Bab 20
“Ha, apahal?
Tiba-tiba je tercongok depan kem ni,” sergah Daim yang segak beruniform.
Tersentak Delita yang baik punya
melangut di basikalnya.
“Aaaachik,” suara
Delita dilelehkan. Siap lentuk-lentuk lagi kepalanya.
“Ish! Geli aku,” Daim
'mengoncang'kan badannya tanda kegeliannya.
“Ala. Pantanglah
Chu nak bermanja sikit,” Delita turun dari basikal yang ditungganginya.
“Yelah. Maunya tak
geli. Tiba-tiba pulak manja semacam. Ke kau ni Adik?” Daim menunding jari ke
muka Delita. Lagak macam nak bergaduh je gayanya.
“Ni Chu la. Delita.
Adik kau yang brutal,” jawap Delita sambil jarinya membuat simbol rock.
“Habis kau buat apa
dekat sini?”
“Saja je nak jumpa
abang sendiri. Tak boleh ke?,” Delita menjengkelkan matanya pada Daim. Jumpa
Abang sendiri pun tak boleh.
“Kau rindu aku
yerk? Hahaha...” gelak Daim sambil memegang perutnya.
“Takde maknanya.
Kau kan Achik, sejak mak bagi kau tempoh sebulan untuk cari bakal isteri,
mimpilah kau nak balik jenguk mak kan? Mak sakit ke? Mak rindu kau ke? Haram
kau nak amik tau kan? Sian mak,” Delita buat muka kesian.
Padahal tujuan dia
'tersesat' sampai ke situ adalah untuk mengorek kisah Aishah. Tapi iyelah. Mana
boleh terus-terus sergah macam tu, sure-surelah Daim akan ingat Delita ni
sebagai spy Mak Cik Kesuma Dewi. Mahu kena tereban free-free dengan Daim.
“Chu, kau nak pergi
mana ni?” Daim kalih soalan lain.
“Nak pergi Taman RB
jap. Nak pergi jogging,” Delita duduk
bangku di tepi longkang.
“Kau sorang je?
Adik?” Daim terasa kepelikkan pula. Macam mana Delita dan Delila tak bersama.
Kalau tidak asalkan boleh nak berkepit je 24 jam. Al-maklumlah kembar.
“Adik ikut mak
pergi rumah Angah. Kak Lin alah teruk,” Delita mengibas-gibas badannya dengan
tuala mukanya.
“Apa punya
abanglah. Boleh dibiarkan adik dia duduk tepi longkang macam ni? Sengal punya
Abang,” muncul Jefry yang entah dari mana.
“Abang Jep,” Delita
mengangkat tangan kepada Jefry. Jefry membalasnya.
“Jefry, kau teman
Delita kejap. Aku nak tukar baju,” arah Daim.
“Kau nak tukar baju
buat apa, Achik?” soal Delita.
“Kita pergi rumah
Angahlah. Kata Kak Lin alah teruk?” jawap Daim.
“Kau boleh ke
keluar macam ni je?” soal Delita lagi.
“Diakan ketua?”
sampuk Jefry.
“Yelah,” Daim dah
menghilang dah.
Jefry yang kesian
dengan Delita yang duduk di longkang kem, mengajak Delita masuk. Dengan
kebenaran Jefry, Delita menyorong basikalnya hingga ke bangku di bahu jalan.
“Delita dengan
basikal ni dari mana nak ke mana?” soal Jefry.
“Orang nak pergi
Taman RB kejap. Nak jogging. Alang-alang lalu sini, singgahlah kejap jumpa
Achik,” 'Orang dari rumah nak mengorek rahsia Achik. Agak-agak Abang Jep boleh
tolong sahihkan cerita Achik tak?'
Delita mengesat
peluh dengan belakang tangannya sambil tangan sebelah lagi mengibas-gibas
badannya. Panas pula hari ni. Terik betul Sang Matahari.
“Eh! Bukan tadi
kata nak pergi rumah Kak Lin ke? Kenapa dengan Kak Lin?” Jefry mengerutkan dahinya.
Jefry sememangnya
mengenali setiap ahli keluarga Daim. Terutama sekali Abang Dani dengan Kak Lin.
Sebab setiap kali ada off duty, Jefry akan pergi ke kelas di PERKIM Taman
Gunung Rapat Setia. Makanya setiap kali itulah, Jefry berkesempatan berjumpa dengan
Kak Lin yang kadang-kadang datang belajar agama sekali.
“Kak Lin mengandung
sebulan. Teruk jugak alahannya,” jawap Delita.
“Bukan ke Kak Lin
baru je lepas gugur ke masa kenduri Kak AD? Kak AD pun baru je nak kahwin 2
bulankan? Cepatnya lekat balik,”
“Kak AD dah nak
masuk 3 bulan kahwin dah. Rezekilah Abang Jep. Lagi pun lama dah Kak Lin dengan
Angah tunggu. Kali ni kan, Kak Lin dapat tau je dia pregnant, bukan main
berjaga dia lagi. Tapi tak tahannya alah dia teruk juga. Nasib sekarang ni
tengah cuti sekolah seminggu. Dapatlah mak tolong jaga kejap Kak Lin,” cerita
Delita panjang lebar.
Jefry memandang Delita bercerita tak
berkelip. Ditenungnya muka Delita yang bersungguh bercerita.
'Cantiklah pulak
Delita ni,' hati Jefry berkata-kata.
“Abang Jep ooo
Abang Jep,” tersentak Jefry dengan jeritan Delita. 'Mak aii. Ingat dah umur 14
tahun ni dah kurang dah halilintarnya. Sekali makin bertambah halilintarnya
adalah'
“Iye. Sakitlah
telinga Abang Jep dengar Delita menjerit,” Jefry mengusik telinganya.
“Abang Jeplah.
Siapa suh berangan? Padan muka. Hahaha...” gelak Delita.
“Eleh,” cebik
Jefry.
“Abang Jep, nak
tanya sikit boleh tak?” soal Delita bila difikirkan yang berkemungkinan besar
Jefry tau siapakah Aishah. Jefry kan antara orang yang paling rapat dengan Daim
selepas Jefri dan Saiful.
“Apa dia?”
“Achik dah ada
makwe ke?”
“Entah. Tak silap
abang, dia tengah mencari lagi,”
“Ye ke?” Delita
menaikan jari telunjuknya kepada Jefry.
“Iyelah. Abang ni
yang teman Achik Delita tu jumpa dengan bakal-bakal menantu mak cik tau,” Jefry
mendabik dada.
“Ye ke? Habis ada
tak yang Achik berkenan or ada tak yang tersangkut or dah berapa ramai yang
Achik keluar date?” soal Delita bertubi.
“Korang adik
beradik ni memang suka tanya banyak-banyak soalan sekali jalankan?” Delita
hanya ketawa.
“Alah, sorry. Sorry,” Delita secara tak sengaja
memaut lengan Jefry. Tersentak Jefry. Alamak!Delita The Brutal pegang lengan akulah. Terasa nak menjerit je
Jefry saat itu.
Delita yang melihat
Jefry memandang tangannya yang sedang memaut lengan Jefry, cepat-cepat Delita
menarik tangannya kembali. Berdetap detup pulak hatinya. Ah! Sudah. Apasal
pulak ni?
Untuk meneutralkan
balik perasaanya, “Alah, Abang Jep ni. Tanya banyak soalan pun tak boleh.
Oklah, Abang Jep jawaplah pelan-pelan,” Delita sengaja je mendebuk belakang
badan Jefry. Tersentak Jefry. Hai, tadi dah ada dah gaya perempuannya ni datang
balik gaya jantanya. Pelik aku. Misteri...misteri...misteri nusantara.
“Abang tak tahu
banyak. Tapi yang abang tau, Achik kau tu ada pendam rasa dengan sorang awek
ni. Kebetulan sabtu lepas, Achik kau pergi date dengan kawan FB dia dekat Zoo
Taiping,”
“Uih! Takde tempat
lain ke nak dating?” sampuk Delita.
“Korang adik
beradik memang suka menyampukkan?” perli Jefry.
“Hehehe..ok, ok
sambung balik,” balas Delita sambil menahan gelaknya.
“Lepas je balik
dari Zoo Taiping kitaorang terus pergi Sungkai. Rumah Abang, Abang,” Jefry
menunjukkan dirinya.
“Lepas tu?” soal
Delita yang tak dapat menahan sabar.
“Lepas tu, Achik
kau ni dah berkenanlah dengan sorang awek ni. Namanya Aishah. Cikgu tapi
mengajar dekat Melaka,”
“Kak Aishah tu
orangnya macam mana?” Delita dah memeluk tubuhnya.
“Umm...orangnya
pakai tudung labuh. Memang lembut sangatlah. Tak pandang muka lelaki sangat
pun. Berbudi bahasa. Anak dara pilihan ramai tau. Kira sebut je nama Cikgu
Aishah tu kira semua kenallah dengan budi pekertinya. Memang manis orangnya,”
“Umm..macam mana
Achik boleh berkenalan dengan Kak Aishah tu?”
“Dia terlibas
Aishah masa dia mengeliat nak bukak pintu kereta,”
“Ha? Achik libas
Kak Aishah? Tak munasabah langsung,” Delita menghentak meja. Hentakkan Delita
mengundang beberapa mata memandang ke arah mereka.
“Dia ni memang
macam ni. Sama macam abang dia Kapten Daim,” Jefry yang faham dengan pandangan
umum cepat-cepat cover line.
“Lita, kau ni kot
iya nak marah-marah atau apa pun beringatlah sikit kau tu perempuan. Tak elok
hentak-hentak meja ni. Kang elok-elok ada yang berkenan terus tak jadi nak
masuk meminang,” pedas gila bebelan Jefry sehingga berjaya menusuk ke jantung
Delita.
“Chu, jom,” jerit
Daim dari dalam kereta. Delita berjalan menuju ke kereta Daim.
“Basikal aku ni
macam mana?” soal Delita pelahan.
“Kau apahal cakap
lembut-lembut pulak ni? Buang tebiat yerk?” soal Daim yang pelik dengan sikap
Delita. Biasa dah dilaungkan je balik.
“Hehehe...saje nak
merasa jadi perempuan. Macam mana basikal Chu?”
“Umm...tinggal je
dekat depan tu. Kita pergi dulu. Nanti kang aku bawa balik untuk kau,” arah
Daim. Delita mengangguk dan kemudian kembali ke basikalnya. Disorong basikalnya
ke Pondok Pengawal.
“Bang, saya tumpang
sini dulu yerk? Abang saya suh letak sini dulu,” Delita menunjuk ke arah kereta
Daim.
“Adik Tuan Daim
ke?” soal salah seorang pegawai di sana.
“Ha'a. Boleh
tumpang tak?”
“Umm...abang letak
dekat belakang pondok ni. Nanti nak ambil ingat tau?” pegawai tadi dah menolak
basikal Delita ke belakang pondok.
“Ok. Thank you, bang,” Delita sempat
mengangkat tabik hormat sebelum berlalu ke kereta Daim.
“Abang Jep, orang
pergi dulu tau,” jerit Delita. Hilang dah ayunya. Tahan beberapa minit je.
Memanglah Delita ni tak boleh nak jadi ayu macam Delila dan Kak AD. Brutal tak
akan sudah.
“Ok,” Jefry
mengangkat tangan kepada Daim dan Delita yang dah berlalu pergi.
###
“Chu, Kak Lin dah pregnant berapa bulan?” soal Daim sambil
fokus memandu.
“Umm...angah cakap
dah sebulan,” Delita memegang bibirnya sambil memandang ke langit kereta Daim.
Lagak seperti berfikir.
“Alhamdullilah.
Bertambah anak-anak aku,”
“Mana pulak.
Bertambah anak-anak buahlah. Kau tak kahwin gi. Tak layak ada anak,” perli
Delita.
“Samalah tu. Kira
anak akulah jugak walaupun bukan isteri aku yang lahirkan,” lawan Daim.
“Tulah. Kan bagus
kalau kau setuju kahwin dengan Kak Dhia? Entah-entah sekarang ni dah naik
pelamin dah agaknya. Lepas setahun dapatlah aku timang-timang anak kau pulak,”
tambah Delita.
“Ish! Tak
habis-habis pasal Si Dhia tu. Kan Achik dah cakap, Achik akan bawa balik
menantu mak tak lama lagi. Tunggu jelah. Masa ada lagi seminggukan?” benggang
Daim bila hal Dhia dikaitkan dengannya.
“Sempat ke kau nak
pikat Kak Aishah tu, Achik? Aku rasa macam tak sempat je. Kau kan baru kenal
Kak Aishah tu tak lama. Baru je mi...” cepat-cepat Delita menekup mulutnya.
Nyaris tak terkeluar perkataan 'minggu lepas' di mulutnya.
“Sempat tak sempat
apa kau kira. Yang penting aku akan bawa balik calon menantu buat mak. Time tu, Kak Dhia kau tu tak lakulah
jawapnya,” Daim membuatkan isyarat 'tak laku' dengan mengerakkan tangannya di
depan muka Delita.
“Aleh. Kita tengok
jelah nanti, Achik. Kau jangan belagak sangat, Achik. Doa seorang mak tu makbul
tau. Tiap-tiap hari mak doa kau tak jumpa orang lain tau. Mak beria nak kau
dengan Kak Dhia. Doa sorang mak ni tak ada yang menghalang tau. Direct terus
pada Allah,” Delita dah memulakan khutubah jodohnya.
“Kau ni buat aku
seramlah pulak,” memang Daim betul seriau dengan ayat terakhir Delita. Iyelah
benda-benda yang melibatkan doa seorang mak ni memang tak ada hijap langsung.
Memang direct pada Allah. Kalaulah ada hijap, tak adalah sumpahan Mak Si
Tanggang menjadi nyata.
“Ha tau takut. Baik
kau ikut je cakap mak, Achik. Lagi bagus. Dapat gak pahala,” semakin rancak
Daim di provok oleh Delita.
Dalam hati Delita
dah nak tergelak melihatkan Daim yang terkulat-kulat ketakutan dengan ayat
keramat Delita tadi. Daim menjeling Delita dan kemudian menjelirkan lidahnya.
“Tunggulah dulu.
Tak nyempat nak kakak ipar ke? Kak Diana dengan Kak Lin dah ada tak cukup ke?”
Delita dah menjengkilkan matanya pada Daim.
“Memang tak sempat
dah. Kau tu dah tua tau tak, Achik. Tahun depan genap umur kau 30 tahun. Mana
pernah dalam rekod anak-anak mak kahwin lebih umur 30 tahun. Tak pernah pun.
Kau sorang je kebahot sangat nak dengar cakap mak. Mak tu risau kau tak
kahwin-kahwin. Mak tu risau kau tak laku. Kempunanlah mak nak lihat menantu
perempuan terakhirnya kalau perangai kau rupe ini tau tak, Achik?” Bebel
Delita.
“Aduh! Sakit
telinga aku dengar kau membebel. Sebiji macam mak. Aku ingat Adik je pandai
membebel. Tak sangka kau lagi teruk!” Daim menekup telinga kirinya.
Delita semakin
berang dengan kata-kata Daim. Datang pedas nak mampus. Nak kena Achik ni.
Siaplah kau. Di cabut seat belt dan kemudian ditarik tangan Daim dari terus
menekup telinganya. Dirapatkan bibirnya ke telinga Daim,
“Achik,
Seeeeennnnnngggggaaalllll,” jerit Delita kemudian kembali duduk dengan
sempurna. Mereng 3 saat otak Daim mendengarkan jeritan Delita.
“Bodoh punya budak.
Kau jerit dekat telinga aku? Kau siap kau siap kau. Sampai je rumah Angah aku
seruankan azan dekat telinga kau. Tunggu, Chu. Tunggu,” Daim mengosok telinga
yang di jerit Delita. Bergema gegendang aku dengar jeritan minah ni.
“Ah! Tak kisahlah.
Janji aku puas. Selalu kau je buli kita orang. Kali ni takde maknanya,” sekali
lagi Delita menjerit mengamatkan suasana dalam kereta Daim.
Daim yang dah
hilang sabar dengan bebelan Delita terus memasang radio sekuat-kuatnya sampai
kereta selang 4 5 kereta pun boleh dengar. Terasa nak berdarah telinga Delita
dengan lagu sekuat-kuat alam. Tutup dengan tangan pun masih terasa dipunya
kekuatan. Hambik kau! Gila kuat. Daim dah senyum sendirian. Padan muka! Delita
memandang Daim semacam nak hempuk je. Padankan tangannya memegang telinga dia
je dia redha bertahan.
Sesampai je di
taman perumahan Abang Dani, Daim memperlahankan radionya kembali.
“Apasal tak biar je
kuat? Biar satu taman ni sound, kau,” sambung balik rupanya Si Delita ni.
“Ish! Memekaklah
kau ni, Chu. Senyap boleh tak?” perintah Daim. Delita hanya memuncungkan
mulutnya.
Sampai je
diperkarangan rumah Abang Dani, kelihatan Delila sedang menjemur pakaian.
“Kau tengok Chu,
dah macam amah je adik kita tu,” sempat Daim bergosip dengan Delita pasal
Delila. Yelah mau taknya. Delila pakai kain batik, baju T-shirt dengan
selendang nak jemur baju. Sebiji macam pembantu rumah je lagaknya.
“Senggal punya,
Achik. Kembar aku tu,” Delita membangkang. Daim hanya tergelak.
Daim mempakir keretanya di bawah pokok
Jambu Air depan rumah Abang Dani. Delita dengan pantas dan lebih effecition
terus keluar dari dalam perut kereta Daim. Berlalu terus kepada kembarnya.
'Nak mengadulah
tu,' getus hati Daim.
Daim melangkah
dengan penuh macho masuk ke dalam rumah. Langkah punya langkah sekali,
“Aduh!” Daim
terpeleot bila langkah kakinya memijak kepada lubang longkang. Siap dengan
badan-badan sekali terpeleot.
Delita dan Delila
yang memandang dah bergelak sakan. Mendengarkan suara anak gadisnya
ber'gumbira' diluar, Mak Cik Kesuma Dewi dan Abang Dani segera keluar.
Dilihatnya Daim dah nak meluru ke arah adik kembarnya dengan kaki
terhenjut-henjut.
“Siap korang. Siap.
Ketawakan aku yer?”
“Achik,” panggil
Mak Cik Kesuma Dewi. Terbantut langkah Daim untuk mengejar adik-adiknya.
Langkah diatur kepada Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak. Angah,” Daim
menyalami Mak Cik Kesuma Dewi dan Abang Dani.
“Kaki kamu nape?”
soal Mak Cik Kesuma Dewi sambil menyelak kaki Daim.
“Terpeleot dalam
lubang tadi,” jawap Delita dan Delila serentak sambil ketawa. Bila Daim
mengangkat tangan, cepat-cepat anak dara ni berlari masuk ke dalam rumah.
“Ish!
Macam-macamlah kamu ni, Achik. Jalan tu letak manalah matanya. Lubang beso pun
tak nampok ke? Udoh mari masuk. Nanti mak urutkan,” Mak Cik Kesuma Dewi dibantu
Abang Dani memimpin Daim ke dalam rumah.
“Kak Lin mana,
Angah?” soal Daim bila melangkah masuk.
“Muntahlah
gamaknya. Tadi ada dekat sini,” Abang Dani memimpin Daim duduk di sofa.
“Teruk ke alahnya?”
soal Daim lagi.
“Boleh tahanlah.
Dah sebulan Angah tak tidur lena malam-malam. Asyikkan Kak Lin kau tu
termongek,”
“Biasalah Angah
orang perempuan ,”
“Kutuklah. Kutuk.
Saya doa abang pulak lepas ni muntah-muntah. Nak?” entah dari mana muncul Kak
Lin dengan tuala basah ditangan. Nampak memang dah tak berdaya langsung. Lembik
je dah rupanya.
“Bukan Achik erk.
Suami Kak Lin ni ha yang beria mengumpatnya,” alasan Daim.
“Eh!” Abang Dani
memandang Daim. Daim hanya tersenyum.
“Pijak kaki kang.
Mana abang ngumpat. Abang kabo je dengan Daim ni ha,” Abang Dani membetulkan
statementnya.
“Mana kamu tau mak
ada dekat sini, Daim?” Mak Cik Kesuma Dewi datang dengan menatang sedulang air
kopi.
Delita membuat muka
dengan Daim. Tanda isyarat supaya jangan beritahu Mak Cik Kesuma Dewi yang dia
kayuh basikal sejauh berpuluh-puluh kilometer dari Tambun ke kem Daim untuk
dipanjangkan cerita ini. Daim menjelir lidahnya.
“Chu call tadi bagitau. Dia cakap Kak Lin
alah teruk. Tu ambil time off kejap.
Balik rumah, ambil Chu, terus datang sini. Tapi Daim tak boleh lama ni. Dapat
keluar 2 jam je. Kejap lagi nak baliklah,” cerita Daim. Delita mengurut
dadanya. Nasiblah abang aku yang sorang ni tak kejam.
“Umm...meh sini
duduk sini. Mak urut. Kang kejap lagi nak koje balik,” arah Mak Cik Kesuma
Dewi. Tanpa membuang masa Daim terus duduk didepan Mak Cik Kesuma Dewi. Bukan
senang nak dapat belaian manja dari seorang mak macam ni. Hehehe...
“Aduh! Sakit mak.
Pelan-pelan sikit,” ngerang Daim bila tangan Mak Cik Kesuma Dewi mengenai tepat
ke urat yang membengkak.
“Mujo kaki kanan
yang kena. Itu pun sikit je seliuhnye. Cube kaki kiri yang kena nak memijak
clash pun tak tertahan sakitnya,” tambah Abang Dani.
“Hai! Tulah kamu
ni, Achik. Mak suruh kamu kahwin dengan pilihan mak kamu takmo. Kalau idok, ada
yang tolong ngurutkan,” Daim dah bermain dengan telinganya. Ni malas ngadap
muka mak ni. Mesti kena punyalah.
“Alah mak. Daim dah
ada pilihan sendirilah. Minggu depankan minggu akhir, tempoh yang mak bagi tu.
Minggu depan Daim bawa menantu mak datang yerk?” dimata Daim dah terbayang akan
wajah Aishah. Dah terbayang akan pelamin yang akan diduduki sekali dengan
Aishah. Dah terbayang senyuman manis Aishah. Oh! Indahnya hari itu.
“Ish! Kenai entah
dengan mana-mana budak entah. Entah elok entah idok je lakunye,” perli Mak Cik
Kesuma Dewi. Daim masih dibuai angan-angannya.
“Achik, kamu dengo
tak mak cakap apa?” Mak Cik Kesuma Dewi menepuk betis Daim. Mengerang kesakitan
Daim dibuatnya.
“Mak cakap apa?”
soal Daim pada Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak cakap entah
mana-mana kau jumpa Kak Aishah tu. Entah elok entah tidak je perilakunya,” baru
Mak Cik Kesuma Dewi nak bukak mulut, Abang Dani terlebih awal yang
menuturkannya. Tertutup balik mulut Mak Cik Kesuma Dewi.
'Ni aku malas jumpa
mak ni. Cubalah time aku balik ke time aku melawat abang-abang kakak aku,
mak tak petik cerita ni,' Daim bermonolog dalaman sambil mengeluh kecil.
“Macam nilah mak.
Macam yang pernah Daim cakapkan sebelum ni. Bagilah Daim bernafas sikit.
Bagilah Daim cari pasangan hidup Daim sendiri. Kalau misalan minggu depan Daim
bawak balik calon mak tu dan mak nak kenalkan ujian, buatlah mak. Daim tak
kisah. Tapi yang pasti bagilah Daim untuk peluang mencuba dulu,” jawap Daim
yang dah mula rimas dengan cerita tentang Dhia.
Entah dari planet
mana Dhia ni tiba-tiba pula muncul menyesakkan nafas aku je. Mak ni tak fikir
ke Dhia ni anak siapa? Orang mana? Siapa mak ayah dia? Macam mana mak ayah dia?
Adik beradik dia macam mana? Ni tahu-tahu nak jodohkan aku dengan Si Dhia ni.
Ish! Tak masuk akal langsung. Entah-entah Si Dhia ni cacat ke? Hodoh ke? Tak
pun janda. Ish! Mintak simpanglah.
“Mak tak kisah
Daim. Tapi Dhia tu mak dah kenal hati budi dia. Mak dah jumpa keluarga dia. Mak
tahu kelebihan dia. Kalau kamu nak cari yang cantik, Dhia tu pada mak dah cukup
cantik dah. Budi bahasa pun elok je,” 'Aik, mak macam tau je apa aku tengah
fikir pasal Si Dhia ni,'
“Alah, dulu masa
anak teruna mak nak kahwin dengan Kak Diana dan Kak Lin, mak pun tak kenal
siapa dia orangkan? Tapi mak terima jugak. Mak bagi jugak dia orang ujian. Mak
ajar jugak dia orang macam mana nak jadi isteri. Kenapa masa time Daim ni mak
tak bagi Daim peluang nak cari pilihan Daim sendiri? Kenapa Daim tak boleh
bawak balik bakal isteri Daim sendiri? Kenapa Daim kena kahwin dengan Si Dhia
yang Daim langsung tak kenal?” Daim menarik nafas sebaris.
“Even, Kak AD kahwin pun dengan pilihan
hati dia sendiri. Kenapa Daim tak boleh?” hamik kau. Puas hati dia dapat
melepiaskan apa yang berbuku dihatinya.
Mak Cik Kesuma Dewi
terkedu dengan ayat yang keluar dari mulut Daim. Bukan Mak Cik Kesuma Dewi je,
yang lain pun sama juga. Tak sangka yang Daim akan berkata sedemikan. Delita
yang bawa Daim ke sini terasa menyesal dengan tindakannya. Kalau tahu nak jadi
macam ni, tak ada dia ke sini. Tak ada dia cerita tentang hal Kak Lin.
“Achik, kau sedar
tak kau cakap dengan siapa? Dengan mak tau.” Delita menegur.
“Aku tak cakap menenking
dengan mak. Aku cakap elok-elok apa?” jawab Daim kembali.
“Tapi cara kau
cakap tu tak elok. Kau pertikaikan apa mak buat pada kau. Seorang mak tak akan
fikirkan sesuatu yang tak sesuai untuk anak-anak dia. Mak nak kahwinkan kau
dengan Dhia mestilah sebab mak nak berikan kau yang terbaik,” tiba-tiba Kak AD
menjawab dari muka pintu. Entah berapa lama agaknya Kak AD dan Dr. Aiman
berdiri dimuka pintu dengan lengkap name
tag di dada.
“Apa yang tak
eloknya? Daim hanya menyoal je pada mak,” Daim menjawab kata-kata Kak AD sambil
menurunkan kaki seluarnya.
“Cara kamu soal tu
tak kena pada tempatnya. Jagalah sikit hati dan perasaan kakak dan abang ipar
kamu ni, Daim,” Abang Dani pula menegur.
Dr. Aiman dan Kak
Lin hanya senyap. Pada mereka ini adalah urusan keluarga mertua mereka. Baik
diaorang senyap sebelum Daim bertukar menjadi harimau bintang. Habis semua
orang diterkamnya nanti.
“Abang Aiman, Kak
Lin. Daim minta maaf kalau abang dengan akak terasa. Tapi Daim cuma nak kan
jawap je kenapa Daim tak boleh diberikan peluang untuk cari pasangan hidup Daim
sendiri? Itu je,” Daim masih mahukan jawapannya.
“Kalau itu yang
kamu mahu, Daim. Carilah. Siapa pun yang kamu bawak balik mak akan terima.
Carilah selagi kamu boleh cari. Mak tak nak beza-bezakan sayang mak pada
anak-anak mak. Mak tak nak ada anak mak yang pertikaikan tindakan mak. Tak ada
dah tempoh sebulan yang mak tetapkan dulu,” tak ada dah tempoh sebulan? Wah!
Bestnya. Daim terasa mahu melonjak riang.
“Tapi...” alamak
ada tapi-tapi lagi ke? Daim kembali bersugul.
“Andaikata calon
yang kamu bawak balik tu tak berjaya menepati setiap syarat mak. Ujian mak.
Kehendak mak. Kamu kena pertimbangkan soal Dhia. Kamu kena kenal siapa Dhia.
Kamu kena ambil tahu siapa ahli keluarganya. Faham?” ingat senang-senang ke mak
nak lepaskan kamu cari pilihan kamu, Daim? Tak semestinya.
Daim berfikir
sejenak. Ish! Tak ada tempoh sebulan ada pulak syarat lain. Aduh! Kusut kepala
aku dapat mak macam ni. Umm...tak apa, tak apa. Aishah mesti boleh tewaskan
Dhia. Dijamin seratus peratus. Bukan seratus peratus lagi, seratus lima puluh
peratus boleh kalahkan Si Dhia tu.
“Ok. Set. Dalam
masa terdekat ni Daim akan bawak balik pilihan Daim,” jawab Daim tanpa
ragu-ragu lagi.
“Baik. Mak tunggu
calon kamu tu jumpa mak,” Mak Cik Kesuma Dewi dan Daim mencapai kata sepakat.
“Ni yang buat Daim
sayang mak ni,” Daim terus memeluk Mak Cik Kesuma Dewi erat-erat. Mak Cik
Kesuma Dewi pun membalasnya sambil tersenyum.
Pada Mak Cik Kesuma
Dewi, biarlah hilang menantu pilihan janji jangan hilang anak-anak. Mereka je
harta yang paling bernilai Mak Cik Kesuma Dewi ada tinggalan arwah suaminya,
Pak Cik Muda Hitam. Harta yang lain tak dapat menanggani harta yang satu ini.
No comments:
Post a Comment