~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, October 9, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 40

Bab 40

            “Kau kena senyum, Daim. Wajib senyum. Walaupun hati kau terluka, terguris dan terpilu yang amat. Kau tetap kena senyum. Bukannya kau tak kahwin langsung. Kahwin tapi bukan pilihan kau, pilihan mak kau,” Daim cuba mempositifkan diri semenjak balik dari kursus semalam.
            Ikutkan hati mahu saja Daim ambil cuti hari ini. Terasa sengal-sengal dibadan. Tapi apa boleh buat. Kerja banyak. Nama pun berkhidmat untuk Negara. Soal Cik Fifi tu Daim dah tolak tepi awal-awal sebab tak sanggup nak memikirkan kemungkinan Cik Fifi adalah tunang dia.
            Iyalah. Mana tahu cincin tu excusive dekat kedai tu je. Tapi tempat lain dah tak excusive dah. Bab nama sama pula, mungkin pelanduk dua serupa. Macam nama Daim, ramai je lagi yang ada nama Daim. Cuma mungkin tak banyak yang nama Daim Hanafi. Bergitu juga dengan nama Cik Fifi, kebetulan sama dengan nama Dhia. Bak kata Kamal, “terpaksa panggil Cik Fifi sebab nama Cik Fifi bertindih dengan nama pegawai lain iaitu Puan Syarifah Lutfiyah dan Cik Dhia Nadia. Memandangkan masing-masing dah gunakan nama Lutfiyah dan Dhia, Cik Fifi pun gunalah nama panggilan dia sekarang ni,”
            Jadinya, tak payah fikir panjang-panjang ye Encik Daim Hanafi bin Muda Hitam. Semua tu kebetulan yang di rancang oleh Allah. Dah apa tunggu lagi, punch kad tak kejar kita tapi kita yang kejar punch kad.
            “Chaiyok, Daim. You can do it! Yes!,” Daim mengengam tangannya di depan cermin.
            Kemudian terus mencapai beg galas, membetul-betulkan sedikit baju kerjanya, memakai kasut dan dengan langkah bismillah, Daim terus keluar dari biliknya untuk menuju ke pejabat. Ditarik nafas sebaris, “semoga ada berita gembira hari ini,”. Langkah kemudian terus diatur bagi menjalankan tugasan hakiki.
            Daim terus berjalan dan berjalan. Beberapa orang pegawai bawahan berhenti memberikan tabik hormat. Daim membalas balik berserta dengan senyuman dimuka. Sesampainya di mesin punch kad, Daim memberikan salam kepada semua yang ada. Rata-rata terkejut dengan perubahan Daim. Biasanya Daim ni bila disapa barulah dia mesra. Kalau tidak, setakat senyum-senyum gitu jelah.
            “Pojie, nah ni album dia. Dah siap dah,” serbu Jefri bila Daim dah masuk ke ruang kerjanya.
            “Dah siap dah? Bagus. Cantik tak ni?” seloroh Daim.
            “Tengoklah siapa ni. Apa-apa pun sorrylah, Bro. Terlambat sikit,” Jefri menepuk bahu Daim.
            “Takde hallah. Eh! Berapa balance yerk?” soal Daim.
            Balance? Aku cakap ni kau jangan marah tau,”
            “Apa dia? Cakap je lah,”
            Balancenya, Dhia dah bayar dah dengan syarat dia pun nak album ni juga. Maknanya aku buat dua copy album ni. Satu copy tu aku tak charge. Aku bagi free pada korang,” terbeliak mata Diam dengar.
            “Kau ambil apasal? Kan aku dah cakap aku akan bayar?” Daim nak marah tapi masih cuba mengawal.
            “Macam ni, Bro,” Jefri duduk di sebelah Daim.
            “Dhia dia rasa tak sedap hati pula bila kau bayar sorang-sorang duit album ni, sedangkan gambar kau satu pun takde. Sebaliknya gambar dia pula yang banyak. So, tu sebab dia rasa bertanggungjawab terhadap album ni jugak,” sambung Jefri.
            “Kau tau tak kenapa aku sorang je nak album ni? Sebab kalau dah ada dua album yang sama, nanti kami kahwin, ada dua album pula. Kan ke rugi macam tu?” ‘ish! Budak Dhia ni. Sekali aku sekeh kang baru tau. Asal boleh je nak ikut cakap dia,’
            “Kau jangan bimbang, Bro. Album pada Dhia tu aku buat lain sikit. Aku lebihkan gambar outdoor dia sekali dengan beberapa gambar kau yang aku edit khas untuk dia. Kira korang tetap tak rugi sebab akan dapat dua album yang yang berlainan,” Jefri mengukuhkan jawapanya.
            “Ish! Lain kali bagitau awal-awal,” tegur Daim.
            “Kau tak nak tengok ke? Mana tau ada yang tak puas hati ke?” soal Jefri.
            “Nantilah aku tengok. Aku percayakan kau,” Daim menepuk bahu Jefri.
            “Pojie, Pojie,” Jefry menjerit-jerit kecil sambil berlari ke arah Daim dan Jefri.
            “Apasal pulak tu?” soal Jefri pada Daim.
            “Entah,” Daim mengungkit bahu dengan tangan kanan menyorong beg berisi album di bawah meja.
            “Kau dah kenapa? Kot iya rindu aku, tak payahlah jerit-jerit macam tu. Buat malu dek orang je,” kata-kata Daim mengelikan hati Jefri.
            “Pojie, aku dah jumpa dah. Aku dah jumpa dah,” tercungap-cungap Jefry melayangkan sekeping gambar depan Daim.
            “Apa ni?” soal Daim sambil mengambil gambar dari tangan Jefry.
            “Ni dia. Cik Fifi kau kan?” soal Jefry.
            “Dah kursus yang sama. Mestilah dia. Siapa lagi?” Daim menjentik gambar ditangannya.
            “Kau nak tau tak siapa Cik Fifi tu dengan kau?” Jefry berteka teki.
            “Tak payah tahu pun aku dah tahu. Tentulah dia manusia macam aku. Apalah kau ni?” jawap Daim slamber. Padahal jantungnya dah berdegup kencang dah ni. Tak tahu kenapa.
            “Bak aku tengok jap,” pinta Jefri. Daim menghulur gambar kepada Jefri.
            “Eh! Ni Dhia ni,” sambung Jefri. Dengan kepantasan maksimum, Daim merampas balik gambar di tangan Jefri.
            “Mana?” soal Daim dengan mata melilau.
            “Ni,” Jefri menunjuk kepada gambar Cik Fifi.
            “Ha?”
            Yes! Memang betul. Baru aku teringat yang muka Cik Fifi ni sama dengan muka Dhia. Aku siap pujuk Delita bagi aku facebook Dhia. Aku nak bandingkan gambar yang aku ada dengan muka dia. Dan confirm orang yang sama sebab dalam facebook dia pun ada gambar ni jugak,” Jefri menuding-nunding ke arah gambar nan sekeping tu.
            “Ya ke?” Daim masih tak percaya.
            “Memang betullah ni. Tak percaya, buka album,” suruh Jefri.
            Daim dengan pantas mencapai kembali album dibawah meja. Jantungnya semakin berdegup kencang. Dikeluarkan album dari dalam beg dan kotak dengan rakus. Bila kala menyelak sahaja kotak album, terpampang gambar Dhia dikulit hadapan. Masa itu, mata Daim tak berkelip.
            “Ha! Samakan?” soal Jefri.
            Daim hanya diam. Diselak pula lembaran album seterusnya. Seterusnya. Dan seterusnya. Setiap moment yang diambil serupa dengan apa yang dilihatnya sendiri. Senyumannya, tawanya semua sama seperti ‘Cik Fifi’. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ni?
            Berkali-kali kepala Daim ke kiri dan ke kanan. Membandingkan gambar ditangannya dengan gambar di album. Sama. Memang sama. Saling tak tumpah. Sah orang yang sama!
            “Arrrggghhhhh...” Daim menjerit geram. Tindakan Daim menyebabkan kertas yang dipegang Koperal Hamidah jatuh ke lantai lantaran terkejut.
            “Oi! Gila ke?” tegur seorang pegawai. Koperal Hamidah hanya menjeling.
###
            Petang itu, Daim balik tepat pada masanya. Ada misi yang perlu dilaksanakan dengan segera. Sesampainya di bilik Daim terus menyusun begnya di kepala katil. Langkah terus di atur kepada almari berisi baju kasual. Perlu pulang segera ke rumah mak! Ketika mencapai baju, jatuh hadiah Dhia mengenai tepat ke muka Daim.
            Daim terkedu. Kenapalah aku tak pernah terfikir nak buka hadiah ni? Kenapalah aku ni sengal sangat-sangat sampai hadiah ni tak sempat aku nak jengah? Bodohlah kau ni, Daim. Memang bodoh. Bodoh yang amat!
            Daim perlahan-lahan membuka hadiah pemberian Dhia kepadanya. Dibuka satu persatu solotep yang menampal pembalut hadiah. Tak sangup rasanya nak mengoyakkan kertas pembalut hadiah pemberian orang yang mula Daim sayang. Ya! Daim dah mula sayang Dhia. Usai membuka, solotep di matikan dan pembalut dilipat dua. Diletak disisinya. Kotak bersaiz rim kertas A4 dibuka. Sehelai kemeja hitam berjalur putih  elok tersusun didalamnya. Sekeping kad dikeluarkan. Terjatuh ke ribanya sekeping gambar. Gambar Dhia. Gambar Dhia berkurung merah dan berselendang putih. Cantik sangat cantik.

            As’salammualaikum...
Happy betday awak. Delita beritahu saya betday awak minggu lepas. Saya tak sempat nak pos hadiah. Saya tak tahu nak bagi hadiah apa. Jadi sudi-sudilah terima hadiah yang tidak seberapa dari hamba ini. Hehehe...
Saya harap kita dapat bertemu suatu hari nanti. Insyallah.
Happy betday awak. ;)

p/s : ni de gambar saya. Sebabkan awak dah jadi tunang saya, saya berani bagi awak gambar saya. Simpan baik-baik ok? Daa...
                                                                                                                                         Ikhlas,
Dhia Lufiyah
 Nota dari Dhia menyebakkan dada Daim. Kalaulah dia buka hadiah ni lebih awal. Tentu semua ni mungkin tak akan terjadi. Tentu dia dan Dhia dapat menjalani kehidupan bahagia sepanjang di Endau Rompin. Tapi engkau jangan lupa Daim, mungkin semua ni dah tertulis oleh Allah. Allah nak bagi kemanisan buat kau dan Dhia agaknya. Allah nak jauhkan unsur-unsur maksiat diantara kau dan Dhia. Allah mungkin telah meranca satu pertemuan yang lebih bermakna buat korang berdua nanti.
“Padanlah aku punya cemburu naik dua darjah celcius. Rupanya betul dia ni tunang aku. Tapi apasal dia wat dono je dengan aku? Dia dah tengok ke belum video aku tu eh? Ni confirm-confirm tak tengok lagi ni. Aduh! Apasallah aku tak guna nama ‘Daim’ ? Yang aku pergi guna nama ‘Pojie’ tu udah kenapa? Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan kami, Ya Allah,” Daim menadah tangan memohon pada yang esa.
###
            Memandangkan esok dan lusa cuti, Dim terus memandu pulang ke rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Nak kena pakat dengan Delita dan Delila. Pakat nak ajak Dhia keluar. Kali ni akan aku pastikan Dhia tak akan disia-siakan. Aku dah jatuh cinta dengan Dhia! Kali ni aku mesti berjaya. Harus berjaya. Dhia, you tunggu i datang Cyberjaya. You tunggggguuuuu...
            “As’salamualaikum,” sapa Daim melangkah masuk ke dalam perut rumah.
            “Apalah kenanya rumah ni tak berkunci malam-malam ni?” Daim ngomel sendirian.
            “As’salammualaikum...” Daim sekali lagi memberikan salam kepada seisi rumah.
            Kaki Daim terus melangkah ke dapur. Mana semua orang ni? Daim menuruni tangga untuk terus ke biliknya. Matanya masih melilau mencari penghuni rumah. Daim mengaru-garu kepla yang tidak gatal. Mana pula mak pergi ni?
            “Huuuaaarrrggghhhh,” sergah Delita dan Delila.
            “Arrgggghhhh....” jerit Daim terus melompat atas katil.
            “Hahaha,” ketawa besar Delita dan Delila.
            “Bertuah punya budak-budak. Nasib tak gugur jantung aku dibuatnya,” Daim membaling bantal kepada Delita dan Delila.
            “Aku ingatkan askar ni gagah perkasa tapi tak jugak. Baru kena sergah dah terperanjat katak. Siap main lompat-lompat lagi. Hahaha...” ketawa Delita.
            “Sengal punya adik-adik. Sudah, sudah. Mak mana?” soal Daim.
            “Mak pergi surau,” jawab Delila bila tawanya reda.
            “Habis korang tak ikut ke?”
            Delila hanya senyum-senyum kerang busuk.
            “Hai! Tak akan dua-dua sekali?” soal Daim seakan faham.
            “Nama pun kembar. Sorang sakit dua-dua sakit,” jawab Delita.
            “Ok. Ada lauk tak? Laparlah,” Daim berjalan keluar sambil memegang perutnya.
            “Kau tak makan lagi ke Achik? Sian kaukan? Dah pi la basuh tangan dulu,” arah Delila yang  mencedukkan nasi ke pinggan Daim. Delita pula menuangkan sisa air kopi yang masih panas ke dalam cawan untuk Daim.
            “Terima kasih,” Daim buat muka comel.
            Delita dan Delila hanya menemankan Daim makan. Berselera diaorang tengok Daim makan. Lama juga tak jumpa Daim. Hampir sebulan. Ye la balik pun masa Kak Lin bersalin bulan lepas. Kak Lin bersalin awal. 8 bulan 3 minggu.  Tak sempat 9 bulan dah bersalin. Kak Lin bersalin anak lelaki. Namanya Muhammad Danish Saifuldin. Tu pun jumpa sekejap sangat. Jumpa sehari je. Lepas tu Daim dah balik kem balik. Katanya kerja banyak sangat-sangat.
            Melihatkan Daim sudah berada di depan mata, Delila memberikan isyarat kepada Delita supaya memulakan rencana.
            “Achik, Chu ada nak cakap sikit ni. Sebelum mak cakap, baiklah Chu yang cakap dulu,” Delita pinta izin nak bercakap.
            “Apa dia?”
            “Kau dengan Kak Dhia macam mana sekarang ni?”
            “Kenapa?” Daim meneguk air di sebelahnya.
            “Mak dah bertanya-tanya dah bila korang nak buat persiapan nak kahwin. Ni dah masuk 3 bulan dah. Tapi satu benda pun mak tak nampak kau beli. Mak ada gak bising takut, takut kau tak jumpa Kak Dhia lagi. Tapi kami back up korang. Cakap korang busy. So, macam mana sekarang ni? Mak tu dah mula risau dah. Takut tak jadi,”
            Pamp...
            “Pasal itulah aku balik,” Daim menepuk meja dengan tangan kiri. Terperanjat Delita dan Delila dibuatnya.
            “Apasal, Achik? Kau nak cepatkan tarikh kahwin ke?” soal Delila.
            “Taklah,” Daim ke sinki membasuh pinggan.
            “Sebenarnya, aku balik nak tunjuk album kahwin,”
“Album kahwin?” soal Delita dan Delila senrentak.
“Eh! Silap. Album tunang,” Daim melap mulutnya dengan belakang tangan.
“Terkejut aku. Bawak-bawak bersabarlah yerk? Tak lama lagi je,” peril Delila.
“Hehehe...yang itu satu. Kedua, korang berdua kena tolong aku untuk berhubung dengan Kak Dhia korang tu. Boleh?” soal Daim duduk kembali dihadapan mereka.
            Delita dan Delila memandang Daim kepelikkan.
            “Kau belum jumpa Kak Dhia lagi ke Achik?” soal Delila.
            “Sebab belum, aku nak minta nombor phone dia. Facebook dia. Ada peristiwa yang berlaku. Kalau boleh di cepatkan aku akan cepatkan. Tak sanggup nak menahan rindu lama-lama. Hai...” Daim membuat muka angau.
            “Rindu?” Delita dan Delila saling berpandangan.
            “Biar betik. Kau rindu Kak Dhia? Sejak bila ni?” soal Delita tak puas hati.
            “Hai! Salah ke rindu tunang sendiri? Tak salahkan?” soalan berbalas soalan.
            “Yelah. Tadi kau jugak cakap kau tak pernah jumpa dia. Tak pernah berhubung dengan dia. Tup, tup kau cakap kau rindu dia. Tak ke pelik namanya?” Daim, Delita dan Delila jalan beriringan masuk ke bilik Daim balik.
            “Kalau aku cerita sure, sure korang gelak punya. Tapi kalau aku tak cerita lagi korang bertambah begapnya,” Daim mengeluarkan laptop dari dalam beg galas.
            “Bak meja tu kejap, Adik,” arah Daim.
            Delila mengambil meja kecil di tepi kepala katil dan kemudian di buka kakinya untuk Daim. Daim meletakkan laptopnya di atas meja dan menekan butang ‘on’ di sisi kiri laptop. Delita dan Delila masih setia menunggu kata-kata seterusnya yang keluar dari mulut Daim. Daim yang masih diam membisu, memasukkan broadband maxis di adapter laptop.
            “Apa nama facebook Kak Dhia?” soal Daim setelah lama berdiam.
            “Kau nak add dia ke?” Delila yang teruja terus duduk bersila disebelah Daim.
            “Kak Dhia guna nama, Dhia Lutfi,” jawap Delita yang dah duduk bersila sebelah kanan Daim.
            Daim dengan pantas mencari nama pemilik ‘Dhia Lutfi’. 
“Yang mana satu? Banyak ni,”
“Yang ini,” tunjuk Delila.
Daim menekan kepada gambar seorang gadis. Gambar yang sama dengan gambar yang diberikan kepada Daim. Berbaju merah bertudung putih. Daim terus menekan butang ‘add friend’.
“Achik, tengok album,” pinta Delila.
“Ambillah. Dalam beg kertas tu,” Delila dengan pantas mengambil dan mula menyelak dengan Delita. Ada beberapa ketika mereka tergelak berdua. Bukan apa, tergelak bila mengenangkan pelbagai adegan lucu masa hari pertunangan yang lepas.
“Agak-agak, Kak Dhia korang ni tengah on tak?” soal Daim tiba-tiba.
“Sekarang pukul berapa? Oh! Belum lagi. Kak Dhia biasa on lepas-lepas isyak. Itu pun nasib kalau dia on. Kadang tu tak on pun,” jawap Delita bersahaja.
            “La ye ke? Habis nak buat macam mana ni?” soal Daim kecewa.
            “Tunggulah kejap. Mana tau dia on kejap lagi?” jawap Delila.
            Daim hanya mengangguk. Di ambil tuala dan terus berlalu ke bilik air. Sementara tunggu Dhia sahkan dia sebagai kawan, baik Daim pergi bersihkan diri dan solat isyak dahulu. Karang dah lambat sangat karang, langsung lupa nak solat.
            Sampai je ke bilik untuk solat, dilihat Delita dan Delila sudah tiada bersama-sama dengan Album gambar ditangan. Terdengar suara mereka di ruang tengah rumah. Ah! Lantaklah. Aku solat dulu. Nanti aku baru kirakan diaorang balik.
            Usai solat, Daim kembali mengadap laptopnya. Jam ditangan dikerlingnya sebentar. Dah 9:30 malam. Mesti Dhia dah online. Tapi lain yang diharap, lain pula yang jadi. Dhia tak online pun. Daim terasa kecewa namun, misi tetap harus dijalankan.
            Kakinya pantas melangkah kepada Delita dan Delila yang sedang mengekek ketawa. Entah apa yang seronok sangat entahlah. Tengok je satu gambar, mesti nak ketawa mengilai. Pintu rumah dah lah tak tutup. Dengar dek orang, confirm orang ingat ada puntianak dalam rumah ni. Hai!  Adik-adiku...
            “Apalah yang korang ketawa mengilai ni? Kang ada yang join sekali baru tau,” tegur Daim
            “Achik, Achik. Mehlah. Aku nak cerita. Kau nak tau tak kenapa Kak Dhia buat muka macam ni?” soal Delila sambil menunjukkan gambar Dhia bercekak pingang dengan mulut herot ke tepi ditengah-tengah laman. Daim mengangguk.
            “Masa ni kan, Kak Dhia tengah bengang sebab kitaorang suruh dia buat muka control ayu plus guling-guling atas rumput. Mengamuk Kak Dhia, Achik. Last, last jadilah gambo ala-ala kartun ni ha. Hehehe,” cerita Delila mengelikan hati Daim.
            Seronok dengar Delita dan Delila bercerita kisah disebalik setiap gambar yang diambil. Dari situ, barulah Daim tahu Dhia jatuh tangga, sakit kaki dan paling tak menahan bila Delita cerita yang dia tersepak kaki Dhia masa nak ke pelamin. Daim tak sudah-sudah ketawa. Sudahnya, Daim pun join Delita dan Delila mengilai.
            “Kak Dhia korang tak approvedkan lagilah. Boleh bagi aku nombor telefon dia tak? Aku nak gi bergayut dengan buah hati aku kejap,” Daim buat muka double kening.
            “017-6696996,” Delita menjawap sekali lalu.
            “Nantilah kejap. Laju sangatlah. Tak sempat nak taip,”
            “Ish! Lembaplah kau ni,” rengus Delita.
            “Ok, Ok. Cepat. Aku dah ready dah,” Daim bersedia dengan handphone ditangan.
            “017-6696996,”
            Daim dengan pantas mendail nombor yang Delita beri. Kedengaran lagu Alhamdullilah nyanyian Maher Zain berkumandang. Tiba-tiba jantung Daim berdegup kencang bila mendengarkan Dhia memberi salam. Cepat-cepat Daim menghulurkan handphone kepada Delita.
            “Chu, cakaplah,” Daim menolak telefon bimbit kepada Delita.
            “Eh! Apasal pula? Cakap jelah,” Delita menolak balik kepada Daim.
            “Adik, cakap, adik,” Daim menolak pula pada Delila.
            “Kau yang nak cakap dengan dia, apasal pula pass kat kami,” Delila menolak.
            “Alah, tolonglah cakapkan. Bil berjalan ni,” suara Daim berbaur keras.
            Delita merampas telefon bimbit ditangan Daim, “nak cakap pun susah ke?”
            Daim hanya senyum sumbing. Terasa janggal pula nak bercakap dengan Dhia tu sebab Daim minta Delita dan Delila cakap.
            “As’salammualaikum, Kak Dhia,” sapa Delita.
            “Wa’alaikumsalam. Delita yerk? Tukar nombor baru ke?” usik Dhia.
            “Taklah. Ni nombor orang lain. Orang tu segan nak cakap dengan akak. Dia suruh Delita cakap dengan akak. Takpe kita habiskan bil dia ok?” Delita menjeling kepada Daim.
            “Hehehe..siapalah orang yang malang tu kan?” ketawa Dhia.
            “Kak Dhia sihat? Kami tengah tengok album tunang ni. Cantik. Asyik ketawa je dari tadi,” cerita Delita.
            “Yak e? Akak tak dapat lagi. Takde kesempatan nak balik Perak. Mak cik sihat?” soal Dhia.
            “Mak sihat. Tak nak tanya ke tunang tersayang?” saat ini, Daim dah pun berada disebelah Delita. Nak dengar sekali suara Dhia.
            “Hehehe... abang Daim sihat?” soal Dhia malu, malu.
            Berbunga hati Daim bila Dhia bahasakan diri dia abang.
            “Nak tahu dia sihat ke tidak, kenalah tanya sendiri. Kejap eh?”
            “Eh! Delita, Delita,” Dhia mula tak keriuan.
            “Nah! Kak Dhia nak cakap,” telefon bimbit diberikan kepada Daim. Daim mengeling.
            “Cakap jelah. Aku belasah kang orang tua ni,” tapak tangan Daim dibuka. Diletakkan handphone dalam tangan Daim. Daim hanya memandang sahaja.
            “Aku nak tengok gambar,” Delita terus beralih tempat duduk ke sebelah kanan Delila.
            Daim terpinga-pinga. Tak tahu nak cakap apa. Betullah kata orang, baik kita tak tahu dari kita tahu, bila dah tahu mulalah mengelabah tempe tak pasal-pasal. Macam Daim sekarang ni. Dulu masa tak tahu Dhia ni Cik Fifi, laju je nak usha. Bila dah tahu, mulalah terkulat-kulat.
            “Tak sayang bil ke?” usik Delita.
            ‘Aduh! Nak cakap apa ni?’ gerutu hati Daim.
            ‘Takpe. Kita bagi salam dulu,’ Daim cuba meneutralkan hatinya.
            “As’salamualaikum,” Daim memberikan salam kepada Dhia. Bergetar suaranya nak bercakap dengan Dhia. Berdegup kencang nafasnya.
            “Wa’alaikumsalam,” suara Dhia pun terdengar turut bergetar.
            “Dhia eh?” ‘ada soalan ini yang kau tanya, Daim’
            “Saya,” Suara Dhia makin kuat getarannya.
            “Saya, Daim,” ‘oi! Cakaplah benda lain. Dhia dah tau kau yang bercakap dengan dia.’
            “Tahu. Daim sihat?” soal Dhia.
            “Sihat. Dhia?”
            “Alhamdullilah,” Dhia terpaksa berlagak biasa.
            “Alhamdullilah. Syukur. Mak, ayah, adik-adik sihat?” Daim mulai terasa biasa.
            “Baik. Semuanya sihat,” Daim melarikan diri ke serambi rumah bila dirasakan privasinya tergangu oleh suara Delita dan Delila yang ketawa kuat sangat.
 Inilah pertama kali mereka berhubung selepas tiga bulan bertunang. Tak sangka suara Daim ni macho jugak. Hehehe... tapi tak tahulah orangnya macam mana. Orang kata, suara melambangkan orangnya. Tapi pada Dhia sebaliknya. Ada orang suaranya sedap tapi biasa-biasa je diluar. Ada orang suaranya tak sedap tapi orangnya luar biasa diluar. Tertakluk pada kuasa Maha pencipta.
Malam ini juga, bulan dan bintang menjadi saksi, Daim dan Dhia akhirnya berhubung jua. Pelbagai perkara yang mereka berdua bualkan.  Mula-mula mengenal hati budi masing-masing sampailah membawa kepada kegemaran mereka. Daim semakin berbunga-bunga hatinya mendengarkan suara Dhia. Sampaikan Mak Cik Kesuma Dewi balik beri salam pun Daim tak dengar. Teruk betul!
“Achik, borak dengan siapa tu? Bukan main lagi merenyamnyer. Sampe mak bagi salam pun idok berjawap,” soal Mak Cik Kesuma Dewi kepada anak kembarrnya.
“Dengan siapa lagi. Dengan tunang dialah,” jawap Delita membuatkan hati tuanya berbunga. Alhamdullilah.
“Mak, meh tengok album tunang hari tu. Achik bawa balik,” Delila menarik tangan tua Mak Cik Kesuma Dewi.
Hampir nak menitis air matanya bila melihat Daim dan Dhia saling berhubung. Sekali gus mencantas segala dakwaan hatinya yang Daim tak menyukai Dhia. Tapi Mak Cik Kesuma Dewi tak tahu, yang baru kejap ni diaorang ni berhubung. 3 bulan ke belakang....HARAM!

12 comments:

0nion_ring said...

smbung lg...best2..

ninie comey said...

wah...daim ngan dhia dah mula calling2...bestnya...hihih...nk lg..byk kali baca pon x jemu...kalau dah jd novel nanti mesti tiap2 ari sy usung ke hulu ke hilir sbb syg nk tggal..hihih

nur athirah said...

waah ! buat novel , sy pon :)

pencil and paper

Anonymous said...

best sambg lagi
agak2 daim cepatkan tarikh kawin x

ryana

ninie comey said...

mesti la tu..kan dia dah syg kat dia...hihih

Aida Sherry said...

so sweet Daim n Dhia.... dlm hati dah ada tmn bunga...

ezaitie nfib. said...

nak tahu apa jadi seterusnya? teruskan membaca CMM pada bab2 akan dtg... tq support CMM ;)

wawa said...

best3.... tak sabar tngu next n3

Anonymous said...

bila nk d novelkan citer ni..??

ezaitie nfib. said...

Che Ezaitie dah hantar kpd penerbit...tp masih belum ada jawapan..kalau penerbit nak terbitkan, korg la insan pertama yang akan che ezaitie kongsikan selepas gamily Che Ezaitie..ok?

rina_byky said...

Asslmualkm..
btul ke nvl ni nk dibukukan??
bestnya...
hrp2 ditrima cpt2 olh penerbit..

ezaitie nfib. said...

W'salam rina..Insyallah kalau CMM diterima utk penerbitan...;)