~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, January 16, 2012

Calon Menantu Mak - Bab 46

Bab 46
Dalam kepekatan malam berserta dengan hujan yang lebat membasahi bumi, Daim terus memecut laju menuju ke Putrajaya bersama Mak Cik Kesuma Dewi, Delita, Delila dan Jefry.  Jefry yang duduk disebelah Daim beberapa kali kecut perut sendirian.  Kalau Diam menekan pedal break, Jefry pun turut sama menekan kaki kanannya seolah-olah dia sedang menekan pedal break juga. Tali pinggang dipegangnya erat-erat. Sampai basah dek kerna peluh di tangan.  Mak Cik Kesuma Dewi pun banyak kali juga menegur cara pemanduan Daim yang agak membahaya  tapi semuanya tidak diendahkan.
“Bro, pelahan sikit, Bro.” Jefry menepuk peha Daim.
“Jangan bimbang. Aku tahu aku bawa nyawa orang. Tak akan aku nak bunuh orang pula. Cuma kau tolong aku tengok- tengoknya line putih ni je. Aku tak berapa nak nampaklah. Silau mata dengan lampu kereta,” mata Daim masih melekap pada pada pemanduaanya tanpa seinci pun menoleh kepada Jefry disebelahnya.
“Ha?” tersentak Jefry dan Delita dibuatnya.
Delita terus menukar posisi dengan Delila. Delita terus menyengahkan kepalanya di ruang tengah antara Daim dan Jefry. Bersama-sama dengan Jefry, Delita memerhatikan garisan pantulan cahaya di hadapan mereka. Sampai naik pedih-pedih mata. Daim pula dah sengih-sengih menahan gelak.
Apa boleh buat? Difikiranya hanya memikirkan tentang Dhia. Hujan yang turun ibarat dapat meratapi apa yang dirasakan oleh Daim. Hatinya sedang bercekamuk, geram, sakit hati serta pelbagai rasa yang menyentuh jiwa. Daim cuba mengawal emosi tapi tidak semuanya dapat dikawal.
Beberapa kali juga Daim memberikan lampu tinggi kepada kereta yang menghalang laluanya. Beberapa kali juga terdengar Daim memaki hamun pemandu yang memandu tersungguhlah lembab. Beberapa kali juga Daim ekori kereta lain dengan agak rapat. Daim mahu segera sampai ke rumah Dhia. Daim mahu segera tahu punca sebenar apa yang terjadi.
            DHIA HILANG!!!
            Panggilan telefon yang diterima oleh Laila, memang menyentakkan diri Daim. Masa itu, Daim sedang makan tengah hari bersama Jefry, Saiful dan Jefri. Boleh tersedak bebola ikan Daim dibuatnya bila mendengarkan berita yang dikhabarkan oleh Laila. Tak pasal-pasal juga, Laila kena marah percuma dengan Daim. Kejadian sudah masuk 48 jam baru nak beritahu. Kalau nak buat laporan polis berkenaan orang hilang pun, mesti selepas 24 jam. Tapi ini, ahli keluarga sendiri kot? Tak akan nak tunggu selepas 24 jam juga baru nak beritahu? Dalam hal ini, siapa tak marah? Semua orang marah!
            Mengigil suara Daim marahkan Laila tapi Laila hanya membisu. Laila tahu dia salah tapi Daim tak boleh salahkan Laila sepenuhnya. Laila salah dalam 50 peratus je. Dhia sendiri yang maklumkan bahawa dia mungkin tak balik rumah malam tu. Dhia kena menghadiri taklimat di Terengganu. Mungkin akan bermalam di Terengganu tak pun, mungkin akan bermalam di KLIA.  Jadinya, Laila ambil kesempatan menyiapkan segala laporan tentang pemeriksaan sebuah café di presint 4. Kerja lewat malam. Sampai rumah sudah pukul 11 malam.
Balik pula,  tiga orang rakan sekerja Dhia, depan pintu rumah. Laila hanya fikir satu sahaja. Sama ada nak jumpa Dhia ataupun datang nak ambil apa-apa barang yang Dhia pesan. Sudah selalunya macam itulah. Dhia ni bukan selalunya sempurna. Datangkan kalut, ada je barang yang tertinggal depan pintu rumah. Pagi tadi masa nak pergi kerja, beg kasut tertinggal tepi sofa. Agaknya diaorang ni nak datang ambil beg kasut Dhia la ni.
            Tapi bila melihatkan muka Kamal, Mutalib dan Ayu yang resah semacam Laila pula berubah air muka. Jantungnya jadi tidak lega. Seperti ada sesuatu yang terjadi. Kenapa ni? Apa dah terjadi pada Kak We?
            “Dik, bukak pintu cepat!” arah Ayu. Kasar.
            ‘Rumah aku, suka hati akulah nak buka pintu ni cepat ke lambat. Suka-suka je nak mengarah orang macam kita ni kadam dia pula. Aku dah la balik penat Ya Rabbi. Nak paksa-paksa orang pula. Sekali aku libas kang baru tahu,’ ngamelnya sendirian.
            Sengaja Laila menyelup saku beg tangannya pelahan.  Malas nak melayankan wajah serius Ayu.
            “Laila, boleh buka pintu cepat sikit tak? Ada hal buruk pasal Cik Fifi nak kami beritahu ni. Kang beritahu dekat luar ni takut Laila pengsan pula nanti,” Kamal cuba berdiplomasi. Kamal tahu, Laila ni ada tahap panas barannya 3 hatta.
            “Hal buruk?” soal Laila.
            “Nak tahu, buka pintu cepat,”
            Mengigil tangan Laila buka pintu rumah bila mendengarkan kata-kata Kamal. Sebaik sahaja Laila menutup pintu rumah, tanpa berlengah, Ayuterus menceritakan apa yang dia nampak dan apa yang terjadi kepada kereta Dhia. Mungkin nampak tak logik, apatah lagi kedengarannya langsung tak masuk akal. Tapi itulah terjadi. Seperti terkena renjatan elektrik, Laila berdiri tegak seperti tiang bendera. Tangannya memegang telinga. Mulutnya melopong. Matanya membulat kepada Kamal, Mutalib dan Ayu.
            Seakan tidak percaya dengan apa yang didengar, Kamal mengeluarkan laporan polis yang dibuat  oleh mereka. Mereka juga menyuruh Laila ke balai polis untuk membuat laporan yang serupa. Laila baca setiap butir kandungan laporan itu dengan air mata yang sudah merembes keluar. Mujur Ayu ada sebagai ejen penenang
            Malam itu juga, dengan ditemani mereka bertiga, Laila terus membuat laporan di balai polis Putrajaya. Bergelingan air mata juga Laila telefon Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan menceritakan apa yang terjadi. Naik basah tudung. Naik lunyai tisu. Kalau boleh, mahu sahaja kain bajunya pula dilapkan air mata yang tkeluar seperti Empangan Tasik Kenyir yang pecah. Gaya mengalahkan sedang meratapi kematian suami je lagak Si Laila ni.
            Laila nak beritahu kepada Daim, tapi dihalang oleh Pak Cik Lutfi. Dibenak Laila terfikirkan seorang yang berkemungkinan melakukan ini semua tapi Laila tidak mahu berfikir terlalu negatif. Biarlah pihak polis menyiasat apa yang terjadi kepada Dhia. Konstobel polis yang menerima aduan Laila juga menyifatkan kes ini merupakan kes penculikkan. Kalau benar kes ini, diklafikasikan sebagai kes culik, berkemungkinan besar penculik akan menuntut wang tebusan. Tapi sejak dari tadi, Laila tidak pula menerima sebarang panggilan dari orang yang tidak dikenali, menuntut atau meminta wang tebusan.
            Kalau pun ada nombor asing yang masuk, itu Si Meran. Meran telefon minta maaf sebab tak dapat hubungi Laila. Meran  beritahu yang dia berada di Sarawak. Liputan wilayah orang kuning (Digi) tidak terlalu kuat. Itu sebabnya, Meran tak dapat menghubungi Laila. Meran diarahkan serta merta mengantikan seorang pegawai projek disana. Tempohnya berapa lama Meran disana masih lagi belum diketahui. Lega sikit hati Laila. Kalaukan tidak, asyikkan nak menuduh Meran main kayu tiga.
            Malam semakin mengijak ke pagi. Ayu, Mutalib dan Kamal masih setia menemani Laila dirumah. Ikutkan Kamal dan Mutalib mahu terus pulang  sebaik menemani Laila membuat Laporan. Tapi kemudian bila mengenangkan Ayu dan Laila sahaja di rumah, mereka meminta izin Laila untuk menemaninya bersama Ayu sehingga keluarganya sampai. Iyalah! Dalam keadaan macam ini, tidak mustahil rumah Dhia akan diceroboh masuk. Walaupun kawasan rumah Dhia mempunyai kawalan polis peronda, ia tetap tidak dapat menghalang penculik Dhia melakukan sesuatu kepada Laila juga.
            Kamal dan Mutalib, dibentangkan toto di ruang tamu. Dua pasang kain pelekat dan bantal serta selimut. Ayu pula sudah berdengkur disebelahnya. Laila masih menangis mengenangkan Dhia. Jauh disudut hatinya Laila berdoa semoga Dhia selamat.
            Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan pula terus bergegas ke rumah Dhia sebaik Laila telefon. Mujurlah mereka memang sudah siap-siap untuk balik ke Melaka selepas bercuti seminggu di kampung. Senang. Dalam keadaan kecemasan macam ini, terus sahaja bergegas ke tempat yang mahu dituju. Tak payah tercari-cari lagi barang sana sini.
Mak Cik Kintan pula jenis  perisau yang amat. Sepanjang perjalanan ke rumah Dhia, Mak Cik Kintan tak putus-putus kering airmatanya. Latifah sampai naik letih untuk menenangkan Mak Cik Kintan. Sudahnya, dia tertidur di bahu abangnya, Hakimi. Hamizi dan Haiqal pula mengambil alih tugasan memujuk emak mereka. Alif pula menemani Pak Cik Lutfi memandu. Mereka sampai pun sudah berkumandang azan subuh.
               Menurut dari cerita Ayu, mereka masa tu kebetulan baru nak keluar beli makanan tengah hari selepas solat Zuhur, melalui kawasan depan pintu pagar utama. Melihatkan kereta Dhia masih diluar bangunan, Ayu mengajak Yusrina untuk menegur Dhia. Ayu pelik kenapa Dhia masih belum ke KLIA, sedangkan Dhia sepatut sudah berada dalam perut kapal terbang untuk ke Terengganu sejak 10 minit yang lepas. Ini Dhia masih disini. Tak akan Dhia sempat pandu kereta ke Terengganu sekarang ni? Mesyuarat akan diadakan dalam jam 4 petang.
Ayu dan Yusrina menghendap-hendap kereta Dhia lantaran tinted kereta Dhia bila semakin panas, ia semakin gelap. Alangkah terkejutnya mereka bila melihatkan Dhia tiada tapi keadaan dalam keretanya bersepah dan seperti berlaku pergelutan.
       Beg tangan Dhia berada di ruang bawah kaki dengan isi perutnya habis semua terkeluar. Telefon Dhia juga berada di ruang tempat duduk bahagian belakang. Kapal terbang yang menjadi perhiasan di atas dashboard kereta juga sudah jatuh tergolek. Kotak tisu juga nampaknya sudah terkemek di tepi pintu sebelah pemandu. Cermin pandang belakang terkepak ke atas. Lampu signal menyala. Tempat duduk sebelah kiri pemandu sedikit ke belakang. Bantal kecil di tempat duduk belakang bersepah di ruang sekaki. payung melintang di tengah kerusi.
            “Eh! Ada orang telefonlah,” tegur Yusrina. Tanganya menunjuk ke arah telefon Dhia yang berada dibelakang.
            “Ha’a. Tunang Cik Fifi yang call!” Ayu menjerit kecil.
            “Macam mana ni?” dua-duanya buntu sehinggalah Kamal menyergah mereka berdua.
            “Ish! Tak guna punya, Kamal. Buat teperanjat orang je tau. Nasiblah due date aku lambat lagi. Kalau tak mahu terberanak aku dekat sini. Hang nak sambut ka?” Yusrina mengetuk lengan Kamal dengan beg tangannya.
            “Aduh! Sakitlah. Korang berdua ni terhendap-hendap kereta Cik Fifi ni kenapa? Kalau nak tegur, ketuk je la,” Kamal mengosok lengannya.
            “Nak tegur macam mana? Orang pun takde. Kereta yang bersepah adalah,” Ayu menjeling ke langit.
            “Ye, ye je la korang ni,”
            “Tak percaya, tengok sendirilah, Kamal,” Kamal terus menekuk mukanya ke cermin kereta untuk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Ayu.
            “Ha’alah. Kenapa boleh jadi macam ni? Cik Fifi pergi mana? Ha! Entah-entah… Cik Fifi…”
            “Ish! Mulut tu cuba jangan cabul sangat. Kau ni daripada aku tak terfikir, sampai boleh buat aku fikir yang bukan-bukan tau,” Yusrina sudah memucat.
            “Habis, kalau dah macam ni, apalagi aku nak fikir?” Kamal juga mula panik.
            “Kita nak buat apa ni?” soal Ayu yang membisu sedari tadi.
            “Apa lagi? Report polislah,” usul Kamal yang membuatkan Ayu dan Yusrina mengangguk laju.
            Kamal terus mengeluarkan telefon dan nombor talian 999 dihubungi. Mereka diminta menunggu di tepi kereta Dhia sehingga pasukan polis dihantar ke sana. Sementara itu, Yusrina menerima panggilan telefon daripada pengarah bahagian yang bertanyakan tentang waktu penerbangan Dhia menguatkan lagi bahawa Dhia bermungkin hilang.
Semakin memucat Yusrina bila soalan itu diajukan kepadanya. Yusrina tidak tahu apa yang mahu dikatakan pada pengarah. Asalnya Yusrina nak beritahu kepada pengarah mereka tapi ditegah Kamal. Kamal takut kalau-kalau Dhia tiba-tiba boleh berada di Terengganu dan tanggapan mereka terhadap apa yang berlaku kepada Dhia tidak benar.
###
            Daim sampai ke Putrajaya, jam sudah pun menginjak ke tengah malam. Daim menghubungi Laila supaya menunggu mereka dibawah rumah. Daim segan untuk naik terus ke rumah Dhia. Sampai di lobi rumah Dhia, Laila kelihatan sangat pucat. Matanya bengkak. Pipinya nampak susut. Sangat lain dan jauh berbeza dengan muka Laila yang sentiasa ceria dan gembira.
            Laila terus dipeluk Mak Cik Kesuma Dewi. Erat dan sangat erat.
            “Kak We masih tak dijumpai lagi, Mak Cik,” Air mata mengalir dari kolamnya.
            “Sabar ya, Nak. Sabar. Insyallah kita akan cuba Dhia kembali ya, Nak. Sabar. Sabar,” belakang badan Dhia digosok-gosoknya.
            Laila, Delita, Delila dan Mak Cik Kesuma Dewi beriringan naik ke tingkat rumah Dhia. Daim dan Jefry menyusul dibelakang dengan mengalas beg mereka. Dibiarkan mereka naik dahulu. Mereka menyusul dengan lift bomba.
            Daim lihat Laila sangat sedih. Kesedihannya melebihi sedihnya Daim. Terasa bersalah pula Daim memarahi Laila membabi buta. Sepatutnya Daim lebih tahu yang Laila akan lebih rasa kehilangan. Dhia itu kakak Laila. Laila yang paling rapat dengan Dhia. Laila dan dhia duduk serumah sudah hampir 3 tahun. Apa rahsia Dhia adalah rahsia Laila dan bergitulah juga sebaliknya. Tentulah Laila akan lebih rasa sedih berbanding aku. Aku hanya tunang Dhia. Aku tak punya kuasa untuk memarahi Laila sampai macam itu punya teruk. Aku ini hanya orang luar sahaja. Aku kena minta maaf pada Laila.
            Saat kaki melangkah masuk ke rumah Dhia, Daim lihat di ruang tamu rumah Dhia penuh dengan ahli keluarga serta terdapat 3 orang anggota polis yang lengkap dengan peralatan untuk mengesan sebarang panggilan masuk. Pak Cik Lutfi pula berdiri menyandar diantara ruang tamu dan balkoni rumah. Latifah pula menatang air ke ruang tamu. Laila masih menagis dan menangis.
            Daim dan Jefry menyalam semua yang ada. Bila sampai kepada Pak Cik Lutfi, tangannya digengam erat. Riak air mukanya tampak risau. Sugul dan tiada lagi lawak spontan. Daim menurut langkah Pak Cik Lutfi ke balkoni rumah dengan memiarkan Jefry membuat siasatan tak rasmi dia.
            “Ada apa-apa perkembangan ke, Pak Cik?”
            Pak Cik Lutfi hanya mengungkitkan bahunya kemudian digelengkan kepala.
            “Buntu, Daim. Buntu. Penculik ke penjenayah ke haram menelefon ke sini. Macam ginilah keadaanya sejak dari awal pagi tadi. Letih menunggunya,” kepalanya diserabutkan.
            “Polis cakap apa?”
            “Polis cakap dalam kereta Dhia, takde barang yang hilang tapi kereta penuh berselerak. Polis cakap mungkin, dia orang mahukan Dhia je. Apalah nasib Kak We sekarang ni?” Pak Cik Lutfi mengeluh.
            Daim semakin geram. Secara tak sengaja tangannya mengengam erat.
            “Sabarlah, Pak Cik. Insyallah Dhia selamat,”
            “Minta-mintalah. Pak Cik nak solat hajat. Kamu nak ikut?”
            “Pak Cik pergi dulu. Saya menyusul kemudian,” Pak Cik Lutfi mengangguk.
            Daim juga menyusul masuk kembali ke rumah dan berdiri memeluk tubuh memerhatikan seluruh perusuk rumah. Mencari apa-apa yang boleh dijadikan bukti. Matanya semakin meliar memandang apa yang dapat dicapai dek mata. Matanya menangkap sesuatu yang terlindung dibalik jurai langsir sliding door. Sesuatu yang berwarna merah bata. Bentuknya empat segi. Macam sebuah diari.
            Daim dalam gerak pelahan menuju ke arah apa yang dinampaknya. Penuh muslihat, Daim ‘menjatuhkan’ badannya. Sah! Diari Dhia. Diari itu disimpan dalam bajunya. Kemudian pelahan-lahan langkahnya diatur kembali kebalkoni rumah. Satu persatu diari Dhia diselak Daim. Diari yang sentiasa ada dengan Dhia walau di mana Dhia berada. Dari jadual mesyuarat sehinggalah kepada senarai barang keperluan hantaran. Dari perkara penting berkaitan dengan kerja rasmi sehingga kerja peribadi.
            Sedang asyik menyelak, loceng rumah berbunyi tapi diabaikan. Fokusnya lebih kepada apa yang berada ditangannya. Laila membuka pintu rumah sambil mengesat air matanya. Berdiri dihadapanya seorang wanita mengandung. Laila memandang ke arah meraka yang berada diruang tamu. seorang anggota polis wanita ingin maju kepada Laila tapi ditahan oleh pegawainya. Siapa pula ini?
            “As’salammualaikum... rumah Dhia ke?” soal wanita dihadapannya Laila
            “Wa’alikumsalam… iya. Jemput masuk dulu,” Laila membukakan pintu pagar ruamh dan mempelawa wanita itu masuk.
            Langkah wanita itu mati bila melihatkan anggota polis yang berada di ruang tamu. wanita itu memandang kepada Laila meminta penjelasan.
            “Kak Dhia hilang,” wanita itu bertambah terkejut.
            “Duduk dulu, Kak. Akak ni siapa ya?”
            “Bila Dhia hilang?” soal wanita itu yang diberi ruang oleh Jefry untuk duduk.
            “Dah masuk 2 hari, Kak. Akak ni siapa?” soal Latifah pula.
            “Nama akak, Sofea. Isteri Bob,” semua mata memandang kepada Sofea.
            “Akak datang sini buat apa?” soal Latifah, keras. Mak Cik Kintan menepuk lengan Latifah.
            “Akak cari suami akak,”
            “Apa? Kenapa nak cari Abang Bob dekat sini pula? Akak ingat Kak Dhia sorok Abang Bob dekat sini ke?” Latifah semakin mengeras.
            “Kak Su!” tegur Laila
            “Siapa Bob?” soal seorang pegawai polis yang ada.
            “Bob ni ex-boyfreind Kak We,” Laila menjawap pertanyaan pegawai polis itu.
            “Akak datang sini sebab suami akak tak balik rumah sudah seminggu. Akak try call dia banyak kali tapi tiada jawapan. Akak buntu, Dik. Akak takde pilihan lain selain mencari Abang dekat sini,” jawap Sofea yang sudah mula untuk menitiskan air mata.
            “Apa buat akak fikir Abang Bob ada dekat sini?” Laila menyoal Sofea.
            Sofea memandang kesekelilingnya. “Abang pernah minta izin untuk kahwin dengan Dhia,”
            “Ha?” semua terkejut mendengarkan penyataan yang keluar dari mulut Sofea.
            Jefry terus menarik kolar baju Daim dari arah belakang masuk ke perut rumah. Hampir tercekik Daim dibuatnya. Niat dihati mahu dimarahi Daim tapi bila melihatkan muncung Daim yang mengarah kepada Sofea, Daim membatalkannya. Siapa pula ibu mengandung ni?
            “Isteri Bob,” Jefry menjawap seolah-olah tahu apa yang bermain dihati Daim. Membulat mata Daim seketika. Biar betul! Apa hal pula dia datang sini? Musykil!
            “Bila kali terakhir Puan berhubung atau berjumpa dengan suami puan?” soal anggota polis wanita dengan rekoder ditangannya.
            “Saya jumpa dia minggu lepas. Masa dia minta izin untuk mengahwini Dhia,”
            “Puan izinkan?”
            “Kalau tiga tahun lepas, mungkin. Saya tahu saya ada masalah kesuburan. Tapi itu tiga tahun lepas. Sekarang saya dah mengandung tujuh  bulan. Anak dia. Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, Abang selalu sebut pasal Dhia. Abang selalu tengok album lama yang ada gambar Dhia. Abang selalu sangat mesej dengan Dhia. Saya dapat tahu Abang jumpa dengan Dhia balik. Kalau Abang tak jumpa Dhia semula, mesti semua ni tak akan terjadi. Dhia memang perempuan jahat! Dia rampas suami saya!” fitnah Sofea.
            “Helo, helo. Tolong sikit. Dhia bukan orang macam tu eh?  Jaga sikit mulut tu ya? Jangan cakap ikut sedap mulut je. Jaga sikit mulut tu. Kenan dekat anak baru tahu.  Jangan suka hati je nak tuduh Dhia macam-macam. Saya tahu Dhia tu macam mana. Tak akan ada seinci pun dia nak pada Bob balik,” darah Daim naik sampai ke  muka. Silap hari bulan boleh mengalir di celah-celah hidung dan telinga.
            “Betul! Kak We dah nak kahwin. Buat apa Kak We nak ikut Abang Bob? No point! Kak We dah lama lupakan Abang Bob. Lama sangat. Lima tahun lepas punya cerita. Kalau ada anak dah boleh masuk tadika dah!” Latifah menyokong Daim.
            “Awak siapa? Abang dia? Adik dia?” Sofea menyoal Daim dengan muka tak puas hati. Bertambah sakit hati Daim.
            “Saya ni tunang Dhia,”
            “Tunang?”
            “Iya. Tunang Kak We. Kak Sofea, diaorang ni akan kahwin tak lama lagi. Lagi lima bulan dia orang ni dah nak kahwin. Lagi satu, setahu saya, Kak We hanya balas mesej Abang Daim je. Mesej orang lain dia tak kuasa nak balas. Last  Kak We jumpa Abang Bob pun masa dekat Nilai 3. Itu pun bukan berdua. Kami semua ada. Itu yang last,Kak. Selepas daripada itu, Kak We dah sibuk dengan kerja dia yang tak pernah surut. Sampaikan sabtu dengan ahad pun dia kerja. Jadinya, dari sudut mana menyatakan Kak We keluar dating dengan Abang Bob? Tak munasabah langsung tuduhan akak tu,” Laila bernada sedikit tegas.
            “Akak ingat kak saya tu kebulur sangat ke nak kat suami akak balik? Kalau betul akak saya tu kelubur sangat nak suami akak, dah lama dah dia buat kerja tak berfaedah tu. Tak payah tunggu empat lima tahun!” Hakimi bersuara.
            “Betul tu. Kak We tu orang berilmu, orang berilmu tak akan nak dibuatnya kerja tak berfaedah tu. Kalau akak siasat betul-betul Kak We saya tu, rumah dia ni jadi macam hotel je pada dia. Dia bukan ada masa pun nak keluar berdating. Keluar dengan Abang Daim pun jarang-jarang,” Alif pula menambah.
            Daim ingin menyambung tapi tersekat pada kata-kata Alif dan Hakimi. Hakimi jarang bersuara. Sekali Hakimi mula bersuara, ayatnya pedih! Alif tu dah biasa dah dengar dia membebelkan Dhia. Jadi tak berapa nak hairan sangat.
            “Mana tahu sabtu dengan ahad dia jumpa Abang Bob? Kita tak tahu. Mereka berdua je yang tahu,” Sofea sengaja menguji kesabaran Laila. Daim menahan geram yang amat. Nasiblah mengandung. kalau tidak, mahu dah kena dah Sofea ni.
            “Tak mungkin kak. Ada ke orang pergi dating keluar pagi balik sekejap tengah hari kemudian keluar balik lepas tu balik dah dekat maghrib? Ada ke? Bukan ke kebiasaanya kita dating dan tak akan balik-balik rumah kita sekejap! Jadi, akak boleh tak tolong jangan buruk sangka pada kakak saya? Saya kenal dia siapa. Kalau lima tahun lepas, iya dia saying gila dengan Abang Bob tapi sekarang tak lagi, kak. Abang Bob dah ditamatkan sejak dia dapat tahu Abang Bob dah kahwin dengan akak. Walimah, Kak We sendiri tak akan pernah nak lalu depan rumah Abang Bob. Dia rela lalu laluan jauh untuk sampai rumah mak dengan ayah,” Laila berlembut tapi tegas.
            Suasana memang gamat dengan Sofea melawan adik beradik Dhia. Sofea tetap dengan pendiriannya, Dhia yang merampas Bob. Dhia yang sembunyikan Bob. Laila yang mulanya berlembut , mula menyinga dengan sikap Sofea yang langsung tak berfikir jauh. Daim pula beberapa kali terasa mahu dilempang-lempangkan mulut Sofea sampai berdarah. Suami Isteri, sama-sama je kerek nak mampus!
“Sudah, sudah. Boleh bawa bertenang tak? Kita ni berbincang bukannya nak bertendang. Cuba kawal diri sikit,” Inspektor Heliza bersuara kuat menenangkan mereka semua.
Anggota polis pula terasa pelik. Ini sudah terbalik. Patut pihak polis yang menyoal siasat Sofea tapi ini sudah jadi terbalik pula. Mereka pula yang lebih-lebih menyoal Sofea. Asalkan kami nak buka mulut je, dan, dan itulah soalan dari mulut orang lain yang muncul dulu.
            “Habis Abang Bob mana?” Sofea menjerit, geram.
            “Mana kami tahu!” gamat rumah Dhia dibuatnya dengan suara hiruk pikuk semua yang ada.
            “Ingat kerja kami ni menjaga laki kome je ke?” ayat pedih Pak Cik Lutfi memukul gegendang telinga semua orang.
            Mak Cik Kintan sudah bangun tapi kemudian dia ditolak duduk oleh Pak Cik Lutfi. Mak Cik Kintan mahu membela Dhia, anaknya tapi Pak Cik Lutfi menegah. Mungkin tidak mahu menambah lebih perasa ajinomoto dalam cerita ini.
Mak Cik Kesuma Dewi yang mulanya duduk rapat dengan Sofea mula menjauh. Mungkin kurang selesa dengan apa yang Sofea katakan. Tapi Sofea hanya mempertahankan haknya sebagai isteri Bob. Isteri mana yang mahu hidup bermadu andai selagi dia mampu memberikan apa yang diminta suaminya.
“Entah-entahkan, Bob yang culik Dhia. Bawa Dhia kahwin lari,” entah kenapa tiba-tiba idea itu muncul dan menari-nari dihadapan mata Daim.
Kata-kata Daim menarik perhatian semua.
            “Abang tak mungkin akan culik Dhia,” riak muka sofea sangat terkejut. Mungkin terkejut dengan apa yang didengarkan. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Air matanya semakin berjurai-jurai keluar.
            “Nak bukti? Ni dia. Apa yang Bob ugut semua ada dalam diari ni,” diari Dhia dihulurkan kepada Sofea tanpa sedar.
            Daim sememangnya tengah geram selepas membaca sehelai muka surat diari bertulis apa yang Bob mesejkan kepada Dhia, ditambah pula minyal didalam apinya. Semakin marak dan menjadi-jadi api kemarahannya.
            “Apa ni?” diari ditangan Daim bertukar ke tangan Inspektor Heliza.
            “Diari Kak We,” Laila menolak Jefry ke tepi. Dia bergegas mendapatkan Inspektor Heliza yang jaraknya tak berapa langkah.
            Daim terdiam.
            “Mana awak dapat diari ni?” Inspektor Heliza menyoal dengan muka garang.
            “Tepi sana,” Diam menunjuk ke arah diari Dhia dijumpainya.
            Detektif, check diari ni. Lain kali, kalau jumpa benda yang boleh dikaitkan dengan mangsa, sila maklumkan kepada kami. Kami yang siasat kes ini bukan awak,” diari dihulurkan kepada pegawai bawahannya.
            Daim hanya menyengih. Daim tahu dia salah. Tapi apa boleh buat. Daim sendiri mahu tahu dimana Dhia berada sekarang ni. Siapa yang yang terlibat dalam konsperasi menculik Dhia? Daim perlu tahu sebab Daim adalah TUNANG DHIA.

1 comment:

m said...

dhia DICULIK? sape yg culik, Bob?!