~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, May 23, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 26

Bab 26.

Mujur malam ni tak payah temankan Sulaiman di hospital. Lega sikit. Boleh ringankan anggota badan. Dan amat bernasiblah juga Sulaiman awal-awal lagi dah cakap tak payah temankannya. Daim, Mejar Mustapa dan Kapten Mansur pun terus balik lewat petang itu selepas Solat Maghrib di surau hospital. Mereka sempat singgah sekejap di kedai makan untuk makan malam.
“Nampaknya malam ni, kamu tak ada roomatelah, Daim. Takut tak?,” usik Mejar Mustapa.
Daim hanya menyengih sambil menghabiskan nasi dipinggannya. Ikan goreng dikuis cermat. Takut tercucur tulang ikan. Mata Daim sempat lagi meliar melihat kawasan sekeliling sambil tangan menyuap nasi ke mulut. Sungguhlah tak senonoh punya budak!
Mata Daim tertangkap pada seseorang wanita yang sedang melangkah menuju ke sebuah kereta Viva berwarna putih. Susuk tubuh wanita itu sepeti dikenali.
Hatinya jadi semacam. Berdebar-debar yang amat. Wanita tersebut membunyikan alarm kereta dan menyimpan barang ditangan kirinya di bahagian tempat duduk belakang. Saat wanita itu ingin melangkah masuk ke dalam isi perut kereta, wanita itu sempat menoleh kepada Daim.
“Macam aku pernah tengoklah dia ni,” detik hati Daim dengan tangan kanan ralat menguis nasi dipinggannya.
Daim hanya dapat melihat matanya sekali lagi. Hidung dan mulutnya terlindung oleh bumbung kereta. Otaknya kembali mengerah keringat. Berkerut-kerut dahi Daim yang cuba untuk mengingati mata itu milik siapa. Dan akhirnya, aha!
“Bukan ke dia ni perempuan yang aku jumpa dekat restoran semalam? Mata dia. Mata dia, mata yang sama dengan mimpi aku. Ya. Memang mata yang sama,” Daim tersenyum.
Daim cuba memfokus kepada wajah wanita itu dengan melihat pada cermin kereta wanita itu. Tapi sayang tinted yang dipasang oleh wanita itu sangat-sangatlah tak teragak gelapnya. Di campur pula dengan gelapnya malam lagilah menipiskan peluang Daim untuk melihat wajah wanita yang mendebarkan hatinya.
“Makanlah, Daim. Usha anak dara orang pulak kerjanya,” sergah Kapten Mansur dengan menepuk bahu Daim. Terkejut Daim.
Daim hanya tersengih dan kembali menyuap mulutnya dengan nasi. Bila dia angkat kembali mukanya, kereta Viva tadi dah hilang dari dalam pandangan matanya.
“Biarlah Kapten. Anak mudalah katakan. Bujang pulak tu. Usha tu, nak mencarilah tu. Tapi kalau kita yang buat macam tu, sure dah kena perambat dah dengan penyapu,” usikan Mejar Mustapa dibals dengan tawa panjang oleh Kapten Mansur.
“Hehehe...Tuan ni macam faham-faham je,” malu Daim.
“Ala. Biasalah tu semua, Daim. Kami dulu pun pernah juga melalui waktu macam kamu ni. Dah rasa dah. Tapikan saya tengok sejak akhir-akhir ni, kamu rajin ya keluar outing. Kalau dulu nak tengok kamu outing pun susah. Asyikan saya nampak kamu jogging tak pun main bola dekat padang. Kalau outing pun dalam 2 minggu sekali tu pun sebab balik rumah mak kamu kan? La ni selalu outing, keluar dating ke?” soal Mejar Mustapa.
Daim terkena. Naik tebal mukanya beberapa inci. Macam manalah Mejar Mustapa boleh perasan ni? Aduhai! Daim.
“Tak jugak, Tuan. Kadang tu balik rumah. Jumpa mak. Jumpa adik-adik. Kadang tu ada yang mengajak saya on je kalau saya tak buat apa-apa, ” akhirnya jawapan yang di rasakan paling selamat dituturkan selepas berfikir sejenak.
“Tak jugak? Hai lain macam je bunyinya. Kira, betullah tu maknanya. Keluar datinglah tu,” usik Kapten Mansur pula.
Alamak! Macam mana boleh terguna ayat macam tu pula. Aduhai! Tak berhati-hati langsung bila nak bercakap. Padan dengan muka kau, Daim!
Daim hanya boleh tersenyum. Nak cakap kang takut salah cakap lagi.
“Mak kamu dah start membebel ke Daim?” tersedak Daim dibuatnya. Soalan yang tepat pada sasarannya. Cepat di diteguk Air Sirap Limau didepan matanya.
“Amboi! Sedak pulak dia?” Kapten Mansur menepuk-nepuk belakang badan Daim.
“Tak payahlah nak bersembunyi, Daim. Cerita je. Anggaplah saya ni sebagai seorang bapa tempat kamu nak meluahkan rasa. Kapten Mansur pula, kamu anggap dia sebagai abang sebab antara saya dengan Kapten Mansur, Kapten Mansur lagi muda sikitlah dari saya,” Mejar Mustapa sambung ayatnya.
“Ala! Seganlah saya, Tuan.
“Apa nak disegankan. Kamu bukan perempuan. Lelaki kan? Lelaki kenalah gagah berani. Malu je kalau orang tahu kamu ni tentera tapi penyegan macam perempuan. Dah tu siap kuis-kuis nasi lagi. Kamu ni ada masalah identiti ke Lefternan Daim Hanafi?” perli Kapten Mansur.
“Eh! Mana ada, Tuan. Saya lelakilah,” Daim menegakkan badannya. Gilalah Kapten ni. Boleh difikirnya aku nk manusia dua alam? Tak masuk akal langsung. Kalau Jefry dan Jefri tu ya. Semedangkan nak menjadi macam orang dua alam. Uih! Simpang Malaikat 44.
“Dah tu, kalau bukan, cepat cerita,” desak Kapten Mansur lagi.
“Macam mana ya nak cerita,” Daim mengetuk jarinya dipinggan.
“Cerita jelah macam mana pun,” gasak Kapten Mansur.
Daim meneguk air seketika. Ditarik nafasnya panjang dan dalam. “Macam ni ceritanya,”
Daim dengan penuh rasa segan menceritakan apa yang terjadi sejak dari Mak Cik Kesuma Dewi memberikan dia masa selama sebulan untuk mencari seorang isteri sampailah kepada mimpi-mipi pelik yang dialami sejak dua, tiga malam ni. Tapi Daim tak cerita kesemuanya. Bab cerita yang dia berdebar dengan melihat mata seseorang, hanya dipendamkan. Biarlah ia menjadi rahsiaku. Bila aku dah dapat bongkar rahsia tu, baru aku akan cerita lagi.
“Jangan percaya sangat dengan mimpi-mimpi ni. Semua tu mainan Syaitan,” nasihat Mejar Mustapa.
“Ha'a betul tu. Biasalah bila otak celaru tambah pula dengan badan yang penat. Senang sangat nak dapat mimpi yang entah apa-apa ni. Abaikan jelah,” tambah Kapten Mansur.
“Tapi, saya rasa macam mimpi tu dekat sangat dengan saya. Macam betul-betul je. Nak, nak sejak di Melaka ni,” Daim meluahkan pendapatnya.
“Melaka ni kan banyak sejarahnya. Entah-entah Puteri Hang Li Po tak pun Tun Teja yang datang dalam mimpi kamu kot,” usik Kapten Mansur. Daim hanya tergelak dengan jari yang tak basuh lagi.
“Jadi sekarang ni kamu nak pilih siapa?” soal Mejar Mustapa.
“Pilih?” soalan berjawap soalan. Daim mengerutkan dahinya.
“Yelah! Nak pilih Cikgu Aishah ke Cik Qalisya?” soalan di perincikan lagi oleh Mejar Mustapa.
“Oh! Entahlah,” jawab Daim sambil menjungkit bahunya.
Cerita pasai Aishah. Langsung dia tak bagi sebarang mesej pada Aishah sejak lepas balik semalam. Lebih tragis, pun langsung tak dibelek sejak pagi tadi.
“Saya rasa Cikgu Aishah tu sesuai. Perwatakkannya saya suka. Lembut, sopan dan penuh dengan sifat keibuan. Kalau saya ada anak lelaki yang tak kahwin lagi, mau saya cuba-cuba jugak tu,” Mejar Mustapa memberikan pendapatnya.
“Entahlah, Tuan. Saya memang suka dengan Aishah. Tapi seperti ada sesuatu yang menjadi pengahalang,” jawab Daim kemudian mengeluh.
“Kenapa kamu tak mahu dengan pilihan mak kamu pula? Biasanya pilihan orang tuan ni adalah pilihan yang terbaik. Saya dulu pun arwah mak dan ayah saya yang pilihkan. Alhamdullilah, sampai sekarang bertahan. Tak menyesal saya ikut pilihan mereka,” Mejar Mustapa memberikan pendapatnya lagi.
“Ish! Tak naklah, Tuan. Abang-abang dan kakak saya, semua pilihan sendiri. Mana aci sampai turn saya, saya kena ikut pilihan mak saya. Tak adil namanya. Kalau betul nak pilihkan, biar dari awal lagi mak pilihkan untuk semua. Lagi pun saya tak kena dengan pilihan mak saya tu. Entahkan elok, entahkan tidak je lakunya nanti,” protes Daim bila soal calon menantu pilihan Mak Cik Kesuma dewi di ketengahkan.
“Sebab tak kenallah kena kenal. Kalau dah kenal terus on je, Daim. Kamu kenalah ambil peluang yang ada ni untuk kenal dengan calon pilihan mak kamu. Manalah tahu kot,kot kamu pula terpikat nanti. Kan senang cerita?” Mejar Mustapa seakan cuba menghasut daim supaya berkenalan dengan Dhia.
“Nantilah, Tuan. Saya belum sedia nak kenal dengan pilihan mak saya. Kalau saya dah betul-betul tak ada calon sendiri baru saya akan pertimbangkannya kembali,” jawap Daim bagi menamatkan kisah yang paling dia tak suka.
“Mana kamu kenal dengan Cik Qalisya tu pulak?” soalan Kapten Mansur tepat pada masanya.
“Qalisya? Dia rakan sekuliah saya dulu masa study,” jawab Daim ringkas. Tangan dicuci sementara dengan baki air Sirap Limau. Aisnya pula di main-mainkan.
“Padanlah beria sangat nak nombor telefon kamu tadi,”
“Ye ke? Tuan bagi ke?” Mejar Mustapa mengangguk. Daim jadi teruja yang amat.
'Qalisya minta nombor aku!' jerit hati Daim.
“Dah jomlah balik. Dah dekat jam 8:30 dah ni. Badan pun dah terasa melekit,” ajak Kapten Mansur.
###
Usai mandi dan Solat Isyak, Daim bertapa di bilik sahaja. Dicapai telefon bimbitnya. Tanda amaran bateri pun berbunyi. Di rabanya chager telefon bimbit dari dalam beg galasnya dan mula mengecas telefon bimbitnya.
5 miss call dan 3 mesej yang masuk.
3 miss call dari Mejar Mustapa. Satu dari rumah. Mesti Mak Cik Kesuma Dewi yang call dan satu lagi dari nombor tak dikenali. Mesej pula, 1 dari nombor tak dikenali dan 2 mesej dari Aisyah.
Mesej dari Aisha terus dibacanya dulu.
As'Salam Daim. Maaflah kalau tadi Aishah senyap je. Segan pula rasanya.
Mesej dihantar pada jam 12:05 pagi.
As'Salam. Daim marah Aishah ke? Aishah minta maaf ya?
Mesej kedua dibacanya pula. Dihantar pada jam 9:00 pagi tadi.
W'slm. Maaflah tak mesej Aishah. Daim penat sangat semalam. Hari ni pula baru je balik dari hospital. Sulaiman cedera. Kena serang dgn orang gila. Aishah jangan bimbang. Daim tak marah Aishah pun. ;P
Tangan dengan pantas membalas mesej Aishah. Terasa bersalah pula dah buat anak dara orang terasa bersalah. Apalah kau ni Daim? Emosi tak pandai cover langsung!
Mesej dari nombor yang tak dikenali pula dibacanya.
Hafy. Isha ni. Macam mana kawan you tu? ok dh?
Oh! Qalisya ke rupanya. Ingatkan siapa tadi. Senyuman terpancar dibibir Daim. Daim menyemk daftar masuk panggilan dengan nombor Qalisya. Sama. Daim dah mendail nombor Qalisya tapi dibatalkan dulu. Mak Cik Kesuma Dewi punya call harus dibalas dahulu. Barulah betul. Syurgakan dibawah tapak kaki mak.
Daim mencapai jam tangannya.
“Baru jam 10:00 malam. Biasanya mak akan masuk tidur jam 11:00 malam. Call sekaranglah,” Daim berkata kepada dirinya.
Nombor rumah terus didail. Deringan pertama tak berjawap. Deringan ke dua hampir habis. Deringan ke tiga masih tak bersahut. Masuk deringan ke empat baru gangang telefon rumah berangkat.
“Apa ni? Biarkan saje telefon ni berbunyi? Udoh tak reti jawap ke?” bebelan Mak Cik Kesuma Dewi menerpa ke telinga Daim dulu. Ni mesti dua budak gonjos ni buat hal ni.
“Assalamualaikum, mak,” sapa Daim dulu.
“Wa'alaikumsalam. Siapa ni?” soal Mak cik Kesuma Dewi.
“Amboi! Mak. Suara anak sendiri pun tak kenal dah ke?” perli Daim yang dah meniarap dikatilnya.
“Anak mak yang lelaki ramai. Yang mana satu? Along ke Angah ke Achik?” sebenarnya Mak Cik Kesuma Dewi dah dapat tangkap gaya bahasa Daim. Tapi saja je nak bergurau.
“Achiklah, mak,” jawap Daim seakan merajuk.
“Ha? Udoh nape telefon?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Eh! Bukan ke mak yang call Achik pagi tadi?” soal Daim kepelikkan.
“Umm...tak ada maknenya mak nak menelefon kamu, Achik. Patut kamu yang nelefon mak bukannya mak,” Daim dah mengaru kepala. Siapa pula yang call aku guna line rumah ni?
“Betul ke bukan mak?” soal Daim lagi.
“Iyele. Pagi tadi mak ke rumah Angah kamu. Kak Lin kamu alah tak hilang lagi,” cerita Mak Cik Kesuma Dewi.
“La? Ya ke? Sian Kak Lin,” simpati Daim.
“Itu le. Petang tadi dah masuk ke hospital. Doktor cakap badan dia dah terlampau lembik beno. Tapi nasib le baby tak ada apa-apa. Elok je. Sihat kata doktor,”
“Ye ke? Habis tu berapa lama pulak Kak Lin kena tahan?” Daim dah terduduk dengarkan berita yang satu ni.
“Entoh le. Doktor cakap nak nengok macam mana dulu. Sekarang ni dah masuk 2 bulan,”
“Eh! Bukan, baru sebulan ke mak?”
“Idok le. Dah masuk dua bulan dah. Kamu tak nak melawat Kak Lin kamu ke?”
“Nak. Tapi sekarang ni Achik mesyuarat dekat Melaka. Maaflah mak tak sempat bagitau. Achik pun petang dapat surat malam dah nak bertolak dah. Takpe. Nanti Daim balik, Daim singgah hospital kejap ye?”
“Oh! Di Melaka. Elok beno le ghuper itu. Boleh le kamu terlanjo ke rumahnya Si...” Mak Cik Kesuma Dewi tak jadi sambung ayatnya bila teringatkan peristiwa hari Selasa lepas.
“Jumpa siapa, mak?” soal Daim serius.
“Tak ada siapalah,”
“Cakaplah. Ada sedara mara kita ke dekat sini? Tak pernah tahu pun,” 'Ya, anakku. Bakal sedara kita kalau kamu setuju nak berkahwin dengan Si Dhia nun, anakku.'
“Apa pula takde? Sedara sesama Islam kan ramai? Ada je dekat mana-mana pun?”
“Eleh, mak ni. Loyar buruk lak dia kan?” cebik Daim.
“Udoh le. Mak nak rebus air akar kayu sikit bagi Kak Lin kamu. Bagi kuat sikit rahimnya,” penyudah Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak, nak cakap dengan budak berdua tu boleh? Mana-mana pun tak pe,” pinta Daim.
“Ha tunggu kejap. Chu, nah telefon,” jerit Mak Cik Kesuma Dewi. Kedengaran gangang telefon diletakkan di ke meja telefon.
Hello,” kedengaran suara Delita menyahut.
“Chu, kau ada call aku tak petang tadi?” soal Daim strait to the point.
“Ha'a. Nak minta tolong kau sikit,” mengaku Delita.
“Tolong apa?”
“Aku nak minta kau dapatkan apa-apa flyers atau pun aktikel pasai Tentera Daratlah,”
“Nak buat apa?”
“Nak kena buat research sikit untuk Hari Tentera Darat nanti. Aku kan setiausaha KRS. Kita orang masuk pertandingan sajak, kawad dan pidato,” cerita Delita.
“Oh! Aku dekat Melaka ni. Nanti aku balik aku tolong kau, ok?”
“Melaka? Ha eloklah tu. Boleh kau kenal dengan Kak Dhia. Dia orang melaka. Semalam aku tanya dia, dia cakap dia tengah cuti dekat Melaka,” tanpa rasa apa-apa Delita terus bercerita pasal Dhia. Daim merengus halus. Agaknya inilah yang mak nak cakapkan ni tadi. Padanlah.
“Kak Dhia korang tu orang Melaka ke?” soal Daim antara acuh dengan tidak.
“Ha'a. Cubalah kau jumpa dia. Kau juga yang nak kenal sangat-sangat dengan dia kan?” perli Delita.
“Eleh. Aku ke korang yang beria?” Delita hanya menyengih.
“Kau nak aku send nombor telefon Kak Dhia ke? Tak pun kau nak aku send alamat dia sekali?” Delita masih berniat nak mengenakan Daim.
“Tak payahlah. Kak Aishah kau pun ada dekat sini. Baik aku jumpa dia dari jumpa Kak Dhia korang tu,” Daim mengenakan Delita balik.
“Eleh! Benci je aku dengar,” cebik Delita.
“Dah lah. Aku nak tidur dah ni. Nanti kirim salam dengan semua tau. As'salammualaikum,”
Selepas Delita menyahut salamnya, tangan Daim dengan pantas mendail nombor telefon Qalisya. Kedengaran call me tones lagu right here waiting.
Hello, Hafy,” kedengaran suara Qalisya ceria dihujung sana.
“As'salammualaikum,”
“Wa'alaikumsalam,” jawap Qalisya seperti orang bersalah.
Sorrylah. Tadi Isha call tak jawap. Handphone dalam kereta. Kalut tadi nak uruskan Sulaiman,” Daim mengaru kepala yang tak gatal. Lembut betul suara Qalisya dihujung sana.
Is ok. Macam mana dengan Sulaiman ok? Macam mana boleh cedera tu?” soal qalisya bertalu.
“Panjang ceritanya. Tapi Isha tak payah risaulah. Sulaiman dah stabil dah tapi malam ni kena juga bermalam dekat hospital. Doktor cakap nak tahu conduction dia macam mana. Kalau ok. Esok bolehlah keluar,” cerita Daim.
“La ye ke? Sian dia kan? Sorrylah tadi tak sempat nak turun tengok Sulaiman masa hantar pegawai you tadi. I nak kena ke Airport Melaka. Ada urusan sikit dekat sana,”
“Takpe. Tadi pun tak sangka Isha yang hantar Mejar Mustapa,”
Perbualan mereka semakin lama semakin rancak. Macam-macam kisah lama diulang tayang kembali. Daim nak sentuh soal hati dan perasaan tapi terpaksa ditepis bila melihatkan Qalisya lebih minat bercerita tentang kawan-kawan mereka sekuliah dulu. Dan dari situ jugalah, Diam tahu yang roomate Qalisya, Bedah Cempaka dah kahwin dengan Orang Kaya Brunei dan dah menetap pun di sana. Dah dekat 2 tahun dah bekeluarga di sana.
Kenangan diimbau juga, macam mana Bedah Cempaka dapat nama tu. Kalau ikut nama dalam surat beranak, Siti Zubaidah binti Zahid. Tapi disebabkan dia gemar sangat dengan Bunga Cempaka, Komeng panggil dia Bedah Cempaka. Yelah, tiap hari mesti tangan dia akan pegang Bunga Cempaka yang dipetik di kawasan cafe UTM. Pakai bedak sejuk pun dengan Bunga Cempaka. Mandi pun nak dengan Bunga Cempaka. Nasib makan je tak dengan Bunga Cempaka. Dan disebabkan gelaran yang diberikan oleh Komeng jugalah Habis satu fakulti kenal Bedah Cempaka.
Bergelak ketawa mereka mengenangkan cerita lama.
Mata daim dah semakin mengantuk. Ditoleh matanya ke jam tangannya di meja tepi. Dah jam 12:00 tengah malam. Padanlah pun mengantuk. Qalisya masih rancak berbual. Sedar ke tidak perempuan ni dah dekat sejam setengah bergayut? Kejap mati kejap putus kejap kang sambung balik. Dah naik panas telinga aku.
“Isha, kita sambung esok yerk? Hafy dah mengantuklah,” terpaksa memberhentikan cerita Qalisya.
“La ye ke? Sambung esok ok? Nak jumpa dekat mana esok?” soal Qalisya penuh semangat.
“Esokkan last day meeting? Kita jumpa time tu la,”
Meeting esok tunda ke Isninlah, Hafy. Tak akan pegawai you tak inform you?” soalan Qalisya membulatkan mata daim. Iya ke mesyuarat ditunda ke hari Isnin? Tak tahu pun.
“Oh! Sorry-sorry. Memang Mejar ada bagitau tadi. Kepala mengantuk sangat. Lupa dah apa yang Mejar cakapkan tadi. Nanti Icall you balik ya? Nanti kita rancang nak jumpa mana ok?” cover Daim.
“Ok. Good night, Hafy,”
Night, Isha,” panggilan dimatikan. Daim pun tanpa tunggu lama terus je menutup lampu dan membetulkan letak bantal dan selamat malam dunia.
Sedang asyik dalam kepekatan malam orang semua bantaikan tidur nyenyak, Daim tiba-tiba tersedar sendiri. Mengucap panjang dia sambil duduk dibirai katil.
“Astagfirullah. Apa kena aku ni?” Daim meraup mukanya. Nafas Daim turun naik dengan pantas. Dilihat jam tangan di meja sudut.
Baru jam 4:00 pagi. Daim bingkas bangun dan menuju ke dapur apartment. Di capai air dari dalam peti ais dan meneguknya dengan penuh rakus. Langkah diatur kembali ke bilik dengan berbekalkan botol air mineral ditangan. Dia kembali duduk di birai katil.
“Kenapa aku asyik mimpikan yang sama? Siapalah perempuan yang selalu muncul dalam mimpi aku ni? Semak betullah,” Daim kembali baring dikatilnya. Botol air mineral di letakkan sebelah.
Daim cuba melelapkan kembali matanya. Tapi sayang. Matanya dah terbuka dengan bulatnya. Daim meletakkan tangan kanan di dahinya. Daim cuba berfikir siapakah pemilik mata yang selalu muncul dalam mimpinya. Daim cuba menyamakan mata milik Aishah dan Qalisya dengan perempuan yang dalam mimpinya.
Kerahan otak dilakukan dengan lebih giat. Ibarat cantuman DNA dilakukan diruang mata Daim. Tapi keputusan gagal. Langsung tak sama. Langsung tak sepadan.
“Kalau kau nak nombor Kak Dhia aku boleh bagi. Alamat dia pun boleh,” kata-kata Delita terngiang-ngiang ditelinganya. Hati Daim buat pertama kalinya seperti ingin mengetahui siapakan sebenarnya Dhia.
Telefon bimbitterus dicapai dan tangan terus menaip mesej kepada Delita.
Chu, kau hantar alamat Kak Dhia korang tu pada aku. Aku nak alamat je. Aku tak nak no.phone dia ok?
Jam ditelefon dah menunjukkan jam 5:00 pagi. Daim terus capai tuala dan melangkah ke bilik air.
Usai menunaikan Solat Subuh, nada mesej berbunyi. 2 kali. Satu daripada Qalisya. Satu lagi daripada Delita. Mesej Delita dibacanya dulu.
Ha kan bagus ko mintk daridulu. Macam ni la abg aku. Hehehe...
Cepatlah bagi alamat. Aku ketuk kepala kau kang?
Bengang Daim.
Eleh. itu pun nak marah. Nah alamat Kak Dhia. no. 200, jalan AP 21, crystal bay, alai, melaka. Dah dapat cr jgn lupa mesej aku ok? Gud luck, bro.
Mesej dari Qalisya pula dibacanya.
Hafy, sorrylah tak jumpa you pagi ni. Kita jumpa malam boleh? Dekat Mc'D depan JJ Melaka ni.Ok.
Ni dah cukup cantik. Kebetulan pula meeting batal. Lagilah cantik. Aku nak siasat siapa Dhia ni sebenarnya. Tapi siapa nak tunjuk arah nak ke rumah Dhia ni? Jalan dekat Melaka ni bukan aku handal pun.
Tiba-tiba dia teringankan Aisyah. Cepat-cepat diberikan mesej kepada Aisyah bertanyakan sama ada Aisyah lapang atau tidak hari ni. Dan lebih bernasib baik, Aisyah menjawap mesejnya dengan kadar yang cepat. Masa ni dah pun jam 7:00 pagi. Selepas berbincang sikit lebih kurang dengan Aisyah. Mereka setuju untuk berjumpa pada jam 10:00 pagi nanti, sekali dengan Abang Zul sekeluarga dan lebih kebetulan pula, Mejar Mustapa dan Kapten Mansur pun nak beli ole-ole. Makanya sekalilah jalan. Senang. Tak payah pusing-pusing kepala. Lepas tu boleh melawat Sulaiman sekali.
“Daim. Daim,” suara Kapten Mansur berselang seli dengan bunyi ketukan dipintu bilik. Daim melangkah untuk membuka pintu.
“Ya, Tuan,” sahut Daim.
“Mari ke depan kejap. Ada hal nak bincang,” serius je muka Kapten Mansur. Tolonglah jangan rosakkan program aku hari ni. Tolonglah.
Daim menurut Kapten Mansur ke depan. Mejar Mustapa dan siap-siap dihadapan dengan aroma nescafe yang kuat. Daim mengambil tempay disofa single.
“Hari ni, mesyuarat ditangguhkan kepada esok. Kamu ada apa-apa perancangan ke Daim? Kami ingat nak cari ole-ole sikit sebelum balik esok. Semalam nak belikan dah tak jadi?” cerita Mejar Mustapa. Daim hanya mengangguk. Lega hatinya mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Mejar Mustapa. Makanya program berlangsung seperti biasa.
“Saya dah plan dengan Cikgu Aishah dan family dia nak suh bawa kita ke Bandar Hilir. Cikgu Aishah cakap, kalau nak beli ole-ole, boleh beli dekat Kompleks Samudera katanya,” Daim 'membentangkan' ideanya.
“Wah! Awal kamu merancang, Daim?” soal Mejar Mustapa.
“Kebetulan, Tuan. Saya pun nak cari rumah kenalan lama saya dekat sini. Tapi tak tahu jalan nak ke rumah dia. Tu minta tolong dengan dia orang tu,” kelentong Daim
“Oh! Macam tu. Habis janji pukul berapa ni?”
“Dalam pukul 10:00 malam nanti dia orang sampai,”
“Kita ambil Sulaiman dulu. Dia mesej saya cakap dia minta keluar hari ni,” Kapten Mansur memberikan informasi.
“Umm...manalah. Sekarang dah jam 7:30 pagi. Elok kalau kita sarapan dulu. Saya nak ke reception nak bagitau kita tambah semalam lagi. Esok gerak ke mesyuarat sekali dengan beg-beg semua. Lepas habis mesyuarat, terus balik dan jangan berlengah,” kata-kata yang berupa arahan dari Mejar Mustapa yang dah berdiri.
“Baik, Tuan,” Daim dan Kapten Mansur bangun dan menabik kepada Mejar Mustapa.
Dalam hati Daim dah berbunga riang. Misi akan bermula sekarang. Harap-harap misi aku berjaya.

2 comments:

Anonymous said...

eh,tak de lagi ke?episod 27 belom ke?kalau belum, smbung lah eh..hihi..

ezaitie nfib. said...

As'Salam...belum lg dear..nt Che Ezaitie uploadkan.. InsyAllah akn diuploadkan cepat k? tunggguuu tau...