Bab 24
Sampai je di bilik
hotel, Daim terus menyerang Sulaiman.
“Kau bagi nombor
aku dekat budak Zulaika, tu kan?” tak sempat Sulaiman nak meletakkan bontotnya
dah kena serang dah.
“Eh! Tak, tak. Saya
bukan jenis macam tu, Tuan,” Sulaiman duduk dibirai katilnya dengan tangan
digoyangkan tanda tidak.
“Habis ni apa? Siap
bagi nombor telefon lagi,” Daim menayangkan kertas yang berisi nombor telefon
Zulaika di mata Sulaiman.
“Budak tu yang
suruh saya bagi kertas tu pada Tuan. Mana saya tahu apa isi kandungan kertas
tu,”
“Habis kau bagi ke
nombor telefon aku?” not suara Daim dah semakin mengecil.
“Budak tu ada
minta. Tapi saya tak bagi pun. Saya cakap saya kena minta izin Tuan dulu baru
boleh bagi,” jawap Sulaiman bersungguh.
“Bagus. Jangan bagi
langsung,” jari telunjuknya naik ke atas.
“Baik,” Sulaiman
mengangkat tangan ala-ala sedang bersumpah. Daim mengangguk. Ditariknya kain
pelekat di kepala katil. Nak tukar seluar. Nak Solat Asar.
“Tuan, kan bagus
kalau Tuan layankan sahaja budak tu. Cantik pun cantik. Putih pun putih cuma
tak tahannya dia tak pakai tudunglah,”
“La budak yang tak
pakai tudung tu ke? Yang pakai spek warna pink
tu?” soal Daim yang dah membuat bentuk cermin mata di matanya.
“Ha'a budak tulah,”
jawap Sulaiman.
“Hehehe...nanti
kalau dia tanya nombor aku lagi, kau jawap je aku ni dah nak bertunang tak lama
lagi. Tak ada masa nak layan perempuan lain,”
Memang diakui
kata-kata Sulaiman ada kebenarannya. Zulaika yang dilihat pada pandangan mata
pertama adalah seorang perempuan yang cantik, muka bersih dari jerawat, slim
river, putih menawan dan sopan. Tapi tak sanggup rasanya nak menduakan Aisyah.
Wah! Menduakan Aisyah. Korang dah declared
ke Daim oii?
“Tuan dah nak bertunang
ke?”
“Insyallah. Semoga
Allah permudahkan urusan kami,” Ya semoga Allah permudahkan urusanku.
“Amin,”
Hai, tak sangka ada
lagi yang minat dekat aku. Ingatkan dah tak laku. Dulu masa mak aku bagi aku
masa sebulan nak cari calon isteri, bukan main liat lagi nak datang. Bila mak
aku dah tarik balik masa tu barulah terhegeh-hegeh yang datang. Betullah orang
cakap. Ini semua karma alam. Time kita betul-betul nak, time tula dia tak akan
datang.
Telefon bimbit Daim
tertera ikon surat. Tanda ada mesej yang masuk. Tak jadi Daim nak melangkah ke
bilik air.
Along cakap boleh. Nanti kami bawa makan
ikan bakar dekat muara Sungai Duyung.
Tersenyum sumbing
Daim sorang-sorang.
Ok. Jauh ke dari sini?
Mesej dihantar
kepada Aisyah sekadar berbahasa basi.
Hotel dekat mana?
Mesej Aisyah masuk
lagi.
“Man, Apa nama
hotel ni eh?”
“Watercity resort,”
“Mukim?”
“Bukit Katil.
Kenapa Tuan?”
“Tak ada. Ada kawan
tanya,”
“Kawan ke makwe?”
“Kawanlah,”
Watercity resort di Bukit Katil
Oh! Watercity? Tak apa. Dalam jam 9
malam kami datang sana.
Ok. Jumpa malam ni.
Bahagia rasanya nak
pergi jumpa Aisyah malam ni. Tak sabar nak tunggu jam 9 malam ni. Tak sabar nak
menatap wajah suci bersih Aisyah. Daim terus tersenyum dan tersenyum
dipembaringannya.
“Tuan nak masuk
bilik air tak? Kalau tak nak saya nak masuk dulu,” Sulaiman dah berkira-kira
nak ke bilik air.
“Kejap. Bagi saya
ambil wudhuk kejap,” Daim terus bangun dan menuju ke bilik air untuk berwudhuk.
Kelihatan Mejar Mustapa sedang menunaikan Solat Asar diruang tamu. Kapten
Mansur nampaknya dah usai menunaikan solatnya dan dah berlalu ke bilik.
Daim melangkah ke
ruang tamu untuk bersolat pula. Mejar Mustapa sedang berdoa.
Usai solat, Daim
bersiap dengan baju sukannya.
“Tuan nak ke mana
ni?” soal Sulaiman yang baru keluar dari bilik air.
“Joging,” Daim terus melangkah ke depan
dan mencapai kasut sukannya.
“Tuan, saya joging kejap,” sapa Daim pada Kapten
Mansur didapur.
“Nanti dulu, Daim.
Tunggu kami. Kami pun nak berjoging
juga,” Kapten Mansur terus masuk ke bilik dan menyalin pakaian. Mejar Mustapa
dan siap lebih awal.
“Ok,” menekan remote televisyen dan mencari channel yang best.
“Daim, jadi ke
kawan kamu tu nak bawa kita makan ikan bakar malam ni?” soal Mejar Mustapa
dengan secawan air yang dibawa dari dapur.
“Jadi. Dia cakap
dalam pukul 9 malam dia sampai sini. Katanya nak bawa ke ikan bakar muara
sungai duyung,” jawap Daim sambil masih lagi menukar-nukar channel.
“Jauh ke dari
sini?” soal Mejar Mustapa yang dah duduk sebelah Daim.
“Entah. Tak pula
dia cakap apa-apa,” Daim menjongket bahunya.
“Kawan kamu tu
lelaki ke perempuan?” Mak oii...soalan maut betul!
“Perempuan. Nanti
dia datang sekali dengan keluarga Along dia,” jawap Daim yang dah nak berpeluh
dalam air-cond.
“Aweklah tu?”
“Ish! Taklah. Kawan
je,” astaga. Sekali lagi aku cakap Aisyah kawan aku. Kenapalah mulut ni susah
sangat nak cakap Aisyah tu bakal isteri aku ke? Awek aku ke? Tak pun kepala ni
kenapalah susah sangat nak mengangguk membenarkan segalanya. Kenapa? Kenapa?
Keeeennnaaapppaaa?
“Iyalah tu,”
“Iya,”
“Dah jom kita. Sulaiman
mana?” ajak Kapten Mansur.
“Dalam bilik lagi
kot,”
“Sulaiman,
Sulaiman,” panggil Kapten Mansur.
“Saya, Tuan,” sahut
Sulaiman dari dalam bilik.
“Tak nak join jogging sekali ke?” soal Kapten
Mansur yang dah melangkah ke bilik Daim dan Sulaiman.
“Kejap tengah nak
pakai kasut,”
Terhenjut-henjut
Sulaiman keluar sambil membetulkan kasutnya. Kunci bilik di capai dan mereka
memulakan jogging mereka pada petang
itu. Satu pusingan lengkap hotel adalah 2.4km. Untuk dapatkan 10km, makanya
mereka akan membuat 4 setengah pusingan hotel. Itu pun kalau termampulah. Tapi
kena juga mampu. Kalau masuk rentas halangan bukan 10km dikejar tapi 20km
sekali dengan beban dibahu serta masa akan dicatit. Lagi payah. Setakat 10km ni
apalah sangat. Tak mencabar langsung. Tahap budak-budak sekolah merentas desa
je.
###
“Assalamualaikum.
Aisyah dah sampai ke?” Daim menelefon Aisyah, takut-takut Aisyah tunggu dia
orang lama sangat.
“Belum lagi. Tapi
dah nak sampai dah,”
“Ye ke? Kalau
Aisyah sampai kami tak ada lagi. Aisyah tunggu kejap ye? Tengah siap,”
“Ha iyalah,”
penutup ayat dari Aisyah.
“Dah siap ke
semuanya?” soal Mejar Mustapa yang faham dengan kegelisahan Daim.
“Saya dah. Hai,
Tuan. Bukan main handsome lagi?” usik Sulaiman.
“Tak adalah. Biasa
je ni,” seluar Jeans dengan T-Shirt berkolar warna biru tua. Tak ada apa yang
istimewa pun kecuali minyak wangi dan jel rambut je yang dibubuh lebih sedikit.
Yelah nak jumpa bakal buah hati kenalah melawa kan?
“Ye ke? Sampai sini
harum semerbak,” usik Sulaiman lagi.
“Ish! Mana ada. Kita
ni kena jaga penampilan juga walaupun lelaki,” Daim malas nak melayankan
Sulaiman. Terus disarung kasut sport nike ke kakinya.
“Hehehe...”sakan
betul Sulaiman mengusik Daim.
Mejar Mustapa dan
Kapten Mansur hanya mengelengkan kepala sahaja. Anak mudalah katakan. Banyak
guraunya.
Mereka terus
melangkah menuju ke tempat Sulaiman memakirkan kereta. Kelihatan waktu malam di
hotel sungguh ceria dengan lampu yang bergemerlapan.
“Tuan, nanti nak
tunggu mana?” soal Sulaiman yang dah masukkan gear undur.
“Tunggu bawah ni
je,” jawap Daim ringkas.
Sampai je ke bawah,
kelihatan sebuah kereta Toyota Unser baru sahaja membuat pusingan 'U'. tak lama
lepas tu, telefon bimbit Daim pun menyannyikan lagu Something Stupid part korus.
“Assalamualaikum,
Daim. Aisyah dah sampai dah,” beritahu aisyah.
“Wa'alaikumsalam.
Kereta Toyata Unser ni ke?” soal Daim.
“Ha'a. Daim di
mana?” Daim meberikan isyarat kepada Sulaiman agar berhenti dibelakang kereta
Toyota Unser tadi.
“Dah ada dah. Dekat
belakang ni,”
“Ye ke?” Aisyah
terus mematikan telefonnya.
“Along, dia orang
dekat belakang ni,” beritahu Aisyah pada Alongnya.
“Askar ke?”
“Ha'a”
Along Aisyah terus
keluar dan kemudian di ikuti oleh Aisyah dan Kak Long Aisyah.
“Assalamualaikum,
Tuan,” sapa Along Aisyah yang kemudiannya menyalam tangan Mejar Mustapa.
“Wa'alaikumsalam.
Tak payahlah beria nak bertuan-tuan ni. Panggil pak cik je. Dah tua dah pun.
Tinggal masa nak pencen je,” pecah gelak mereka yang mendengarkan ayat Mejar
Mustapa.
Daim memandang
wajah yang amat di rinduinya dengan pandangan yang sangat malap. Yelah. Mahu
tak malap. Yang ada hanyalah lampu jalan dengan lampu kereta. Mana nak nampak
wajah Aisyah betul-betul. Aisyah sedari tadi hanya menunduk. Memandang pun jika
perlu. Sungguh dia amat menjaga adap penglihatannya. Sungguh dia menawan
hatiku.
“Along, nilah Daim
yang Aisyah ceritakan tu,” Daim diperkenalkan kepada Along Aisyah.
“Daim. Yang ni
Mejar Mustapa, Kapten Mansur dan yang hujung tu Sulaiman” tangan dihulur kepada
Along Aisyah. Along Aisyah menyahutnya dan turut menyalami yang lain.
“Zulkarnain. Tapi
panggil je Abang Zul,” wah! Macam dapat green light je.
“Ni Isteri saya,
Suhaida,” Kak Long Aisyah hanya tersenyum.
Pada pengamatan
Daim, Abang Zul berperwatakkan biasa sahaja. Tak macam Pak Cik Salim yang
serban sentiasa dikepala. Abang Zul hanya mengenakan snow cap sahaja
dikepalanya. Kak Long Aisyah pula lebih selesa berperwatakan tudung empat segi
biasa tapi mungkin bersaiz besar sebab dilihatkan pada cara pemakaiannya agak
labuh juga.
“Kalau macam tu,
eloklah kita bertolak sekarang. Perut dah main irama keroncong dah ni,” usik
Mejar Mustapa. Abang Zul dah gelak besar..
“Ha' a jomlah,”
masing-masing masuk kembali ke dalam perut kereta. Kereta Abang Zul meluncur
laju memandu arah mereka.
###
Sebaik sahaja
mereka sampai, parking kereta penuh sampai ke jalan masuk. Terpaksalah mereka
parkir kereta berhampiran dengan jeti nelayan. Terasa segar aura bayu laut.
“Jalan Jauh sikit
ye? Tak sangka ramai pula hari. Biasa tu memang ramai tapi tidaklah sampai kena
parking dekat dengan jeti ni,” cerita
Abang Zul sambil tangannya memimpin anak lelakinya. Kak Long Aisyah mengendung
bayi perempuan. Aisyah pula berdiri saja sebelah Kak Longnya.
“Tak apa. Biasalah.
Nama pun malam minggu kan? Baru lepas gaji pulak tu,” Kapten Mansur menjawap
bagi pihak semua.
“Hai, Tuan. Saya
tengok dari tadi senyap je. Kenapa? Hilang kata-kata ke dah jumpa buah hati?”
usik Sulaiman yang jalan beriringan dengan Daim di belakang.
Daim hanya mampu
tersenyum. Dia pun tak pasti kenapa lidah dia kelu bila dah dapat tengok muka
Aisyah. Dulu masa dekat rumah Abang Jefry pun macam tu jugak. Tahap kemaluan
Daim naik dengan mendadaknya. (ni bukan ayat mencarut ya?).
Sampai je dalam
raung restoran, Abang Zul disapa oleh seorang pelayan disana.
“Assalalmualaikum.
Ingat tak jadi datang,”
“Wa'alaikumsalam.
Jadi apa pula tak jadi. Meja mana?” soal Abang Zul.
“Tu,” tunjuk
pelayan tu. Tertera nama Abang Zul di meja tu. Rupanya Abang Zul dah pun buat
tempahan awal. Padanlah dia terus masuk je ke dalam. Agaknya orang tak buat tempahan
lagi kena ambil quelah di luar.
“Okey, Abang Zul.
Nak oder apa?”
“Nak oder apa ya?”
Abang Zul menyoal kepada mereka.
“Apa yang ada?”
soal Mejar Mustapa.
“Macam-macam ada.
Ada Pari, Siakap, kembung. Nak masak sayur pun kami ada. Sotong besar-besar,
Bang. Kalau nak pilih dulu pun boleh,”
“Nak tengoklah ikan
apa dulu. Daim kamu ada alih ikan apa-apa ke?” soal Kapten Mansur.
“Tak ada. Tapi
kalau boleh saya nak sotong goreng tepung. Ada tak Dik?” soal Daim kepada
pelayan.
“Ada. Sotong goreng
tepung nak berapa set, Bang?”
“Bagi empatlah,”
“Empat eh? Nak
tengok ikan jomlah,” ajak pelayan tu.
“Jom, Aida. Aisyah
tunggu sini kejap ye? Jaga budak bertuah dua orang ni. Jom, tuan,” pelawa Abang
Zul.
“Alah, panggil je
pak cik. Tak kisah pun. Bukan kena saman pun,” sekali lagi Mejar Mustapa
menegur.
Abang Zul hanya
gelak sambil melangkah pergi dengan Mejar Mustapa, Kapten Mansur dan Sulaiman.
Kak Long Aisyah dah melepaskan bayinya kepada Aisyah. Sulaiman sengaja je join
orang tengok ikan juga. Sempat lagi dia kenyit mata pada Daim. Daim ni pula
hanya senyum je la yang mampu pun.
Daim lihat aisyah
penuh dengan keibuan bila dia mendukung anak saudaranya. Orang macam nilah yang
aku nak buat isteri.
“Ni siapa nama ni?”
Daim menegur yang abang.
“Ha, Abang, cepat
bagitahu nama pada Uncle Daim,”
“Lokman,” jawap Si
Abang.
“Oh! Lokman. Adik?”
soal Daim lagi.
“Husna,” jawap
Lokman sambil mencuim pipi adiknya.
“Abang sayang adik
tak?” soal Daim lagi.
Kali ni sengaja je
di rapatkan diri dengan Aisyah. Konon-konon nak usik Si Adiklah. Tapi taktik
tak berjaya. Dekat je Daim, Aisyah pun mengelunsur ke belakang. Daim pun
mengelunsur balik ke belakang. Daim mengaru kepalanya.
“Aisyah sihat?”
soalan itu yang terkeluar dari kotak suaranya.
“Alhamdullilah,
sihat,” menunduk Aisyah menjawab.
Daim hilang
kata-kata. Tak tahu nak cakap apa dah. Kelihatan rombongan yang pergi melihat
ikan dan sampai dah (ayat macamlah diaorang ni pergi meraih ikan dilaut kan? Cik
Author please twice our languange)
“Kami oder Sotong
Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin, Ikan Pari Bakar, Siakap Masak Tiga Rasa,
Udang Masak Sweet Sour dengan Kerang Bakar. Ok ke?”
“Ok je. Rezeki
jangan ditolak maut jangan di cari,” dengan penuh gaya muncul-muncul mulut Daim
menutur. Nak cover malu tadilah tu!
Sementara
menunggukan hidangan sampai, mereka saling borak berborak berkenal-kenalan.
Daim pula beberapa kali dicuit oleh Sulaiman. Nampak sangat pendiamnya.
Entah kenapalah
tiba-tiba pula jadi macam ni. Dalam hati tak berdebar tapi entah. Tak tahu nak
bayangkan perasaan yang sedang Daim lalui sekarang ni. Mata kejap-kejap curi
pandang pada Aisyah. Bila Aisyah menoleh pada Daim, Daim cepat-cepat larikan
pandangan matanya. Sulaiman pula tak sudah-sudah menahan gelak. Kaku membeku
jadinya. Dalam mesej bukan main lagi havoc.
Dah depan-depan ni kelu lidah.
Jarak antara Daim
dan Aisyah dipisahkan oleh kerusi Lokman. Aisyah pun nampaknya kelu lidah. Nak
tegur lebih-lebih takut nanti digelar anak dara mengedik. Aisyah pun curi-curi
juga pandang ke arah Daim. Ada yang nak diperkatakan tapi niat tu tak sampai ke
keronkong. Hanya tersangkut di pangkal hati. Aisyah pun tak mengerti kenapa dia
boleh jadi seorang yang sangat pemalu bila bersama dengan Daim. Bila di lihat
senyuman Daim yang manis dan diserikan lagi oleh lesung pipit yang agak dalam,
Aisyah terasa gembira. Astagfirullah...Aisyah beristigfar didalam hati.
Mengagumi insan berlainan jantina lebih dari Maha Pencipta. Astagfirullah...
“Ya Allah, Engkau
kuatkanlah hati hambaMu ini. Jauhkanlah hambaMu dari godaan syaitan yang
direjam,” jauh disudut hati Aisyah memanjatkan padaNya.w
“Sini kalau nak
tahu, banyak buaya. Tu tengok tu ada nota amaran buaya,” cerita Abang Zul.
“Ya ke? Buaya darat
ke buaya air?” sengaja je Sulaiman ni tau.
“Dua-dua ada. Nak
yang mana? Tapi malam-malam ni tak nampaklah sangat sebab dah gelap. Kalau
datang sebelum maghrib tadi ha memang nampaklah dua tiga ekor elok je berkubang
dekat depan nun. Elok je landing macam tak ada apa-apa yang berlaku,” cerita
Abang Zul.
“Portnya dekat bawah nun,” Abang Zul
menunjukkan ke arah benteng di belakang mereka. Beria Daim dan Sulaiman bangun
nak melihatnya.
“Habis tak naik ke
darat ke deme ni?” soal Daim pula.
“Walwahualam. Tak
tahu pula yang itu. Tapi rasanya tidaklah kot. Kalau iya tak adalah perumahan
dengan restorna dekat sini,” jawab Abang Zul sambil tangan melilau menunjukkan
kawasan perumahan orang di depan restoran.
“Bahaya jugak ye?
Nampaknya kalau ke sini kenalah pastikan anak-anak terkawal,” Kapten Mansur
memberikan pandangan. Abang Zul mengangguk setuju.
“Ha, makanan dah
sampai dah. Sini makan Ikan Bakar dengan Nasi Lemak,” tangan Abang Zul ligat
membantu pelayan meletakkan makanan. Pada saat ini, Aisyah pun sibuk menganggih
kepada Daim dan Sulaiman. Tak semana-mena, tangan Aisyah dan Daim saling
tersentuh. Nasi lemak Daun Pisang terjatuh ke meja. Daim terkaku bergitu juga
Aisyah.
“Kenapa Aisyah?”
soal Kak Long Aishah.
“Tak ada apa Kak
Long,” Aisyah menolak Nasi Lemak Daun Pisang dengan hujung jari.
Lagak macam takut
sangat nak menolak kepada Daim. Daim hanya melihat dengan ekor mata je Nasi
Lemak Daun Pisang parking di depan matanya. Sulaiman yang melihat aksi tadi
hanya mengelengkan kepala. Ditepukkan meja sedikit. Sekadar nak menyedarkan
Daim. Daim memandang kepada Sulaiman. Sulaiman membuat isyarat tangan ke mulut.
Tanda suruh makanlah apa lagi. Daim menoleh kepada Aisyah. Sekali lagi mata
mereka bertaut. Ibarat ada laluan elektrik, masing-masing kemudian saling
menunduk.
“Aduh! Kenapa aku
jadi sangat kalut ni? Sebelum ni okey je? Kenapalah pada saat ni, dua kembar
tak bersaudara Si Jefry dan si Jefri tak ada. Kalaulah dia orang ni ada sure
aku tak kekok macam ni. Jefry aku amat perlukan kau!” sura hati Daim bersuara
sayu.
Mejar Mustapa,
Kapten Mansur, Sulaiman dan Abang Zul je galak sangat bercerita dan bergembira.
Kak Long Aisyah sibuk dengan anak-anak. Daim dan Aisyah je tekun mengadap
hidangan. Sekali sekala je Daim menyampuk cerita Abang Zul.
“Maaflah saya nak
basuh tangan kejap,” Daim meminta diri untuk ke sinki apabila selesai makan.
“Sinki sebelah sana
nun,” tunjuk Abang Zul.
Daim melangkah
menuju ke sinki yang ditunjuk oleh Abang Zul. Aisyah menghantar Daim dengan
ekor matanya.
“Hai, apalah
nasibku,” keluh Daim sambil mencuci tangannya dengan air sabun.
“Sekarang aku dah
belanja korang. Esok lusa aku pergi Johor, korang pula kena belanja aku. Ok?”
suara yang sedang terngiang ditelinga Daim, mengetarkan hatinya. Ditoleh ke
sebelah kirinya. Suara yang datang dari seorang wanita yang berbaju lengan
panjang, berseluar jeans warna polos yang longar dan selendang menutupi
rambutnya. Berkaca mata warna bingkai hitam dan hanya bersandal tinggi 2 inci.
Pada saat Daim nak melihat dan mengamati wajah wanita yang berdiri
disebelahnya, angin tiba-tiba meniup lembut tapi cukup terasa keheningannya.
Hujung selendang wanita itu menutup separuh mukanya. Daim hanya dapat melihat
matanya. Mata. Macam aku pernah lihat mata ni. Milik siapa ya?
Wanita tadi dengan
kawan-kawannya terus berlalu keluar. Daim cuba nak mengamit wanita tadi tapi...
“Uncle, nak basuh tangan,” Lokman menarik
hujung baju Daim.
“Ha?”
“Iyalah,” Daim
mendukung Lokman dan membasuhkan tangannya. Wanita tadi dah hilang dari
pandangannya.
Daim terus
mendukung Lokman kembali ke meja mereka. Getar dihati Daim masih belum surut
sepenuhnya. Kenapa dengan hati aku ni? Dengan Aisyah pun tidak bergini tapi
kenapa dengan wanita tadi. Siap wanita tadi? Kenapa aku macam tak keliruan ni?
“Tuan, dah nak
balik dah,” Sulaiman menepuk bahu Daim.
Daim tersentak. “Ha
iyalah.”
Daim terus bangun
dan menyorong kerusinya. Aisyah dah berada didepan dengan memimpin Lokman.
Abang Zul gila berborak dengan Mejar Mustapa dan Kapten Mansur.
“Tuan ni kenapa?
Lain macam je saya tengok,” tegur Sulaiman.
“Entahlah, Man. Tak
tahu apa yang dah berlaku sekarang. Otak aku dah pening dah,” Daim memegang
kepalanya.
“Cikgu Aisyah tu,
makwe Tuan kan? Kenapa saya tengok tak mesra langsung?” soal Sulaiman lagi.
“Bukan. Dia bukan
makwe aku. Tapi dia bakal...bakal...bakal...ah! Kenapa aku tak boleh sebut ayat
tu?” jerit Daim.
“Tuan, bawa
bertenang Tuan,” Sulaiman dah memegang bahu Daim.
Kenapa aku asyik
bermain dengan mata ini. Siapakah pemilik mata ini? Kenap dia selalu berlegar
disekeliling aku? Siapa dia sebenarnya?
2 comments:
kak,cepat sambung ye...xsabar nk bace...besttt hehe :)
ok afikah...Che Ezaitie akan cpt2 sambung ok? tq dear ;)
Post a Comment