~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, May 16, 2011

Alahai Sumaiyah - Bab 2


“Abi, sekolah Kak Long buat lawatan ke Kuala Lumpur sabtu ni. Kalau Kak Long ikut boleh tak?” soal Suamiyah tanpa banyak berkias pada Abi. Yelah, kalau nak berkias pun bukannya Sumaiyah reti. Kan ke dia ni strait to the point je.

“Kak Long nak ke KL?” soal Mak. Sumaiyah hanya mengangguk.

“Abi tak dapat pun surat,”

“Ada. Kak Long dah letak dalam diari abi semalam,”

“Ye ke? Cuba Kak Long bawa surat tu bagi abi,” Sumaiyah terus berlari ke atas meja kerja Abi. Dicapai diari itu kemudian dibawa kepada Abi.

Abi membaca surat sekali lalu. Sumaiyah masih setia berdiri di sebelah Abi.

“Jadi, Kak Long nak pergi ke?” soalan Abi dibalas dengan anggukkan yang panjang oleh Sumaiyah.

“Baik. Abi bagi Kak Long pergi tapi Kak Long kena pandai-pandai jaga diri ok?”

“Tapi...” Mak seakan berat hati nak melepaskan Sumaiyah pergi.

“Huraayyyy...” terkinja-kinja Sumaiyah berjoget depan Abi dan Mak.

“Abang, Sumaiyah tu kan tak sihat? Abang boleh bagi dia pergi KL sorang-sorang?” soal Mak bila Sumaiyah dah sambung terkinja dengan Rabiatul Adawiyah di bilik mereka.

“Ish! Awak ni. Elok je Sumaiyah tu segar bugar awak cakap dia tak sihat pulak. Lagi pun bukan dia pergi KL tu sorang-sorang. Cikgu ada, kawan ramai. Pandailah Sumaiyah tu bawa diri,” Abi jawap acuh tak acuh.

“Abang ni kan. Dah terkena blur Si Sumaiyah tu juga ke?” Mak mencubit peha Abi.

“Awak ni, Rahimah. Suka cakap anak tu macam tu. Tak baik. Doa seorang ibu tu berkat tau. Kang blur terus anak kita, baru padan dengan muka awak,” tegur Abi.

“Taklah. Abang tahu kan anak kita tu macam mana? Saya ni bukan apa, bang. Saya tak nak anak saya dipermain-mainkan orang. Cukuplah yang membuli Sumaiyah tu, adik-adik dia je. Abang tak tahu peritnya hati ni bila tengok anak sendiri jadi macam tu,” Mak dah nak berair matanya.

“Itu sebab kita kena bagi peluang kepada Sumaiyah untuk tunjuk kebolehan dia apa. Rahimah, anak kita tu dah jadi anak dara dah. Tahun depan dah masuk sekolah menengah. Kita pun bukan akan selalu dengan dia. Entah esok entah lusa kita tetap kena tinggalkan dia. Dari sekarang nilah kita kena belajar-belajar lepaskan dia,” nasihat Abi.

“Abang, sebab Sumaiyah tu anak dara jugaklah saya melarang. Abang lupa ke masa mula-mula dia datang haid?”

Kenangan diputarkan kepada 360 darjah ke belakang.

“Kak Long, apa yang berdarah dekat kain tu?” tegur Mak yang sedang melipat pakaian. Sumaiyah ketika itu sedang menonton TV. Cerita kartun Doremon.

Sumaiyah terus menoleh ke belakang untuk melihat darah di kainnya.

“Ni darah gigi Kak Long,” jawap Sumaiyah dengan penuh jujur. Kebetulan Sumaiyah ni memang jenis suka sangat-sangat kalau gusi bengkak ditekan dengan kain. Katanya nak hilangkan darah.

“Darah gigi? Dah tu, pergi tukar kain,” arah Mak.

Sumaiyah yang malas nak bertekak dengan maknya terus menuju ke bilik mencapai seluar dan menuju ke bilik air untuk menukar. Dilihat di seluar katuknya ada tompok darah. Sumaiyah dah pelik.

“Tak akan darah gigi boleh kena sampai sini?” Sumaiyah tenung seluar katuknya.

“Tak ada apa kot,” Sumaiyah terus menyalin seluarnya.

Sumaiyah pun keluar dan kemudian kembali mengadap TV dengan adik-adiknya. Pada masa itu, Mak kuat menyatakan yang Sumaiyah dah pun datang haid pertama. Naluri mak menyatakan anak daranya kini dah bergelak dara sunti.

Sedang asyik Sumaiyah menonton sekali dirasakan seperti dia nak terkencing dalam seluar. Berlari dia ke bilik air. Mata mak dah mengekor arah Sumaiyah. Dah kenapa pula budak ni? Darah keluar banyak ke? Lama di tunggu Sumaiyah keluar dari bilik air.

“Ish! Tak boleh jadi ni,” Mak bergerak pantas ke arah dapur.

“Kak Long, Kak Long,” Mak mengetuk pintu bilik air.

Tiada jawapan.

“Kak Long, Kak Long,” Mak dah kuatkan lagi ketukkan dan juga suaranya.

“Ye,” jawap Sumaiyah lemah.

“Kak Long buka pintu ni, Nak,” Sumaiyah dengan wajah sungul keluar dari bilik air. Mak dah menjarakkan diri sedikit.

“Mak,” air mata Sumaiyah dah berjujurai jatuh. Dipeluk Maknya.

“Kenapa ni, Sayang?” Maknya menutut dah mengesat air mata Sumaiyah. Sumaiyah dah tersedu-sedu.

“Mak, Kak Long sakit. Kak Long dah nak mati,” terkejut Mak.

“Kenapa Kak Long cakap macam tu? Tak baik tau. Kak Long sakit apa?” soal Mak bertubi. Dah kenapa pula Sumaiyah ni? Setiap 6 bulan sekali anak-anak semua dibawa ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan berkala. Doktor cakap anaknya semua sihat, Alhamdullilah.

“Kenapa ni Maknya? Kenapa dengan Kak Long ni?” Abi datang menjengah bila didengarkan Sumaiyah yang menangis kuat.

Tak pernah Sumaiyah nangis macam ni. Biasanya, walau apa pun yang terjadi, Sumaiyah tetap tabah. Yelah orang blur mana reti nak nangis. Dia bukan anak yang gedik tak sudah. Yang hanya pandai nak menangis dan merengek.

“Darah gigi Sumaiyah dah keluar ikut tempat kencing,” Sumaiyah dah semakin kuat rengeknya.

“Ha?” Abinya kebluran.

Abi memandang mak. Mak senyum. Abi kerut kening. Mak angkat kening dua kali. Abi juling mata ke atas. Aha...

“Sumaiyah 1st period ke maknya?” Mak mengangguk. Bertambah hairan Abi.

“Kak Long jangan nangis ye, Sayang. Kak Long tunggu sini ye? Duduk dekat kerusi ni dulu ye? Jangan nangis tau, Sayang. Kejap lagi mak datang,” Mak menarik kerusi di dapur dan menyuruh Sumaiyah duduk. Selepas didudukannya Sumaiyah, Mak menarik Abi ke depan.

“Abang, anak kita dah jadi anak dara. Abang tolong pergi kedai belikan pad. Pad saya tak sesuai untuk Sumaiyah. Beli jenama budak-budak remaja sekarang ni,” arah Mak.

“Tapi macam mana Sumaiyah boleh datang bulan? Kan dia tu tak cukup umur lagi?” soal Abi.

“Ish! Abang ingat anak kita tu anak lelaki ke yang umur akil balighnya umur 15, 16 tahun? Adatlah anak dara usia macam ni dah datang bulan. Ada tu umur 9 tahun dah datang bulan tau tak?” Mak terpaksa menerangkan secara terperinci pada Abi yang kadang-kadang suka sangat menyoal soalan yang entah apa-apa entah. Agaknya Sumaiyah ni blur terkenankan Abi dia ni kot?

“Habis nak buat macam mana ni?” soal Abi lagi.

“Abang pergi beli pad dulu. Biar saya yang bercerita dengan Sumaiyah. Pandailah saya nak cakap apa,”

“Tapi...seganlah Abang nak pergi beli,”

“Ya Allah. Pergi jelah beli,”

“Seganlah. Biasakan awak yang beli sendiri?”

“Maaakkkkk,” jerit Sumaiyah.

“Ha dengar tu, anak dah menjerit. Cepat pergi,” Mak dah menolak Abi keluar rumah.

“Aduh! Yelah..yelah...” Abi dah menuju ke motornya.

Mak melangkah menuju ke arah biliknya.

“Allah,” Abi masuk kembali ke dalam rumah.

“Apa lagi Abang ni?” Mak menoleh kepada suaminya.

“Kunci motor,” Abi mencapai kunci motor di tempat kunci.

“Abang, helmet,” jerit mak bila melihatkan abinya keluar tanpa mencapai helmet sekali. Masuk balik Abi mencapai helmet. Kemudian keluar balik.

“Macam-macam hallah,” Mak mengeleng dan masuk ke dalam biliknya.

Baru je nak memusingkan handel motor ke arah luar pagar, sekali lagi Abi masuk ke dalam rumah. Mak yang baru nak keluar dari bilik bertembung dengan Abi di pintu bilik. Melantun Mak dibuatnya oleh badan Abi yang lebih besar dan kuat. Berbanding badan Mak yang kurus.

“Alah! Sorry, Sayang. Abang nak ambil wallet Abang. Tertinggal,” Abi membantu Mak untuk bangun. Kemudian di capai wallet dari dalam poket belakang seluar kerjanya dan meluru keluar dari bilik.

“Maaakkk,” jerit Sumaiyah lagi.

“Ye, Sayang. Mak datang ni. Angah, Alang duduk sini diam-diam tau. Jaga adik kejap ye? Jangan bagi adik nangis tau?” Mak dah menuju ke arah Sumaiyah di dapur.

Khalid dan Umar hanya mengangguk mendengarkan kata-kata mak mereka. Sebenarnya mereka pun tak pasti apa yang sedang berlaku dalam rumah ni. Sebabnya tak pernah-pernah Kak Long diaorang menangis beria lepas tu Abi dan Mak bukan main kelam kabut lagi. Khalid memegang Rabiatul yang dah nak mengikut langkah Mak ke dapur. Meronta Rabiatul dibuatnya.

“Adik jangan nangis. Nanti Angah upah coklat, nak?” ditutup mulut Rabiatul dari menangis. Gaya macam dah nak menculik je dah Si Khalid dengan Si Umar ni memegang adik mereka, Si Rabiatul.

“Kak Long, mak ada nak cakap sikit dengan Kak Long. Kak Long tak sakit, Sayang. Darah yang Kak Long nampak tu namanya darah Haid. Darah haid ni akan datang setiap bulan sebanyak 7 hari sampai 15 hari. Bila darah tu datang, Kak Long tak boleh solat, tak boleh pegang Al-Quran, tak boleh mengaji. Paling penting, Kak Long dah tak boleh nak tidur depan TV dengan Angah dan Alang,” terang Mak panjang lebar.

“Memang Kak Long tak tidur dengan Angah dengan Achik. Kak Long tidur dengan Adik je,”

“Ye, mak tahu. Tapi lepas ni lagi dah tak boleh tau,”

“Kenapa darah ni datang sekarang? Kenapa tak datang dulu? Kenapa Adik tak kena?”

“Sebab darah ni hanya datang bila Kak Long dah cukup besar, Dah pandai kemas rumah. Dah pandai melawa. Dah pandai memasak. Nanti bila Adik dah besar, Adik dah pun akan kena macam Kak Long kena,” cerita mak lagi.

“Kak Long akan mati tak mak?”

“Ish! Taklah, Sayang. Bukan sakit pun,”

“Ye ke?”

“Iye. Dah jom masuk bilik air, mak tunjuk macam mana nak pakai pad ni,”

“Pad?”

“Pad ni tuala wanita. Time Kak Long datang bulan macam ni, Kak Long kena pakai pad. Nak tahan darah tu dari jatuh ke lantai. Pad ni nanti setiap 3 jam kena tukar. Kena basuh bersih-bersih. Kena bungkus dalam surat khabar baru boleh buang,”

“Kalau tak basuh bersih-bersih jadi apa pulak?” soal Sumaiyah.

“Kalau Kak Long tak basuh bersih-bersih, nanti syaitan suka. Syaitan suka sangat dengan orang datang bulan ni. Syaitan suka sangat nak jilat darah haid Kak Long,” cerita Mak lagi.

“Tadi mak cakap Kak Long dah datang darah haid. Ni mak cakap datang bulan pula. Mana satu yang betul ni?” soal Sumaiyah keliru.

“Dua-dua pun sama, Sayang. Dah jom cepat. Nanti kang lagi banyak darah yang keluar kang,”
Sumaiyah pun bangun dari kerusi yang diduduknya. Bila bangun je, terasa macam dah terkencing dalam seluar je. Mak lihat darah dah tembus ke kerusi. Cepat-cepat mak menarik tisu di dapur dan melapnya sebersih mungkin. Sumaiyah dah berlari masuk bilik air. Tak lama lepas tu, Mak pun masuk sama. Di tunjuk kepada Sumaiyah macam mana nak pakai tuala wanita dengan betul. Terkial-kial Sumaiyah nak menurut kata Mak.
Keluar je dari bilik air, Mak terus menuju ke bilik Sumaiyah untuk mengambilkan seluar untuk anaknya. Dilihatnya, Rabiatul dah separuh nyawa bila dilihat Khalid dan Umar beria-ria menutup mulut adik mereka.

“Ya Allah, mati adik korang tu nanti. Bertuah punya abang-abang,” Mak mencubit Khalid dan Umar.

“Mak yang suh kitaorang jaga Adik. Mak cakap jangan bagi Adik nangis. Dah Adik nak nangis, kitaorang tutuplah mulut dia,” jawap Khalid. Umar hanya mengangguk.

“Mak, Angah ngan Alang uli Adik. Adik tak wat ia pun. Adik nak gi egok Ak Long,” rengek Rabiatul Adawiyah yang sedikit pelat.

“Mak suruh tengok Adik, jangan bagi nangis. Bukan tutup mulut adik macam ni. Tak kesian ke dengan Adik?” Mak memeluk Si Rabiatul.

“Maaakkkk...” jerit Sumaiyah.

“Ya Allah, Sumaiyah,” di letakkan Si Rabiatul ke lantai.

“Adik duduk sini ok? Mak nak uruskan Kak Long kejap. Manalah Abi korang ni tak sampai lagi,” Mak menjengah keluar rumah. Tiada tanda Abi dah balik. Mak masuk ke bilik dan mencapai seluar buat Sumaiyah.

“Kak Long, buka pintu, Nak,” ketuk Mak.

Sumaiyah dah membuka pintu bilik air sedikit. “Nah seluar. Seluar yang basah tu nanti pergi sidai. Ok?” Sumaiyah hanya mengangguk.

Sumaiyah keluar dari bilik air dengan jalan terkangkang. Khalid dan Umar memandang dengan pelik. Dah kenapa pula dengan kakak aku ni? Mereka saling berpandangan.

“Kak Long, jalan tu jalan macam biasa je,”

“Tak bolehlah, mak. Tak selasa,”

“Nanti lama-lama selesalah,”

Selepas sejam barulah Abi diaorang ni balik bawa sebungkus tuala wanita yang dibalut dengan surat khabar lama.

“Lama Abang pergi beli?” soal Mak sambil mengambil bungkusan tersebut.

“Lamalah. Sebab mana Abang tahu nak belikan untuk Sumaiyah jenama apa? Nak pilih yang macam mana? Banyak sangat. Nasib ada yang tolong tadi. Kalau tak lagi lambat Abang balik. Macam mana dengan Sumaiyah ok?” soal Abi melihatkan Sumaiyah yang elok je tengok TV dengan adik-adiknya.

“Ok. Tengah biasakan diri,”

“Maknya, awak ni dah berangan sampai ke mana ni?” soal Abi yang menarik kembali Mak ke alam yang nyata.

“Ish! Abang tak bolehlah. Saya tak boleh nak biarkan anak kita tu pergi KL macam tu je,” Mak berkeras dengan keputusannya.

“Rahimah, anak awak tu dah makin kurang blurnya. Dulu iyalah dia tu nak pakai pad pun tak reti. Sekarang ni, ada dia panggil awak kalau dia datang bulan? Tak ada kan? Tahu-tahu dah tak boleh mengaji. Yang awak nak takut sangat tu kenapa?” soal Abi yang tak gemar dengan sikap Mak yang terlelu risau.

“Abang, saya tahu. Tapi hati ibu ni lain abang oiii,” mak masih dengan keputusannya.

“Rahimah, dalam rumah ni Abang ketua rumah. Sumaiyah dah besar. Dah sampai masa kita kena lepaskan dia pelahan-lahan. Abang tahu. Sumaiyah pandai jaga diri dia nanti,” Abi kemudian berlalu masuk ke bilik meninggalkan Mak yang terpaku di situ.

###

Sabtu, 6:30 pagi.

“Kak Long, ingat tau pesan Mak. Jaga aurat. Duit yang Abi bagi tu jangan nak beli benda bukan-bukan. Selalu-selalu dengan Melisa dan Harith. Faham?” pesan Mak pada Sumaiyah. Sumaiyah angguk bersemangat.

Seawal jam 5:00 pagi, Sumaiyah dah bangun mandi. Bersiap dan Solat Subuh berjemaah dengan Abi dan Mak. Jam 6:15 pagi dah bertolak ke sekolah. Bukan main lagi Sumaiyah punya exterd sampai lupa nak capai beg baju. Nasiblah Mak ada tolong ambilkan. Kalau tidak tak salin bajulah Sumaiyah jawapnya.

“Mel, Harith, tolong tengok-tengokkan Sumaiyah ye? Tau-tau jelah dia macam mana kan?” Mak berpesan pula pada Harith dan Melisa.

“Beres, Mak Cik,” jawap Harith. 'kami dah biasa sangat dengan Sumaiyah Si Blur ni Mak Cik. Dah masak sangat dah,”

“Okey murid-murid. Semua berkumpul depan bas. Kita dah nak gerak dah ni,” laung cikgu Mazlan.

“Mak, Kak Long jalan dulu. As'salamualaikum, Mak, Abi,” Sumaiyah menyalam tangan Mak dan Abi.

“Ingat pesan Mak tau,” jerit Mak pada Sumaiyah yang dah berlari dengan Harith dan Melisa.

“Sudahlah maknya. Bukan budak tu nak dibawa keluar negara. Nak dibawa ke KL je. Tengah malam nanti, baliklah dia orang. Dah jangan nak risau sangat. Anak awak bukan Sumaiyah je. Ada lagi 3 orang yang nak perhatian awak. Dah jom balik,” ajak Abi.

“Ha'a Kak Mah. Malam nanti sampailah dia orang,” Mama Harith cuba memujuk Mak.
Ayah dan Mak Melisa awal-awal lagi dah balik sebab dia orang dah nak pergi berniaga.

###

Perjalan ke Kuala Lumpur dengan dua biji bas. 1 bas pelajar perempuan sahaja. Satu lagi terpaksa campur sebab nisbah pelajar perempuan melebihi nisbah pelajar lelaki. Makanya terpaksalah Melisa dan Sumaiyah menaiki bas yang bercampur dengan lelaki dan perempuan.

“Sumaiyah, kita duduk sinilah,” ajak Melisa pada kerusi di baris ke 5 sebelah kanan. Harith pula duduk dengan Garjit Singh sebelah kerusi Sumaiyah dan Melisa.

Firdaus Si Budak Nakal sekolah, duduk di belakang Harith. Kejap-kejap dia memandang Sumaiyah dengan penuh geram. Kisah ular plastik tak pernah habis di situ. Dendam dia masih kesumat dengan Sumaiyah. Gara-gara Sumaiyah, teruk dia dirotan oleh Umminya, Cikgu Katty.

Disebabkan terlalu teruja nak sampai ke Kuala Lumpur, Sumaiyah dan Melisa tak tidur langsung. Macam hal diboraknya. Habis semua papan tanda jalan dia orang baca. Riuh rendah suasana dalam bas. Ada yang menyanyi. Ada yang tidur. Tak kurang juga ada yang mengusik. Kesian Cikgu Mazlan. Kejap-kejap ke belakang meleraikan pergaduhan.

Apabila bas sekolah masuk ke simpang Kuala Lumpur, semua semakin teruja. Berialah masing-masing duduk ditepi tingkap.

“Ok, murid-murid, kita kan ke Hutan Simpan dahulu sebelum kita ke Pusat Sains Negara dan seterusnya ke KLCC. Ingat tak Cikgu pesan apa?” soal Cikgu Mazlan.

“Jangan lupa pakai seluar track suit,” jerit seramai 30 orang pelajar.

“Pandai. Bagus anak murid, Cikgu,” Cikgu Mazlan menepuk tangannya.

“Melisa, kita lupa bawa seluar track suit lah. Kita lupa sangat-sangat,” Sumaiyah menepuk kepalanya.

“Ha? Macam mana ni? Kalau awak lebih rendah dari saya, awak boleh pakai seluar track suit saya. Tapi awak lebih tinggi dari saya,” jawap Melisa yang turut gelisah.

“Mel, kenapa?” soal Harith.

“Sumaiyah tak bawa seluar track suitlah,”

“Ha? Kan Cikgu dah pesan suruh bawa. Kenapa tak bawa?” soal Harith kepada Sumaiyah.

“Kita lupalah. Semalam masa kita kemas beg, mak kita yang masukkan baju kita. Mak kita letak baju kurung je sepasang. Macam mana ni Harith?” soal Sumaiyah balik.

“Bogellah apa lagi. Hahaha...” gelak Firdaus dari belakang Harith.

“Gila ke masuk hutan nak bogel? Ingat kita dalam bilik air ke?” soal Sumaiyah pada Firdaus. Harith dan Melisa hanya tersengih. Kadang-kadang blur Sumaiyah ni boleh tahan juga cerdiknya. Berguna juga Sumaiyah ni bila nak mengenakan orang. Nasib kaulah Firdaus.

Firdaus nampaknya masih tidak mahu melepaskan Sumaiyah.

“Boleh je kalau kau nak bogel. Bolehlah kau kawan dengan beruk dan monyet nanti,” usik firdaus lagi. Harith pula yang menahan marah dengan bahasa Firdaus.

“Buat apa nak kawan dengan beruk dan monyet? Dia orang tu binatang. Kita ni kan manusia? Bukan kita faham pun bahasa beruk dengan monyet tu nanti,” Harith tersenyum bila sekali lagi otak Sumaiyah yang blur mampu mempertahankan dirinya sendiri.

“Kita orang yelah tak faham bahasa beruk dengan monyet. Tapi kalau kau bogel, kau sorang je yang faham bahasa binatang?” Firdaus dah berdiri dalam keadaan bas tengah bergerak laju.

“Ye ke? Habis kenapa masa kita mandi kita tak faham pun bahasa katak dalam bilik air kita. Awak tipu eh?” Sumaiyah pun dah berdiri sama. Ditundingkan jarinya kepada Firdaus.

“Kau ni bodohlah, Sumaiyah,” jerit Firdaus bila tahap begangnya dah sampai.

“Eh! Kau tu yang bodoh. Suka hati je nak panggil orang bodoh,” Harith pun dah berdiri sama.

“Ha'a. Kau yang bodoh nak cakap Sumaiyah pula bodoh. Kau pergi tanya soalan bodoh siapa suruh?” Melisa pula bangun mempertahankan Sumaiyah.

“Apa yang riuh sangat ni? Harith? Melisa? Sumaiyah? Firdaus?” satu persatu nama muridnya di sebut oleh Cikgu Mazlan.

“Fidaus yang mulakan dulu Cikgu. Dia cakap Sumaiyah bodoh,” Melisa me'report' dulu.

“Ha'a Cikgu. Dia panggil Sumaiyah bodoh tadi,” sokong Harith.

“Eh! Aku pula,” bekeng Firdaus.

“Tak mengaku pula. Kau nak kenakan Sumaiyah, tapi kau lupa Sumaiyah ni blur. Bila Sumaiyah soal kau balik, kau dah tak boleh nak kenakkan dia kau panggil dia bodoh. Telinga kau tak pekak lagilah,” jerit Melisa pula.

“Sudah. Sudah. Jangan bergaduh. Sekarang ni Cikgu nak tanya dengan semua. Betul ke Firdaus cakap Sumaiyah bodoh?” soal Cikgu Mazlan kepada semua yang ada dalam isi perut bas.

“Betul,” jerit semua. Firdaus memandang dengan muka berangin satu badan.

“Ha, kan betul tu. Lagi tak nak mengaku ke?” perli Melisa yang boleh tahan mulutnya.

“Melisa, sudah,” Melisa hanya memuncungkan mulutnya.

“Sekarang biar Cikgu selesaikan. Firdaus kenapa kamu panggil Sumaiyah bodoh?” soal Cikgu Mazlan kepada Firdaus. Firdaus merengus kasar.

“Firdaus? Betul ke?” soal Cikgu Mazlan lagi. Firdaus buat muka ego. Harith dah terasa nak baling je muka Firdaus dengan botol airnya.

“Firdaus. Cikgu tanya ni kan?” suara Cikgu Mazlan berbunyi garang. Melisa pula takut mendengarnya.

“Memang saya panggil Sumaiyah bodoh. Sebab dia bodoh sampai tak dapat nak faham apa orang cakap pada dia,” jawap Firdaus dengan kasar.

“Mak saya cakap, orang yang paling orang lain bodoh, sebenarnya dialah yang bodoh,” tiba-tiba Garjit bersuara. Semua mata terfokus kepada Garjit.

“Saya ada salah cakap ke?” soal Garjit kepada mereka yang memandangnya.

“Garjit, kamu duduk,” arah Cikgu Mazlan. Garjit terus duduk tanpa banyak bunyi.

“Firdaus, sekarang saya nak kamu minta maaf pada Sumaiyah. Sekarang,” arah Cikgu Mazlan pada Firdaus.

“Tak nak,” jawap Firdaus.

“Kenapa? Kamu dah buat salah kamu kena minta maaf,” Cikgu Mazlan bersuara hairan.

“Tak nak. Sebab Sumaiyah memang bodoh pun,” jawap Firdaus sambil menjeling kepada Sumaiyah.

“Firdaus. Kau ni dah lebih,” jerit Melisa.

“Sudahlah, Melisa. Kita dah maafkan Firdaus,” Sumaiyah yang sedari senyap terpaksa bersuara bila dilihatkan mata Melisa dah penuh dengan api Dragon Ball.

“Senang-senang je kan nak maafkan orang? Dia yang salah. Dialah kena minta maaf,” tutur Melisa yang dah naik hangin.

“Ala, Mak kita tak kasi kita gaduh dengan oranglah. Nanti bukan kita dapat apa-apa pun kalau kita bergaduh dengan orang,” Sumaiyah bertutur lembut.

Melisa yang tak dapat terima kata Sumaiyah, memandang Sumaiyah dengan penuh api Dragon Ball. Terasa nak cekik je Sumaiyah ni. Suka-suka je nak maafkan orang macam tu je. Melisa yang dah tak dapat menahan geram terus duduk dan memalingkan mukanya kepada kerusi Harith.

“Ok. Cikgu tak nak dengar lagi sebrang masalah. Sekarang semua ambil tempat masing-masing,” Cikgu Mazlan melangkah ke depan bas kembali.

“Mel, awak marah kita ke? Sorrylah. Kita ikut pesan mak kita je,” pujuk Sumaiyah. Melisa buat derk je.

“Mel, Mel,” Sumaiyah mengoncang badan Melisa.

“Melisa,” Sumaiyah menjerit sedikit.

“Apa? Orang nak tidurlah,” bohong Melisa.

“Tipu. Mel, saya minta maaf tau,” bersungguh Sumaiyah memohon maaf pada Melisa.

“Aku dah maafkan. Tapi tolonglah Sumaiyah. Lain kali janganlah cepat sangat maafkan orang,” pesan Melisa.
Melisa sedar. Berkeras dengan Sumaiyah pun tak guna. Dah lahiriah dia macam tu.

“Ok. Sekarang kita dah sampai Hutan Simpan. Saya nak kamu semua turun dengan senyap dan tak perlu membawa apa-apa pun. Bawa diri je,” arah Cikgu Aaron pula. Agaknya Cikgu Mazlan dah naik rimas melayankan kerenah murid-mudir hari ni.

“Bagi perempuan jalan dulu. Kemudian baru lelaki,” arah Cikgu Aaron lagi.

Semua pelajar berbaris di laluan tengah bas. Sumaiyah berbaris di depan Melisa. Sengaja je Melisa ambil barisan yang belakang sekali. Dia tak nak Sumaiyah dibuli oleh Firdaus.

Secara perlahan-lahan pelajar perempuan bergerak dahulu. Sampai part Sumaiyah dan Melisa jalan,

“Aduh!” gedebuk Melisa jatuh. Ada yang pijak kain Melisa. Pelajar lelaki dibelakangnya dah pun ketawa melihatkan Melisa yang jatuh.

“Mel,” jerit Harith dan Sumaiyah serentak.

No comments: