Bab 38
Ahli rombongan saling berpandangan
dan tersenyum kepada ahli keluarga Dhia yang berada dihadapan mereka sekarang
ini. Kak AD menjadi terkagum dan sedikit cemburu melihat Dhia sempat
menyediakan pelamin mininya. Tiba-tiba hatinya terasa geram dengan orang
disebelahnya. Siapa lagi? Mestilah Dr. Aiman! Di berikan satu jelingan maut
kepada Dr. Aiman. Dr. Aiman hanya mengangkat kening tanda tak faham.
“Kalau awak tak gopoh dulu, confirm saya sempat buat pelamin juga,”
rungut Kak AD.
Dr. Aiman memandang pelamin mini
Dhia sekilas. Padanlah jeling maut Ya Rabii. Disebabkan ini rupanya.
“Ish! Sayang gilalah. Kalau Achik
ada, boleh Abang cadang pada Along supaya kahwinkan diaorang terus. Pelamin pun
dah ready dah ni. Tak payah buat
pelamin berkali-kali,” Kak AD membuntang matanya kepada Dr. Aiman.
Sakit
hatinya bila melihatkan tahap ‘keloyaburukkan’ suaminya semakin bertambah. Ini
tak lain tak bukan mesti belajar dari Si Delita dengan Si Delilalah ni.
Nasiblah rumah orang. Kalau dalam bilik aku dah pial telinga orang tua ni.
Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan dah
duduk bersila di hadapan rombongan lelaki. Mereka saling berpandangan.
Tersenyum-senyum dari tadi. Tok Anjang arahkan Along keluarkan tepak sireh yang
mereka bawa bersama. Melihatkan tepak sireh disorong ke ruang senggang antara
mereka, Pak Cik Lutfi pun menurut sama. Dikeluarkan tepak sireh dihadapan
keluarga Daim. Kemudian, senyum kambing lagi.
‘Bila
perbincangan nak dimulakan kalau asyikkan tersenyum macam ni? Kena buat sesuatu
ni,’ getus hati Andak.
Ayah
Man mencuit Pak Cik Lutfi. Memberi isyarat agar dimulakan perbincangan
dimulakan. Pak Cik Lutfi hanya mengangguk sahaja. Mak Cik Kintan masih sabar
menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut suaminya. Tapi kalau lambat
lagi, elok esok je mulakan perbincangan!
“Ehem...”
dehem Pak Cik Lutfi
“Elok
kita mulakan perbincangannya,” usul Pak Cik Lutfi.
“Elok
beno le ruper itu,” sampuk Tok Anjang.
Semua
tersenyum lega bila mendengarkan perbincangan akan dimulakan.
“Seperti
yang kita pernah cakapkan masa meminang lepeh, kami, pihak perempuan ni kalau
boleh masih nak minta tempoh bertunang tu lebih 3 bulan tapi selama setahun
hidup. Maknanya kalau deme nak kahwin dalam masa lepeh-lepeh 3 bulan tu elok
beno le. Tapi kalau sampe 6 bulan tak ada apa-apa perkembangan, maknanya kira
genap setahun deme akan berkahwin. Setuju?” Pak Cik Lutfi menyanyakan
persetujuan semua.
Ahli
keluarga Dhia saling berbincang sesama sendiri. Mak Cik Kesuma Dewi hanya
mengangguk sahaja. Abang Daiz membisikkan kepada Tok Anjang keputusan mereka.
Tok Anjang turut mengangguk-angguk kepalanya.
“Kami
setuju. Tapi kalau boleh tempohnya idok le sampe setahun. Takut ada benda yang
tak patut jadi terjadi,” Tok Anjang menyampaikan keputusan mereka.
“Insyallah.
Kalau jodoh deme panjang,” jawab Pak Cik Lutfi
“Bagaimana
pulok dengan belanja hangusnya?” soal Tok Anjang pula.
“Bab
yang itu, awok tak kisoh. Terserahlah pada keluarganya kome. Dari 3K sampai ke
10K, terpulang le kepada deme,” Pak Cik Lutfi menyapu kapur ke daun sireh.
Dilipat dan kemudian dihulur kepada Tok Anjang.
Tok
Anjang mengambil sirih yang diberikan dengan muka berkerut seribu. Dipusingkan
badannya sikit kepada Abang Dani. Abang Dani merendahkan mukanya sedikit.
Memberi ruang kepada Tok Anjang membisikkan sesuatu.
“Apa
benda K, K yang deme nyebutnya tadi?” soal Tok Anjang kepada Abang Dani.
Abang
Dani tersenyum. Kak AD yang kebetulan terdengar dah sedikit ketawa kecil tapi
cepat-cepat di siku Dr. Aiman dengan muka sedikit garang. Kak AD senyum kerbau
pada Dr. Aiman.
“
‘K’ tu maksudnya dalam bahasa kita, ribu, Tok,” terang Abang Dani.
“Oh,”
Tok Anjang kembali mengadap depan dan mengunyah sireh yang diberikan oleh Pak
Cik Lutfi
Sireh
dikunyahnya pelahan. Kemudian ditoleh pula kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Seakan
meminta agar Mak Cik Kesuma Dewi pula menyambung.
“Bak
pada mak album tu,” arah Mak Cik Kesuma Dewi kepada Kak Diana.
Kak
Diana terus menolak dulang hantaran yang berisi wang belanja hangus kepada Mak
Cik kesuma Dewi. Abang Daiz mengangkat dulang hantaran dan kemudian diletak
dihadapan keluarga Dhia. Mereka memandang dalam keadaan pelik.
“Gini
ye. Ini permintaan sendiri daripada Daim. Katanya, hendak dinaik separuh wang
belanje hangus pada hari ini. Semuanya ada lebih kurang RM5000. Lagi RM4000
akan dinaik lagi sebulan nak kenduri dan lagi RM1000 pada masa hari kenduri.
Semuanya RM10,000.00,” terang Mak Cik Kesuma Dewi sambil menolak dulang
hantaran betul-betul dihadapan Pak Cik Lutfi.
“Naik
separuh ke?” soal Pak Cik Lutfi seakan terkejut.
“Nape?
Tak boleh ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi pula. Juga seakan kaget semacam.
“Idok
le. Awok terkejut je,” diurut dadanya.
“Si
Daim, sibuk beno nak naik wang belanja separuh. Katanya senang kalau-kalau
keluarganya Dhia memerlukan sumber kewangan untuk kenduri nanti,” sampuk Mak Su
Timah.
Jauh
disudut hati Mak Cik Kintan dah terasa nak menangis melihatkan ketulusan hati
Daim. Walaupun calon pilihan keluarga, Daim tetap menyediakan seakan-akan Daim
dan Dhia saling bertemu dan berjumpa. Terdetik dihatinya juga tanda syukur yang
amat sangat kepada Ilahi kerna mempertemukan jodoh yang sesuai buat Dhia.
Semoga Dhia berbahagia bersama-sama Daim.
Jefri
dan adik iparnya beria mengambil gambar masa perbincangan diadakan. Setiap
moment yang menarik tak akan ditinggalkan. Zue dah pun berangkat ke bilik Dhia.
Nak snap gambar Dhia pula. Dalam pada
tak terlibat dalam bidang photographer, Zue tetap mempunyai kepakaran yang diasah
oleh adiknya. Untung Daim. Sekali tiga cameraman
cover! Plus one camerawomanlah.
“Kalau
udoh ruper ini. Awok ambil dulu wang belanja ni. Andaikata kiranya, pihak kami
yang memutuskan pertunangan ini, makanya kami kena bayo doublelah kan?” soal Pak Cik Lutfi.
“Kalau
di ikutkan adat, bergitulah. Tapi harap-harap bio le sampai ke akhir hayat
jodoh deme,” jawap Mak Su Timah.
“Insyallah,
Insyallah,” Pak Cik Lutfi mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Nanti
kendurinya buat disini jugok ke?” sireh yang dilipat dihulurkan Tok Anjang
kepada Pak Cik Lutfi.
Soalan
Tok Anjang, membuatkan semua ahli rombongan seakan berfikir. Tak sangka Tok
Anjang akan mengutarakan soalan sedemikian. Memang tak tercapai dek akal mereka
nak tanya soalan macam tu. Bajet, lepas dah bagi wang belanja hangus kira dah
tak ada apa nak dibincangkan lagi. Kira dah boleh pergi sarung cincin dah.
“Majlisnya
nanti, kami buat di Melaka. Sebabnya, ramai kawan-kawan kami di Melaka. Elok le
kalau dibuat disana,” jawap Pak Cik Lutfi seraya kemudian mengunyah sireh yang
diberi Tok anjang.
“Ha,
iyalah,”
Perbincangan
diteruskan kepada beberapa perkara yang dikira penting dan patut tahu. Tapi
suasana perbincangan dan lebih kepada bergelak ketawa dan bergurau.
Al-maklumlah, bab-bab yang penting dan serius dah pun selesai dibincangankan.
Sementara
itu, dibilik pengantin Dhia, sudah seakan pesta bergambar. Bermula dengan
camera Qashir disambung pula ke kamera Zue. Pelbagai gaya diragakan mereka.
Laila yang berjaya meloloskan diri dari perbincangan, pun sempat interframe
sekali.
Tapi,
kasihan sekali samanya Buk Dhia. Engak bisa bergerak banyak, Dong. Kakinya
lagian sakit bangat! Dah apa ke hal cakap Indonesia pula ni? Hehehe... tapi
itulah hakikatnya. Memang kesian betul pada Dhia. Nak gerak banyak-banyak tak
dapat langsung. Kena dapatkan bantuan dari Laila dan Latifah barulah boleh
bergerak sikit-sikit.
“Kenapa
Kak Dhia boleh jadi macam ni? Ce citer, ce citer,” soalan Delila membuatkan ‘3
beradik Dhia’ saling berpandangan. Nak cakap apa ni?
“Kalau
akak cakap, Delila kena dengar je jangan menyampuk boleh? Ha! Satu lagi, ketawa
pun tak boleh,” akhirnya Dhia bersuara selepas diam seketika.
“Akak
jatuh tangga semalam. Berjahit pelipis akak ni. Kaki akak pula terseliuh.
Jatuhnya bergolek sampai ke bawah,” Dhia menunjukkan pelipisnya yang berjahit.
Delila
dah memegang mulutnya seakan tidak percaya. Delita mengelengkan kepalanya,
“macam manalah boleh jatuh ni, Kak Chik oii,” Dhia hanya senyum kambing.
“Benda
dah nak terjadi,” itu sahaja jawapan Dhia.
“Kak
We, dah boleh keluo. Dah nak sarung cincin dah,” Hakimi masuk memberitahu
kepada Dhia.
Pada
saat ini, jantung Dhia semakin kuat degupannya. Satu sebab bakal jadi tunangan
orang. Kedua sebab macam mana nak cover
kaki yang tengah sakit ni? Laila dan Latifah memimpin tangan Dhia kiri dan
kanan. Bunga tangan diberikan kepada Dhia untuk meng‘cover’ kecacatan sementara kakinya. Laila dah pesan supaya Dhia
cuba untuk control ayu je. Bab kaki
Dhia yang tengah sakit tu, Laila minta tolong Delita dan Delila untuk cover jalan mereka.
Perancangan
hampir jadi sempurna tapi lain pula jadinya bila ditengah jalan, Delita
tersepak kaki Dhia. Apa lagi? Meraunglah Dhia. Hilang terus kejelitaan wanita
melayu terakhir yang dipegang Dhia untuk hari ini. Suara Dhia juga, mengundang
reaksi pantas daripada yang lain. Dengan kadar segera dan maksimum Mak Cik
Kintan datang menyelamatkan keadaan.
“Sorry, kak. Tak sengaja,” muka Delita
penuh belas.
“Chu,
lain kali langkah kau tu kasi kecil sikit. Sian Kak Dhia,” Delila mencubit bahu
Delita.
“Sudah,
sudah. Dhia jalan pelahan-lahan ye, Nak,” Mak Cik Kintan memimpin lengan Dhia
pula. Dhia hanya mengangguk walaupun hakikatnya airmata dah berada ditepi bibir
matanya.
Dengan
langkah yang kecil dan sedikit, Dhia gagahkan juga dirinya untuk melangkah
sampai ke pelamin mininya. Dipositifkan diri dengan menyatakan ruang nak sampai
hanya selangkah demi selangkah. Ruang diberikan kepada Dhia untuk melangkah.
Sampai dipelamin mininya, Dhia didudukkan dengan berhati-hati. Jefri dan adik
Zue, tak putus-putus mengambil gambar Dhia.
Jefry
memandang Dhia dengan mata tak berkelip. Dengan pantas tangannya mencapai
telefon bimbit di dalam poket seluarnya.
Bro,
lawa gilerlah calon menantu mak kau ni. Muka pan-asian. Hidung terpatuk tu!!!
Mesej
ditaip dan terus dihantar kepada Daim.
Dihati
Jefry menyumpah seranah dirinya sendiri sebab dia tak bawa telefon bimbit yang
berkamera. Hanya telefon Nokia Butterfly
je yang dibawanya. Memang tak best
langsung! Kalaulah ada, confirm dah berpuluh gambar Dhia ni aku snap. Tunjuk pada Si Daim ni. Biar dia
nyesal tak nak ikut pilihan Mak Cik Kesuma Dewi awal-awal lagi. Padan muka!
Sebaik
Dhia selamat didudukkan di pelamin mininya, Mak Cik Kesuma Dewi datang bersama
Kak AD dengan dulang hantaran berisi cincin tunang. Kak AD menarik keluar
cincin dan dihulurkan kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Jefri dah bersedia untuk
menangkap gambar mereka.
Tersenyum
Mak Cik Kesuma Dewi bila cincin bertukar jari. Lega hatinya bila akhirnya Dhia
bakal bergelar menantunya tak lama lagi. Dhia dengan penuh kelembutan menyalam
dan mencium tangan tua Mak Cik Kesuma Dewi. Saat ini, menitik airmata Mak Cik
Kesuma Dewi. Dicium pipi Dhia dikiri dan kanan. Dhia yang cukup pantang orang
cium pipinya terpaksa menampal muka redha tapi tak redha. Dhia tak pernah suka
orang cium pipinya. Walimah, mak sendiri pun Dhia tak pernah nak cium. Apatah
lagi ayahnya?
“Kita
ambil gambar sekeluarga ya?” arah Jefri.
“Ha
elok beno le tu. Amik gambo kami dulu,” Mak Cik Kintan terus duduk di kerusi
bersama Dhia dan Mak Cik Kesuma Dewi. Tersepit Dhia dibuatnya. Kerusi yang muat
untuk dua orang bila disumbat tiga orang tersendat juga perut dan pinggul nak
duduk.
Usai
gambar bersama dengan mak dan ‘mak mertua’, Dhia sekeluarga pula bergambar.
Kemudian, Tiga beradik Dhia. Lepas tu empat beradik Alif plus satu Dhia. Habis tu, separuh ahli keluarga Dhia pun bergambar
sama. Memandangkan Dhia tak boleh nak bergerak sangat, Dhia hanya statik di
satu tempat sahaja. Duduk diam di atas kerusi!
Habis
dengan ahli keluarga Dhia, bersambung pula ke keluarga sebelah Daim. Mula
gambar bertiga dengan golongan yang tua-tua. Maksudnya, Mak Cik Kesuma Dewi,
Tok Anjang dan Mak Su Timah. Lepas tu, permintaan daripada Abang Daiz
sekeluarga untuk bergambar sekeluarga dengan Dhia. Muiz di letakkan di riba
Dhia. Melonjak suka Dhia dapat pangku
anak orang. Abang Dani sekeluarga pun buat permintaan yang sama. Kak Lin yang
perutnya dah memboyot ke depan, mengujakan Dhia. Last sekali, bergambar dengan keluarga Kak AD. Malu Dhia
dibuatnya. Yelah. Dr. Aiman adalah rakan baiknya dulu. Sampai turn Delita dan Delila, Laila dan
Latifah tiba-tiba je terjah nak bergambar sama. Mengamuk Delita dibuatnya.
Mahunya tak? Masa diaorang bergambar dengan Dhia, Delita dan Delila tak kacau
pun!. Ketawa mengilai Laila dan Latifah dapat mengenakan dua kembar tu.
“Kan
best kalau Achik ada. Mesti lagi
meriah. Achik tu suka bergambar macam akak tau,” cerita Delita.
Bertambah
malu Dhia dibuatnya. Yelah. Dhia ni memang pantang nampak kamera. Memang terasa
nak posing je kerjanya. Tadi, masa
bergambar dengan ahli keluarga je Dhia buat muka ayu. Masuk part bergambar
dengan orang bujang? Terus pelbagai mimik muka dibuatnya. Sama macam Daim. Beza
Daim suka buat muka serius tak bertempat. Buat sakit hati Delita dan Delila je.
“Betul-betul.
Abang sokong. Abang korang tu memang Mat Gadget,” tambah Jefry.
“Dhia, jom keluar. Kita ambil gambar
dekat luar. Rumput depan rumah Opah ni cantiklah,” ajak Zue.
“Yeah. Kami nak join jugak,”
serentak Laila, Latifah, Delita dan Delila melonjak suka.
“Ha? Sekarang ke?” soal Dhia.
“Ha’a. Sementara cuaca tengah
redup-redup ni. Cantik tau nanti gambar!” pujuk Zue. Jefri dah mengangguk laju
tanda setuju dengan Zue.
“Boleh tu boleh. Tapi jemputlah
makan dulu,” ajak Dhia.
“Ha’a. Jemput makan dulu. Bergambo
tu karang-karang pun boleh,” ajak pula Mak Cik Kintan.
“Moh kita. Makan apa yang ada. Lauk
semua dijamin sedap. Masak sendiri,” cerita Pak Cik Lutfi sambil memimpin Tok
Anjang ke khemah.
“Nanti lipstick hilang kang, mak cik. Comot pula bakai pengantin kita ni
nanti,” Zue masih cuba memujuk.
“Allah. Mak andam stand by ada,” Mak Cik Kintan mematahkan
kata-kata Zue.
“Takpelah. Mak bawa diaorang makan.
Lepas kami bergambar nanti kami makan pula ok?” usul Dhia memberikan cahaya
kepada Zue.
“Lantok le deme, Tan. Budak-budak,”
Mak Cik Kesuma Dewi back up Dhia.
Mak Cik Kintan akhirnya terpaksa
mengalah. Dibawa rombongan ke khemah. Kak AD nak join Delita dan Delila tapi bila difikirkan Dr. Aiman ada bersama.
Tak jadi nak masuk balik dunia remaja. Terpaksalah terima hakikat dunia telah
bertukar 360 darjah. Dulu solo sekarang dah kahwin. Dulu kanak-kanak sekarang
dah isteri orang. Kenalah pamer imej sopan sikit.
Dhia dengan kaki terhenjut-henjut,
menurut langkah mereka menuju ke laman hadapan rumah Opah yang menghijau
rumputnya. Cantik. Dhia jadi model tak berbayar Jefry, Zue dan adiknya.
Pelbagai gaya diragakan. Termasuklah gaya ala-ala Hindustan. Bergolek atas
rumput. Memang tak masuk di akal betul! Merana badan aku sekejap.
Ahli-ahli flower girl Dhia setia bergaya bersama. Siap di ajar lagi Dhia nak
berposing ala-ala ayu dan menawan.
Naik meyampah Dhia bila terpaksa buat gaya menawan dan tertawan kau memang
debom.
“Woi! Aku bukan tuan puterilah nak posing ala-ala mak datin ni. Lemas aku,”
jerit Dhia melepaskan rasanya sambil bercekak pingang.
Kata-kata yang keluar dari mulut
Dhia mengundang ketawa mereka. Adik Zue dengan pantas mengambil gambar Dhia
yang tengah marah. Memang kiut sangat.
“Okey, okey. Now, Dhia, kau poselah apa sahaja pose yang kau nak. Aku snap
je gambar ok?” usul Jefri.
“Yang tu aku suka,”
Dhia dengan segala kekuatan yang ada
terus posing gaya ‘kanak-kanak’. Macam mana tak dikatakan kanak-kanak? Posing semua datangkan ala-ala manja
dah daring je. Sekejap-sekejap Jefri
terhenti nak bergelak. Tak boleh nak tahan dengan gelagat Dhia.
“Anak-anak makan,” jerit Cu Eida.
Aktiviti bergambar dihentikan serta
merta. Mereka terus berjalan menuju ke khemah hadapan rumah andak. Dhia
berjalan pelahan dibelakang dengan dipimpin Laila dan Latifah. Demi Dhia, tak
akan pernah, Laila dan Latifah tingalkan. Mereka terus duduk dihadapan Kak AD
dan Dr. Aiman.
“Kak We, kau duduk sini jelah. Aku
ambilkan kau makanan. Kang makin gerak kang makin bentan kaki kau kang,” bicara
Laila selepas mendudukkan Dhia.
“Yelah. Aku nak semua lauk tapi nasi
nak separuh ya?” pesan Dhia.
“Ok,” Laila terus berlalu ke tempat
hidangan.
“Tahniah, Fieyah,” ucap Dr. Aiman
seraya yang lain pergi mengambil hidangan.
“Mekacih. Kau dah makan ke?” soal
Dhia.
“Kemuntat dah bakal biras Dhia ni.
Hehehe...” gelak Kak AD dengan sepinggan buah oren.
“Memang nak kasi kemuntat pun,”
“Hai! Fieyah. Kau kena hormat aku
tau lepas ni. Aku abang ipar kepada bakal suami kau, Daim,” ugut Dr. Aiman.
“Tengoklah,” Dhia buat muka jelik.
Kak AD dah bergelak sakan.
“Eh! Budak ni,” jeling Dr. Aiman.
“Tak sangka jadi juga rancangan mak.
Terima kasih Dhia sudi terima Daim,” Kak AD bercakap pelahan.
“Sama-sama,” ‘tau tak, saya belum
terima sebulatnya lagi Daim ni. Saya perlukan masa,’
“Dhia, akak tengok tadi jalan
terhenjut-henjut, kenapa?” soal Kak AD.
“Ha’a. Aku tengok lain macam je kau
menapak tadi,” sampuk Dr. Aiman.
“Takde apalah,” sorok Dhia.
“Ceritalah. Kami ni doktor. Mana
tahu kami boleh tolong,” paksa Dr. Aiman.
“Kau tu doktor kanak-kanak. Aku ni
kanak-kanak tua,” Dhia masih lagi mahu menyorok. Malu rasanya nak cerita pada
diaorang apa yang terjadi semalam.
“Ni. Bakal kakak ipar kau ni. Orang
patah. Orang accident semua jumpa dia,”
“Takde apalah. Dah jumpa doktor dah.
Lagi dua tiga hari eloklah ni. Jangan bimbang ok?” dalih Dhia.
“Jom makan,” sambung Dhia bila
nasinya berada didepan mata.
“Sila, sila,”
Dhia terus makan tanpa mengira Dr.
Aiman dihadapannya. Perut Dhia sudah menari-nari lagu tarian zapin. Harus
segera dilayan.
###
Tepat jam 3 petang, ahli rombongan
meminta izin untuk pulang seusai majlis dan menumpang solat. Dhia menarik
lengan Delita agar mengikutnya sebentar. Mereka terus masuk ke bilik sepupu
lelaki Dhia. Dhia mencapai beg bajunya dan mengeluarkan sekotak bungkusan
sebesar kertas A4.
“Kenapa kak?” soal Delita.
“Tolong bagi ni pada Abang Daim,”
‘Abang ke?’
“Apa ni?” soal Delita sambil
mengoncangkan isi dari dalam kotak yang berbalut indah.
“Tu hari, Delita ada cakap dengan
akak yang birthday Abang Daim bulan
depankan? Ni akak nak bagi dia hadiah birthdaylah,”
jawap Dhia.
“Kenapa akak tak nak bagi sendiri?”
‘sebab akak kau ni tak ready lagi’ boleh tak jawap macam tu?
“Akak, naik je kerja Isnin depan,
akak tak ada di sini. Akak kena kursus dekat Korea sebulan. Lepas tu balik je
terus kena handel kursus di sekitar
Sabah dan Sarawak. Kiranya tak sempat jumpa Abang Daim. Cakap juga dengan Abang
Daim, akak minta maaf sangat sebab tak dapat jumpa dia dalam masa terdekat ni.
Akak tenagh banyak kerja. Ni pun akak tuang kerja 3 hari,” cerita Dhia.
“Oh
I see. Nanti Chu sampaikan. Umm...minta maaf je ke? Kirim salam sayang tak
nak ke?” usik Delita.
“Ummm...suka hatilah,” ‘Salam
sayang?’
3 comments:
hehe... klakar la.....
next plzzzzz
selamat membaca bab 39...br je di upload semalam..maaf kelewatan..che ezaitie pergi kursuslah..
Post a Comment