~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Friday, April 1, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 19

Bab 19

“Alhamdullilah. Kenyang perut saya, kak. Sedap betul Mi Goreng Kak Julie,” puji Daim. Kesakitan melanggar Sliding Door hilang seketika masa merasai nikmat kesedapan Mi Goreng Kak Julie. Hehehe...
“Akak masak biasa-biasa je Daim. Tak terror mana pun,” Kak Julie merendah diri.
“Sedap, kak. Kalau tak sedap, tak akan lah Anak Teruna Pak Megat ni makan hingga menjilat jari,” Daim menunjuk kepada Jefri yang kusyuk menjilat jari. Kak Julie hanya tersenyum.
“Aku pulak. Ni kan sunnah nabi. Jilat jari lepas makan. Daripada hujung jari nilah ada tersimpan semua zat yang diperlukan,” Jefri memback up dirinya.
“Hehehe...ye..ye..aku taulah...aku gurau je,” sengih Daim.
“Korang ni, ada je bendanya. Cepat sikit bersiap. Aku duty petang ni,” tegur Jefry sambil mencapai jaket kulitnya.
“Aik, sejak bila pula kau bawak jaket kulit datang sini semalam? Aku tak perasan pun,” soal Daim kepelikkan.
“Jaket ni tertinggal masa aku datang dulu,” jawap Jefry.
Jefri membantu Kak Julie membawa semua pingan mangkuk ke dapur walaupun dilarang oleh Kak Julie. Kata Jefri, 'dah pandai makan pandailah kemas'. Tapi tak sempat nak tolong membasuh, Zue pula telefon. Langsung Jefri keluar, duduk dilaman. Al-maklumlah buah hati telefonlah katakan.
“Jef, abang kirim salam sama kitak. Tak dapat jumpa katanya,” beritahu Kak Julie.
“Wa'salam...kamik balik dulu ya, kak?” Jefry menyalam Kak Julie dan mencium anak-anak buahnya.
“Saya balik dulu, Kak Julie. Thank you, bagi tumpang tidur,” Daim berbahasa basi.
“Ok je. Lain kali datanglah lagi. Kalau Jefry takde pun, korang tetap akak alu-alukan. Datang je. Ambil nombor phone akak ni. 019-8890003. Ha miss call, miss call,” arah Kak Julie.
“Ok kak. Saya dah miss call dah,” Daim tanpa prajudis terus 'memiss call' Kak Julie.
“Oklah kak, kami jalan dulu ye?” sambung Daim.
“Pok cik, takmo balik ke?” jerit Daim kepada Jefri yang hangat bergayut dengan Zue. Siap main cantas-cantas daun pokok Bunga Kertas Kak Julie lagi. Ish...ish...ish...
“Jap, Jap,” Jefri tersengih sambil menaikkan tangan limanya pada Daim. Daim hanya mengelengkan kepalanya.
Kak Julie dan anak-anak dah masuk ke dalam rumah kembali. Nicol tak habis mandi lagi. Lagi pun kejap lagi sekolah Maria ada buat Mesyuarat PIBG.
Daim menekan alarm kereta. Di hidupkan enjin kereta. Dibiarkan enjin kereta panas sekejap. Sambil-sambil tu hatinya tergerak untuk melihat keadaan keretanya. Di tawaf sekeliling keretanya dan kemudian dijumpai satu garisan sepanjang-panjangnya di sebelah tempat duduk kiri pemandu sampailah ke tempat duduk kiri belakang. Terbakar darah daim. Siapa punya kerjalah yang tak bertamadun langsung!
“Jahanam kereta aku. Badigol betul siapa yang buat macam ni. Ha! Tengok tayar kereta aku pun dipancitkan. Sial betullah,” jerit Daim. Jefry yang dah ada di dalam kereta pun terkejut dengan jeritan Daim.
“Apasal Pojie?” Jefri yang kebetulan sedang bergayut dengan Zue tadi pun menerpa kepada Daim.
“Kau tengok. Kau tengok. Habis kereta aku kena calar. Bongok betul. Kalau calar sikit tak apa. Ni sikit punya dalam lagi. Rasa dia punya kemik tau. Peh hangin aku! Ni ha tayar kereta aku pun dipancitkan. Siapa punya kerjalah macam ni. Sial betullah!” Daim yang mencangkung ditepi tayar kereta sebelah belakang menepuk kuat tayarnya. Memang nampak sangat Daim tengah tahan api kemarahan.
“Kau relaks, bro. Relaks. Agaknya mesti kerja budak-budak yang main-main dekat sini agaknya,” Jefry bertindak menenangkan Daim dengan menepuk-nepuk belakang badannya. Daim menepis tangan Jefry.
“Budak menda. Ni kerja bapak budak ni. Kalau budak, sure dah berpeta dah kereta aku ni. Ish! Geram betul aku,” Daim membuka bonet belakang keretanya dan mengeluarkan tayar simpanan.
“Nasib ada tayar spared. Kalau tak, tak tau lah macam mana kita nak balik,” walaupun dalam keadaan marah yang amat, Daim tetap menukar tayar keretanya sendiri.
Jefri dan Jefry bertindak menjauhkan diri sebelum angin ribut taufan melanda Sungkai. Daim ni api kemarahan dia tak boleh di jangka. Diaorang pun dah pakatkan risau. Ni kang balik Ipoh, sure, sure Daim akan memecut keretanya selaju yang mungkin. Percayalah.
Jefry duduk di bahagian hadapan bonet kereta Daim menjumpai sehelai kertas di tepi tayar sebelah pemandu. Dibaca satu persatu apa yang tertulis didalamnya. Tersentak dia dengan tulisan di atas kertas tu.
“Jefri, sini jap,” bila Jefri berada di sebelahnya, ditunjukkan kertas tadi kepadanya.
“Ish! Bahaya ni,” membulat mata Jefri membacanya.
“Macam mana sekarang ni? Nak tunjuk ke?” soal Jefry.
“Jangan tunjuk sekarang. Kalau tunjuk confirm akan ada yang masuk ICU hari ni. Kita tunjuk bila dia dah cool down sikit,” cadang Jefri. Jefry hanya menganguk.
Piiiiiiiinnnnnnnnnnnn......
“Terperanjat abah aku,” terkejut Jefri bila Daim hon kereta dia. Nyaris nak terpelanting kertas ditangannya.
“Korang tak nak balik ke?” jerit Daim. Cepat-cepat Jefri dan Jefry masuk ke dalam perut kereta. Tanpa berlengah, seperti yang dijangka, Daim terus memecut laju tanpa menoleh lagi. Kertas tadi dah selamat Jefri perapkan dalam poket seluarnya.
###
Sampai je di Kem, Daim terus menukar pakaian sukan dan berlalu ke Gym. Habis semua peralatan sukan di cubanya gara-gara nak melenyapkan nafsu amarahnya. Itu pun belum padam sepenuhnya. Nampaknya akan adalah yang kena maki free, free hari ni. So, baik jangan cuba cari masalah dengan Daim. OK?
Jefri dan Jefry sepanjang perjalanan tadi pun langsung tak buka mulut walaupun seinci. Masing-masing pakatkan gerun dengan cara pemanduaan Daim yang dirasakan nak membunuh orang. Perjalanan dari Sungkai ke Ipoh biasa mengambil masa 2 jam jadi 30 minit je dengan Daim. Daim ambil line laju je. Kalau pun perlu mengambil line tengah hanyalah untuk memotong kereta dihadapannya.
Tak pernah juga dalam rekod, Jefri dan Jefry memakai seat belt dan siap pegang seat belt masing-masing. Keluar je dari kereta Daim, mengigil kepala lutut masing-masing. Nak menapak pun seksa. Rasa nak terkencing, nak terberak semua rasalah. Memang rekodlah seorang lelaki boleh takut naik kereta orang buat drift. Rekod paling merbahaya. Gerun.
Lagu Something Stupid nyanyian Nicol Kidman dengan Robbie William menganggu latihan Daim. Sungguhpun jiwa JANTAN, Daim lebih gemar mendengar lagu-lagu yang lembut dan membawa kepada ketenangan. Tak macam Jefry, selagi tak pecah gegendang selagi itulah dia akan setia mendengar lagu alunan keras.
Tanpa melihat kepada gerangan siap yang menelefonnya dengan nada kasar, Daim menjawap. Tangan kanan mengesat peluh di tengkuk.
“Hello,”
“Assalamualaikum...” kedengaran suara dihujung sana sangat lembut dan kedengaran sungguh keibuan. Siapa pula yang suara sikit punya lemak manis disukai ramai ni? Daim terus memandang kepada skrin handphonenya, Siti Aishah Salim! Alamak! Aku ada tercall dia ke sebelum ni? Aduhai...' Daim dah menghempuk handphone ke kepala.
“Wa'alaikumsalam...sorry Aishah tak perasaan Aishah yang call,” Daim melembutkan suaranya. Daim mengepit handphonenya di celah leher. Dicapai botol air dan diletakkan ditangan sedikit. Air yang ditapak tangan di lap keseluruhan mukanya. Peh...lega. Barulah selesa nak borak dengan Aishah.
“Takpe. Maaflah Aishah ganggu Daim petang-petang macam ni,” lembutnya suara Aishah. Tangkap leleh Daim 3 saat.
'Aishah, awak call tiap saat pun saya tak akan marah, Aishah,' agaknya jawap macam ni ok tak pada Aishah? Mesti terkejut gila Aishah. Mesti dia ingat aku tengah berlakon filem. Umm...baik tak payah cakap.
“Takpe. Bukan tengah kerja pun,” jawap Daim ringkas.
“Ye ke? Kereta Daim macam mana? Teruk ke crashnya?” Daim menjarakkan telefon bimbit dari telinganya sekali lagi. Macam mana dia tau kereta aku kena crash? Pelik ni.
“Mana Aishah tau kereta Daim kena crash?”
“Maaflah. Aishah terdengar Daim menjerit tadi,”
'Ha? Malunya aku,' “ Takpe. Saya yang terkuat jerit tadi. Buat malu je,” Daim dah meraup mukanya dengan kain tuala.
“Teruk ke crashnya? Dengar jeritan Daim tadi rasanya macam kuat je,” 'memang kuat pun. Sampai rasa kemeknya, Aishah oiii'
“Esok lusa nanti time ada masa saya pergilah polish balik. Kalo mahu elok, Alhamdullilah. Kalau tak mahu elok tu. Tengoklah nanti apa boleh buat,” Daim dah membahasakan diri nya saya. Tu tanda Daim tengah tahan marah yang amatlah namanya.
“Daim agak siapa punya kerja?”
“Entahlah. Budak-budak kot. Tapi rasanya macam bapak budak yang buat. Macam mana Aishah dapat nombor saya,”
“Aishah rasa, Aishah tau siapa punya kerja,”
“Siapa?” deria ingin tahu Daim dah sampai ke saraf neutron Daim.
“Kamarul,”
“Kamarul? Kenapa Aishah tuduh dia pulak?” soal Daim lagi. Walaupun memang \ Kamarul adalah suspect utama Daim, dia tetap kena kawal suara dan nafsu amarahnya.
“Aishah bukan menuduh tapi lebih kepada rasa. Aishah nampak kelibat Kamarul tiba-tiba lari dari belakang kereta Daim malam semalam. Lari laju sampaikan Aishah pun tepi pokok bunga pun dia tak perasan,” cerita Aishah.
Jadi, makanya disini, kelibat yang aku tengok melintas laju depan pintu pagar malam semalam adalah Kamarul? Ish...kalau aku taulah dia semalam tu lama dah aku lesing jam, jam tu juga. Daim dah mengepal penumbuknya. Tapi kemudian dia melepaskan kepalan penumbuknya.
“Tapikan Aishah, bukan ke semalam Aishah dah masuk dalam rumah ke masa kitaorang nak beredar balik? Aishah mengendap Daim yerk?” berbunga riang hati Daim kalau Aishah cakap 'iya, saya memang hendap awak, Daim,'
Aishah diseberang sana dah terkaku. Kelu lidah nak berbicara. Tak tahu apa alasan yang nak diberikan. Kalaulah dia mengaku dia mengendap diaorang malam tadi, sure malu setaman.
“Erk...Erk...anu..anu...Mak suh buang sampah. Masa buang sampah tulah Aishah nampak Kamarul,” kelentong Aishah. Daim dah ketawa kecil. Ala, Aishah. Alasan zaman kunolah. Orang dah tak pakai dah alasan tu. Kan senang kau cakap kau ada hati dengan aku? Senang aku suh mak aku masuk meminang. Hehehe...
“Ye ke? Pukul 12 buang sampah? Tak takut ke?” Daim menolak daun pintu gym untuk berlalu keluar.
“Nak takutkan apa? Aishah yakin, Allah sentiasa dengan Aishah. Kalau jadi apa-apa pada Aishah mesti Allah akan membantu Aishah,” Aishah menjawap dengan penuh yakin tanpa gagal.
“Yelah. Tak boleh tunggu esok ke? Anak dara buang sampah malam-malam buta. Tak manis tau. Kalau ada yang berniat jahat, macam mana?” Daim menegur Aishah dengan berhemah.
“Insyallah takde apa-apa. Lagi pun, mak suh buang lekas. Takut hanyir satu rumah dengan bau isi perut ikan,”
“Oklah. Tapi lain kali jangan buat lagi. Takpe. Tunggu esok je kalau nak buang. Yang hanyir tu boleh dicuci. Boleh dihilangkan hangirnya,” nasihat Daim lagi.
“Baiklah,” lembut bicara Aishah. Terasa hilang nafsu nak marah Si Kamrul tu. Tapi takpe. Ada ubi ada batas. Ada hari kereta kau pula aku crash!
“Aishah minta diri dululah. Nak pack barang-barang. Esok nak start mengajar dah,” sambung tutur Aishah.
“Ye ke? Nanti drive baik-baik ye?” pesan Daim.
“Insyallah. Nanti saya sampaikan pada driver bas tu suh dia bawa bas baik-baik malam ni,” seloroh Aishah.
“Aishah naik bas ke? Kenapa tak cakap? Boleh Daim tolong hantarkan,” ulat bulu dah naik daun.
“Eh! Takpelah. Dah biasa dah. Malas nak drive. Tu yang naik bas tu,”
“Naik bas dari mana?”
“Umm...bas jam 10 malam kang. Dalam lepas Asar ni nak ke rumah Kak Sarah kejap di Ipoh. Lepas tu langsung le balik Melaka. Naik dekat Medan Gopeng,”
“Oh ye ke? Nanti dah duduk dalam bas nanti banyakkan selawat. Banyakkan sedekah fatiha. Banyakkan baca Ayatul Qursi. Sekarang ni banyak kes-kes bas yang berlanggar sana sini. Walaupun Menteri Pengangkutan cakap pengangkutan awam adalah paling selamat, kita tetap kena berjaga-jaga,” Aishah hanya kedengaran, “umm”
“Oh ye, Aishah belum jawap lagi soalan Daim. Mana Aishah dapat nombor telefon Daim? Siapa bagi?” soal Daim kembali bila teringatkan soalannya tak berjawap.
“Adalah...hehehe...Assalammualaikum,” panggilan dimatikan.
“Wa'alaikumsalam,” Daim hanya senyum. Macam-macam kerenah Si Aishah ni.
Daim terus melangkah menuju ke biliknya. Dalam berjalan-jalan tu, sempat lagi Daim senyum sorang-sorang. Kejap kang ketawa kejap kang senyum balik. Macam orang angau bercinta.
Sementara itu, di rumah Mak Cik Kesuma Dewi,
“Ha? Iye ke, Achik kome nak bawak mak calon menantu dah?” terbeliak mata Mak Cik Kesuma Dewi mendengarkan cerita Delila dan Delita serta Kak AD. Dr. Aiman pun terkejut sama.
'Sempatlah pulak Si Daim ni mencari calon isteri. Bukan ke dia ada cakap lepas kenduri aku dengan kakak dia, dia sibuk kerja ke?' Dr. Aiman berteka-teki didalam fikirannya.
“Betul, mak. Achik cakap nama kakak tu Siti Aishah binti salim. Orang Sungkai. Achik cakap dia lagi lawa, lagi sopan, lagi meletup dari Kak Dhia,” Delila Si Kepoh dah memulakan ceritanya. Bersungguh Delila bercerita siap dengan mulut-mulut segala.
“Chu? Betul ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi. Kalau dengar cerita Delila, kena tanya dengan Delita kebenaranya. Barulah balance. Sorang tukang merapu sorang tukang tegak kebenaran.
“Betul. Achik call kitaorang lewat malam semalam,” tambah Delita.
“Tak boleh jadi ni. Kena cepatkan tempoh sebulan ni,” Mak Cik Kesuma Dewi dah tak senang duduk mengenangkan plannya hampir nak musnah.
“Mak, bawak bertenang dulu mak. Kalau mak pendekkan tempoh, nampak sangatlah mak terdesak nak kawinkan Daim dengan Dhia. Mesti Daim tak puas hati punya. Mak nak nanti dia buat entah apa-apa entah pada anak dara orang? Kakak tak nak. Sian dengan Dhia tu nanti,” Kak AD membentangkan usul.
“Betul tu, mak. Kita jangan tunjuk kita ni tengah mengelabah. Biarkan je. Kalau kita tunjuk, nampak sangat yang kita ni dah nak kalah. Entah-entah Daim saja je nak psiko mak. Mana tau kan? Entahkan wujud ke tidak je Siti Aishah binti Salim tu. Entah-entah hanya watak yang Daim cipta,” tambah Dr. Aiman.
“Psiko? Ape kebenda pulok tu?” soalan Mak Cik Kesuma Dewi membuatkan Delita menepuk dahinya.
“Mak, psiko tu lebih kurang macam magiklah. Ha, lagi tepat macam pukaulah,” terang Delita.
“Daim nak pukau mak? Amboi! Bukan main lagi Achik kome ni ye?” Mak Cik Kesuma Dewi dah berdiri dari silanya sambil bercekak pingang.
“Bukan pukaulah, mak. Dia macam ni, ada orang kadang-kadang dia sengaja je nak bikin onak dengan orang lain supaya orang yang terkena tu akan mengelabah macam mak sekarang ni. Dengan cara tu, dapatlah dia mengambil kesempatan pada mak,” cerita Dr.Aiman pula.
“Ye ke? Ish! Ni buat mak risau ni. Kalau Achik kome buat onak susah jugak. Achik tu udoh le panas baran. Segala bende nak diterebannya,” Mak Cik Kesuma Dewi dah duduk kembali.
“Mak, bukan buat onak yang jahat-jahat tu. Alah lebih kurang macam Kak Mek hujung kampung ni. Dia kan suka meraih simpati orang buat orang sedih dengan kehidupan dia? Lebih kurang macam tulah Achik nak buat. Kiranya, Achik sengaja nak bagi kita dekat sini panas hati dengar dia dah dapat cari perempuan nak dibuatkan isteri tapi dalam masa yang sama, bak kata Abang Aiman, entahkan wujud entahkan tidak je watak Kak Aishah tu,” terang Delila pula.
“Katakanlah kalau wujud orang bernama Aishah tu macam mana?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Umm...mak nak terima ke?” Kak AD menyoal Mak Cik Kesuma Dewi kembali.
“Entoh le. Harus le rasa apa yang menantu lain rase. Baru le adil namanya,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi.
“Tapi nanti, mak takde peluang nak menantukan Dhia,” provok Dr. Aiman pula.
“Nak buat macam mana. Terpaksalah mak akur dengan kehendak anak-anak mak. Lagi pun mak tau sangat le dengan Achik kome tu. Dia kan idok suke kalo kita ni nyongkong dia. Mak faham bebenor le perangai anak jantan mak yang sorang tu,” Mak Cik Kesuma Dewi kedengaran seolah sudah meredhakan segalanya.
“Mak, macam nilah. Biar Chu je yang pergi selidik soal kewujudan Kak Aishah ni. Achik kan tak pernah rahsia-rahsia dengan Chu? Mesti dapat punya le. Serah pada Chu je,” Delita menunjal-nunjal dadanya.
“Elok beno le tu nunjal-nunjal dada tu. Tak segan dengan Abang Aiman kamu ke?” Mak Cik Kesuma Dewi membuat tangan seperti nak memial telinga Delita. Delita hanya menyengih. Dr. Aiman hanya mengeleng. Macam-macam ragam keluarga mertua aku ni ha.
“Pandai-pandai Chulah nak buat macam mana pun. Yang penting kita tau siapa dia Siti Aishah Salim tu. Tapi ingat jangan sampai Achik tau sudahlah,” pesan Kak AD.
###
“Ashhhcumm...Alhamdullilah,” siapa pula yang menyebut nama ni? Aishah dah berkali-kali mengesat hidungnya. Tapi tak ada pula menunjukkan tanda-tanda nak selsema. Agaknya Allah nak kurangkan dosa-dosa aku lampau aku kot? Amin. Alhamdullilah.
“Aishah dah habis dah mengemeh?” soal Mak Tijah.
“Dah mak. Tinggal nak simpan telekung je lagi ni,” Aishah melipat telekung dan masukkan ke dalam beg tangannya.
“Ni ha ada tempoyak sikit ni Along kamu pesan. Tak boleh le nak bawok banyok beno. Kang berbau satu bas kang,” Mak Tijah menghulurkan bekas berisi tempoyak kepada Aishah.
“Aishah,” tegur Pak Salim pula dari pintu bilik.
“Ye Ayah,” jawap Aishah.
“Ayah ada nak tanya sikit ni,” Pak Salim melabuhkan pinggulnya di kerusi meja solek Aishah. Aishah memaling kepada Pak Salim. Kemudian senyum.
“Kamu dah ada yang punya ke?” tersipu malu Aishah mendengarkan soalan Pak Salim. Tak tahu sama ada nak jawap atau tidak. Akhirnya Aishah mengeling.
'Agaknya kalau aku dah terpikat dengan Daim agaknya ayah marah tak,' Aishah bermonolog sendirian.
“Kamarul masuk meminang lagi,” Aishah memandang ayahnya

2 comments:

Bella Yusuff said...

best la cter novel nie..nk smbungn dye lg!!!

ezaitie nfib. said...

As'salam bella,

tq dear...;p Che Ezaitie dah upload bab ke-20. just check it out ok?