Bab 36.
Dirumah Opah Dhia, semua sanak
saudara dah pun berkumpul. Masing-masing ke depan ke belakang membuat kerja.
Mana yang masak, masak. Mana yang mengemas, mengemas. Mana yang urusan
perhiasan lagi. Barang hantarannya lagi. Boleh dikira, masing-masing sibuk dengan
kerjalah. Tak kurang juga dengan kaki menyibuk, anak-anak sepupu Dhia.
Kemarin, perancangan berubah seratus
peratus. Memandangkan dengan keadaan Opah Dhia yang dah tak larat untuk
berjalan jauh, Pak Cik Lutfi mengubah perancangan kenduri bertunang Dhia. Dari
kenduri di rumah mereka di Melaka kepada rumah Opah di Bota, Perak. Pada hari
itu juga terus Mak Cik Kintan menelefon ke rumah Mak Cik Kesuma Dewi menyatakan
pertukaran perancangan mereka. Syukur, Alhamdullilah. Rancangan mereka di
terima baik oleh keluarga Mak Cik Kesuma Dewi. Cuma Delita dan Delila je
sedikit kecewa sebab hajat hati nak ‘melancong’ ke Melaka tak ke sampaian.
Mujur juga, Abang Daiz sekeluarga
balik ke Perak dulu sebelum ke Melaka. Jadinya tidaklah terkejar-kejar nak ke
sana nanti.
Dhia, walaupun sebagai orang yang
diraikan pun tak kurang sibuknya. Dari tadi turun naik tangga kayu rumah Ayah
Man. Menyiapkan ruang pelamin mininya sekali dengan dekorasi bilik
pengantinnya. Pelamin mininya diletakkan dirumah Opah, manakala bilik pengantinnya
digunakan bilik sepupunya ditingkat atas rumah Ayah Man. Asalnya Dhia tak mahu
pun pelamin mini, pelamin mini ni tapi disebabkan Laila mengedik nak sangat ada
pelamin, terpaksalah Dhia tempah pelamin sekali dengan baju pengantin dan make
up di butik pengantin D’Raisha. Kalau ikutkan Dhia. Cukuplah sekadar make up, baju kurung yang cantik sikit
dengan adat. Habis cerita. Tak payah nak pening-pening kepala.
Tapi lain jadinya bila Laila dah
masuk campur. Ada ke patut di labelkan Dhia sebagai kedekut? Punca sebab Dhia
tak mahu membazir. Tak patut sungguh! Sudahnya, apa Laila cakap, terpaksalah
Dhia turuti. Melonjak suka anak dara tu bila Dhia setuju ikut plan dia.
Laila yang menjadi wedding planer tak berbayar Dhia, telah
menentukan dari warna tema sampailah ke konsep majlis pertunangan Dhia nanti,
semuanya Laila yang urusakan. Tetapi, ada tetapinya juga. Setiap yang Laila
rancang mesti mendapat persetujuan daripada Dhia dulu. Kalau Dhia tak setuju,
macam mana punya grand sekali pun
idea Laila tetap akan dicantas habis-habisan. Laila ni bukan boleh dilayan
sangat. Makin dilayan, makin mengila idea-idea tak berapa nak bernas dia.
Laila
The Planner and Latifah The Flower Girls merupakan orang kuat majlis Dhia.
Memandangkan Dhia pengemar warna putih, Laila telah memilih untuk mengunakan
gabungan tema warna Merah dan Putih atau setelah kedua warna tadi dicampurkan
nisbahnya maka terhasillah ‘Pink colour’
bagi majlis Dhia. Idea warna tema dipersetujui oleh Dhia janji warna putih
memonopoli dari warna merah jambu. Justeru dengan itu, pelamin mininya nanti
akan berwarna putih bersih dan dihiasi dengan bunga-bunga berwarna merah jambu
pekat bagi menaikkan seri. Bergitu juga dengan bilik pengantin Dhia. Cadar
warna putih berbungakan merah jambu kecil.
Konsep pelamin Dhia, simple but nice. Dhia tak suka
menyemakkan fikirannya dengan dekorasi yang melampau. Pada asalnya, Laila The Planner mencadangkan agar Dhia
menggunakan tema terhangat tahun ini. Summer theme. Tapi Dhia tolak
mentah-mentah. Akhirnya, Dhia memilih untuk mengunakan langsir warna putih
manakala kain lining berwarna merah jambu pekat untuk menutup cermin tingkap
bilik Opah. Kerusi panjang yang muat untuk dua orang diletakkan
ditengah-tengah. Empat pasu bunga; dua bersaiz besar dan dua bersaiz serdehana
besar di letakkan dikiri kanan pelamin. Penyerinya pula, dipancarkan spot light
dari celah-celah pasu bunga tadi. Tergamam Laila dibuatnya dengan idea kreatif
Dhia dalam mendekorasi pelamin mininya. Tak disangka, Dhia mempunyai idea
kreatif seperti itu. Memang sebuah pelamin yang menarik!
Bilik pengantin pula, Dhia sendiri
yang pergi beli cadar satu set dengan comforter.
Dhia punya cerewet, sampai ke Tangkak di carinya. Tak cukup itu, satu Terminal
3, Nilai digeledahnya. Sudahnya, jumpa yang berkenan dihati dekat Mydin Melaka.
Sekali dengan set, set langsir Dhia beli. Cadar tu taklah secantik mana pun
pada mata Laila tapi entah apa yang dipandang cantiknya Dhia entahlah. Cadar
warna putih polos dengan renda berwarna merah jambu. Kemudian, paling tak
menahan, cadar tu ada pula bentuk hati sebesar, besar alam pada tengah-tengah
cadar. Bantal bentuk hati ada sampai dua ketul. Memang romantik tahap tak
hengat! Bila ditanya kenapa beli yang macam ni, dengan slamber Dhia menjawap,
“nanti yang ada love ni kita cover dengan barang hantaran,”
Cerita pula pasal barang hantaran,
pihak Daim ada menelefon, beritahu yang mereka akan datang dengan tujuh dulang
hantaran termasuk cincin tunang. Jadinya, kalau mengikut adat, pihak perempuan
akan menyediakan lebih daripada pihak lelaki.
Tujuh balas sebelas. Boleh tak? Hehehe... berbalas sebelas sebab ramai
sangat yang nak sponsor barang
hantaran. Yang betul-betul Dhia dapat sediakan hanya sepersalinan baju melayu
dan persalinan peralatan beribadat. Yang lain semua orang yang bagi. Al-maklumlah
keluarga besar. Pak Cik Lutfi empat beradik. Mak Cik Kintan pula 10 beradik. Tu
yang ramai nak sponsor tu. Orang ni sponsor makanan. Orang yang itu sponsor buah. Orang yang sinun sponsor dulang. Macam-macam lagilah.
Senang jadi anak buah kesayangan ni. Semua benda dapat sponsor. Hehehe...
Dhia yang tak pernah jumpa dengan
Daim, Si Latifah pula terasa peliknya. Yelah! Mahu tak pelik? Orang lain beli
barang nak bertunang dengan bakal tunang masing-masing. Ini tak pada Dhia.
Sepertimana Daim yang pergi membeli sendiri barangan hantaran, bergitu jugalah
kisahnya dengan Dhia. Dhia pun sama macam Daim. Tak sedia nak jumpa Daim apatah
lagi nak berbual mesra dengan Daim. Ditambah pula dengan beban kerja yang agak
banyak buat masa ini membuatkan Dhia lagilah bertambah tak ada masa nak
mengenal Daim. Latifah pernah menyuarakan kebinggungan hatinya kepada Dhia masa
temankan Dhia membeli set persalinan beribadat untuk Daim.
“Kak We, kau tak rasa pelik ke?”
soal Latifah kepada Dhia yang asyik membelek tikar sembahyang.
“Pelik? Apa yang pelik? Warna nikan
dah ramai orang guna?” Dhia menunjukkan tikar sembahyang berwarna merah hati
kepada Latifah.
“Bukan pasal hal nilah. Hal lain,”
Latifah menepis tangan Dhia.
“Hal apa? Ce citer, ce citer,” Dhia
membuat muka malas.
“Yelah. Tak pelik ke? Orang beli
barang nak bertunang ke nak kahwin ke semuanya pergi dengan pasangan
masing-masing. Ni kau dengan Abang We dah terbalik pula. Tak pernah berjumpa
dan bakal bertunang tak lama lagi. Lepas tu, beli barang bertunang pula
sendiri-sendiri. Kau tak rasa pelik ke?” soal Latifah.
Dhia membuat aksi seperti berfikir.
Habit biasa Dhia. Mengigit hujung jari telunjuk dan mata memandang ke syiling
putih.
“Taklah. Kami tak pelik tapi kami
istimewa. Aku pernah terbaca dalam internet pasal bertunang munang ni. Ada seorang ustaz ni cakap jangan
bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali
diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut
Islam. Kau nak suruh aku ajak Alif? Jawapnya memang taklah,” jawap Dhia dengan
slamber.
“Tetapi dalam Islam tak semestinya
tertakluk kepada mahram lelaki sahaja. Mahram yang thiqah pun boleh juga. Macam
Kak Su dan Kak Nyah. Kamikan antara mahram-mahram kau, Kak We?” Latifah
mengajak Dhia berdialog.
“Thiqah ertinya orang yang boleh
dipercayai. Betul tak? Dalam erti kata lain segala isi dalam perut kita tak
akan sampai ke pengetahuan orang lain. Antara sebab-sebab kenapa aku tak
percayakan korang berdua adalah kerana korang berdua ni bukan boleh simpan
rahsia lama-lama. Mau meletup jadi larva jawapnya,” Dhia memicit hidung
Latifah.
“Sampai hati kau cakap macam tu kan?
Sedih aku. Tapi kalau kau bawa Abang Alif atau Abang Kimi, sure kau tak akan jalan dengan Abang We punya. Kau mesti nak jalan
dengan adik-adik kau kan?”
“Tau takpe. Aku nak pegang tangan
dia orang pun tak batal air sembahyang tau tak! Lagi satu, kau ni siap panggil
Si Daim tu Abang We kenapa? Belum confirm
lagi pertunangan ni akan kekal sampai ke status perkahwinan ok?” kata-kata Dhia
membeliakkan mata Latifah.
“Kau jangan main-main Kak We,” biar
betul minah sorang ni.
“Yelah. Dalam tempoh bertunang ni,
macam-macam boleh terjadi tau. Mana tau jodoh tak panjang ke? Tak pun ajal aku
yang tak panjang. Meninggal dalam masa bertunang ni. Tetap juga tak jadikan?”
“Sebab tu kita kena doa supaya kita
dikuatkan jodoh dengan pasangan kita. Kau ni aku tengok macam berbelah bagi
lagi je,” Latifah memandang Dhia sinis. Tangannya lincah mengirai-ngirai cadar
di dalam gondola.
“Hahaha...dah pandai dah adik aku ni
kan? Kak Su, kalau aku ni berbelah bagi takde aku sibuk nak mencari itu ini.
Cuma...”
“Ha, ha...tengok. Ada cuma, cuma
lagi. Cuma apa Kak We,” Latifah memotong kata-kata Dhia.
“Cuma aku macam tak percaya je aku
dah nak jadi tunangan orang. Yelah. 5 tahun aku sepi tanpa sesiapa, alih-alih
aku boleh setuju kahwin dengan pilihan keluarga. Terasa macam zaman jepang lah pulak. Tapi entahlah. Harap
dia yang terbaik buat aku. Amin,” Dhia merup mukanya sekilas.
‘Tahu takpe. Kalau hubungan korang
ni berjaya, aku pun nak suruh mak carikan jugaklah. Hehehe,” ketawa Latifah.
“Amboi, amboi. Sekolah tak habis dah nak fikir
macam-macam kan? Habiskan sekolah dulu!” Dhia mencubit lengan Latifah sekejap.
Semenjak
dari kisah di kedai cadar berlalu, Latifah lihat Dhia semakin bersungguh nak
memastikan majlisnya berjalan lancar. Gubahan hantaran pun Dhia yang buat
sendiri. Katanya air tangan khas buat bakal suami. Entah sama ada Dhia dah
redha atau tidak...walwahualam. Kita doakan jelah bersama.
Bab menu, Dhia serah sepenuhnya
kepada Mak Cik Kintan yang penting bukan lauk-lauk yang ada tomato. Kalau nak
tengok Si Cantik termuntah termonggek depan tetamu, cubalah masak lauk-lauk ada
tomato. Memang hilang serilah jawapnya.
Walaupun
bab menu dilepaskan bulat-bulat kepada Mak Cik Kintan, Dhia masih tetap ambil
pusing setiap menu yang akan dihidangkan. Ada ke patut Mak Cik Kintan nak
hidangkan Udang Masak Mentega yang selalu ada atas meja makan pengantin tu masa
majlis tunang Dhia nanti? Memang taklah jawapnya. Dhia suruh tukar menu Udang
Masak Mentega kepada Udang Masak sambal Petai. Lauk Ikan Patin Masak Tempoyak
pula Dhia suruh jangan letak rebung dan timun. Mana nak sedapnya! Kosong jelah
lauk kalau macam ni. Sudahnya, dari kata nak menyerahkan pada Mak Cik Kintan
bertukar kepada Mak Cik Kintan menyediakan tapi menu Dhia yang tentukan.
Cerewet nak mampus awek sorang ni!
Disebabkan tahap kebengangan
melampau Mak Cik Kintan kepada Dhia, disuruhnya Dhia masak satu lauk untuk
majlis nanti. Suruh pula tu bukan calang-calang lauk. Mak Cik Kintan menyuruh
Dhia sediakan Sambal Tempe Jawa.
Astagfirullah...banyak
renyah! Mana dengan Tempe, Sayur Kacang Panjang, Kacang Tanah, Ikan Bilis, cili
Kering, Ikan Masin, Soo Onn. Ha santan kena ada juga. Semuanya dah la kena
goreng dulu baru dibuat sambalnya. Menyesal tak sudah Dhia dibuatnya. Tulah.
Kacau lagi orang punya kerja, padan muka Hang Dhia!
Ni satu lagi bab yang agak penting
juga. Bab khemah. Walaupun rumah Opah Dhia besar tapi kalau dah ramai-ramai,
sesak juga jadinya. Dah tu rumah Opah Dhia beratapkan genting zink. Memang
panas waktu siang hari tapi malam hari sejuk macam mandi sungai. Justeru dengan
itu, Dhia terpaksa juga memasang khemah untuk keselesaan rombongan pihak Daim
nanti. Tidaklah bersesak-sesak dalam rumah Opah nanti. Bukan ke memuliakan
tetamu ni membawa pahala kepada kita?
Jadinya
bab jemputan dan urusan khemah, Dhia lepaskan kepada Pak Cik Lutfi dan adik-adik
lelakinya. Jangan tak tahu, nak bertunang je, dua khemah sekali Pak Cik Lutfi belasah.
Padahal nak menjemputnya sedara mara sebelah Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan
serta jiran-jiran Opah je. Al-maklumlah, anak sulunglah katakan. Semuanya nak
dicubanya. Paling tak menahan, khemah siap ada langsir lagi. Waduh-waduh kalah
orang nak kahwin punya khemah! Sampai Dhia pun naik pening dibuatnya. Dhia
memicit kepalanya yang tak sakit.
“Ayah
aku, ayah aku. Macam-macam hallah,” bisik hati Dhia sambil tersenyum melihat
Ayahnya bertukus lumus menyiapkan segalanya.
Dalam
pada asyik benar memandang khemah dipasang, Alif Hakimi datang dengan telefon
ditangan. “Kawan kau call,”
“Siapa?”
soal Dhia.
“Entah.
Manalah aku tau,” Alif Hakimi meungkit bahunya.
“Hello,
As’salamualaikum,” sapa Dhia.
“Wa’alaikumsalam.
Weh! Mak cik. Bertunang tak jemput pun kan?” serang suara disebelah sana.
Dhia
buat muka blur. Dipandang kepada skrin
telefonnya. Nombor yang tak didaftarkan.
“Siapa
ni?” soal Dhia agak keras. Dhia kalau dengan orang dia tak kenal memanglah
keras jadinya.
“Tengok.
Kawan sendiri pun tak kenal. Aku sembelih kau kang,” kasarnya bahasa orang
disana.
“Wah!
Ingat aku ni ayam ke nak sembelih-sembelih? Siapa ni? Sebelum aku pula sembelih
kau karang,” Dhia lebih panas hati.
Orang
kata kalau kita marah, kita kena duduk. Barulah hilang rasa nak marah tu. Kata
orang juga kalau marah main-main jari kita sebab di jari ada urat yang mengawal
api kemarahan. Tapi entahlah. Tak tahu betul ke tidak. Tapi pada Dhia, dia
percaya satu je. Kalau marah, cepat-cepat minum segelas air kasi redakan
penafasan.
“Woo,woo.
Takutnya. Akulah Zila,” mengaku orang dihujung sana.
“Ha
tau pun nak mengakukan,”
“Eh!
Patut aku yang marah tau. Ni tak, kau pula yang marah. Dahlah bertunang tak roger kawan-kawan. Nasib aku terbaca
status Laila dalam facebook. Kalau tidak sampai ke sudah aku tak tau kawan baik
aku ni dah nak bertunang,” bebel Zila.
“Aku
bukan tak nak bagitau. Tapi baru
bertunang je pun. Belum kahwin,” jawap Dhia yang dah melarikan diri ke rumah
Opah Cu.
Kak
Nyah ni nak kena ni. Siap kau!
“Ha’a.
Bagus sangatlah perangai tu. Agaknya kalau aku tak terbaca status Laila, haram
tau kau dah bertunang. Tup, tup nanti dapat kad jemputan kahwin je kan?” marah
betul Zila pada Dhia.
Dhia
rasakan telinganya boleh naik pekak mendengarkan bebelan Zila. Dengan kuatnya.
Dengan tertengking-tengking lagi. Memang cukup pakej nak jadikan aku mendaftar
dengan sekolah anak-anak istimewa tak lama lagi ni.
“Bukan
macam tu, Zila. Aku...”
“Aku,
aku apa? Dengan siapa kau bertunang? Dulu masa aku baru bercinta dengan Fahmi
pun aku bagitau kau. Tengok kau? Dah
nak bertunang pun tak bagitau. Sampai hatikan?” Zila membuat suara sedih.
“Ala,
ala Zila. Aku nak cerita dengan kau ni pun aku tak tau nak mula dari mana.
Yelah, aku mengaku aku bertunang esok tapi yang pasti pertunangan ni berlaku
dengan jangka masa yang aku sendiri tak sangka secepat ini. Semua ni luar
bidang kuasa aku,” terang Dhia.
“Memanglah
luar bidang kuasa kau. Dah ini bidang kuasa DIA. Tapi sekurang-kurangnya bagitaulah pada kami kawan-kawan kau ni.
Salah ke? Kau bahagia kami pun bahagia juga. Kalau kau derita, kau deritalah
sorang-sorang. Sape nak join kau punya derita?” melawak pula
budak Zila ni.
“Zila,
nanti aku balik Cyberjaya aku cerita ok? Buat masa ni jangan heboh pada yang
lain dulu. Tunggu dulu. Lagi pun aku dengan dia belum kahwin lagi. Belum di
ijab dan kabulkan lagi. Ustazahkan pernah cakap tak baik hebohkan perhubungan
selagi belum di ijab dan dikabulkan. Lupa ke?” Dhia cuba pusing tempat lain.
“Dhia,
pesan Ustazah Bainum memang aku tak pernah lupanya. Tapi pun kau jangan lupa
pula apa yang Ustazah Bainum cakap juga. Kan Ustazah cakap, kalau kita dah
bertunang pun kita dah dikira diijab kabulkan. Kita kena beritahu kepada orang
lain. Hebahkan kepada orang lain. Supaya tidak ada orang lain yang masuk
meminang kita. Haram hukumnya meminang seorang wanita yang telah dipinang oleh
orang lain. Ianya samalah juga dengan konsep kita meminang seseorang perempuan
yang sudah berkahwin kecuali dengan kerelaan dan keizinan lelaki tersebut untuk
melepaskan kita. Ada faham Cik Dhia Lutfiyah? Hang tak payah duk kalih hat lain
lah. Hang duk kerja jadi pegawai psikologi, che ni kerja apa? Cikgu kaunseling.
Cerita macam hang ni bersepah dah che oii!” makin menjadi-jadi bebel Zila.
Yelah
pun, Dhia. Nak bermain kata-kata dengan Zila. Dia kan ke classmate masa buat Ijazah. Apa yang engkau belajar, dia belajar
sama. Apa ilmu yang engkau serap, dia serap sama. Cuma beza engkau duk jadi
Pegawai Psikologi je dan dia terpaksa ambil kursus setahun pendidikan untuk
jadi Cikgu Kaunseling.
“Okey,
okey. Lagu ni na. Aku sebenaqnya. Tak kenai pun sapa bakai tunang aku ni. Aku
dengan dia dijodohkan,” terpaksa Dhia membuka pekung didada.
“Dijodohkan?
Hang jangan nak main gila. Biaq betui?” Zila seakan tak percaya.
“Hang
nak tau cerita lebih, lebih, hang tunggu aku balik sana dulu na? Nanti aku duk
cerita dari A sampai Z. Dari 1 sampai sejuta. La ni, aku nak pi sambung buat
kerja. Hang jangan duk heboh kat orang lain na. Kalau aku tau, mulut hang aku
cabai,”
Talian
terus dimatikan dan Dhia kembali membuat kerjanya yang tergendala. Dalam pada
melangkah masuk ke rumah, tangan Dhia disambar Alif. Terperanjat Dhia
dibuatnya.
“Kak
We, tolong aku alih pasu bunga plastik ni. Mak andam kau suh letak tepi
pelamin,” bicara Alif sambil menarik tangan Dhia ke tengah khemah.
“Banyaknya,”
terbeliak mata Dhia melihatkan banyaknya pasu bunga di bawah khemah.
“Yang
beso ni letak sudut rumah. Yang kecik-kecik ni, kak ingat nak letak atas meja.
Ok dak?” cerita Mak Andam Dhia.
“Habis,
pasu bunga yang sedia ada tu nak buat apa?” soal Dhia.
“Kita
alih sat. Ni saja nak bagi seragam. Baru nampak cantik. Nampak kemeh,”
bersinar-sinar mata Mak Andam Dhia bercerita.
“Apa-apa
jelah,” jawap Dhia.
Dia
dan Alif pun bergandingan membawa pasu bunga yang besar ke tepi pelamin. Nampak
ringan tapi dia punya berat boleh tahan. Terasa sengal juga pinggang dibuatnya.
Berpeluh juga ketiak kalau angkat sorang-sorang ni.
“Kak We, naik kejap,” jerit Chu Eida
dari tingkat atas rumah Andak.
“Kejap. Alih pasu jap,” jerit Dhia
balik sambil mengalihkan pasu bunga plastik dengan Alif.
Usai mengalihkan pasu ke pelamin
mininya, Dhia terus berlari naik ke atas. Dalam pada tengah berlari nak
mengejarkan panggilan Chu Eida, kaki Dhia secara tak sengaja terlepas pijak
pada satu anak tangga. Padahnya, Dhia terjelepuk ke depan dengan pelipisnya
berdarah dan kakinya terkehel. Membuatkan malang memang tak berbau, Dhia
menggelunsur terus terduduk di tanggan terbawah sekali. Kemudian kepalanya
terhantuk kepada pintu di tepi tangga.
“Aduh!” jerit Dhia sambil memegang
pelipisnya yang berdarah.
“Ya Allah, Kak We,” berlari Chu Eida
menuruni tangga bila mendengarkan jeritan Dhia.
“Apa ke henyer tu?” soal Opah dari
rumahnya.
“Kak We jatuh tangga, Opah,”
beritahu Latifah dengan segera meninggalkan kerja yang sedang dilakukan.
“Jatuh tangge?” terbeliak mata Opah
mendengarnya. Dengan keadaan Opah yang sudah tidak mampu berjalan,
pelahan-lahan diesotkan badannya ke rumah Ayah Man.
“Ayah, Kak We jatuh tangga,” Alif
memanggil Ayah Dhia diluar.
Berlari ayah mendapatkan Dhia. Chu
Eida dan Mak Cik Kintan dah duduk ditangga rumah sambil tangan cuba memapah
Dhia. Tapi semakin digerakkan kaki Dhia, semakin kuat Dhia mengerang kesakitan.
Sakit yang memang tak tertanggung rasanya. Kepala Dhia terasa berpinar. Tudung
selendang yang dipakainya dah separuh dipenuhi darah.
“Ya, Allah. Macam mana boleh jatuh
ni?” soal Pak Cik Lutfi kepada isterinya.
“Entoh! Tibe-tibe je udoh meraung
budak ni. Tan dekat belakang,”
“Aduh! Sakitnya kaki Kak We,” rengek
Dhia.
“Elok bawa ke klinik. Dahi udoh
berdaroh-daroh ni,” Ayah Man mengusul. Pak Cik Lutfi mengangguk.
“Ke tepi, ke tepi,” arah Pak Cik
Lutfi kepada mereka yang menghurungi Dhia.
Pak
Cik Lutfi terus mencepuk Dhia pelahan-lahan. Walaupun Dhia merengek seperti
kanak-kanak ribena, Pak Cik Lutfi tetap juga mencebuknya. Mak Cik Kintan terus
menyambar tudung di kepala kerusi dan juga beg tanganya dan terus mengikut
suaminya keluar. Diluar, Ayah Man dah siap-siap dengan kereta didepan rumah.
Mak Cik Kintan membuka pintu dengan linangan air mata dan kepala Dhia diletakkan
atas pangkuan Mak Cik Kintan.
Ayah Man memasang lampu kecemasan
dan kereta terus meluncur laju menuju ke klinik berhampiran. Tak pasal-pasal
Dhia menerima lima jahitan didahi dan kakinya yang terkehel, dibalut dengan vandesh.
Di rumah, Laila dah macam kuching
kehilangan anak. Laila duk risaukan apa yang bakal terjadi pada keesokkan hari.
Macam manalah nak bertunang esok ni? Nak duduk bertempuh tak boleh, nak duduk
atas kerusi lama-lama pun tak boleh. Nak berjalan lagilah tak boleh. Laila
terpaksa merangka rancangan supaya kesakitan Dhia tidak dapat dikesan oleh
pihak keluarga Daim. Ya! Harus usahakan juga. Chaiyok, chaiyok.
2 comments:
1st of all..nk mnx maaf..lame xtulis comment..seronok baca cerita akak..jalan cerita menarik sgt2..rase terjadi heroin cerita ni..he3..keep it up, kak..your imagination hero+heroin sweet sgt2, kak..like it sooomuucchh..=)
tq dear. mekacih sudi bc CMM karya Che EZaitie yg entah apa2 je ni..hehehe...nt jgn lupa like page Che Ezaitie ok? mekacih support Che Ezaitie
Post a Comment