan Daim dan Pak Cik Lutfi membuatkan mereka
akur pada pemintaan mereka berdua. Pemergian mereka berempat adalah bersyarat.
Mereka hanya boleh menjadi pemerhati bukan sebagai penyibuk tugasan polis.
Tapi itu semua bukanya lut pun pada
Jefry dan Daim. Mereka berdua dalam senyap telah merangka rancangan lain.
Beberapa rakan setugas dihubungi bagi membantu mencari Dhia. biasalah, nama pun
anggota tentera. Mereka ada cara tersendiri untuk mengesan dan mencari bukti
yang ada.
Kak AD yang sedang hamil anak
sulung, ditinggalkan bersama yang lain di rumah Dhia bersama-sama Abang Daiz
dan Abang Dani sekeluarga. Mereka sendiri pun baru sampai di rumah Dhia semasa
mereka berempat sudah mahu berangkat.
###
“Bob, habis kita, Bob. Habis,” Yusof
masuk dengan senaskah surat khabar ditangan.
“Apa yang habisnya?” soal Bob yang
bersandar malas di kerusi sambil menghisap rokok.
“Ni kau, tengok ni. Muka kau dengan
perempuan ni keluar surat khabar,” Yusof menunjukkan laman muka surat khabar
yang tertera gambar Bob dan Dhia.
Bob merampas surat khabar ditangan
Yusof dan dibawa membelakangkan Yusof, “Sial!” surat khabar dicampak ke lantai.
“Aku nak berhenti, Bob. Aku nak
berhanti. Aku dah tak nak ikut kau dah. Aku ada anak bini nak kena jaga. Kau
tahu tak?”Yusof menyatakan pendiriannya.
Dhia hanya memerhatikan sahaja.
Disebalik ikatan kain dimulutnya, terukir satu senyuman. Akan ada bantuan yang
datang...
“Yusof, tinggal esok je. Lepas tu
kau dah boleh balik rumah keluarga kau. Kau bagi aku lepas sempadan je,” rayu
Bob.
“Oh! Aku tak sanggup, Bob. Kau tak
baca ke tadi? Polis tengah buat sekatan besar-besaran. Aku tak sanggup beb,”
Yusof bemundar mandir dihadapn Dhia.
“Tapi itu jalan darat. Kitakan ikut
jalan laut? Nak takut apa?”
“Kepala hotak kau! Kalau dah sampai
muka kau masuk surat khabar kau ingat polis bodoh? Kau ingat polis tak tahu nak
sekat dekat mana ke? Mestilah jalan laut sekali dia orang buat sekatan,”
‘betul! Apa bodoh sangat kau ni, Bob? Nama je belajar tinggi tapi benda kecil
macam ni pun tak dapat nak fikir ke? Baik lagi aku yang lulusan tingkatan tiga
je,’
“Habis macam mana aku nak ke
sebarang?” Bob memegang kepalanya.
“Itu aku tak tahu. Yang aku tahu,
aku nak balik jumpa anak bini aku. Pandai-pandai kaulah nak buat apa pun,’
Yusof terus melangkah pergi.
Lengan Yusof direntap.
“Kau tak boleh pergi mana-mana
selagi aku dan Si Fieyah tak kahwin. Faham?” kolar baju Yusof dicekaknya.
A’ha! Kahwin. Bob culik aku untuk
paksa aku kahwin dengan dia? Padanlah heboh nak sangat suruh aku makanlah. Nak
tengok aku ni cantiklah. Rupanya ada agenda tersendiri. Sengal punya, Bob.
Kelebihan
fizikal yang ada pada Bob membuatkan Yusof tidak dapat melawan. Laju
dianggukkan kepala tanda setuju. Kolar baju Yusof dilepaskan dan Bob terus
keluar dan menghempas kuat daum pintu. Kedengaran bunyi pedal minyak kereta di
tekan kuat. Membuatkan kereta mengaum meninggalkan pondok usang ditengah kebun
getah.
Yusof
merapati Dhia. Rapat dan sangat rapat. Yusof membongkokkan badannya. Kini jarak
muka Dhia dan Yusof, dijarakkan hanya senafas. Kain yang menutup mulut Dhia
dilurutkan ke bawah. Dhia tidak selesa diperlakukan bergitu. Dhia risau
seandainya Yusof cuba untuk melakukan sesuatu diluar jangka akal Dhia.
“Bagi
aku nombor telefon tunang kau,” Yusof mengeluarkan telefon bimbit dari poket
belakang.
“Kau
nak buat apa? Nak tuntut wang tebusan?” soal Dhia kasar.
“Kalau
aku nak tuntut wang tebusan, lama dah aku buat. Tak payah tunggu sampai hari
ini baru nak buat,” Yusof mula menjarakkan dirinya dari Dhia.
“Habis
kau nak buat apa dengan nombor tunang aku?”
“Aku
nak beritahu dia kita dimana,”
“Kenapa?”
“Sebab
aku nak selamatkan kau,”
“Aku
tak faham. Kenapa kau nak selamatkan aku?” berkerut dahi Dhia dibuatnya.
“Kau
tak salah. Yang salah tu Bob. Siapa suruh dia tak boleh lupakan kau? Isteri dah
sarat pun masih fikir nak main kayu tiga. Lagi pun, aku tolong kau, kau tolong
aku. Aku ada anak bini yang aku nak tanggung,” Yusof meluahkan rasa.
Iya
ke Si Yusof ni? Boleh percaya ke dia ni? Macam pelik je tiba-tiba nak tolong
aku.
“Kau
jangan risau. Aku tak akan kenakan kau. Kau boleh percayakan aku. macam nilah.
Kau bagi nombor tunang kau, aku dail tapi kau cakap. Puas hati?” Yusof masih
membuat timbang tara dengan Dhia.
“Kenapa
kau tak telefon polis je? Lagi senang. Tunang aku tu tentera je,”
“Kalau
aku call polis. Kantoilah aku.
Percayalah. Aku berani sumpah atas nama anak aku yang baru lahir, Nurul Natasya
binti Yusof,” Yusof mengangkat tangan separa bahu.
“Tak
payah nak bersumpah bagailah. Kalau kau bohong aku, aku doakan kau lebih celaka
dari sekarang. Doa orang teranaya ni makbul. Kau nak?” kata-kata Dhia
mengundang tawa Yusof.
“Aku
tak bohonglah. Susahlah berurusan dengan kau. Teliti sangat!” sempat Yusof
memerli Dhia.
“Sebab
berurusan dengan penculik samalah berurusan dengan Malaikat maut,”
“Jangan
bimbang, Dhia. Aku tolong kau, kau tolong aku. Aku pun nak balik,” Yusof
berwajah sayu. Kemudian Yusof mengeluarkan dompetnya. Sekeping gambar
dikeluarkan. Gambar Yusof bersama keluarganya.
Melihatkan
kesungguhan Yusof untuk membantu, Dhia akhirnya memberikan kepada Yusof nombor
telefon Daim. Yusof mendail dan kemudian memberikan telefon kepada Dhia. Dhia
menjadi juru bahasa pengantara antara Daim dan Yusof. Setiap apa yang Yusof
bisikkan, Dhia sampaikan pada Daim.
Yusof
menyuruh Daim supaya jangan meletakkan telefon. Jika boleh, cuba kenal pasti
kedudukan lokasi mereka. Ini kerana, sesampai sahaja di Kelantan, Bob yang
memandu. Jadinya, Yusof sendiri tidak pasti mereka berada dimana. Yusof hanya
keluar ke kedai berdekatan sahaja.
Yusof
memberitahu rancangan Bob untuk membawa lari Dhia ke Thailand untuk menikahi
Dhia melalui sendikit di sana. Sendikit yang tak perduli tentang wali, saksi.
Yang penting wang disediakan dengan secukupnya. Walimah, Dhia dipaksa berkahwin
pun mereka tak ambil pusing.
Sedang
asyik berbual dengan Daim, Yusof mematikan talian. Bob dah balik. Cepat-cepat
kain di tarik ke mulut Dhia. Jari telunjuknya membuat isyarat senyap. Muncul
Bob dengan muka bengisnya.
“Kita
bertolak malam ni,” Dhia terus ditarik masuk ke dalam kereta.
Kunci
kereta dicampakkan kepada Yusof. Bob duduk dibelakang bersama Dhia. Telefon
bimbit Yusof terus bergegar dan bergegar. Mesti Daim yang telefon. Yusof tak
boleh menjawap panggilan dihadapan Bob. Nanti mesti kantoi.
“Angkatlah
telefon kau tu. memekak je bunyi vibration
dia,” arah Bob.
“Abang
dah nak gerak dah. Esok kita jumpa,” Yusof gunakan peluang ini untuk membiarkan
telefon berhubung dengan Daim.
Daim
kepelikkan tapi talian tidak pula dimatikan. Ini merupakan satu kod dari Yusof!
No comments:
Post a Comment