Bab 22
“Iyyyyaaaahhhh...siap
jugak akhirnya,” jerit Daim sambil mengeliat.
Daim yang asyik
benar mengeliat mengejutkan beberapa rakan sekerja yang bergitu fokus dengan
kerja masing-masing. Daim hanya tersenyum sumbing. Button 'ctrl' dan 'p'
ditekan untuk mencetak laporan yang dah siap untuk dihantar kepada biro
tatatertib sebelum bersidang.
Selepas dua malam
berturut bergelumbang dengan fail-fail dan
skrin komputer, akhirnya Daim berjaya merdekakan matanya. Jangan tak tahu,
bergeleng eye moist masuk dalam mata
Daim. Mujurlah juga Sarjan Anuar, Koperal Taib, Koperal Malik dan Koperal Jufri
ada. Bolehlah juga main lari-lari kejap rehatkan mata. Nasiblah juga diaorang
ni pun jenis nak melayankan Daim berbual kalau tak mau lepas ni Daim kena pakai
cermin mata. Mata Daim ni dah la tak elok tapi tak nak mengaku. Suruh pakai
cermin mata tak mau. Katanya tak boleh.
“Eh! Daim, memandai
kau je kan cakap? Kalau pakai cermin mata selepas dalam perkhidmatan bolehlah.
Entah-entah silap hari bulan kau boleh claim lagi duit cermin mata kau tu,”
kata penulis ini kepada watak Daim.
Hari ni, Daim telah
menjatuhkan 'talak satu' pada komputer atau laptopnya. Hari ni, Daim nak
merehatkan pinggang yang dah terasa sangat sendi- mendinya. Hari ni, Daim akan
merelakskan matanya yang dah menjadi sebesar mata ikan buntal. Hari ni, Daim
nak menenangkan otaknya yang dah jam yang patut di sapu pada roti. Barulah
sedap. Nyum..nyum...nyummy...
Siap sahaja laporan
dicetak, tanpa berlengah, Daim terus melangkah menuju ke bilik Mejar Kamil.
“As'salamualaikum,
Tuan,”
“Wa'alaikumsalam.
Masuk Kapten,” arah Mejar Kamil. Daim melangkah masuk.
“Jemput duduk,”
arah Mejar Kamil lagi. Sekali lagi Daim menuruti arahan. Ditarik kerusi di
depan meja Mejar Kamil, lantas terus duduk.
“Ada yang saya boleh
bantu, Kapten?” soal Kapten Kamil yang memfokuskan tujuan Daim menemuinya.
“Ye, Tuan. Saya nak
serahkan laporan berkenaan salah laku pegawai kita yang telah siap, Tuan,” Daim
menyerahkan selembar kertas A4 setebal 3 inci kepada Mejar Kamil.
“Dah siap dah?
Bagus,” Mejar Kamil menyelak lembaran yang diserahkan oleh Daim sekali lalu.
“Saya akan semak
laporan ini. Semua fail dah dipulangkan kembali?”
“Dah, Tuan. Daftar
rekod fail saya dah serahkan kepada Koperal Hamidah,”
Sebut je nama
Koperal Hamidah, tetiba pula Daim teringat saat nak memulangkan ke semua fail
dari dalam simpanannya.
“Koperal, ni saya
pulangkan balik semua fail yang saya pinjam dulu. Nak saya sain mana?” Daim
mengangkat fail di tangannya sambil menoleh-noleh ke arah Koperal Hamidah.
Koperal Hamidah
hanya memandang je Daim. Pandangan tak berkelip. Sure berangan lagi ni.
“Koperal Hamidah?”
ton suara Daim dinaikkan sedikit. Diletakkan semua fail atas meja Koperal
Hamidah. Sedikit terhampas. Yelah terhempas sebab banyak sangat. Sekali sampai
10 fail diangkatnya. Terkejut Koperal Hamidah.
“Ha. Tuan sain
dekat sini. Semua dah ada kan?” kalut Koperal Hamidah mengeluarkan daftar
keluar masuk fail.
“Semua saya ambil 5
fail. Semalam dah pulang separuh kan? Ni saya pulang lagi separuh. Nanti kejap
saya ambil yang lain. Tapi checklah yang ni dululah,” arah Daim.
“Ha, ok,” Daim terus
berlalu ke mejanya untuk mengambil sejumlah fail lagi.
Saat Daim kembali
ke meja Koperal Hamidah, Koperal Hamidah seakan terpaku dengan hanya tegak
berdiri memandangnya. Hai, awat pulak ni?
“Nah, ni lagi
separuh,” Daim meletakkan fail lagi separuh atas meja Koperal Hamidah. Sekali
lagi, Koperal Hamidah seakan berangan.
“Koperal? Koperal?”
Daim mengoyangkan tangannya depan Koperal Hamidah dan sekali lagi juga, Koperal
Hamidah seakan tersentak.
“Ye, Tuan,”
“Bila nak checknya?”
“Ha, kejap. Saya check dulu,” Koperal Hamidah memeriksa
jumlah fail sama atau tidak dengan jumlah yang direkodkan.
Kejap-kejap Koperal
Hamidah menjeling Daim. Lepas tu senyum-senyum. Naik meluat pula Daim. Dah la
menyemaknya sikit punya tertib, main jeling-jeling lagi dah tu senyum-senyum
pula. Gila ke apa Si Hamidah ni?
“Cukup, Koperal?”
soal Daim yang dah bosan menunggu. Berapa kali main semak da. Asyikkan tempat
yang sama je kalihnya.
“Kejap ye, Tuan,”
Koperal Hamidah kembali menyemak.
“Apa kata saya
semak fail ni awak semak yang dalam rekod fail tu,”
“Ha?”
“Saya banyak kerja
nak buat ni, Koperal. Kalau kita buat sama-sama mesti cepat siap,”
“Umm...Baiklah,”
riak muka Koperal Hamidah dah berubah. Tak sukalah tu. Ah! Tak kira kau suka ke
tak kau kena suka juga sebab aku tak suka nak berlama-lama dengan kau. Banyak
lagi kerja aku nak buat dari melayan kau.
Daim dan Koperal
Hamidah pun sama-sama menyemak.
“Samakan?” soal
Daim.
“Sama,” jawap
Koperal Hamidah.
“Bagus. Nak saya
susun sendiri ke?”
“Tak apa nanti saya
susun,”
“Oklah kalau macam
tu. Saya nak masuk jumpa Mejar kejap. Jangan lupa susun cepat tau. Fail sulit
tu,” peringat Daim. Langkah terus di atur ke mejanya untuk mengambil laporan
untuk diserahkan kepada Mejar Kamil.
“Bagus,” butir bicara
yang keluar dari mulut Mejar Kamil membawa Daim kembali ke dunia realiti.
“Ada apa-apa lagi,
Lefternan?”
“Tuan, saya nak
memohon cuti esok. Boleh?” pinta Daim.
“Baik. Jangan lupa
isi dalam sistem Hrmis,” pesan Mejar Kamil. Daim hanya mengangguk sebelum
berlalu keluar.
Yeah, boleh dapat
cuti. Ni yang paling suka ni. Hehehe... bolehlah suruh mak masak Siput Sedut
masak gulai lemak cili padi. Mesti pedas terangkat punya. Bestnya...
Tanpa berlengah,
Daim terus membuka laman sesawang myhrmis untuk mem'aply' cutinya. Dalam
menunggu loading membuka protal laman sesawang myhermis yang agak lambat
mungkin disebabkan kapasiti pengunaan yang ramai pada masa tu, Daim mengemas
mejanya yang dirasakan agak serabut. Al-maklumlah orang busylah katakan.
Pensel, pen,
pembaris, highlight dan liquid paper diletakkan dalam mug nescafe. Gunting,
pisau belit, penebuk lubang dan pembuka surat diletakkan pula dalam mug yang
lebih kecil. Kertas nota berwarna kuning diletakkan di bawah komputer Dell.
Sticky noted dilekatkan disekeliling skrin komputernya. Kertas-kertas yang
berlembar atas meja kerjanya di kemaskan dan diletakkan disebelah. Umm...macam
perempuankan? Tertib semacam.
Dalam pada mengemas
mejanya, Koperal Megat datang ke meja Daim.
“Tuan, ni ada surat
panggilan mesyuarat,” serah Koperal Megat.
“Terima kasih,”
hargai Daim.
Tanpa berlengah,
Daim terus membelek surat panggilan di tanganya.
'Alamak, esok ke?
Baru bajet nak cuti. Hancur harapan aku nak makan siput sedut masak gulai lemak
cili api. Dekat Pejabat SUK Melaka pula tu. Malas betulah. Cis!' monolog Daim
sendirian.
'Tapi nanti kejap,
MELAKA? Dekat Melaka? Siapa yerk yang ada dekat Melaka? Macam ada seseorang je
yang aku kenal dekat Melaka nun,' Daim seakan berfikir sejenak. Sekali,
'Aisyah,' hampir
nak terlompat rasanya. Yeah! Yeah! Boleh dating dengan Aisyah. Eh! Silap
jumpalah. Tak declared lagi mana boleh pergi dating. Ish...ish...gataikan hang
ni Daim. Sabaq...sabaq...bawa ngucap dulu.
Daim terus
melangkah berjumpa dengan Sarjan Karim.
“Sarjan, boleh
dapatkan kenderaan tak untuk mesyuarat esok? Di SUK Melaka.” soal Daim.
Sarjan Karim
membuka buku daftar rekod pemandu kenderaan jabatan. “Mesyuarat dengan Ketua
Menterikan?”
“Umm...ye kot. Saya
tak dapat pula tentatif dia. Ni suratnya,” Daim memberikan surat panggilan
mesyuarat kepada Sarjan Karim. Sarjan Karim terus membeleknya sekali lalu.
“Betulah ni. Dah
ada dah kenderaan, Tuan. Sulaiman yang akan memandu. Kiranya sekali dengan
Mejar Mustapa dan Kapten Mansur. Hotel pula, kami dah tempahkan di Melaka Watercity Resort. Tuan, tahukan
malam ni akan bertolak?” terang Sarjan Karim.
“Malam ni ke? Pukul
berapa ye?” soal Daim. Sah aku ni dapat tahu last minute.
“Ikutkan dalam jam
5:00 petang nanti. Tapi Mejar baru je masuk mesyuarat lepas lunch tadi. Jadi masa bertolak dah
berubah ke jam 8:00 malam nanti,” terang Sarjan Karim lagi.
“Oh I see. Tak apa kalau macam tu.
Sempatlah saya balik nanti kemas barang. Thanks
you ye Sarjan,” Daim menepuk bahu Sarjan Karim dan kemudian berlalu pergi.
Kembali ke meja kerjanya.
Daim mengetuk
mejanya dengan jarinya. Cara seakan sedang merancang sesuatu. Agaknya mesti
tengah merancang untuk isi apa dalam beg pakaiannya. Matanya pula melilau atas
mejanya. Kemudian Daim meraba poket seluarnya. Dikeluarkan telefon bimbitnya.
“Call Aisyah la kejap,”
Tangan Daim dengan
pantas mencari nama 'Siti Aisyah Salim' dalam telefonya. Butang hijau ditekan
tapi kemudian dimatikan. Dikalih matanya kepada jam di tangan kanan. Baru jam
3:00 petang.
'Agaknya Aishah
tengah mengajar kot. Takpelah aku mesej jelah,'
As'salam Aisyah. Lama tak dengar kabo.
Sihat ke? Tengah mengajo ke?
Nak ajak jumpa
kenalah buat ayat bunga-bunga dulu. Hehehe... Daim memasukkan kembali telefon
bimbit ke dalam poket seluarnya. Protal laman sesawang myhrmis di tutup. Tak
jadi nak apply cuti. Terbantut selera nak makan siput sedut masak gulai cili
api Mak Cik Kesuma Dewi. Tapi hati sedang berbunga mekar nak jumpa dengan bakal
buah hatilah katakan. Hehehe...
Daim kembali
menyelesaikan beberapa kerjanya sebelum nak mesyuarat.
“Pojie,” Jefry yang
baru sampai menepuk bahu Daim.
“Uit. Bila sampai?”
terkejutnya Daim sampai beralih bangku yang didudukinya.
“Baru je sampai.
Kata ada cerita nak cerita. Apa dia?” soal Jefry yang dah menarik kerusi meja
sebelah Daim.
“Alah, aku nak
cerita tapi sini tak sesuailah. Ada perisik tersisih dekat sini,” bisik Daim.
“Siapa?” bisik
Jefry juga.
“Tu,” Daim
memunjungkan mulutnya kepada Koperal Hamidah yang baru masuk ke dalam bilik
fail dan rekod.
“Oh!” Jefry dah
tahu dah kisah Koperal Hamidah yang pernah bagi surat cinta pada Daim. Paling tak
boleh blah, sampai sekarang pun masih lagi nak goda Daim. Tak malu betul! Orang
dah tolak cinta tu pandai-pandailah faham.
“Kalau macam tu
lepas isyak aku datang bilik kau. Ok?” soal Jefry.
“Aku pergi
Melakalah malam ni,”
“Uit! Cuti ke? Kau
nak jumpa Aisyah yerk?”
“Ish! Aku ada
mesyuarat dengan SUK Melakalah. Jumpa Aisyah tu, umm...kira sekalilah,” sengih
Daim.
“Dah agak dah.
Habis bila nak cerita?” soal Jefry lagi.
“Aku dekat Melaka
dalam 3 hari. Lepas pada tulah. Kalau tak pun, nanti aku call kau kalau aku ada
masa,” Daim menepuk bahu Jefry.
“Ok. Eh! Kau pergi
Melaka dengan siapa?” soal Jefry.
“Mejar Mustapa
dengan Kapten Mansur,”
“Wow! Double M,”
“Tahu tak apa,”
###
Tepat jam 7:45
malam, Daim dah pun sedia menunggu depan pejabat dengan Sulaiman. Tak sempat
nak Solat Mahgrib berjemaah malam ni. Imam Pa'an suruh Daim gantikan dia yang
sakit tekak malam ni untuk menjadi imam terpaksa ditolak. Daim pun tak pasti
siapa yang jadi imam tadi. Tapi rasanya macam Saiful yang jadi imam. Sebab
terdengar suara Saiful masa nak melangkah meninggalkan perkarangan masjid.
Jam dah menunjukkan
jam 7:55 malam. Dah 10 minit berlalu tapi Mejar Mustapa dan Kapten Mansur masih
lagi tidak sampai. Lagi 5 minit dah nak bertolak.
“Man, manalah
bos-bos kau ni?” soal Daim.
“Biasalah, Tuan.
Nama pun bos,” senyum Sulaiman. Mereka berdua dah mencangkung depan kereta
proton saga baru.
“Ha, tu Kapten dah
sampai,” Sulaiman menunjuk ke arah kereta Kapten Mansur yang sedang
memparkirkan keretanya di bawah garaj kereta.
“Maaf saya lambat, bawa
anak pergi klinik lepas tu solat kejap. Lama dah ke tunggu? Mejar dah sampai?”
soal Kapten Mansur sambil menyalam tangan Daim dan Sulaiman.
“Belum lagi, Tuan.
Kejap lagi sampailah kot,” jawap Daim. Kapten Mansur dan Sulaiman memasukkan
beg pakaian Kapten Mansur ke dalam beg.
“Anak Tuan sakit
apa?” soal Sulaiman sambil-sambil itu.
“Biasalah budak
baru nak naik. Ada je sakitnya. Tadi tu sakit gigi. Mealung-laung. Habis gamat
satu rumah kata maknya. Tu yangg bawakan tadi lepas balik kerja. Ingatkan cepat
rupanya lambat. Sikit punya ramailah orang dekat klinik tadi. Ni tak sempat
mandi lagi ni. Kalau ada yang berbau nanti harap maklumlah ye?” cerita Kapten
Mansur. Antara Kapten Mansur dengan Mejar Kamil, Kapten Mansur lagi sporting
dan lagi boleh di bawa bergurau berbanding Mejar Kamil.
Walaupun Kapten
Mansur dan Daim serta Jefry separa, tapi mereka tetap menghormati Kapten Mansur
sebab beliau lebih senior dalam bidang ketenteraan ini. beliau bermula dari
bawah tidak seperti mereka berdua, bermula selepas habis belajar dengan
memegang pangkat Lafternen Muda kemudian baru lagi naik pangkat Kapten.
“Saya tak kisah,
Tuan. Saya duduk depan. Tuan lah nanti duduk dengan Mejar,” Daim Melawak. Pecah
gelak mereka sekejap.
Jam terus berlalu
pergi. Sekarang tinggal lagi 2 minit je lagi.
“Bip...bip...bip...bip...”
bunyi telefon bimbit Daim.
Tanda ada mesej
yang masuk. Dengan pantas Daim menyelup poket seluarnya. Daim menjarakkan diri
dari Kapten Mansur dan Sulaiman. Aisyah. Daim dah senyum sebaris.
Wa'alaikumsalam...Alhamdullilah sihat. Daim? Maaflah tadi Aisyah
tengah uruskan mesyuarat sekolah. Dah solat?
Aisyah...Aisyah
makin aku terpikat dengan keperibadianmu.
Alhamdullilah dah. Tapi mahgirb jela.
Isyak tak masuk lagi. Hehehe...
Daim memasukkan
kembali telefon bimbit ke dalam poket seluarnya bila kereta Mejar Mustapa
sampai ke pekarangan parking pejabat.
“Lama tunggu?
Maaflah saya sesak dalam jam tadi,” Mejar Mustapa meminta maaf atas
kelewatannya 5 minit.
'Iyalah.
Macam-macam alasannya. Macamlah kita ni duduk dekat KL yang jam sangat-sangat
ni. Ish..ish...ish...' gerutu hati Daim. Tapi setakat dihati jelah kalau nak
lebih-lebih memang tak dapatlah. Memang kena kick off free, free jawabnya.
8:15 malam, barulah
kereta bergerak ke luar dari perkarangan pejabat. Daim duduk disebelah pemandu
dan pegawai-pegawai atasan duduk di belakang. Dijangka sampai ke Melaka pada
jam 1:15 pagi. Genap 5 jam standard. Tapi kalau Sulaiman bawa laju mungkin
sebelum jam 12 :00 tengah malam dah siap check in hotel.
“Bip...Bip...Bip...Bip...”
sekali lagi bunyi mesej handphone Daim berbunyi.
Cepat-cepat Daim
menyelup poket seluarnya.
“Marka mesej ke
Kapten?” tegur Mejar Mustapa. Sulaiman hanya tersenyum sambil fokus memandu.
“Eh! Takdelah,”
aduh sekali lagi aku cakap TIDAK.
Hehehe...Jangan lupa solat sudahlah.
Mesej Aisyah dibaca
sambil tersenyum.
Ok. Saya on the way ke Melaka. Ada
mesyuarat.
Daim terus
memaktifkan mod senyap.
Bergolek je tayar
melepasi Tol Simpang Pulai,
“Saya nak tidur ni.
Boleh ke?” soal Mejar Mustapa.
“Tidurlah, Tuan.
Dah sampai saya kejut,” jawap Sulaiman.
“Oklah kalau macam
tu,” Mejar Mustapa pun terus melelapkan matanya.
“Tuan Daim,”
Sulaiman menepuk peha Daim.
“Ya,” jawap Daim
sebaris.
“Jangan tidur na.
Teman saya borak,”
“Ish! Ok je. Takde
hal pun,”
Gegeran telefon
bimbit Daim kuat mengegarkan tangannya.
Oh! Ye ke? Nanti bawa kereta baik-baik.
Nanti saya suh Sulaiman ni bawa kereta
baik-baik.
Lawak Daim.
Naik kereta jabatan ke?
Bergegar lagi.
Ha'a. Baru je bertolak tadi.
Daim melihat jam di
dashboard dah jam 8:45 minit. Bererti dah 30 minit berlalu.
Bergegar lagi-lagi
Oh! Baik-baiklah ye.
Daim tersenyum.
Aisyah dah makan?
Alhamdullilah dah. Daim?
“Kita singgah
R&R Tapah ke Seremban ke boleh tak, Man? Lapo le pulok,” soal Daim pada
Sulaiman.
“Boleh je. Tak jadi
masalah pun. Kereta ni tak boleh jalan jauh sebenarnya. Baru lepas overhal.
Kena berenti kejap-kejap. Takut kang berasap kereta ni,” cerita Sulaiman.
“La ye ke? Kereta
baru ni kan?” soal Daim dengan dibiarkan soalan Aisyah tergantung.
“Kan rosak tu hari.
Masa pergi ke Kelantan. Entah siapa yang bawa masa tu tak tahulah. Tau-tau je
balik sini tengok dah semput. Agaknya bawa laju sangat kot,” terang Sulaiman.
“Al-kisahnya. Takpe
hang bawa kereta ni pelan-pelan. Jangan rush sangat. Meeting esok pun pukul 10
pagi. Dan lagi nak berehat,” nasihat Daim.
Belum lagi. Tapi jap lagi singgahlah
kejap Tapah ke Seremban ke.
Bila aku nak cakap
aku nak jumpa dia ni?
Baguslah. Jangan tak makan pulak.
Hai. Nak je aku
jawap gini 'baiklah sayang,' Tapi memandangkan Aisyah ni belum menjadi milik
aku. Baiklah aku pendamkan dulu. Tapi kalau lama-lama nanti kang dikebas orang.
Kan lagi naya. Dibuatnya Kamarul buat hal lagi macam mana? Dibuatnya Kamarul
masuk meminang Aisyah macam mana? Tak haru rasa hidup aku nanti? Apa nak jadi,
jadilah. Kena juga buat sesuatu. Kang melepas kang.
Aisyah, bolehlah nanti baww Daim
jalan-jalan dekat Melaka kan?
Ayat kena berkias.
Mana boleh main terjah je. Bahaya tu. Nampak sangat aku suka dia. Tapi memang
aku suka dia pun.
Insyallah boleh.
Yes! Yes! Yes! Dia cakap 'Insyallah
boleh'.
Bolehlah bawa Daim makan asam pedas.
Ikan bakar ke?
Boleh je. Insyallah. Nanti Aisyah cakap dengan abang long Aisyah.
Bolehlah abang long bawa tempat yang selalu dia bw pelancong.
Alahai baiknya. Nak
ajak Abang Long dating sekali ke Aisyah? Sungguh menawan peribadimu Aisyah. Ni
buat makin sayang dengan Aisyah ni. Daim tersenyum sebaris.
Ok je.
Oklah Daim. Aisyah nak solat Isyak lepas tu nak semak buku
budak-budak. Assalamualaikum...
Ok. Nanti apa-apa Daim mesej Aisyah ye?
Wa'alaikumsalam.
Daim menyimpan
handphonenya ke dalam poket seluar kembali. Matanya kembali fokus kepada jalan
raya yang gelap pekat likat. Di mulutnya masih menguntum senyum yang tak sudah.
“Amboi, Tuan. Bukan
main lagi tersenyum. Mesti mesej makwe ni,” tegur Sulaiman.
“Ish! Takdelah.
Kawan je,” aduh! Im say she my friend again. Oh My God.
“Ye ke? Mana ada
orang mesej dengan kawan sambil senyum-senyum macam ni,” perli Sulaiman.
“Hehehe...” hanya
itu yang mampu dikeluarkan dari mulut Daim. Yelah nak cakap apa je lagi pun.
Kang terlepas lagi kang. Bahaya!
“Alah, Tuan. Tak
salah pun nak bercinta. Bukan melanggar peraturan pun,”
“Memanglah. Tapi
kenalah jugak pandai-pandai bezakan masa kerja dengan masa bercinta. Taklah
banyak sangat langar waktu kerja. Tak pasal-pasal dah kena tindakan
tatatertib,” Daim meluahkan rasanya.
Banyak sangat
pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib rata-ratanya melangar waktu
bekerjalah, ponteng kerjalah. Paling best sekali tak amanah ketika bekerja.
Yang tu yang paling Daim tak faham. Agaknya masuk ATM ni sekadar nak cari kerja
tetap je ke? Tak langsung nak fikir amanah dalam bekerja. Tak langsung nak
fikir tetang ikhlas bekerja. Tarik nikmat gaji kang baru tahu!
“Yang tu saya tak
bolehlah nak cakap apa-apalah,”
“Kenapa pulak?”
“Takut salah cakap
nanti. Orang duk bahagian tatatertiblah katakan”
“Hahaha...tak
senang, Man. Tak senang nak duduk unit ni. Kadang tu pening nak melihatkan
salah laku pegawai-pegawai kita ni. Macam-macam hal, Man,” Daim mengelingkan
kepalanya.
“Saya ada salah
laku tak, Tuan?”
“Ada terima surat?”
“Tak ada,”
“Tak ada tu
janganlah bimbang. Kira rekod bersih lagilah,”
“Alhamdullilah,”
Sulaiman meraup mukanya dengan sebelah tangan.
“Tapi kena ingat.
Sekali rekod buruk dia punya ancaman ibarat nyawa dihujung tanduk. Bila-bila
masa boleh terbunuh. Baiklah berjaga-jaga. Jangan nak buat pasal,” nasihat
Daim.
“Baik, Tuan,”
Sulaiman mengangkat tabik hormat pada Daim. Daim hanya ketawa.
Keadaan kembali
bisu dan hanya kedengaran deruman kereta yang memotong mereka. Seketika
kemudian, suasana yang sepi bertukar corak. Terdengar satu irama yang tak ada
di padang pasir. Tak ada irama di siang hari. Hanya pada malam hari je irama ni
muncul dengan sangat pesat.
“Krooookk...”
Hamik kau. Sekali
Mejar Mustapa berdengkurlah. Daim dah menoleh ke belakang. Dilihat Mejar
Mustapa dan Kapten Mansur baik punya landing. Tak lama lepas tu dengar pula
bunyi dengkur ke-2. Kali ni datangnya dari Kapten Mansur pula. Lepas tu, Mejar
Mustapa menyahut dan dibalas kembali oleh Kapten Mansur. Daim dah nak pecah
gelak dengarkan irama yang memecahkan suasana sepi dalam kereta.
Sulaiman dah pecah
gelaknya. Dia dah mengelengkan kepalanya untuk meneutralkan kembali keadaannya.
Daim yang melihat Sulaiman dah pecah gelak. Dia pun apa lagi, nak gelak
jugalah. Ditutup mulutnya kemudian dia gelak. Gelak yang lama sampai naik
shaking badan dia. Sulaiman dah menepuk-nepuk belakang badan Daim.
“Kalau Tuan nak
tahu, macam nilah keadaannya selalu pun.”
“Ye ke? Padanlah.
Aduhai. Tak boleh blah langsunglah.
Sakit perut saya gelak. Hahaha...” ketawa Daim.
“Saya dah biasa dah
Tuan. Masak dah,” Sulaiaman pun masih bersisa tawanya.
Sedang asyik
masing-masing menahan gelak, tiba-tiba perut Daim berbunyi kuat. Sulaiman
menolah kepada Daim. Daim dah memegang perutnya.
“Opppsss...” sengih
Daim.
“Irama yang ni saya
baru dengar hari ni,” kemudian Sulaiman ketawa. Daim pun turut ketawa sekali.
“Saya berhenti
Tapahlah kalau macam ni. Lagi sejam sampailah Tapah,”
“Ok,” Daim memegang
erat perutnya.
Hailah perut. Saat
macam nilah kau nak berbunyi pun. Cubalah bunyi time sampai kat R&R ke?
Buat malu aku je. Nasib yang dengar Si Sulaiman ni je. Kalau pegawai-pegawai
atasan aku ni dengar macam mana? Mesti lagi teruk aku kena gelak.
2 comments:
wak..kelakarla cter ni..actually, daim dgn sape??aishah ke??tpkn, wak..watak daim mcm xsesuai je dgn aron tu..btw, keep it up, sis..=)
hai u dear.
tq dear,
nak tahu daim dgn siapa kenalah keep baca cerita ni? hehehe...;) Che Ezaitie suka pd fizikal Aaron je + watak aaron time dia dlm mood sgt baik n mood sgt nakal dlm cerita emil emilda...
Post a Comment