~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, May 16, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 24

Bab 24

Sampai je di bilik hotel, Daim terus menyerang Sulaiman.
“Kau bagi nombor aku dekat budak Zulaika, tu kan?” tak sempat Sulaiman nak meletakkan bontotnya dah kena serang dah.
“Eh! Tak, tak. Saya bukan jenis macam tu, Tuan,” Sulaiman duduk dibirai katilnya dengan tangan digoyangkan tanda tidak.
“Habis ni apa? Siap bagi nombor telefon lagi,” Daim menayangkan kertas yang berisi nombor telefon Zulaika di mata Sulaiman.
“Budak tu yang suruh saya bagi kertas tu pada Tuan. Mana saya tahu apa isi kandungan kertas tu,”
“Habis kau bagi ke nombor telefon aku?” not suara Daim dah semakin mengecil.
“Budak tu ada minta. Tapi saya tak bagi pun. Saya cakap saya kena minta izin Tuan dulu baru boleh bagi,” jawap Sulaiman bersungguh.
“Bagus. Jangan bagi langsung,” jari telunjuknya naik ke atas.
“Baik,” Sulaiman mengangkat tangan ala-ala sedang bersumpah. Daim mengangguk. Ditariknya kain pelekat di kepala katil. Nak tukar seluar. Nak Solat Asar.
“Tuan, kan bagus kalau Tuan layankan sahaja budak tu. Cantik pun cantik. Putih pun putih cuma tak tahannya dia tak pakai tudunglah,”
“La budak yang tak pakai tudung tu ke? Yang pakai spek warna pink tu?” soal Daim yang dah membuat bentuk cermin mata di matanya.
“Ha'a budak tulah,” jawap Sulaiman.
“Hehehe...nanti kalau dia tanya nombor aku lagi, kau jawap je aku ni dah nak bertunang tak lama lagi. Tak ada masa nak layan perempuan lain,”
Memang diakui kata-kata Sulaiman ada kebenarannya. Zulaika yang dilihat pada pandangan mata pertama adalah seorang perempuan yang cantik, muka bersih dari jerawat, slim river, putih menawan dan sopan. Tapi tak sanggup rasanya nak menduakan Aisyah. Wah! Menduakan Aisyah. Korang dah declared ke Daim oii?
“Tuan dah nak bertunang ke?”
“Insyallah. Semoga Allah permudahkan urusan kami,” Ya semoga Allah permudahkan urusanku.
“Amin,”
Hai, tak sangka ada lagi yang minat dekat aku. Ingatkan dah tak laku. Dulu masa mak aku bagi aku masa sebulan nak cari calon isteri, bukan main liat lagi nak datang. Bila mak aku dah tarik balik masa tu barulah terhegeh-hegeh yang datang. Betullah orang cakap. Ini semua karma alam. Time kita betul-betul nak, time tula dia tak akan datang.
Telefon bimbit Daim tertera ikon surat. Tanda ada mesej yang masuk. Tak jadi Daim nak melangkah ke bilik air.
Along cakap boleh. Nanti kami bawa makan ikan bakar dekat muara Sungai Duyung.
Tersenyum sumbing Daim sorang-sorang.
Ok. Jauh ke dari sini?
Mesej dihantar kepada Aisyah sekadar berbahasa basi.
Hotel dekat mana?
Mesej Aisyah masuk lagi.
“Man, Apa nama hotel ni eh?”
“Watercity resort,”
“Mukim?”
“Bukit Katil. Kenapa Tuan?”
“Tak ada. Ada kawan tanya,”
“Kawan ke makwe?”
“Kawanlah,”
Watercity resort di Bukit Katil
Oh! Watercity? Tak apa. Dalam jam 9 malam kami datang sana.
Ok. Jumpa malam ni.
Bahagia rasanya nak pergi jumpa Aisyah malam ni. Tak sabar nak tunggu jam 9 malam ni. Tak sabar nak menatap wajah suci bersih Aisyah. Daim terus tersenyum dan tersenyum dipembaringannya.
“Tuan nak masuk bilik air tak? Kalau tak nak saya nak masuk dulu,” Sulaiman dah berkira-kira nak ke bilik air.
“Kejap. Bagi saya ambil wudhuk kejap,” Daim terus bangun dan menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Kelihatan Mejar Mustapa sedang menunaikan Solat Asar diruang tamu. Kapten Mansur nampaknya dah usai menunaikan solatnya dan dah berlalu ke bilik.
Daim melangkah ke ruang tamu untuk bersolat pula. Mejar Mustapa sedang berdoa.
Usai solat, Daim bersiap dengan baju sukannya.
“Tuan nak ke mana ni?” soal Sulaiman yang baru keluar dari bilik air.
Joging,” Daim terus melangkah ke depan dan mencapai kasut sukannya.
“Tuan, saya joging kejap,” sapa Daim pada Kapten Mansur didapur.
“Nanti dulu, Daim. Tunggu kami. Kami pun nak berjoging juga,” Kapten Mansur terus masuk ke bilik dan menyalin pakaian. Mejar Mustapa dan siap lebih awal.
“Ok,” menekan remote televisyen dan mencari channel yang best.
“Daim, jadi ke kawan kamu tu nak bawa kita makan ikan bakar malam ni?” soal Mejar Mustapa dengan secawan air yang dibawa dari dapur.
“Jadi. Dia cakap dalam pukul 9 malam dia sampai sini. Katanya nak bawa ke ikan bakar muara sungai duyung,” jawap Daim sambil masih lagi menukar-nukar channel.
“Jauh ke dari sini?” soal Mejar Mustapa yang dah duduk sebelah Daim.
“Entah. Tak pula dia cakap apa-apa,” Daim menjongket bahunya.
“Kawan kamu tu lelaki ke perempuan?” Mak oii...soalan maut betul!
“Perempuan. Nanti dia datang sekali dengan keluarga Along dia,” jawap Daim yang dah nak berpeluh dalam air-cond.
“Aweklah tu?”
“Ish! Taklah. Kawan je,” astaga. Sekali lagi aku cakap Aisyah kawan aku. Kenapalah mulut ni susah sangat nak cakap Aisyah tu bakal isteri aku ke? Awek aku ke? Tak pun kepala ni kenapalah susah sangat nak mengangguk membenarkan segalanya. Kenapa? Kenapa? Keeeennnaaapppaaa?
“Iyalah tu,”
“Iya,”
“Dah jom kita. Sulaiman mana?” ajak Kapten Mansur.
“Dalam bilik lagi kot,”
“Sulaiman, Sulaiman,” panggil Kapten Mansur.
“Saya, Tuan,” sahut Sulaiman dari dalam bilik.
“Tak nak join jogging sekali ke?” soal Kapten Mansur yang dah melangkah ke bilik Daim dan Sulaiman.
“Kejap tengah nak pakai kasut,”
Terhenjut-henjut Sulaiman keluar sambil membetulkan kasutnya. Kunci bilik di capai dan mereka memulakan jogging mereka pada petang itu. Satu pusingan lengkap hotel adalah 2.4km. Untuk dapatkan 10km, makanya mereka akan membuat 4 setengah pusingan hotel. Itu pun kalau termampulah. Tapi kena juga mampu. Kalau masuk rentas halangan bukan 10km dikejar tapi 20km sekali dengan beban dibahu serta masa akan dicatit. Lagi payah. Setakat 10km ni apalah sangat. Tak mencabar langsung. Tahap budak-budak sekolah merentas desa je.
###
“Assalamualaikum. Aisyah dah sampai ke?” Daim menelefon Aisyah, takut-takut Aisyah tunggu dia orang lama sangat.
“Belum lagi. Tapi dah nak sampai dah,”
“Ye ke? Kalau Aisyah sampai kami tak ada lagi. Aisyah tunggu kejap ye? Tengah siap,”
“Ha iyalah,” penutup ayat dari Aisyah.
“Dah siap ke semuanya?” soal Mejar Mustapa yang faham dengan kegelisahan Daim.
“Saya dah. Hai, Tuan. Bukan main handsome lagi?” usik Sulaiman.
“Tak adalah. Biasa je ni,” seluar Jeans dengan T-Shirt berkolar warna biru tua. Tak ada apa yang istimewa pun kecuali minyak wangi dan jel rambut je yang dibubuh lebih sedikit. Yelah nak jumpa bakal buah hati kenalah melawa kan?
“Ye ke? Sampai sini harum semerbak,” usik Sulaiman lagi.
“Ish! Mana ada. Kita ni kena jaga penampilan juga walaupun lelaki,” Daim malas nak melayankan Sulaiman. Terus disarung kasut sport nike ke kakinya.
“Hehehe...”sakan betul Sulaiman mengusik Daim.
Mejar Mustapa dan Kapten Mansur hanya mengelengkan kepala sahaja. Anak mudalah katakan. Banyak guraunya.
Mereka terus melangkah menuju ke tempat Sulaiman memakirkan kereta. Kelihatan waktu malam di hotel sungguh ceria dengan lampu yang bergemerlapan.
“Tuan, nanti nak tunggu mana?” soal Sulaiman yang dah masukkan gear undur.
“Tunggu bawah ni je,” jawap Daim ringkas.
Sampai je ke bawah, kelihatan sebuah kereta Toyota Unser baru sahaja membuat pusingan 'U'. tak lama lepas tu, telefon bimbit Daim pun menyannyikan lagu Something Stupid part korus.
“Assalamualaikum, Daim. Aisyah dah sampai dah,” beritahu aisyah.
“Wa'alaikumsalam. Kereta Toyata Unser ni ke?” soal Daim.
“Ha'a. Daim di mana?” Daim meberikan isyarat kepada Sulaiman agar berhenti dibelakang kereta Toyota Unser tadi.
“Dah ada dah. Dekat belakang ni,”
“Ye ke?” Aisyah terus mematikan telefonnya.
“Along, dia orang dekat belakang ni,” beritahu Aisyah pada Alongnya.
“Askar ke?”
“Ha'a”
Along Aisyah terus keluar dan kemudian di ikuti oleh Aisyah dan Kak Long Aisyah.
“Assalamualaikum, Tuan,” sapa Along Aisyah yang kemudiannya menyalam tangan Mejar Mustapa.
“Wa'alaikumsalam. Tak payahlah beria nak bertuan-tuan ni. Panggil pak cik je. Dah tua dah pun. Tinggal masa nak pencen je,” pecah gelak mereka yang mendengarkan ayat Mejar Mustapa.
Daim memandang wajah yang amat di rinduinya dengan pandangan yang sangat malap. Yelah. Mahu tak malap. Yang ada hanyalah lampu jalan dengan lampu kereta. Mana nak nampak wajah Aisyah betul-betul. Aisyah sedari tadi hanya menunduk. Memandang pun jika perlu. Sungguh dia amat menjaga adap penglihatannya. Sungguh dia menawan hatiku.
“Along, nilah Daim yang Aisyah ceritakan tu,” Daim diperkenalkan kepada Along Aisyah.
“Daim. Yang ni Mejar Mustapa, Kapten Mansur dan yang hujung tu Sulaiman” tangan dihulur kepada Along Aisyah. Along Aisyah menyahutnya dan turut menyalami yang lain.
“Zulkarnain. Tapi panggil je Abang Zul,” wah! Macam dapat green light je.
“Ni Isteri saya, Suhaida,” Kak Long Aisyah hanya tersenyum.
Pada pengamatan Daim, Abang Zul berperwatakkan biasa sahaja. Tak macam Pak Cik Salim yang serban sentiasa dikepala. Abang Zul hanya mengenakan snow cap sahaja dikepalanya. Kak Long Aisyah pula lebih selesa berperwatakan tudung empat segi biasa tapi mungkin bersaiz besar sebab dilihatkan pada cara pemakaiannya agak labuh juga.
“Kalau macam tu, eloklah kita bertolak sekarang. Perut dah main irama keroncong dah ni,” usik Mejar Mustapa. Abang Zul dah gelak besar..
“Ha' a jomlah,” masing-masing masuk kembali ke dalam perut kereta. Kereta Abang Zul meluncur laju memandu arah mereka.
###
Sebaik sahaja mereka sampai, parking kereta penuh sampai ke jalan masuk. Terpaksalah mereka parkir kereta berhampiran dengan jeti nelayan. Terasa segar aura bayu laut.
“Jalan Jauh sikit ye? Tak sangka ramai pula hari. Biasa tu memang ramai tapi tidaklah sampai kena parking dekat dengan jeti ni,” cerita Abang Zul sambil tangannya memimpin anak lelakinya. Kak Long Aisyah mengendung bayi perempuan. Aisyah pula berdiri saja sebelah Kak Longnya.
“Tak apa. Biasalah. Nama pun malam minggu kan? Baru lepas gaji pulak tu,” Kapten Mansur menjawap bagi pihak semua.
“Hai, Tuan. Saya tengok dari tadi senyap je. Kenapa? Hilang kata-kata ke dah jumpa buah hati?” usik Sulaiman yang jalan beriringan dengan Daim di belakang.
Daim hanya mampu tersenyum. Dia pun tak pasti kenapa lidah dia kelu bila dah dapat tengok muka Aisyah. Dulu masa dekat rumah Abang Jefry pun macam tu jugak. Tahap kemaluan Daim naik dengan mendadaknya. (ni bukan ayat mencarut ya?).
Sampai je dalam raung restoran, Abang Zul disapa oleh seorang pelayan disana.
“Assalalmualaikum. Ingat tak jadi datang,”
“Wa'alaikumsalam. Jadi apa pula tak jadi. Meja mana?” soal Abang Zul.
“Tu,” tunjuk pelayan tu. Tertera nama Abang Zul di meja tu. Rupanya Abang Zul dah pun buat tempahan awal. Padanlah dia terus masuk je ke dalam. Agaknya orang tak buat tempahan lagi kena ambil quelah di luar.
“Okey, Abang Zul. Nak oder apa?”
“Nak oder apa ya?” Abang Zul menyoal kepada mereka.
“Apa yang ada?” soal Mejar Mustapa.
“Macam-macam ada. Ada Pari, Siakap, kembung. Nak masak sayur pun kami ada. Sotong besar-besar, Bang. Kalau nak pilih dulu pun boleh,”
“Nak tengoklah ikan apa dulu. Daim kamu ada alih ikan apa-apa ke?” soal Kapten Mansur.
“Tak ada. Tapi kalau boleh saya nak sotong goreng tepung. Ada tak Dik?” soal Daim kepada pelayan.
“Ada. Sotong goreng tepung nak berapa set, Bang?”
“Bagi empatlah,”
“Empat eh? Nak tengok ikan jomlah,” ajak pelayan tu.
“Jom, Aida. Aisyah tunggu sini kejap ye? Jaga budak bertuah dua orang ni. Jom, tuan,” pelawa Abang Zul.
“Alah, panggil je pak cik. Tak kisah pun. Bukan kena saman pun,” sekali lagi Mejar Mustapa menegur.
Abang Zul hanya gelak sambil melangkah pergi dengan Mejar Mustapa, Kapten Mansur dan Sulaiman. Kak Long Aisyah dah melepaskan bayinya kepada Aisyah. Sulaiman sengaja je join orang tengok ikan juga. Sempat lagi dia kenyit mata pada Daim. Daim ni pula hanya senyum je la yang mampu pun.
Daim lihat aisyah penuh dengan keibuan bila dia mendukung anak saudaranya. Orang macam nilah yang aku nak buat isteri.
“Ni siapa nama ni?” Daim menegur yang abang.
“Ha, Abang, cepat bagitahu nama pada Uncle Daim,”
“Lokman,” jawap Si Abang.
“Oh! Lokman. Adik?” soal Daim lagi.
“Husna,” jawap Lokman sambil mencuim pipi adiknya.
“Abang sayang adik tak?” soal Daim lagi.
Kali ni sengaja je di rapatkan diri dengan Aisyah. Konon-konon nak usik Si Adiklah. Tapi taktik tak berjaya. Dekat je Daim, Aisyah pun mengelunsur ke belakang. Daim pun mengelunsur balik ke belakang. Daim mengaru kepalanya.
“Aisyah sihat?” soalan itu yang terkeluar dari kotak suaranya.
“Alhamdullilah, sihat,” menunduk Aisyah menjawab.
Daim hilang kata-kata. Tak tahu nak cakap apa dah. Kelihatan rombongan yang pergi melihat ikan dan sampai dah (ayat macamlah diaorang ni pergi meraih ikan dilaut kan? Cik Author please twice our languange)
“Kami oder Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin, Ikan Pari Bakar, Siakap Masak Tiga Rasa, Udang Masak Sweet Sour dengan Kerang Bakar. Ok ke?”
“Ok je. Rezeki jangan ditolak maut jangan di cari,” dengan penuh gaya muncul-muncul mulut Daim menutur. Nak cover malu tadilah tu!
Sementara menunggukan hidangan sampai, mereka saling borak berborak berkenal-kenalan. Daim pula beberapa kali dicuit oleh Sulaiman. Nampak sangat pendiamnya.
Entah kenapalah tiba-tiba pula jadi macam ni. Dalam hati tak berdebar tapi entah. Tak tahu nak bayangkan perasaan yang sedang Daim lalui sekarang ni. Mata kejap-kejap curi pandang pada Aisyah. Bila Aisyah menoleh pada Daim, Daim cepat-cepat larikan pandangan matanya. Sulaiman pula tak sudah-sudah menahan gelak. Kaku membeku jadinya. Dalam mesej bukan main lagi havoc. Dah depan-depan ni kelu lidah.
Jarak antara Daim dan Aisyah dipisahkan oleh kerusi Lokman. Aisyah pun nampaknya kelu lidah. Nak tegur lebih-lebih takut nanti digelar anak dara mengedik. Aisyah pun curi-curi juga pandang ke arah Daim. Ada yang nak diperkatakan tapi niat tu tak sampai ke keronkong. Hanya tersangkut di pangkal hati. Aisyah pun tak mengerti kenapa dia boleh jadi seorang yang sangat pemalu bila bersama dengan Daim. Bila di lihat senyuman Daim yang manis dan diserikan lagi oleh lesung pipit yang agak dalam, Aisyah terasa gembira. Astagfirullah...Aisyah beristigfar didalam hati. Mengagumi insan berlainan jantina lebih dari Maha Pencipta. Astagfirullah...
“Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati hambaMu ini. Jauhkanlah hambaMu dari godaan syaitan yang direjam,” jauh disudut hati Aisyah memanjatkan padaNya.w
“Sini kalau nak tahu, banyak buaya. Tu tengok tu ada nota amaran buaya,” cerita Abang Zul.
“Ya ke? Buaya darat ke buaya air?” sengaja je Sulaiman ni tau.
“Dua-dua ada. Nak yang mana? Tapi malam-malam ni tak nampaklah sangat sebab dah gelap. Kalau datang sebelum maghrib tadi ha memang nampaklah dua tiga ekor elok je berkubang dekat depan nun. Elok je landing macam tak ada apa-apa yang berlaku,” cerita Abang Zul.
Portnya dekat bawah nun,” Abang Zul menunjukkan ke arah benteng di belakang mereka. Beria Daim dan Sulaiman bangun nak melihatnya.
“Habis tak naik ke darat ke deme ni?” soal Daim pula.
“Walwahualam. Tak tahu pula yang itu. Tapi rasanya tidaklah kot. Kalau iya tak adalah perumahan dengan restorna dekat sini,” jawab Abang Zul sambil tangan melilau menunjukkan kawasan perumahan orang di depan restoran.
“Bahaya jugak ye? Nampaknya kalau ke sini kenalah pastikan anak-anak terkawal,” Kapten Mansur memberikan pandangan. Abang Zul mengangguk setuju.
“Ha, makanan dah sampai dah. Sini makan Ikan Bakar dengan Nasi Lemak,” tangan Abang Zul ligat membantu pelayan meletakkan makanan. Pada saat ini, Aisyah pun sibuk menganggih kepada Daim dan Sulaiman. Tak semana-mena, tangan Aisyah dan Daim saling tersentuh. Nasi lemak Daun Pisang terjatuh ke meja. Daim terkaku bergitu juga Aisyah.
“Kenapa Aisyah?” soal Kak Long Aishah.
“Tak ada apa Kak Long,” Aisyah menolak Nasi Lemak Daun Pisang dengan hujung jari.
Lagak macam takut sangat nak menolak kepada Daim. Daim hanya melihat dengan ekor mata je Nasi Lemak Daun Pisang parking di depan matanya. Sulaiman yang melihat aksi tadi hanya mengelengkan kepala. Ditepukkan meja sedikit. Sekadar nak menyedarkan Daim. Daim memandang kepada Sulaiman. Sulaiman membuat isyarat tangan ke mulut. Tanda suruh makanlah apa lagi. Daim menoleh kepada Aisyah. Sekali lagi mata mereka bertaut. Ibarat ada laluan elektrik, masing-masing kemudian saling menunduk.
“Aduh! Kenapa aku jadi sangat kalut ni? Sebelum ni okey je? Kenapalah pada saat ni, dua kembar tak bersaudara Si Jefry dan si Jefri tak ada. Kalaulah dia orang ni ada sure aku tak kekok macam ni. Jefry aku amat perlukan kau!” sura hati Daim bersuara sayu.
Mejar Mustapa, Kapten Mansur, Sulaiman dan Abang Zul je galak sangat bercerita dan bergembira. Kak Long Aisyah sibuk dengan anak-anak. Daim dan Aisyah je tekun mengadap hidangan. Sekali sekala je Daim menyampuk cerita Abang Zul.
“Maaflah saya nak basuh tangan kejap,” Daim meminta diri untuk ke sinki apabila selesai makan.
“Sinki sebelah sana nun,” tunjuk Abang Zul.
Daim melangkah menuju ke sinki yang ditunjuk oleh Abang Zul. Aisyah menghantar Daim dengan ekor matanya.
“Hai, apalah nasibku,” keluh Daim sambil mencuci tangannya dengan air sabun.
“Sekarang aku dah belanja korang. Esok lusa aku pergi Johor, korang pula kena belanja aku. Ok?” suara yang sedang terngiang ditelinga Daim, mengetarkan hatinya. Ditoleh ke sebelah kirinya. Suara yang datang dari seorang wanita yang berbaju lengan panjang, berseluar jeans warna polos yang longar dan selendang menutupi rambutnya. Berkaca mata warna bingkai hitam dan hanya bersandal tinggi 2 inci. Pada saat Daim nak melihat dan mengamati wajah wanita yang berdiri disebelahnya, angin tiba-tiba meniup lembut tapi cukup terasa keheningannya. Hujung selendang wanita itu menutup separuh mukanya. Daim hanya dapat melihat matanya. Mata. Macam aku pernah lihat mata ni. Milik siapa ya?
Wanita tadi dengan kawan-kawannya terus berlalu keluar. Daim cuba nak mengamit wanita tadi tapi...
Uncle, nak basuh tangan,” Lokman menarik hujung baju Daim.
“Ha?”
“Iyalah,” Daim mendukung Lokman dan membasuhkan tangannya. Wanita tadi dah hilang dari pandangannya.
Daim terus mendukung Lokman kembali ke meja mereka. Getar dihati Daim masih belum surut sepenuhnya. Kenapa dengan hati aku ni? Dengan Aisyah pun tidak bergini tapi kenapa dengan wanita tadi. Siap wanita tadi? Kenapa aku macam tak keliruan ni?
“Tuan, dah nak balik dah,” Sulaiman menepuk bahu Daim.
Daim tersentak. “Ha iyalah.”
Daim terus bangun dan menyorong kerusinya. Aisyah dah berada didepan dengan memimpin Lokman. Abang Zul gila berborak dengan Mejar Mustapa dan Kapten Mansur.
“Tuan ni kenapa? Lain macam je saya tengok,” tegur Sulaiman.
“Entahlah, Man. Tak tahu apa yang dah berlaku sekarang. Otak aku dah pening dah,” Daim memegang kepalanya.
“Cikgu Aisyah tu, makwe Tuan kan? Kenapa saya tengok tak mesra langsung?” soal Sulaiman lagi.
“Bukan. Dia bukan makwe aku. Tapi dia bakal...bakal...bakal...ah! Kenapa aku tak boleh sebut ayat tu?” jerit Daim.
“Tuan, bawa bertenang Tuan,” Sulaiman dah memegang bahu Daim.
Kenapa aku asyik bermain dengan mata ini. Siapakah pemilik mata ini? Kenap dia selalu berlegar disekeliling aku? Siapa dia sebenarnya?

2 comments:

Afikah Aziz said...

kak,cepat sambung ye...xsabar nk bace...besttt hehe :)

ezaitie nfib. said...

ok afikah...Che Ezaitie akan cpt2 sambung ok? tq dear ;)