~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, September 27, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 38

Bab 38

            Ahli rombongan saling berpandangan dan tersenyum kepada ahli keluarga Dhia yang berada dihadapan mereka sekarang ini. Kak AD menjadi terkagum dan sedikit cemburu melihat Dhia sempat menyediakan pelamin mininya. Tiba-tiba hatinya terasa geram dengan orang disebelahnya. Siapa lagi? Mestilah Dr. Aiman! Di berikan satu jelingan maut kepada Dr. Aiman. Dr. Aiman hanya mengangkat kening tanda tak faham.
            “Kalau awak tak gopoh dulu, confirm saya sempat buat pelamin juga,” rungut Kak AD.
            Dr. Aiman memandang pelamin mini Dhia sekilas. Padanlah jeling maut Ya Rabii. Disebabkan ini rupanya.
            “Ish! Sayang gilalah. Kalau Achik ada, boleh Abang cadang pada Along supaya kahwinkan diaorang terus. Pelamin pun dah ready dah ni. Tak payah buat pelamin berkali-kali,” Kak AD membuntang matanya kepada Dr. Aiman.
Sakit hatinya bila melihatkan tahap ‘keloyaburukkan’ suaminya semakin bertambah. Ini tak lain tak bukan mesti belajar dari Si Delita dengan Si Delilalah ni. Nasiblah rumah orang. Kalau dalam bilik aku dah pial telinga orang tua ni.
            Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan dah duduk bersila di hadapan rombongan lelaki. Mereka saling berpandangan. Tersenyum-senyum dari tadi. Tok Anjang arahkan Along keluarkan tepak sireh yang mereka bawa bersama. Melihatkan tepak sireh disorong ke ruang senggang antara mereka, Pak Cik Lutfi pun menurut sama. Dikeluarkan tepak sireh dihadapan keluarga Daim. Kemudian, senyum kambing lagi.
‘Bila perbincangan nak dimulakan kalau asyikkan tersenyum macam ni? Kena buat sesuatu ni,’ getus hati Andak.
Ayah Man mencuit Pak Cik Lutfi. Memberi isyarat agar dimulakan perbincangan dimulakan. Pak Cik Lutfi hanya mengangguk sahaja. Mak Cik Kintan masih sabar menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut suaminya. Tapi kalau lambat lagi, elok esok je mulakan perbincangan!
“Ehem...” dehem Pak Cik Lutfi
“Elok kita mulakan perbincangannya,” usul Pak Cik Lutfi.
“Elok beno le ruper itu,” sampuk Tok Anjang.
Semua tersenyum lega bila mendengarkan perbincangan akan dimulakan.
“Seperti yang kita pernah cakapkan masa meminang lepeh, kami, pihak perempuan ni kalau boleh masih nak minta tempoh bertunang tu lebih 3 bulan tapi selama setahun hidup. Maknanya kalau deme nak kahwin dalam masa lepeh-lepeh 3 bulan tu elok beno le. Tapi kalau sampe 6 bulan tak ada apa-apa perkembangan, maknanya kira genap setahun deme akan berkahwin. Setuju?” Pak Cik Lutfi menyanyakan persetujuan semua.
Ahli keluarga Dhia saling berbincang sesama sendiri. Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk sahaja. Abang Daiz membisikkan kepada Tok Anjang keputusan mereka. Tok Anjang turut mengangguk-angguk kepalanya.
“Kami setuju. Tapi kalau boleh tempohnya idok le sampe setahun. Takut ada benda yang tak patut jadi terjadi,” Tok Anjang menyampaikan keputusan mereka.
“Insyallah. Kalau jodoh deme panjang,” jawab Pak Cik Lutfi
“Bagaimana pulok dengan belanja hangusnya?” soal Tok Anjang pula.
“Bab yang itu, awok tak kisoh. Terserahlah pada keluarganya kome. Dari 3K sampai ke 10K, terpulang le kepada deme,” Pak Cik Lutfi menyapu kapur ke daun sireh. Dilipat dan kemudian dihulur kepada Tok Anjang.
Tok Anjang mengambil sirih yang diberikan dengan muka berkerut seribu. Dipusingkan badannya sikit kepada Abang Dani. Abang Dani merendahkan mukanya sedikit. Memberi ruang kepada Tok Anjang membisikkan sesuatu.
“Apa benda K, K yang deme nyebutnya tadi?” soal Tok Anjang kepada Abang Dani.
Abang Dani tersenyum. Kak AD yang kebetulan terdengar dah sedikit ketawa kecil tapi cepat-cepat di siku Dr. Aiman dengan muka sedikit garang. Kak AD senyum kerbau pada Dr. Aiman.
“ ‘K’ tu maksudnya dalam bahasa kita, ribu, Tok,” terang Abang Dani.
“Oh,” Tok Anjang kembali mengadap depan dan mengunyah sireh yang diberikan oleh Pak Cik Lutfi
Sireh dikunyahnya pelahan. Kemudian ditoleh pula kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Seakan meminta agar Mak Cik Kesuma Dewi pula menyambung.
“Bak pada mak album tu,” arah Mak Cik Kesuma Dewi kepada Kak Diana.
Kak Diana terus menolak dulang hantaran yang berisi wang belanja hangus kepada Mak Cik kesuma Dewi. Abang Daiz mengangkat dulang hantaran dan kemudian diletak dihadapan keluarga Dhia. Mereka memandang dalam keadaan pelik.
“Gini ye. Ini permintaan sendiri daripada Daim. Katanya, hendak dinaik separuh wang belanje hangus pada hari ini. Semuanya ada lebih kurang RM5000. Lagi RM4000 akan dinaik lagi sebulan nak kenduri dan lagi RM1000 pada masa hari kenduri. Semuanya RM10,000.00,” terang Mak Cik Kesuma Dewi sambil menolak dulang hantaran betul-betul dihadapan Pak Cik Lutfi.
“Naik separuh ke?” soal Pak Cik Lutfi seakan terkejut.
“Nape? Tak boleh ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi pula. Juga seakan kaget semacam.
“Idok le. Awok terkejut je,” diurut dadanya.
“Si Daim, sibuk beno nak naik wang belanja separuh. Katanya senang kalau-kalau keluarganya Dhia memerlukan sumber kewangan untuk kenduri nanti,” sampuk Mak Su Timah.
Jauh disudut hati Mak Cik Kintan dah terasa nak menangis melihatkan ketulusan hati Daim. Walaupun calon pilihan keluarga, Daim tetap menyediakan seakan-akan Daim dan Dhia saling bertemu dan berjumpa. Terdetik dihatinya juga tanda syukur yang amat sangat kepada Ilahi kerna mempertemukan jodoh yang sesuai buat Dhia. Semoga Dhia berbahagia bersama-sama Daim.
Jefri dan adik iparnya beria mengambil gambar masa perbincangan diadakan. Setiap moment yang menarik tak akan ditinggalkan. Zue dah pun berangkat ke bilik Dhia. Nak snap gambar Dhia pula. Dalam pada tak terlibat dalam bidang photographer,  Zue tetap mempunyai kepakaran yang diasah oleh adiknya. Untung Daim. Sekali tiga cameraman cover! Plus one camerawomanlah.
“Kalau udoh ruper ini. Awok ambil dulu wang belanja ni. Andaikata kiranya, pihak kami yang memutuskan pertunangan ini, makanya kami kena bayo doublelah kan?” soal Pak Cik Lutfi.
“Kalau di ikutkan adat, bergitulah. Tapi harap-harap bio le sampai ke akhir hayat jodoh deme,” jawap Mak Su Timah.
“Insyallah, Insyallah,” Pak Cik Lutfi mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Nanti kendurinya buat disini jugok ke?” sireh yang dilipat dihulurkan Tok Anjang kepada Pak Cik Lutfi.
Soalan Tok Anjang, membuatkan semua ahli rombongan seakan berfikir. Tak sangka Tok Anjang akan mengutarakan soalan sedemikian. Memang tak tercapai dek akal mereka nak tanya soalan macam tu. Bajet, lepas dah bagi wang belanja hangus kira dah tak ada apa nak dibincangkan lagi. Kira dah boleh pergi sarung cincin dah.
“Majlisnya nanti, kami buat di Melaka. Sebabnya, ramai kawan-kawan kami di Melaka. Elok le kalau dibuat disana,” jawap Pak Cik Lutfi seraya kemudian mengunyah sireh yang diberi Tok anjang.
“Ha, iyalah,”
Perbincangan diteruskan kepada beberapa perkara yang dikira penting dan patut tahu. Tapi suasana perbincangan dan lebih kepada bergelak ketawa dan bergurau. Al-maklumlah, bab-bab yang penting dan serius dah pun selesai dibincangankan.
Sementara itu, dibilik pengantin Dhia, sudah seakan pesta bergambar. Bermula dengan camera Qashir disambung pula ke kamera Zue. Pelbagai gaya diragakan mereka. Laila yang berjaya meloloskan diri dari perbincangan, pun sempat interframe sekali.
Tapi, kasihan sekali samanya Buk Dhia. Engak bisa bergerak banyak, Dong. Kakinya lagian sakit bangat! Dah apa ke hal cakap Indonesia pula ni? Hehehe... tapi itulah hakikatnya. Memang kesian betul pada Dhia. Nak gerak banyak-banyak tak dapat langsung. Kena dapatkan bantuan dari Laila dan Latifah barulah boleh bergerak sikit-sikit.
“Kenapa Kak Dhia boleh jadi macam ni? Ce citer, ce citer,” soalan Delila membuatkan ‘3 beradik Dhia’ saling berpandangan. Nak cakap apa ni?
“Kalau akak cakap, Delila kena dengar je jangan menyampuk boleh? Ha! Satu lagi, ketawa pun tak boleh,” akhirnya Dhia bersuara selepas diam seketika.
“Akak jatuh tangga semalam. Berjahit pelipis akak ni. Kaki akak pula terseliuh. Jatuhnya bergolek sampai ke bawah,” Dhia menunjukkan pelipisnya yang berjahit.
Delila dah memegang mulutnya seakan tidak percaya. Delita mengelengkan kepalanya, “macam manalah boleh jatuh ni, Kak Chik oii,” Dhia hanya senyum kambing.
“Benda dah nak terjadi,” itu sahaja jawapan Dhia.
“Kak We, dah boleh keluo. Dah nak sarung cincin dah,” Hakimi masuk memberitahu kepada Dhia.
Pada saat ini, jantung Dhia semakin kuat degupannya. Satu sebab bakal jadi tunangan orang. Kedua sebab macam mana nak cover kaki yang tengah sakit ni? Laila dan Latifah memimpin tangan Dhia kiri dan kanan. Bunga tangan diberikan kepada Dhia untuk meng‘cover’ kecacatan sementara kakinya. Laila dah pesan supaya Dhia cuba untuk control ayu je. Bab kaki Dhia yang tengah sakit tu, Laila minta tolong Delita dan Delila untuk cover jalan mereka.
Perancangan hampir jadi sempurna tapi lain pula jadinya bila ditengah jalan, Delita tersepak kaki Dhia. Apa lagi? Meraunglah Dhia. Hilang terus kejelitaan wanita melayu terakhir yang dipegang Dhia untuk hari ini. Suara Dhia juga, mengundang reaksi pantas daripada yang lain. Dengan kadar segera dan maksimum Mak Cik Kintan datang menyelamatkan keadaan.
Sorry, kak. Tak sengaja,” muka Delita penuh belas.
“Chu, lain kali langkah kau tu kasi kecil sikit. Sian Kak Dhia,” Delila mencubit bahu Delita.
“Sudah, sudah. Dhia jalan pelahan-lahan ye, Nak,” Mak Cik Kintan memimpin lengan Dhia pula. Dhia hanya mengangguk walaupun hakikatnya airmata dah berada ditepi bibir matanya.
Dengan langkah yang kecil dan sedikit, Dhia gagahkan juga dirinya untuk melangkah sampai ke pelamin mininya. Dipositifkan diri dengan menyatakan ruang nak sampai hanya selangkah demi selangkah. Ruang diberikan kepada Dhia untuk melangkah. Sampai dipelamin mininya, Dhia didudukkan dengan berhati-hati. Jefri dan adik Zue, tak putus-putus mengambil gambar Dhia.
Jefry memandang Dhia dengan mata tak berkelip. Dengan pantas tangannya mencapai telefon bimbit di dalam poket seluarnya.
Bro, lawa gilerlah calon menantu mak kau ni. Muka pan-asian. Hidung terpatuk tu!!!
Mesej ditaip dan terus dihantar kepada Daim.
Dihati Jefry menyumpah seranah dirinya sendiri sebab dia tak bawa telefon bimbit yang berkamera. Hanya telefon Nokia Butterfly je yang dibawanya. Memang tak best langsung! Kalaulah ada, confirm dah berpuluh gambar Dhia ni aku snap. Tunjuk pada Si Daim ni. Biar dia nyesal tak nak ikut pilihan Mak Cik Kesuma Dewi awal-awal lagi. Padan muka!
Sebaik Dhia selamat didudukkan di pelamin mininya, Mak Cik Kesuma Dewi datang bersama Kak AD dengan dulang hantaran berisi cincin tunang. Kak AD menarik keluar cincin dan dihulurkan kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Jefri dah bersedia untuk menangkap gambar mereka.
Tersenyum Mak Cik Kesuma Dewi bila cincin bertukar jari. Lega hatinya bila akhirnya Dhia bakal bergelar menantunya tak lama lagi. Dhia dengan penuh kelembutan menyalam dan mencium tangan tua Mak Cik Kesuma Dewi. Saat ini, menitik airmata Mak Cik Kesuma Dewi. Dicium pipi Dhia dikiri dan kanan. Dhia yang cukup pantang orang cium pipinya terpaksa menampal muka redha tapi tak redha. Dhia tak pernah suka orang cium pipinya. Walimah, mak sendiri pun Dhia tak pernah nak cium. Apatah lagi ayahnya?
“Kita ambil gambar sekeluarga ya?” arah Jefri.
“Ha elok beno le tu. Amik gambo kami dulu,” Mak Cik Kintan terus duduk di kerusi bersama Dhia dan Mak Cik Kesuma Dewi. Tersepit Dhia dibuatnya. Kerusi yang muat untuk dua orang bila disumbat tiga orang tersendat juga perut dan pinggul nak duduk.
Usai gambar bersama dengan mak dan ‘mak mertua’, Dhia sekeluarga pula bergambar. Kemudian, Tiga beradik Dhia. Lepas tu empat beradik Alif plus satu Dhia. Habis tu, separuh ahli keluarga Dhia pun bergambar sama. Memandangkan Dhia tak boleh nak bergerak sangat, Dhia hanya statik di satu tempat sahaja. Duduk diam di atas kerusi!
Habis dengan ahli keluarga Dhia, bersambung pula ke keluarga sebelah Daim. Mula gambar bertiga dengan golongan yang tua-tua. Maksudnya, Mak Cik Kesuma Dewi, Tok Anjang dan Mak Su Timah. Lepas tu, permintaan daripada Abang Daiz sekeluarga untuk bergambar sekeluarga dengan Dhia. Muiz di letakkan di riba Dhia.  Melonjak suka Dhia dapat pangku anak orang. Abang Dani sekeluarga pun buat permintaan yang sama. Kak Lin yang perutnya dah memboyot ke depan, mengujakan Dhia. Last sekali, bergambar dengan keluarga Kak AD. Malu Dhia dibuatnya. Yelah. Dr. Aiman adalah rakan baiknya dulu. Sampai turn Delita dan Delila, Laila dan Latifah tiba-tiba je terjah nak bergambar sama. Mengamuk Delita dibuatnya. Mahunya tak? Masa diaorang bergambar dengan Dhia, Delita dan Delila tak kacau pun!. Ketawa mengilai Laila dan Latifah dapat mengenakan dua kembar tu.
“Kan best kalau Achik ada. Mesti lagi meriah. Achik tu suka bergambar macam akak tau,” cerita Delita.
Bertambah malu Dhia dibuatnya. Yelah. Dhia ni memang pantang nampak kamera. Memang terasa nak posing je kerjanya. Tadi, masa bergambar dengan ahli keluarga je Dhia buat muka ayu. Masuk part bergambar dengan orang bujang? Terus pelbagai mimik muka dibuatnya. Sama macam Daim. Beza Daim suka buat muka serius tak bertempat. Buat sakit hati Delita dan Delila je.
“Betul-betul. Abang sokong. Abang korang tu memang Mat Gadget,” tambah Jefry.
            “Dhia, jom keluar. Kita ambil gambar dekat luar. Rumput depan rumah Opah ni cantiklah,” ajak Zue.
            “Yeah. Kami nak join jugak,” serentak Laila, Latifah, Delita dan Delila melonjak suka.
            “Ha? Sekarang ke?” soal Dhia.
            “Ha’a. Sementara cuaca tengah redup-redup ni. Cantik tau nanti gambar!” pujuk Zue. Jefri dah mengangguk laju tanda setuju dengan Zue.
            “Boleh tu boleh. Tapi jemputlah makan dulu,” ajak Dhia.
            “Ha’a. Jemput makan dulu. Bergambo tu karang-karang pun boleh,” ajak pula Mak Cik Kintan.
            “Moh kita. Makan apa yang ada. Lauk semua dijamin sedap. Masak sendiri,” cerita Pak Cik Lutfi sambil memimpin Tok Anjang ke khemah.
            “Nanti lipstick hilang kang, mak cik. Comot pula bakai pengantin kita ni nanti,” Zue masih cuba memujuk.
            “Allah. Mak andam stand by ada,” Mak Cik Kintan mematahkan kata-kata Zue.
            “Takpelah. Mak bawa diaorang makan. Lepas kami bergambar nanti kami makan pula ok?” usul Dhia memberikan cahaya kepada Zue.
            “Lantok le deme, Tan. Budak-budak,” Mak Cik Kesuma Dewi back up Dhia.
            Mak Cik Kintan akhirnya terpaksa mengalah. Dibawa rombongan ke khemah. Kak AD nak join Delita dan Delila tapi bila difikirkan Dr. Aiman ada bersama. Tak jadi nak masuk balik dunia remaja. Terpaksalah terima hakikat dunia telah bertukar 360 darjah. Dulu solo sekarang dah kahwin. Dulu kanak-kanak sekarang dah isteri orang. Kenalah pamer imej sopan sikit.
            Dhia dengan kaki terhenjut-henjut, menurut langkah mereka menuju ke laman hadapan rumah Opah yang menghijau rumputnya. Cantik. Dhia jadi model tak berbayar Jefry, Zue dan adiknya. Pelbagai gaya diragakan. Termasuklah gaya ala-ala Hindustan. Bergolek atas rumput. Memang tak masuk di akal betul! Merana badan aku sekejap.
            Ahli-ahli flower girl Dhia setia bergaya bersama. Siap di ajar lagi Dhia nak berposing ala-ala ayu dan menawan. Naik meyampah Dhia bila terpaksa buat gaya menawan dan tertawan kau memang debom.
            “Woi! Aku bukan tuan puterilah nak posing ala-ala mak datin ni. Lemas aku,” jerit Dhia melepaskan rasanya sambil bercekak pingang.
            Kata-kata yang keluar dari mulut Dhia mengundang ketawa mereka. Adik Zue dengan pantas mengambil gambar Dhia yang tengah marah. Memang kiut sangat.
            “Okey, okey. Now, Dhia, kau poselah apa sahaja pose yang kau nak. Aku snap je gambar ok?” usul Jefri.
            “Yang tu aku suka,”
            Dhia dengan segala kekuatan yang ada terus posing gaya ‘kanak-kanak’. Macam mana tak dikatakan kanak-kanak? Posing semua datangkan ala-ala manja dah daring je. Sekejap-sekejap Jefri terhenti nak bergelak. Tak boleh nak tahan dengan gelagat Dhia.
            “Anak-anak makan,” jerit Cu Eida.
            Aktiviti bergambar dihentikan serta merta. Mereka terus berjalan menuju ke khemah hadapan rumah andak. Dhia berjalan pelahan dibelakang dengan dipimpin Laila dan Latifah. Demi Dhia, tak akan pernah, Laila dan Latifah tingalkan. Mereka terus duduk dihadapan Kak AD dan Dr. Aiman.
            “Kak We, kau duduk sini jelah. Aku ambilkan kau makanan. Kang makin gerak kang makin bentan kaki kau kang,” bicara Laila selepas mendudukkan Dhia.
            “Yelah. Aku nak semua lauk tapi nasi nak separuh ya?” pesan Dhia.
            “Ok,” Laila terus berlalu ke tempat hidangan.
            “Tahniah, Fieyah,” ucap Dr. Aiman seraya yang lain pergi mengambil hidangan.
            “Mekacih. Kau dah makan ke?” soal Dhia.
            “Kemuntat dah bakal biras Dhia ni. Hehehe...” gelak Kak AD dengan sepinggan buah oren.
            “Memang nak kasi kemuntat pun,”
            “Hai! Fieyah. Kau kena hormat aku tau lepas ni. Aku abang ipar kepada bakal suami kau, Daim,” ugut Dr. Aiman.
            “Tengoklah,” Dhia buat muka jelik. Kak AD dah bergelak sakan.
            “Eh! Budak ni,” jeling Dr. Aiman.
            “Tak sangka jadi juga rancangan mak. Terima kasih Dhia sudi terima Daim,” Kak AD bercakap pelahan.
            “Sama-sama,” ‘tau tak, saya belum terima sebulatnya lagi Daim ni. Saya perlukan masa,’
            “Dhia, akak tengok tadi jalan terhenjut-henjut, kenapa?” soal Kak AD.
            “Ha’a. Aku tengok lain macam je kau menapak tadi,” sampuk Dr. Aiman.
            “Takde apalah,” sorok Dhia.
            “Ceritalah. Kami ni doktor. Mana tahu kami boleh tolong,” paksa Dr. Aiman.
            “Kau tu doktor kanak-kanak. Aku ni kanak-kanak tua,” Dhia masih lagi mahu menyorok. Malu rasanya nak cerita pada diaorang apa yang terjadi semalam.
            “Ni. Bakal kakak ipar kau ni. Orang patah. Orang accident semua jumpa dia,”
            “Takde apalah. Dah jumpa doktor dah. Lagi dua tiga hari eloklah ni. Jangan bimbang ok?” dalih Dhia.
            “Jom makan,” sambung Dhia bila nasinya berada didepan mata.
            “Sila, sila,”
            Dhia terus makan tanpa mengira Dr. Aiman dihadapannya. Perut Dhia sudah menari-nari lagu tarian zapin. Harus segera dilayan.
###
            Tepat jam 3 petang, ahli rombongan meminta izin untuk pulang seusai majlis dan menumpang solat. Dhia menarik lengan Delita agar mengikutnya sebentar. Mereka terus masuk ke bilik sepupu lelaki Dhia. Dhia mencapai beg bajunya dan mengeluarkan sekotak bungkusan sebesar kertas A4.
            “Kenapa kak?” soal Delita.
            “Tolong bagi ni pada Abang Daim,” ‘Abang ke?’
            “Apa ni?” soal Delita sambil mengoncangkan isi dari dalam kotak yang berbalut indah.
            “Tu hari, Delita ada cakap dengan akak yang birthday Abang Daim bulan depankan? Ni akak nak bagi dia hadiah birthdaylah,” jawap Dhia.
            “Kenapa akak tak nak bagi sendiri?” ‘sebab akak kau ni tak ready lagi’ boleh tak jawap macam tu?
            “Akak, naik je kerja Isnin depan, akak tak ada di sini. Akak kena kursus dekat Korea sebulan. Lepas tu balik je terus kena handel kursus di sekitar Sabah dan Sarawak. Kiranya tak sempat jumpa Abang Daim. Cakap juga dengan Abang Daim, akak minta maaf sangat sebab tak dapat jumpa dia dalam masa terdekat ni. Akak tenagh banyak kerja. Ni pun akak tuang kerja 3 hari,” cerita Dhia.
            Oh I see. Nanti Chu sampaikan. Umm...minta maaf je ke? Kirim salam sayang tak nak ke?” usik Delita.
            “Ummm...suka hatilah,” ‘Salam sayang?’

3 comments:

Anonymous said...

hehe... klakar la.....

Aida Sherry said...

next plzzzzz

ezaitie nfib. said...

selamat membaca bab 39...br je di upload semalam..maaf kelewatan..che ezaitie pergi kursuslah..