~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, May 2, 2011

Alahai Sumaiyah - Bab 1



Nama dia, Siti Sumaiyah binti Abdullah Amin. Puteri sulung kepada Encik Abdullah Amin dan Puan Rahimah. Kakak kepada Rabiatul Adawiyah, Khalid Al-Walid dan Umar Al-Khatab. Paling mengemari makanan berlauk pedas, Cucur Bawang, Cucur Pisang, Cucur Udang dan apa saja jenis cucurlah. Minuman kegemaran pula hanya Nescafe Kaw Kaw. Kalau tak kaw, Sumaiyah tetap akan minum tapi suku pun susah nak habis. Nak, nak kalau yang buatkan air Nescafe tu Mak Sumaiyah. Lagilah tak terluak air tu. Sebab MakSumaiyah ni sangat-sangat mementingkan konsep, 'Kurangkan Manis Dalam Minuman. Tambahkan Manis dalam Senyuman'.Senangkan jaga Sumaiyah?

Watak utama yang ada dalam diri Sumaiyah, BLUR. Blur yang amat sangat sampai boleh terasa macam nak cekik je Si Sumaiyah ni. Nak tahu tahap blur Sumaiyah ni macam mana? Nak tahu? Nak tahu sangat-sangat tak? So, jom kita gali cerita tentang kehidupan Sumaiyah Si Blur dari zaman kecik sampailah jadi mak orang.

###

Zaman sekolah rendah.

“Hai, kawan-kawan. Nama saya Siti Sumaiyah binti Abdullah Amin. Saya budak baru. Harap sudi berkawan dengan saya,” Sumaiyah menundukkan dirinya tanda hormat seperti orang Jepun selalu buat tu.

“Hahaha...dia tunduk macam Jepunlah,” tiba-tiba ada seorang budak mengelakkan Sumaiyah.

“Taklah. Saya tunduk hormat macam orang Jepun. Bukan macam Jepun. Jepun tak boleh tunduk. Kalau Jepun tunduk bumi akan terkepak kepada dua bahagian,” semua senyap mendengarkan kata-kata Sumaiyah. Pelajar 3 Anggerik terasa pelik termasuklah Cikgu Azizah, Guru Bahasa Melayu.

“Kenapa Sumaiyah cakap macam tu?” soal Cikgu Azizah.

“Yelah. Cuba cikgu bayangkan kalau bumi yang bulat ni terkepak dua kalau Jepun tunduk hormat. Mesti terkepak macam ni kan?” Sumaiyah membuat bentuk dengan tangannya tanda 'terkepak'. Cikgu Azizah semakin tak faham apa yang cuba Sumaiyah cuba terangkan.

“Takpelah. Sumaiyah duduk dengan Siew May ye?” arah Cikgu Azizah.

“Cikgu, kalau saya duduk dengan Siew May, kesianlah Siew May dengan saya kena kongsi kerusi,” muka Sumaiyah penuh dengan simpati.

“Bukan. Maksud cikgu, Sumaiyah duduk sebelah Siew May dekat meja yang kosong tu,” aduhai nasiblah mak Si Sumaiyah ni dah inform awal-awal yang anak dia ni blur orangnya. Hailah Sumaiyah menguji kesabaran betullah.

Sumaiyah terus melangkah menuju ke meja kosong disebelah Siew May. Siew May mengalihkan bag sekolahnya ke bawah kaki.

“Hai, Sumaiyah,” sapa Siew May.

“Hai, Siew May,” sapa Sumaiyah kembali.

“Ok, murid-murid, semua buka buku teks. Kita sambung bab semalam,”

“Hei! Sumaiyah. Saya mau panggil awak apa ah?” soal Siew May.

“Nama sayakan Sumaiyah? Awak panggillah saya Sumaiyah,” Sumaiyah menunjuk namanya yang tertulis di depan muka kulit buku latihan.

“Itu saya tau. Awak tak ada nama pendek ke?” soal Siew May lagi.

“Ada,” ringkas jawapan Sumaiyah.

“Apa?” soal Siew May penuh minat.

“Siti,” senyum Sumaiyah. Siew May buat muka pelik. Dia ni faham ke tidak soalan aku ni?

###

Kkkkrrrrriiiiinnnngggg...

Loceng nyaring berbunyi menandakan waktu rehat sesi pertama telah bermula. Siew May yang bertugas sebagai pengawas sekolah dah keluar 10 minit lebih awal dari pelajar lain. Yelah, dia kena bertugas menjaga kelas pada waktu rehat nanti.

Suamiyah memasukkan buku latihannya ke dalam beg sekolahnya. Bila Sumaiyah berpusing je untuk mengadap ke depan, terkejut Sumaiyah bila melihatkan ramai orang dihadapannya.

“Saya Aisyah,” sapa salah seorang daripada mereka.

“Kita Sarah,”

“Ayu,”

“Melisa,”

Sorang-sorang memperkenalkan diri masing-masing. Sumaiyah hanya senyum kepada semua.

“Sumaiyah, jom rehat,” ajak Ayu.

“Kita nak rehat dekat mana?” soal Sumaiyah.

“Dekat pondok kitaorang selalu lepak. Jomlah,” ajak Sarah pula.

“Dekat sini tak ada kantin eh? Kita kalau nak beli makanan beli dekat pondok tu eh?” soal Sumaiyah lagi.

“Ha?” keempat-empat mereka tercengang.

“Keluar, keluar. Apa duduk dalam sini?” arah seorang pegawas sekolah. Mereka berlima pun terus keluar dari bilik darjah.

“Kita nak beli makan dekat mana?” soal Sumaiyah lagi.

“Kami bawa bekal. Tapi kalau Sumaiyah nak beli makan. Jomlah,” Melisa mengoffer diri untuk membawa Sumaiyah ke kantin. Rakan-rakan yang lain dah pergi ke pondok sekolah.

Sambil-sambil tu. Melisa tak melepaskan peluang untuk menyoal Sumaiayah. Semua disoalnya. Sumaiyah dulu sekolah mana? Adik-beradik berapa orang? Mak ayah kerja mana? Yang Si Sumaiyah ni relalah menjawab satu persatu.

Sampai di kantin sekolah, Sumaiyah tak tahu nak beli apa. Semuanya nampak menarik. Kuih, Nasi Lemak, Mihun Goreng dan macam-macam lagilah. Sekali, Sumaiyah ternampak cucur pisang. Terus dia berlari ke arah Mak Cik yang jual Cucur Pisang tu. Melisa menurut langkah Sumaiyah dari belakang.

“Mak Cik, saya nak seringgit,” pinta Sumaiyah bersungguh.

“Nah,” diserahnya seplastik Cucur Pisang kepada Sumaiyah.

“Terima kasih, Mak Cik,” senyum Sumaiyah.

Semenjak dari hari tu, kalau Sumaiyah ke kantin, benda pertama yang dicari mesti Cucur Pisang. Walaupun Abi Sumaiyah memberikan Sumaiyah duit belanja RM3.00 sehari, Sumaiyah hanya akan membelanjakan hanya RM1.00. Lagi RM2.00 akan disimpan dalam tabung Mr. Garfield yang dihadiahkan oleh Mak Sumaiyah semperna hari lahirnya yang ke-7.

Mak Cik yang jual cucur tu dah faham sangat dengan Sumaiyah. Sampaikan merebak kepada Melisa dan Harith (Nilah budak yang gelakkan Sumaiyah masa Sumaiyah baru masuk sekolah ni). Tabiat ni berterusan hinggalah diaorang semua masuk darjah 6. Dah nak jadi antara pelajar calon UPSR.

“Sumaiyah, kau ni asyik makan cekodokkan?” soal Harith yang entah datang dari mana.

“Mana ada aku makan cekodok. Ni cucur bawanglah,” Sumaiyah mengangkat Cucur Bawang ke muka Harith.

“Tu cekodoklah namanya. Nama lain untuk cucur bawang kau tu,” Harith dah memegang kepala. Aduhai Sumaiyah ni.

“Ye ke? Bukan ke cekodok tu sejenis katak ke?” soal Sumaiyah pada Harith.
Kawan-kawan Sumaiyah semuanya memandang kepadanya.

“Itu kodoklah bukan cekodoklah,” jawap Melisa.

“Oh ye ke? Baru aku tahu,” jawap Sumaiyah sambil mengunyah Cucur Bawangnya.

“Susahlah cakap dengan kau ni Sumaiyah. Pening otak aku. Mel, aku rasa nantikan masa Sumaiyah ni jawap UPSR mesti dia yang paling suka sangat angkat tangan. Suruh terangkan maksud soalan tu,”

“Hehehe...tau tak apa,” gelak Melisa.

“Ala tak apalah kalau selalu angkat tangan. Kan cikgu cakap, kalau tak faham angkat tangan?” makin galak gelak Melisa

“Sumaiyah, padankanlah kau ni kira pandai jugak kalau tidak aku dah panggil kau ni bodoh tau tak? Bodoh!” Harith terus berlalu masuk ke dalam kelas.

“Kenapa Harith tu selalu marah kita yerk?” soal Sumaiyah pada Melisa.

“Sebab awak ni blur,” jawap Melisa yang dah surut gelaknya.

“Blur tu apa?” soal Sumaiyah lagi.

“Blur tu awaklah,” Melisa pun berlalu meninggalkan Sumaiyah keseorangan.

Bergitulah Sumaiyah. Sentiasa je blur. Ada je soalan yang memerlukan jawapan yang tak tersampai difikirannya. Kadang-kadang cikgu pun malas nak jawap soalan Sumaiyah. Yelah. Kejap ketika nak bersoal jawapnya sampai bila silibus nak habis.

Yang rajin melayankan Sumaiyah, tulah Harith dengan Melisa. Tulah rakan makan bersama. Rakan belajar bersama. Rakan bersukan. Rakan kelas experimen. Semuanyalah bersama. Tu pun kadang-kadang diaorang pun boleh naik geram juga dengan Sumaiyah ni. Tension je selalu.

Asalkan boleh semuanya nak bertanya. Nak kata kanak-kanak istimewa tak juga. Dah bawa jumpa doktor pakar pun doktor masih tak tahu kenapa Sumaiyah ni terlalu blur. Mula-mula diingatkan Sumaiyah merupakan kanak-kanak yang lemah daya ingatan atau kurang IQ tapi bila dilakukan ujian semuanya negatif. Semuanya dapat diselesaikan oleh Sumaiyah. Kira otak Sumaiyah ni masih berfungsi lagilah. Cuma tidak diketahui bila agaknya otak Sumaiyah akan kurang sikit blurnya.

Abi Sumaiyah selalu je runsing mengenakan puteri sulungnya yang ditunggu kelahiran hampir 5 tahun merupakan kanak-kanak yang lambat pick up. Mak Sumaiyah pun selalu je menangis mengenangkan Sumaiyah. Selalu je kena buli dengan Khalid dan Umar. Yang Si Rabiatul pula selalu bertekak dengan abang-abang dia tu untuk mem'back up' Kak Long diaorang. Kalaukan dah adik sendiri pun selalu nak membuli apakan lagi anak-anak jiran tertangga. Lagilah gemar sangat mengusik Sumaiyah. Tapi yang bagusnya tentang Sumaiyah ni, dia sikit pun tak menangis sebaliknya orang yang buli dia tu akan menangis kebengangan. Ye la, mau tak bengang. Orang tu nak kenakan Sumaiyah, Sumaiyah soal dia balik. Tak ke haru biru keadaan?

Mujurlah bila Sumaiyah semakin membesar, dia amat membanggakan Abi dan Maknya. Cemerlang dalam pelajaran. Aktif dalam sukan. Nak tahu tak? Sumaiyah pernah menang pertandingan Senyuman Menawan dalam Minggu Senyuman bersama Colgate. Macam mana tak menang kalau kan dah perangai Sumaiyah ni memamg kaki tersenyum je 24 jam. Tak kering senyuman dari bibir dia.

Lagi satu masa darjah 4, Sumaiyah pernah ditawarkan untuk menjadi pengawas sekolah. Bertahan setahun je. Darjah 5 dia digugurkan dari menjadi pengawas sekolah. Nak tahu sebab apa? Sebabkan senyuman dialah semua pelajar tak mahu dengar cakap dia. Hehehe... Sudahnya Sumaiyah jadi pengawas perpustakaan sekolah.

Masa darjah 4, dalam pada menjadi pengawas percubaan sekolah, Sumaiyah juga dah mula diaktif dalam badan beruniform sekolah. Nak tahu dia masuk badan beruniform apa? Pengakap sekolah. Terror tak? Dalam blur, blur minah ni pun tetap juga nak masuk aktiviti lasak. Ni semua pengaruh rakan baik dialah, Si Harith dengan Si Melisa.

“Sumaiyah, kita masuk pengakap nak tak? Boleh bergi berkelah selalu,” ajak Melisa.

“Mel, bercampinglah bukan berkelah. Berkelah tu pergi mandi air terjun,” jawap Harith.

“Salahlah. Kau ni ada je nak betulkan cakap aku. Ni ha kau pula pujuk Sumaiyah.nanti kang dia pilih Puteri Islam nanti lagi payah,” Melisa menyuruh Harith pula.

Sumaiyah yang dah nak menulis di dalam kertas pendaftaran badan beruniform tapi tangannya di pegang erat oleh Melisa. Pelik Sumaiyah kenapalah Harith dan Melisa beria sangat nak dia masuk pengakap.

“Sumaiyah, kau masuklah pengakap macam kami. Kalau kau masuk pengakap, mesti kau akan jadi kuat. Lepas tu tak siapa dah berani nak buli kau,” Harith pula memujuk.

“Tapi kita mana tahu nak kawad,” jawap Sumaiyah.

“Nanti cikgu ajarlah,” Harith dah menaikkan kakinya di atas pangkin.

“Kalau cikgu tak nak ajar?” soal Sumaiyah.

“Cikgu mesti akan ajar. Kalau cikgu tak ajar, macam mana kita nak pandai,” jawap Melisa pula.

Sumaiyah berfikir sejenak. Umm...ok jugak kalau aku masuk pengakap. Nanti bolehlah aku belajar hidup berdikari. Bolehlah aku tunjuk pada Abi dan Mak aku pun boleh jadi macam Khalid dan Umar.

“Kita boleh belajar bersilat tak?” itu yang terkeluar dari mulut Sumaiyah selepas berfikir sejenak.

“Silat?” soal Harith dan Melisa serentak.

“Nak belajar silat kenalah masuk Kelab Rakan Muda Pencak Silat,” sambung Harith.

“Alah. Dalam pengakap tak ada silat ke?” rajuk Sumaiyah.

“Mana ada. Dalam pengakap ada seni kehidupan dalam hutan,” jawap Melisa pula

“Macam askar je,”

“Lebih kuranglah. Ala, Sumaiyah. Kau masuk jelah pengakap. Kitakan kawan baik? Kawan baik kena selalu bersama. Lagi pun kita kan antara pelajar kebanggaan sekolah walaupun kau ni yang paling lembab sekali antara kta semua,” pujuk Harith lagi.

“Sampai hati kau panggil aku lembab. Aku tak lembablah cuma lambat pick up je,”

“Samalah tu,”

Sumaiyah memikir lagi. Kemudian menjawap, “Oklah.”

Sumaiyah terus menuliskan pengakap sebagai badan beruniformnya dan memilih kelab bahasa sebagai kelabnya. Melisa memilih kelab lukisan manakala Harith memilih kelab raghbi.
Dalam pengakap pula, Sumaiyah, Melisa, Harith dan ahli pasukan yang lain, banyak kali dapat mewakili sekolah dalam kawad peringkat kebangsaan. Sumaiyah pun dah semakin berani dan kuat. Dah tak terlalu lembik macam mana dulu-dulu. Selalu je jadi mangsa buli. Paling best Sumaiyah dah berani lawan Khalid dan Umar.

Sebagai pelajar contoh sekolah, Sumaiyah, Harith dan Melisa selalu je disebut-sebut namanya di dalam perhimpunan sekolah.

“Asalkan boleh je diaorang ni nak kaut semua yang ada. Macam dah tak ada orang lain agaknya,” kedengaran suara-suara sumbang yang jelous dengan kecemerlangan mereka bertiga. Nak, nak Firdaus anak Cikgu Katty atau nama sebenar Khatijah.

Firdaus ni boleh di kira sebagai musuh ketat mereka bertigalah. Tapi masalahnya, Si Firdaus ni takat cakap belakang jelah. Bukan nak bersaing pun mengalahkan mereka pun. Nak membuli Sumaiyah je kerjanya. Pernah sekali tu,

“Aaaaarrgggghhhh...” terkejut melompat Sumaiyah bila tiba-tiba ular plastik atas meja dia dalam pada dia leka menyiap latihan matametik. Pada masa tu, Melisa tak datang sekolah sebab demam dan Harith pula entah ke mana perginya.

“Hahaha...Sumaiyah takut ular. Sumaiyah takut ular,” ejek Firdaus. Sumaiyah dah nak menangis.

“Firdaus. Bak sini ular mainan tu,” tiba-tiba Cikgu Jamal berada dibelakang Firdaus.

Terkulat-kulat Firdaus menoleh ke belakang.

“Bak sini. Kamu nak saya adukan pada mak kamu ke?” suara Cikgu Jamal ditekankannya sikit.

“Tak nak, cikgu,” jawap Firdaus.

“Kalau tak nak, bak sini ular mainan tu,” Cikgu Jamal dah menadah tangannya. Sumaiyah pula dah mengesat airmata yang jatuh dengan tudung sekolahnya.

Firdaus dengan berat hati menyerahkan ular plastik kepada Cikgu Jamal.

“UPSR belum lagi tamat. Kamu dah bawa mainan ke sekolah. Apa salahnya kalau masa yang ada ni awak belajar macam Sumaiyah. Kan dapat juga tambah ilmu,” nasihat Cikgu Jamal.

Firdaus hanya menunduk. Bukan tunduk sebarang tunduk. Tunduk menjeling Si Sumaiyah. Dalam hati Firdaus dah menyumpah seranah Sumaiyah.

“Lepas ni, saya tak mahu awak bawa mainan ke sekolah lagi. Kalau saya jumpa lagi, saya akan adukan dengan mak awak. Lagi satu, ular awak ni saya akan serahkan balik selepas sebulan,” lepas tu, Cikgu Jamal terus berlalu.

“Kau. Ganti balik ular aku,” Firdaus menunding jarinya kepada Sumaiyah.

“Kenapa pulak? Bukan salah kita,” jawap Sumaiyah.

“Kau jerit kenapa? Kan tak pasal-pasal Cikgu Jamal datang,” tengking Firdaus.

“Mana nak tahu Cikgu Jamal datang. Bukan saya yang pergi panggil dia tadi. Awak yang usik saya dulu kenapa?” Sumaiyah dah bangun.

“Kau ni kan?” Firdaus dah mengangkat tangannya. Harith yang perasaan akan Firdaus yang dah angkat tangan kepada Sumaiyah terus berlari masuk ke kelas.

Sumaiyah dah memalingkan mukanya.

“Apasal ni?” Harith datang umpama hero melaya.

“Bodoh!” jerit Firdaus sebelum berlalu.

“Kaulah bodoh. Suruh belajar tak mahu,” sahut Harith pula.

“Kenapa yerk Firdaus tu bodoh?” Sumaiyah dalam kalut ni pula nak menyoal.
Harith hanya memandang. Nasiblah aku tahu kau ni blur. Kalau aku tak tahu mau kau pun aku panggil BODOH.

Hari berlalu dan terus berlalu. Sumaiyah, Harith, Melisa dan rakan-rakan yang lain akan menduduki peperiksaan UPSR sebentar lagi. Peperiksaan pertama adalah subjek Bahasa Melayu (Permahaman).

“Harith, aku nak minta maaf tau kalau ada salah silap aku tau,” tiba-tiba Sumaiyah menghampiri Harith.

“Kenapa kau tiba-tiba minta maaf dengan aku?” soal Harith walaupun dia pernah dengar Cikgu Azizah cakap yang kita kena selalu minta maaf dengan orang walaupun kita tak buat salah pada orang. Tujuannya tak nak nanti doa kita tersekat dilangit tak sampai kepada tuhan.

“Sebab mak aku pesan nanti dah dekat nak ambil exam, kita kena minta maaf dengan orang. Barulah kita senang nak jawap exam nanti,” cerita Sumaiyah.

Tiba-tiba Harith mendapat satu idea jahat. Kalau kenakan Sumaiyah best jugak ni. Hehehe... Selalu engkau yang banyak soalkan sekarang aku pula nak soal kau.

“Kenapa mak kau pesan macam tu?”

“Sebab mak aku nak aku berjaya dan dapat jawab periksa dengan baik,” jawap Sumaiyah dengan penuh yakin.

“Kenapa mak kau nak berjaya yerk?” dalam hati Harith dah nak tergelak dah.

“Sebab mak aku nak aku dapat masuk sekolah elok-elok tahun depan,” Sumaiyah masih setia menjawap.

“Kenapa mak kau nak kau masuk sekolah elok-elok?” Harith masih cuba menahan gelak.

“Sebab mak aku nak aku jadi orang berguna dunia dan akhirat,” Sumaiyah masih berjawapan.

“Kenapa mak kau nak kau jadi orang berguna dunia dan akhirat?” Harith masih bersoalan.

“Para pelajar, sila beratur mengikut nombor giliran masing-masing ye?” arah seorang pengawas peperiksaan.

“Oklah Harith. Nanti kita sambung lagi ok? Bye...”Sumaiyah melambai kepada Harith.

“Eh! Kau tak jawap lagi...” kata-kata tu hanya berbunyi kecil je dibibir Harith.
Peperiksaan UPSR pun berlangsung tepat pada masanya dan seperti yang diagak oleh Harith, Sumaiyah asyik mengangkat tangan sahaja kerjanya. Pengawas Peperiksaan pun dah naik letih nak mengadapkan meja Sumaiyah je.

Sedang asyik pelajar menjawap kertas peperiksaan, muncul Cikgu Rokiah mengamit-gamit Ketua Pengawas Peperiksaan.

“Cikgu, cikgu tahukan yang cikgu tak boleh berada di sini?” soal Ketua Pengawas Peperiksaan.

“Saya tahu. Tapi kami kena beritahu berkenaan seorang calon pelajar kami, Siti Sumaiyah,” jawap Cikgu Rokiah.

“Kenapa dengan calon berkenaan?” soal Ketua Pengawas Peperiksaan lagi.

“Siti Sumaiyah merupakan calon istimewa. Dia ni mempunyai tahap IQ kurang daripada orang lain menyebabkan dia tidak dapat mencerna maklumat dengan sebaik mungkin. Hal ni menyebabkan Sumaiyah kerap bertanya,” cerita Cikgu Rokiah.

“Adakah calon yang sedang mengangkat tangan tu?” tunjuk Ketua Pengawas Peperiksaan.

“Iya. Yang itulah. Kami amat berharap agar calon dapat dialihkan ke depan atau ke bilik peperiksaan yang lain. Kami takut calon mengannggu perhatian calon yang lain,” pinta Cikgu Rokiah.

“Padanlah dari tadi lagi kami tengok calon tak sudah mengangkat tangan je. Takpe. Cikgu jangan bimbang. Untuk next paper kami akan alihkan calon ke depan,” Cikgu Rokiah mengangguk.

Sudahnya untuk peperiksaan seterusnya, Sumaiyah ditempatkan di meja paling depan, paling hampir dan paling dekat sekali dengan meja Ketua Pengawas Peperiksaan. Pengawas Peperiksaan pun dah di maklumkan berkenaan hal ini.

Pengawas Peperiksaan diarahkan bergilir-gilir untuk mangawasi Sumaiyah. Atau lebih tepat, duduk disebelah Sumaiyah. Yelah takut kang soalan Sumaiyah tak ada pula nak jawap. Tapi paling best masa soalan karangan, Sumaiyah senyap je. Baik Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Fokus benar dia menulis. Sampaikan terlajak ke saat akhir. Entah apalah yang dikarangnya sampaikan orang kiri kanan pun dia tak nampak.

Tapikan, Sumaiyah ni memang guna habis-habis betul masa yang diberikan. Tak membazir walaupun sedikit. Kadang tu, sampai Pengawas Peperiksaan terpaksa bertindak 'kejam' dengan memegang kertas soalan Sumaiyah sebagai tanda masa dah tamat.

Kertas peperiksaan kegemaran Sumaiyah, nak tahu tak apa? Kertas Sains. Sumaiyah sangat suka matapelajaran Sains. Nak tahu sebab apa? Sebab dalam matapelajaran Sains, Sumaiyah dapat buat eksperimen. Selain matapelajaran Sains, Sumaiyah juga sangat suka matapelajaran kemahiran hidup. Persamaan dua matapelajaran ni adalah dua-duanya matapelajaran yang memerlukan dia mengunakan otak dia yang kreatif . Walaupun Sumaiyah ni blur, bab-bab kreatif memang jadi 'makanan' Sumaiyah. Memang tip top hasil kerja dia. Hasil kreatif Sumaiyah pernah dijual pada Hari Qualiti sekolah tahun lepas. Duitnya separuh didermakan pada tabung surau sekolah. Separuh lagi Sumaiyah bagi pada Maknya untuk disimpan dalam bank.

Hari ni, peperiksaan terakhir. Kertas Matametik. Subjek yang paling Sumaiyah lemah. Sumaiyah memang tak sasarkan apa-apa pun untuk soalan Matematik. Pada Sumaiyah, solan Matametik ni membunuh. Kalau dia betanya bererti dia meminta jawapan. Taj bertanya, otak Sumaiyah akan bertambah blur. Nak tak nak, Sumaiyah hanya menjawap mana-mana soalan yang mampu otaknya mencernakan jawapan. Yang mana tak mampu, dia hanya menengeh je jawapan yang dirasakan logik.

“As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, tahniah kerana anda telah berjaya menamatkan peperiksaan UPSR hari ini. Saya harapkan agar semuanya kan lulus dengan cemerlang dan dapat memilih sekolah yang terbaik pada tahun hadapan. Merdeka...” Ketua Pengawas Peperiksaan menganggkat tanganya seperti Al-Marhum Tunku Abdul Rahman.

“Merdeka...” sambut pelajar yang lain.

Semuanya berlangsung sebanyak 3 kali. Selesai sahaja, para pelajar beratur untuk keluar dari dewan peperiksaan. Bising mulut masing-masing bila sampai di luar dewan. Sumaiyah, Harith dan Melissa seperti biasa terus je ke pondok untuk membincangkan balik soalan yang mereka jawap tadi. Orang cakap jangan semak kertas peperiksaan selepas ujian. Sebab yang dah lepas akan tetap lepas dan tak boleh nak diperbetulkan balik. Tapi yelah. Nama pun top student sekolahkan? Mestilah selalu sangat nak mengkaji balik mana yang salah dan mana yang silap kan? Tak lutnya cakap orang tu dengan diaorang ni.

Selepas je peperiksaan UPSR, ramai di antara pelajar darjah 6 yang pandai-pandai je ambil 'cuti sendiri'. Macam sekolah tu taman permainan. Datang pun main-main je tiap hari. So, baik ambil cuti sendiri. Ada juga yang buat kerja part time ada juga yang dah pergi melancong dengan keluarga. Termasuklah Melisa.
Sumaiyah juga yang tinggal sendirian disekolah. Tu pun sebab dia terikat dengan tanggungjawab sebagai pengawas perpustakaan. Hujung tahun ni ibarat masa bekerja paling teruk pada pengawas peperiksaan. Yelah semua nak kena check dan juga jejak siapa yang tidak memulangkan buku yang dipinjam.
Harith pula awal-awal lagi dah mendaftar diri untuk aktiviti sukan ragbi. Perlu banyak berlatih. Lagi dua minggu akan ada tournement.

“Sumaiyah, awak tolong beritahu rakan-rakan awak. Sabtu ni kita akan adakan lawatan ke KL,” berbunga ria hati Sumaiyah mendengarkan rancangan Cikgu Azizah yang membawa mereka ke lawatan sekolah bagi pelajar darjah 6.

3 comments:

HirumaKecil said...

Nice.... Memang blur habis la Sumaiyah neh...

ezaitie nfib. said...

adaptasi dr Isteriku Yang Blur I & II...;)

Huny NiCah said...

best la....hahaha
x abis-abis gelak bace citer ni....