~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Thursday, May 26, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 27

Bab 27

“Assalammualaikum, orang sakit,” sapa Daim sejurus sampai ke bilik yang Sulaiman dirawat.
Sulaiman yang sedang menonton TV menjawap, “Wa'alaikumsalam. Hu, ramainya?”
“Melawat orang sakit itu kan fadhu kifayah? Apa khabar? Ok dah?” soal Abang Zul sambil menghulurkan tangan kepada Sulaiman.
“Oklah. Dah kurang sikitlah,” Sulaiman menyambut huluran tangan Abang Zul.
“Di balut je ya?” Abang Zul menyentuh lengan Sulaiman yang berbalut.
“Ha'a. Balut je. Lagi pun bukan patah yang nak kena pakai ladung. Luka sikit je,” Sulaiman mengepit ibu jari dengan jari telunjuk tanda 'sedikit'.
“Ha'a sikit punya hal yerk? Bergeleng darah kena derma ke lantai tak kira pulak?” perli Daim yang memeluk tubuh.
“Hehe...sedekahkan bagus. Kumpul saham untuk akhiratlah katakan,” sengih Sulaiman.
“Tuan Daim, ada bawa baju tak?” soal Sulaiman kepada Daim balik.
“Allah, tinggal dalam keretalah. Kejap aku pergi ambil,” Daim terus berlari keluar.
Masa berlari keluar tu, Daim terlanggar bahu Aisyah. Tersorong ke belakang Aisyah yang mempunyai rangka tubuh yang kecil.
“Astagfirullah,” istigfar Aishah. Sama masa mula-mula pertemuan mereka.
“Aisyah” Daim bertindak nak merangkul Aisyah. Tapi, dengan pantas Aisyah memperisaikan badannya dengan tangan. Terbantut tindakan Daim. Abang Zul dah berdehem kuat.
Sorrylah. Tak sengaja,” Daim mengosok kepalanya. Aisyah mengangguk.
Pandangan ditala kepada Abang Zul. Meminta maaf melalui isyarat mata. Abang Zul mengangguk. Daim terus berlalu keluar.
“Kamu tak apa-apa Aisyah?” soalan Kak Long Aisyah menangkap masuk ke telinga Daim yang berada disebalik pintu luar.
“Bodoh betullah kau ni Daim. Yang kau nak pegang Aisyah tu kenapa? Aduhai! Bikin malu setamanlah kau ni, Daim,” Daim mengusut masaikan rambutnya yang tak berapa nak ada.
“Encik, encik tak apa-apa?” tegur seorang jururawat yang kebetulan melintas didepan Daim. Daim dengan pantas mengelengkan kepalanya dan langkah diarah laju ke arah kereta.
Sampai dihadapan Hospi Shope, Daim mencapai air mineral yang tersusun dikaunter, bayar dah tegus meneguknya. Sampai di kereta, Daim bertelaku dahulu. Terasa menyesal pula dengan tindakan dia tadi. Tiba-tiba wujud rasa tak selesa dihatinya walaupun dah meminta maaf kepada Aisyah. Lama Daim berteleku.
Lagu Something Stupid berlagu riang menyentakkan Daim. Tak pasal-pasal Daim tertekan hon kereta menyebabkan seorang wanita yang kebetulan melintas dihadapan keretanya terkejut. Mencerun dia memandang Daim. Daim hanya mengangkat tangan, simbolik tanda maaf.
Hello, Tuan,” kedengaran suara Sulaiman hujung sana.
Hello,”
“Tuan, ni ambil baju ke buat baju? Dah setengah jam dah ni,” perli Sulaiman. Daim menepuk dahinya.
“Ha...Ha...Dah on the way nak naik. Dah dalam lift dah,” tipu Daim sambil mencapai beg plastik di seat belakang pemandu. Talian dimatikan.
Daim dengan kalut terus keluar dari kereta dan berlari menuju ke lift hospital. Sekali lagi Daim merempuh seorang jururawat yang tiba-tiba muncul dengan keadaan mengundur didepannya. Tak sempat break. Dua-dua terjatuh macam nangka busuk. Daim menindih jururawat tersebut.
“Marka,” jerit kawannya.
Terbeliak biji mata Daim masa tu. Mujur tertindih belakang badan. Kalau depan? Peh! Tambah memalukan diri je. Cepat-cepat Daim bangun dan berdiri tegak. Dibiarkan jururawat tadi bangun dengan dibantu kawannya.
“Maaf Cik Misi, tak sengaja,” tunduk Daim.
“Mata letak mana? Lutut ke?” sergah Jururawat bernama 'Marka' kepada Daim sambil membetulkan bajunya. Daim mengecilkan matanya.
“Saya nak cepat tadi. Tiba-tiba Cik yang jalan mengundur kenapa?” Daim meninggikan sikit suaranya.
“Tak kisahlah. Yang awak lari dalam kawasan hospital ni kenapa? Bunyikan hon pun tak boleh ni kan pulak berlari. Dulu, cikgu sekolah tak ajar yerk?” Mak Oii, lasernya mulut. Ni yang bikin panas hati ni.
“Saya dulu belajar Biologi tapi saya tak belajar pulak bab yang satu ni. Lagi pun, bukannya masuk dalam silibus SPM pun,”
“Loyar burukkan?”
“Dahlah tu Marka, Hang gak salah. Hang jalan ngunduk sapa suruh? Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri bukan salah abang ni pun. Salah Hang,” kawan Si Marka ni membela Daim. Kalau tambah 'H' dah jadi 'Markah'. Awatlah buruk sangat namanya? Kawan dia ni cantik. Cantik gila mata dia. Galak semacam. Sempat lagi Daim menilai.
“Aina!” oh! Aina ke namanya? Padanlah mata cantik!
“Maaflah, Encik. Kawan saya ni memang berangin sikit orangnya,” sengih Aina kepada Daim. Daim terasa tak mahu melepaskan Marka. Rasa macam nak kenakan je lagi jururawat yang kerek ni. Tapi disebabkan Sulaiman dah call dan dia pun banyak lagi hal nak buat maka terpaksalah dibatalkan saja nawaitu dia tadi.
“Lain kali, kalau nak jadi jururawat, kenalah pandai kawal emosi. Kalau tak pandai kawal emosi baik jadi pegawal penjara tak pun jadi cikgu kaunseling,” sempat Daim perli sambil berjalan menuju ke lift.
“Kurang hajar punya jantan,” jeritan halus Marka, menguntumkan senyuman pada Daim. Dari ekor matanya dapat dilihat Marka sedang menahan marah pada dia. Padan muka kau! Ingat senang ke nak mengenakan aku? Sorrylah beb. Tak merasanya.
Pintu lift terbuka dan Daim terus meloloskan dirinya sekali dengan pelawat yang datang. Sampai ditingkat 2 dia terus menuju ke bilik Sulaiman.
“Amboi! Lamanya. Kata dah nak masuk lift,” tegur Sulaiman sambil mencapai beg plastik yang Daim hulurkan.
Accident tadi. Cepatlah siap. Boleh check out 'hotel' dan pergi berfoya-foya,” mengeleng kepala Sulaiman mendengarkan ayat Daim.
Sulaiman terus menuju ke bilik air untuk menukar pakaiannya.
So, sekarang ni kita nak ke mana?” soal Abang Zul sebagai 'Captain of the day'
“Saya t            ak kisah. Tapi saya nak cari rumah kawan saya dekat Alai. Yerk? Apa nama tempatnya. Ala, ala. Cisel? Castel? Castand? Ala apa ke namanya?” Daim cuba mengingatkan alamat rumah Dhia. Yang hanya diingatnya hanya nama 'Alai'.
“Crystal Bay, Alai?” soal Abang Zul kembali.
“Ha, tu la yang saya nak sebut tu,”
“Ok. Alamatnya ada kan?”
“Ada,”
“Kalau ada, Insyallah jumpa. Tempatnya lebih kurang nak ke tempat abang bawa pergi makan ikan bakar tu je. Cuma dia atas lagi. Dah nak ke Umbai,” cerita Abang Zul.
“Umbai pun saya tak tahu kat mana, Bang,” sengih Daim.
“Takpe,takpe. Kita ke Bandar Hilir dulu. Nanti baru kita ke sana pula,”
Elok je Sulaiman siap berkemas semua, mereka terus turun ke kaunter pembayaran menyelesaikan urusan keluar wad. Total bil, RM 5,031.20. Terkejut Sulaiman. Terketar tangannya. Mata terus ditala kepada Daim.
“GL tak boleh guna ke?” soal Daim bagi pihak Sulaiman.
“Ada bagi GL ke?” soal kakitangan di kaunter pombayaran
“Ada. Kami bagi lewat petang semalam. Kami dah minta office fax ke sini. Saya sendiri yang double check semalam. Ada sorang staf lelaki yang cakap dah terima dan saya pun dah tengok,”
“Sebentar. Saya check dulu,”
Selang beberapa minit,
“Kenapa lama sangat ni, Daim, Sulaiman?” soal Mejar Mustapa.
“Tak ni nak check outlah ni. Tapi dia orang cakap GL takde. Ni nak tunggu jap ni. Mahal kosnya,” tang kos tu, Daim berbisik pelahan.
“Pulak?”
“Takpe. Tuan tunggu kejap ya?”
“Macam mana?” soal Daim bila kakitangan yang menguruskan urusan sulaiman menghampiri mereka.
“Ok. Dah jumpa dah. Tapi stay kena bayar separuh jugak. Melainkan kalau Encik ada memegang apa-apa polisi insurance,”
Daim memandang kepada Sulaiman. Sulaiman seperti berfikir sejenak. Kemudian dia mengeluarkan kad panel insurance kepada kakitangan kaunter tadi.
“Ada. Tapi saya ni supplement je. Main dia isteri saya,” terang Sulaiman.
“PMC ya? Sebenatar ya saya check dulu,” Sulaiman mengangguk.
Beberapa data diambil dan disemak antara pihak hospital dengan pihak Pantai Medical Centre. Sesekali je Sulaiman mencelah. Hasilnya, Alhamdullilah. Tercover. Lega rasanya Sulaiaman. Untung ada isteri kerja bank ni. Pakai panel isteri je kalau masuk hospital swasta ni.
“Terima kasih ya?” bicara Daim.
“Sama-sama,”
“Apalah kau, Man. Ada panel insurance tak nak bagitau. Aku luku kepala kau nanti,”
Sorrylah, Tuan. Haram nak ingat,” Daim hanya mengeleng.
“Dah siap dah?” soal Abang Zul
“Dah. Jom kita,” ajak Daim dengan kepala dan pergerakkan badannya.

###
“Ni la tempatnya dinamakan Medan Samudera. Nak apa semua ada. Tapi mahal la sikit,” Abang Zul dengan penuh semangat memperkenalkan Medan Samudera kepada mereka.
“Kecuali isteri,” tambah Kak Lang Aisyah sebelum sempat dia orang ni bertanya. Gelak besar Mejar Mustapa dan Kapten Mansur dibuatnya. Daim hanya senyum sambil melayankan Lokman yang dipegangnya dari tadi.
“Biasalah orang perempuan,” cebikan Abang Zul mengundang cubitan Kak Long Aisyah dipinggangnya. Abang Zul buat muka menahan sakit. Kemudian tersengih.
Daim melihat Abang Zul dan Kak Long Aisyah sangat-sangatlah bahagia. Kasih sayang sentiasa je ditunjukkan di mana-mana sahaja. Tak kira tempat tak kira masa dan paling penting tak kira langsung soal dengan siapa dia orang berada. Ada orang cakap kasih sayang tak perlu ditunjukkan sebab kasih sayang tidak dapat diluahkan dengan keadaan. Ianya hadir dari dalam hati sanubari yang tersorok dibalik kulit manusia yang tebal. Tapi tidak pada Daim. Lagi mesra pasangan itu, maka makin utuhlah kasih sayang mereka.
'Hai! Kan best kalau aku dapat macam tu,' Daim menoleh kepada Aisyah yang hanya senyum sahaja kerjanya.
Husna pula dah tidur dalam stroller yang ditolak Aisyah. Daim berdiri tak jauh dari Aisyah. Kalau ada orang capture gambar ni dah macam satu small familylah pulak. Hehehe...
“Tak apa. Sekali sekala nak cari Isteri. Ada yang masih bujang antara kita ni,” usik Mejar Mustapa. Mata disorongkan kepada Aisyah dan Daim di sebelah. Aisyah dah menunduk malu. Daim mengaru kepala mendengarkan usikan pegawainya.
“Ha'akan, Tuan? Tapi sayang, bujang-bujang dah ada anak. Tengoklah tu. Dah macam satu keluarga bahagialah pula. Sorang pegang Si Abang dah macam ayah. Sorang lagi tolak stroller Si Adik dah macam emak,” aku dah agak dah. Mesti kena punya! Tak padan dengan sakit Si Sulaiman ni. Ada hati jugak nak mengusik.
Daim dan Aisyah saling memandang tapi kemudian Aisyah meredupkan kembali pandangannya dengan memandang kepada Husna yang nyenyak tidur. Daim pula memandang Sulaiman macam nak makan orang. Siaplah kau, Man. Aku tepuk tempat 'BCG' kau kang. Tengoklah. Ada ubi ada batas. Ada time aku balas. Tapi ubi cicah gula pun sedap gak ni.
“Sudahlah tu. Dah merah dah muka budak-budak ni kena nyakat dengan kita. Dah jom masuk,” ajak Abang Zul. Thank's Abang Zul for being my saviour. You are the best brother-in-low forever. Eh! Silap. Bakal brother-in-low. Hehehe...
Dari satu kedai ke satu kedai dia orang singgah. Daim tertarik dengan baju kaftan sutera. Corak dan warnanya memukau Daim. Terus diambilnya 6 pasang yang berlengan panjang untuk 'bunga' penyeri rumahnya. Semua warna yang terang-benderang diambil Daim kecuali untuk Mak Cik Kesuma Dewi. Untuk bonda tersayangnya itu, Daim ambil warna hitam bunga ungu dan merah jambu. Sesuai dengan usia Mak Cik Kesuma Dewi. Abang Zul dijadikan mangsa untuk menawar harga yang lebih rendah. Kesian Abang Zul tak tentu arah dibuatnya. Sorang dekat kedai kraf tangan sorang dekat kedai keropok kerepek, mana nak tolong tawar buat Daim, lagi dengan yang lain-lain. Dahlah peniaga ni tak faham apa yang Daim cakap. Rupanya orang Thailand. Sudahnya, Kak Long Aisyah yang tolong tawarkan untuk Daim.
Terkejut Daim tiba-tiba Kak Long Aisyah bercakap bahasa Thailand dengan peniaga baju kaftan. Cakapnya laju. Sudahnya Kak Long Aisyah senyum bila berjaya menawarkan untuk Daim. Kurang RM50.00. Kira oklah tu. Dari harga asal RM180.00 kena bayar. Daim membayar dan barangan bertukar tangan.
Mejar Mustapa, Kapten Mansur dan Sulaiman, borong Cencaluk, Belacan, Dodol Daun Kelapa dan juga keropok Inang-inang. Gaya macam tak akan jumpa lagi dah Melaka ni. Daim pun beli juga tapi tidaklah macam mereka yang sampai terpaksa masuk dalam kotak.
“Apa aku nak bawa nanti ke rumah Si Dhia ni?” Daim tiba-tiba teringat akan kunjungannya nanti ke rumah Dhia. Matanya terpandang kepada kain batik. Tangan dah mencapainya tapi kemudian diletakkan kembali.
“Baik aku beli barang makan,” Daim mengambil dodol dan keropok untuk keluarga Dhia.
“Daim,” Abang Zul menepuk bahu Daim yang sedang membayar.
“Ye, Bang?” soal Daim.
“Kita pergi makan dulu, kemudian solat. Lepas tu baru kita ke rumah kawan kamu tu. Sekarang dah jam 1 petang dah. Amacam boleh?” Abang Zul merangka rancangan.
“Saya ok je. Takde hal pun,” jawapan Daim ditepuk dua kali oleh Abang Zul.
“Kita nak makan mana ni?” soal Kak Long Aisyah.
“Abang rasa, kita makan dekat Warung Kak Mah dekat Masjid Al-Azim. Dari situ dah dekat dah nak ke Alai. Sini ramai orang. Pening kepala Abang,” Abang Zul memegang kepalanya.
“Jomlah. Husna dah merengek dah,” Husna merengek halus.
“Jomlah,” Abang Zul terus merangkul pinggang isterinya. Bahagia je Daim tengok. Aisyah pula entah ke mana hilangnya.

###

Usai makan dan bersolat, perjalanan diteruskan ke rumah Dhia. Hati Daim berdebar-debar. Makin dekat makin terasa debarnya.
“Abang rasa, kalau ikut alamat. Nilah rumahnya,” Abang Zul menunjuk kepada sebuah rumah teres 2 tingkat yang bercat warna tanah. Tertinjau-tinjau yang lain ke dalam isi rumah.
Daim memandang ke arah rumah yang ditunjukkan oleh Abang Zul. Hatinya tiba-tiba diserang degupan jantung yang amat sangat degupnya. Peluh merecik di dahinya. Rasa nak buang air besar pun ada. Daim dah terasa nak patah balik je dah.
“Kita balik jelah, bang,” ajak Daim yang tak dapat tahan debarnya.
“Pulak? Dah sampai nak balik pula kamu, Daim?” tegur Mejar Mustapa.
Sulaiman yang perasaan akan wajah Daim, terus mengelap peluh didahi Daim dengan tisu. Tindakan Sulaiman lagilah membuatkan dia terasa lagi debar. Macam pengantin lelaki nak pergi akad nikah.
“Jomlah kita bagi salam. Apa nama kawan kamu tu?” soal Abang Zul.
“Dhia. Nama penuh dia saya lupa pulak,” cover Daim. Padahal, mana pernah pun dia nak ambil pusing siapa Dhia.
“Assalammualaikum, Assalammulaikum,” Abang Zul menjadi ketua rombongan.
Tiada jawapan.
“Assalammualakum,” sekali lagi salam diberi. Kalau kali ni tak ada juga orang sahut, memang aku ajak dia orang balik lagi. Aku dah tak selesa ni. Nak masuk hutan pun tak macam ni punya peluh.
“Wa'alaikumsalam,” salam dijawap dari dalam rumah. Muncul seorang lelaki muda dimuka pintu. Siapa pula ni? Boy friend Dhia ke? Boleh tahan handsome.
“Ya Encik, cari siapa ya?” lelaki muda tadi membuka pintu pagar.
“Ni rumah Dhia ke?” soal Abang Zul. 'Tolonglah jawap tidak,' doa Daim dihatinya
“Ha'a tapi nak cari Dhia yang mana ya?” 'ada? Hampeh betul!'
“Alamak! Nilah masalahnya. Lupa pula nama penuh dia. Ingat Dhia je. Kami ni kawan lama dia,” pura-pura Abang Zul.
“Dhia Lutfiyah ke?” soal lelaki muda itu lagi untuk kepastian.
“Ha'a,” dengan pantas Daim menjawap. Dari mana dia dapat kekuatan untuk menjawap entahlah. Seperti ada suatu kuasa yang mendorongnya untuk menjawap. Daim terasa lain sangat-sangat macam mana dia boleh ingat nama Dhia.
“Alif, siapa yang datang tu?” jerit seorang wanita dari dalam rumah.
“Kawan Kak We,” balas lelaki muda tadi bila seorang wanita seusia Mak Cik Kesuma Dewi muncul. Mesti ni mak Dhia.
“Kawan Dhia ke? Saya, maknya. Jemputlah masuk,” pelawa Mak Cik Kintan.
“Terima kasih,” 'rombongan' pun melangkah masuk ke dalam rumah.
“Maaflah. Selerak rumah dibuatnya budak-budak ni. Jemput masuk, jemput masuk,” pelawa Mak Cik Kintan dengan ramah sambil membetul-betulkan kerusi diruang tamu.
“Biasalah budak-budak kak,” jawap Kak Long Aisyah.
“Mak cik, ni ada ole-ole sikit,” plastik berisi dodol dan keropok dihulurkan kepada Mak Cik Kintan.
“Allah, buat susah-susah je. Duduk dulu ya? Mak cik buat air kejap. Alif, panggil ayah, Nak?” lelaki yang membuka pintu dan bernama Alif tadi melangkah menuju ke tingkat atas.
“Eh! Takpelah, Puan. Kami dah minum tadi,” Mejar Mustapa berbahasa basi.
“Alah. Benda kecik je. Tak payahlah panggil Puan. Panggil je Kak Intan. Duduk kejap ya?” Mak Cik Kintan dah hilang ke dapur rumah.
Tak lama selepas tu, turun seorang lelaki lengkap dengan kain pelekat, berbaju melayu dan berkopiah. Mesti ayah Dhia ni.
“Assalammualaikum. Maaflah. Baru lepas solat,” tangan dihulurkan kepada yang lelaki. Sampai ke giliran Daim, Pak Cik Lutfi tersenyum dan bila Daim tunduk untuk salam, Pak Cik Lutfi menepuk-nepuk belakangnya. Daim terkesima. Pak Cik Lutfi terus duduk di antara Abang Zul dan Daim.
“Deme ni kawan Kak We.” Pak Cik Lutfi diperkenalkan oleh Mak Cik Kintan.
“Bukan kami semua. Yang ini je. Kami ni mengikut je,” Abang Zul menunjuk kepada Daim.
“Oh! Ye ke? Kawan sekolah ke kawan universiti Dhia?” soal Pak Cik Lutfi sambil menepuk peha Daim. Sekali lagi Daim jadi kaku.
“Kawan U lah tu. Kak We mana ada kawan lelaki masa sekolah. Kan ke dia budak sekolah perempuan?” Mak Cik Kintan menjawap bagi pihak Daim.
“Ghupernye,” angguk Pak Cik Lutfi.
“Orang Perak jugak ke?” soal Abang Zul.
“Ha'a. Pak cik orang Tronoh, mak ciknya pula orang Bota,”
“La ye ke? Kebetulan kami semua pun asalnya orang Perak jugak. Awok orang Batu Gajoh,” sampuk Mejar Mustapa.
“La iye ke? Umm...alah hai,” sampuk Mak Cik Kintan pula.
Rancak komunikasi berjalan dalam bahasa Perak. Dah terasa macam duduk dikampung-kempung je. Bukan main pekat telonya.
“Oh! Iya. Lupa pulak awok. Nak jumpa Dhia ke?” soal Mak Cik Kintan.
“Kalau ada,” Daim menoleh kepada Aisyah. Dia hanya tenang di tempatnya.
“Dhia sebenonya dah lama dah keluo. Katanya kawan kawin dekat Alor Gajoh. Tak tahulah baliknya bila,” cerita Pak Cik Lutfi.
“Ya ke? Takpelah mak cik. Takde rezeki nak jumpalah tu,” jawap Daim bernada hiba. Walhal hati dia dah semakin lega sebab tak payah dan tak perlu jumpa dan bersemuka dengan Dhia. Alangkah indahnya hari ini.
“Siapa nama ye? Bagi nombor telefon sekali nanti mak cik suruh Dhia call kamu balik. Alif, kamu ambilkan kertas bagi abang ni kejap, Nak,”
'Alamak! Mak cik nak bagi nombor saya pada Dhia ke? Saya tak ready lagi ni mak cik,' Daim dah pucat mukanya. Namun bila Alif dah bagi kertas pada Daim, nak tak nak dituliskan jugalah nama dan nombor telefonnya. Dah siap menulis, dihulurkan kepada Pak Cik Lutfi.
“Oh! Daim Hanafi namanya. 'D' juga, maknya,” kata-kata Pak Cik Lutfi mengusik hati Daim. Ha'a baru perasan nama kami dua-dua bermula dengan huruf 'D'. Dulu masa orang usik-usik, hati ni jadi kebal sekebal, kebalnya. Kereta kebal langgar pun tak jadi apa-apa.
“Pak Cik, Mak Cik, kami minta diri dululah ya? Lama dah dekat sini. Dah pukul 4 dah,” Abang Zul selaku ketua rombongan meminta diri.
“Tak nak tunggu Dhia balik dulu ke?” soal Pak Cik Lutfi.
“Tak apalah, Pak Cik. Nanti sampaikan je salam saya pada Dhia ya?” macam tak percaya je aku kirim salam pada Dhia. Kalau Delita tahu ni mahu sebulan jadi bahan ni.
“Tak nak tunggu makan malam ke?” pelawa pula Mak Cik Kintan.
“Tak mengapalah, Mak cik. Ada program malam ni di surau tempat saya tinggal tu. Saya bilal tempat saya duduk tu,” tolak Abang Zul dengan cara yang baik.
“Ha, iyalah,” bunyi macam kecewa je.
“Kami minta diri dulu ye?” Abang Zul menyalam Ayah Dhia bergitu juga Daim dan yang lain. Aisyah dan Kak Long Aisyah menyalam Mak Dhia.
Pak Cik Lutfi dan Mak Cik Kintan menghantar mereka sampai ke pintu pagar rumah. Mereka melambai kepada kereta yang dinaiki Daim dan Abang Zul. Daim dan Abang Zul membunyikan hon sekali sebelum bergerak.
Elok sahaja sampai di selekoh masuk, sebuah kereta Viva putih menganggu kosentrasi Daim.
'Macam budak yang sama je,' Cermin pintu dibuka. Daim memanjangkan lehernya mengikut kereta Viva putih tadi. Daim dapat melihat muka wanita itu dari sudut tepi, tapi dia masih tak dapat mengambarkan keseluruhan wajah wanita itu.
Laju kereta dipandu masuk.
“Daim, jalan. Apa yang kamu tengok tu?” tegur Mejar Mustapa yang duduk disebelahnya.
“Ha, iya,” Daim terus memasukkan gear dah kereta terus meluncur dijalan raya.
###
“Assalammualaikum. Apa ayah dengan mak buat dekat luar ni?” soal Dhia yang baru je memparkir keretanya didepan rumah.
“Wa'alaikumsalam. Tunggu anak dara nilah. Lambat beno baliknya,” tegur Mak Cik Kintan.
“Ala, biasalah mak. Dah jumpa kawan-kawan, gilalah menyembang,” Dhia memeluk bahu maknya yang tinggi lagi daripadanya. Mereka beriringan masuk ke rumah. Pak Cik Lutfi awal-awal dah masuk dulu.
“Ada orang datang rumah ke mak? Banyak cawan ni,” soal Dhia sambil turut menolong maknya mengemaskan cawan di meja kopi.
“Ha'a. Ada. Mak ingat rombongan meminang. Rupanya kawan lama kamu cari,” cerita Mak Cik Kintan.
“Ish! Ada ke situ pulak mak ni. Kawan Kak We? Siapa mak?” soal Dhia panasaran.
“Daim,” jawap Pak Cik Lutfi.
“Daim?” Dhia cuba mengingatkan kalau-kalau ada kawan dia yang bernama Daim.
“Ni ha. Dia bagi nombor telefon dia pada kamu. Nanti kamu telefonlah dia balik,” Pak Cik Lutfi menghulurkan kertas bertulis nombor Daim kepada Dhia.
“Oh! ya. Dia kirim salam pada kamu,” sambung Pak Cik Lutfi kemudian naik ke tingkat atas.
“Wa'alaikumsalam. Siapa pulak Daim Hanafi ni?” bisik Dhia pelahan. Dibelek-belek kertas yang berikan oleh ayahnya tadi.
“Kalau Napi, tak mungkin. Nama dia Hanafi je. Takde Daim,” Dhia duduk dikerusi sambil memikirkan siapa dia Daim.
Dhia terus merenung kepada kertas dihadapannya. Dengan sedikit ilmu yang ada, Dhia secara tak sengaja terbaca personaliti seseorang melalui cara penulisanya. Kemudian otaknya kembali memfokuskan siapakah empunya nama Daim Hanafi ni. Serasa budak-budak psikologi tak ada pun nama Daim atau Hanafi. Budak-budak sekolah lagilah tak ada. Dhia budak sekolah perempuan. Duduk pula di asrama. Lagilah tak bergaul dengan lelaki walaupun hakikat sebenarnya, kawasan sekolah Dhia ada 2 buah sekolah campur.
Dhia cuba mengingat pula kepada peserta-peserta kursus yang di anjurkan oleh pihak JPA. Tapi tak semua pun dapat diingatnya. Otak terlalu sempit. Nak berfikir pun dah jadi tepu dah!
“Siapa Daim ni?” kepala Dhia semakin serabut memikirkan siapakah Daim sebenarnya.
“Tenunglah Kak We. Tenunglah sampai berlubang kertas tu,” sakat Alif.
“Aleh! Dengkilah tu,” balas Dhia balik.
“Takde maknanya. Jantan dengan jantan mana ada feel. Apalah. Dahlah Alif nak main bola. Alih kereta kau ke tepi. Kang kena cermin kereta kang nangis,” Alif dah mencapai bola di dalam kabinet kasut.
“Kau alihkanlah. Nah! Kunci,” Dhia melambung kunci kepada Alif.
“Apalah kau ni Kak We? Baling pun tak semangat,” perli alif bila kunci yang diharapkan sampai padanya terjatuh ditengah-tengah.
“Hehehe...sorry. Akak kau ni penatlah, Alif,”
“Ha'a penat tenung kertas tu,”
Dhia hanya senyum.
Hilang je Alif dari matanya, Dhia pun berlalu ke biliknya. Kertas yang bertulis nombor telefon Daim diletakkan diatas meja solek. Karang-karanglah aku telefon.

2 comments:

Afikah Aziz said...

yes dah update pun yg baru....bestttt ;p

ezaitie nfib. said...

hehehe...;)