Bab 21.
Sampai je Daim di
kem, orang pertama yang dicarinya tentulah Jefry. Tak sabar rasanya nak
diceritakan perihal keputusan Mak Cik Kesuma Dewi tadi. Tapi malang tak bau.
Habis serata pelusuk kem, Daim mencari Jefry tapi tak jumpa. Rupa-rupanya Jefry
dah pun keluar untuk menghadiri mesyuarat di KEMENTAH selama 2 hari. Maka,
terpaksalah Daim 'berpuasa' tentang cerita ini.
Dengan penuh hampa
Daim melangkah masuk ke biliknya. Menukar uniformnya dan kembali untuk
menjalankan tugasannya. Daim perlu mencover balik 2 jam yang telah digunakan
untuk melawat Kak Lin tadi.
Dalam pada kaki
melangkah untuk ke medan kerja, telefonnya berbunyi. Jefry. Macam tahu-tahu je
aku tengah fikir pasal pak cik sorang ni.
“Assalamualaikum
pak cik,” Daim memberikan salam dahulu.
“Wa'alaikumsalam.
Bila masa pula aku ni jadi pak cik kau. Nak kahwin dengan mak cik kau pun aku
tak teringin. Lainlah kalau dengan Delita. Mau jugak aku pertimbangkan.
Hehehe...” jawab Jefry tapi sempat lagi mengusik Daim.
Hai, lain macam je
gaya bahasa Budak Iban ni, “Wah! Ada hati kau nak jadi adik ipar aku? Tak
hingin aku. Walaupun kau dengan aku, kau lagi muda daripada aku. Aku tetap tak
mau kau jadi adik ipar aku. Ha apahal ni?”
“Hehehe...aku
main-main jelah. Aku dah tau dah kau akan cakap macam tu punya. Ni aku nak
minta tolong kau faxkan surat atas
meja aku ke sini. Aku tertinggal pula surat tu tadi,” pinta Jefry.
“Surat apa?” soal
Daim yang dan semakin hampir sampai ke ruangan pejabat.
“Surat berkenaan
mesyuarat esok dan lusa di KEMENTAH. Memang surat tu je atas meja aku,” jawab
Jefry.
“Ok aku dah jumpa
dah. Kau send nombor fax. Tapi kejap,” Daim membelek surat
yang berada ditangannya kini.
“Eh! Ni bertaraf
sulit ni,”
“Tak apa. Aku
tunggu depan mesin fax,”
“Mesin faxkan ada reminder. Kalau ada yang tekan button
reminder tu macam mana?”
“Tak mengapa. Surat
tu sulit tapi bukan under rahsia besar pun. Tolong ye?”
“Ok. Tapi aku tak
mahu bertanggunjawab kalau ada yang pertikaikannya nanti,”
“Kau jangan
risaulah, Pojie. Nanti aku sendiri aku suh staf sini padamkan reminder dia. Kau
faxkan jelah,” benggang pula terasa dengan sikap terlampau berjaga-jaga Si Daim
ni.
“Ok. Aku fax sekarang. Tapikan, kau pergi
KEMENTAH, tak beritahu aku pun kan?” Daim mengambil surat tadi dan berlalu ke
mesin fax disudut yang sedikit
terlindung.
“Sejak bila pulak
aku nak ke mana-mana aku kena inform
kau? Aku bukan bertugas dibawah kau pun,” Jefry jadi pelik pula bila tiba-tiba
Daim berkata macam tu.
“Takdelah. Kau kan buddy aku. Puas aku cari kau tau,” Daim
melembutkan suaranya. Jefry terasa semacam.
“Kau ni apa kena?
Gila yerk? Geli aku dengar suara kau lembut macam ni. Entah-entah, kau ada hati
kat aku erk?” Jefry sengaja mengusik Daim.
“Hotak Lu. Aku ada bendalah nak cerita.
Pasal kes mak aku tu. Tapi tak apalah. Aku tunggu kau balik. Eh! Oklah aku nak
sambung kerja ni. Jangan kau lupa mesej nombor fax pula,” Daim terus memutuskan panggilan.
Sementara menunggu
Jefry memesejkan nombor fax
kepadanya, Daim menyanyi-nyanyi kecil. Tak sangka nyanyianya menarik perhatian
beberapa mata memandangnya.
“Senang hati
nampaknya, Tuan,” Koperal Mikail menegurnya. Daim yang perasaan dirinya ditegur
menoleh ke arah orang yang menegurnya.
“Hehehe...senanglah
jugak,” jawap Daim sambil tersengih.
“Kalau hari-hari
Tuan macam ni kan bagus. Ceria je,” tegur pula Sarjan Latif
“Hahaha...saya ni
tak ceria ke? Oklah nanti saya cuba untuk ceria-ceria ok tak?” Daim terasa
senang hati nak melayan pegawai bawahanya.
“Tuan ceria cuma
kurang ceria je. Kalau dapat tambah ceria sikit je lagi macam sekarang ni, dah
kira elok sangatlah,” Koperal Mikail menambah pula.
“Hehehe...ye, yelah
korang ni. Biasalah time kerja kita kenalah kerja time bersenang lenang
bolehlah nak bergurau pun. Umm...Macam mana nak padamkan reminder fax ni?”
sempat dalam berbual dengan mereka, Daim menge'fax' surat kepada Jefry.
Koperal Mikail
tampil membantu Daim memadamkan memori dalam mesin fax. Selesai memadangkan memori dari dalam mesin fax. Daim beralih ke mejanya. Ada kerja
yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya minggu ini. Minggu depan Daim akan
sibuk dengan pengambilan recuitmen tentera darat yang baru. Kena pergi ke
serata pelusuk negara.
“Kapten Daim Hanafi,”
kuat kedengaran suara Mejar Kamil memanggilnya.
“Saya, Tuan,” tegak
berdiri Daim mendengarkan suara Mejar Kamil.
“Sila gantikan
Kapten Jefry untuk kelas pada malam ni. Kelas bermula pada jam 2100. Kelas kenegaraan,”
padu dan tegas suara Mejar Kamil.
“Baik, Tuan,” padu
juga suara Daim menjawab.
Alamak kena jadi
cikgulah pula! Daim dah mengaru kepalanya selepas Mejar Kamil berlalu ke bilik
kerjanya. Kena study baliklah
nampaknya. Cepat-cepat Daim mencari kembali nota yang dah berzaman
ditinggalkan. Yelah. Dia masuk recuitment
pun 5 tahun sudah. Betul-betul lepas habis study
dulu.
“Koperal Mikail, Kapten
Jefry biasanya tinggalkan nota P&P dekat mana?” Daim menyoal Koperal
Mikail.
“Saya tak pasti
pulak, Tuan,” jawab Koperal Mikail.
“Umm...tak
mengapalah,” Daim terus ke meja Jefry untuk mencari nota P&P (Pelajaran
& Pembelajaran). Tangannya pula ligat mendail nombor Jefry.
“Alahai, tak
berjawablah pula pak cik sorang ni,” ngomel Daim. Dia cuba untuk membuka laci
di meja Jefry tapi terkunci pula. Lagilah bertambah bengang Daim.
“Tuan,” Koperal
Hamidah menyerahkan selembar nota kepadanya.
“Apa ni Koperal?”
soal Daim bila melihatkan selembar nota ditangan Koperal Hamidah. Padahal
terang lagi bersuluh nota tu tertulis Kenegaraan.
“Nota
kenegaraanlah. Ni nota saya sendiri masa kelas dulu,” jawap Koperal Hamidah.
“Oh ye ke? Saya
pinjam dulu ye nanti saya pulang balik,” Daim terus mengambil nota dari tangan
Koperal Hamidah.
Tapi bila Daim nak
tarik nota tu, Koperal Hamidah memegangnya erat. Matanya seakan memberikan signal kepada Daim. Alamak! Minah ni dah
mula dah. Dulu Koperal Hamidah pernah bagi Daim surat cinta tapi Daim menolak
cintanya sebab masa tu dia tengah bercinta dengan Qalisha rakan seuniversitinya
dulu. Tapi disebabkan Qalisha dapat peluang untuk menyambung pelajaran dibawah
tajaan JPA di German dalam jurusan Aerospace,
hubungan meraka semakin malap. Malap punya malap punya malap lama-lama
terpadam!
“Koperal Hamidah,”
Daim mengangkat keningnya
“Im sorry,” Koperal Hamidah melepaskan
nota dan berlalu ke mejanya. Sempat lagi memandang kepada Daim tu. Daim hanya
mengelengkan sahaja kepalanya. Macam-macam hallah.
###
2050.
Usai berjemaah di
masjid, Daim yang tidak sempat balik untuk menukar baju dan mandi terus membawa
laptopnya masuk ke kelas dengan ditemani oleh Koperal Jufri dan Koperal Malik.
Kehadirannya mengundang kejutan pada para pelajar. Wah! Pelajar? Kira
pelajarlah. Masih dalam recuit lagi.
“Assalamualaikum,
selamat malam,” Daim menyilang tangannya dibelakang.
“Wa'alaikumsalam,
Tuan,” sahut pelajar seramai 60 orang di dalam kelas pada malam ini. Hampir
suku daripada recuitmen yang lepas.
“Saya mengantikan
Kapten Jefry yang bermesyuarat di kementerian,” seorang demi seorang
'pelajarnya' dilihat dan diamati.
“Pertama sekali,
saya nak ucapkan tahniah sebab berjaya memasuki Angkatan Tentera Malaysia. Saya
rasa rata-rata mengenali saya. Ada jugak antara anda yang saya perasan pernah
saya yang temuduga. Ada jugak antara anda yang pernah saya reject sebelum-sebelum
ni tapi tak sangka saya jumpa balik anda disini,” Daim berjalan dari satu
lorong ke satu lorong.
“Ok. Kelas malam ni
kelas kenegaraan. Untuk pengetahuan semua, malam ni tak perlu jadi terlampau
formal sangat. Kalau ada rasa saya terlalu pantas, sila tegur. Jika ada soalan,
sila tanya. Jika ada yang tak faham, sila fahamkan!” tegas suara Daim bersuara.
Semua tegak duduk
memandang kepada papan putih di hadapan mereka.
“Raffil, nyatakan
maksud Negara?” terkejut Raffil bila Daim menepuknya dari belakang. Tegak
berdiri Raffil dibuatnya.
“Umm...” gagap
Raffil
“Apa umm..umm?”
tegur Daim. Lagilah tergugup Raffil.
“Ingat ni
Umm...sedapnya teh Boh Cameran ke?” lawak Daim. Kalau boleh Daim tak mahu
terlalu menekan pelajar yang ada.
“Saya, saya...”
“Rafill, awak ada
darah gemuruh ke?” pantas Rafill mengeleng.
“Habis? Ni peluh
bukan main lagi merecik? Saya rasa saya tidaklah terlalu garang sepertimana
masa pengambilan lepas yang sampaikan awak mengelabah sampai macam ni,” Rafill
hanya tegak berdiri.
“Kita kena ingat.
Kalau kita gelabah, itu satu bonas pada musuh kita. Kalau kita tak pandai kawal
emosi kita, itu juga merupakan perangkap paling besar dalam diri kita. Ingat
senang ke nak jadi tentera ni? Ingat senang ke nak pertahankan sesebuah negara
andai maksud sesebuah negara pun kamu tak tahu,” Daim menepuk bahu Rafill.
“Rafill, tarik
nafas. Tenangkan fikiran dan dengar arahan saya,” Rafill menurut arahan Daim.
“Pejamkan mata,”
arahan pertama Daim. Rafill menutup matanya.
“Jawab setiap
soalan saya,” arahan kedua Daim. Rafill mengangguk.
“Soalan saya,
kenapa kamu takut sangat dengan saya?” soalan pertama Daim.
“Sebab Tuan
terkenal sebagai Harimau Bintang dalam kem ni,” Daim hanya tersenyum.
“Lagi?” soalan
kedua Daim.
“Tuan, merupakan
antara orang yang paling mengerunkan, menakutkan tetapi paling disenangi oleh
rakan sejawatan,” Daim dah ketawa besar. Rafill terus membuka kelopak matanya.
“Harimau Bintang.
Paling mengerunkan, menakutkan dan disenangi ramai?” Daim tersenyum pula.
“Saya ni sebenarnya
baik orangnya. Taklah semacam yang diperkatakan. Boleh je melawak. Boleh je
dibawa bergurau. Dirumah saya selalu je membuli adik-adik saya. Cumanya saya ni
fokus pada pekerjaan saya. Saya fokus pada tugasan saya. Sebab ini yang saya
nak jadi sejak dari saya kecik. Saya nak jadi seorang pegawai tentera. Jadi
bila saya dah dapat peluang ni, saya kenalah grap sehabis yang mungkin,” Daim
menarik nafas sebaris.
“Sekali kita dah
berada disini. Tidak akan ada lagi jalan U-turn.
Semuanya kita kena tempuh. Walaupun teruk kita dibelasah, diherdik, dimaki
hamun sekali pun, kita kena ingat yang kita tidak akan dapat peluang lagi dah
pada masa akan datang. Sepertimana yang saya pernah cakapkan tadi. Ada antara
kamu semua ni yang beberapa kali saya tengok hadir masa pengambilan dan akhirnya
diserapkan disini, kamu semua tidak boleh ada sedetik pun rasa menyesal memilih
kerjaya ini. Ini adalah pilihan kamu. Bukan saya. Bukan mak ayah kamu. Bukan
sesiapa. Inilah pilihan kamu. Kamu memilih untuk mengalas tanggunjawab kepada
negara. Tanggunjawab sebesar Gunung Everest terpikul dibahu ini tau? Besar
mandat yang rakyat bagi pada kita untuk mempertahankan keamanan, kedaulatan,
kehormoniaan dan kesejahteraan segajat. Faham?” tone suara Daim naik sebaris.
“Faaaahhhhaaammmm...”
dengan penuh semangat sahutan seramai 60 orang pelajar bergema.
“Ha, tengok.
Separuh bab saya dah cover dengan
cerita je. Ok ada apa-apa soalan lagi?” Daim menyambung.
“Tuan, saya Naim.
Saya ada satu soalan,” Naim mengangkat tangannya tinggi.
“Ya, Naim.
Silakan,” persila Daim.
“Habis kenapa orang
cakap Tuan ni yang paling garang sekali di sini?” Niam berdiri untuk menyoal.
“Sebab dalam hati
tak ada cinta kot,” spontan Daim menjawab.
“Ha?”serentak
mereka seramai 60 orang yang berada dalam kelas tu menyoal.
“Eh! Takde apalah.
Raffil jawab soalan saya yang mula-mula tadi,” Daim menoleh kebelakang dan
menampar keceluparan mulut dia. Aduhai. Kan dah kantoi takde makwe. Ish! Jahat betullah kau ni mulut.
Kelas kemudian
terus bersambung dengan cara Daim yang tersendiri. Daim tak pandai untuk
memberikan nota tapi Daim suka berkongsi nota. Corak pengajaran Daim lebih
kepada bersoal dan berjawap. Makin banyak soalan kita, makin banyak jawapan
yang kita akan datang dan makin kuat daya ingatan kita. Boleh dikira hampir
semua pelajar disoal untuk mendapatkan kefahaman sebenar. Mana yang dirasakna
perlu di tambah, Daim akan menambah. Mana yang rasa cukup lengkap penerangan
pun Daim akan tetap menambah.
Kelas ditamatkan
tepat pada jam 2300 (kalau ikut jam antarabangsa / tentera pun ikut macam ni.
Tapi kalau jam biasa jam 11 malamlah). Daim terus melangkah keluar selepas kata
hormat dilafazkan. Langkah diatur terus ke biliknya. Ada beberapa urusan kerja
yang perlu disiapkan. Kerja petang tadi. Tapi iyelah. Fokus dah lari nak
mengajar. Habis semua dibawa balik untuk disiapkan di biliknya. Mujurlah
sekarang ni dah ada bilik sendiri berbanding dulu, kena duduk dalm dorm
ramai-ramai.
Kalau diikutkan,
Daim tidak boleh sesekali membawa balik kerja yang bertaraf terperingkat dan ke
atas. Ini merupakan satu kesalahan yang telah digazedkan dibawah Pejabat
Keselamatan Negara. Berkhidmat dibawah Angkatan Tentera Malaysia, maka
bertambah-tambah ketatlah larangan itu dikuatkuasakan. Walaupun hanya selembar
kertas. Pemprosesan untuk membawa balik dokumen juga tidak semudah yang ABC.
Perlu pelbagai langkah. Perlu kelulusan daripada pihak atasan. Perlukan
dinyatakan dengan jelas. Daim pun tak terlepas dari pelbagai peringkat yang
dikehendaki.
“Assalamualaikum,
Tuan,” Daim mengetuk pintu bilik Mejar Kamil yang juga berkerja lebih masa.
“Wa'alaikumsalam.
Kapten Daim Hanafi. Sila masuk,” arah Mejar Kamil.
Daim melangkah
masuk kemudian dia berhenti tepat dihadapan meja Mejar Kamil. Daim mengangkat
tabik hormat. Mejar Kamil membalas tabik hormat Daim.
“Silakan duduk,
Kapten,” arah Mejar Kamil.
“Terima kasih, Tuan,”
Daim menarik kerusi dihadapan meja Mejar Kamil lantas duduk.
“Ada apa-apa yang
boleh saya bantu?” soal Mejar Kamil.
“Bergini, Tuan.
Saya perlu membawa balik dokumen ini untuk disiapkan sebelum Jumaat ini.
Bermula minggu hadapan kita akan memulakan pengambilan recuitmen baru,”
“Jadi?” potong Mejar
Kamil.
“Saya perlu siapkan
semua dokumen ni sebelum Jumaat, Tuan. Dokumen berkenaan dengan senarai pegawai
yang akan dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan,” jawap Daim
dengan jelas.
“Tidak cukup masa
pagi sampai Kapten terpaksa menyiap semuanya di bilik?” soalan Mejar Kamil
membuatkan muka Daim berona kemerahan.
“Cukup,” jawapan
Daim sekali lagi di potong.
“Makanya? Siapkan sahaja
pada waktu pagi. Kapten, tahu bukan? Dokumen yang yang Lefternan sedang uruskan
bertaraf rahsia besar. Jika terlepas kepada mereka yang tidak bertanggunjawab
macam mana? Ia boleh menganggu gugat keamanan negara,” tegas suara Mejar Kamil.
“Saya tahu, Tuan.
Tapi saya memerlukan lebih masa untuk saya siapkannya. Sepertimana dalam waktu
bertugas yang telah di arahkan. Kami hanya dibenarkan berada di ruang pejabat
jika terdapat pegawai pihak atasan yang akan bersama dengan kami dan saya
memerlukan lebihan waktu yang maksimum untuk saya siapkan tugasan yang
diberikan. Saya juga tidak mahu disebabkan saya, Tuan terpaksa bersama-sama
dengan saya di sini setiap malam. Disebabkan itu, saya memerlukan kebenaran
Tuan untuk membawa balik dokumen ini untuk disiapkan, saya berjanji saya akan
melindungi dokumen ini sepertimana saya melidungi nyawa saya sendiri,”dimata
Daim terpancar kesungguhannya.
Mejar Kamil
memegang dagunya. Lagak seperti sedang befikir. Daim masih setia menunggu
jawapan dari Mejar Kamil. Kejap - kejap, Mejar Kamil akan memandang ke muka
Daim. Seperti mencari kesungguhan dari riak mukanya. Tak lama selepas itu,
“Baik! Saya
benarkan,” kebenaran Mejar Kamil disambut dengan senyuman dihatinya.
“Terima kasih,
Tuan,” balas Daim.
“Tapi, nanti dulu,
Kapten. Kapten harus ditemani oleh 2 orang pegawai bawahan sepanjang dokumen berkenaan
berada dengan Kapten. Hal ini akan berkuatkuasa pada masa sekarang sehingga
selesai urusan Kapten dengan dokumen berkenaan,” jitu arahan yang dikeluarkan
oleh Mejar Kamil. Daim mengangguk dan kemudian berlalu pergi.
“Ada pengawal
peribadilah aku malam ni,” getus hati Daim.
Seperti biasa,
pegawai yang akan menemankan Daim tak lain dan tak bukan mesti Koperal Malik,
Koperal Jufri, Koperal Taib dan Sarjan Anuar. Mereka ni antara pegawai
tugas-tugas khas yang akan berkhidmat 24 jam jika diarahkan.
Sampai dibiliknya,
Daim lihat Koperal Taib dan Sarjan Anuar sudah menunggu di depan pintu. Mereka
akan bertukar shif dengan Koperal Malik dan Koperal Jufri lagi 3 jam.
“Maaf saya lambat,”
Daim membuka pintu biliknya dan Koperal Taib terus masuk untuk membuat
pemeriksaan. Sarjan Anuar melakukan pemeriksaan badan ke atas Daim.
“Clear,” Koperal Taib memberikan isyarat
kepada Sarjan Anuar.
“Tuan boleh masuk.
Saya akan berkawal dengan Koperal Taib akan berada diluar. Koperal Jufri dan
Malik akan berkawal didalam sehingga shift mereka selesai. Ingat Tuan, jangan
cuba lakukan apa-apa yang boleh menganggu gugat kestabilan negara,” sempat lagi
Sarjan Anuar memperingatkan Daim. Sungguhpun, Daim berpangkat lebih besar dari
mereka, bila berada dalam situasi bergini, kata-kata Daim hanyalah mencurahkan
air ke daun keladi. Tak lut langsung.
Daim melangkah
masuk dan terus menukar pakaiannya. Tapi sebelum tu, dibuka dahulu laptopnya
yang dah disusun elok atas meja kerjanya.
“Duduklah,” pelawa
Daim pada Koperal Jufri dan Koperal Malik.
“Takpe, Tuan. Kami
sedang bertugas,” balas Koperal Jufri.
“Terpulang tapi
saya tak paksa awak berdiri 24 jam. Kalau rasa penat, silakan duduk. Saya tak
larang. Kalau haus, dalam jug tu ada air masak. Boleh minum,” Daim menarik
kerusi kerjanya dan mula operasi berkerja.
Satu demi satu
dokumen diselak dan di kaji dengan teliti setiap kesalahan yang pegawai. Hari
ini, Daim membawa pulang sebanyak 10 dari 50 fail yang perlukan pemerhatiannya.
Sampai di tengah-tengah pembacaannya, Daim membuat sedikit senaman ringgan.
Dilihat Koperal Jufri dan Koperal Malik sedang berbual sesama mereka.
“Nak kena rehatkan
kejap mata aku dari mengadap laptop ni. Sakit kepala aku,” Daim menolak
kerusinya dan berlalu kepada Koperal Malik dan Koperal Jufri.
“Tuan dah habis
kerja ke?” soal Koperal Malik yang perasan akan kehadiran Daim.
“Belum pun. Nak
rehatkan mata kejap. Sakit kepala dengan mata ni asyik sangat mengadap laptop.
Borak apa je ni?” Daim menepuk bahu Koperal Malik.
“Borak kosong je,
Tuan,”
“Boleh saya join
dalam 15 minit ke?” pinta Daim.
“Layak ke kami
untuk berborak dengan Tuan?” kedengaran suara Koperal Jufri lebih kepada
memerli.
“Layak je. Siapa
kata tak layak? Saya pun orang jugak. Manusia jugak. Tak ada salahnya pun.
Bukan saya ni binatang yang bahasa komunikasi kita berlainan kan?” jawapan Daim
pun lebih kepada memerli juga. Ingat senang ke nak bagi ayat-ayat pedas dengan
aku? Tak senanglah beb!
“Takdelah, Tuan,”
Koperal Jufri menunduk.
“Saya tahu ramai
yang cakap saya ni garang. Kerek. Muka tak pernah senyum. Tapi sebenarnya saya
ni pun macam orang lain jugak. Kalau kat rumah lagilah. Saya ada dua adik
kembar. Tiap kali saya balik mesti budak-budak ni kena buli dengan saya. Even mak saya pun saya kacau,” cerita
Daim sambil menyandar di almarinya.
“Habis kenapa Tuan
nampak garang sangat-sangat?” soal Koperal Malik.
“Adatlah tentera
kenalah garang. Tak garang bukan tenteralah. Hahaha...” gelak Daim. Koperal
Jufri dan Koperal Malik saling berpandangan. Kemudian mereka memandang kepada
Daim yang sedang galak bergelak.
'Apa yang kelakar
sangat ni?' Koperal Malik memberikan isyarat mata pada Koperal Jufri.
'Entah,' Koperal
Jufri menjungkit bahunya.
Daim yang sedar
tawanya tak bersahut dia pun berhenti ketawa. Dia berdehem tanda untuk
meneutralkan balik suaranya.
“Takpelah saya
sambung baliklah kerja saya,” Daim dah melangkah ke meja kerjanya.
Daim melangkah ke
meja dan kembali menyambung kerjanya. Dibuka kembali fail yang seterusnya untuk
membaca, mengkaji dan mengulas. Oh! Penatnya...
“Tuan,” sapa
Koperal Jufri.
“Iya,” Daim
mendongakkan kepalanya. Koperal Jufri tegak berdiri didepannya.
“Saya minta maaf
kalau Tuan terasa dengan kata-kata saya tadi,”
“Alah. No hallah.
Tak terasa pun,” sebenarnya aku suka orang bagi ayat pedas ni. Senang sikit aku
nak bedal kau nanti.
“Saya tak tahu yang
Tuan boleh di ajak berborak. Saya ingat Tuan terlalu serius. tengoklah sampai
kerja pun bawa balik,” sambung Koperal Jufri lagi.
“Duduklah dulu.
Sakit tengkuk ni bercakap dengan orang berdiri,” Koperal Jufri pun duduk di
kerusi dibirai katil.
“Saya ni boleh je
bergurau. Cuma masa bekerja tu wajiblah kena serius. Kerja kita ni bukan satu
kerja main-main. Sekali kita terleka, ibaratlah menyelahkan nyawa kita dihujung
tanduk,” Daim memeluk tubuhnya.
“Betul tu, Tuan,”
Koperal Malik menyampuk.
“Ada sebab saya
menjadi serius dalam bekerja. Pesanan terakhir arwah ayah. Arwah suruh saya
jadi tentera yang berguna dan bertanggunjawab. Itu sebab saya jadi segarang
ini. Bukan garang sebarangan tapi garang kerana fokus pada kerja dan
tanggunjawab pada pekerjaaan saya,” Daim terasa sebak bila mengenangkan pesanan
terakhir arwah Pak Cik Muda Hitam.
“Oh! Patutlah.
Maafkan kami ye, Tuan.”
“Tak ada hal pun.
Saya ok je orangnya,”
Mereka bertiga terus
berbual dan berbual sampaikan tergelak-gelak. Mujur tak sampai ke luar. Kalau
sampai, buat malu dengan orang sekeliling je. Termasuklah 'pak guard' dekat
luar nun. Hehehe... macam-macam cerita yang mereka bualkan. Dari kisah kerja
pergi ke kisah keluarga dan akhirnya sampailah ke kisah...
“Tuan bila pula
akan kahwin? Saya tengok ramai dah pegawai yng berpangkat seperti Tuan tak lama
selepas perkhidmatan dah pun kahwin. Tapi Tuan lambat pula,” Koperal Malik
menuturkan ayat yang amat mengkakukan Daim.
Kenapalah orang
suka sangat tanya soalan-soalan macam ni? Buat semput dada aku jelah. Tapi bila
petik kisah ni teringat pula pada Aisyah. Apalah yang tengah Aisyah buat
sekarang ni ye? Dah tidur agaknya. Hai! Tiba-tiba pula rindu nak dengar suara
Aisyah. Dah seminggu tak berhubung dengan Aisyah.
“Maafkan Abang,
Sayang. Abang terlalu busy sekarang
ni,” Daim mengelip-gelipkan matanya.
“Ha?” serentak
mereka menyoal.
“Abang?” Koperal
Malik menyoal.
“Sayang?” Koperal
Jufri terkesima.
“Eh! Takde
apa-apa,” Daim yang dah tersedar di dunia realiti, mengoyang-goyangkan
tangannya berulang kali.
“Tadi tu...teringat
makwe yerk?” Daim hanya tersenggih. Tak tahu nak mengaku ke tidak. Nak angguk
ke tidak. Nak geleng tidak akan sekali!
“Taklah. Saya
teringat ayat diaolog dalam cekerama. Tajuk cerita dia 'Sayang Cik Aisyah'. Ha,
cerita tulah,” entah mana entah datang aku kaki cekerama entah. Tajuk pun entah
mana entah aku dapat. Lantaklah.
“Ye ke?” Koperal
Malik menyoal dengan curiga.
“Ye? Saya teman mak
saya tengok cerita tu,” bila masa entah aku teman mak tengok cekerama entah.
“Boleh percaya ke?”
Koperal Malik menyoal lagi.
“Boleh,” laju
kepala Daim dianggukkkan.
“Bukan Aishah tu
nama makwe Tuan ke?” Koperal Jufri sengaja menduga Daim
“Bukan,” dengan
pantas Daim menjawab tanpa sempat berfikir. Eh! Asal pula aku boleh cakap
bukan. Aduhai. Sengallah budak-budak ni psiko betul. Aduhai!
4 comments:
nice^^
tq dear...;)
slalu 4 low dr p2u jer, xtau lak de blog..
lau tau lme dh bukak..hoho.. best citer ni, ezaitie cpt2 la smbung eh..hehe
hai tari suria,
br je lg berjinak2 dgn dunia bloger ni dear...
tq...alhamdullilah dh pun masuk bab yg ke-22...jgn lupa baca tau?
Post a Comment