~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, June 13, 2011

cerpen Bertema ~ Sempurna Cinta Terakhir.



Sekolah Tun Fatimah.


“Mimi, aku baru je dengar berita ni. Tu pun Nita yang beritahu aku. Senyap je kau kan?” panggilan yang diterima oleh Sue dijawap hanya dengan senyuman oleh Mimi.


“Kau ok tak? Takziah ye, Mimi. Tak sangka Khafi pergi buat selamanya,” suara Sue kedengaran sayu sangat dihujung telefon.

“Sue, aku oklah. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan?” tenang jawapan yang Mimi tuturkan.

“Kuatnya kau, Mimi. Tingal seminggu je lagi sebelum majlis pertunangan korang. Kalau aku jadi kau, tak tau lah apa reaksi yang aku boleh buat. Hai...” keluh Sue yang bersimpati dengan nasib Mimi.

“Kami merancang tapi Allah yang menentukan. Tak mengapa, Allah lebih sayangkan Khafi lebih dari aku sayangkan dia,” Mimi masih bersuara tenang walaupun airmatanya sudah nyaris tertumpah.

Imran Khafi. Bakal tunang Mimi Asmida yang telah pergi buat selamanya. Punca kematian adalah serangan jantung kali ke-3 yang menyebabkan hilang kawalan pemanduan kereta lantas kereta pun terbabas melangar pokok sebelum meletup. Tempat kematian adalah didalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Wah! Dah macam CSI la pula. Pleaselah ni bukan cerita CSI la!

Tapi, itulah hakikat sebenarnya. Siapa yang tak sedih bila saat akan di satukan sebagai tunangan orang, tiba-tiba bakal tunang pergi mengadap Ilahi selamanya? Siapa yang tak meraung bila hakikat majlis pertunangan bakal berlangsung? Hati perempuan mana yang tak sayu bila orang keep calling mengucapkan takziah? Imporsible, Mimi tak tertekan! Tapi semuanya dirawat dengan cara bijaksana. Dengan cara menyibukkan diri. Ya dengan cara itu sahajalah, Mimi akan lebih tenang dan dapat menerima semua ketentuan Yang Maha Kuasa.

Khafi dan Mimi bercinta sejak dari zaman Universiti lagi. Walaupun berlainan cost, itu tak langsung menghalang dari ikatan percintaan mereka bertaut. Bermula dari kisah Sang Senior membuli Sang Junior di minggu suai kenal akhirnya berakhir dengan bakal membina ikatan pertunangan. Tapi kini impian hanya tingal impian. Impian tak semestinya tercapai tapi impian meninggalkan seribu kenangan.

Satu persatu kenangan berputar ligat dibenak Mimi. Kenangan disaat Khafi mula-mula nak masuk jarum. Saat Khafi melamarnya untuk dijadikan isteri sewaktu mereka lepak di Pantai Bulan Mengambang. Masih terasa baru sangat-sangat mereka bersama membeli segala macam persiapan untuk majlis bahagia mereka.

“Cikgu Mimi, saya nak hantar buku latihan,” teguran seorang pelajar. Tersentak lamunan Mimi yang dari tadi duduk ditaman berdepan dengan bilik guru mengenangkan arwah Khafi.

“Laila. Cikgu ingat siapa tadi. Jomlah,” Mimi memaut belakang badan Laila dan mereka beriringan masuk ke dalam isi perut bilik Guru.

“Terima kasih, Laila. Tolong pesan dengan kawan-kawan, Cikgu tak dapat masuk kelas esok sebab Cikgu ada urusan sikit. Minta kawan-kawan buat latihan dan ulangkaji bab 3 ye? Nanti lusa Cikgu masuk kelas, Cikgu nak bagi pop kuiz ok?” arah Mimi.

“Baik Cikgu,” Laila kembali ke kelas untuk mengikuti matapelajaran seterusnya.

“Cikgu Mimi, tolong kejap boleh? Words baru ni buat saya peninglah,” panggil Cikgu Kamariah. Mimi terus melangkah pergi menuju ke meja Cikgu Kamariah. Guru Panitia Bahasa Malaysia di Sekolah Tun Fatimah.

“Yang mana, Cikgu?” Mimi berdiri dibelakang tempat duduk Cikgu Kamariah.

“Ni ha macam mana nak buat kotak ni. Pening saya nak mencari,” Cikgu Kamariah menujuk ke arah skrin komputer.

“Ala, Cikgu. Kalau nak buat kotak ni Cikgu just klik pada insert kemudian ni kan ada ikon kotak ni kan? Cikgu klik pada kotak ni je. Kemudian Cikgu select Cikgu nak berapa banyak column dan berapa banyak row macam ni,” Mimi memainkan tetikus di depan Cikgu Kamariah.

“Habis kalau nak tambah kotak lagi macam mana?” soal Cikgu Kamariah lagi.

“Cikgu tekan tab je. Senang sikit,” Mimi menunjukkan satu contoh pada Cikgu Kamariah.

“Oh! Macam ni je? Senang je le. Terima kasih ye, Cikgu,” Cikgu Kamariah menepuk lengan Mimi. Mimi hanya senyum. Kemudian telefon Mimi berbunyi lagi. Tertera nama 'Ummi Khafi'. Mimi meminta diri untuk menjawap panggilan telefon.

“Mimi, jadi ke datang rumah Sabtu ni?” kedengaran suara Puan Kalsom menyoal.

“Insyallah Ummi,” jawap Mimi.

“Mimi datang sorang je ke? Mak Ayah ikut sama tak?” soal Puan Kalsom lagi.

“Mak dengan Ayah gerak lepas maghrib. Mak dengan ayah suruh Mimi pergi dulu,”

“Ye ke? Nanti bawa kereta baik-baik ye, Nak?” kedengaran sayu suara Puan Kalsom.

“Insyallah Ummi. Ummi ok ke?” dah kedengaran suara Puan Kalsom bergetar.

“Entahlah, Mimi. Ummi terasa sangat kehilangan. Khafi sorang-sorangnya anak lelaki Ummi. Tapi sekarang...” kata-kata Puan Kalsom terhenti disitu.

“Ummi, Ummi bersabar ye? Banyakkan sedekah Al-Fatiha pada arwah Abang Khafi ye? Kita doakan arwah tenang di sana. Walau macam mana pun kita sayangkan arwah, Allah lagi sayangkan arwah lebih dari kita, Ummi,” empangan airmata Mimi pecah akhirnya. Tidak dapat ditahan hatinya lagi dari terus menangis. Tapi terpaksa ditahankan juga dari didengari oleh Puan Kalsom.

“Ummi, cuba,” talian dimatikan dan airmata Mimi pun mengalir deras. Cepat-cepat Mimi berlalu ke bilik air guru. Mimi menutup mulutnya dengan tisu.

Masa berlari tu, boleh pula Mimi terlanggar Cikgu Tarmizi. Rempuhan yang kuat kepada Guru Sukan itu, menyebabkan buku ditangan Cikgu Tarmizi bertaburan.

“Sorry, Cikgu,” Mimi hanya dapat menyatakan maaf dan kemudian terus berlalu ke bilik air guru wanita. Bilik air guru wanita la kan? Tak akan lelaki pulak ye tak?

“Dah kenapa pula Mimi ni? Beria bernangis. Beremosi sungguh. Habis dengan aku, aku dilanggarnya. Hai...” Cikgu Tarmizi mengutip buku-buku yang bertaburan di lantai satu persatu.

Selesai mengutip buku-buku yang bertaburan, Cikgu Tarmizi terus berlalu ke mejanya. Lega dapat duduk selepas 3 jam berturut tak rehat. Kelas pertama kelas Pendidikan Jasmani Kesihatan 2 masa kemudian sambung pula lepas tu dengan kelas Sejarah 1 masa. Lepas ni, rehat kejap 20 minit dah nak mengantikan kelas Cikgu Farah yang cuti bersalin sejak Isnin lepas. Cuti pula 3 bulan. Nasiblah bukan Cikgu Tarmizi sorang yang kena cover semua kelas Cikgu Farah. Kalau tak mau terkejar-kejar kelas jawapnya.

“Argh, leganya,” Cikgu Tarmizi menyandar senang dikerusi bilik guru yang besar dan sangat selesa sambil mata dipejamkan erat.

“Cikgu Tarmizi,” sapa Cikgu Rokiah. Cikgu Tarmizi membuka matanya. Terperanjat dibuatnya bila celik je mata tengok Cikgu Rokiah berbaju merah menyala disebelahnya. Terdorong ke belakang kerusi yang diduduki oleh Cikgu Tarmizi.

“Cikgu kenapa? Okey tak?” Cikgu Rokiah pun turut sama terkejut dengan reaksi Cikgu Tarmizi.

“Fuh! Merah menyala Mak Ngah. Terperanjat saya,” Cikgu Tarmizi mengurut dadanya.

“Ish! Ingatkan kenapa. Buat saya terperanjat jugak je. Nasiblah baby saya tengah tidur. Kalau tak mau megerodak dia dalam ni,” Cikgu Rokiah menunjukkan perutnya yang dah memboyot.

“Alah, alah. Sorry ye baby?” Cikgu Tarmizi menyusun tangan seakan meminta maaf kepada baby dalam perut Cikgu Rokiah.

“Nape Cikgu?” soal Cikgu Tarmizi.

“Ni ha. Kerja rumah yang Cikgu Farah tinggalkan. Cikgu ganti kelas dia kan kejap lagi?”


Cikgu Tarmizi mencapai lembaran kertas yang diberikan kepadanya. Kimia.

“Okey,” lembaran kertas yang dihulurkan kepadanya diletakkan atas buku log guru.

Jam ditangan dibeleknya. Kejap betul masa berlalu. Tinggal lagi 10 minit je nak ganti kelas Cikgu Farah. 


Baik aku gerak sekarang. Dahlah kelas tingkatan 4 nun jauh ke seberang sana. Blok paling hujung sekali.

Air botol 100 plus diteguknya. Dicapai buku latihan pelajar yang hendak disemak, kertas latihan Cikgu Farah dan juga laptopnya sekali. Kerusi ditolak rapat ke meja. Kaki melangkah keluar dari bilik guru.

Cikgu Tarmizi menoleh ke arah kanan. Kelihatan, Mimi berjalan pelahan dengan wajah yang menunduk.

“Cikgu Mimi,” tegur Cikgu Tarmizi lembut bila Mimi sudah hampir kepadanya. Mimi mendongak. Kelihatan matanya masih berair.

Cikgu Tarmizi menyelup sakunya. Dihulurkan sapu tangan kepada Mimi.

“Apa ni?” soal Mimi sambil mengesat hidungnya yang dah berair.

Cikgu Tarmizi membelek-belek sapu tangan ditangannya. Berkerut dahinya mengamati maksud soalan Mimi, “Sapu tanganlah. Ada rupa kain buruk ke?”

“Saya tahulah. Tapi kenapa Cikgu bagi saya sapu tangan ni?” soal Mimi dengan suara tersekat-sekat.

“Oh! Nak suruh lap air mata tu. Saya tengok dah naik lunyai tisu dekat tangan tu,” Mimi teragak-agak nak mencapainya.

“Amiklah. Tak baik student nampak kita menangis,” akhirnya sapu tangan beralih tangan.
Cikgu Tarmizi terus berlalu sambil menyanyi-nyanyi kecil membiarkan Mimi di depan bilik guru. 

Mimi melihat kepada arah Cikgu Tarmizi berjalan. Kemudian dia memandang tisu yang digengamnya erat. Ha'a. Dah lunyai. Mimi melangkah masuk ke dalam bilik guru. Beberapa mata memandang Mimi semacam.


“Sian,Cikgu Mimi ye? Muda-muda lagi dah dapat tekanan jiwa,” bisik Cikgu Maimun pada Cikgu Sofi.

“Kenapa pulak Cikgu Maimun? Saya tengok dia elok je,” Cikgu Sofi menjengah-jengah kepada Mimi.

“Kita nampak dia ok tapi sebenarnya dia tengah bersedih. Bakal tunang dia accident. Meninggal!,” tangan Cikgu Maimun merapati mulutnya dan mula berbisik kepada Cikgu Sofi.

“Ye ke?” memuncung bibir Cikgu Sofi.


###

Hari sabtu yang dinantikan,
Dirumahnya arwah Imran Khafi.

Tepat pada jam 5 petang, Mimi dah sampai di rumah Puan Kalsom. Kedengaran bait-bait ayat suci Al-Quran dialunkan melalui corong radio. Hari ni genap seminggu kembalinya Khafi kepada PenciptaNya. Hari ni diadakan kenduri tahlil terakhir. Hari ni juga merupakan hari sepatutnya menjadi hari bersejarah kepada Mimi dan Khafi. Hari pertunangan mereka!

Mimi melangkah masuk ke ruang dalam rumah. Matanya terpandang kepada dulang hantaran di sudut tepi rumah. Siap sekali dengan separuh gubahan yang dah siap. Hati Mimi jadi sayu. Air mata dah berada ditubir kelopak mata. Menunggu saat untuk dirembes keluar. Sesungguhnya Mimi masih belum cukup kuat untuk menghadapi semua ni.

Diruang matanya masih terbayang Khafi dimana-mana. Senyumannya. Perangai gila-gilanya. Ke kiri, Khafi. Ke kanan, Khafi. Mimi terusik. Disuatu sudut lain rumah pula, masih jelas lagi bayangan jenazah Khafi terbujur kaku. Mimi terduduk dilantai rumah. Masa terputar pada seminggu yang lalu...




Asyik benar Mimi melaram dengan mengenakan persalinan baju bertunang yang dah siap dijahit oleh Mak Su. Persalinan kebaya moden warna putih unggu benar-benar menaikkan seri Mimi.

“Cantiknya, Mak Su! Tak sabar nak tunggu minggu depan,” excite Mimi. Dipusing-pusingkan badannya depan cermin meja solek.

“Tengoklah siapa tukang jahitnya pulakkan?” Mak Su betul-betul angkat bakul sendiri.


Kemudian dah puas membelek-belek diri depan cermin, Mimi duduk di birai katil wajahnya monyok semacam.

“Hai! Dah kenapa pulak ni? Tadi bukan main menari-nari lagi,” perli Mak Su.

“Entahlah, Mak Su,” keluh Mimi.

“Kenapa ni? Gaduh dengan Khafi ke?” Mimi mengeleng.

“Barang hantaran tak beli lagi?” Mimi mengeleng lagi.

“Tarikh tunang tukar ke?” Mimi masih mengeleng.

“Majlis batal ke?”

“Ish! Ada pulak ke situ. Tak lah, Mak Su. Hal lain,” cebik Mimi.

“Habis, sebab apa? Hal apa?”

“Khafi,” jawap Mimi sepatah.

“Tadi Mak Su tanya, gaduh ke tak, kamu geleng,”

“Kami tak gaduh pun. Tapi sejak dua menjak ni, Khafi lain macam sikitlah Mak Su. Dia dah tak nak keluar selalu-selalu dengan Mimi. Last keluar pun 2 minggu lepas masa beli cincin. Lepas tu mana ada lagi dah,” cerita Mimi.

Busy agaknya,” positif Mak Su.

Busy apa. Kerja dia bukan macam Mimi. Sabtu ahad pun kena mengajar. Dia tu kerja jadi consultant je,” Mimi meluahkan rasanya.

“Kerja jadi consultant pun kadang-kadang busy jugak, Mimi. Nak-nak kalau jadi consultant kewangan macam Khafi tu. Lagi banyak nak kena fikir. Entah-entah, malam pun dia masih bekerja lagi. Mana kita tahu kan?”

“Mak Su nak tau tak? Mimi tanya dia kenapa dah lama tak nak keluar berdua, Mak Su nak tau apa dia cakap? Dia boleh cakap nanti kalau ditakdirkan dia pergi dulu buat selamanya, masa tu langsung dah tak boleh jumpa dah. Boleh ziarah kubur je. Sakit hati Mimi dia cakap macam tu, Mak Su,” rajuk Mimi.

“Ala. Dia bergurau je tu. Saja je tu. Alah, Mimi. Mimi anggap jelah, Khafi busy kerja tak sempat nak jumpa Mimi. Nanti dah kahwin nanti, jumpalah selalu-selalu. Takde siapa yang nak melarangnya,” peha Mimi ditepuknya.

“Mak Su ni,” malu Mimi.

Telefon Mimi menyanyikan lagu 'Words' dari Boyzone. Mimi berlalu ke meja solek untuk menjawap panggilan.

“Khafi, Mak Su,” melompat riang Mimi bila tertera di skrin telefon bimbitnya 'Khafi House'

“Sukalah tu,”

“Hello, As'salamualaikum,” Mimi menjawap lembut.

“Wa'alaikumsalam. Kak Mimi!” kedengaran suara Naina menangis.

“Naina, kenapa ni?” Mimi bersuara cemas.

“Abang Khafi, Kak Mimi! Abang Khafi!” dada Mimi tiba-tiba menjadi berombak deras.

“Kenapa dengan Abang Khafi?” mata Mimi dan Mak Su bertaut.

“Abang Khafi accident. Kereta dia meletup,” tergagap Naina menyampaikannya.

“Apa? Abang Khafi accident?” air mata Mimi dah jatuh berjurai mendengarkan berita yang satu tu. Mak Su terus berdiri mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Mimi.

Mimi tanpa berlengah, dicapai selendang di kepala katil dan dengan tak berkasut terus memecut kereta menuju ke Hospital Seri Sendayuh. Sepanjang perjalanan ke hospital, bergeleng air mata Mimi yang jatuh tidak dihiraukan lagi. Matlamatnya hanya nak berjumpa dengan Khafi.

Sampai dihospital, Mimi yang berkaki ayam terus menuju ke arah Naina.

“Abang Khafi mana, Naina?” soal Mimi sambil terjengah-jengah ke arah wad kecemasan.

Naina hanya mampu menangis. Mimi beralih kepada Puan Kalsom.

“Ummi, mana Abang Khafi? Dia okey tak?” soal Mimi bertubi. Puan Kalsom hanya mampu memeluknya

“Ummi, Mimi tanya ni. Abang Khafi mana?” soal Mimi lagi.

“Kak Mimi, Doktor tengah usaha selamatkan Abang Khafi,” Naina memeluk Mimi dari arah belakang.

“Waris Encik Imran Khafi,” jerit seorang jururawat.

“Saya,” lambai Puan Kalsom. Berlari anak mereka ke arah jururawat tadi.

“Maaf. Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan Encik Imran Khafi, ” tenang tutur seorang doktor muda.

Puan Kalsom yang mendengarnya terus pengsan. Khamil menahan Puan Kalsom dari terus jatuh ke lantai.


Mimi tergamam.

Doktor, please do something. Please save Khafi. Please doktor,” Mimi merangkul kolar baju doktor yang menghabarkan berita itu dengan juraian air mata.

We have try our best. Badannya dah berbakar hampir 80 %. Kalau dia selamat, dia hanya mampu hidup untuk satu tempoh jangka pendek. Mungkin sehari mungkin seminggu. Allah lebih sayangkan dia, Puan” pelahan Mimi meleraikan rangkulannya.

Mimi terus terjelepuk ke lantai dengan juraian air mata yang semakin membasahi pipinya. Tak sangka kata-kata terakhir Khafi tentang andai dia tiada buat selamanya menjadi kenyataan.

“Mimi, kenapa duduk di sini?” teguran Puan Kalsom menarik Mimi ke alam realiti. Air mata yang mengalir dipipi tanpa sedar dilapnya pantas.

“Tak ada apa, Ummi,” Mimi bangun dan terus berdiri dengan Puan Kalsom.

“Ya ke? Ni pipi basah ni,” Puan Kalsom menyentuh pipi Mimi.


Wajah dihadapannya saling tak tumpah milik Khafi. Sekali lagi air matanya mengalir bila dipejamkan matanya.

“Ummi tahu Mimi masih bersedih. Tapi kalau Mimi tak kuat, Ummi lagi tak kuat. Jangan nangis ya, Nak?” Puan Kalsom bersuara sebak. Air mata di pipi Mimi di sapu dengan ibu jari. Mimi dipeluknya erat.

“Ummi, yang ni semua nak letak mana?” soal seorang lelaki dari arah belakang Mimi. Puan Kalsom meleraikan pelukannya. Mimi masih mengesat air matanya.

“Apa tu?” soal Puan Kalsom kepada lelaki berkenaan.

“Surah Yassin,” jawap lelaki berkenaan ringkas.

“Mizi letak je sana ya? Atas meja tu,” Puan Kalsom menunjuk kepada lelaki bernama 'Mizi' ke suatu sudut rumah.

Mizi terus membawa bekas yang berisi Surah Yassin diatas meja yang ditunjukkan Puan Kalsom. Saat dia berpatah kebelakang. Dia seakan perasaan akan wanita disebelah Puan Kalsom.

“Cikgu Mimi,” sapa Mizi.
Mimi menoleh ke kirinya. Berkerut dahinya melihatkan orang yang berada dihadapannya.

“Cikgu Tarmizi?” terkejut Mimi melihatkan Cikgu Tarmizi dihadapannya.

“Mizi kenal ke dengan Mimi?” soal Puan Kalsom kepelikkan.

“Kenal. Salah sorang Cikgu sekolah Mizi mengajar,” jawap Cikgu Tarmizi.

“Mimi buat apa dekat sini?” soal Cikgu Tarmizi kepada Mimi. Mimi memandang kepada Puan Kalsom.

“Ni tunang Khafi,” jawap Puan Kalsom pelahan.

“Oh! Takpelah. Mizi keluar dulu ye?” Cikgu Tarmizi terus melangkah keluar tanpa memandang kepada Mimi.

Sepanjang kenduri, Mimi seakan cuba untuk merapati Cikgu Tarmizi. Tapi Cikgu Tarmizi sebaliknya. Dia lebih selesa untuk mengelak dari berjumpa dengan Mimi. Dia seakan hilang kata-kata selepas mengetahui Mimi, tunang kepada Khafi.

###
Bilik Guru sekolah Tun Fatimah.

Semenjak dari hari itu, Cikgu Tarmizi dan Mimi tidak pernah lagi berhubung seperti selalu. Kalau ternampak je Mimi tak kira di mana pun mesti Cikgu Tarmizi akan cepat-cepat beralih ke arah lain. Perubahan Cikgu Tarmizi yang cuba mengelak daripada terserempak dengannya menghasilkan beberapa lagi mulut tempayan yang tidak dapat ditutup. Ada yang kata, Cikgu Tarmizi jadi macam tu sebab Mimi tolak cinta dia. Tak kurang jugak yang cakap Cikgu Tarmizi yang macam tu sebab nak elakkan gosip yang menular dalam kawasan sekolah. Gosip hangat yang menyatakan Cikgu Tarmizi dan Mimi bercinta!

Mimi beberapa kali cuba mendekati Cikgu Tarmizi tapi Cikgu Tarmizi lebih awal mengelak. Habis rumput rumpai di langgarnya. Pernah sekali tu Cikgu Tarmizi masuk ke bilik guru yang kosong. Tiba-tiba, Mimi bangun. Mata mereka bertaut buat beberapa saat. Bila Mimi nak menegur, Cikgu Tarmizi pun apa lagi, bangun, ditoleh kebelakang dan terus cabut ke bilik air.

Masa makan di kantin sekolah, Cikgu Tarmizi terperasan yang tinggal Mimi seorang sahaja di meja makan guru. Sanggup dia berpatah balik menuju ke koperasi sekolah untuk membeli roti dan air kotak sahaja sebagai pangalas perut.

Entah apa masalah yang sedang cuba di wartakan oleh Cikgu Tarmizi dengan Mimi. Adakah salah kalau aku merupakan tunang Khafi? Apakah hubungan Cikgu Tarmizi dengan Ummi? Nak tanya dengan Ummi kang dikatakan busy body. Paling teruk nanti dituduhnya aku ni tak setia. Aduh! Kusut kepala otak mak cik macam ni.

Semakin hari keadaan semakin teruk. Lebih teruk bila ada yang mula mengusik.

Akibatnya, Mimi yang menjadi mangsa. Ramai cikgu yang dah mula berkias tentang hal ini. Mimi serasa seakan dia penyebab semua ini berlaku sedangkan dia pun tak tahu apa yang dah terjadi dan dia sendiri masih mencari-cari hubungan antara Cikgu Tarmizi dengan arwah Khafi.
Pagi itu, selepas habis mengajar satu kelas, Mimi berjalan pelahan ke bilik guru. Sengaja dia berjalan pelahan sambil menegur beberapa orang Cikgu yang melalui jalan yang sama.

Beberapa meter sebelum sampai ke bilik guru, kelihatan Cikgu Tarmizi baru duduk dimejanya. Dalam kepala Mimi hanya satu, MENCARI KEPASTIAN! Mimi berjalan pantas ke arah bilik guru. Langkah diatur terus ke meja Cikgu Tarmizi.

We need to talk,” Mimi menepuk pelahan meja Cikgu Tarmizi. Terperanjat Cikgu Tarmizi yang baru nak mengeliat.

Saat itu, mata mereka bertemu. Ibarat ada current disitu, Mimi mengalihkan pandangnya. Mata-mata Si Mulut Tempayan saling memandang dan terjengah-jengah.

“Saya banyak kelas,” jawap Cikgu Tarmizi.

After class. Taman Seri Sendayuh,” tegas tutur suara Mimi.

“Tengoklah. Tak berani janji. Ada latihan bola sepak,” Cikgu Tarmizi tak menoleh kepada Mimi pun. Dibuatnya membetul-betulkan buku latihan pelajar.

“Jangan nak tipu. Saya dah tanya Farid pasal traning dan dia sendiri cakap traning akan bermula pada cuti sekolah minggu hadapan, ” Cikgu Tarmizi mengaru pelipisnya. Aduhai! Bikin kantoi betullah budak Farid ni.

“Saya banyak urusan lain,” dalih Cikgu Tarmizi lagi.

No more accuse,” Mimi bertindak merampas buku latihan yang dipegang Cikgu Tarmizi. Cikgu Tarmizi memandang Mimi.

“Okey, okey,” dirampas kembali buku latihan dari tangan Mimi.

“Jam 5 petang, Taman Seri Sendayuh,” ulang Mimi kemudian terus berlalu ke mejanya.
Pada saat itu, Cikgu Sofi yang terdengar perbualan Mimi dan Cikgu Tarmizi terus berjengket menuju kepada Cikgu Maimun dan Cikgu Farah yang baru naik cuti bersalin.

“Cikgu, comfirm diaorang ada skandal,” bisik Cikgu Sofi yang duduk bertinggung antara Cikgu Maimun dan Cikgu Farah.

“Eh! Memanglah dah lama dia orang tu ada affair. Tapi biarlah Cikgu, sama-sama bujang. Sama-sama takde pakwe, makwe,” tegur Cikgu Farah.

“Tu tak payah cerita Cikgu. Satu sekolah dah heboh. Tapi Cikgu nak tahu tak? Start dari Cikgu cuti bersalin, dia orang dah tak bertegur sapa tau. Macam tengah bergaduh,” sampuk Cikgu Maimun.

“Ha'a, betul tu, Cikgu. Tadi saya dengar, Cikgu Mimi ajak Cikgu Tarmizi jumpa Taman Seri Sendayuh. Mana tahu kalau dia orang nak berbaik-baik balik? Kita kena ambil pusing semua ni. Manalah tahu kot, kot kita boleh bantu dia orang bina masjid? Dapat jugak kita pahala,” bersungguh cerita Cikgu Sofi.

“Habis Cikgu nak buat apa?” soal Cikgu Farah pada Cikgu Sofi.

“Kita pergi sana sekali,” cadang Cikgu Sofi.

“Ok!” tak sangka rupanya perbualan mereka bertiga didengari oleh Cikgu Rokiah, Cikgu Taib, Cikgu Kamariah dan juga Cikgu Musa. Terkejut Cikgu Sofi, Cikgu Farah dan Cikgu Maimun dibuatnya.

###
Taman Seri Sendayuh.

Cikgu Tarmizi datang lewat daripada masa yang dijanjikan. Masa yang dijanjikan adalah pada jam 5 petang tapi pukul 6 petang baru Cikgu Tarmizi tiba. Sebenarnya lambat sejam tu sebab Cikgu Tarmizi duduk diam sahaja dalam kereta dekat setengah jam. Sengaja nak dibiarkan Mimi menunggunya dan ternyata Mimi sangat setia menunggunya. Ya, Mimi amat setia!

Tapi nak tahu tak sesuatu? Cikgu Tarmizi tak senang duduk lepas bersetuju dengan cadangan Mimi. Peluh merecik dah terkira banyaknya. Buat kerja semua dah tak betul. Mengajar pun dah tak boleh. Semua jadi tunggang langgang.

Petang tu, lepas je habis mengajar, Cikgu Tarmizi dah bertapa di surau sekolah. Mencari kekuatan yang ada. Bukan mudah berhadapan dengan Mimi. Nak, nak dia adalah tunang arwah Khafi.

“Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku untuk berhadapan dengan Mimi Asmida. Amin,” doa Cikgu Tamizi lewat doanya.

“As'salamualaikum,” sapa Cikgu Tarmizi kepada Mimi yang sedang duduk dikerusi sambil mengadap kepada tasik didepannya.

“Wa'alaikumsalam,” Mimi menoleh kepada Cikgu Tarmizi yang sesaat.
Buat seketika, masing-masing cuba menghayati kedamaian, ketenangan dan keagungan ciptaan Maha Besar Allah.

“Ada apa nak jumpa dekat sini?” soal Cikgu Tarmizi dengan tangan disimpan dalam poket seluarnya.

“Kenapa Cikgu elakkan diri dari saya?” soal Mimi sambil memandang Cikgu Tarmizi.

“Panggil je Mizi,” lain ditanya, lain yang dijawap.

“Okey. Kenapa Mizi elakkan diri dari saya?” soalan diubah. Buang perkataan 'cikgu' dan digantikan dengan nama 'mizi'.

“Umm...Takde sebab,” Cikgu Tarmizi menjungkitkan bahunya.

“Apa? Tak ada sebab? Mizi tahu tak, sebabkan perubahan Mizi ni saya yang jadi mangsa tahu tak?” Mimi berdiri dah merapati Cikgu Tarmizi.

“Saya tak buat apa pun,” Cikgu Tarmizi melangkah ke depan.

“Tengok, saya dekat je dengan Mizi, Mizi menjauhkan diri,” tegur Mimi.

“Mana ada,” Cikgu Tarmizi melapangkan tangannya dan mengadap Mimi. Seketika kemudian dia kembali menghadap ke hadapan.

“Mizi, saya ajak awak jumpa ni bukan nak ajak berdating atau berjumpa suka-suka. Saya nak tahu je kenapa awak menjauhkan diri dari saya. Dah dekat 3 bulan dah Mizi. 3 bulan sejak kita jumpa rumah arwah Khafi. 


"Apa saya ni dah terkena badi arwah ke yang awak takut sangat nak dekat dengan saya?” ton suara Mimi dikuatkan.

“Siapa kata? Saya tak kata apa-apa pun,” Cikgu Tarmizi berpaling ke belakang. Jarak antara dia dan Mimi hanya beberapa sentimeter sahaja.

“Habis tu kenapa? Sebab apa awak jauhkan diri awak dari saya? Kenapa, Mizi?” soal Mimi bertubi.


Cikgu Tarmizi melangkah menuju ke kerusi yang diduduki oleh Mimi sebentar tadi. Mimi hanya memerhatikan Cikgu Tarmizi. Cikgu tarmizi meraup mukanya dan kemudian ditongkatkan dagunya. Matanya memandang kepada Mimi.

“Sebab Khafi,”

“Sebab Khafi? Apa kena mengena Khafi dengan awak menjauhkan diri dari saya?” Cikgu Tarmizi menganggukkan kepalanya.

“Yup. Khafi pernah warning saya supaya jangan dekat dengan awak tak kira sama ada dia hidup atau pun dah mati,” cerita Cikgu Tarmizi.

“Cop. Awak jangan nak main-main, Mizi. Jangan nak kaitkan dengan orang yang dah pergi,”

“Itulah hakikatnya,”

“Saya tak faham. Boleh tak jangan cakap belit-belit?” Mimi duduk disebelah Cikgu Tarmizi. Cikgu Tarmizi menjarakkan kedudukkannya ke kiri sedikit.

Cikgu Tarmizi mengambil nafas sebaris.

“Kami sebenarnya kawan sejak dari sekolah lagi. Kawan baik. Sangat-sangat baik. Selepas SPM, Khafi sambung study di Matriks manakala saya meneruskan STPM. Kemudian, masing-masing teruskan study dekat universiti terpilih. Saya di UMT, Khafi di UNIMAS. Kami terputus hubungan bila masing-masing sibuk dengan kuliah dan tugasan. Ditambah pula dengan jarak yang jauh. Sorang dekat pantai timur, sorang dekat seberang Laut China Selatan. Kami bertemu kembali setahun yang lepas masa pameran buku antarabangsa,”

Cikgu Tarmizi menarik nafas dalam kemudian dihembuskan sebelum menyambung.

“Kami kemudiannya terus ke kedai mamak dan berborak dan terus berborak. Masa itulah Khafi warning saya,”

“Kenapa Khafi warning Mizi?” potong Mimi.

“Dulu, kami berdua saling bertukar pasangan. Kahfi akan 'rampas' makwe saya bergitulah saya. Kami suka macam tu. Tapi kami tak merosakkan dia orang. Sekadar untuk suka-suka. Lagi pun kami tak pernah nak terfikir pada hubungan yang serius. Bila Khafi bercerita yang dia akan bertunang, saya sengaja mengusik kalau-kalau saya boleh merampas awak dari Khafi,”

“Apa? Ingat saya ni barang ke nak buat macam tu?” sekali lagi kata-kata Cikgu Tarmizi dipotong Mimi. Kali ni dengan nada penuh kemarahan.

“Sabar dulu, Mimi. Bagi saya habis cerita dulu,” Cikgu Tarmizi cuba untuk melegakan hati Mimi.

“Sudahlah, Mizi,” Mimi terus berlalu meninggalkan Cikgu Tarmizi di kerusi.

“Mimi, nanti dulu. Cerita tak habis lagi,” kejar Cikgu Tarmizi.

“Sudahlah. Saya tak mau dengar dah,” Mimi menutup telingannya. Air matanya melimpah. Mimi berlari ke arah keretanya.

“Mimi Asmida,” lengan Mimi di rentap oleh Cikgu Tarmizi. Tersentak Mimi dibuatnya.

“Cuba dengar dulu. Tadi kata nak sangat tahu kan? Boleh bagi saya habiskan cerita tak?”

“Nak cerita apa lagi?” ronta Mimi.

“Awak ikut saya,” lengan Mimi ditarik kembali ke kerusi tadi.

“Duduk,” arah Cikgu Tarmizi. Mimi mengeleng.

“Duduk!” arah Cikgu Tarmizi dengan lebih tegas. Mimi terpaksa akur.

“Mimi, Khafi sangat-sangat sayang awak. Kalau dia tak sayang awak, tak akan dia warning saya macam tu. Terus terang. Khafi memang tak main-main cintakan awak, Mimi. Dia memang sayangkan awak,” Cikgu 


Tarmizi sambung cerita kembali.

“Habis kenapa awak tak jauhkan diri awak dari saya sejak setahun lepas? Kenapa baru sekarang?” Mimi menyoal dengan linangan airmata.

“Sebab saya baru tahu awaklah Mimi Asmida, tunang Khafi. Khafi tak pernah tunjuk walau sekeping pun gambar awak pada saya. Jadi macam mana saya nak tahu awaklah tunang Khafi,” jawap Cikgu Tarmizi jujur.

“Kenapa dulu awak boleh rapat dengan saya kenapa tidak sekarang? Adakah hanya kerna amaran Khafi yang buat awak terus jadi macam ni? ” soalan yang hampir sama.

“Soalan tu saya tak dapat jawap,”

“Kenapa?”

“Biarlah jadi rahsia saya,”

“Kenapa?” jerit Mimi.

“Sebab saya tersepit antara cinta dan sahabat lama,” Cikgu Tarmizi terus berdiri sambil mengusut masaikan rambutnya. Mimi terpana.

“Saya dah lama suka awak, Mimi. Sejak dari hari pertama awak report duty sebagai cikgu di Sekolah Tun Fatimah. Saya dah merancang untuk melamar awak awal tahun ni tapi tiba-tiba Khafi kembali kepada yang Esa. Dan awak pula muncul sebagai tunang Kahfi. Saat tu, kata-kata Khafi terngiang-ngiang ditelinga saya. Saya tak mampu melupakan seorang sahabat hanya kerna cinta seorang wanita. Sebab itu, saya memilih untuk melupakan siapa awak dihati saya,” cerita Cikgu Tarmizi tiba-tiba ditepuk kuat dari sebalik Pokok Ara yang besar.

Mimi dan Cikgu Tarmizi memaling kepada mereka yang menepuk. Alangkah bukan main terkejutnya mereka berdua bila melihatkan yang menepuk tangan itu, cikgu-cikgu Sekolah Tun Fatimah. Bukan itu sahaja, turut serta beberapa orang yang kebetulan berada ditaman untuk bersenam.

Masa tu, dalam hati Mimi dan Cikgu Tarmizi, hanya Allah yang tahu. Pucat lesi muka masing-masing.

“Terharu betul saya dengar kisah Cikgu berdua,” Cikgu Kamariah mengesat airmatanya.

“Mimi, Tarmizi, apa kata kalau kamu berdua sama-sama kahwin. Yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup ni harus teruskan kehidupan,” nasihat pula Cikgu Rokiah. Guru kaunseling di Sekolah Tun Fatimah.

“Tarmizi, lamarlah Mimi. Lamarlah,” provok Cikgu Musa pula.

“Ya, lamar dia. Lamar! Lamar! Lamar!” gamat suasana di taman dengan jeritan semua orang menyuruh Cikgu Tarmizi melamar Mimi.

Cikgu Tarmizi memandang Mimi. Mimi mengeleng.

“Tidak! Cinta saya hanya pada Khafi,” Mimi terus berlari ke arah keretanya. Cikgu Tarmizi hanya mampu memandang.

###
Rumah Mimi.

Sampai di rumah, Mimi terus masuk ke biliknya.

“Ina, kenapa dengan Mimi tu?” soal Encik Khalid pada isterinya, Puan Sallina.

“Entah,” jawap Puan Salina yang kemudian meletakkan air kopi di depan Encik Khalid.

“Ina, awak tegur-tegurlah sikit anak dara awak tu. Jangan dikenang sangat orang dah pergi. Bukan boleh 
kembali pun!”

“Saya dah tegur dah. Tapi dia masih macam tu,”

“Saya tengok, sejak Khafi meninggal. Mimi tu kerjanya asyik murung je. Tu badan dah naik kering dah saya tengok. Dulu kurus ni dah jadi kering dah. Sikit lama lagi mau jadi tulang anak kita tu, Ina oiii,”

“Ish! Apa awak ni? Doakan anak kita jadi macam tu,”

“Saya tak doakan tapi manalah tahu. Terlalu sangat makan hati,”

“Encik Khalid, kalau awak dah pandai sangat cakap, apa kata awak awak pergi cakap sendiri dengan anak awak sebelum apa yang awak doakan menjadi kenyataan,” Puan Salina terus berlalu ke dapur.

“Saya pulak?” Encik Khalid menunjuk kepada dirinya.

Hari terus berginjak ke waktu malam. Mimi masih belum keluar dari biliknya sejak balik dari Taman Seri Sendayuh. Encik Khalid dan Puan Salina saling berpandangan. Masing-masing risau tentang Mimi.

“Ina, awak pergilah panggil budak bertuah tu keluar? Dah pukul 10 tak keluar-keluar lagi,” arah Encik Khalid.

“Awaklah. Cakap saya ni kang bukan dia nak dengar,” dalih Puan Salina.

“Awak kan maknya?” Encik Khalid mencekak pingang depan Puan Salina.

“Habis awak bukan ayahnya?” Puan Salina pun melakukan perkara yang sama. Siap jengkil-jengkiil mata lagi.

Mereka berdua saling berlawan antara satu sama lain. Masing-maisng tak mahu mengaku kalah. Tiba-tiba daun pintu dikuar dari dalam.

“Mak dengan ayah ni kenapa?” soal Mimi yang keluar dengan mata sembab.

Mimi terus berlalu menuju ke arah dapur. Puan Salina mencuit Encik Khalid.

“Pergilah cakap,” bisik Puan Salina.

“Ish! Awak ni,”Puan Salina menolak Encik Khalid ke depan.

Encik Khalid bergerak pantas mengejar Mimi yang dah nak melangkah masuk ke dalam bilik air.

“Dah pukul 10 baru ingat nak mandi?” teguran Encik Khalid membantutkan langkah Mimi. Mimi menoleh ke belakang.

“Ni kenapa hidung merah, mata merah, pipi sembab?” soal Encik Khalid bila Mimi menoleh ke belakang. Mimi mangambil tuala dan terus menutup pipinya.

“Takde apa-apa,” jawap Mimi menuju ke arah peti ais pula.

“Mimi, duduk sini kejap. Ayah ada benda nak cakap dengan Mimi,” Encik Khalid mengajak Mimi duduk di meja makan bersama. Mimi akur.

“Ina, awak buatkan kami air kopi. Banyak benda nak bercerita ni,” arah Encik Khalid.

“Mimi ni ayah tengok sejak Khafi meninggal, Mimi banyak sangat bersedih. Sudah-sudahlah sedihnya. Yang pergi akan tetap pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Kena kuatkan iman. Kena tetapkan hati. Yang pergi dah tentu-tentu di sana. Kita di sini hanya mampu berdoa hanya mampu memohon agar dia di sana dijauhkan dari segala azab dan seksaan api neraka,” kutbah Encik Khalid bermula.

“Mimi tahukan? Meratapi orang dah meninggal tu tak baik? Ibarat kita terleka dengan hasutan Iblis dan Syaitan. Ibarat seperti kita menidakkan Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Kita ni tetap hamba Allah di dunia ni yang perlu melipat gandakan setiap amalan kita,” air mata Mimi mengalir deras dipipinya.

“Mimi, hubungan kita dengan mereka disana terputus bila masanya mereka kembali kepada Penciptanya, Nak. Mimi tahukan?” Puan Salina yang dah siap dengan air kopi dihidangkan didepan mata mereka.

“Tahu. Mimi tahu Mak,” jawap Mimi dengan tertahan-tahan air matanya.

“Mimi. Dah sampai masanya Mimi lepaskan Khafi pergi, Nak. Dah sampai masanya Mimi kena redha pada setiap ketentuan Allah,” sambung Puan Salina pula.

Mimi memandang kepada Puan Salina. Puan Salina mengelap pipi Mimi. Mimi menutup matanya. Mengalir laju air mata dari kelopak matanya.

“Mimi kena mulakan hidup baru dengan orang yang baru. Jadikan Khafi sebagai sejarah dan orang yang baru sebagai masa depan,” Encik Khalid menepuk bahu Mimi.

“Betul cakap ayah tu. Mimi kena kuat, Nak. Mimi kena fikir masa depan Mimi,” sokong Puan Salina.


Mimi hanya diam. Lidahnya kelu untuk berbicara. Akhirnya,“Mimi cuba.”

Selepas daripada itu, Mimi berlalu ke bilik air. Dibasuhi mukanya dengan pencuci muka White Spa. Wudhuk disapu rata ke seluruh anggota badan. Langkah terus diatur ke biliknya. Kini, badannya telah siap ditutupi dengan telekung untuk sujud kepadaNya.

“Ya Allah, Engkau ampunkan tiap-tiap dosaku. Engkau kuatkanlah imanku Ya Allah. Jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang memesongkan akidahku,” rintihan Mimi di malam hari dengan bermunajat kepadaNya.

“Ya Allah. Seandainya Imran Khafi bukan jodoh buatku, Engkau bantulah hambaMu ini untuk keluar dari segala kesedihan dan kepayahan melupakan dia Ya Allah. Engkau jadikan hambaMu ini dikalangan hamba yang kuat untuk melawan hasutan iblis dan syaitan. Jauhkanlah sifat sedih dan sentiasa bermuram durga atas setiap ketentuanMu Ya Allah,” air mata mengalir deras di pipi Mimi.

“Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusanku di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya hambaMu redha atas setiap yang Engkau tuliskan buatku. Amin,” mukanya diraup dengan sendu bertaut.

###


Dewan Sekolah Tun Fatimah.

“Amboi! Bukan main sedondon lagi pasangan Cikgu kita ni,” usik Cikgu Kamariah sambil memuncungkan bibirnya ke arah Cikgu Tarmizi yang duduk di barisan hujung sebelah kiri Dewan dengan beberapa lagi Cikgu lelaki.

Mimi mengalihkan pandangannya kepada arah muncung Cikgu Kamariah. Ya Allah, macam mana boleh terpakai baju yang sama ni? Dah tu pakai batik yang Puan Pengetua pernah hadiahkan untuk semua cikgu-cikgu dan kakitangan Sekolah Tun Fatimah. Lebih tragis, hanya mereka berdua je yang berkobar mengenakan baju batik yang dihadiahkan Puan Pengetua. Cikgu yang lain ratanya mengenakan baju batik sendirian berhad.

“Hari ni kan hari Khamis kebetulan pula kita kan ada majlis Hari Qualiti? Tak tersengaja tersama pakailah Cikgu,” tersipu Mimi mengelakkan spekulasi antara dia dan Cikgu Tarmizi.

“Iyalah tu Cikgu,” sampuk Cikgu Sofi. Mimi hanya senyum.

“Kalau Cikgu dah pun terima Cikgu Tarmizi pun elok jugak. Dapat kami makan nasi minyak nanti,” usik pula Cikgu Farah yang duduk dibelakang Mimi. Mimi senyum dan kemudian mengeleng.

Mimi semakin malu diperlakukan bergitu. Semenjak dari peristiwa di Taman Seni Sendayuh beberapa bulan lepas, Mimi dan Cikgu Tarmizi semakin galak diusik. Siap dengan Puan Pengetua sekali mengusik. Naik berbuih mulut menafikan hubungan mereka tapi cikgu-cikgu di sekolah ni masih tetap mengusik.

Walaupun Mimi semakin lama semakin dapat melupakan arwah Khafi tapi sedikit sebanyak dia akan tetap teringat akan Khafi bila melibatkan perkara yang menyentuh kisah mereka. Alhamdullilah, Mimi dah kembali menjalani kehidupan yang ceria sepertimana sebelum kematian Khafi.

Cikgu Tarmizi pun tidak lagi mengelakkan dirinya bila berjumpa dengan Mimi. Cuma sekarang ni sedikit terbalik. Jika dulu Cikgu Tarmizi mengelak dari berjumpa dengan Mimi disebabkan oleh amaran Imran Khafi, tapi kini Mimi pula jadi bergitu. Mimi tidak mengelak tapi sebaliknya akan senyum dan kemudian menunduk bila terserempak dengan Cikgu Tarmizi.

Perubahan itu mendatangkan senyum panjang pada Cikgu Tarmizi. As long as they are happy! Sekurang-kurangnya tidak timbul lagi segala salah faham antara mereka walaupun hati Cikgu Tarmizi semakin terpaut dengan karakter yang dibawakan Mimi sekarang. Seakan wanita melayu terakhir.

“Pada hari ini, disamping kita meraikan para pelajar yang cemerlang sepanjang tahun ini, kita juga turut meraikan seorang daripada Guru kita iaitu Cikgu Tarmizi y ang akan mengikuti misi Kementerian Pelajaran dengan usahasama Wisma Putra untuk mencurahkan bakti sebagai Guru di kawasan yang mengalami pergolakkan politik. Yang mana para pelajarnya tidak seperti kamu semua yang dapat menuntut ilmu tanpa jurang perbezaan. Sangat bertuah kerana dilahirkan dibumi Malaysia yang aman ini,” ucapan Puan Pengetua mengejutkan Mimi dan mengundang hingar bingar dewan untuk beberapa saat. Cikgu Tarmizi akan mengikuti misi?

“Justeru dengan itu, kita minta agar Cikgu Tarmizi dapat naik ke pentas untuk memberikan sepatah dua kata,” Cikgu Tarmizi melangkah pantas ke atas pentas. Mimi menghantarnya hanya dengan mata yang berkaca mata.

“As'salammualaikum. Salam sejahtera kepada semua. Firstly, cikgu nak ucapkan syukran jazilan kepada Maha Suci Allah kerana memberikan peluang untuk menaburkan bakti cikgu kepada mereka yang kurang bernasib baik. Pada mulanya cikgu ingatkan cikgu diberikan peluang untuk mengajar di kawasan pendalaman Sabah Sarawak tapi peluang itu diberikan kepada peringkat yang lebih tinggi. Alhamdullilah. Cikgu pergi tak lama adalah dalam 3 ke 5 tahun. Cikgu doakan kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM lulus dengan cemerlang,” Cikgu Tarmizi mengetap bibirnya sekejap

“Kepada pasukan Bola Sepak Sekolah, cikgu minta maaf kerana cikgu tidak akan berada bersama-sama kamu berlawan untuk piala MSSM minggu hadapan tapi Cikgu harap kamu akan dapat merangkul gelaran juara sekali lagi!” Cikgu Tarmizi mengangkat tangannya tinggi ke langit dewan dengan ikuti oleh sorakkan pemain pasukan bola sepak sekolah.

Cikgu Tarmizi menarik nafas sebaris.

“Kepada pelajar-pelajar yang pernah cikgu ajar, cikgu dah halalkan segala ilmu yang cikgu berikan dan cikgu juga berharap semua dapat mempraktikkan setiap ilmu yang telah cikgu curahkan. Ingat satu je, dengan ilmu kita berjaya kerna imu adalah maruah kita. Sekian sahaja daripada cikgu. As'salammualaikum. Terima kasih,” Cikgu Tarmizi berlalu turun dari pentas dan kembali duduk di kerusinya.

Mata mimi tak beralih daripada memandang Cikgu Tarmizi. Jauh disudut hatinya terasa pedih. Terasa sangat pilu mendengarkan berita itu. Bila saat mata Cikgu Tarmizi memandang Mimi, Cikgu Tarmizi menundukkan mukanya.

###
Restoran Terapung Seri Melayu Sendayuh.

Usai majlis Hari Qualiti, para pelajar dibenarkan pulang dengan ibu bapa masing-masing. Sekolah dibuka hanya separuh hari sahaja pada hari ini untuk memberikan laluan untuk jamuan ringkas bagi Cikgu Tarmizi. Disebabkan hanya Puan Pengetua sahaja yang tahu akan hal ini, tiada sebarang persiapan dilakukan untuk meraikan pemergian Cikgu Tarmizi.

Jamuan ringkas yang diaturkan pun ditempah semalam oleh Puan Zanitha, Ketua Pembantu Tadbir sekolah. Sponsarnya tentulah Puan Pengetua! Kayakan Puan Pengetua? Jom rompak nak?

Sepanjang jamuan berlangsung, Mimi lihat Cikgu Tarmizi terlalu suka dan seperti tidak dapat bersabar untuk memulakan tugasan barunya di tempat baru dan dunia baru. Dari tadi Cikgu Tarmizi tersenyum dan tersenyum tanpa jemu.

“Tahniah, Cikgu,” ucap Mimi selepas mereka berkesempatan bertegur sapa.

“Sama-sama,” senyum Cikgu Tarmizi.

“Bila Cikgu akan berangkat?”

“Insyallah kalau ikut jadual, dalam malam lusa saya dah berangkat ke pusat latihan untuk taklimat dan bimbingan selama sebulan. Selepas tu, baru akan berangkat mengikut misi,” sejujur-jujurnya Cikgu Tarmizi menjawap.

“Ke mana?” soalan Mimi dibalas dengan jungkitan bahu oleh Cikgu Tarmizi.

“Tak tahu lagi,”

Kemudian masing-masing hilang kata-kata. Mimi hanya menatap tangannya dan kemudian menoleh kepada sekeliling, “Saya jalan dulu ya?”

“Umm...Mimi,” tegur Cikgu Tarmizi bila Mimi melangkah pergi.

“Ya?” Mimi menoleh.

“Boleh Mizi cakap sikit dengan Mimi?” pinta Cikgu Tarmizi.

“Boleh. Apa dia?” Mimi kembali melangkah kepada Cikgu Tarmizi.

“Kita cakap dekat luar? Sini bisinglah,” kaki Cikgu Tarmizi dah melangkah menuju ke keluar dari floating Restoran Seri Melayu Sendayuh.

Cikgu Tarmizi terus menuju kepada kolam ikan yang terbentang dihadapannya. Mimi menurutnya dari belakang. Sesaat sekali lagi mereka hilang kata-kata.

“Cikgu nak tanya apa?” soal Mimi memcahkan kesunyian.

“Boleh panggil saya Mizi tak? Kita berdua je dekat sini bukan beramai pun. Tak payah formal sangatlah,” tegur Cikgu Tarmizi lembut.

“Okey, okey. Apa yang Mizi nak tanyakan?” soal Mimi sekali lagi.

Cikgu Tarmizi membongkok dan memandang sekeliling dan segenap ruang kolam ikan terbesar di daerah Sendayuh.

“Mizi,” sapa Mimi sekali lagi bile melihatkan Cikgu Tarmizi hanya sepi dan senyap.

“Ya,” Cikgu Tarmizi menoleh sambil senyum dan mengelipkan mata sekali kepada Mimi. Disaat itu, Mimi teringatkan Khafi. Khafi suka buat bergitu. Didadanya terasa sebal semacam. Seolah-olah yang berada dihadapannya bukan Cikgu Tarmizi tapi arwah Khafi.

“Mimi,” sapa Cikgu Tarmizi yang tegak berdiri dihadapan Mimi dengan tangan digoyang-goyangkan di ruang mata Mimi.

“Kenapa?” soalnya lagi.

“Takde apa,” jawap Mimi kemudian melarikan pandangan matanya.

Air mata yang menitik di pipi dikesat dengan hujung jari telunjuk. Cikgu Tarmizi seakan rasa bersalah. Cepat-cepat dikeluarkan sapu tangan dan diberikan kepada Mimi.

“Mimi, saya tak buat apa-apa kan?” Cikgu Tarmizi yang lebih tinggi mencuri untuk memandang wajah Mimi yang sedang berair mata.

Mimi mengeleng, “tak, Mizi tak buat apa-apa pun. Angin kuat sangat. Bawa habuk masuk mata,”

“Hehehe...kelakarnya. Cikgu Mimi Asmida, tu semua idea lapuk datuk nenek kitalah. Sekarang ni dah zaman mellenium. Cubalah cari idea yang realistik sikit. Hehehe,” ketawa Cikgu Tarmizi.

“Suka hati sayalah. Kenapa Mizi panggil?” sebak didada Mimi berkurangan.

“Saja je nak berdua dengan Mimi. Lama dah tak berdua dengan Mimi,” ayat yang keluar dari mulut Cikgu Tarmizi membulatkan mata Mimi.

“Maksudnya?”

“Hehehe...takde apa. Saja nak berdua dengan Mimi. Nak melepas rindu. Nanti dah jauh diperantauan. Entahkan dapat balik, entahkan tidak. Masa tu entah dapat jumpa Mimi lagi ke tidak,” penuh slamber Ciikgu Tarmizi menuturkannya.

“Mizi! Boleh tak jangan cakap macam tu? Qadar dan Qada Allah tiada siapa yang tahu. Mimi tak suka Mizi cakap macam ni,” marah Mimi bila apa yang dituturkan seakan sama dengan apa yang pernah Khafi cakapkan dulu.

“Amboi! Garangnya. Mimi nak marah-marah ni kenapa? Ha, Mimi sayang Mizi eh?” serkap jarang Cikgu Tarmizi.

“Takde maknanya,” Mimi masih dalam mood marah.

“Hahaha...merah muka nampak,” usik Cikgu Tarmizi lagi.

“Mana ada,” Mimi palingkan badannya membelakangkan Cikgu Tarmizi. Meraba mukanya. Panas.

“Mimi, Mimi sanggup tak tunggu sampai Mizi balik dari misi?” soal Cikgu Tarmizi dibelakang Mimi.

“Kenapa nak tunggu Mizi?” soal Mimi dengan debaran dihati semakin kuat.

“Untuk dijadikan suami Mimi,”

“Ha?”

Cikgu Tarmizi berjalan untuk mengadap Mimi. Dihadapan Mimi, Cikgu Tarmizi mengeluarkan sesautu dari dalam poket seluarnya. Dibuka bungkusan kotak kecil dihadapan Mimi,

“Saya mungkin tak seromantik arwah Khafi dalam hal-hal macam ni. Saya mungkin tidak sekacak arwah Khafi walau dari sudut mana pun. Saya mungkin juga tidak sebagus arwah Kahfi dalam segala hal. Tapi saya berjanji saya akan membahagiakan awak sepertimana yang awak layak dapat. Saya akan tunaikan tanggungjawab saya pada awak jika saya berkesempatan untuk lakukannya. Saya akan menyayangi awak selagi hayat dikandung badan. Saya akan hapuskan sedia sedih dan duka awak semenjak perginya arwah Kahfi,” Cikgu Tarmizi merapati Mimi dan kemudian menolak kotak kecil yang didalamnya terdapat sebetuk cincin emas bertahtakan 3 batu kecil belian kepada Mimi. Mimi terpana.

“Sudikah Mimi jadi isteri saya?” Mimi hilang kata-kata. Tiada air mata yang dirembeskan keluar seperti selalu.


Mimi hanya diam tak bersuara apa-apa. walaupun hanya bunyi nafas.

“Mimi boleh fikir dulu kalau Mimi nak,” sambung Cikgu Tarmizi bila melihatkan Mimi sunyi sesunyi-sunyinya.

“Kenapa saya, Mizi?” akhirnya itu yang keluar dari mulut Mimi.

“Sebab awak tunang Kahfi,” spontan Cikgu Tarmizi menutur.

“Ha?” berkerut dahi Mimi.

“Eh! Taklah. Gurau je,” Cikgu Tarmizi menutup kembali kotak cincin yang ditolak kepada Mimi. Mimi terkejut.

“Gurau?” soal Mimi.

“Umm,” angguk Cikgu Tarmizi.

“Habis semua ni hanyalah gurauan, Mizi je la? Mizi tak betul-betul maksudkan?” soal Mimi dengan nada geram.

“Yup,” jawap Cikgu Tarmizi ringkas.

“Hemmm...buang masa saya je,” marah Mimi. Mimi membuka langkah setapak untuk berlalu pergi. Sanggup dia permain-mainkan aku?

“Mimi, nanti dulu,” lenggan Mimi ditariknya.

“Nak apa lagi? Tak cukup puas nak permainkan saya ke?” Mimi meronta untuk dilepaskan.

“Mimi, saya maksudkan saya gurau dengan melibatkan arwah Khafi. Sebenarnya saya pilih Mimi sebab saya dah jatuh cinta pandang pertama pada Mimi. Bukan kerana rupa tapi kerana peribadi Mimi. Bukan kerana harta tapi kayanya ilmu agama Mimi. Bukan kerana Mimi tapi kerana keturunan yang dapat mewarisi anak-anak yang soleh dan soleha,” terus terang Cikgu Tarmizi.

“Jangan nak main-main, Mizi,”

“Cikgu Tarmizi tak main-main pun Cikgu Mimi. Cikgu Tarmizi betul-betul ikhlas nak melamar Cikgu Mimi,” tiba-tiba suara Puan Pengetua muncul. Mimi menoleh ke arah suara Puan Pengetua. Kelihatan bukan hanya pengetua tapi cikgu-cikgu Sekolah Tun Fatimah juga ada bersama.

“Terimalah lamaran Cikgu Tarmizi tu, Cikgu,” sampuk Cikgu Kamariah dengan tisu ditangan.

“Apa semua ni, Mizi?” soal Mimi pada Cikgu Tarmizi.

“Saya tak baut apa-apa pun. Tiba-tiba mereka dah ada dekat sini,” muka tak bersalah terserlah dimuka Cikgu Tarmizi.

“Dalam hal ni, Cikgu Tarmizi tak bersalah, Cikgu Mimi. Kami yang keluar ke sini bila melihatkan Cikgu berdua takde,” Cikgu Musa tampil memberikan penerangan.

“Ya betul tu,” sokong cikgu-cikgu yang lain.

“Cikgu Mimi, dah tiba masanya Cikgu mulakan hidup baru dengan melupakan arwah,” Ustazah Syuhadah merapati Mimi.

“Mungkin ini adalah Qadar dan Qada' Allah kepada Cikgu Mimi. Mungkin Cikgu Tarmizi adalah peganti kepada arwah Khafi. Berilah Cikgu Tarmizi peluang untuk membahagiakan Cikgu dan melepaskan Cikgu dari duka mengenangkan arwah,” Ustazah Syuhadah memegang lengan Mimi.


Mimi memandang semua yang ada di sekelilingnya. Mimi memandang Cikgu Tarmizi dan kemudian menutup matanya, tunduk dan dia terus melangkah pergi...

###
2 hari kemudian.
Rumah Sewa Cikgu Tarmizi

“Cikgu dirantau orang nanti jaga diri baik-baik. Ingat nawaitu kita nak mengajar tu bersebab,” pesan Cikgu Musa yang kebetulan datang untuk memberikan kata0kata akhir pada Cikgu Tarmizi.

Kebetulan, Cikgu Musa akan bersara pada awal tahun hadapan. Jadi, makanya selepas ini mungkin mereka tidak akan bertemu lagi. Kedatangan Cikgu Musa bukan bersendirian. Sekali datang dengan beberapa cikgu lagi.

“Insyallah, Cikgu. Ni yang saya mahukan dan Insyallah saya akan buat yang terbaik. Doa-doakan agar saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus kuat mengajar pelajar-pelajar di sana,” Cikgu Tarmizi menyalam tangan Cikgu Musa.

“Insyallah...saya akan doakan yang terbaik buat cikgu,” sahut Cikgu Musa.

Saat tangan Cikgu Tarmizi sudah membuka pemegang pintu kereta, sebuah kereta proton wira memasuki perkarangan rumah sewa Cikgu Tarmizi yang lamannya luas. Semua mata memandang kepada pemilik kereta Proton wira tersebut.

“Cikgu Mimi tu, Cikgu,” cuit Cikgu Farouk. Cikgu Tarmizi hanya mengangguk.

“As'salamualaikum,” sapa Mimi kepada semua.

“Wa'alaikumsalam,” jawap semua.

“Boleh saya cakap sekejap dengan Cikgu Tarmizi?” pinta Mimi.

“Boleh. Apa pulak tak bolehnya. Ha, sila. Silakan,” Cikgu Musa memberikan kebenaran.

Cikgu Musa turut mengajak rakan cikgu yang lain ke tempat lain untuk memberikan ruang kepada Cikgu Tarmizi dan Mimi untuk berbicara.

“Terima kasihlah sebab sudi datang,” Cikgu Tarmizi mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Sama-sama,” kemudian masing-masing membisu.

“Beg tu nak bagi saya ke?” Cikgu Tarmizi memecah kesunyian mereka.

“Ha'a. Nak bagi Cikgu. Ambillah,” dihulurkan beg kertas berwarna biru muda kepada Cikgu Tarmizi.

“Mimi, kan saya cakap panggil saya Mizi je,” teguran yang yang entah ke berapa kalinya.

“Okey, okey. Sorry,” senyum Mimi.

“Terima kasih. Apa dalam ni?” Cikgu Tarmizi dah nak membuka bag kertas ditangannya.

“Nanti!” jerit Mimi.

“Kenapa?” kaget Cikgu Tarmizi.

“Nanti. Nanti dulu. Jangan buka dulu. Tunggu Mizi dah berangkat pergi okey?”

“Okey,” Cikgu Tarmizi kembali menutup beg kertas dan terus memasukkan ke dalam kereta.

“Saya dah nak berangkat ni. Nanti Mimi jaga diri ok? Jangan selalu sedih-sedih ya? Ingat Allah banyak, banyak kalau sedih,” pesan Cikgu Tarmizi.

“Insyallah,” jawap Mimi ringkas.

Cikgu Tarmizi memanggil Cikgu Musa dan yang lain-lain. Selepas menyalam semuanya, kereta yang dipandu adik Cikgu tarmizi terus meluncur laju ke arah jalan raya. Cikgu Tarmizi membuka beg kertas yang berada di ribanya. Sehelai selendang berwarna pelangi dicapainya.

'Ni selendang kesukaan Mimi,' bisik hati kecil Cikgu Tarmizi.

Di lihat lagi ke dalam beg kertas, ada sepucuk kad disertakan. Kad yang berwarna putih dan tertulis perkataan 'Best Of Luck' dibukanya rakus. Dalam hatinya bergetar. Adik Cikgu Tarmizi hanya menjeling gelagat Cikgu Tarmizi.

As'Salam,
Tahniah Mizi. Mimi doakan semoga Mizi berjaya dalam impian Mizi untuk mendidik anak bangsa yang jauh di perantauan. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Mimi setia menanti Mizi di sini sehinga selesai segala urusan dan misi, Mizi.

Mizi,
Cepat- cepatlah pulang...
Mimi tunggu Mizi bagi balik cincin yang Mizi nak bagi dulu...

-Mimi Asmida-


###


5 tahun kemudian,

“Alhamdullilah. Dah genap setahun kita kahwinkan, Sayang?” Cikgu Tarmizi mengucup dahi isterinya, Mimi.

“Alhamdullilah, Abang,” senyum Mimi disamping Cikgu Tarmizi.

'Tak lama lagi, mujahid cinta cinta kita akan lahir ke dunia. Semoga menjadi anak yang soleh dan soleha ya, Anakku?” Cikgu Tarmizi mengusap perut Mimi yang kandungannya dah berusia 7 bulan.

“Amin. Jika kita berikan didikan yang terbaik, Insyallah yang terhasil juga akan menjadi yang terbaik,”

“Mimi, terima kasih sebab sudi tunggu Abang selama 3 tahun. Terima kasih sebab sudi menerima Abang menjadi suami Mimi. Terima kasih sebab sudi memberikan Abang peluang untuk menyayangi Mimi hingga ke akhir hayat Abang. Terima kasih, Sayang,” tangan yang diraihnya dikucup lembut.

“Abang, patutnya Mimi yang kena ucapkan terima kasih kepada Abang sebab Abang yang paling sabar dengan Mimi. Abang betul-betul ikhlas menyintai Mimi dan paling Mimi tak dapat bayar balik pengorbanan Abang membantu Mimi melupakan arwah Abang Khafi,” gengaman tangan Cikgu Tarmizi dikuatkan.

“Part yang last tu memang haruslah. Oppss...no, no, dah jatuh hukum wajib. Suami mana sanggup tengok isteri duk teringat lelaki lain? Cemburu tau,” cebik Cikgu Tarmizi.

“Abang ni. Dahlah. Pergilah mandi. Nanti boleh kita makan sama-sama,” arah Mimi.

“Baik, Bos,” Cikgu Tarmizi melangkah masuk ke bilik air.

“Jangan intai tau,” sempat lagi Cikgu Tarmizi mengusik. Mimi hanya senyum.

Mimi kemudian bangun dan ingin berlalu ke dapur tapi dia terpandang kepada gambar perkahwinannya di kepala katil.

Jauh di sudut hatinya dia merfakkan tanda kesyukuran kepada Illahi kerna mengurniakan jodoh yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Kerna membukakan pintu hatinya untuk menerima lamaran Cikgu Tarmizi 5 tahun lalu. Kerna meyakinkan dirinya bahawa Cikgu Tarmizi adalah jodoh yang sesuai buatnya.

“Abang, Mimi minta sejuta maaf pada Abang sebab Mimi pilih kawan Abang sebagai suami Mimi.Terima kasih jugak kerna mengizinkan Mimi mengecap bahagia dengan Abang Mizi. Mimi harap Abang akan tenang disana dan Mimi redha dengan pemergian Abang. Doakan agar kami bahagia di sini,” doa Mimi kepada arwah Khafi yang jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati.

Jika bukan kerana mimpi yang berkunjung dalam lenanya. Mungkin Mimi masih setia meratapi pemergian Khafi. Mimpi dimana Khafi hadir dalam satu persalinan putih bersih yang sedang tersenyum padanya. Masyallah, sangat bersih dan bercahaya wajah Khafi berbanding dengan wajahnya semasa di rumah mayat Hospital Seri Sendayuh.

“Mimi, redhakan Abang pergi dan redhakan kehadiran Mizi dalam hati Mimi,” hanya itu yang diucapakan Khafi sebelum Mimi tersedar dari lenanya yang pendek.

Mimi bermunajat kepada Allah agak semoga ditetapkan hatinya dan akhirnya, kebahagian milik mereka.

Kaki dilangkah kepada meja sudut yang terletak gambar mereka sewaktu outdoor di Bandar Seri Sendayuh.

“Abang, terima kasih atas segalanya. Abanglah cinta terakhir Mimi. Tak akan ada yang kedua mahupun yang ketiga,” bingkai gambar dikucupnya.

Cikgu Tarmizi yang kebetulan baru keluar dari bilik air dan mendengar kata-kata Mimi terus merangkul pinggang Mimi dan membisikkan,

“Terima kasih juga kepada Sayang sebab menjadi yang paling sempurna buat Abang,”
Mereka saling menyulam kasih. Saling menyemai cinta. Saling menyusun ceritera cinta.

p/s: ini adalah sebuah cerpen yang terlebih Natrium dan Karbon Dioksida. First time buat cerpen genre kesedihan melampau. Jauh berbeza dari karekta asal. Hehehe...harap-harap dapat diterima umum...=)


1 comment:

Unknown said...

Teruskan berkarya :)