~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, September 5, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 36

Bab 36.

            Dirumah Opah Dhia, semua sanak saudara dah pun berkumpul. Masing-masing ke depan ke belakang membuat kerja. Mana yang masak, masak. Mana yang mengemas, mengemas. Mana yang urusan perhiasan lagi. Barang hantarannya lagi. Boleh dikira, masing-masing sibuk dengan kerjalah. Tak kurang juga dengan kaki menyibuk, anak-anak sepupu Dhia.
            Kemarin, perancangan berubah seratus peratus. Memandangkan dengan keadaan Opah Dhia yang dah tak larat untuk berjalan jauh, Pak Cik Lutfi mengubah perancangan kenduri bertunang Dhia. Dari kenduri di rumah mereka di Melaka kepada rumah Opah di Bota, Perak. Pada hari itu juga terus Mak Cik Kintan menelefon ke rumah Mak Cik Kesuma Dewi menyatakan pertukaran perancangan mereka. Syukur, Alhamdullilah. Rancangan mereka di terima baik oleh keluarga Mak Cik Kesuma Dewi. Cuma Delita dan Delila je sedikit kecewa sebab hajat hati nak ‘melancong’ ke Melaka tak ke sampaian.
            Mujur juga, Abang Daiz sekeluarga balik ke Perak dulu sebelum ke Melaka. Jadinya tidaklah terkejar-kejar nak ke sana nanti.
            Dhia, walaupun sebagai orang yang diraikan pun tak kurang sibuknya. Dari tadi turun naik tangga kayu rumah Ayah Man. Menyiapkan ruang pelamin mininya sekali dengan dekorasi bilik pengantinnya. Pelamin mininya diletakkan dirumah Opah, manakala bilik pengantinnya digunakan bilik sepupunya ditingkat atas rumah Ayah Man. Asalnya Dhia tak mahu pun pelamin mini, pelamin mini ni tapi disebabkan Laila mengedik nak sangat ada pelamin, terpaksalah Dhia tempah pelamin sekali dengan baju pengantin dan make up di butik pengantin D’Raisha. Kalau ikutkan Dhia. Cukuplah sekadar make up, baju kurung yang cantik sikit dengan adat. Habis cerita. Tak payah nak pening-pening kepala.
            Tapi lain jadinya bila Laila dah masuk campur. Ada ke patut di labelkan Dhia sebagai kedekut? Punca sebab Dhia tak mahu membazir. Tak patut sungguh! Sudahnya, apa Laila cakap, terpaksalah Dhia turuti. Melonjak suka anak dara tu bila Dhia setuju ikut plan dia.
            Laila yang menjadi wedding planer tak berbayar Dhia, telah menentukan dari warna tema sampailah ke konsep majlis pertunangan Dhia nanti, semuanya Laila yang urusakan. Tetapi, ada tetapinya juga. Setiap yang Laila rancang mesti mendapat persetujuan daripada Dhia dulu. Kalau Dhia tak setuju, macam mana punya grand sekali pun idea Laila tetap akan dicantas habis-habisan. Laila ni bukan boleh dilayan sangat. Makin dilayan, makin mengila idea-idea tak berapa nak bernas dia.
            Laila The Planner and Latifah The Flower Girls merupakan orang kuat majlis Dhia. Memandangkan Dhia pengemar warna putih, Laila telah memilih untuk mengunakan gabungan tema warna Merah dan Putih atau setelah kedua warna tadi dicampurkan nisbahnya maka terhasillah ‘Pink colour’ bagi majlis Dhia. Idea warna tema dipersetujui oleh Dhia janji warna putih memonopoli dari warna merah jambu. Justeru dengan itu, pelamin mininya nanti akan berwarna putih bersih dan dihiasi dengan bunga-bunga berwarna merah jambu pekat bagi menaikkan seri. Bergitu juga dengan bilik pengantin Dhia. Cadar warna putih berbungakan merah jambu kecil.
            Konsep pelamin Dhia, simple but nice. Dhia tak suka menyemakkan fikirannya dengan dekorasi yang melampau. Pada asalnya, Laila The Planner mencadangkan agar Dhia menggunakan tema terhangat tahun ini. Summer theme. Tapi Dhia tolak mentah-mentah. Akhirnya, Dhia memilih untuk mengunakan langsir warna putih manakala kain lining berwarna merah jambu pekat untuk menutup cermin tingkap bilik Opah. Kerusi panjang yang muat untuk dua orang diletakkan ditengah-tengah. Empat pasu bunga; dua bersaiz besar dan dua bersaiz serdehana besar di letakkan dikiri kanan pelamin. Penyerinya pula, dipancarkan spot light dari celah-celah pasu bunga tadi. Tergamam Laila dibuatnya dengan idea kreatif Dhia dalam mendekorasi pelamin mininya. Tak disangka, Dhia mempunyai idea kreatif seperti itu. Memang sebuah pelamin yang menarik!
            Bilik pengantin pula, Dhia sendiri yang pergi beli cadar satu set dengan comforter. Dhia punya cerewet, sampai ke Tangkak di carinya. Tak cukup itu, satu Terminal 3, Nilai digeledahnya. Sudahnya, jumpa yang berkenan dihati dekat Mydin Melaka. Sekali dengan set, set langsir Dhia beli. Cadar tu taklah secantik mana pun pada mata Laila tapi entah apa yang dipandang cantiknya Dhia entahlah. Cadar warna putih polos dengan renda berwarna merah jambu. Kemudian, paling tak menahan, cadar tu ada pula bentuk hati sebesar, besar alam pada tengah-tengah cadar. Bantal bentuk hati ada sampai dua ketul. Memang romantik tahap tak hengat! Bila ditanya kenapa beli yang macam ni, dengan slamber Dhia menjawap, “nanti yang ada love ni kita cover dengan barang hantaran,”
            Cerita pula pasal barang hantaran, pihak Daim ada menelefon, beritahu yang mereka akan datang dengan tujuh dulang hantaran termasuk cincin tunang. Jadinya, kalau mengikut adat, pihak perempuan akan menyediakan lebih daripada pihak lelaki.  Tujuh balas sebelas. Boleh tak? Hehehe... berbalas sebelas sebab ramai sangat yang nak sponsor barang hantaran. Yang betul-betul Dhia dapat sediakan hanya sepersalinan baju melayu dan persalinan peralatan beribadat. Yang lain semua orang yang bagi. Al-maklumlah keluarga besar. Pak Cik Lutfi empat beradik. Mak Cik Kintan pula 10 beradik. Tu yang ramai nak sponsor tu. Orang ni sponsor makanan. Orang yang itu sponsor buah. Orang yang sinun sponsor dulang. Macam-macam lagilah. Senang jadi anak buah kesayangan ni. Semua benda dapat sponsor. Hehehe...
            Dhia yang tak pernah jumpa dengan Daim, Si Latifah pula terasa peliknya. Yelah! Mahu tak pelik? Orang lain beli barang nak bertunang dengan bakal tunang masing-masing. Ini tak pada Dhia. Sepertimana Daim yang pergi membeli sendiri barangan hantaran, bergitu jugalah kisahnya dengan Dhia. Dhia pun sama macam Daim. Tak sedia nak jumpa Daim apatah lagi nak berbual mesra dengan Daim. Ditambah pula dengan beban kerja yang agak banyak buat masa ini membuatkan Dhia lagilah bertambah tak ada masa nak mengenal Daim. Latifah pernah menyuarakan kebinggungan hatinya kepada Dhia masa temankan Dhia membeli set persalinan beribadat untuk Daim.
            “Kak We, kau tak rasa pelik ke?” soal Latifah kepada Dhia yang asyik membelek tikar sembahyang.
            “Pelik? Apa yang pelik? Warna nikan dah ramai orang guna?” Dhia menunjukkan tikar sembahyang berwarna merah hati kepada Latifah.
            “Bukan pasal hal nilah. Hal lain,” Latifah menepis tangan Dhia.
            “Hal apa? Ce citer, ce citer,” Dhia membuat muka malas.
            “Yelah. Tak pelik ke? Orang beli barang nak bertunang ke nak kahwin ke semuanya pergi dengan pasangan masing-masing. Ni kau dengan Abang We dah terbalik pula. Tak pernah berjumpa dan bakal bertunang tak lama lagi. Lepas tu, beli barang bertunang pula sendiri-sendiri. Kau tak rasa pelik ke?” soal Latifah.
            Dhia membuat aksi seperti berfikir. Habit biasa Dhia. Mengigit hujung jari telunjuk dan mata memandang ke syiling putih.
            “Taklah. Kami tak pelik tapi kami istimewa. Aku pernah terbaca dalam internet pasal bertunang munang ni. Ada seorang ustaz ni cakap jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Kau nak suruh aku ajak Alif? Jawapnya memang taklah,” jawap Dhia dengan slamber.
            “Tetapi dalam Islam tak semestinya tertakluk kepada mahram lelaki sahaja. Mahram yang thiqah pun boleh juga. Macam Kak Su dan Kak Nyah. Kamikan antara mahram-mahram kau, Kak We?” Latifah mengajak Dhia berdialog.
            “Thiqah ertinya orang yang boleh dipercayai. Betul tak? Dalam erti kata lain segala isi dalam perut kita tak akan sampai ke pengetahuan orang lain. Antara sebab-sebab kenapa aku tak percayakan korang berdua adalah kerana korang berdua ni bukan boleh simpan rahsia lama-lama. Mau meletup jadi larva jawapnya,” Dhia memicit hidung Latifah.
            “Sampai hati kau cakap macam tu kan? Sedih aku. Tapi kalau kau bawa Abang Alif atau Abang Kimi, sure kau tak akan jalan dengan Abang We punya. Kau mesti nak jalan dengan adik-adik kau kan?”
            “Tau takpe. Aku nak pegang tangan dia orang pun tak batal air sembahyang tau tak! Lagi satu, kau ni siap panggil Si Daim tu Abang We kenapa? Belum confirm lagi pertunangan ni akan kekal sampai ke status perkahwinan ok?” kata-kata Dhia membeliakkan mata Latifah.
            “Kau jangan main-main Kak We,” biar betul minah sorang ni.
            “Yelah. Dalam tempoh bertunang ni, macam-macam boleh terjadi tau. Mana tau jodoh tak panjang ke? Tak pun ajal aku yang tak panjang. Meninggal dalam masa bertunang ni. Tetap juga tak jadikan?”
            “Sebab tu kita kena doa supaya kita dikuatkan jodoh dengan pasangan kita. Kau ni aku tengok macam berbelah bagi lagi je,” Latifah memandang Dhia sinis. Tangannya lincah mengirai-ngirai cadar di dalam gondola.
            “Hahaha...dah pandai dah adik aku ni kan? Kak Su, kalau aku ni berbelah bagi takde aku sibuk nak mencari itu ini. Cuma...”
            “Ha, ha...tengok. Ada cuma, cuma lagi. Cuma apa Kak We,” Latifah memotong kata-kata Dhia.
            “Cuma aku macam tak percaya je aku dah nak jadi tunangan orang. Yelah. 5 tahun aku sepi tanpa sesiapa, alih-alih aku boleh setuju kahwin dengan pilihan keluarga. Terasa macam zaman jepang lah pulak. Tapi entahlah. Harap dia yang terbaik buat aku. Amin,” Dhia merup mukanya sekilas.
            ‘Tahu takpe. Kalau hubungan korang ni berjaya, aku pun nak suruh mak carikan jugaklah. Hehehe,” ketawa Latifah.
“Amboi, amboi. Sekolah tak habis dah nak fikir macam-macam kan? Habiskan sekolah dulu!” Dhia mencubit lengan Latifah sekejap.
            Semenjak dari kisah di kedai cadar berlalu, Latifah lihat Dhia semakin bersungguh nak memastikan majlisnya berjalan lancar. Gubahan hantaran pun Dhia yang buat sendiri. Katanya air tangan khas buat bakal suami. Entah sama ada Dhia dah redha atau tidak...walwahualam. Kita doakan jelah bersama.
            Bab menu, Dhia serah sepenuhnya kepada Mak Cik Kintan yang penting bukan lauk-lauk yang ada tomato. Kalau nak tengok Si Cantik termuntah termonggek depan tetamu, cubalah masak lauk-lauk ada tomato. Memang hilang serilah jawapnya.
Walaupun bab menu dilepaskan bulat-bulat kepada Mak Cik Kintan, Dhia masih tetap ambil pusing setiap menu yang akan dihidangkan. Ada ke patut Mak Cik Kintan nak hidangkan Udang Masak Mentega yang selalu ada atas meja makan pengantin tu masa majlis tunang Dhia nanti? Memang taklah jawapnya. Dhia suruh tukar menu Udang Masak Mentega kepada Udang Masak sambal Petai. Lauk Ikan Patin Masak Tempoyak pula Dhia suruh jangan letak rebung dan timun. Mana nak sedapnya! Kosong jelah lauk kalau macam ni. Sudahnya, dari kata nak menyerahkan pada Mak Cik Kintan bertukar kepada Mak Cik Kintan menyediakan tapi menu Dhia yang tentukan. Cerewet nak mampus awek sorang ni!
            Disebabkan tahap kebengangan melampau Mak Cik Kintan kepada Dhia, disuruhnya Dhia masak satu lauk untuk majlis nanti. Suruh pula tu bukan calang-calang lauk. Mak Cik Kintan menyuruh Dhia sediakan Sambal Tempe Jawa.
Astagfirullah...banyak renyah! Mana dengan Tempe, Sayur Kacang Panjang, Kacang Tanah, Ikan Bilis, cili Kering, Ikan Masin, Soo Onn. Ha santan kena ada juga. Semuanya dah la kena goreng dulu baru dibuat sambalnya. Menyesal tak sudah Dhia dibuatnya. Tulah. Kacau lagi orang punya kerja, padan muka Hang Dhia!
            Ni satu lagi bab yang agak penting juga. Bab khemah. Walaupun rumah Opah Dhia besar tapi kalau dah ramai-ramai, sesak juga jadinya. Dah tu rumah Opah Dhia beratapkan genting zink. Memang panas waktu siang hari tapi malam hari sejuk macam mandi sungai. Justeru dengan itu, Dhia terpaksa juga memasang khemah untuk keselesaan rombongan pihak Daim nanti. Tidaklah bersesak-sesak dalam rumah Opah nanti. Bukan ke memuliakan tetamu ni membawa pahala kepada kita?
Jadinya bab jemputan dan urusan khemah, Dhia lepaskan kepada Pak Cik Lutfi dan adik-adik lelakinya. Jangan tak tahu, nak bertunang je, dua khemah sekali Pak Cik Lutfi belasah. Padahal nak menjemputnya sedara mara sebelah Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan serta jiran-jiran Opah je. Al-maklumlah, anak sulunglah katakan. Semuanya nak dicubanya. Paling tak menahan, khemah siap ada langsir lagi. Waduh-waduh kalah orang nak kahwin punya khemah! Sampai Dhia pun naik pening dibuatnya. Dhia memicit kepalanya yang tak sakit.
“Ayah aku, ayah aku. Macam-macam hallah,” bisik hati Dhia sambil tersenyum melihat Ayahnya bertukus lumus menyiapkan segalanya.
Dalam pada asyik benar memandang khemah dipasang, Alif Hakimi datang dengan telefon ditangan. “Kawan kau call,”
“Siapa?” soal Dhia.
“Entah. Manalah aku tau,” Alif Hakimi meungkit bahunya.
“Hello, As’salamualaikum,” sapa Dhia.
“Wa’alaikumsalam. Weh! Mak cik. Bertunang tak jemput pun kan?” serang suara disebelah sana.
Dhia buat muka blur. Dipandang kepada skrin telefonnya. Nombor yang tak didaftarkan.
“Siapa ni?” soal Dhia agak keras. Dhia kalau dengan orang dia tak kenal memanglah keras jadinya.
“Tengok. Kawan sendiri pun tak kenal. Aku sembelih kau kang,” kasarnya bahasa orang disana.
“Wah! Ingat aku ni ayam ke nak sembelih-sembelih? Siapa ni? Sebelum aku pula sembelih kau karang,” Dhia lebih panas hati.
Orang kata kalau kita marah, kita kena duduk. Barulah hilang rasa nak marah tu. Kata orang juga kalau marah main-main jari kita sebab di jari ada urat yang mengawal api kemarahan. Tapi entahlah. Tak tahu betul ke tidak. Tapi pada Dhia, dia percaya satu je. Kalau marah, cepat-cepat minum segelas air kasi redakan penafasan.
“Woo,woo. Takutnya. Akulah Zila,” mengaku orang dihujung sana.
“Ha tau pun nak mengakukan,”
“Eh! Patut aku yang marah tau. Ni tak, kau pula yang marah. Dahlah bertunang tak roger kawan-kawan. Nasib aku terbaca status Laila dalam facebook. Kalau tidak sampai ke sudah aku tak tau kawan baik aku ni dah nak bertunang,” bebel Zila.
“Aku bukan tak nak bagitau. Tapi baru bertunang je pun. Belum kahwin,” jawap Dhia yang dah melarikan diri ke rumah Opah Cu.
Kak Nyah ni nak kena ni. Siap kau!
“Ha’a. Bagus sangatlah perangai tu. Agaknya kalau aku tak terbaca status Laila, haram tau kau dah bertunang. Tup, tup nanti dapat kad jemputan kahwin je kan?” marah betul Zila pada Dhia.
Dhia rasakan telinganya boleh naik pekak mendengarkan bebelan Zila. Dengan kuatnya. Dengan tertengking-tengking lagi. Memang cukup pakej nak jadikan aku mendaftar dengan sekolah anak-anak istimewa tak lama lagi ni.
“Bukan macam tu, Zila. Aku...”
“Aku, aku apa? Dengan siapa kau bertunang? Dulu masa aku baru bercinta dengan Fahmi pun aku bagitau kau. Tengok kau? Dah nak bertunang pun tak bagitau. Sampai hatikan?” Zila membuat suara sedih.
“Ala, ala Zila. Aku nak cerita dengan kau ni pun aku tak tau nak mula dari mana. Yelah, aku mengaku aku bertunang esok tapi yang pasti pertunangan ni berlaku dengan jangka masa yang aku sendiri tak sangka secepat ini. Semua ni luar bidang kuasa aku,” terang Dhia.
“Memanglah luar bidang kuasa kau. Dah ini bidang kuasa DIA. Tapi sekurang-kurangnya bagitaulah pada kami kawan-kawan kau ni. Salah ke? Kau bahagia kami pun bahagia juga. Kalau kau derita, kau deritalah sorang-sorang. Sape nak join kau punya derita?” melawak pula budak Zila ni.
“Zila, nanti aku balik Cyberjaya aku cerita ok? Buat masa ni jangan heboh pada yang lain dulu. Tunggu dulu. Lagi pun aku dengan dia belum kahwin lagi. Belum di ijab dan kabulkan lagi. Ustazahkan pernah cakap tak baik hebohkan perhubungan selagi belum di ijab dan dikabulkan. Lupa ke?” Dhia cuba pusing tempat lain.
“Dhia, pesan Ustazah Bainum memang aku tak pernah lupanya. Tapi pun kau jangan lupa pula apa yang Ustazah Bainum cakap juga. Kan Ustazah cakap, kalau kita dah bertunang pun kita dah dikira diijab kabulkan. Kita kena beritahu kepada orang lain. Hebahkan kepada orang lain. Supaya tidak ada orang lain yang masuk meminang kita. Haram hukumnya meminang seorang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Ianya samalah juga dengan konsep kita meminang seseorang perempuan yang sudah berkahwin kecuali dengan kerelaan dan keizinan lelaki tersebut untuk melepaskan kita. Ada faham Cik Dhia Lutfiyah? Hang tak payah duk kalih hat lain lah. Hang duk kerja jadi pegawai psikologi, che ni kerja apa? Cikgu kaunseling. Cerita macam hang ni bersepah dah che oii!” makin menjadi-jadi bebel Zila.
Yelah pun, Dhia. Nak bermain kata-kata dengan Zila. Dia kan ke classmate masa buat Ijazah. Apa yang engkau belajar, dia belajar sama. Apa ilmu yang engkau serap, dia serap sama. Cuma beza engkau duk jadi Pegawai Psikologi je dan dia terpaksa ambil kursus setahun pendidikan untuk jadi Cikgu Kaunseling.
“Okey, okey. Lagu ni na. Aku sebenaqnya. Tak kenai pun sapa bakai tunang aku ni. Aku dengan dia dijodohkan,” terpaksa Dhia membuka pekung didada.
“Dijodohkan? Hang jangan nak main gila. Biaq betui?” Zila seakan tak percaya.
“Hang nak tau cerita lebih, lebih, hang tunggu aku balik sana dulu na? Nanti aku duk cerita dari A sampai Z. Dari 1 sampai sejuta. La ni, aku nak pi sambung buat kerja. Hang jangan duk heboh kat orang lain na. Kalau aku tau, mulut hang aku cabai,”
Talian terus dimatikan dan Dhia kembali membuat kerjanya yang tergendala. Dalam pada melangkah masuk ke rumah, tangan Dhia disambar Alif. Terperanjat Dhia dibuatnya.
“Kak We, tolong aku alih pasu bunga plastik ni. Mak andam kau suh letak tepi pelamin,” bicara Alif sambil menarik tangan Dhia ke tengah khemah.
“Banyaknya,” terbeliak mata Dhia melihatkan banyaknya pasu bunga di bawah khemah.
“Yang beso ni letak sudut rumah. Yang kecik-kecik ni, kak ingat nak letak atas meja. Ok dak?” cerita Mak Andam Dhia.
“Habis, pasu bunga yang sedia ada tu nak buat apa?” soal Dhia.
“Kita alih sat. Ni saja nak bagi seragam. Baru nampak cantik. Nampak kemeh,” bersinar-sinar mata Mak Andam Dhia bercerita.
“Apa-apa jelah,” jawap Dhia.
Dia dan Alif pun bergandingan membawa pasu bunga yang besar ke tepi pelamin. Nampak ringan tapi dia punya berat boleh tahan. Terasa sengal juga pinggang dibuatnya. Berpeluh juga ketiak kalau angkat sorang-sorang ni.
            “Kak We, naik kejap,” jerit Chu Eida dari tingkat atas rumah Andak.
            “Kejap. Alih pasu jap,” jerit Dhia balik sambil mengalihkan pasu bunga plastik dengan Alif.
            Usai mengalihkan pasu ke pelamin mininya, Dhia terus berlari naik ke atas. Dalam pada tengah berlari nak mengejarkan panggilan Chu Eida, kaki Dhia secara tak sengaja terlepas pijak pada satu anak tangga. Padahnya, Dhia terjelepuk ke depan dengan pelipisnya berdarah dan kakinya terkehel. Membuatkan malang memang tak berbau, Dhia menggelunsur terus terduduk di tanggan terbawah sekali. Kemudian kepalanya terhantuk kepada pintu di tepi tangga.
            “Aduh!” jerit Dhia sambil memegang pelipisnya yang berdarah.
            “Ya Allah, Kak We,” berlari Chu Eida menuruni tangga bila mendengarkan jeritan Dhia.
            “Apa ke henyer tu?” soal Opah dari rumahnya.
            “Kak We jatuh tangga, Opah,” beritahu Latifah dengan segera meninggalkan kerja yang sedang dilakukan.
            “Jatuh tangge?” terbeliak mata Opah mendengarnya. Dengan keadaan Opah yang sudah tidak mampu berjalan, pelahan-lahan diesotkan badannya ke rumah Ayah Man.
            “Ayah, Kak We jatuh tangga,” Alif memanggil Ayah Dhia diluar.
            Berlari ayah mendapatkan Dhia. Chu Eida dan Mak Cik Kintan dah duduk ditangga rumah sambil tangan cuba memapah Dhia. Tapi semakin digerakkan kaki Dhia, semakin kuat Dhia mengerang kesakitan. Sakit yang memang tak tertanggung rasanya. Kepala Dhia terasa berpinar. Tudung selendang yang dipakainya dah separuh dipenuhi darah.
            “Ya, Allah. Macam mana boleh jatuh ni?” soal Pak Cik Lutfi kepada isterinya.
            “Entoh! Tibe-tibe je udoh meraung budak ni. Tan dekat belakang,”
            “Aduh! Sakitnya kaki Kak We,” rengek Dhia.
            “Elok bawa ke klinik. Dahi udoh berdaroh-daroh ni,” Ayah Man mengusul. Pak Cik Lutfi mengangguk.
            “Ke tepi, ke tepi,” arah Pak Cik Lutfi kepada mereka yang menghurungi Dhia.      
Pak Cik Lutfi terus mencepuk Dhia pelahan-lahan. Walaupun Dhia merengek seperti kanak-kanak ribena, Pak Cik Lutfi tetap juga mencebuknya. Mak Cik Kintan terus menyambar tudung di kepala kerusi dan juga beg tanganya dan terus mengikut suaminya keluar. Diluar, Ayah Man dah siap-siap dengan kereta didepan rumah. Mak Cik Kintan membuka pintu dengan linangan air mata dan kepala Dhia diletakkan atas pangkuan Mak Cik Kintan.
            Ayah Man memasang lampu kecemasan dan kereta terus meluncur laju menuju ke klinik berhampiran. Tak pasal-pasal Dhia menerima lima jahitan didahi dan kakinya yang terkehel, dibalut dengan vandesh.
            Di rumah, Laila dah macam kuching kehilangan anak. Laila duk risaukan apa yang bakal terjadi pada keesokkan hari. Macam manalah nak bertunang esok ni? Nak duduk bertempuh tak boleh, nak duduk atas kerusi lama-lama pun tak boleh. Nak berjalan lagilah tak boleh. Laila terpaksa merangka rancangan supaya kesakitan Dhia tidak dapat dikesan oleh pihak keluarga Daim. Ya! Harus usahakan juga. Chaiyok, chaiyok.

2 comments:

khairulizzah said...

1st of all..nk mnx maaf..lame xtulis comment..seronok baca cerita akak..jalan cerita menarik sgt2..rase terjadi heroin cerita ni..he3..keep it up, kak..your imagination hero+heroin sweet sgt2, kak..like it sooomuucchh..=)

ezaitie nfib. said...

tq dear. mekacih sudi bc CMM karya Che EZaitie yg entah apa2 je ni..hehehe...nt jgn lupa like page Che Ezaitie ok? mekacih support Che Ezaitie