~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, May 8, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 22

Bab 22

“Iyyyyaaaahhhh...siap jugak akhirnya,” jerit Daim sambil mengeliat.
Daim yang asyik benar mengeliat mengejutkan beberapa rakan sekerja yang bergitu fokus dengan kerja masing-masing. Daim hanya tersenyum sumbing. Button 'ctrl' dan 'p' ditekan untuk mencetak laporan yang dah siap untuk dihantar kepada biro tatatertib sebelum bersidang.
Selepas dua malam berturut bergelumbang dengan fail-fail dan skrin komputer, akhirnya Daim berjaya merdekakan matanya. Jangan tak tahu, bergeleng eye moist masuk dalam mata Daim. Mujurlah juga Sarjan Anuar, Koperal Taib, Koperal Malik dan Koperal Jufri ada. Bolehlah juga main lari-lari kejap rehatkan mata. Nasiblah juga diaorang ni pun jenis nak melayankan Daim berbual kalau tak mau lepas ni Daim kena pakai cermin mata. Mata Daim ni dah la tak elok tapi tak nak mengaku. Suruh pakai cermin mata tak mau. Katanya tak boleh.
“Eh! Daim, memandai kau je kan cakap? Kalau pakai cermin mata selepas dalam perkhidmatan bolehlah. Entah-entah silap hari bulan kau boleh claim lagi duit cermin mata kau tu,” kata penulis ini kepada watak Daim.
Hari ni, Daim telah menjatuhkan 'talak satu' pada komputer atau laptopnya. Hari ni, Daim nak merehatkan pinggang yang dah terasa sangat sendi- mendinya. Hari ni, Daim akan merelakskan matanya yang dah menjadi sebesar mata ikan buntal. Hari ni, Daim nak menenangkan otaknya yang dah jam yang patut di sapu pada roti. Barulah sedap. Nyum..nyum...nyummy...
Siap sahaja laporan dicetak, tanpa berlengah, Daim terus melangkah menuju ke bilik Mejar Kamil.
“As'salamualaikum, Tuan,”
“Wa'alaikumsalam. Masuk Kapten,” arah Mejar Kamil. Daim melangkah masuk.
“Jemput duduk,” arah Mejar Kamil lagi. Sekali lagi Daim menuruti arahan. Ditarik kerusi di depan meja Mejar Kamil, lantas terus duduk.
“Ada yang saya boleh bantu, Kapten?” soal Kapten Kamil yang memfokuskan tujuan Daim menemuinya.
“Ye, Tuan. Saya nak serahkan laporan berkenaan salah laku pegawai kita yang telah siap, Tuan,” Daim menyerahkan selembar kertas A4 setebal 3 inci kepada Mejar Kamil.
“Dah siap dah? Bagus,” Mejar Kamil menyelak lembaran yang diserahkan oleh Daim sekali lalu.
“Saya akan semak laporan ini. Semua fail dah dipulangkan kembali?”
“Dah, Tuan. Daftar rekod fail saya dah serahkan kepada Koperal Hamidah,”
Sebut je nama Koperal Hamidah, tetiba pula Daim teringat saat nak memulangkan ke semua fail dari dalam simpanannya.
“Koperal, ni saya pulangkan balik semua fail yang saya pinjam dulu. Nak saya sain mana?” Daim mengangkat fail di tangannya sambil menoleh-noleh ke arah Koperal Hamidah.
Koperal Hamidah hanya memandang je Daim. Pandangan tak berkelip. Sure berangan lagi ni.
“Koperal Hamidah?” ton suara Daim dinaikkan sedikit. Diletakkan semua fail atas meja Koperal Hamidah. Sedikit terhampas. Yelah terhempas sebab banyak sangat. Sekali sampai 10 fail diangkatnya. Terkejut Koperal Hamidah.
“Ha. Tuan sain dekat sini. Semua dah ada kan?” kalut Koperal Hamidah mengeluarkan daftar keluar masuk fail.
“Semua saya ambil 5 fail. Semalam dah pulang separuh kan? Ni saya pulang lagi separuh. Nanti kejap saya ambil yang lain. Tapi checklah yang ni dululah,” arah Daim.
“Ha, ok,” Daim terus berlalu ke mejanya untuk mengambil sejumlah fail lagi.
Saat Daim kembali ke meja Koperal Hamidah, Koperal Hamidah seakan terpaku dengan hanya tegak berdiri memandangnya. Hai, awat pulak ni?
“Nah, ni lagi separuh,” Daim meletakkan fail lagi separuh atas meja Koperal Hamidah. Sekali lagi, Koperal Hamidah seakan berangan.
“Koperal? Koperal?” Daim mengoyangkan tangannya depan Koperal Hamidah dan sekali lagi juga, Koperal Hamidah seakan tersentak.
“Ye, Tuan,”
“Bila nak checknya?”
“Ha, kejap. Saya check dulu,” Koperal Hamidah memeriksa jumlah fail sama atau tidak dengan jumlah yang direkodkan.
Kejap-kejap Koperal Hamidah menjeling Daim. Lepas tu senyum-senyum. Naik meluat pula Daim. Dah la menyemaknya sikit punya tertib, main jeling-jeling lagi dah tu senyum-senyum pula. Gila ke apa Si Hamidah ni?
“Cukup, Koperal?” soal Daim yang dah bosan menunggu. Berapa kali main semak da. Asyikkan tempat yang sama je kalihnya.
“Kejap ye, Tuan,” Koperal Hamidah kembali menyemak.
“Apa kata saya semak fail ni awak semak yang dalam rekod fail tu,”
“Ha?”
“Saya banyak kerja nak buat ni, Koperal. Kalau kita buat sama-sama mesti cepat siap,”
“Umm...Baiklah,” riak muka Koperal Hamidah dah berubah. Tak sukalah tu. Ah! Tak kira kau suka ke tak kau kena suka juga sebab aku tak suka nak berlama-lama dengan kau. Banyak lagi kerja aku nak buat dari melayan kau.
Daim dan Koperal Hamidah pun sama-sama menyemak.
“Samakan?” soal Daim.
“Sama,” jawap Koperal Hamidah.
“Bagus. Nak saya susun sendiri ke?”
“Tak apa nanti saya susun,”
“Oklah kalau macam tu. Saya nak masuk jumpa Mejar kejap. Jangan lupa susun cepat tau. Fail sulit tu,” peringat Daim. Langkah terus di atur ke mejanya untuk mengambil laporan untuk diserahkan kepada Mejar Kamil.
“Bagus,” butir bicara yang keluar dari mulut Mejar Kamil membawa Daim kembali ke dunia realiti.
“Ada apa-apa lagi, Lefternan?”
“Tuan, saya nak memohon cuti esok. Boleh?” pinta Daim.
“Baik. Jangan lupa isi dalam sistem Hrmis,” pesan Mejar Kamil. Daim hanya mengangguk sebelum berlalu keluar.
Yeah, boleh dapat cuti. Ni yang paling suka ni. Hehehe... bolehlah suruh mak masak Siput Sedut masak gulai lemak cili padi. Mesti pedas terangkat punya. Bestnya...
Tanpa berlengah, Daim terus membuka laman sesawang myhrmis untuk mem'aply' cutinya. Dalam menunggu loading membuka protal laman sesawang myhermis yang agak lambat mungkin disebabkan kapasiti pengunaan yang ramai pada masa tu, Daim mengemas mejanya yang dirasakan agak serabut. Al-maklumlah orang busylah katakan.
Pensel, pen, pembaris, highlight dan liquid paper diletakkan dalam mug nescafe. Gunting, pisau belit, penebuk lubang dan pembuka surat diletakkan pula dalam mug yang lebih kecil. Kertas nota berwarna kuning diletakkan di bawah komputer Dell. Sticky noted dilekatkan disekeliling skrin komputernya. Kertas-kertas yang berlembar atas meja kerjanya di kemaskan dan diletakkan disebelah. Umm...macam perempuankan? Tertib semacam.
Dalam pada mengemas mejanya, Koperal Megat datang ke meja Daim.
“Tuan, ni ada surat panggilan mesyuarat,” serah Koperal Megat.
“Terima kasih,” hargai Daim.
Tanpa berlengah, Daim terus membelek surat panggilan di tanganya.
'Alamak, esok ke? Baru bajet nak cuti. Hancur harapan aku nak makan siput sedut masak gulai lemak cili api. Dekat Pejabat SUK Melaka pula tu. Malas betulah. Cis!' monolog Daim sendirian.
'Tapi nanti kejap, MELAKA? Dekat Melaka? Siapa yerk yang ada dekat Melaka? Macam ada seseorang je yang aku kenal dekat Melaka nun,' Daim seakan berfikir sejenak. Sekali,
'Aisyah,' hampir nak terlompat rasanya. Yeah! Yeah! Boleh dating dengan Aisyah. Eh! Silap jumpalah. Tak declared lagi mana boleh pergi dating. Ish...ish...gataikan hang ni Daim. Sabaq...sabaq...bawa ngucap dulu.
Daim terus melangkah berjumpa dengan Sarjan Karim.
“Sarjan, boleh dapatkan kenderaan tak untuk mesyuarat esok? Di SUK Melaka.” soal Daim.
Sarjan Karim membuka buku daftar rekod pemandu kenderaan jabatan. “Mesyuarat dengan Ketua Menterikan?”
“Umm...ye kot. Saya tak dapat pula tentatif dia. Ni suratnya,” Daim memberikan surat panggilan mesyuarat kepada Sarjan Karim. Sarjan Karim terus membeleknya sekali lalu.
“Betulah ni. Dah ada dah kenderaan, Tuan. Sulaiman yang akan memandu. Kiranya sekali dengan Mejar Mustapa dan Kapten Mansur. Hotel pula, kami dah tempahkan di Melaka Watercity Resort. Tuan, tahukan malam ni akan bertolak?” terang Sarjan Karim.
“Malam ni ke? Pukul berapa ye?” soal Daim. Sah aku ni dapat tahu last minute.
“Ikutkan dalam jam 5:00 petang nanti. Tapi Mejar baru je masuk mesyuarat lepas lunch tadi. Jadi masa bertolak dah berubah ke jam 8:00 malam nanti,” terang Sarjan Karim lagi.
Oh I see. Tak apa kalau macam tu. Sempatlah saya balik nanti kemas barang. Thanks you ye Sarjan,” Daim menepuk bahu Sarjan Karim dan kemudian berlalu pergi. Kembali ke meja kerjanya.
Daim mengetuk mejanya dengan jarinya. Cara seakan sedang merancang sesuatu. Agaknya mesti tengah merancang untuk isi apa dalam beg pakaiannya. Matanya pula melilau atas mejanya. Kemudian Daim meraba poket seluarnya. Dikeluarkan telefon bimbitnya.
Call Aisyah la kejap,”
Tangan Daim dengan pantas mencari nama 'Siti Aisyah Salim' dalam telefonya. Butang hijau ditekan tapi kemudian dimatikan. Dikalih matanya kepada jam di tangan kanan. Baru jam 3:00 petang.
'Agaknya Aishah tengah mengajar kot. Takpelah aku mesej jelah,'
As'salam Aisyah. Lama tak dengar kabo. Sihat ke? Tengah mengajo ke?
Nak ajak jumpa kenalah buat ayat bunga-bunga dulu. Hehehe... Daim memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam poket seluarnya. Protal laman sesawang myhrmis di tutup. Tak jadi nak apply cuti. Terbantut selera nak makan siput sedut masak gulai cili api Mak Cik Kesuma Dewi. Tapi hati sedang berbunga mekar nak jumpa dengan bakal buah hatilah katakan. Hehehe...
Daim kembali menyelesaikan beberapa kerjanya sebelum nak mesyuarat.
“Pojie,” Jefry yang baru sampai menepuk bahu Daim.
“Uit. Bila sampai?” terkejutnya Daim sampai beralih bangku yang didudukinya.
“Baru je sampai. Kata ada cerita nak cerita. Apa dia?” soal Jefry yang dah menarik kerusi meja sebelah Daim.
“Alah, aku nak cerita tapi sini tak sesuailah. Ada perisik tersisih dekat sini,” bisik Daim.
“Siapa?” bisik Jefry juga.
“Tu,” Daim memunjungkan mulutnya kepada Koperal Hamidah yang baru masuk ke dalam bilik fail dan rekod.
“Oh!” Jefry dah tahu dah kisah Koperal Hamidah yang pernah bagi surat cinta pada Daim. Paling tak boleh blah, sampai sekarang pun masih lagi nak goda Daim. Tak malu betul! Orang dah tolak cinta tu pandai-pandailah faham.
“Kalau macam tu lepas isyak aku datang bilik kau. Ok?” soal Jefry.
“Aku pergi Melakalah malam ni,”
“Uit! Cuti ke? Kau nak jumpa Aisyah yerk?”
“Ish! Aku ada mesyuarat dengan SUK Melakalah. Jumpa Aisyah tu, umm...kira sekalilah,” sengih Daim.
“Dah agak dah. Habis bila nak cerita?” soal Jefry lagi.
“Aku dekat Melaka dalam 3 hari. Lepas pada tulah. Kalau tak pun, nanti aku call kau kalau aku ada masa,” Daim menepuk bahu Jefry.
“Ok. Eh! Kau pergi Melaka dengan siapa?” soal Jefry.
“Mejar Mustapa dengan Kapten Mansur,”
“Wow! Double M,”
“Tahu tak apa,”
###
Tepat jam 7:45 malam, Daim dah pun sedia menunggu depan pejabat dengan Sulaiman. Tak sempat nak Solat Mahgrib berjemaah malam ni. Imam Pa'an suruh Daim gantikan dia yang sakit tekak malam ni untuk menjadi imam terpaksa ditolak. Daim pun tak pasti siapa yang jadi imam tadi. Tapi rasanya macam Saiful yang jadi imam. Sebab terdengar suara Saiful masa nak melangkah meninggalkan perkarangan masjid.
Jam dah menunjukkan jam 7:55 malam. Dah 10 minit berlalu tapi Mejar Mustapa dan Kapten Mansur masih lagi tidak sampai. Lagi 5 minit dah nak bertolak.
“Man, manalah bos-bos kau ni?” soal Daim.
“Biasalah, Tuan. Nama pun bos,” senyum Sulaiman. Mereka berdua dah mencangkung depan kereta proton saga baru.
“Ha, tu Kapten dah sampai,” Sulaiman menunjuk ke arah kereta Kapten Mansur yang sedang memparkirkan keretanya di bawah garaj kereta.
“Maaf saya lambat, bawa anak pergi klinik lepas tu solat kejap. Lama dah ke tunggu? Mejar dah sampai?” soal Kapten Mansur sambil menyalam tangan Daim dan Sulaiman.
“Belum lagi, Tuan. Kejap lagi sampailah kot,” jawap Daim. Kapten Mansur dan Sulaiman memasukkan beg pakaian Kapten Mansur ke dalam beg.
“Anak Tuan sakit apa?” soal Sulaiman sambil-sambil itu.
“Biasalah budak baru nak naik. Ada je sakitnya. Tadi tu sakit gigi. Mealung-laung. Habis gamat satu rumah kata maknya. Tu yangg bawakan tadi lepas balik kerja. Ingatkan cepat rupanya lambat. Sikit punya ramailah orang dekat klinik tadi. Ni tak sempat mandi lagi ni. Kalau ada yang berbau nanti harap maklumlah ye?” cerita Kapten Mansur. Antara Kapten Mansur dengan Mejar Kamil, Kapten Mansur lagi sporting dan lagi boleh di bawa bergurau berbanding Mejar Kamil.
Walaupun Kapten Mansur dan Daim serta Jefry separa, tapi mereka tetap menghormati Kapten Mansur sebab beliau lebih senior dalam bidang ketenteraan ini. beliau bermula dari bawah tidak seperti mereka berdua, bermula selepas habis belajar dengan memegang pangkat Lafternen Muda kemudian baru lagi naik pangkat Kapten.
“Saya tak kisah, Tuan. Saya duduk depan. Tuan lah nanti duduk dengan Mejar,” Daim Melawak. Pecah gelak mereka sekejap.
Jam terus berlalu pergi. Sekarang tinggal lagi 2 minit je lagi.
“Bip...bip...bip...bip...” bunyi telefon bimbit Daim.
Tanda ada mesej yang masuk. Dengan pantas Daim menyelup poket seluarnya. Daim menjarakkan diri dari Kapten Mansur dan Sulaiman. Aisyah. Daim dah senyum sebaris.
Wa'alaikumsalam...Alhamdullilah sihat. Daim? Maaflah tadi Aisyah tengah uruskan mesyuarat sekolah. Dah solat?
Aisyah...Aisyah makin aku terpikat dengan keperibadianmu.
Alhamdullilah dah. Tapi mahgirb jela. Isyak tak masuk lagi. Hehehe...
Daim memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam poket seluarnya bila kereta Mejar Mustapa sampai ke pekarangan parking pejabat.
“Lama tunggu? Maaflah saya sesak dalam jam tadi,” Mejar Mustapa meminta maaf atas kelewatannya 5 minit.  
'Iyalah. Macam-macam alasannya. Macamlah kita ni duduk dekat KL yang jam sangat-sangat ni. Ish..ish...ish...' gerutu hati Daim. Tapi setakat dihati jelah kalau nak lebih-lebih memang tak dapatlah. Memang kena kick off free, free jawabnya.
8:15 malam, barulah kereta bergerak ke luar dari perkarangan pejabat. Daim duduk disebelah pemandu dan pegawai-pegawai atasan duduk di belakang. Dijangka sampai ke Melaka pada jam 1:15 pagi. Genap 5 jam standard. Tapi kalau Sulaiman bawa laju mungkin sebelum jam 12 :00 tengah malam dah siap check in hotel.
“Bip...Bip...Bip...Bip...” sekali lagi bunyi mesej handphone Daim berbunyi.
Cepat-cepat Daim menyelup poket seluarnya.
“Marka mesej ke Kapten?” tegur Mejar Mustapa. Sulaiman hanya tersenyum sambil fokus memandu.
“Eh! Takdelah,” aduh sekali lagi aku cakap TIDAK.
Hehehe...Jangan lupa solat sudahlah.
Mesej Aisyah dibaca sambil tersenyum.
Ok. Saya on the way ke Melaka. Ada mesyuarat.
Daim terus memaktifkan mod senyap.
Bergolek je tayar melepasi Tol Simpang Pulai,
“Saya nak tidur ni. Boleh ke?” soal Mejar Mustapa.
“Tidurlah, Tuan. Dah sampai saya kejut,” jawap Sulaiman.
“Oklah kalau macam tu,” Mejar Mustapa pun terus melelapkan matanya.
“Tuan Daim,” Sulaiman menepuk peha Daim.
“Ya,” jawap Daim sebaris.
“Jangan tidur na. Teman saya borak,”
“Ish! Ok je. Takde hal pun,”
Gegeran telefon bimbit Daim kuat mengegarkan tangannya.
Oh! Ye ke? Nanti bawa kereta baik-baik.
Nanti saya suh Sulaiman ni bawa kereta baik-baik.
Lawak Daim.
Naik kereta jabatan ke?
Bergegar lagi.
Ha'a. Baru je bertolak tadi.
Daim melihat jam di dashboard dah jam 8:45 minit. Bererti dah 30 minit berlalu.
Bergegar lagi-lagi
Oh! Baik-baiklah ye.           
Daim tersenyum.
Aisyah dah makan?
Alhamdullilah dah. Daim?
“Kita singgah R&R Tapah ke Seremban ke boleh tak, Man? Lapo le pulok,” soal Daim pada Sulaiman.
“Boleh je. Tak jadi masalah pun. Kereta ni tak boleh jalan jauh sebenarnya. Baru lepas overhal. Kena berenti kejap-kejap. Takut kang berasap kereta ni,” cerita Sulaiman.
“La ye ke? Kereta baru ni kan?” soal Daim dengan dibiarkan soalan Aisyah tergantung.
“Kan rosak tu hari. Masa pergi ke Kelantan. Entah siapa yang bawa masa tu tak tahulah. Tau-tau je balik sini tengok dah semput. Agaknya bawa laju sangat kot,” terang Sulaiman.
“Al-kisahnya. Takpe hang bawa kereta ni pelan-pelan. Jangan rush sangat. Meeting esok pun pukul 10 pagi. Dan lagi nak berehat,” nasihat Daim.
Belum lagi. Tapi jap lagi singgahlah kejap Tapah ke Seremban ke.
Bila aku nak cakap aku nak jumpa dia ni?
Baguslah. Jangan tak makan pulak.
Hai. Nak je aku jawap gini 'baiklah sayang,' Tapi memandangkan Aisyah ni belum menjadi milik aku. Baiklah aku pendamkan dulu. Tapi kalau lama-lama nanti kang dikebas orang. Kan lagi naya. Dibuatnya Kamarul buat hal lagi macam mana? Dibuatnya Kamarul masuk meminang Aisyah macam mana? Tak haru rasa hidup aku nanti? Apa nak jadi, jadilah. Kena juga buat sesuatu. Kang melepas kang.
Aisyah, bolehlah nanti baww Daim jalan-jalan dekat Melaka kan?
Ayat kena berkias. Mana boleh main terjah je. Bahaya tu. Nampak sangat aku suka dia. Tapi memang aku suka dia pun.
Insyallah boleh.
Yes! Yes! Yes! Dia cakap 'Insyallah boleh'.
Bolehlah bawa Daim makan asam pedas. Ikan bakar ke?
Boleh je. Insyallah. Nanti Aisyah cakap dengan abang long Aisyah. Bolehlah abang long bawa tempat yang selalu dia bw pelancong.
Alahai baiknya. Nak ajak Abang Long dating sekali ke Aisyah? Sungguh menawan peribadimu Aisyah. Ni buat makin sayang dengan Aisyah ni. Daim tersenyum sebaris.
Ok je.
Oklah Daim. Aisyah nak solat Isyak lepas tu nak semak buku budak-budak. Assalamualaikum...
Ok. Nanti apa-apa Daim mesej Aisyah ye? Wa'alaikumsalam.
Daim menyimpan handphonenya ke dalam poket seluar kembali. Matanya kembali fokus kepada jalan raya yang gelap pekat likat. Di mulutnya masih menguntum senyum yang tak sudah.
“Amboi, Tuan. Bukan main lagi tersenyum. Mesti mesej makwe ni,” tegur Sulaiman.
“Ish! Takdelah. Kawan je,” aduh! Im say she my friend again. Oh My God.
“Ye ke? Mana ada orang mesej dengan kawan sambil senyum-senyum macam ni,” perli Sulaiman.
“Hehehe...” hanya itu yang mampu dikeluarkan dari mulut Daim. Yelah nak cakap apa je lagi pun. Kang terlepas lagi kang. Bahaya!
“Alah, Tuan. Tak salah pun nak bercinta. Bukan melanggar peraturan pun,”
“Memanglah. Tapi kenalah jugak pandai-pandai bezakan masa kerja dengan masa bercinta. Taklah banyak sangat langar waktu kerja. Tak pasal-pasal dah kena tindakan tatatertib,” Daim meluahkan rasanya.
Banyak sangat pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib rata-ratanya melangar waktu bekerjalah, ponteng kerjalah. Paling best sekali tak amanah ketika bekerja. Yang tu yang paling Daim tak faham. Agaknya masuk ATM ni sekadar nak cari kerja tetap je ke? Tak langsung nak fikir amanah dalam bekerja. Tak langsung nak fikir tetang ikhlas bekerja. Tarik nikmat gaji kang baru tahu!
“Yang tu saya tak bolehlah nak cakap apa-apalah,”
“Kenapa pulak?”
“Takut salah cakap nanti. Orang duk bahagian tatatertiblah katakan”
“Hahaha...tak senang, Man. Tak senang nak duduk unit ni. Kadang tu pening nak melihatkan salah laku pegawai-pegawai kita ni. Macam-macam hal, Man,” Daim mengelingkan kepalanya.
“Saya ada salah laku tak, Tuan?”
“Ada terima surat?”
“Tak ada,”
“Tak ada tu janganlah bimbang. Kira rekod bersih lagilah,”
“Alhamdullilah,” Sulaiman meraup mukanya dengan sebelah tangan.
“Tapi kena ingat. Sekali rekod buruk dia punya ancaman ibarat nyawa dihujung tanduk. Bila-bila masa boleh terbunuh. Baiklah berjaga-jaga. Jangan nak buat pasal,” nasihat Daim.
“Baik, Tuan,” Sulaiman mengangkat tabik hormat pada Daim. Daim hanya ketawa.
Keadaan kembali bisu dan hanya kedengaran deruman kereta yang memotong mereka. Seketika kemudian, suasana yang sepi bertukar corak. Terdengar satu irama yang tak ada di padang pasir. Tak ada irama di siang hari. Hanya pada malam hari je irama ni muncul dengan sangat pesat.
“Krooookk...”
Hamik kau. Sekali Mejar Mustapa berdengkurlah. Daim dah menoleh ke belakang. Dilihat Mejar Mustapa dan Kapten Mansur baik punya landing. Tak lama lepas tu dengar pula bunyi dengkur ke-2. Kali ni datangnya dari Kapten Mansur pula. Lepas tu, Mejar Mustapa menyahut dan dibalas kembali oleh Kapten Mansur. Daim dah nak pecah gelak dengarkan irama yang memecahkan suasana sepi dalam kereta.
Sulaiman dah pecah gelaknya. Dia dah mengelengkan kepalanya untuk meneutralkan kembali keadaannya. Daim yang melihat Sulaiman dah pecah gelak. Dia pun apa lagi, nak gelak jugalah. Ditutup mulutnya kemudian dia gelak. Gelak yang lama sampai naik shaking badan dia. Sulaiman dah menepuk-nepuk belakang badan Daim.
“Kalau Tuan nak tahu, macam nilah keadaannya selalu pun.”
“Ye ke? Padanlah. Aduhai. Tak boleh blah langsunglah. Sakit perut saya gelak. Hahaha...” ketawa Daim.
“Saya dah biasa dah Tuan. Masak dah,” Sulaiaman pun masih bersisa tawanya.
Sedang asyik masing-masing menahan gelak, tiba-tiba perut Daim berbunyi kuat. Sulaiman menolah kepada Daim. Daim dah memegang perutnya.
“Opppsss...” sengih Daim.
“Irama yang ni saya baru dengar hari ni,” kemudian Sulaiman ketawa. Daim pun turut ketawa sekali.
“Saya berhenti Tapahlah kalau macam ni. Lagi sejam sampailah Tapah,”
“Ok,” Daim memegang erat perutnya.
Hailah perut. Saat macam nilah kau nak berbunyi pun. Cubalah bunyi time sampai kat R&R ke? Buat malu aku je. Nasib yang dengar Si Sulaiman ni je. Kalau pegawai-pegawai atasan aku ni dengar macam mana? Mesti lagi teruk aku kena gelak.

2 comments:

Anonymous said...

wak..kelakarla cter ni..actually, daim dgn sape??aishah ke??tpkn, wak..watak daim mcm xsesuai je dgn aron tu..btw, keep it up, sis..=)

ezaitie nfib. said...

hai u dear.

tq dear,

nak tahu daim dgn siapa kenalah keep baca cerita ni? hehehe...;) Che Ezaitie suka pd fizikal Aaron je + watak aaron time dia dlm mood sgt baik n mood sgt nakal dlm cerita emil emilda...