Di sebuah pagi yang
sibuk dan busy.
“Aduh! Pe hal pulaklah Pak Polisi ni,” keluh Lisa
kemudian memberhentikan motornya di bahu jalan.
“Assalamualaikum Cik, boleh minta I/C dan lesen? “ arah salah
seorang dari Pegawai Polis yang menahan Lisa.
“Wa’alaikumsalam…maaf tuan, saya ada buat salah ke?” soal
Lisa tanpa menunggu mukadimah seterusnya dari Pegawai Polis berkenaan. Tangannya mengeluarkan kad pengenalan dari
dalam handbag yang dimuatkan di ruang kaki Skuter 125 Passion Sport.
Hai!
Aku dah lambat nak masuk office ni. Boleh pulak time-time macam ni la pulak nak
menyaman pun. Tunggu-tunggulah esok lusa ke, tulat tertongeng ke? Ish! Benci
betullah!
“Sebab adalah saya tahan awak,” kereknya Polis ni!
“Saya buat salah apa?” soal Lisa.
“Kesalahan sebab tak berhenti pada lampu kuning,” dengan
penuh selamba Polis tadi menjawap sambil menengeh di kertas saman.
“Ha? Mana ada pulak kesalahan macam tu? Lampu kuning kot,
bukan merah!” Lisa tidak berpuas hati.
“Lampu kuning tu kan bersedia untuk berhenti?” seorang
lagi rakan Polis menambah lembut.
“Dah saya tengah laju nak kejar hijau. Tau, tau sampai je
dah kuning, tak akan saya nak break kecemasan dekat depan tu? Nak saya tergolek
depan traffic light tu ke?” Lisa tidak dapat menyembunyikan api kemarahannya
disebabkan kesalahan yang tak munasabah langsung!
“Melawan…melawan…siapa suh awak kejar lampu hijau? Lampu
tu akan static dekat situ. Dia mana ada kaki nak berlari pun!” tengking Pegawai
Polis yang pertama.
.
Lisa semakin panas hati. Ada aku letupkan jugak Polis ni
kang. Tapi baik jangan. Membunuh sesama manusia tu kan tak baik. Dosa besar tu.
Ok lupakan bab nak letupkan Polis tadi.
“Bukan melawan. Saya tak melawan pun. Kalau saya melawan,
dah lama dah saya pecut motor saya laju-laju. Ni kira jujur gak saya berhenti
tepi ni tau,”
“Awak nak saya doublekan saman awak ke? Dah la bawa motor
macam pelesit. Sedar sikit awak tu perempuan. Bawaklah motor tu tertib sikit,”
Pegawai Polis ke-2 hanya memerhatikan Pegawai Polis Pertama mem’brainwash’
Lisa.
Lisa dah semakin berangin. Berani kau cakap aku bawak
motor macam pelesit? Tak pernah lagi ada orang panggil aku macam tu. Mak ayah
aku pun tak kecoh aku bawa motor macam mana. Sengal punya Polis. Ish! Geramnya
aku. Macam nak belasah je polis ni. Ni buat niat aku nak letupkan Polis ni
semakin menjadi-jadi ni. Dah lah kerek! Hampeh lak tu. Tak berkenan langsung.
“Ok, boleh saya dapatkan saman saya tu tak? Saya dah
lambat nak masuk office ni. Sah-sah punch kad merah punya,” bebel Lisa pula.
“Salah kami ke menyebabkan awak ni lambat masuk office?”
tegur Pegawai Polis pertama yang masih belum mahu melepaskan Lisa. Lisa
mengerling jam ditangannya. Memang sah punch kad merah! Dh jam 8:45 pagi dah.
Orang
sekeliling dah pandang semacam bila melihatkan Pegawai Polis pertama dari tadi
tak berhenti membebel. Aku kena buat sesuatu ni…
“Macam nilah tuan, saya mintak maaf sebab terkasar bahasa
tadi. Sekarang boleh saya dapatkan saman saya dan boleh saya beredar sekarang?
Saya perlu segera sampai ke office sebab saya kena ikut bos saya pergi meeting
dekat KLIA,” kelentong Lisa bersungguh-sungguh. Padahal dia meeting dekat
meeting room office je.
“Ikutkan orang macam awak ni, yang melawan macam awak ni,
saya dah bawa masuk lokap. Nak masuk lokap? Nak?” mencerun je Lisa pandang
Polis Pertama.
“Tapi
sebabkan awak ni perempuan, saya kesian pulak awak dah lambat nak attend
meeting, saya just bagi amaran je kali ni. Andaikata saya jumpa awak lagi
dengan kesalahan yang sama, saya tak teragak-agak untuk menyaman awak lagi.
Faham?” panjang lebar juga syarahan Pegawai Polis pertama ni.
Dalam hati Lisa dah menyumpah seranah polis tadi. Tapi
tak apa. Kira dia tak saman aku dah cukup baik. Hehehe… selamat duit aku. Boleh
tukar tayar sport rim bulan ni.
“Thank you, Tuan. Saya gerak dulu ye?” Lisa mengerlipkan
matanya yang dah memang buntal dan besar.
“Ha. Pergilah. Ingat apa amaran saya tadi. Nah I/C awak,”
Pegawai Polis tadi menyerahkan kembali kad Pengenalan Lisa. Nur Khayla Alisha Binti
Ahmad Muaz. Dibaca nama Lisa sepintas.
Lisa terus menghidupkan motor skuternya dan tanpa
berlengah terus memecut laju meninggalkan Pegawai Polis yang terbatuk-batuk
dengan asap motor Lisa yang sengaja diperah kuat. Terdengar jeritan Pegawai
Polis pertama yang memarahinya. Lisa hanya ketawa. Padan Muka kau!
###
Di Office,
“Lisa, mana kau pergi?
Sikit punya lambat kau masuk office. Ku Din melilau cari kau tau,” tegur Naim yang
melihat Lisa tergopoh-gapah meletakkan handbag di tempatnya.
“Kang la aku cerita ape yang dah jadi dengan aku pagi ni.
Ku Din dah naik atas ke?” soal Lisa sambil tangannya ligat menyemak fail di
atas meja.
“Dah. Dia suh kau bawa ni sekali naik atas kalau kau dah
sampai,” Naim menyerahkan selembar kertas proposal kepada Lisa. Lisa mencapai
dan membelek sedikit lebih kurang. Dicapai fail yang berkaitan dan kemudian
terus berlalu pergi.
Tapi
sebelum itu,
“Naim, macam biasa yerk?” Lisa mengenyit mata kepada
Naim.
“Yelah. Aku kan receptionist tak berbayar kau,” Naim
memang receptionist tak berbayar Lisa.
Mana taknya, asal Lisa hilang je, dan, dan tu la telefon
dia akan berdering tak berhenti. Kadang – kadang naik rimas juga nak menjawap
telefon Si Lisa ni. Asyikkan berdering je setiap saat. Berdering selang sejam
tak apalah juga. Ni deringnya mengalahkan dering dekat kaunter reception nun. Yang
di kaunter reception ni pun satu hal, semua call out semua nak transfer pada Si
Lisa ni. Dah macam dia ni receptionist bahagian pula. Tapi ye lah , nak buat
macam mana, Lisa pun PA tak berbayar Ku
Din. Bak kata Kak Laili, “We are in the same boat”. Redha jelah.
Lisa tercokoh-cokoh memasuki ruangan bilik mesyuarat.
Nasib Ku Din duduk di meja belakang. Senang sikit dia nak menyelinap masuk.
Mesyuarat berkenaan Bajet Tahunan. Entah apalah motif Lisa kena masuk mesyuarat
ni dengan Ku Din. Dia bukan Pegawai Aset macam Ku Din. Kerani aset pun bukan.
Dia hanya kerani biasa je. Tapi nak buat macam mana dah arahan bos paling besar
sekali, Dr. Shifa, terpaksalah dia turutkan juga.
Mesyuarat yang berlangsung hampir 2 jam benar-benar
memedihkan mata Lisa. Naik juling mata dia memandang kepada Dato’ Karim dan
Puan Liew membentangkan bajet untuk syarikat. Pedih bukan sebarang pedih, pedih
sebab menahan mengantuk. Beberapa kali juga dia tersenguk-senguk menahan
mengantuk dan beberapa kali itu jugalah Ku Din menyiku lengan Lisa.
“Lisa, awak ni saya tengok tak bermaya ni kenapa? Datang
kerja pun lambat. Nak kata dah kahwin, belum lagi. Yang busy nak menguruskan
anak suami. Tak akan anak dara bangun macam ni punya lambat?” Ku Din dah mula
dah nak membebel.
“Ku Din, saya rider dari JB jam 5 pagi tadilah. Tak cukup
rest ni,” dalih Lisa yang dah duduk di mejanya.
“Siapa suh awak balik sini jam 5 pagi tadi?”
“Ku Din, saya balik JB bukan suka-sukalah. Ayah saya kena
patuk ular masa tebas rumput belakang rumah,” Lisa dah bersuara tinggi sedikit.
“Siapa suh ayah awak menebas belakang rumah? Saya tak suh
pun,” Ku Din sengaja bikin onak. Dia suka melihat muka Lisa yang berona
kemerahan pipinya bila menahan marah. Tu sebab dia sangat suka bila Dr. Shifa
meminta dia dan Lisa bergandingan menyiapkan bajet tahunan syarikat. Bolehlah
dia mengenakan Si Lisa ni sehabis mungkin. Hehehe…
Lisa dah panas hati. Dah lah panas hati dengan Pegawai
Polis tadi tak hilang lagi. Ni Si Ku Din pula. Sekali aku sepak kang baru tau.
“Tengku Shamsudin Tengku Maafuz marang sekeper, suka hati
ayah sayalah nak menebas dekat mana pun. Depan rumah ke belakang rumah ke kiri
kanan rumah ke. Ku Din nak sibuk apahal? Lagi satu, benda nak jadi boleh elak
ke?” sekali halilintar Lisa dah datang.
“Hahaha…awak ni kan Lisa, kalau marah merah semua muka
tu. Saya gurau je lah,” ketawa Ku Din.
“Gurau, gurau masuk suraulah,” Lisa terus bangun dan
menuju ke bilik fotostat.
Kejapan
hilang mengantuk Lisa. Nak, nak dapat memaki bos sendiri. Lisa ni walaupun
hanya kerani biasa tapi kuasa veto dia mengalahkan Dr. Shifa. Suka-suka hati
mak ayah dia je nak marah orang ke nak tegur orang ke nak apa-apa ke. Lisa
kalau dah tak suka akan sesuatu mesti dia akan bercakap dan, dan tu jugak.
Pernah sekali Dr. Shifa pun kena dengan Lisa. Itu pun gara-gara Dr. Shifa
terkutuk orang Johor. Besar daulat Lisa dekat office ni. Tak siapa berani nak
“Ala,
Lisa. Gurau je. awak ni memanjang nak emo. Rileks sudah,” pujuk KU Din yang
mengekor Lisa. Lisa keluar dari bilik mesin fotostat dgn draf paper beberapa
helai.
“Ah! Sudahlah Ku Din. Saya banyak kerja lagi nak buat.
Baik Ku Din masuk dalam bilik Ku Din sebelum saya take over tempat Ku Din.
Nanti jangan tanya saya kenapa barang-barang Ku Din ada atas meja saya and
barang-barang saya atas meja Ku Din,” dalam marah pun sempat berjenaka.
“Yelah. Ha! kau Naim gila gelak kan? Surat yang saya suh
taip balik tu dah siap ke belum?” arah ku Din bila melihat Naim yang ketawa
kecil di mejanya.
“Ehem..ehem.. dah beres bos,” jawap Naim sambil
membetulkan duduknya.
“Bawak masuk dalam bilik saya. Lisa, awak check balik
kiraan bajet kita ni. Ok ke tidak?” tetibalah pula Ku Din jadi garang.
“Ok,” jawap Lisa ringkas.
Ku Din melangkah masuk ke biliknya bersama Naim. Lisa
tidak terus menyemak bajet sebaliknya dilayan dulu mihun goreng yang sempat
dipanaskan oleh mak Lisa pagi tadi. Perut dah berkeriuk menahan lapar.
“Lisa, kau kata nak cerita apa yang terjadi dengan kau
pagi ni. Apa kes?” Naim menyerbu Lisa tanpa salam. Boleh tercekik mihun
dibuatnya.
“Uhuk…Uhuk…kau ni kot iya pun bagilah salam dulu.
Tercekik aku tau tak?” Lisa meneguk air mineral yang kebetulan berada di
mejanya.
“Sorry…sorry…aku ingat kau tengah kira bajet tadi.
Hehehe…sorry ok?” rayu Naim.
“Tak kisahlah aku buat apa pun yang penting bagilah hint
dulu sebelum nak menyerang. Haiyak. Nasib kawan kau yang kiut ni tak mati
tercekik,” Lisa menjengkelkan mata kepada Naim. Naim hanya tersengih.
“Awat yang riuh semacam je kat sini?” Kak Laili tiba-tiba
menyapa.
“Ni ha, mamat jambu ni ha main sergah je tak bagi salam,”
Lisa menjeling Niam sekilas.
“Naim, kamu buat apa pada Si Lisa ni?” soal Kak Laili. Ni
ada dekat sini mesti Dr. Shifa tak ada dekat office ni. Kalau ada sure Kak
Laili tak ada chan nak ‘merongeng’ macam ni. Al-maklumlah Setiausaha Bos la
katakan.
“Tak buat apa pun kak. Saya suh dia cerita pasal hal dia
lambat datang pagi ni je,” jawap Naim.
“Kenapa kamu lambat Lisa?” Kak Laili mengalih pandangannya
kepada Lisa.
“Saya kena tahan polis pagi tadi,” cerita Lisa sambil
menghabiskan sisa mihun yang ada.
“Ha? Kenapa? Kau bawak laju ke?” soal Naim yang nampak
cemas.
“Entahlah polis tu. Sengal! Ada ke patut langar lampu
kuning pun nak saman,”
“Langgar lampu kuning? Ada ke termasuk dalam kategori
melanggar lampu isyarat?” soal Naim penuh skema.
“Kau ni, Naim. Skema sangat ni kenapa? Aku pun baru tau
tadi polis tu cakap. Tapi nasib kena warning je. Kalau kena saman tadi, memang
takde chan la aku nak tukar sport rim tayar motor aku bulan ni,”
“Kamu ni Lisa, sanggup berabis sebab motor kan?” Kak
Laili mencubit lengan Lisa.
“Aduh! Sakitlah kak,” raung Lisa.
“Motor tulah harta saya kak. Kalau saya tak jaga dia,
belai dia, sayang dia, siapa lagi? Lagi pun tu abang saya hadiahkan pada saya
sebelum dia pergi study dekat Jepun tau,”
“Iyalah tu,” cebik Kak Laili.
Sedang asyik berbual sekali suara Dr. Sgifa kedengaran.
“Eh!
Bos panggillah. Nanti sambung ok?” cepat-cepat Kak Laili kabur dari pandangan mata
diorang.
“Hati-hati,
Kak Laili. Kang ada yang tersungkur, terberanak dekat sini kang,” tegur Naim
bila melihatkan Kak Laili yang sedang hamil 7 bulan tu berlari-lari anak. Kak
Laili hanya mampu tersenyum dengan tanggannya membuat bentuk ‘Peace no War’
pada Lisa dan Naim.
“Macam-macamlah
kau ni, Naim. Kalau betul Kak Laili terberanak nanti macam mana? Kau nak jadi
bidannya ke? Hehehe…” usik Lisa.
“Aku
ok je. takde masalah pun. Pengalaman dan ilmu penuh didada,” Naim memukul-mukul
dadanya tanda bermegah diri.
“Kau
pernah sambut baby ke? Tak sangka aku,” Lisa memegang bibirnya tanda kagum.
“Ha’a.
Baby Mek Jah, baby Mek De, baby Mek Na,” Naim mengira dengan jarinya.
“Wah!
Ramainya. Siapa tu? Mak saudara kau erk?” bertambah-tambah kagumnya Lisa.
“Taklah.
Kambing dengan Lembu ayah aku,” dengan muka tak bersalah, Naim menuturkannya.
“Oh!
Kambing dengan Lembu ayah kau. Ha kambing? Lembu? Bukan tu haiwan ke? Sengal
kau. Pergi namakan dengan nama manusia buat apa?” Lisa dah berasap bila Naim
mempermainkannya.
“Hahaha…”
ketawa besar Naim bila dapat mengenakan Lisa.
“Dahlah.
Malas aku nak layan kau. Baik aku pergi buat Nescafe lagi bagus,” Lisa
melangkah meninggalkan Naim yang masih dengan tawa yang bersisa.
###
Di rumah sewa anak dara
pingitan,
“Bengangnya aku,” terkejut Misha, rakan serumah Lisa bila
melihatkan Lisa balik, balik je rumah mengamuk macam Singa Lapar.
“Kau kenapa De? Buang tebiat eh? Habis lari ikan-ikan aku
masuk rumah dia dengar suara kau,” Misha meletakkan makanan ikan di tepi
akuarium.
“Aku kena saman lagilah,”
“Saman lagi?” Misha berlalu ke dapur. Dibuka peti ais
rumah.
“Lisa,
Masuk ni dah kali ke-3 aku dengar kau kena saman dalam masa kurang 2 minggu
tau. kau ni Lisa, cubalah bawa motor tu baik sikit. Ni tak, asalkan boleh je
kau nak redah semua yang ada,” bebel MIsha sambil mengisi air sejuk ke dalam
cawan.
“Aku
bawak motor dah paling sopan di seantero dunia dah tau. Polis mengung tu yang
saman. Siapa lagi? Asalkan boleh je dia nak saman aku tau. aku rasa macam nak
curi je pistol dia kemudian nak tembak dia kasi mampus. Bengang aku tau tak?”
cerita Lisa dengan penuh beremosi yang amat.
“Polis
tu lagi? Gilalah. Kesalahan apa pula kali ni?” soal MIsha sambil duduk
disebelah Lisa.
Belum
pun sempat Misha nak menyuakan cawan ke bibir mulutnya, Lisa terlebih awal dulu
‘merampas’ cawan itu dari Misha. Di teguknya air sampai habis. Kemudian
diserahkan cawan kosong kepada Misha.
“Wah!
Sampai habis air dalam cawan aku kau teguk, Lisa. Kot iya haus. Pergilah ambil
sendiri,” cebik Misha sambil berlalu ke dapur sekali lagi.
“Aku
tengah panas ni,” jawap Lisa.
“Kau
tau Misha, ada ke patut aku park motor kejap depan Kedai Ah Meng nak beli
barang nak masak bubur jagung pun boleh kena saman. Padahal banyak lagi motor
lain buat macam tu,” sambung Lisa.
“Kau
park depan Kedai Ah Meng kena saman? Masa kau park depan kedai tu, berapa
banyak motor lagi yang park sekali?” soal Misha yang dah kembali ke sebelah
Lisa.
“Adalah
dalam dua ke tiga biji gak. Tapi masa aku kena saman tu, diorang dah takde dah.
Dah beransur balik. Time aku elok lenggang kangkung nak ke motor aku elok je
aku nampak Polis tu baik punya tengeh surat saman. Bila aku tanya apasal saman
aku, kau nak tau apa dia jawap?” bersungguh ni Lisa nak bercerita. Misha
mengangguk laju, melayankan Lisa.
“Dia
cakap aku park motor tengah laman dan menganggu perjalanan keluar masuk orang.
Berakal aku kejap time tu, De” sambung Lisa.
“Kemudian?”
soal Misha
“Aku
cakaplah macam ni. Selama ni saya park motor macam ni tak pernah kena saman
pun. Sekarang ni pula asyik nak kena saman je. Aku cakap dengan Ah Meng sekali
suh dia tampal pelekat no parking. Senang cerita,” melangit-langit tangan Lisa
ke udara.
“Ish!
Tak patut langsung. Apasal Polis tu suka cari pasal dengan kau eh?
Ha…entah-entah dia suka kau kot?” usik Misha.
“Tak
kesio aku. ingat aku ni cop duit ke nak membayo saman ke dia kerjanya. Peh!
Tension aku. Tak dapat aku nak tukar sport rim lagi bulan ni,” Lisa dah menepuk
dahinya.
“Apa
yang gamat sangat suasana rumah ni? Aku nak tidur pun payah tau,” Rina keluar
dari bilik dengan bantal busuknya.
“Ni
ha. Lisa kena…” Lisa cepat-cepat menekup mulut Misha.
“Kau
kena apa, Lisa?” soal Rina lagi.
“Aku
kena marah tadi dengan Ku Din. Aku lepaskan pada Misha ni ha,” jawap Lisa.
Rina
ni polis juga. So kalau bercerita tentang Polis kenalah berlapik. Kang ada yang
keluar saman maki hamun Polis pula nanti. Lagi haru biru jadinya.
“Oh!
Aku ingatkan apa. Kau ni tak habis-habis dengan Ku Din kau tu. Senang-senang
kau kahwin jelah dengan Ku Din kau tu. Senang dia jadi KU LI kau nanti.
Hehehe…” ketawa Rina kemudian berlalu ke biliknya semula.
“Apasal
kau tak mau cerita pasal hal tadi? Manalah tau Rina boleh tolong,” usul Misha.
“Gila
kau. Rina tu siapa? Orang yang aku cerita tadi siapa? Bukan ke diaorang berasal
dari satu kuasa yang sama? Kang tak pasal-pasal semua buat drama opera cina
malam ni kang. Kau nak ke?” soal Lisa pada MIsha.
“Ha’akan?
Nyaris aku terlupa bab yang satu tu,”
“Tau
takpe. Tempe dengan tohu kasi lebih arr,”
“Tak
habis-habis dengan tempe tauhu kau tu. Nak kata jawa tidak, tapi gila sangatlah
makan tempe dengan tauhu tu,”
“Cik
Misha, walaupun susur galur keturunan mak ayah aku tu asalnya dari Sabah, aku
adik-beradik lahir dekat Johor. Jadi maka dengan ini, secara automatiknya aku
pun makanlah tempe. Lagi pun tempe
dengan tohu tu kan sedap? Bukan saja sedap malah berkhasiat serta dapat
mengekalkan stuktur muka awet muda tau. kandungan soya di dalamnya terdapat semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan
membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga tau,” Lisa mengangkat
ototnya macam muscle builder tu.
“Kacang soya juga Kaya dengan vitamin A,
B, C, D serta lacithin. Kau makan buah oren hari-hari pun belum tentu dapat
cover semua vitamin tau. oren tu ada vitamin C je. Protein dia pula tu, boleh
menguranghkan risiko sakit jantung dengan kanser tau. ha berkhasiat tak
kebaikan soya ni?"
“Kau ni Lisa, aku taulah dulu kau
berlajar Hotel Katering dekat Poli dulu. tapi sekarang bukan kau kerja bawah
unit tu pun. Kerja kau menaip surat jugak,” peril Misha.
“Dah tu kerja yang aku dapat,”
“Dah la, Lisa. Semak aku dengan kau ni
bercakap tak berhenti. Sambung je esok eh?” Lisa buat derk je.
“Lisa, kau cakap kau nak masak bubur
jagungkan? Nak aku tolong?” Misha dah mengebil-gebilkan matanya depan Lisa.
“Hilang dah nagsu aku nak masak. Dahlah
aku nak mandi,” Lisa terus berlalu ke biliknya.
“Alah,” keluh Misha.
###
Di pagi yang hening
bening dan hujan turun mencurah-curah,
Disebabkan pagi ini hujan, nak tak nak terpaksalah Lisa
membawa kereta ke Office hari ni. Itu pun kereta Misha yang dibalunnya. Mujur
jugalah Misha pergi kursus di Langkawi seminggu maka dapatlah Lisa mengunakan
keretanya.
Lisa ni gaji boleh tahan masyuk. Mampu je nak pakai
kereta MyVi ke? Saga FL ke? Viva Elite ke? Tak pun Persona SE. Tapi entah apa
hal entah, motor juga di pandangnya.
Misha pakai kereta Toyota Vios. Sesuailah juga dengan
kerjayanya sebagai Kaunselor dekat Hospital Permai. Maka, Lisa dengan penuh
segak dan bergayanya me’lenjan’ kereta Misha. Dibawa kereta Misha menyusuri
jalan raya dengan penuh gah sambil melayankan lagu Robbie Williaw dicorong
radio. Al-maklumlah nama pun pakai kereta orang kenalah dengar lagu yang orang
tu dah pasang. Ye tak? Hehehe…
Sampai je lampu isyarat pertama sebelum untuk ke office,
lampu kuning dah bertukar kepada merah. Sejak dari peristiwa asyik di saman je
sudahnya Lisa jadi fobia pula nak memecut mengejarkan lampu kuning tu. Nak, nak
tengah bawa kereta Misha lagilah tak berani. Kang mau ada yang kena seruan
Ka’abah kang. Lisa kalau bawa kereta memang suka bukak tingkap. Nak, nak bawa
waktu pagi. Hirup udara segarlah katakana.
Semasa
berhenti tu,Lisa menoleh ke kiri dan ke kanan melihat keindahan waktu pagi yang
busy. Sekali, Lisa seakan perasankan seseorang dari dalam perut sebuah kereta
Satria Neo. Macam pernahku lihat je mamat ni. Tapi di mana ye? Aha. Bukan ke
dia ni Polis yang gemar sangat nak menyaman aku? hehehe…kau tak pakai baju
Polis yerk? Siaplah kau. Akan kau kerjakan hari ni. Hehehe…
“Naim,
punchkan kad aku. aku masuk lambat sikit aku ada urusan jap. Hehehe…” Lisa
terus mematikan panggilan tanpa tunggu Naim membalas arahannya.
Bila
lampu bertukar je ke warna hijau, Lisa terus membunyikan hon dan menghimpit ke
kiri betul-betul di belakang kereta Polis yang gemar menyamannya. Diangkat tangannya
kepada pemandu dibahagian belakang tanda meminta laulan. Lisa ikut je belakang
kereta Polis tu dekat-dekat. Sengaja je dirapat di belakang kereta Polis tu.
Bak kata orang ‘kita kasi cucuk dia’. Dan agaknya Polis tu perasaan dia pun
melajukan keretanya.
Untuk
memastikan agar Polis itu menyedari kehadiran Lisa yang sengaja nak ‘mencucuk’
dia. Lisa pun memotong kereta Polis tu disebelah kiri. Sengaja dibuatkan muka
kereknya. Lisa perasan yang Polis tu memandangnya. Apa lagi, Lisa terus
memotong laju kereta Polis tu dan masuk tepat didepan kereta tu. Polis tu
mengambil peluang mencucuk kereta Misha A.K.A kereta yang dipandu oleh Lisa.
Hehehe..
“Hehehe..melayan,”
dilihat Polis tadi nampaknya telah terumpan.
Diterankan
minyaknya sampai meter cecah 120km/ jam dalam keadaan kereta tengah
berduyun-duyun dijalan raya. Dah macam main dekat highway je gayanya. Kereta
Polis tadi memasuki lorong laju dan memotong Lisa. Lisa ikut jugak. Di masuk
dibelakang kereta Polis tu. Dicucuk sampai terpaksa kereta Polis tu memasuki
lorong serdehana laju. Lisa nak membakarkan lagi hati Polis tu dia terus
memotong Polis tadi kemudian dia memasuki lorong Polis tu dengan sekali libas
je utnuk ke lorong yang paling pelahan.
Kedengaran
kuat break kereta Polis tu. Lisa sempat menjeling. Dilihat kereta yang dipandu
Polis tadi berpusing di tengah jalan seperti ingin merempuh pembahagi jalan.
Lisa yang terkejut terus memberhentikan keretanya ditepi. Saat masuk keluar
dari kereta, sekali lagi mengejutkan Lisa bila kereta yang dipandu Polis tu telah
melanggar pembahagi jalan dan turut dilanggar oleh sebuah lori yang dari arah
yang sama. Terserat kereta tu sejauh 50 meter sebelum lori tadi dapat berhenti
dengan sepenuhnya beberapa kereta di turut membreak secara mengejut menyebabkan
perlanggaran semakin parah. Lisa dah menekup mulutnya.
“Ya
Allah, apa yang telah aku lakukan ini?” Lisa tidak dapat berfikir sebarang
kemungkinan yang berlaku. Otaknya terus menjadi buntu sebuntu-buntunya.
Dalam
kepalanya hanya ternampak bayangan wajah Polis yang menyamannya dulu. Lisa
semakin tidak keriuan bila memikirkan sama ada Polis itu selamat atau tidak.
Tangannya dan mengigil yang amat. Lisa dah berteleku di tepi pintu kereta
Misha. Lisa dah menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar mengesali kesilapannya
untuk membalas dendam.
“Adik,
adik kenapa ni?” tegur orang ramai yang kebetulan melihatkan kepada Lisa yang
dah menangis di tepi jalan raya. Lisa tidak dapat berkata apa. Dia hanya
menangis.
Lisa
hanya melihat sahaja kereta ambulance, bomba dan polis yang datang ke tempat
kejadian. Lisa hanya mampu melihat. Ye hanya itu yang mampu Lisa lakukan.
Separuh nyawanya terasa melayang melihatkan kepada kereta Polis tu.
“Lisa,
Lisa,” Lisa menoleh kepada suara yang memanggilnya.
“Riiiinnnaaaa,”
Lisa terus memeluk Rina.
“Apa
kau buat dekat sini?”
“Rina,
Polis tu dalam kereta tu. Polis yang selalu saman aku. Kereta dia
terbabas.kereta dia kena langgar dengan lori. Rina…” Lisa dah meraung
semahu-mahunya.
“Sabar,
Lisa. Sabar. bawa mengucap. Meh ikut aku,” ajak Rina yang dah mengangkat Lisa.
“Tak
mahu. Aku nak ikut ambulance tu. Aku nak tengok Polis tu. Aku nak ikut
ambulance tu. Aku nak tengok Polis tu,” ronta Lisa bila melihatkan Polis tu
telah dibawa keluar oleh pihak bomba.
“Lisa,
ni kerja Polis. Kau balik rumah ok?” Rina memegang muka Lisa.
“Tak
mahu. Rina tolonglah. Aku nak tengok Polis tu macam mana? Please Rina,” rayu
Lisa.
Rina
serba salah dengan tuntutan tugas ditambah pula dengan pelik yang amat. Kenapalah Lisa ni beria sangat nak melihat
mangsa nahas jalan raya ni? Kenapa Lisa beria menyatakan mangsa adalah Polis
yang menyamannya? Kenapa Lisa beria menangis melihatkan nafas tu sedangkan Lisa
antara orang yang susah nak mengalirkan airmata walau apa pun keadaan.
“Lisa,
cuba kau cerita apa yang berlaku ni? Kenapa kau beria nak sangat tengok
mangsa?” soal Rina yang dah tak dapat dah nak bendung tahap kritikal persoalan
dibenaknya.
“Aku
yang sebabkan dia accident,” hanya itu yang keluar dari mulut Lisa.
“Ha?”
terkejut Rina dibuatnya.
###
Di Hospital Permai.
Hari dah masuk sebulan Polis tu koma tak sedarkan diri.
Sepanjang masa itu juga, Lisa setia menunggu sehingga Polis tu sedar. Lisa nak
minta maaf sangat-sangat pada Polis tu. Lisa ambil cuti tanpa gaji semata-mata
untuk mengunggu Polis tu sedar.
Sejak dari hari tu, Rina dan Misha seakan tidak mengenali
siapa sebenarnya Lisa. Seolah-olah Lisa baru je menjejakkan kaki dalam rumah
mereka. Lisa yang kepoh dan kaki meradang menjadi Lisa yang sepi dan senyap.
“Lisa,” tegur Rina dan Misha yang datang melawat rakan
serumahnya yang dah berkampung di sebulan di Hospital Permai. Lisa hanya
senyum.
“Macam mana dengan keadaan Aakif hari ni?” soal Rina.
Baru Lisa tahu nama sebenar Polis yang suka menyamannya adalah Haiyan Aakif. So
sekarang kita panggil Polis tu sebagai Aakif ok? Hehehe…
“Doktor kata dah banyak peningkatan. Cuma tak tahu bila
Aakif akan sedarkan diri,” Lisa menundukkan wajahnya.
“Sabarlah, Lisa. Insyallah suatu hari nanti Aakif mesti
akan sedarkan diri punya. Kau pun janganlah terus macam ni,” nasihat Misha.
“Misha, sebab aku dia terlantar macam ni. Kalaulah aku
tak cuba aksi tu dalam hujan mesti dia masih hidup lagi,” airmata Lisa dah
kembali nak merembes keluar.
“Dia belum mati lagi. Dia cuma tidur je. Tidur yang
panjang. Kau janganlah terus-terus salahkan diri kau. Terang lagi bersuluh yang
bukan salah kau. Silapnya kau memotong cara berbahaya macam tu. Aakif jadi
macam ni disebabkan oleh bunga pada tayar keretanya yang bocor. Tu sebab dia
tidak dapat mengawal keretanya dengan baik lalu berlanggar dengan pembahagi
jalan,” cerita Rina pula.
“Tapi aku tetap akan rasa bersalah selagi Aakif tak
sedarkan diri dan sembuh sepenuhnya,” Lisa dah mengesat airmatanya.
“Lisa, kau kena kembali kepada kau yang dulu. kau kena
ceria kena kuat semangat. Kau tengok dalam keadaan kau yang dah kurus macam ni,
macam mana kau nak tunggu Aakif sedar? Kau kena jaga diri kau dulu baru kau
cukup kuat untuk tunggu Aakif. Kau kena kerja Lisa. Kena juga. Kerja sekarang
ni susah nak cari. Lagi pun kau minta cuti tanpa gaji untuk jaga Aakif tapi kau
dengan Aakif bukanlah siapa-siapa,” kata Misha melekat dihati Lisa. Ye Aakif
dengannya bukan siapa-siapa.
Ku Din pun ada call bertanyakan bila dia akan masuk
bekerja. Banyak urusan kerja yang tergendala disebabkan hanya Naim yang
melakukannya. Naim pun ada call bertanyakan soalan yang sama. Kesian Naim. Beria
dia mengadu tentang beban kerja yang banyak. Walaupun kedua mereka tidak
mengunakan bahasa yang kasar tapi sedikit sebanyak berbekas tapaware jugak
dihatinya.
“Aku tahu. Ku Din dan Naim pun dah banyak kali call. Insyallah
aku start kerja balik minggu depan,” tutur Lisa.
Mereka berbual dan terus berbual. Dari situ barulah Lisa
tahu yang Aakif merupakan anak yatim piatu. Ibunya meninggal semasa
melahirkannya. Ayahnya pula meninggal sewaktu mengerjakan haji 15 tahun lepas. Pada
masa tu Aakif berusia 12 tahun. Aakif anak tunggal. Selepas ayah dan ibunya
pergi buat selamanya, Aakif dibesarkan di Rumah Darul Salam. Rumah anak-anak
yatim piatu di Bandar Skinchan. Aakif merupakan antara anak pintar yang dilahirkan
oleh Rumah Darul Salam.
Padanlah sepanjang Lisa berkampung disini, tidak pernah
pula kelihatan seorang pun ahli keluarga Aakif yang datang melawatnya. Bukan je
melawat malahan langsung tiada yang menelefonnya. Kesian Aakif. Bertambah-tambah
pilu dihati Lisa.
Saat mereka berbual tu tiba-tiba, Rina melihat dada Aakif
berombak deras.
“Lisa,
Aakif,” tunjuk Rina. Cepat Lisa menoleh. Dilihat kadar denyutan nadi Aakif berdenyut
laju. Lisa dah tak keriuaan. Dihampiri katil Aakif.
“Aakif,
Aakif,” disebut nama Aakif berulang kali. Misha dan Rina yang menghampiri turut
sama memanggil nama Akkif berulang kali.
“Lisa
tarik tali tu,” arah Misha. Lisa yang tengah kalut cepat-cepat menarik tali
yang di arahkan oleh Misha.
“Lisa,
Aakif dah bukak mata,” Rina bersuara. Lisa terkejut tapi belum sempat nak
dikerlingkan kepada Aakif, segerombolan doktor dan jururawat telah memenuhi
ruang.
“Cik
Lisa, minta keluar dulu,” arah seorang jururawat yang sememangnya mengenali
Lisa.
Lisa,
Rina dan Misha menunggu di luar bilik rawatan Aakif. Lisa berkali-kali berdoa
agar tiada apa yang terjadi kepada Aakif. Kalau pun iya, Lisa memohon agar
diberikan peluang untuk memohon maaf kapada Aakif.
“Lisa,
calm down ok?” Rina memeluk Lisa. Lisa dah terkulaikan kepalanya di bahu Rina.
Selepas 15 ke 30 minit.
“Macam mana Dr. Jamil? Semua ok tak?” Misha terlebih
dahulu menerpa. Lisa dah terlena dibahu Rina akibat kepenatan menunggu.
“Alhamdullilah, patient dah sedar dah. Cuma dia kena
banyakkan berehat lagi,” terang Dr. Jamil.
“Alhamdullilah. Boleh kami tengok dia?” pinta Misha.
“Sure. Please,”
“Lisa, bangun. Aakif dah sedar,” gerak Rina. Tersentak lena
Lisa.
“Aakif dah sedar?” Lisa terus meju ke bilik rawatan
Aakif. Kemudian langkahnya terhenti.
Lisa memandang Rina dan Misha, “Aku takutlah,”
Nak tergelak Misha dan Rina melihatkan rupa Lisa yang
sangat takut untuk melangkah masuk. Lama dah Lisa tak buat muka macam tu. Mimic
muka yang pelbagai seperti sebelum-sebelum ni. Kami nafsu nak gelak terpaksa
ditahankan juga demi rakan serumah mereka ini. Kang merajuk kang lagi naya.
“Takpe, kita masuk sama-sama ok?” ajak Misha. Lisa
menarik nafas sebaris. Ditolak daun pintu.
Saat kaki melangkah masuk, mata Aakif yang sedang
tertutup rapat terbuka. Aakif menoleh ke arah pintu. Aakif tersenyum. Ya…Aakif
tersenyum!
“Lisa, tegurlah,” Lisa hanya kaku dengan senyuman Aakif. Tak
sangka Aakif masih mampu tersenyum.
“Aakif,” melihatkan Lisa yang dah terkaku ditepi katil,
Rina bertindak menegur Aakif dahulu.
“Hai, Zarina,” Aakif memalingkan mukanya kepada Rina.
“Kau macam mana? Rasa ok tak?” soal Rina lagi.
“Aku rasa penat sikit. Kawan kau ni tak ada suara ke
Zarina?” soal Aakif dalam nada suara yang sangat lemah.
“Yang mana? Yang ini ke?” Rina menunjuk kepada Lisa. Lisa
menepis tangan Rina. Aakif hanya ketawa. Malu Lisa kejap.
“Terima kasih, Lisa. Sudi awak jaga sayakan?” Lisa
memandang Aakif. Macam mana dia tahu aku yang jaga dia?
“Saya tak sedar bukan bererti saya tak tahu apa-apa. Saya
dengar tiap-tiap hari suara awak megerakkan saya bangun. Saya rasa tangan awak
yang mengelapkan badan saya. Saya rasa setiap bait-bait alunan Al-Quran awak
pada saya,” Lisa terkesima. Berertinya disini, Aakif juga mendengar dia
menangis kekesalan. Arrgghhh…malunya dia pergi cerita dengan Misha dan Rina. Terasa
nak pakai topeng dah.
“Terima kasih, Lisa,” sekali lagi Aakif menuturkannya.
“Sama-sama. Saya nak minta maaf. Sebab saya awak jadi
macam ni. Maafkan saya, Aakif,”
“Bukan salah awak pun. Sebelum awak nak crose saya, saya
dah rasa dah tayar saya pancit. Bila awak dh crose dlm keadaan saya pun tengah
laju tu yang buat saya hilang keseimbangan,” cerita Aakif.
“Tapi saya tetap penyebabnya,” Lisa tiba-tiba meninggikan
sikit suaranya.
“Takpe. Kalau saya mati, saya dapat jumpa mak dan ibu
saya,” terkedu Lisa mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Aakif.
###
Dalam masa 3 bulan,
Aakif dikehendaki menjalani rawatan fisioterapi pada
setiap minggu bagi menguatkan kembali tulang-tulangnya. Mujur dan syukur,
Alhamdullilah. Sewaktu accident tu berlaku, walaupun teruk melihatkan keadaan
Aakif, Aakif langsung tidak mengalami sebarang kepatahan tulang menulang. Yang teruk
hanyalah cereda dikepalanya. Tak pasal-pasal dia menerima 14 jahitan di
bahagian belakang kepala. Agaknya disebabkan itu, Aakif koma. Tapi doktor cakap
jarang jumpa pesakit seperti Aakif yang mengalami kecederaan di kepala hanya
koma kurang dari 6 bulan. Ada pesakit yang makan tahun baru sedar.
Sepanjang masa itu juga, Lisa dengan senang hati akan
menhantar dan mengambil Aakif dari Hospital Permai. Dari situ, baru Lisa kenal
hati budi Aakif yang sebenarnya. Tak sangka, Aakif ni sensitive jugak. Ingatkan
kerek semedang. Hehehe…
###
Selepas setengah tahun.
Lisa dan Aakif kembali sibuk dalam dunia asal mereka. Dunia
pekerjaan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Selepas dari tamat rawatan
fisioterapi Aakif, Lisa langsung tak pernah berjumpa dengan Aakif. Dengar kata
Aakif direhatkan dari melakukan rondaan. Itu pun melalui apa yang Rina
cakaplah.
Lisa masih seperti dulu, masih menunggang motor ke sana
ke mari. Bila melalui je jalan yang Aakif accident, mesti Lisa terbayang-bayang
akan kejadian hari tu. Walaupun hakikatnya, Aakif elok bernyawa sehingga
sekarang.
###
Disuatu pagi yang aman
damai,
“Berhenti, berhenti,” arah sebuah kereta peronda Polis.
“La salah apa pula lagi ni. Ingatkan dah aman dari saman
menyaman ni,” gerutu hati Lisa.
Keluar seorang anggota Polis berjalan ke arah Lisa.
“Minta I/C dan Lesen,” arah anggota Polis tu. Lisa tanpa
banyak bicara terus menegeluarkan apa yang diminta oleh Polis tu.
Lisa hanya ambil perduli dengan tidak je. dah takde mood
nak bertekak dengan Polis lagi. Cukuplah kisah antara dia dan Aakif. Tak amhu
rasanya muncul pula Aakif kedua.
“Ni saman, Cik. Sila baca betul-betul ye?” bicara Polis itu.
Lisa masih setia memandang jalan tar dari memandang wajah Polis yang menyamannya.
Saat ingin memasukkan kertas saman didalam beg, baru Lisa
perasan yang kertasnya berwarna lain. warna pink pekat. Dibuka dan dibaca apa yang tertulis didalamnya.
‘Nur Khayla Alisha, anda disaman kerna mencuri hati saya’
Lisa terpana. Dah apahal pulak ni. Ada ke saman ni dalam kesalahan trafik? Lisa
mengangkatkan kepalanya.
Gedebuk,
terkena tepat ke dagu Polis tu. Apa lagi beraduhlah Polis tu.
“Sorry,
sorry, sorry. Tak sengaja Tuan,” mohon Lisa.
“Lisa,
awak ni tak habis-habis nak balas dengan dengan saya ke?” Polis tadi memegang
dagunya.
“Aakif?”
terkesima Lisa sekejap.
“Ye,
sayalah siapa lagi,” jawap Aakif.
“Ni?”
Lisa melayangkan ‘surat saman’ tadi kepada Aakif.
“Saman
baru,” jawap Aakif
“Saman
baru?” soal Lisa kepelikkan.
“Yup, Saman cinta,” aakif kemudian senyum kepada Lisa.
“Ha?”
“Saman
cinta. Saman sebab awak dah berjaya curi hati saya. Saman sebab awak dah
berjaya merampas cinta saya,” Aakif masih senyum kepada Lisa.
“Serius
je,” cebik Lisa
“Seriuslah.
Tak gitu, Zarina,” Aakif mengangkat kening kepada Rina.
“Rina?
Kau pun ada?” Lisa menoleh ke sebelah kirinya. Memang iya. Rina lah.
“Lama
dah. Kau je tak perasaan. Leka sangat pandang jalan raya,” jawap Rina.
“Apa
semua ni?” Lisa masih lagi blur.
“Ish!
Nak kata kau yang accident sampai cedera otak tak. Tapi engkau pula lebih-lebih
hilang ingatannya. Sejak bila kau jadi LAMPI yang amat ni? Aakif nak jadikan
kau isteri dialah,”
“Isteri?
Serius je?” soal Lisa lagi.
“Yup,
itu pun kalau awak sudilah,” jawap Aakif. Lisa hanya memandang kosong wajah
Aakif.
“Lisa,
awak hanya ada masa selama 10 saat je untuk meberikan jawapan,” sambung Aakif.
Otak
Lisa mengerahkan akal fikiran, “Kenapa saya yang awak pilih?”
“Sebab
awak yang paling ikhlas dengan saya. Lisa masa tinggal lagi 5 saat,”
Lisa
dah nak start kembali motornya. Tak tahu apa jawapan yang harus diberikan. Dalam
hati memanglah rindu. Dalam hati juga ada sayang.
“Lisa
lagi 2 saat,” Rina pun menyampuk.
“Saya
ada mak ayah. Kalau berani pergilah ‘saman’ mak ayah saya,” Lisa terus menekan
pedal minyak dan dia berlalu pergi.
“Lisa…”
laung Aakif.
Lisa
tetap berlalu. Dalam hatinya berkata ‘ Alamak! Polis dah saman aku. handsome pula
Polis ni. Kecut hati aku. hehehe…’
nota kaki ;
nak kongsi sedikit maksud nama-nama dalam islam yg sempat di cari.
Muhammad Haiyan Aakif = Yang Terpuji / Yang Hidup / Beriktiqaf
Nur Khayla Alisha = Cahaya / Cantik / Dilundingi Oleh Allah.
4 comments:
salam..... best juga. ada lucu, sedih...
w'salam azura...
tq dear...;)
Erk.. Tajuk xleh blah.. mati2 saya ingat awak yg kena saman... hahaha... Hampeh tol.. camne leh tertipu lak ni... Huhu... pape pon memang lucu...
ala cian hirumakecil dia...hehehe...suspen tak suspen tak?
Post a Comment