Bab 40
“Kau kena senyum, Daim. Wajib
senyum. Walaupun hati kau terluka, terguris dan terpilu yang amat. Kau tetap
kena senyum. Bukannya kau tak kahwin langsung. Kahwin tapi bukan pilihan kau,
pilihan mak kau,” Daim cuba mempositifkan diri semenjak balik dari kursus
semalam.
Ikutkan hati mahu saja Daim ambil
cuti hari ini. Terasa sengal-sengal dibadan. Tapi apa boleh buat. Kerja banyak.
Nama pun berkhidmat untuk Negara. Soal Cik Fifi tu Daim dah tolak tepi
awal-awal sebab tak sanggup nak memikirkan kemungkinan Cik Fifi adalah tunang
dia.
Iyalah. Mana tahu cincin tu excusive dekat kedai tu je. Tapi tempat
lain dah tak excusive dah. Bab nama
sama pula, mungkin pelanduk dua serupa. Macam nama Daim, ramai je lagi yang ada
nama Daim. Cuma mungkin tak banyak yang nama Daim Hanafi. Bergitu juga dengan
nama Cik Fifi, kebetulan sama dengan nama Dhia. Bak kata Kamal, “terpaksa
panggil Cik Fifi sebab nama Cik Fifi bertindih dengan nama pegawai lain iaitu
Puan Syarifah Lutfiyah dan Cik Dhia Nadia. Memandangkan masing-masing dah
gunakan nama Lutfiyah dan Dhia, Cik Fifi pun gunalah nama panggilan dia
sekarang ni,”
Jadinya, tak payah fikir
panjang-panjang ye Encik Daim Hanafi bin Muda Hitam. Semua tu kebetulan yang di
rancang oleh Allah. Dah apa tunggu lagi, punch kad tak kejar kita tapi kita
yang kejar punch kad.
“Chaiyok, Daim. You can do it! Yes!,” Daim mengengam tangannya di depan cermin.
Kemudian terus mencapai beg galas,
membetul-betulkan sedikit baju kerjanya, memakai kasut dan dengan langkah
bismillah, Daim terus keluar dari biliknya untuk menuju ke pejabat. Ditarik
nafas sebaris, “semoga ada berita gembira hari ini,”. Langkah kemudian terus
diatur bagi menjalankan tugasan hakiki.
Daim terus berjalan dan berjalan.
Beberapa orang pegawai bawahan berhenti memberikan tabik hormat. Daim membalas
balik berserta dengan senyuman dimuka. Sesampainya di mesin punch kad, Daim
memberikan salam kepada semua yang ada. Rata-rata terkejut dengan perubahan
Daim. Biasanya Daim ni bila disapa barulah dia mesra. Kalau tidak, setakat senyum-senyum
gitu jelah.
“Pojie, nah ni album dia. Dah siap
dah,” serbu Jefri bila Daim dah masuk ke ruang kerjanya.
“Dah siap dah? Bagus. Cantik tak
ni?” seloroh Daim.
“Tengoklah siapa ni. Apa-apa pun sorrylah, Bro. Terlambat sikit,” Jefri
menepuk bahu Daim.
“Takde hallah. Eh! Berapa balance yerk?” soal Daim.
“Balance?
Aku cakap ni kau jangan marah tau,”
“Apa dia? Cakap je lah,”
“Balancenya,
Dhia dah bayar dah dengan syarat dia pun nak album ni juga. Maknanya aku buat
dua copy album ni. Satu copy tu aku tak charge. Aku bagi free
pada korang,” terbeliak mata Diam dengar.
“Kau ambil apasal? Kan aku dah cakap
aku akan bayar?” Daim nak marah tapi masih cuba mengawal.
“Macam ni, Bro,” Jefri duduk di
sebelah Daim.
“Dhia dia rasa tak sedap hati pula
bila kau bayar sorang-sorang duit album ni, sedangkan gambar kau satu pun
takde. Sebaliknya gambar dia pula yang banyak. So, tu sebab dia rasa
bertanggungjawab terhadap album ni jugak,” sambung Jefri.
“Kau tau tak kenapa aku sorang je
nak album ni? Sebab kalau dah ada dua album yang sama, nanti kami kahwin, ada
dua album pula. Kan ke rugi macam tu?” ‘ish! Budak Dhia ni. Sekali aku sekeh
kang baru tau. Asal boleh je nak ikut cakap dia,’
“Kau jangan bimbang, Bro. Album pada
Dhia tu aku buat lain sikit. Aku lebihkan gambar outdoor dia sekali dengan beberapa gambar kau yang aku edit khas
untuk dia. Kira korang tetap tak rugi sebab akan dapat dua album yang yang
berlainan,” Jefri mengukuhkan jawapanya.
“Ish! Lain kali bagitau awal-awal,”
tegur Daim.
“Kau tak nak tengok ke? Mana tau ada
yang tak puas hati ke?” soal Jefri.
“Nantilah aku tengok. Aku percayakan
kau,” Daim menepuk bahu Jefri.
“Pojie, Pojie,” Jefry menjerit-jerit
kecil sambil berlari ke arah Daim dan Jefri.
“Apasal pulak tu?” soal Jefri pada
Daim.
“Entah,” Daim mengungkit bahu dengan
tangan kanan menyorong beg berisi album di bawah meja.
“Kau dah kenapa? Kot iya rindu aku,
tak payahlah jerit-jerit macam tu. Buat malu dek orang je,” kata-kata Daim
mengelikan hati Jefri.
“Pojie, aku dah jumpa dah. Aku dah
jumpa dah,” tercungap-cungap Jefry melayangkan sekeping gambar depan Daim.
“Apa ni?” soal Daim sambil mengambil
gambar dari tangan Jefry.
“Ni dia. Cik Fifi kau kan?” soal
Jefry.
“Dah kursus yang sama. Mestilah dia.
Siapa lagi?” Daim menjentik gambar ditangannya.
“Kau nak tau tak siapa Cik Fifi tu
dengan kau?” Jefry berteka teki.
“Tak payah tahu pun aku dah tahu.
Tentulah dia manusia macam aku. Apalah kau ni?” jawap Daim slamber. Padahal jantungnya dah berdegup kencang dah ni. Tak tahu
kenapa.
“Bak aku tengok jap,” pinta Jefri.
Daim menghulur gambar kepada Jefri.
“Eh! Ni Dhia ni,” sambung Jefri.
Dengan kepantasan maksimum, Daim merampas balik gambar di tangan Jefri.
“Mana?” soal Daim dengan mata
melilau.
“Ni,” Jefri menunjuk kepada gambar
Cik Fifi.
“Ha?”
“Yes!
Memang betul. Baru aku teringat yang muka Cik Fifi ni sama dengan muka Dhia.
Aku siap pujuk Delita bagi aku facebook Dhia. Aku nak bandingkan gambar yang
aku ada dengan muka dia. Dan confirm orang yang sama sebab dalam facebook dia
pun ada gambar ni jugak,” Jefri menuding-nunding ke arah gambar nan sekeping
tu.
“Ya ke?” Daim masih tak percaya.
“Memang betullah ni. Tak percaya,
buka album,” suruh Jefri.
Daim dengan pantas mencapai kembali
album dibawah meja. Jantungnya semakin berdegup kencang. Dikeluarkan album dari
dalam beg dan kotak dengan rakus. Bila kala menyelak sahaja kotak album,
terpampang gambar Dhia dikulit hadapan. Masa itu, mata Daim tak berkelip.
“Ha! Samakan?” soal Jefri.
Daim hanya diam. Diselak pula
lembaran album seterusnya. Seterusnya. Dan seterusnya. Setiap moment yang
diambil serupa dengan apa yang dilihatnya sendiri. Senyumannya, tawanya semua
sama seperti ‘Cik Fifi’. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ni?
Berkali-kali kepala Daim ke kiri dan
ke kanan. Membandingkan gambar ditangannya dengan gambar di album. Sama. Memang
sama. Saling tak tumpah. Sah orang yang sama!
“Arrrggghhhhh...” Daim menjerit
geram. Tindakan Daim menyebabkan kertas yang dipegang Koperal Hamidah jatuh ke
lantai lantaran terkejut.
“Oi! Gila ke?” tegur seorang
pegawai. Koperal Hamidah hanya menjeling.
###
Petang itu, Daim balik tepat pada
masanya. Ada misi yang perlu dilaksanakan dengan segera. Sesampainya di bilik
Daim terus menyusun begnya di kepala katil. Langkah terus di atur kepada almari
berisi baju kasual. Perlu pulang segera ke rumah mak! Ketika mencapai baju,
jatuh hadiah Dhia mengenai tepat ke muka Daim.
Daim terkedu. Kenapalah aku tak
pernah terfikir nak buka hadiah ni? Kenapalah aku ni sengal sangat-sangat
sampai hadiah ni tak sempat aku nak jengah? Bodohlah kau ni, Daim. Memang
bodoh. Bodoh yang amat!
Daim perlahan-lahan membuka hadiah
pemberian Dhia kepadanya. Dibuka satu persatu solotep yang menampal pembalut
hadiah. Tak sangup rasanya nak mengoyakkan kertas pembalut hadiah pemberian
orang yang mula Daim sayang. Ya! Daim dah mula sayang Dhia. Usai membuka,
solotep di matikan dan pembalut dilipat dua. Diletak disisinya. Kotak bersaiz
rim kertas A4 dibuka. Sehelai kemeja hitam berjalur putih elok tersusun didalamnya. Sekeping kad
dikeluarkan. Terjatuh ke ribanya sekeping gambar. Gambar Dhia. Gambar Dhia
berkurung merah dan berselendang putih. Cantik sangat cantik.
As’salammualaikum...
Happy betday awak.
Delita beritahu saya betday awak minggu lepas. Saya tak sempat nak pos hadiah.
Saya tak tahu nak bagi hadiah apa. Jadi sudi-sudilah terima hadiah yang tidak
seberapa dari hamba ini. Hehehe...
Saya harap kita dapat bertemu suatu
hari nanti. Insyallah.
Happy betday awak. ;)
p/s : ni de gambar saya. Sebabkan
awak dah jadi tunang saya, saya berani bagi awak gambar saya. Simpan baik-baik
ok? Daa...
Ikhlas,
Dhia Lufiyah
Nota dari Dhia menyebakkan dada Daim. Kalaulah
dia buka hadiah ni lebih awal. Tentu semua ni mungkin tak akan terjadi. Tentu
dia dan Dhia dapat menjalani kehidupan bahagia sepanjang di Endau Rompin. Tapi
engkau jangan lupa Daim, mungkin semua ni dah tertulis oleh Allah. Allah nak
bagi kemanisan buat kau dan Dhia agaknya. Allah nak jauhkan unsur-unsur maksiat
diantara kau dan Dhia. Allah mungkin telah meranca satu pertemuan yang lebih
bermakna buat korang berdua nanti.
“Padanlah aku punya cemburu naik dua
darjah celcius. Rupanya betul dia ni tunang aku. Tapi apasal dia wat dono je
dengan aku? Dia dah tengok ke belum video aku tu eh? Ni confirm-confirm tak tengok lagi ni. Aduh! Apasallah aku tak guna
nama ‘Daim’ ? Yang aku pergi guna nama ‘Pojie’ tu udah kenapa? Ya Allah, engkau
permudahkanlah urusan kami, Ya Allah,” Daim menadah tangan memohon pada yang
esa.
###
Memandangkan esok dan lusa cuti, Dim
terus memandu pulang ke rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Nak kena pakat dengan Delita
dan Delila. Pakat nak ajak Dhia keluar. Kali ni akan aku pastikan Dhia tak akan
disia-siakan. Aku dah jatuh cinta dengan Dhia! Kali ni aku mesti berjaya. Harus
berjaya. Dhia, you tunggu i datang Cyberjaya. You tunggggguuuuu...
“As’salamualaikum,” sapa Daim
melangkah masuk ke dalam perut rumah.
“Apalah kenanya rumah ni tak
berkunci malam-malam ni?” Daim ngomel sendirian.
“As’salammualaikum...” Daim sekali
lagi memberikan salam kepada seisi rumah.
Kaki Daim terus melangkah ke dapur.
Mana semua orang ni? Daim menuruni tangga untuk terus ke biliknya. Matanya
masih melilau mencari penghuni rumah. Daim mengaru-garu kepla yang tidak gatal.
Mana pula mak pergi ni?
“Huuuaaarrrggghhhh,” sergah Delita
dan Delila.
“Arrgggghhhh....” jerit Daim terus
melompat atas katil.
“Hahaha,” ketawa besar Delita dan
Delila.
“Bertuah punya budak-budak. Nasib
tak gugur jantung aku dibuatnya,” Daim membaling bantal kepada Delita dan
Delila.
“Aku ingatkan askar ni gagah perkasa
tapi tak jugak. Baru kena sergah dah terperanjat katak. Siap main lompat-lompat
lagi. Hahaha...” ketawa Delita.
“Sengal punya adik-adik. Sudah,
sudah. Mak mana?” soal Daim.
“Mak pergi surau,” jawab Delila bila
tawanya reda.
“Habis korang tak ikut ke?”
Delila hanya senyum-senyum kerang
busuk.
“Hai! Tak akan dua-dua sekali?” soal
Daim seakan faham.
“Nama pun kembar. Sorang sakit
dua-dua sakit,” jawab Delita.
“Ok. Ada lauk tak? Laparlah,” Daim
berjalan keluar sambil memegang perutnya.
“Kau tak makan lagi ke Achik? Sian
kaukan? Dah pi la basuh tangan dulu,” arah Delila yang mencedukkan nasi ke pinggan Daim. Delita pula
menuangkan sisa air kopi yang masih panas ke dalam cawan untuk Daim.
“Terima kasih,” Daim buat muka
comel.
Delita dan Delila hanya menemankan
Daim makan. Berselera diaorang tengok Daim makan. Lama juga tak jumpa Daim.
Hampir sebulan. Ye la balik pun masa Kak Lin bersalin bulan lepas. Kak Lin bersalin
awal. 8 bulan 3 minggu. Tak sempat 9
bulan dah bersalin. Kak Lin bersalin anak lelaki. Namanya Muhammad Danish
Saifuldin. Tu pun jumpa sekejap sangat. Jumpa sehari je. Lepas tu Daim dah
balik kem balik. Katanya kerja banyak sangat-sangat.
Melihatkan Daim sudah berada di
depan mata, Delila memberikan isyarat kepada Delita supaya memulakan rencana.
“Achik, Chu ada nak cakap sikit ni.
Sebelum mak cakap, baiklah Chu yang cakap dulu,” Delita pinta izin nak
bercakap.
“Apa dia?”
“Kau dengan Kak Dhia macam mana
sekarang ni?”
“Kenapa?” Daim meneguk air di
sebelahnya.
“Mak dah bertanya-tanya dah bila
korang nak buat persiapan nak kahwin. Ni dah masuk 3 bulan dah. Tapi satu benda
pun mak tak nampak kau beli. Mak ada gak bising takut, takut kau tak jumpa Kak
Dhia lagi. Tapi kami back up korang. Cakap korang busy. So, macam mana sekarang
ni? Mak tu dah mula risau dah. Takut tak jadi,”
Pamp...
“Pasal itulah aku balik,” Daim
menepuk meja dengan tangan kiri. Terperanjat Delita dan Delila dibuatnya.
“Apasal, Achik? Kau nak cepatkan
tarikh kahwin ke?” soal Delila.
“Taklah,” Daim ke sinki membasuh
pinggan.
“Sebenarnya, aku balik nak tunjuk
album kahwin,”
“Album kahwin?” soal Delita dan Delila
senrentak.
“Eh! Silap. Album tunang,” Daim melap
mulutnya dengan belakang tangan.
“Terkejut aku. Bawak-bawak bersabarlah
yerk? Tak lama lagi je,” peril Delila.
“Hehehe...yang itu satu. Kedua, korang
berdua kena tolong aku untuk berhubung dengan Kak Dhia korang tu. Boleh?” soal
Daim duduk kembali dihadapan mereka.
Delita dan Delila memandang Daim
kepelikkan.
“Kau belum jumpa Kak Dhia lagi ke
Achik?” soal Delila.
“Sebab belum, aku nak minta nombor
phone dia. Facebook dia. Ada peristiwa yang berlaku. Kalau boleh di cepatkan
aku akan cepatkan. Tak sanggup nak menahan rindu lama-lama. Hai...” Daim
membuat muka angau.
“Rindu?” Delita dan Delila saling
berpandangan.
“Biar betik. Kau rindu Kak Dhia?
Sejak bila ni?” soal Delita tak puas hati.
“Hai! Salah ke rindu tunang sendiri?
Tak salahkan?” soalan berbalas soalan.
“Yelah. Tadi kau jugak cakap kau tak
pernah jumpa dia. Tak pernah berhubung dengan dia. Tup, tup kau cakap kau rindu
dia. Tak ke pelik namanya?” Daim, Delita dan Delila jalan beriringan masuk ke
bilik Daim balik.
“Kalau aku cerita sure, sure korang
gelak punya. Tapi kalau aku tak cerita lagi korang bertambah begapnya,” Daim
mengeluarkan laptop dari dalam beg galas.
“Bak meja tu kejap, Adik,” arah
Daim.
Delila mengambil meja kecil di tepi
kepala katil dan kemudian di buka kakinya untuk Daim. Daim meletakkan laptopnya
di atas meja dan menekan butang ‘on’ di sisi kiri laptop. Delita dan Delila
masih setia menunggu kata-kata seterusnya yang keluar dari mulut Daim. Daim
yang masih diam membisu, memasukkan broadband maxis di adapter laptop.
“Apa nama facebook Kak Dhia?” soal
Daim setelah lama berdiam.
“Kau nak add dia ke?” Delila yang teruja terus duduk bersila disebelah Daim.
“Kak Dhia guna nama, Dhia Lutfi,”
jawap Delita yang dah duduk bersila sebelah kanan Daim.
Daim dengan pantas mencari nama
pemilik ‘Dhia Lutfi’.
“Yang mana satu? Banyak ni,”
“Yang ini,” tunjuk Delila.
Daim menekan kepada gambar seorang
gadis. Gambar yang sama dengan gambar yang diberikan kepada Daim. Berbaju merah
bertudung putih. Daim terus menekan butang ‘add
friend’.
“Achik, tengok album,” pinta Delila.
“Ambillah. Dalam beg kertas tu,” Delila
dengan pantas mengambil dan mula menyelak dengan Delita. Ada beberapa ketika
mereka tergelak berdua. Bukan apa, tergelak bila mengenangkan pelbagai adegan
lucu masa hari pertunangan yang lepas.
“Agak-agak, Kak Dhia korang ni tengah on tak?” soal Daim tiba-tiba.
“Sekarang pukul berapa? Oh! Belum lagi.
Kak Dhia biasa on lepas-lepas isyak. Itu pun nasib kalau dia on. Kadang tu tak
on pun,” jawap Delita bersahaja.
“La ye ke? Habis nak buat macam mana
ni?” soal Daim kecewa.
“Tunggulah kejap. Mana tau dia on
kejap lagi?” jawap Delila.
Daim hanya mengangguk. Di ambil
tuala dan terus berlalu ke bilik air. Sementara tunggu Dhia sahkan dia sebagai
kawan, baik Daim pergi bersihkan diri dan solat isyak dahulu. Karang dah lambat
sangat karang, langsung lupa nak solat.
Sampai je ke bilik untuk solat,
dilihat Delita dan Delila sudah tiada bersama-sama dengan Album gambar
ditangan. Terdengar suara mereka di ruang tengah rumah. Ah! Lantaklah. Aku
solat dulu. Nanti aku baru kirakan diaorang balik.
Usai solat, Daim kembali mengadap
laptopnya. Jam ditangan dikerlingnya sebentar. Dah 9:30 malam. Mesti Dhia dah
online. Tapi lain yang diharap, lain pula yang jadi. Dhia tak online pun. Daim terasa kecewa namun,
misi tetap harus dijalankan.
Kakinya pantas melangkah kepada
Delita dan Delila yang sedang mengekek ketawa. Entah apa yang seronok sangat
entahlah. Tengok je satu gambar, mesti nak ketawa mengilai. Pintu rumah dah lah
tak tutup. Dengar dek orang, confirm
orang ingat ada puntianak dalam rumah ni. Hai!
Adik-adiku...
“Apalah yang korang ketawa mengilai
ni? Kang ada yang join sekali baru tau,” tegur Daim
“Achik, Achik. Mehlah. Aku nak
cerita. Kau nak tau tak kenapa Kak Dhia buat muka macam ni?” soal Delila sambil
menunjukkan gambar Dhia bercekak pingang dengan mulut herot ke tepi
ditengah-tengah laman. Daim mengangguk.
“Masa ni kan, Kak Dhia tengah
bengang sebab kitaorang suruh dia buat muka control
ayu plus guling-guling atas rumput. Mengamuk Kak Dhia, Achik. Last, last jadilah gambo ala-ala kartun
ni ha. Hehehe,” cerita Delila mengelikan hati Daim.
Seronok dengar Delita dan Delila
bercerita kisah disebalik setiap gambar yang diambil. Dari situ, barulah Daim
tahu Dhia jatuh tangga, sakit kaki dan paling tak menahan bila Delita cerita
yang dia tersepak kaki Dhia masa nak ke pelamin. Daim tak sudah-sudah ketawa.
Sudahnya, Daim pun join Delita dan Delila mengilai.
“Kak Dhia korang tak approvedkan
lagilah. Boleh bagi aku nombor telefon dia tak? Aku nak gi bergayut dengan buah
hati aku kejap,” Daim buat muka double kening.
“017-6696996,” Delita menjawap
sekali lalu.
“Nantilah kejap. Laju sangatlah. Tak
sempat nak taip,”
“Ish! Lembaplah kau ni,” rengus
Delita.
“Ok, Ok. Cepat. Aku dah ready dah,”
Daim bersedia dengan handphone ditangan.
“017-6696996,”
Daim dengan pantas mendail nombor
yang Delita beri. Kedengaran lagu Alhamdullilah nyanyian Maher Zain
berkumandang. Tiba-tiba jantung Daim berdegup kencang bila mendengarkan Dhia
memberi salam. Cepat-cepat Daim menghulurkan handphone kepada Delita.
“Chu, cakaplah,” Daim menolak
telefon bimbit kepada Delita.
“Eh! Apasal pula? Cakap jelah,”
Delita menolak balik kepada Daim.
“Adik, cakap, adik,” Daim menolak
pula pada Delila.
“Kau yang nak cakap dengan dia,
apasal pula pass kat kami,” Delila menolak.
“Alah, tolonglah cakapkan. Bil
berjalan ni,” suara Daim berbaur keras.
Delita merampas telefon bimbit
ditangan Daim, “nak cakap pun susah ke?”
Daim hanya senyum sumbing. Terasa
janggal pula nak bercakap dengan Dhia tu sebab Daim minta Delita dan Delila
cakap.
“As’salammualaikum, Kak Dhia,” sapa
Delita.
“Wa’alaikumsalam. Delita yerk? Tukar
nombor baru ke?” usik Dhia.
“Taklah. Ni nombor orang lain. Orang
tu segan nak cakap dengan akak. Dia suruh Delita cakap dengan akak. Takpe kita
habiskan bil dia ok?” Delita menjeling kepada Daim.
“Hehehe..siapalah orang yang malang
tu kan?” ketawa Dhia.
“Kak Dhia sihat? Kami tengah tengok
album tunang ni. Cantik. Asyik ketawa je dari tadi,” cerita Delita.
“Yak e? Akak tak dapat lagi. Takde
kesempatan nak balik Perak. Mak cik sihat?” soal Dhia.
“Mak sihat. Tak nak tanya ke tunang
tersayang?” saat ini, Daim dah pun berada disebelah Delita. Nak dengar sekali
suara Dhia.
“Hehehe... abang Daim sihat?” soal
Dhia malu, malu.
Berbunga hati Daim bila Dhia
bahasakan diri dia abang.
“Nak tahu dia sihat ke tidak,
kenalah tanya sendiri. Kejap eh?”
“Eh! Delita, Delita,” Dhia mula tak
keriuan.
“Nah! Kak Dhia nak cakap,” telefon
bimbit diberikan kepada Daim. Daim mengeling.
“Cakap jelah. Aku belasah kang orang
tua ni,” tapak tangan Daim dibuka. Diletakkan handphone dalam tangan Daim. Daim
hanya memandang sahaja.
“Aku nak tengok gambar,” Delita
terus beralih tempat duduk ke sebelah kanan Delila.
Daim terpinga-pinga. Tak tahu nak
cakap apa. Betullah kata orang, baik kita tak tahu dari kita tahu, bila dah
tahu mulalah mengelabah tempe tak pasal-pasal. Macam Daim sekarang ni. Dulu
masa tak tahu Dhia ni Cik Fifi, laju je nak usha. Bila dah tahu, mulalah
terkulat-kulat.
“Tak sayang bil ke?” usik Delita.
‘Aduh! Nak cakap apa ni?’ gerutu
hati Daim.
‘Takpe. Kita bagi salam dulu,’ Daim
cuba meneutralkan hatinya.
“As’salamualaikum,” Daim memberikan
salam kepada Dhia. Bergetar suaranya nak bercakap dengan Dhia. Berdegup kencang
nafasnya.
“Wa’alaikumsalam,” suara Dhia pun
terdengar turut bergetar.
“Dhia eh?” ‘ada soalan ini yang kau
tanya, Daim’
“Saya,” Suara Dhia makin kuat
getarannya.
“Saya, Daim,” ‘oi! Cakaplah benda
lain. Dhia dah tau kau yang bercakap dengan dia.’
“Tahu. Daim sihat?” soal Dhia.
“Sihat. Dhia?”
“Alhamdullilah,” Dhia terpaksa
berlagak biasa.
“Alhamdullilah. Syukur. Mak, ayah,
adik-adik sihat?” Daim mulai terasa biasa.
“Baik. Semuanya sihat,” Daim
melarikan diri ke serambi rumah bila dirasakan privasinya tergangu oleh suara
Delita dan Delila yang ketawa kuat sangat.
Inilah pertama kali mereka berhubung selepas
tiga bulan bertunang. Tak sangka suara Daim ni macho jugak. Hehehe... tapi tak
tahulah orangnya macam mana. Orang kata, suara melambangkan orangnya. Tapi pada
Dhia sebaliknya. Ada orang suaranya sedap tapi biasa-biasa je diluar. Ada orang
suaranya tak sedap tapi orangnya luar biasa diluar. Tertakluk pada kuasa Maha
pencipta.
Malam ini juga, bulan dan bintang
menjadi saksi, Daim dan Dhia akhirnya berhubung jua. Pelbagai perkara yang
mereka berdua bualkan. Mula-mula
mengenal hati budi masing-masing sampailah membawa kepada kegemaran mereka.
Daim semakin berbunga-bunga hatinya mendengarkan suara Dhia. Sampaikan Mak Cik
Kesuma Dewi balik beri salam pun Daim tak dengar. Teruk betul!
“Achik, borak dengan siapa tu? Bukan
main lagi merenyamnyer. Sampe mak bagi salam pun idok berjawap,” soal Mak Cik
Kesuma Dewi kepada anak kembarrnya.
“Dengan siapa lagi. Dengan tunang
dialah,” jawap Delita membuatkan hati tuanya berbunga. Alhamdullilah.
“Mak, meh tengok album tunang hari tu.
Achik bawa balik,” Delila menarik tangan tua Mak Cik Kesuma Dewi.
Hampir nak menitis
air matanya bila melihat Daim dan Dhia saling berhubung. Sekali gus mencantas
segala dakwaan hatinya yang Daim tak menyukai Dhia. Tapi Mak Cik Kesuma Dewi
tak tahu, yang baru kejap ni diaorang ni berhubung. 3 bulan ke
belakang....HARAM!
12 comments:
smbung lg...best2..
wah...daim ngan dhia dah mula calling2...bestnya...hihih...nk lg..byk kali baca pon x jemu...kalau dah jd novel nanti mesti tiap2 ari sy usung ke hulu ke hilir sbb syg nk tggal..hihih
waah ! buat novel , sy pon :)
pencil and paper
best sambg lagi
agak2 daim cepatkan tarikh kawin x
ryana
mesti la tu..kan dia dah syg kat dia...hihih
so sweet Daim n Dhia.... dlm hati dah ada tmn bunga...
nak tahu apa jadi seterusnya? teruskan membaca CMM pada bab2 akan dtg... tq support CMM ;)
best3.... tak sabar tngu next n3
bila nk d novelkan citer ni..??
Che Ezaitie dah hantar kpd penerbit...tp masih belum ada jawapan..kalau penerbit nak terbitkan, korg la insan pertama yang akan che ezaitie kongsikan selepas gamily Che Ezaitie..ok?
Asslmualkm..
btul ke nvl ni nk dibukukan??
bestnya...
hrp2 ditrima cpt2 olh penerbit..
W'salam rina..Insyallah kalau CMM diterima utk penerbitan...;)
Post a Comment