~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, May 16, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 23

Bab 23

“Dah sampai,” Sulaiman terjengah ke kiri dan kanan mencari parkir kereta.
“Tak ada parkinglah pulak,” gomel Sulaiman.
“Ha kat depan tu ada kereta nak keluar,” tunjuk Daim.
“Mana?” melilau mata Sulaiman memandang ke arah yang ditunjukkan Daim.
“Tu depan tu. Kereta Kancil tu ha,”
“Ha ok,ok” Sulaiman terus memberikan signal ke kiri dan menunggu di belakang pada jarak beberapa meter.
“Kita di mana ni, Sulaiman?” soal Mejar Mustapa.
“Dekat R&R Tapah, Tuan. Berhenti untuk sejukkan enjin kereta dengan Solat Isyak kejap, Tuan,” Daim jawapkan bagi pihak Sulaiman.
Kantoilah kalau Mejar tahu yang aku ni kebulur yang amat. Yelah petang tadi time orang makan tengah hari, aku sibuk sangat nak siapkan laporan. Padanlah pun dengan muka aku. Mujurlah juga ambil sarapan roti dengan kopi. Kalau tak mahu lembik rasanya badan ni.
“Baguslah tu,” mereka terus keluar dari dalam perut kereta.
Langkah pertama yang dituju oleh mereka adalah ke surau. Menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada Maha Pencipta. Sampai di surau, mereka terus mengambil wudhuk di pintu masuk surau. Kebetulan hanya mereka berempat sahaja yang berada disurau, Mejar Mustapa dengan rela hati mengofferkan dirinya untuk mengimami solat mereka.
“Assalamualaikum warahmatullah,” Mejar Mustapa memberikan salam kepada malaikat di kanan dan kiri. Mereka yang lain juga turut mengikuti imam.
Mejar Mustapa mengalihkan posisi badannya ke kanan kemudian dia mula berzikir. Dimulakan dengan zikir Subahanallah 33 kali. Diikuti pula zikir Alhamdullilah 33 kali . Disambung dengan zikir Allahuakhbar 34 kali dan berakhir dengan zikir Lailahaillah 10 kali. Kemudian diteruskan dengan bacaan Ayatul Qursi 10 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali.
“Bismillahirohmanirohim...,” usai berzikir, Mejar Mustapa menadahkan tangan untuk berdoa. Makmum juga turut menadahkan tangan memanjatkan doa kepada Tuhan yang Esa.
“Amin, amin ya rabal alamin,” Mejar Mustapa meraup mukanya selepas usai berdoa.
“Amin,” sahut makmum dan kemudian meraup muka.
Mejar Mustapa bangun untuk menyalam makmum sambil berselawat. Daim terasa seperti melihat Pak Cik Muda Hitam dihadapannya. Saat Mejar Mustapa sampai di hadapan Daim, Daim menyalami Mejar Mustapa kemudian memeluknya. Mejar Mustapa kaget. Yang lain pun berasa pelik.
“Abah,” menitis air mata Daim saat memeluk Mejar Mustapa.
Mejar Mustapa yang seakan faham naluri seorang anak. Dia turut membalas pelukkan Daim. Dipeluknya Daim seerat mungkin agar hilang rasa rindu dihati Daim. Diusap belakang kepala Daim. Ditepuk-tepuk belakang badan Daim. Mejar Mustapa membiarkan Daim selesa dalam dakapannya.
'Kesian budak ni. Rindukan abahnya,' getus hati Mejar Mustapa sambil tersenyum.
Daim meleraikan pelukkan Mejar Mustapa dan mengesat air matanya.
“Dahlah Daim. Banyakkakn sedekah Al-Fatiha buat abah awak di sana. Doakan dia aman di sana. Insyallah doa anak yang soleh akan sentiasa menemani abah awak di sana,” Daim hanya mengangguk pada kata-kata Mejar Mustapa.
“Dah jom saya belanja minum. Lapar pula rasanya,” Mejar Mustapa menepuk bahu Daim dua kali.
Daim menurunkan kaki keluar yang dilipat semasa mengambil wudhuk. Di sarung stokin dan kemudian dia menyarung kasutnya. Mejar Mustapa dan Kapten Mansur dah melangkah pergi meninggalkan mereka di belakang. Daim keluar dari kawasan surau di ikuti pula oleh Sulaiman di belakang.
“Krookuik...” perut Daim sekali lagi berbunyi.
“Hai, Tuan. Ni kes berat ni,” perli Sulaiman.
“Tau takpe. Dah tak boleh nak dikawal dan ni. Harus dilayan dengan segera ni,” sahut Daim sambil memegang perutnya. Hilang sebentar sedihnya tadi.
Sampai di gerai, tak tunggu lama, Daim terus menyerbu Mihun Goreng, Telur Mata dan juga Ayam Goreng. Air pula air Teh Tarik. Siap je bayar, Daim terus menuju ke meja yang dah diduduki oleh Kapten Mansur.
“Hai Daim. Banyak makan. Tak takut gemuk ke?” Daim hanya sengih. Lantak pi la nak cakap apa pun. Janji perut aku terisi.
“Tuan tak makan ke?” soal Daim berbahasa basi. Sebenarnya dia dah tak sabar nak baham Mihun Goreng depan mata ni.
“Kejap lagi saya pergi. Tunggu Mejar sampai dulu,” jawap Kapten Mansur.
“Kalau macam tu, saya makan dululah ye?”
“Sila, sila,”
Daim tanpa menunggu lama, dia terus menadah tangan untuk membaca doa makan. Lepas tu apa lagi siaplah kau wahai Mihun Goreng. Akan aku masukkan engkau dengan sebaik mungkin untuk memenuhi ruang di dalam perutku. Pada saat itu, jangan mimpilah engkau dapat meronta-ronta nak melepaskan diri dari perut aku yang laparnya mengalahkan apa je dah.
###
“Alhamdullilah. Kenyang jugak,” Daim menyandar di kerusi kereta. Nak mengusap perut tak boleh. Pantang Mak Cik Kesuma Dewi kalau lepas makan usap perut. Katanya, salah satu sebab perut buncit sebab yang macam ni la. Tapi kadang-kadang Daim tersasar juga pantang tu.
“Hehehe...” gelak Sulaiman yang sedang menghidupkan enjin.
“Apa gelak-gelak?” Daim menampar lengan Sulaiman.
“Lepas ni jangan bunyi lagi dah la ye?” Daim pula tersengih.
“Dah jom bertolak,” arah Mejar Mustapa sejurus masuk ke dalam isi perut kereta.
“Baik, Tuan,”
Sulaiman terus memasukkan gear undur dan kereta pun mengundur ke belakang (haruslah mengundurkan?) Dimasukkan gear satu dan mula menekan pedal minyak. Mengaum je kereta, dimasuk pula gear dua. Seterusnya ditukar gear tiga dan kereta kembali masuk ke jalan lebuh raya. Perjalanan diteruskan dengan alunan musik yang pelahan. Radio tu, Daim yang pasang. Nak tahu sebab apa Daim pasang radio? Sebab Daim nak lelap sekejap. Bila ada musik ni bolelah Si Sulaiman ni alert sikit pada pemanduannya.
###
“Tuan, Tuan. Bangun. Kita dah sampai,” kejut Sulaiman.
“Dah sampai? Pukul berapa dah ni?” soal Daim sambil terpisat-pisat.
“Dah jam 12:30 pagi. Bangunlah. Mejar dan Kapten dah bergerak ke lobi,”
“Ye ke?”
“Ha'a. Tuan check in dulu. Saya park kereta kejap,” Daim terus keluar dari kereta.
'Aish lamanya aku tidur.'
Niat nak tidur sekejap sekali, hamik kau. Terlena sungguh! Kesian betul dekat Sulaiman ni. Nasiblah dia ni jenis 'pilot' yang tak banyak bunyi. Senyap je. Kaki terus melangkah menghampiri Mejar Mustapa dan Kapten Mansur yang nampaknya dah bersiap sedia untuk menuju ke bilik.
“Daim, kamu sebilik dengan Sulaiman,” arah Mejar Mustapa .
“Ok,” jawap Daim ringkas sambil membetulkan beg sandang dibahunya.
“Sulaiman mana?” soal Kapten Mansur.
Parking kereta kejap,”
“Macam tu kita tunggulah kejap. Kemudian baru naik sekali,” arah Mejar Mustapa.
Daim mengangguk. Kaki dah nak melangkah ke kaunter.
“Nak ke mana pulak tu?” tegur Kapten Mansur.
“Nak check in la,”
“Kita sewa apartment dua biliklah. Kunci dah ada sini,” Kapten Mansur menayang kunci di depan Daim.
“Oh,” 'awat tak habaq awai-awai. Buat malu pak cik ja pi depan kaunter tadi.'
“Dah jom, Daim. Sulaiman dah sampai dah,”
Mereka terus melangkah menuju ke apartment mereka. No B-4-30. Betul-betul depan kolam renang kanak-kanak. Kan best kalau dekat dengan kolam renang dewasa. Bolehlah cuci mata sekali. Hehehe...
Sampai je di apartment, Mejar Mustapa dan Kapten Mansur dah melangkah masuk ke bilik mereka. Bergitu juga dengan Sulaiman. Daim je, sampai-sampai terus 'parking' badan dekat atas sofa. Dikeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar dan diletakkan atas meja. Ikon surat tertera di skrin telefon bimbit bila Daim tertekan salah satu butang telefon bimbit.
'Ada mesej masuklah,' Dengan kepala yang mamai, Daim menekan password handphone dan membaca mesej yang masuk. Aisyah. Segar balik kepala Daim. Cepat-cepat Daim menekan mesej dari Aisyah. Bersemangat betul Daim nak membaca mesej Aisyah.
Dah sampai nanti beritahu ok?
Tersenyum Daim dibuatnya.
Dah sampai dah. Esok kalau ada masa kita jumpa ok? Good night.
Daim tersenyum lagi. Di capai beg galasnya dan terus berlalu ke biliknya. Di lihat Sulaiman dah selamat belajar di bahtera mimpi.
'Esoklah tukar baju'
Disetkan alarm pada jam 5:30 pagi. Waktu yang sedang elok supaya tak berebut bilik air dengan Sulaiman nanti. Ditarik selimut ke paras dada dan mula melelapkan mata. Malam ni nak mimpi Aisyah. Nak mimpi kahwin dengan Aisyah. Nak mimpi ada keluarga dengan Aisyah.
###
Butir pasir yang berkilau mengecilkan bebola mata Daim. Sang Suria yang muncul dihujung sana sangat memukaukan. Sangat indah ciptaan Allah. Daim menyusuri pantai dengan langkah yang dihayun dengan penuh lemah gemalai. Menghirup udara pagi yang amat menyegarkan badan. Kaki masih di hayun satu persatu. Mana Aisyah? Bukan ke aku minta mimpikan Aisyah? Mata Daim melilau mencari kelibat Aisyah. Ha itu dia. Seorang wanita berlari mengejar seorang kanak-kanak lelaki sambil melambai kepada Daim.
“Abang...” lambai wanita itu.
“Ayah...” lambai kanak-kanak itu pula.
Daim melambai kembali. Tapi kakinya tidak terasa untuk melangkah. Hanya dibiarkan mereka yang berlari ke arahnya. Tangannya masih setia melambai. Dihatinya terdetik. Mana perginya tudung Aisyah yang labuh? Kenapa Aisyah pakai tudung biasa? Kenapa Aisyah bercermin mata? Adakah itu Aisyah? Tak mungkin. Itu bukan Aisyah!
Daim berhenti melambai. Ditoleh ke belakang. Manalah tahu kot-kot ada orang lain dibelakangnya. Ditoleh ke kiri dan kanan. Tiada. Hanya dia. Ya. Hanya dia yang berdiri di situ. Berertinya di sini mereka berlari ke arah aku. Siapa pula wanita ni?
Diamati wajah wanita itu betul-betul. Tapi Daim masih tidak dapat mencerna siapakah wanita yang sedang berlari ke arahnya. Wajahnya kerap kali dilindungi oleh tudungnya yang mengerbang. Yang hanya kelihatan adalah matanya. MATA? Diamati mata wanita itu dengan lebih fokus. Macam aku pernah aku lihat mata ini sebelum ini tapi dimana ya? Otaknya semakin ligat mencerna. Otak tolong cepat berfikir. Tolonglah. Tolong cepat berikan aku informasi. Siapakah wanita yang sedang berlari ke arah aku sekarang ni? Siapakah dia?
“Siapa dia? Siapa kau?” jeritan Daim mengejutkan Sulaiman. Sulaiman terus menuju ke katil Daim.
“Tuan, Tuan,” Sulaiman mengoncangkan badan Daim. Daim masih meronta-ronta.
“Tuan,Tuan. Bangun, Tuan,” Sulaiman mengoncangkan badan Daim dengan lebih kuat. Suaranya pun semakin kuat.
Daim semakin kuat meronta. Tangan dan kakinya saling bergerak-gerak. Habis badan Sulaiman pun ditendangnya. Terdorong ke belakang Sulaiman dibuatnya. Sakit perut Sulaiman ditendangnya.
“Tak boleh jadi ni,” Sulaiman hilang kesabaran. Di capai cawan di atas meja depan dan kembali ke bilik dengan secawan air. Sulaiman terus menyimbah air ke muka Daim. Terus terduduk Daim dibuatnya. Tangan kanannya meraup mukanya.
“Maaflah, Tuan. Saya terpaksa. Tuan, mimpi yang entah apa-apa entah. Meraung-raung dari tadi,”
“Astagfirullah,” Daim mengurut dadanya.
“Tuan mimpi hantu ke?” Sulaiman duduk dikaki katilnya.
Daim mencapai jam tangannya. Baru jam 4:00 pagi. Mimpi indah. Tapi jadi mimpi buruk bila terlalu asyik sangat memfokus. Siapalah agaknya wanita dalam mimpi aku tadi?
“Tuan, ok tak?” Sulaiman menyoal kembali bila dilihat Daim hanya memandang kepada jam dijarinya.
“Tak apa-apa. Maaflah kacau, Man tidur je. Takpelah. Man sambunglah tidur balik,”
“Betul ni?” Daim mengangguk.
Sulaiman meletakkan cawan di atas meja solek. Dia kembali baring di katilnya. Macam-macam hallah Tuan Daim ni. Hai...
Daim masih berteleku dikatilnya. Diraup mukanya perlahan. Hilang terus nafsu nak tidur. Terus di capai tuala, kain pelekat dan baju pelasah dari dalam beg galas. Langkah di atur menuju ke bilik air. Dibersihkan dirinya sebersih-bersihnya. Wudhuk di ambil dengan penuh tawaduk. Penuh khusyuk. Penuh fokus.
Keluar sahaja dari bilik air, diambil sejadah dan jam tangan di kepala kerusi meja solek. Al-Quran mini yang sentiasa di bawa bersama tak kira dimana jua pun, dibawa keluar sekali. Dibentangkan sejadah di ruang tamu apartment berpandukan kepada arah kiblat di syiling apartment. Al-Quran di letakkan di atas sofa dengan beralaskan kain batik Mak Cik Kesuma Dewi.
“Allahuakhbar,” takbirahtulihram diangkat. Niat Solat Sunat Tahjud dilafazkan di dalam hati.
Solat Sunat Tahjud dilakukan sebagai pembuka kepada solat malamnya. Usai bersolat Sunat Tahjud 2 rakaat, Daim bangun untuk menunaikan Solat Sunat Istigharah. Dia perlukan pertunjuk kepada Allah berkenaan mimpinya. Berkenaan pilihan hatinya dan juga pilihan maknya. Daim amat-amat mendambakan kerahmatan oleh Yang Maha Kuasa.
“Ya Allah, hambaMu ini amat-amat memerlukan pertunjuk daripadaMu Ya Allah. Engkau tunjukkan kepada ku siapkah yang sebenarnya yang telah Engkau takdirkan jodohnya buatku. Ya Allah Ya Tuhanku. Seandainya wanita yang kau tunjukkan di dalam mimpiku itu adalah jodoh buatku, maka Engkau permudahkan urusanku dengannya. Engkau tunjukkanlah kepadaku siapakah dia, Ya Allah. Sesungguhnya hambaMu ini lemah dalam setiap penilaianMu kepadaKu. Amin,” diraup mukanya. Jam tangan di capai.
Baru jam 5:30 pagi. Ada lagi setengah jam baru masuk subuh. Diletak kembali jam di atas sofa. Diambil pula Al-Quran mininya dan mula mencari surah terakhir yang dah dibacanya.
“Dah nak khatam dah rupanya,” ditarik nafas sedalam mungkin dan mula mengaji.
Daim mengalunkan bacaan seperti mana Ummi Jah mengajar mengaji dulu. Ummi Jah pernah tegur kepada semua anak yang diajar mengaji dulu, “mengaji ni bukan sahaja mengaji pada bacaan. Tapi kena mengaji sekali pengertiannya. Tanda-tanda mad tu kena jaga. Jangan ambil sambil lewa. Mana yang perlu di panjangkan kena dipanjangkan. Mana yang perlu berhenti, berhenti. Jangan baca ikut sedap mulut je. Berdosa hukumnya kalau mengaji sambil lewa,”
“Sadakallahulalzim,” Daim menutup Al-Qurannya dan di cium Al-Qurannya sebanyak 3 kali. Sekali lagi di lihat kepada jam tangannya, “Dah jam 5: 55 pagi. Sini masuk azan pukul brapa yerk?”      
“Sekarang ada di Melaka. Sebelah selatan akan masuk azan dulu sebelum sebelah utara. Berertinya di sini, kalau KL dah masuk azan maknanya Melaka pun dah masuk jugaklah. Azan KL dengan azan Melaka beza 2 minit je lebih kurang,”
Daim terus menuju ke televisyen dan menekan butang on pada papan TV. Di cari channel televisyen yang masih on. Mujur TV 3 dah memulakan siarannya. Di ambil remote televisyen, di bawa kembali ke sejadahnya. Di tunggu sehingga azan subuh berkumandang. Dibuka slaiding door balkoni. Kot-kotlah azan boleh dengarkan? Langsir balkoni ditolaknya separuh.
Volume televisyen pun sengaja dikuatkan sebagai tanda nak mengerakkan yang lain. Tapi tadi masa mengaji, Daim dah perasan dah yang Sulaiman dah bangun. Sebab terdengar bunyi daun pintu bilik air ditutup orang. Lepas tu dengar pula orang gosok gigi. Bilik air kedua terletak diluar bilik. Jadi bunyi-bunyi yang terhasil akan cepat dicerna oleh minda Daim. Wah! Ayat nak skema.
“Dah masuk azan ke Daim?” tegur Mejar Mustapa yang siap berkain pelekat dan berbaju melayu.
Daim dah separuh terkejut sebenarnya tapi di cover baik punya. Sengaja je dilambung-lambung remote televisyen yang padahal sebenarnya terlambung sebab Daim terkejut dengan teguran Mejar Mustapa.
“Belum lagi. Tengah tunggu azan KL masuk,” jawap Daim.
Mejar Mustapa hanya berdeham kemudian kembali ke biliknya.
“Fuh! Nasib tak gugur jantung aku dibuatnya. Kalau tiap hari kena sergah macam ni mau aku kena masuk IJN ni kang. Dah pukul 6:05 pagi dah ni. Bila azan nak masuk ni?” Daim merenung kosong balkoni apartment.
“Baik call Aisyah,” akhirnya itu idea yang terkeluar dari kotak fikiran Daim.
Berlari dia masuk ke bilik untuk mencapai telefon bimbitnya. Terlihat ada mesej yang masuk. Aisyah. Daim hanya tersenyum. Kali ni aku tak nak balas mesej kau, Aisyah. Kali ni aku nak terus call kau. Bolehlah dengar suara Aisyah laaaagggiii. Hehehe...dengan pantas Daim terus menekan butang hijau. Mendail nombor Aisyah. Lama ditunggu barulah talian berjawap.
“Assalamualaikum, Cikgu Aisyah,” usik Daim.
“Wa'alaikumsalam, Daaaiiim,” usik Aisyah juga.
“Hehehe...maaflah kacau pagi-pagi ni,” Daim mengaru kepalanya.
“Takpe. Tengah siap-siap nak solat. Ada apa ye, Daim?”
“Daim nak tanya, sini masuk azan pukul berapa? Lama dah tunggu, tak masuk juga,”
“Eh! Dah masuk dah. Baru je kejap tadi. Tu yang lambat jawap call tu. Jawap panggilan azan dulu,”
“Oh! Ye ke? Erk...takpelah. Daim solat dulu ye?”
“Ha, iyalah,”
“Petang nanti Daim call Aisyah boleh? Nak ajak bawa pergi makan ikan bakar, boleh?”
“Insyallah. Nanti Aisyah tanya dengan Along. Tengok dia free ke tak malam ni,”
“Oklah. Terima kasih Aisyah. Assalamualaikum,”
“Sama-sama. Wa'alaikumsalam,” panggilan terus ditamatkan.
Daim melangkah ke ruang tamu apartment kembali. Pada masa ni, Sulaiman baru je nak siap-siap. Lama gila mamat ni mandi. Dekat 10 minit. Mejar Mustapa dan Kapten Mansur pun dah keluar dengan sejadah di tangan. Dia orang tengah alihkan sofa ke belakang sedikit.
“Daim, kamu jadi imam,” arah Kapten Mansur. Daim hanya mengangguk.
“Sulaiman mana?” soal Kapten Mansur.
“Saya dekat sini,” baru Daim nak menjawap, Sulaiman dah datang dengan menyengih kepada mereka.
“Azan dah masuk ke?” sekali lagi Mejar Mustapa menyoal.
“Dah masuk dah. Saya nak ambil wudhuk kejap,” jawap Daim dan terus membuka kupiahnya.
“Sulaiman, kamu ada sejadah tak?” soal Kapten Mansur. Sulaiman hanya menyengih.
“Ada. Meh kita kongsi,” Kapten Mansur dah melintangkan sejadahnya.
“Dah siap ye semua?” soal Daim. Mereka yang lain mengangguk.
Daim terus mengangkat takbir untuk mengimamkan Solat Subuh pada pagi ini.
###
“Mesyuarat pagi ni lebih kepada aspek keselamatan di lapangan terbang. Cara nak meningkatkan tahap keselamatan. Untuk maklumat semua, airport Melaka dah dinaiktaraf sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa tahun lepas. Kita di panggil untuk ke mesyuarat pada pagi ini adalah sebagai unit pemantau,” breif Mejar Mustapa dilobi pagi itu selepas mereka bersarapan di cafe house. Kapten Mansur dan Daim hanya mengangguk sambil meneliti lembaran kertas dihadapan mereka. Sulaiman pula seperti biasalah. Panaskan enjin kereta.
Jam ditangan dah menunjukkan jam 8: 30 pagi. Mereka masih lagi berdiskusi tentang apa yang patut. Sebenarnya, Daim tak pasti kenapa dia yang dihantar untuk ke mesyuarat ini. Yelah dia bahagian tatatertib bukan bahagian keselamatan lapangan terbang pun. Lagi pun tak silap Daim, setiap lapangan terbang ada dia punya security tersendiri. Polis Aiport, Bomba Airport, Imergresan, Kastam dan adalah dua ketiga lagi kot. Tapi yang buat Daim lebih tak faham kenapa diaorang tak hantar je wakil dari pihak kementerian? Kenapa nak hantar wakil dari tentera darat pula. Tak faham betullah!
“Tuan, kereta dah sedia,” sampuk Sulaiman.
“Ok. Jom gerak,” Mejar Mustapa menepuk bahu Kapten Mansur dan Daim.
Daim melihat sekeliling seperti berada di dalam kem pula. Ramai sangatlah pula tentera hari ni. Tadi masa di cafe house sempatlah juga Daim menegur beberapa orang. Rata-ratanya sedang berkursus. Macam-macam jenis kursuslah. Ada yang kursus asaslah. Kursus teknologi maklumatlah. Hanya dia je yang datang untuk bermesyuarat.
Perjalanan dari hotel ke Pejabat Ketua Menteri mengambil masa tak sampai 20 minit pun. Kiranya mereka sampai 1 jam lebih awal dari waktu untuk mesyuarat. Mereka terus di bawa masuk ke ruang legar bilik mesyuarat utama Pejabat Ketua Menteri. Diingatkan hanya mereka je yang dah sampai. Rupanya ada yang lebih awal. Sempatlah juga dia orang menyapa mereka. Antara yang dah sampai tu dari pihak Malaysia Airport.
Borak punya borak punya borak. Sapa punya sapa punya sapa. Tak sangka dah pun sampai ke jam 9:45 pagi. Masing-masing dah mula mengambil tempat di meja mesyuarat berpandukan kepada kedudukan yang telah ditetapkan. Team Daim ditempatkan di ruang kedua meja mesyuarat. Maknanya, team mereka separuh penting dalam mesyuarat ni. Yelah mana team yang penting semua ditempatkan di ruang pertama meja mesyuarat. Sulaiman setia menunggu diluar bilk mesyuarat.
“Weh! Daim. Kan ke Mejar cakap korang ni sebagai unit pemantau? Tak faham lagi ke?” marah betul Cik Author dengan Si Daim nilah. Sekali aku gugurkan kau dalam cerita ni baru tahu. Nak ke?
Mesyuarat dimulakan tepat pada jam 10 pagi. Tak kurang tak lebih. Sharp on time. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang ustaz. Tak pastilah nama ustaz ni apa. Masa ni Daim asyik sangat duk membetulkan laras kerusi yang diduduknya. Kejap kang tinggi sangat. Kejap kang rendah sangat. Dah macam kerang busuk pun ada dah Si Daim ni. Babap kang?
Pelbagai isu dipetik sepanjang mesyuarat berlangsung. Di sini, baru Daim sedar kenapa team dia diperlukan di sini atau lebih tepat baru Daim nak rasa alert pada topik mesyuarat pada pagi ini. Setiap point mesyuarat dikaut oleh Daim dengan sebaik mungkin. Kalau boleh point-point ini akan digunakan untuk operasi requiment baru yang telah dijadualkan bermula pada hari khamis minggu hadapan.
“Kita tangguhkan dulu mesyuarat kita sehingga selepas waktu makan tengah hari. Kita akan bermsyuarat balik pada jam 2:30 petang,”
Pintu mesyuarat dibuka oleh pengawal keselamatan.
“Jamuan makan di bilik sebelah ye?” ayat itu diulangi beberapa kali oleh penyambut tetamu yang berdiri disebelah pegawal keselamatan.
Team Daim dah pun berlalu terus ke ruang makan. Duduk pula di meja yang telah ditetapkan juga. Sungguh protokol. Teringat pula masa makan malam 'Mess Night'. Makan malam yang sungguh protokol. Bunyi garfu dan sudu berlaga di pinggan pun tak boleh (nanti Cik Author akan cerita tentang Mess Night pada bab yang akan, akan, akan datang ;))
“Tuan, malam ni kita ada apa-apa program ke?” soal Daim selepas menegur air.
“Malam ni? Saya tak rasa nak ke mana-mana. Rasa nak tidur je. Dah dua hari mesyuarat tak berhenti,” jawap Mejar Mustapa.
“Kapten?” soal Daim pada Kapten Mansur.
“Entah. Orang rumah suruh cari belacan. Saya ingat esok lusalah baru nak pergi pun,” jawap Kapten mansur.
“Sulaiman?” Sulaiman pula disoal.
“Saya ikut je. Orang rumah saya pun pesan belacan dengan dodol. Al-maklumlah orang mengidam ni kena layan. Kang meleleh mulut anak nanti,” mereka ketawa mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Sulaiman. Sulaiman ni bakal bapa lagi 5 bulan. Isteri dia baru je mengandung 4 bulan.
“Kalau malam ni perkena ikan bakar nak tak?” cadang Daim bila tawanya dah surut.
“Kamu ada kawan ke dekat sini, Daim?” soal Mejar Mustapa.
“Ada. Kalau Tuan setuju, bolehlah saya on dengan kawan saya ni,”
“Umm...okey jugak tu,” jawap Kapten Mansur. Mejar Mustapa dan Sulaiman hanya mengangguk.
“Dah jom solat. Dah pukul 1:50 petang dah ni. Lambat pula masuk mesyuarat nanti,” ajak Mejar Mustapa. Kaki di atur keluar dari ruang makan.
“Puan, surau dimana ye?” Kapten Mansur menegur salah seorang penyambut tetamu di luar ruang makan.
“Surau di tingkat bawah, Tuan. Kita dah letak signboard menghala ke surau,” jawap penyambut tetamu.
“Terima kasih ye?” ucap Mejar Mustapa dan Kapten Mansur. Sulaiman awal-awal lagi dah jalan ke depan. Nak singgah ke tandas katanya. Perut tak sedap. Daim hanya mengangkat tangan sambil tersenyum pada penyambut tetamu.
“Dia ada lesung pipitlah!” jerit kecil penyambut tetamu tapi masih didengari oleh telinga Daim. Tersenyum sendirian Daim. Tambah lagi koleksi peminat aku selepas Koperal Hamidah. Oh! Koperal Hamidah, tak boleh blah aku tetiba lak teringat dekat minah sorang ni. Aduhai!
Usai solat, Dia orang naik kembali ke bilik mesyuarat. Penyambut tetamu tadi masih setia senyum-senyum bila melihatkan Daim. Tadi masa Mejar Mustapa dan Kapten Mansur lalu tak adalah nak senyum meleret macam ni. Daim dah nak mengarukan kepala. Awat depa ni gedik semacam ni? Semak otak aku kejap.
Mesyuarat di teruskan kembali. Kali masuk tahap bosan melampau sebab isu yang berkaitan lebih kepada pihak Imergesan. Daim mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya. Ditaipkan mesej kepada Aisyah dengan mata memandang kepada Y.B Dato’. Sungguh profesional. Bukan senang lelaki nak menaip mesej macam perempuan, yang dah hafal letak duduk keypad.
Malam ni kira on. Saya sekali dengan bos-bos saya.
Mesej terus dihantar kepada pemilk nama Siti Aisyah Salim.
Mata Daim dah semakin nak terlelap. Daim, Daim. Kau ni betullah dah dapat isi perut, mulalah mata tu nak layu kan? Betullah orang cakap, jangan makan kenyang sangat nanti mudah mengantuk dan sekarang Daim sedang menghadapi situasi tersebut. Situasi dimana matanya terasa amat-amatlah nak pejam.
Mujurlah mesyuarat pada sebelah petang tak lama. Makan masa 2 jam sahaja. Selebihnya akan disambung pada keesokkan harinya. Tiga hari mesyuarat yang mendatang. Entah boleh entah tidak je badan ni nak pergi. Hari ahad pun ada mesyuarat juga. Tapi sebelah pagi je. Isnin sampai rabu masih berkerja macam biasa. Rabu petang dah terbang ke Sarawak. Khamis dah mula operasi. Nasiblah kau wahai badan. Terpaksalah terima semua ni dengan hati yang redha. Nama pun kerjakan?
“Mana Sulaiman ni?” soal Mejar Mustapa yang dah berdiri di depan lobi.
“Ke tandas kot. Tadi tengok dia tak habis ulang ke tandas je dari tadi,” Kapten Mansur menjawap dahulu.
“Tu, Sulaiman,” tunjuk Daim pada kereta jabatan.
“Maaf, Tuan. Ada sorang perempuan ni nak keluarkan kereta tak lepas. Que dah panjang. Tu tak pasal-pasal saya tolong dia kejap reverse kereta,” bicara Sulaiman tanpa ditanya.
“Ye ke?” perli Daim.
“Iyelah,” mata dikenyitkan kepada Daim. Daim hanya mengelengkan kepala.
Sebenarnya Daim tahu kenapa Sulaiman lambat. Awek penyambut tetamu tu tahan dia tadi. Entah apa yang dia orang nak dari Sulaiman tak tahulah. Tiba-tiba Sulaiman menyerahkan cebisan kertas kepada Daim. Daim mengangkat kening dua kali. Sulaiman hanya senyum kemudian mengejitkan matanya. Daim membuka cebisan tadi dan mula membaca apa yang tertulis di dalamnya.
Salam perkenalan dari Zulaika. 019-6814183 jangan lupa call ok? I waiting your call Tuan Handsome.
“Aku dah agak dah,” Sulaiman hanya tersengih.
“Apa yang kamu dah agak Daim?” soal Mejar Mustapa.
“Tak ada apa, Tuan. Ni adik saya anta mesej cakap dia rindu dekat saya,” kelentong Daim.
'Siap kau, Sulaiman. Akan aku bukak bilik perbicaraan dengan kau sampai hotel nanti,' Daim menjeling tajam Sulaiman. Sulaiman buat derk je.
“Lama sangat ke kamu tak balik kampung, Daim?”
“Tak juga. Budak dua orang ni adalah yang dia orang nak dengan saya. Kalau tidak, tak adanya sibuk sangat nak mesej-mesej ni,”
“Biasalah budak-budak. Macam tulah. Tu baru adik-adik. Belum masuk isteri lagi. Tu lagi haru tu,” pecah gelak Sulaiman. Sebenarnya dia nak gelakkan Daim tapi tak ada chan nak celah. Bila dengar Kapten Mansur cakap macam tu, apa lagi. Takyah tunggu-tunggu dah.

No comments: