~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Wednesday, October 19, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 41

Bab 41
            Daim berjalan dengan penuh gaya kelakian tapi penuh berbunga-bunga serta riak wajah yang berseri tak terkata. Rentak bahasa badannya pun sudah semakin menarik. Senyuman tak pernah lekang dikuntum dari bibirnya. Benar-benar hebat penangan panahan asmara ini ya rupanya?
“Hai! Tuan. Sejak-sejak bertunang ni, bukan main berseri wajah?” usik seorang pegawai bawahan Daim.
“Alamak! Dah naik ke seri pengantin?” seloroh Daim sambil memegang pipinya. Merah tak?
“Amboi! Melampau beno sampai naik seri pengantin,” sahut satu suara.
“Hahaha...manalah tahukan? Kita tak nampak tapi orang lain nampak,” Daim meletakkan beg sandangnya di kerusi.
Dijeling kepada Koperal Hamidah sekilas. Nampaknya Koperal Hamidah seakan mula hilang minat kepadanya. Alhamdullilah. Koperal Hamidah dah tak seperti dulu. Kalau dulu bawa Meggi Goreng pun nak bagi Daim sebekal. Kini, Koperal Hamidah lebih senang melayan kisah kerjanya dan paling penting Daim lihat, Koperal Hamidah dah boleh senyum balik sejak-sejak sudah dapat menerima hakikat berita pertunangan Daim dan Dhia adalah kenyataan.
‘Hamidah, bukan niat saya nak lukakan hati awak tapi kita jauh beza. Bukan berbeza pangkat dan darjat tapi beza fahaman dan kita memang tidak serasi. Awak baik dengan saya jadi saya doakan awak jumpa lelaki lebih baik dari saya. Bukan awak tak cantik, cantik. Tapi bukan kecantikan rupa yang saya pandang. Lagi pun, awak bukan dikategorikan antara orang yang mak saya akan terima jadi menantu dia. Saya harap awak faham, Hamidah. Saya tak nak nanti awak lebih terluka kalau mak saya yang menolak awak. Semoga awak bertemu jodoh sempurna. Amin,’ Doa Daim jauh dihatinya.
‘Tuan, langsung bila? Esok ke?” masih mahu mengusik Daim.
“Boleh je. Takde halkan, Tuan?” jawab pegawai bawahannya yang lain bagi pihak Daim. Daim hanya tersenyum.
“Tak lama lagilah ni. Dah dekatlah tu,” usik pula yang lain.
“Amin. Doa-doakan jelah,” Daim meraup mukanya.
“Mana tahu kot, kot esok lusa ke? Hehehe...” ketawa Daim  disahut oleh yang lain. Ada juga yang turut mengaminkan doa Daim.
Betul ke esok lusa, Daim? Bukan kau belum jumpa Dhia lagi ke? Belum jumpa dah berangan lebih. Apa da?
Tapi takpelah. Ada aku kisah?
Setiap hari yang dilalui kini semakin hari semakin bahagia. Masuk hari ini, sudah seminggu gambar yang diberi Dhia menghiasi paparan hadapan telefon bimbit Daim. Sanggup Daim scan gambar itu dan dijadikan wallpaper handphone. Gambar Dhia yang manis tersenyum kepadanya. Senyuman akan sentiasa terukir dibibir Daim bila melihat Dhia. Telefon bimbit! Ha,  telefon bimbit, telefon bimbit sekarang dah jadi nyawa Daim. Mana pergi, telefon bimbit wajib sentiasa ada dalam poket. Dulu, telefon bimbit tak bawa pergi office pun tak kisah. Tapi sekarang? Kalau tertinggal pagi, tengahari sangup balik pergi ambil tu. Hai! Daim...Daim...
 Daim terlalu bersyukur dikurniakan suatu anugerah yang tak terduga nikmatnya. Sangat manis. Kalaulah dia tahu nikmatnya sebergini, mungkin sudah lama Daim redha dengan pilihan Mak Cik Kesuma Dewi. Tapi itulah dia, kuasa Allah. Kehadiran Dhia dalam hidup Daim benar-benar mengubah hidupnya dari 0 darjah kepada 360 darjah. Berputar dunia bila Daim dapat tahu Dhia adalah Cik Fifi yang amat diminatinya. Tak sangka masih ada lagi ruang untuk berkasih sayang.
            Perubahan drastik Daim menjadi bahan cerita antara Jefry dan Jefri. Macam mana tak jadi bahan cerita hangat? Kalau dah sengih sorang-sorang tu apa ke mendanya lagi? Tengok telefon bimbit sengih. Bercakap dengan telefon lari jauh-jauh. Paling tak boleh tahan, ajak makan pun tak nak. Daim betul-betul dah angau!
            “Jep, kau tengoklah kawan kita tu. Bukan main angau lagi aku tengok. Aku dengan Zue dulu pun bercinta juga tapi takde macam ni punya angau,” Jefri cakap separuh berbisik kepada Jefry sambil memerhatikan gelagat Daim.
            “Diaorang ni kes lain, Bro. Diaorang ni kes calon pilihan keluarga. Tup,tup terberkenanlah pula. Tu paras angau naik sikit tu,” Jefry menjeling Daim yang sedang tersengih sambil menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Sah, sah tengah mesej dengan Dhia.
            “Tapi pilihan keluarga kira menjadilah jugak,”
            “Tau takpe. Tu la, dulu bukan main lagi nak tolak calon pilihan mak dia. Last, last dia pulak lebih-lebih angaunya. Tulah orang cakap, doa seorang ibu ni makbul. Air liur seorang ibu ni ubat, penawar,”  sempat Jefry berbahasa basi.
            “Betul-betul. Macam tak percaya je Pojie dengan Dhia tu match matching. Dhia tu masa kita pergi rumah opah dia masa bertunang lepas, tak macam terpaksa pun nak terima kawan kita yang sorang ni. Macam dia bertunang dengan pilihan hati je kan?” Jefry hanya mengangguk bagi soalan Jefri.
            “Aku tengok Pojie dengan Dhia ni memang bagai pinang dibelah-belah. Memang sepadan betul. Pandai mak Pojie cari calon,” sambung Jefri.
            “Aku sokong. Siapa kata pilihan keluarga bukan yang terbaik? Terbaik wok. Cuma kita ni je yang gedik melebih nak sangat bercinta sebelum kahwin. Ambil contoh mak ayah kitalah. Dulu-dulu mana ada bercinta cintun ni, bahagia juga sampai sekarang. Anak berderet jugak. Cuba bandingkan sekarang ni, bercinta bagai nak rak. Majlis kahwin, nak mewah melangit. Last, last usia perkahwinan taklah sejauh mana pun. Tahan beberapa minggu je.  Cuba kau tengok surat khabar ni, baru dua hari kahwin dah suami jatuh talak. Entah apa-apa entah. Kadang-kadang aku fikir macam tak nak kahwin je,” Jefry menyandar malas selepas melemparkan kepada Jefry surat khabar berita harian.
“Ish! Tak baik kau cakap macam tu. Kita ni kan umat Nabi Muhammad? Nabi Muhammad tak suka orang yang tak kahwin kalau umatnya mampu untuk mendirikan rumah tangga. Nabi Muhammad suka bila hari akhirat nanti, umat Nabi Muhammad penuh dipadang marsyah. Macam kau ni, apa yang tak mampu? Bolehkan tanggung anak orang? Cuma mungkin dari segi bersedia atau tidak je nak pikul tanggungjawab,” nasihat Jefry.
“Bukan maksudnya aku tak nak kahwin tapi entahlah. Susah nak cari orang macam Zue, Dhia. Yang masih ada ketegasan dalam kelembutan. Kau ingat tak masa kat Zoo Taiping lepas? Sampai sekarang aku geli-geleman lagi tau!” Jefry mengangguk laju sambil ketawa.
Mahu tak ingat? Antara kisah yang tak dapat dilupakan. Nak, nak masa tu Jefry baru sangat-sangat masuk Islam. Dah kena dugaan macam tu. Tapi kira hebatlah juga Jefry. Berjaya mengawal nafsu dan keadaan. Daim punya date, sudahnya jadi Jefri punya date. Date dengan Maisara. Selepas dari hari itu, ada juga Maisara call Jefry tapi Si Jefry ni bijak. Boleh dikalentong cakap salah nombor. Kesian Maisara. Entah apa jadi dengan Maisara agaknya ya? Entahkan dah berubah ke entahkan belum. Ataupun masih macam tu lagi. Apa-apa pun semoga Maisara bahagia dengan cara dia.
“Kalau aku ada mak lagi, aku pun nak suruh mak aku tolong carikan,” sambung Jefry bersuara pelahan tapi masih kedengaran cukup sayu ditelinga Jefri bila mengenangkan mendiang maknya.
            “Insyallah. Satu hari sampailah masa kau pula. Takde mak, kau ada kakak. Kau boleh suruh Kak Julie carikan apa?” Jefry hanya mengangguk.
            “Insyallah. Insyallah,”
            Masa rehat sejam tanpa makan dan minum berlalu dengan bergitu pantas. Jefry meminta izin untuk kembali ke ruang kerjanya. Penglihatan mereka kembali fokus kepada kerja masing-masing. Bergitu juga dengan Daim. Dalam pada bermesej dengan Dhia, tangan masih juga laju membuat kerja. Dalam angau tak sudah dengan tunang sendiri, kerja tetap kena buat. Tak siap kerja, siapa yang kena? Aku jugak!
            Disebabkan kerja yang menimbun ni jugalah, Daim terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke Cyberjaya berjumpa dengan Dhia. Sudah berapa kali ditunda tarikh. Lagi pun nak ke sana kena bawa Delita dan Delila sekali. Kalau tidak confirm bising si kembar tu. Mak Cik Kesuma Dewi tentunya tengah sibuk dengan cucu baru. Justeru dengan itu, Daim memasang tekat untuk menyiapkan semua kerjanya sebelum menjelang hujung bulan. Daim merangka perancangan untuk berjumpa Dhia selepas gaji bulan ni. Iyalah, ada gaji sedap sikit nak belanja anak orang jalan-jalan. Makan-makan. Paling penting, Delita dengan Delila pun kena ada peruntukkan juga. Kalau tidak, mahu merajuk dua kembar tu.
            Dhia pun kebetulan hujung bulan ni nak balik Ipoh. Daim pun apa lagi, cepat-cepatlah tawarkan diri nak ambil dan bawa Dhia balik Ipoh. Lepas tu, bila Dhia nak balik Cyberjaya, Daim boleh hantar sekali lagi. Ha! Bestkan perancangan tak berapa nak terancang ni?
            Tapi ini masih bawah perancangan lagi. Nak menunggu tiga minggu yang mendatang, tak tahu lagi macam mana. Entahkan jadi entahkan tidak. Sebaik-baik perancangan manusia, baik lagi perancangan Yang Maha Esa. Bak kata orang tua-tua, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan. Ya pada kita tidak semestinya ya padaNYA, tidak pada kita belum tentu tidak padaNYA.
            “Hai! Sabar ya, Daim. Tak lari Dhia tu,”
###
            “Hai, tak approvedkan lagi. minah ni tak reti nak online facebook ke?” ngomel Daim depan laptopnya.
            Penat Daim tunggu Dhia sahkan Daim menjadi kawan. Nak ditanya, segan. Tak ditanya, makin geram dengan Si Dhia ni. Sudahlah buat profil tertutup. Setakat boleh tengok gambar profil sahaja. Benda lain semua tak boleh nak tengok. Terpaksalah Daim menumpang ID Jefry untuk menatap dan mengenali Dhia.
            Dari situ, barulah Daim tahu Dhia ni suka masukkan kata-kata motivasi di statusnya. Sangat berguna kepada kawan-kawan yang lain. Selain Jefry, Daim tengok Kak AD dan Dr. Aiman pun sudah jadi kawan Dhia. Delita dan Delila tak payah cerita. Memang dah berzaman dah. Siap disenaraikan sebagai adik-beradik lagi. Abang Daiz dan Abang Dani je belum tambah Dhia sebagai kawan.
            Tapi ada satu benda yang buat Daim sakit hati. Dhia masih belum menukar statusnya dari ‘belum berkahwin’ kepada ‘sudah bertunang’. Kalau tukarkan kepada ‘dalam perhubungan’, kira boleh diterima lagilah. Ini tidak. Masih setia dengan status bujang dia. Daim sendiri lepas tahu siapa Dhia, terus tukar status dari ‘bujang’ kepada ‘sudah bertunang’.
            Kadang-kadang terfikir juga Daim. Dhia ni tak suka dia ke? Tapi nak buat macam mana, dah tiga bulan bertunang baru nak berhubung. Orang lain, lepas sejam bertunang dah berbalas-balas mesej. Tak payah cakaplah. Dalam pada tengah bincang-bincang tu dah bermesej bagai.
            Status terbaru Daim mengundang pelbagai reaksi dari kawan-kawannya. Ada yang ucap tahniah dan tak kurang juga yang merasakan perasaan terkejut mereka. Siap cakap Daim tipu lagi.
            Bab yang merajuk tu tentu sekali awek-awek yang menimbun dalam facebook Daim. Tapi siapa tak kenal Daim? Si Aci Redah ni? Dengan slamber kodok je Daim cakap, “Jodoh saya bukan dengan awak semua,”
            Softcopy gambar bertunang, semua Daim masukkan dalam facebook. Termasuklah softcopy album Dhia. Pandai juga, Jefri edit gambar Daim sekali. Biar nampak seolah-olah Daim pun ada di sana sekali. Padahal, hakikat sebenar? Takde pun!
Dinamakan album gambar tunangnya ‘Menantu Mak – E.G Day’. Kelakarkan? Tapi disebabkan Dhia calon pilihan Mak Cik Kesuma Dewi, Daim letak nama album tu macam tu. Album kahwin pun nanti nak dinamakan macam ni juga. Barulah gempak ditambah lain dari yang lain. Kelaskan? Hehehe..
Album bertunang Daim dan Dhia sahaja ada 200 keping semuanya. Banyakkan? Daim tak pernah bosan untuk klik album bertunangnya banyak kali sehari. Sampaikan kadang-kadang kena peril dengan Jefri. Takpelah. Nak jumpa orangnya lama lagi so, gambar pun jadilah dari takde langsung.
Ramai juga memuji kecantikan Dhia dan ada juga yang lepas tengok gambar bertunang Daim terus buang Daim dari senarai kawan. Lantaklah! Janji aku bahagia. Ada aku kisah kalau kau nak buang aku dari senarai kawan? Sikit pun tak kisah. Dhia lagi sempurna dari korang semua. Memang cukup sempurna buat aku. Semua ciri yang aku nak ada pada dia seorang yang tak perlu untuk aku mencari dari dalam diri wanita-wanita lain.
            Tut...tut...
            Mesej yang masuk menyentakkan Diam yang sedang bersenang lenang. Dari Dhia. Hai! Aku hantar mesej pukul 3 petang. Sekarang baru balas? Busy sangat ke cik kak?
            As’salam. Maaflah. Lambat balas. Saya baru balik kerja.

            “Apa ke lambat benar balik kerja?” rungut Daim sambil mengerling jam tangannya. Dah pukul 9 malam.
            Lambatnya balik. Kerja banyak ke?
Boleh tahanlah. Penat betul rasanya. Awak saya solat dulu nanti kang saya mesej balik ok?
Takpe. Take you time. Nak terus tidur pun takpe. Saya faham.
            Peril ke apa ni?
            Tak la.
            Mesej terakhir terus dihantar kepada Dhia. Memang tak mengharapkan Dhia membalas mesejnya. Terasa bersalah pula nak kacau Dhia yang penat bekerja. Biasalah kerja macam Si Dhia ni. Bahagian latihan. Ada je benda nak disediakan. Nak di beri perhatian. Macam-macam halnya.
            Daim menarikan tertikus ke enjin carian Googlie. Jari jemarinya lembut menulis ‘Didigames’. Masa untuk bermain game sebelum tidur.  Ruangan puzzle diklik dan Daim mula mencari game yang sesuai.
            Daim suka layan game puzzle di Didigames sebelum tidur. Walaupun game ini bukan game perang-perang atau pun game yang berunsur ganas, ia menguji minda. Uji ketajaman akal fikiran kita untuk menyelesaikan masalah. Ketangkasan akal kita berfikir dengan tahap maksimum mungkin. Bila otak kita selalu di asah, tak mustahil kita akan menjadi orang yang peka pada persekitaran kita seharian. Fokus dan peka dalam kerja lagilah baguskan?
            Baru tertikus ingin menekan game Sodoku, telefon bimbit Daim menyanyi riang lagu ‘Jatuh Cinta’ dari Sixsense. Lagu khas buat Dhia. Daim memandang skrin telefon bimbit dengan dahi berkerut. Cepatnya solat!
            “As’Salamualaikum...” sapa Daim dahulu.
            “Wa’alaikumsalam...” suara Dhia kedengaran sangat penat.
            “Kata nak mesej je kan?” Daim membetulkan letak bantalnya. Tertikus dimainkan untuk menutup laptopnya.
            “Tak larat nak taip mesej. Call jelah senang,” ‘Manjanya’
            “Dah tahu tak larat, tak payahlah mesej ke? Call ke? Pergi je rehat,” kasihan pula Daim dengar suara Dhia.
            “Takpe. Asyik awak je call saya, kali ni biarlah saya pula call awak. Barulah adil dan saksama,”
            “Pandailah. Saya ni lelaki. Adatlah lelaki yang call perempuan. Especially tunang sendiri. Tak gaduhnya,” Daim menekan perkataan especially.
            “Hehe...mekacih,” ketawa Dhia.
            Mereka terus berbual dan berbual. Kejap kalih ke kiri, kejap kang kalih ke kanan. Dari handphone telinga kanan beralih pula ke telinga kiri. Kejap ketawa, kejap kang tersenyum sorang-sorang. Lepas tu kang layan perasaan masing-masing sesaat.
            Dhia ni Daim lihat caranya, dia suka bercerita. Ada sahaja cerita yang Dhia nak cerita. Dari cerita soal keluarga bawa kepada perkara di pejabat. Tapi setiap cerita Dhia semuanya yang lawak jenaka sahaja. Terus terbuai Daim dengan suara Dhia.
            Sedang asyik rancak bersembang, tiba-tiba Daim teringat sesuatu. Mata yang tertutup masa melayankan perasaan dengan suara lunak gemalai Dhia. Terus Daim duduk bersila dikatilnya.
            “Eh! Awak. Jap, jap...” sampuk Daim bila kala Dhia rancak bercerita. Memuncung Dhia dibuatnya.
            “Awak jadi balik kampung tak hujung bulan ni?” soal Daim.
            “Kampung mana? Saya ada dua kampung. Satu Perak satu Melaka,” Dhia sengaja kenakan Daim.
            “Main-main eh? Kalau balik Melaka tu namanya balik rumah mak ayah. Kalau kampung tu balik tanah kelahiranlah,” Daim bertutur sepatah demi sepatah.
            Kata-kata Daim dijawap dengan ketawa kecil Dhia.
            Bestnya ketawa? Jadi ke?” soal Daim kembali
            “Jadi,” jawap Dhia sepatah bila tawanya reda.
            “Saya ambil tau,”
            “Betul ke ni? Tak susahkan ke?”
            “Tak susah manalah. Nanti bolehlah jumpa awak sekali,” Daim buat suara manja.
            “Awak datang sorang je ke?” soal Dhia.
            “Umm...” jawap Daim ringkas.
            “Umm...kita dua je ke?” soalan Dhia mengerutkan dahi Daim.
            “Kalau berdua tak boleh ke?” Daim cuba menduga Dhia. Keningnya bertaut bila idea jahat datang.
            “Umm...apa kata bawa Delita dengan Delila sekali. Lama dah tak jumpa diaorang,” Dhia main tarik tali.
            “Alah! Nanti balik sini, saya bawalah awak jumpa dengan diaorang,” Daim senyum jahat.
            “Ha! Ye la. Awak bawa diaorang ambil saya sekali. Ok pe?”
            “Alah! Saya baru nak bermanja-manja dengan awak. Kalau budak berdua tu ada mengacaulah. Sudahlah kita ni first dating. Biarlah kita berdua je. Tak payahlah ada orang ketiga. Nanti kang awak cakap dengan diaorang je. Nanti saya langsung takde peluang nak bercakap dengan awak. Tak best macam tu,” Daim masih mahu menduga keimanan Dhia.
            Mendengarkan suara kecil Dhia beristigfar, Daim dah nak ketawa besar dah dibuatnya.
            Dhia menarik nafas sedalamnya.
            “Awak, saya bukan tak nak keluar berdua dengan awak. Tapi saya rasa baik kalau ada peneman. Pertama, boleh juga orang tu buka jalan bercerita. Kitakan tak pernah jumpa? Cakap dalam telefon je. Cakap dekat luar dengan dalam telefon tak sama situasinya. Lain, wak. Kedua, boleh jugak kot, kot awak nak ke tandas ke nak ke mana tinggalkan saya sorang-sorang. Nanti kalau kita berdua, awak tak boleh nak gi mana-mana. Awak kena dengan saya je. kalau awak gi tandas nanti, saya kena pikat, awak gak cemburu. Saya ni lawa tau!” Dhia memanjangkan muncungnya kepada telefon. Daim dah menekup mulutnya.
            “Pandai yerk bercakap? Orang dekat sini dah nak tergelak besar dah tau. Of courselah Sayang. Nanti saya bawa Delita dan Delila ya?”
            ‘Alamak! dia panggil aku sayanglah pula. Nak gugur jantung mak cik macam ni. Oh! Tiiiidddaaakkk...’ Dhia bermonolog dengan dirinya sendiri.
            “Dhia, Dhia. Ok tak?” soal Daim bila Dhia diam seribu kata.
            “Ok, Ok. Nanti kita jumpa eh? Awak, saya nak tidur dulu. Esok saya ada mesyuarat dekat KL. Biasalah kena gerak awal kalau tidak, jam,” Dhia buat-buat menguap. Padahal semuanya itu propaganda semata-mata. Sebenarnya Dhia dah tak keriauan hatinya.
            “Nak tidur dah? Ok. Good night, Sayang. Love you,” kata-kata yang meluncur laju dari mulut Daim menyesakkan dada Dhia.
            “Ha? Ok, ok,” hanya itu yang keluar dari mulut Dhia. Tak tidur malam aku ni karang.
            Selepas masing-masing saling memberi dan menjawap salam, talian dimatikan. Tersenyum puas Daim bila dapat panggil Dhia ‘sayang’. Daim tahu Dhia tak keriuan sebab beberapa kali Dhia terhenti kata-kata. Tapi apa boleh buat bila hati kata sayang.
            Tut...tut..
            Selamat malam, awak. Love you tu. hehehe...
            Mesej dari Dhia menjulingkan biji mata Daim seketika. Oh! Pandai eh? Cakap dalam telefon  takmo. Mesej nak pulak ya? Cubit kang, baru tahu.
Daim terasa nak cium je Dhia bila membacakan apa yang Dhia tulis. Tapi apakan daya. Orangnya jauh di sana. Gambar sahaja peneman rindu dendam. Tapikan, ada je idea minah ni nak trick aku tau! Ni buat aku makin geram nak jumpa minah ni. Aduh! Makin bertambah rinduku padanya. Oh! Dhia, you wait me ok? I will came Cyberjaya as soon as possible.
Malam tu, Daim seperti malam-malam semalam. Gambar Dhia nan sekeping ditenung. Dibelek. Dipeluk. Diletakkan ke hatinya. Kemudian senyum sorang-sorang. Sudah menjadi hobi bru pula jadinya. Memeluk gambar Dhia.
Diseberang sana, Dhia masih lagi terawang-awang di langit kelam. Macam tak percaya je Daim panggil dia ‘Sayang’. Dah lama tak ada orang panggil gelaran macam tu. terlalu lama. Sangat lama. Tapi yang Daim panggil lebih terasa nikmatnya. Benarkah ini cinta dari Allah?

2 comments:

Aida Sherry said...

hahaha... romantik gila.... bila cinta penuh di dada...berseri2 di wajah... terasa ingin hidup seribu tahun lagi...yea tak???????

Si Comel Angah said...

hehehe,nak lagi..nak lagi...seronok baca CCM...harap dapat di jadikan novel...