Cuaca
petang itu, redup sangat. Aku berjalan menyusuri dari satu taman ke satu taman.
Menyelongkar tong sampah, mengutip tin-tin kosong yang ada. Aku simpan dalam
karung yang sudi menemani aku selama ini. Kadang-kadang sisa makanan yang masih
elok, aku ambil sebagai juadah sampinganku. Kadang kalau ada yang bersimpati
akan nasibku, akan ada yang sudi menghulurkan aku barang sebungkus roti dan air
mineral. Aku terima, asalkan ia halal.
“Nenek,
nenek. Mama, itu nenek!” teriak seorang kanak-kanak menyentakkan aku.
Aku
memandang wajah yang berada tidak jauh dariku. Aku senyum. Dia masam mencuka. Jelingan
mautnya menusuk kekalbu tuaku. Senyumanku kembali mengendur. Aku cuba melambai
tapi…
“Bukanlah,
Sayang,”
“Tapi
muka nenek tu macam nenek kita,” jari kecil itu masih menunjuk ke arahku.
“Itu bukan neneklah, Sayang. Nenek dah
jumpa Tuhan. Itu orang gila. Sudah jom. Mama dah lambat ni,” pantas kanak-kanak
itu dirangkulnya dan dibawa pergi sejauh mungkin.
Jawapan yang meluncur keluar dari ibu
kanak-kanak itu, seakan meragut separuh nyawaku pergi. Kakiku seakan hilang
paksi kestabilan. Kepalaku berputar sepantas helikopter. Plastik rezekiku,
jatuh menyembah bumi. Akhirnya, aku terkulai layu di situ.
Air mataku mengalir umpama empagan Tasik
Kenyir yang pecah. Dada ini terasa amat sesak seakan ada orang yang menumbuk
tepat kepadaku. Tapi apa guna diratap, dihiba, diingati jika orang sudah tak
sudi. Semua ini bukan salah dia. Bukan! Sebaliknya salah Si Tua ini.
###
“Mak!
Mak…” teriakkan Nora mengegarkan seluruh isi rumah.
Mak
Inang sudah berlari-lari anak menuju kepada Nora, satu-satunya anak perempuan
Mak Inang.
“Iya,
Nora. Nora panggil Mak?” lembut tutur kata Mak Inang. Namun, tutur kata itu
dilemparkan dengan secebis kain. Tepat mengenai muka Mak Inang.
“Mak
tengok apa yang mak dah buat dengan baju Nora? Habis rosak! Nora suruh mak
basuh guna tangankan? Pakai air sejukkan? Yang mak pandai-pandai masuk mesin
basuh tu kenapa? Tengok apa dah jadi dengan baju Nora?” umpama halilintar,
suara Nora memasuki ruang lingkup telinga Mak Inang.
“Mak
tak sengaja, Nora. Mak lupa sangat-sangat. Maafkan mak ya, Nora?”
terketar-ketar tangan tua Mak Inang.
“Oh!
Senangnya mak cakap. Maaf, maaf, maaf. Mak ingat dengan maaf mak tu boleh buat
baju ni elok balik ke? Mahal tau tak Nora beli baju ni. Setakat orang macam mak
yang merempat rumah anak sendiri memang tak mampu nak pakai baju macam ni,”
“Nora!”
tangan Mak Inang sudah naik separas muka Nora.
“Apa?
Apa? Nak lempang? Nak tampar? Buatlah. Buat. Mak ingat ya, mak. Kalau bukan
Nora yang kutip Mak dekat kampung dulu. Bawa mak duduk dengan Nora. Agaknya,
mak dah lama mampus kebulur tak makan apa-apa tau. Silap-silap hari bulan
berulat kena makan dengan ulat mayat,” air mata Mak Inang sudah deras mengalir.
Ini
bukan kali pertama Nora memperlakukan Mak Inang sedemikian rupa. Sebaliknya
sudah acap kali. Tapi Mak Inang hanya mampu bersabar dan bersabar. Hanya Nora
sahaja tempatnya bergantung harap untuk meneruskan sisa hidup dihujung tanduk.
Harith, Fitri dan Aiman sudah jauh membawa
diri masing-masing. Harith sudah buat keputusan tidak mahu pulang ke Malaysia.
Mahu terus menetap dan menjadi warganegara Jordon . Fitri sudah berumahtangga
dengan seorang wanita Australia. Aiman pula sentiasa sibuk dengan misi Aman
Palestin. Benar kata Nora, jika bukan dia yang ambil dan sanggup membela aku,
agaknya aku sudah pun mati berulat! Bisikkan hati tua Mak Inang beserta
linangan air mata yang sudah tidak bisa keluar lagi.
Tangan yang diangkat tinggi separas muka
Nora dijatuhkan.
“Tahu pun. Sedar pun diri. Ingat dah tua
nak mampus pun tak sedar diri lagi. Sudah! Bawa baju ni keluar. Mak kena
usahakan dalam apa jua cara sekali pun, mak kena pastikan baju ni kembali
kepada asal. Faham?” tempiak Nora sambil menolak Mak Inang keluar dari
biliknya. Pintu dihempas tepat dihadapan muka Mak Inang.
Mak Inang terkedu dan langsung berlalu
pergi. Cucunya Sofea hanya memandang sepi. Tidak mengerti apa yang sudah
berlaku. Tapi apa yang pasti, Ibunya marahkan neneknya. Sebab muka ibunya, Nora
nampak sangat garang dan menakutkan. Sofea hanya memakukan kakinya dibalik
kerusi ruang tamu. Dia tahu kalau dia mendekati ibunya sekarang, dia akan
menerima apa yang neneknya terima.
###
“Mak
Long, jomlah Mak Long duduk dengan Sal. Sal boleh jaga Mak Long. Mak Long dah tak
perlu rasa terseksa lagi,” pujuk Salbiah, anak saudara Mak Inang yang pernah
disusukan. Pernah dijaga sehingga bergelar Si Dara Sunti.
“Baliklah,
Sal. Kalau Kak Nora kau nampak kau ada disini, kau pula disemburnya nanti,” Mak
Inang meninjau ke sekeliling. Memerhati kalau-kalau kelibat Nora muncul tanpa
diduga. Mak Inang tidak mahu Salbiah pula menerima nasib sepertinya. Cukuplah
dirinya sahaja yang menanggung segala seksa dan sengsara.
“Mak
Long, dah lebam sana sini. Berbirat-birat tangan. Terseliuh kaki ni pun Mak
Long masih nak duduk sini lagi?” Salbiah membelek-belek lengan Mak Inang yang
berbirat di kerjakan Nora. Sesekali, Mak Inang akan beraduh bila Salbiah
memegang agak keras dan kasar.
Puncanya
hanya sikit sahaja, tapi tahap mengila Nora mengalahkan Syaitan. Semalam, Nora
suruh Mak Inang masakkan sup ayam. Kebetulan pula, Mak Inang tidak bergitu
sihat. Mak Inang sakit kepala. Mak Inang minta Nora masak sendiri. Entah apa
yang merasuk Nora menyebabkan Nora naik hantu. Habis badan Mak Inang dikerjakan
dengan rotan yang sedia tergantung diruang tamu. Hasilnya, habis berbirat-birat
badan Mak Inang dikerjakan Nora.
Sudahlah
pula, masih dipaksanya Mak Inang masak sup ayam. Memang sungguh tidak berhati
perut! Dalam terketar-ketar tangan Mak Inang nak memotong ayam, jarinya
terluka. Menjerit memanggil Nora untuk membalut luka tapi apa yang diharapkan
hancur berkecai. Nora tidak jengah langsung ke dapur walaupuan Sofea
terjerit-jerit kecil memberitahu Ibunya, jari Mak Inang terluka. Nora halau
Sofea pergi.
Lokman
yang baru balik dari pejabat terus ditarik oleh Sofea membawa dia ke Mak Inang.
“Ya Allah, Mak. Kenapa ni?” peti pertolongan cemas segera dicapai. Pembalut
luka dikeluarkan dan kemudian dililit ke jari Mak Inang yang luka.
Jari
yang berdarah, Lokman cuci dengan kain kapas. Sofea hanya duduk di antara Mak
Inang dan ayahnya. Memerhatikan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Sesekali
sahaja Sofea mencelah. Memberikan apa yang ayahnya pinta.
Lokman tidak selalu ada dirumah
menyebabkan Lokman tidak dapat membela nasib Mak Inang sedangkan Lokman sangat
menyayangi Mak Inang. Bahkan, Lokman yang selalu menyelamatkan Mak Inang dari
menjadi mangsa rakus nafsu amarah Nora.
“Mak ok? Mak pergilah rehat,” arah
Lokman.
“Aduh!” Mak Inang beraduh bila tangan lelaki
Lokman yang besar cuba untuk memapah Mak Inang bangun dengan ditolong Si Kecil,
Sofea.
Lokman terus menyelak. Alangkah bukan
kepalangnya bila melihatkan kesan birat yang masih merah. Lokman tahu ini kerja
Nora. Tergamak Nora buat mak sendiri bergini.
“Eh! Nora. Awak boleh biarkan je mak
awak jari berdarah macam tu?” serang Lokman.
“Lantakkan
dia. Aku ni daulat! Nak sangat lawan daulat aku, terimalah padahnya. Padankan
dengan muka,” memukul gegendang telinga Mak Inang.
“Awak
pukul mak lagi kan? Awak ni dah gila ke Nora? Pukul mak sampai berbirat satu
badan?” serang Lokman lagi. Kali ini dia sudah berdiri dihadapan Nora yang
sedang menonton televisyen.
“Tepilah
sikit. Kacau je,” Nora menolak Lokman.
“Saya
bercakap dengan awak ni, Nora. Awak dengar tak?” Lokman separuh memekik.
“Dengarlah.
Alah! Lantaklah. Bukan mak awak pun. Tu mak saya. Suka hati sayalah nak buat
apa pun.”
“Tapi
itu mak mertua saya,”
“Jadi?”
“Eeee…”
tangan Lokman sedia nak menampar Nora tapi dihalang oleh Mak Inang.
“Tolonglah!
Jangan disebabkan mak, korang suami isteri bergaduh,” air mata sudah penuh
ditakungnya.
“Tapi
Nora dah melampau mak,”
“Bravo…bravo… teruskanlah buat drama air mata pula dekat
sini. Aku tak kuasa nak layan drama yang tak berbayar macam ni. Baik aku tidur,”
Nora sudah ingin melangkah pergi.
“Eh!
Aku tak habis lagi dengan kau,” tahap amarah Lokman sudah ke kemuncak. Mak
Inang menambah erat pegang Nora
hanya menjeling Lokman. “ada aku kisah,” tangan Lokman di rentap dan dia terus
berlalu ke bilik.
Lokman
pula melepaskan tangan Mak Inang dan terus keluar dari rumah dengan mengundur
laju keretanya. Sebelum itu, sempat Lokman menyatakan, “ Satu hari nanti kau
akan dapat balas atas setiap apa yang kau buat pada mak, Nora. Masa tu baru kau
akan menyesal dan menyedari bertapa hinanya tindakan kau kepada mak kau
sendiri,”
Peristiwa
semalam sangat memilukan hati Mak Inang.
Ikutkan
hati, mahu sahaja diikut Salbiah pergi meninggalkan rumah durjana ini. Tapi
bila mengenangkan Salbiah hanya nak saudaranya, dibatalkan niat itu. Antara
Nora dan Salbiah, biarlah dia memilih darah dagingnya sendiri. Walaupun
berdepan ajal ditangan anak sendiri. Mak Inang rela.
“Mak
Long, Sal bukan apa. Sal tak sanggup tengok Mak Long terus macam ni. Mak Long
dulu jaga kami semua baik sangat. jangan kata nak tengking, nak jentik telinga
kami pun, Mak Long tak pernah buat. Sal tak faham kenapa dia orang semua
sanggup buat Mak Long macam ni. Masing-masing buat hal sendiri. Mak Long
duduklah dengan Sal. Biar Sal jaga, Mak Long. Sal dah ada kerja tetap. Walaupun
Gaji Sal tak banyak macam Kak Nora, tapi Insyallah terlebih cukup untuk sara
hidup kita berdua, Mak Long. Duduklah dengan Sal, Mak Long. Sal nak balas jasa
Mak Long,” Salbiah masih cuba berdiplomasi.
“Betul
tu, mak. Mak duduklah dengan Sal. Makin lama mak dekat sini makin berlemak Nora
tu mengenakan Mak. Lokman dah tak sanggup tengok mak macam ni hari-hari,”
Lokman menarik kerusi dihadapan Salbiah.
Mak
Inang masih mengelingkan kepala.
“Kalau
pun mak di takdirkan mati ditangan Nora. Mak rela,” Lokman dan Salbiah terus
terputus kata.
###
“Kak
Nora, apa dah jadi ni? Kenapa Mak Long boleh koma ni? Apa lagi yang Kak Nora
yang dera Mak Long ni?” soalan bertubi Salbiah kepada Nora.
“Jangan
nak cakap ikut sedap mulut kau je Sal. Mak Long kau tu dah tua. Jalan pun
terketar-ketar. Tak larat. Adatlah jatuh kemudian kepala terhantuk,” Nora tidak
langsung memandang Salbiah.
“Ibu
tipu. Ibu tolak nenek sampai nenek jatuh bilik ari,” tiba-tiba Sofea bersuara.
“Kau
diam eh? Aku sepak kang,” Nora mencubit kaki kecil Sofea. Sofea merengek
menangis. Tangan Nora ditepis. Anak kecil itu dipujuknya, halus.
Seperti
biasa, bila sesuatu yang buruk terjadi pada Mak Inang mesti Lokman tiada
ditempat kejadian. Ini pun tadi Lokman sampai sekali dengan Salbiah; dan kalau
tidak kerana panggilan telefon dari Salbiah juga, agaknya sam[ai ke sudah
Lokman tak tahu Mak Inang masuk hospital.
“Kak
Nora nak bunuh Mak Long ke?” Salbiah menolak lengan Nora.
“Eh!
Cukup baik aku dah bawa pergi hospital. Tak sanggup aku nak biarkan orang tua
ni mati dalam rumah aku. Badi. Bawa sial!” perkataan SIAL sengaja Nora kuatkan.
Lokman,
yang mengendong Sofea sudah mengelengkan kepala. Nora… Nora….
“Sampai
hati Kak Nora panggil Mak Long, sial?” jari ditunding kepada Nora.
“Yang
kau sibuk sangat hal keluarga aku ni dah kenapa?” Nora menjengkelkan matanya
kepada Salbiah.
“Eh!
Kak Nora. Mak Long tu dah macam mak pada Sal tau…”
“Sedar
pun diri tu tak beremak,” Nora meniup kukunya yang perasan cantik.
“Memang
Sal sedar. Bukan sedar je bahkan sangat sedar. Kak Nora, apa nak jadi, jadilah.
Sal tetap nak ambil Mak Long duduk dengan Sal. Dari duduk dengan Kak Nora, Kak
Nora hambakan Mak Long macam Mak Long tu kadam Kak Nora. Sikit pun tak detik
dekat hati Kak Norakan?” Salbiah berkeras dengan Nora.
“Kau
nak? Ambillah. Senang sikit tugas aku. Bolehlah aku melancong dengan keluarga
aku tiap minggu. Ada orang tua ni, menyemak je. Nanti aku cakap dengan
jururawat, bil semua bawah kau. Tak payah sibuk-sibuk aku nak langsaikan,”
senangnya jawapan Nora. Langsung tidak berdetik rasa bersalah.
“Kau
nak? Ambillah. Senang sikit tugas aku. Bolehlah aku melancong dengan keluarga
aku tiap minggu. Ada orang tua ni, menyemak je. Nanti aku cakap dengan
jururawat, bil semua bawah kau. Tak payah sibuk-sibuk aku nak langsaikan,”
senangnya jawapan Nora. Langsung tidak berdetik rasa bersalah.
Lokman
meletakkan Sofea ke bawah. Tangan Nora direntap kasar. Menariknya ke suatu
sudut.
“Awak
tak malu ke? Tu mak awak tau. Yang tenga sakit dalam tu mak awak. Yang badan
penuh dengan wayar-wayar tu disebabkan awak. Yang dah koma dekat seminggu tu
mak awak. Awak tak ada sikit ke rasa simpati atau mneyesal atas apa yang awak
buat pada mak? Kalau awak dah tak suka mak tu kenapa awak tak bunuh je mak awak
tu?” Lokman menyerang Nora bertubi-tubi.
Nora
buat-buat pekak. Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil memital rambut hadapan.
Matanya menjeling Lokman.
“Mana silap Mak Long jaga kita? Mak Long
didik kita semua sama rata. Tapi kenapa anak Mak Long sendiri tak pernah nak
hargai Mak Long? apa salah Mak Long sampai Kak Nora buat Mak Long tu macam tu?
Tak cukup ke didikan Mak Long berikan pada Kak Nora? Betullah apa orang cakap.
Makin besar ilmu, makin tinggi hidung, makin tak mahu menjejak ke bumi. Ingat
Kak Nora. Tanpa usaha tulang empat kerat Mak Long, takdenya Kak Nora dapat jadi
apa yang Kak Nora jadi sekarang,” habis dihamburkan segalanya.
“Huwaarrgghhh….
Bosan betul dengar syarahan ustazah tak bertauliah ni. Salbiah, jangan ingat
tudung kau labuh, pakai jubbah kau dah boleh nak khutubah aku. Faham?” Nora
menuding tepat ke muka Salbiah. Tanda amaran keras.
“Nora,
awak ni dah melampau!” Lokman terasa mahu sahaja menampar Nora tapi ianya bukan
depan Sofea dan Salbiah.
###
Sudah
seminggu Mak Inang meninggal dunia selepas beberapa bulan Mak Inang koma. Doktor
terpaksa berhentikan bekalan oksigen kepada Mak Inang. Tiada sebarang perubahan
di rekod sepanjang Mak Inang terlantar
sakit. Bahkan Mak Inang seperti telah lama pergi.
Harith,
Fitri dan Aiman hanya balik menjengah Mak Inang 2 minggu pertama Mak Inang di
hospital. Selebihnya, Salbiah dan Lokman yang menguruskan Mak Inang. Nora tak
pernah langsung menjengah Mak Inang selepas kejadian hari itu.
Sikap kejam Nora bertambah tidak dapat
dibendung bila mana semua baju-baju Mak Inang dibakar dan bilik Mak Inang
dijadikan bilik Seri, pembantu rumah warga Indonesia yang di ambil dari agensi
untuk melakukan tugasan yang sebelum ini adalah ‘tugasan’ Mak Inang.
Lokman pula sudah lama keluar dari rumah
yang diduduki bersama dengan Nora hamper 8 tahun. Lokman membawa sekali Sofea
bersamanya dan Nora tak pernah kisah sebab kelahiran Sofea dulu bukan
permintaannya. Itulah juga sebab Nora tidak dapat sebulu dengan Sofea dan Sofea
lebih rapat dengan Mak Inang semasa hayatnya.
Lokman dan Salbiah yang menguruskan
segala keperluan pengebumian Mak Inang. Jenazah Mak Inang dibawa balik ke
kampung asalnya di Temerloh. Jenazah Mak Inang disemadikan bersebelah pusara
suaminya, Pak Enal. Hanya itulah jasa terakhir
yang dapat Salbiah dan Lokman lakukan untuk Mak Inang.
Wajah Mak Inang sangat tenang. Cerah dan
berseri-seri. Penuh senyuman diwajah.
Nora masih terus dalam dunianya tanpa
hiraukan keluarganya sendiri. Harith hanya mengutuskan wang sebulan sekali bagi
kos rawatan Mak Inang. Fitri dan Aiman
terus hilang tanpa berita. Salbiah juga masih setia menemani Mak inang sehingga
keakhirnya. Bila malam menjelma, Lokman dan Sofea akan mengambil alih tugas
Salbiah.
Hanya linangan air mata yang dapat
mengiringi pemergian Mak Inang selamanya.
###
“Apa?
Tak mungkin. Ini tak mungkin,” surat peguam syarie yang diterima di lempar ke
tepi. Tangan dengan pantas mendail nombor telefon Lokman.
“Lokman.
Apa ni? Tiba-tiba saya dapat surat dari peguam yang awak buat permohonan cerai?
Apa ni?” Nora menjerit-jerit ditelefon.
“As’Salammualaikum.
Surat dah sampai? Baguslah. Jumpa dekat mahkamah,” Lokman terus mematikan
panggilan telefon.
Nora
hubungi Lokman kembali. “Yes, Nora? Nak apa lagi?” Lokman merengus kasar.
“Kau
tak boleh buat aku macam ni, Lokman. Takde angin takde taufan tiba-tiba kau nak
cerai ni kenapa? Hilang akal ke?” bentak Nora.
“Kau
yang hilang akal sebenarnya, Nora. Tak guna aku simpan kau lagi sebab aku
dengan kau dah takde apa-apa ikatan lagi. Dulu aku bertahan dengan kau sebab
mak kau. Tapi mak kau dah meninggal, jadinya tak guna lagi aku tanggung biawak
hidup macam kau ni,”
“Eh!
Sengal. Bab mak aku, kau jangan nak sentuh-sentuh,”
“Yup.
Aku tak akan sentuh mak kau lagi sebab mak kau dah jadi arwah pun,” Loman rerus
matikan panggilan sekali lagi.
Nora
meraung sekuat hatinya. Tak guna punya Lokman. Sanggup kau buat aku macam ni?
###
Malang
sememangnya tak berbau. Nora diceraikan dengan talak satu. Hak penjagaan Sofea
diberikan sepenuhnya kepada Lokman. Lebih memilukan, selang 2 minggu selepas
penceraian mereka berdua, Lokman dan Salbiah mendirikan rumah tangga.
Nora
di isytiharkan bankrupt secara rasmi selepas perniagaan yang diusahakan hancur
lebur berkecai dek ditipu rakan niaganya. Segala bentuk asset Nora dibekukan. Nora
diarahkan keluar dari rumah yang didiami sejak sebelum kahwin lagi dan Nora
betul-betul kesepian.
Nora
mula merempat dari satu lorong ke satu lorong. Mencari tempat berteduh dari
panas dan hujan. Berehatkan diri di malam hari. Semua orang mengelarkan Nora
gila sebab hamper setiap malam Nora meracau dan kemudian menangis meratapi Mak
Inang.
“Mak,
ampunkan Nora, Mak. Nora banyak buat dosa dengan mak. Nora minta ampun mak. Ampunkan
Nora mak. Nora rindu mak. Nora nak mak hidup balik dengan Nora. Mak, Nora perlukan
mak. Mak datanglah pada Nora….”
Nora
berasa sangat kehilangan Mak Inang. Nora hilang tempat bermanja lantaran
keegoaannya sendiri. Dan kini Nora adalah aku yang kehilangan kasihnya seorang
bonda…
No comments:
Post a Comment