~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, March 27, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 18

Bab 18.    

“Kamu kenapa, Daim?” soal Kak Julie yang sedang mengambilkan gebor (tilam toto) untuk dibentang di depan televisyen. Tercungap-cungap Daim masuk ke rumah siap terlanggar pintu grill rumah lagi.
“Takde apa-apa, kak. Saja buat jogging.” Daim membuat aksi bersenam.
Jogging apa malam-malam ni? Mengarut betullah kamu ni, Daim,” Kak Julie hanya mengelingkan kepala kemudian berlalu ke biliknya.
“Kau kenapa, Pojie? Macam orang ternampak hantu je,” tegur Jefry pula.
“Memang pun,” jawap Daim.
“Ha? Kau biar betul?”Jefri dah terduduk mendengarkan ayat penyata yang keluar dari bibir Daim.
“Betul! Aku nampak dia lintas depan aku tadi. Tu aku masuk lintang pukang ni,” cerita Daim.
“Dia pakai baju warna putih ke?” Si Jefri dah rapat ke sofa.
“Entah. Depan rumah ni kan gelap? Lampu jalan rosak. Aku tak nampak baju warna apa tapi memang ada yang melintas depan aku tadi. Percayalah cakap aku,” bersungguh Daim meyakinkan kawannya.
“Ish! Mainan perasaan kau je kot. Sudahlah Daim. Abaikan je. Kalau ada pun mesti syaitan iblis yang nak menganggu,” Jefry menarik selimut ke paras dada. Jefri dah parking tengah-tengah.
“Mungkin kot. Jef, aku nak minta pinjam kain pelekat boleh tak? Aku tak Solat Isyak lagi ni,” pinta Daim.
“Ha'alah aku baru teringat aku pun belum Solat Isyak lagi. Daim kau jadi imam aku boleh?” tiba-tiba Jefri duduk tegak kembali.
“Ha! Baguslah tu korang pergi solat. Hilangkan rasa penakut tu,”
Jefry pun bangun dan mengetuk pintu bilik abangnya meminta kain pelekat. Diberikan kain pelekat kepada Daim dan Jefri. Kemudian dia ke bilik sebelah membentangkan 2 sejadah untuk rakannya.
Solat Isyak malam ni, diimami oleh Daim dan makmumnya Jefri. Si Jefry dah berdengkur di depan televisyen. Usai Solat Isyak, Jefri terus memparkirkan badanya di sebelah Jefry. Daim mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor rumahnya. Tak boleh nak tunggu pagi esok. Malam ni juga kena telefon adik kembarnya ceritakan hal gembira.
“As’salammualaikum...” terasa sekejap sangat telefon rumah dijawap. Kedengaran suara Kak AD menjawap.
“Wa'alaikumsalam...Kak AD, ni Achik ni,”
“Ha! Achik. Uit, kau tak tidur lagi ke? Nak dekat jam 1 pagi ni,” tegur Kak AD.
“Alah! Kak AD pun belum tidur lagi apa?” Daim memerli Kak Ad.
“Akak baru balik kerjalah,” jawap Kak AD.
“Hehehe,” gelak Daim.
“Apahal kau call malam-malam ni? Kalau nak cakap dengan mak, mak dah selamat dah gi bidor tapi kalau nak cakap dengan Adik dengan Chu adalah budak berdua ni depan televisyen,” memang bahasa rasmi keluarga ni kalau orang dah tidur akan dikatakan ke Bidor tak pun dah jadi mayat.
“Alah saje je. Kak AD nak cakap dengan Chu kejap boleh tak?”
“Kejap yerk?” kedengaran Kak AD menjerit nama Delita dan kejeritan itu berjaya mendesingkan telinga Daim.
Hello,” Delita menyapa.
Hello, Chu. Kenal tak siapa ni?” Delita memandang gangang telefon. Gila ke apa Achik ni tanya aku kenal ke tak dia ni.
“Kenallah. Apahal pulak tak kenal. Apahal?” soal Delita.
“Hehehe...” gelak Daim
“Achik, kau ni kenapa gelak sorang-sorang? Gila eh?” sengaja Delita menyakitkan hati Daim.
“Sampai hati kau cakap abang kau gila? Tak guna punya adik,” terasa panas pipi Daim.
“Ye la. Orang tanya apahal kau gi gelak nape? Orang tak siuman je macam tu tau tak?” perli Delita lagi.
“Alah! Sejak akil baligh ni susah dah nak gurau dengan kau kan. Aku taulah aku tak handsome sampai tak ada siapa nak dengan aku. Tu pasal aku kena kahwin dengan pilihan mak,” suara Daim bernada sayu.
“Ish! Tak larat aku melayankan kau ni lah, Achik. Strait to the point je lah. Aku tengah layan cerita Mission Imporsible III ni,”
“Aleh! Ni aku nak cakap...”
“Cakaplah cepat,” potong Delita.
“Sabo le. Aku nak bagitau yang baiklah korang lupakan niat korang nak jodohkan aku dengan pilihan mak. Aku dah jumpa marka lagi lawa, lagi cantik, lagi sopan, lagi tertib dari calon menantu mak tu,” sengaja Daim menekankan beberapa ayat.
“Ha? Serius ke Achik?” tiba-tiba kedengaran suara Delila pula.
“Eh! Ni Adik ke Chu?” soal Daim yang tiba-tiba kehairanan.
“Dua-dua. Hehehe...” jawap Delita dan Delila kemudian tergelak.
“Oh! Korang kenakan aku yerk? Sengal punya adik-adik,”
“Siapa nama dia Achik?” soal Delila lagi.
“Nama dia Siti Aishah binti Salim orang Sungkai, Perak tapi mengajo dekat Melaka,”
“Achik, kau yakin ke kau boleh bertahan lama dengan Kak Aishah tu?” soalan Delita memang menaikkan darahnya.
Of courselah. Korang tunggu jelah. Lepas ni title Kak Aishah akan jadi Kak Achik korang. Hahaha...” Daim gelak dan kemudian terus mematikan telefon.
Hello...Hello...Heeeeelllllooooooo...” jerit Delita dan Delila.
“Korang apahal?” terkejut Kak AD. Berlari keluar dia dari dalam biliknya. Dr. Aiman dah selamat dah melayari bahtera mimpinya.
“Kak AD, habislah. Mati kita. Hancur masa depan,” Delila ni cerita lebih dari kenyataan.
“Ish! Mulut celupar kan? Suka-suka cakap macam tu. Kenapa? Achik cakap apa?” tanya Kak AD bertubi.
“Achik letak telefon selepas cakap yang dia dah nak bawak balik calon pilihan dia,” cerita Delita.
“Ha'a Kak AD. Dia cakap orangnya lebih cantik, lebih lawa, lebih sopan dari pilihan mak. Nama dia Siti Aishah. Orang Sungkai, Perak, Kak AD,” tambah Delila pulak.
“Achik cakap macam tu ke? Sempatlah pula Achik korang cari makwe? Musykil ni. Entah-entah Achik korang tu saje nak psiko korang kot?” Kak AD memberikan pendapatnya.
“Tapikan Kak AD, Achik mana reti psiko orang sebab dia sendiri pun payah nak kena psiko. Tapi mungkin betul kot Achik saja buat onak. Yelah orang takmo kahwin dengan pilihan mak,” Delita pula menyumbangkan ideanya.
“Tapi Adik tak rasa macam tu. Achik bersungguh-sungguh cari awek tau. Adik rasa Achik betul-betullah, Kak AD,” Delila pula mengeluarkan idea.
“Umm...banyak sangat spekulasi. Macam ni la kita tunggu je sampai hujung bulan ni. Kita tengok Achik bawak balik siapa. Kalau betul dia bawak balik Aishah, jawapnya kenalah Si Aishah tu melepasi tapisan keselamatan Mak cik Kesuma Dewi. Hahaha...” gelak Kak AD. Delita dan Delila mengangguk.
“Dahlah masuk tidur. Walaupun esok ahad, tetap kena bangun awal ye adik-adikku,” arah Kak AD.
“Ala kejaplah Kak AD. Habis cerita ni kita orang tidur,” pujuk Delita.
“Ok. Nanti jangan lupa tutup TV ok?” Kak AD berlalu masuk ke biliknya.
“Ok, Kak AD,” jawap Delita dan delila serentak.
###
4:30 a.m (Jam loceng Digital di tepi Televisyen)
Pagi ni, Daim bersemangat waja bangun lebih awal dari orang lain. Mandi dan bersiap untuk menunaikan 2 rakaat Solat Tahajud serta 2 rakaat Solat Hajat. Ingin dipanjatkan hajatnya agar dipermudahkan urusannya untuk menyunting Aishah menjadi isterinya.
Daim turut mengaji sambil menunggukan azan subuh yang akan masuk pada jam 6:10 pagi. Jefry yangmendengar alunan suara Daim mengaji, mengejutkan Jefri dari lenanya.
“Jefri, bangun. Siap untuk solat,” Jefry dah melipat selimut dan bantalnya. Jefri terus bangun dan mencapai tuala yang diberikan oleh Kak Julie malam semalam.
Jefry mengemas tempat tidur mereka bertiga dan diletakkan di atas sofa. Jam menunjukkan dah jam 5:30 pagi. Usai Jefri mandi, Jefry pula mengambil alih bilik air. Jefri menepuk belakang bahu Daim. Daim berhenti dari mengaji. Di toleh dan dia senyum kepada Jefri. Jefri mebaca Yassin dan Daim menyambung bacaannya. Jefry dan Abang Tom pula dah duduk dibelakang mereka.
“Allahu Akhbar Allahu Akbar...” kedengaran azan dari surau berdekatan. Daim memberhentikan bacaanya kemudian menjawap setiap laungan azan yang berkumandang.
“Jefri, boleh tolong qamad?” arah Daim.
“Aku tak pandai qamad lagi,” Jefry bersuara sedikit sayu.
“Bukan kau tapi Megat Jufri ni ha,” aduh pening kepala aku dapat kawan nama sama ni.
Jefri melaungkan Iqamah dengan lantangnya. Daim hari volunter menjadi imam. Terasa damai lubuk hatinya dapat mengimamkan solat subuh dalam sebuah keluarga mualaf.
Usai Solat Subuh, Daim terus bersiap.
“Pojie, kau nak balik sekarang ke? Sarapanlah dulu. Akak aku nak masak Mi Gorenglah,” jengah Jefry bila dilihat Daim dah bersiap.
“Taklah. Kita baliklah tengahhari sikit. Aku nak gi cari kedai mak mertua akulah,” jawap Daim.
“Ha? Ye...ye je kau ni,” Jefry hampir tak percaya.
“Eh! Daim,nak balik dah ke? Tunggulah kejap akak buatkan sarapan,” tegur Kak Julie.
“Taklah kak. Saja je siap awal-awal. Oh ye kak, dengar kata Mak Tijah meniaga. Dia niaga apa?” soal Daim.
“Kak Tijah? Dia niaga Nasi Lemak, kuih muih dekat depan taman ni je. Nasi Lemak dia sedap,” puji Kak Julie.
“Ye kak? Umm takpe. Akak masak Mi Goreng sikit je sudah. Tekak terasa nak makan Nasi Lemaklah pulak,” tipu Daim. Nak menipu sunatlah katakan. Hehehe...
“Pulak? Umm...yelah. Tau jalankan?” soal Kak Julie.
“Depan tu kan? Insyallah tau. Jom Jefry kembar tak bersaudar kita pergi beli Nasi Lemak Mak Tijah kat gerai kat depan,” ajak Daim.
“Daim, nak beli tu mintak 3 tak payah letak sambal. Budak bertiga tu bukan makan pedas,” pinta Kak Julie.
“Ok. Jom kawan-kawan,” Daim dah menarik lengan Jefri dan Jefry mengikutnya.
“Oi! Kau ni nak gi kenal 'mak mertua' kau tu pergilah kenal sorang-sorang. Heret kita orang sekali buat apa?” Jefri membetulkan kolar bajunya.
“Ha'alah. Aku pun tak sempat nak tukar baju tau,” Jefry masih memakai pakaian semasa Solat Subuh tadi.
“Alah, sajalah aku ajak korang. Taklah menunjuk sangat aku ni terdesak nak kenal dengan Aishah. Hidup kena pandai berpura-pura, beb. Hehehe,” ketawa Daim.
“Kau ni memang. Dah agak dah. Kira kitaorang ni kambing hitam kaulah kan?”
“Mana ada kambing hitam. Korang ni dengan aku, aku cerah sikit je. Alah. ni masa pun kawan tolong kawan,” pujuk Daim.
“Hoi!” satu suara dari arah padang permainan.
“Siapa pulak pagi-pagi buta test suara ni?” Jefri memekik kepada suara dari arah padang.
“Kamarul,” bisik Jefry pada kawan-kawannya.
“Apa lagilah mamat sekor ni nak?” Daim terasa malas nak melayan bila Kamarul keluar dari tempat persembunyiannya. Jefri dah memeluk tubuhnya.
“Kau ingat kau dah berjaya ke pikat Aishah ke?” soal Kamarul yang semakin maju kehadapan.
“Kau tengah cakap dengan kami ke?” soal Jefry yang sengaja nak bikin panas line. Kelihatan muka Kamarul menahan marah tapi kemudian tersenyum.
“Hahaha... korang jangan ingat korang dah berjaya dapatkan nombor telefon Aishah, korang dah kira terror habis. Korang dah berjaya pikat Aishah. Aishah hanya untuk aku,” Kamarul kemudian terus berlalu dari situ.
“Alah! Sikit pun tak heran. Kita tengok je siapa yang Aishah pilih. Antara kau atau Daim,” back up Jefri pula. Melopong mulut Daim.
“Hahaha... mimpi je lah,” sempat Kamarul menoleh dan mengelakkan mereka. Terbakar rasanya hati Jefry.
“Pojie, aku terasa nak belasah je Si Kamarul ni. Ingat dia hebat sangat ke? Takde maknanya. Menyakitkan hati adalah. Pojie, kau kena make sure Aishah jadi milik kau. Kesian aku dengan Aishah kalau dia dapat suami perangai macam tu,” Jefri meluahkan ketidakpuasan hatinya sambil jari telunjuk di tunjuk ke arah Kamarul.
Relaks, bro. Aku nak pikat Aishah ni pun, niat dah tersongsang tau tak? Lagi teruk kalau Aishah tau hal ni. Lagi tak guna jadi suami dia tau,” Daim terasa bersalah pula dengan niat dia nak memikat Aishah. Tapikan, Daim memang dah berkenan dengan Aishah bukan dari sebab nak dijadikan menantu Mak Cik Kesuma Dewi je, malah disebabkan oleh keperibadiaan Aishah yang menawan hatinya.
“Tapi kau lebih layak jadi suami Aishah. Aku tengok kau memang dah elok sangat dengan Aishah. Solat kau jaga. Mengaji pun pandai. Kau budak sekolah agama ke?” soalan Jefry membuatkan Daim memandangnya. Apahal pula? Apa kena mengena kisah antara aku ni sekolah agama dengan kisah aku nak memikat Aishah?
“Apa punya soalanlah. Kau ni kan, Jefry suka bagi soalan killer kan?Apa kena mengena kisah antara aku ni budak sekolah agama ke tak dengan kisah aku nak memikat Aishah? ” soal Daim pula. Jefri dah gelak dah.
“Alah, jawap je la,” paksa Jefry.
“Pojie, layankan je. Kang merajuk pulak pak cik ni,” Jefri cuba menahan tawanya.
“Aku sekolah biasa je lah. Aku belajar mengaji dengan sorang ustazah ni namanya Umi Jah. Petang aku sekolah agama kat sekolah agama rakyat nun. Arwah abah aku memang straight sikit dengan ilmu agama ni. Kalau tinggal solat memang siaplah kaki ni kena libas. Dari umur aku 5 tahun lagi memang aku dah belajar solat, mengaji. Angah aku je yang study sekolah agama penuh. Sambung belajar pun kat UIAM. Aku ni study dekat UTM Skudai je,” cerita Daim panjang lebar.
Borak punya borak punya borak tak sangka akhirnya sampai juga Daim, Jefri dan Jefry di depan gerai Mak Tijah.
“Fuyoh! Banyaknya orang,” memuncung Jefri bercakap.
“Bukan banyaklah tapi ramai. Apalah kosa kata kau ni tunggang langgang,” tegur Jefry.
“Alah, tak kisahlah. Pojie, macam mana ni?” Jefri menyoal Daim yang seolah-olah taksub dengan keramaian orang di gerai Mak Tijah.
“Umm...que je la,” akhirnya itu jawapan Daim selepas berfikir sejenak.
Daim melangkah mendahului rakan-rakannya. Tapi beberapa langkah kemudian langkahnya berhenti. Terdorong ke depan Daim bila Jefri merempuhnya dari belakang.
“Aduh! Kau apahal pulak tiba-tiba berhenti ni?” soal Jefri sambil mengosok hidungnya. Sakit yang bukan kepalang sangat pun.
“Tu. Aishah,” Jefri dan Jefry memandang kepada orang yang disebut Daim.
“Dah tu?” Jefry memandang Daim.
“Aku nervouslah,” jawapan Daim mengundang ketawa rakanya.
“Apalah? Tadi bukan main beria lagi mengajak. Dah sampai sini. Dah nampak mata air. Dah nampak buah hati terus nervous? Tadi bukan main hero lagi. Nak pergi gerai mak mertua bagai,” perli Jefry.
“Sejak bila pulak dalam hati kau ada taman ni? Dah jom. Kang lagi ramai yang beratur kang langsung tak dapat nak makan nasi lemak mak mertua kau,” Jefri menarik lengan Daim. Daim hanya menurut.
Mereka bertiga beratur menunggu giliran. Dah macam tunggu giliran kat kantin pula lagaknya. Lama juga beraturnya. Mak Tijah ni bukan jual nasi Lemak je, kuih muih pun dia jual jugak. Mi Goreng, Bihun Goreng, Lontong pun ada. Mak Tijah menjaga gerai Nasi Lemak. Aishah pula menjaga gerai kuih muih. Nampak sangat maju gerai Mak Tijah sampai terpaksa buka dua gerai sekali. Hebat!
Daim dari tadi asyik memerhatikan Aishah meniaga sambil di usik oleh Kamarul. Nampak sangat Aishah tak selesa. Nampak sangat Aishah tak suka dengan cara Kamarul yang dari tadi menganggunya. Mak Tijah pula nak menoleh kepada Aishah pun tak dapat. Tak menang tangan dia membungkus Nasi Lemak.
“Kamarul, boleh tak jangan ganggu saya?” terdengar suara emas Aishah terkuat sedikit dari biasa memarahi Kamarul.
“Nak kacau jugak. Hahaha...makin marah makin manislah, Aishah ni,” Kamarul cuba menyentuh dagu Aishah. Tapi Aishah lebih tangkas menapis dengan spatula.
“Garangnya, Aishah ni. Kalau Aishah pilih abang, Aishah tak payah susah-susah nak kerja macam ni,” tambah Kamarul lagi.
“Membantu mak dengan abah kita atas sebab nawaitu yang ikhlas, Allah bayar dengan harga pahala yang tak terkira tau. Kamarul, apa kata awak pun pergi balik tolong mak awak tu. Jangan ganggu saya. Kalau tidak...” Aishah menunjukkan spatula kepada Kamarul.
“Kalau tidak apa?” Kamarul bertindak menahan spatula berkenaan. Terkejut Aishah.
Daim mencuit Jefry. Ditunjuk ke arah Aishah dan Kamarul.
“Jefri, kau que sini yerk? Aku nak gi beli kuih kejap,” arah Daim.
Jefri memandang gerai Aishah, “ Yelah. Faham sangat,”
Daim dan Jefry terus menapak ke gerai sebelah.
“Assalamualaikum, Aishah,” sapa Jefry.
Aishah mencuba untuk merampas spatula di tangan Kamarul. Mata Kamarul dan Daim saling berpandangan. Macam akan ada aura dragon ball yang akan keluar. Kamarul semakin mengeratkan pegangannya.
“Ni kuih apa ye?” soal Jefry sambil menyiku Daim. Tersentak Daim. Matanya kemudian memandang kuih muih yang ada.
“Tu kuih Puteri Ayu,” jawap Aishah sesaat. Dalam hatinya dah berdebar yang amat bila melihatkan Daim muncul di gerainya.
“Ni kuih apa pulak?” soal Jefry lagi.
“Kuih Seri Muka,” jawap Aishah yang memberikan spatula yang lain kepada Jefry.
“Yang ni pulak?” Jefry masih bertanya.
“Yang tu...”
“Woi! Beli je lah lepas tu blah. Sibuk nak bertanya-tanya,” tiba-tiba Kamarul meninggikan suara. Aishah dah menutup telinganya. Suara yang cukup kuat, sampai Mak Tijah pun beralih ke gerai sebelah.         
“Suka akulah nak tanya dulu baru beli. Kau panas apasal?” Jefry pun meninggikan suaranya.
“Nape ni?” soal Mak Tijah.
“Takde apa mak cik. Selisih faham sikit tentang nama kuih,” cover Daim. Janganlah nak gaduh-gaduh ni. Tak larat nak layan.
“Ha? Name kuih pun kome boleh jadi ruper ini ke?” soal Mak Tijah lagi.
“Ha'a. Kamarul cakap ni Kuih Tingkat. Jefry pula cakap ni Kuih Flat. Aishah dah cakap ni Kuih Lapis tapi diaorang tak percaya,” Aishah pula bersuara walaupun sedikit gagap.
“Ha, betui le ini Kuih Lapis. Yang itu, Lepat Pisang, Pulut Manis, Pulut Panggang dengan Cucuk Badak. Yang ini pula, Karipap Sardin dengan Kentang. Tu ha, Kuih Seri Muka, Puteri Ayu dengan Popia Basah,” hamik kau, habis semua kuih Mak Tijah perkenalkan.
Daim hanya mengannguk je. Jefry pula cuba menahan marah. Tapi Kamarul tiba-tiba me'lempang' gerai Mak Tijah. Terkejut mereka dengan tindakan Kamarul.
“Kau menang. Tapi jangan ingat kau boleh terlepas,” Kamarul sempat memberikan amaran kepada Daim.
“Allah sentiasa membantu hambanya yang teranaya,” hanya itu yang keluar dari mulut Daim. Kamarul sekali lagi merengus kasar sebelum pergi.
“Nape, Kamarul tu? Aishah kan mak dah pesan, jangan dilayan Kamarul tu. Perangai kalau elok tak mengape le. Ini idok ruper ape je perangainya,” Daim tengok Mak Tijah membebel saling tak tumpah seperti Maknya.
Tiba-tiba terasa rindu pulak dengan Mak Cik Kesuma Dewi. Nak je rasa balik sekarang ke Tambun. Tapi bila dikenangkan tak cukup masa nak mencari calon menantu untuk maknya, terpaksalah Daim pendamkan dulu rindunya. Aishah pula hanya tunduk menyepi.
“Udoh le, mak nak membungkuih Nasi Lemak,” Mak Tijah terus beralih ke gerai Nasi Lemaknya.
“Aishah, awak bagi saya kuih Karipap ni 2 ringggit kemudian Kuih Puteri Ayu ni pun 2 ringgit,” pinta Daim.
Aishah membungkus sepertimana yang diminta. Kemudian menyerahkan kepada Daim. Tak sanggup rasanya Aishah bertentang mata dengan Daim.
“Aishah, awak janganlah ambil hati dengan cakap-cakap mak awak tu. Biasanya seorang mak ni kata-katanya adalah nasihat bukan teguran. Saya minta diri dulu ye?” Daim menyambut plastik kuih yang diberikan oleh Aishah.
“Daim, terima kasih ye?” ayat yang keluar dari mulut Aishah hanya disambut dengan senyuman oleh Daim.
Daim kembali beratur di gerai Nasi Lemak Mak Tijah. Dah sampai giliran Jefri.
“Nah! Hari ni Mak cik belanjer. Terime kasih le ye nolong bantu Aishah tadi. Mak cik tau beno perangai Si Kamarul tu. Tak dapat terime hakikat pinangannya di tolak. Mak cik pun memang le idok bekenan langsung dengan Kamarul tu. Nama je belajo pandai. Koje beso tapi akai tak beso mane pun,” cerita Mak Tijah.
“Apa koje Si Kamarul tu, mak cik?” soal Daim
“Cikgu jugok. Tapi ngajo sekoloh rendoh. Aishah ngajo sekolohmenengoh,”
“Habis tu sebabkan Kamarul ngajo sekoloh rendoh le mak cik tak terime pinangan dia?” soal Daim lagi.
“Idok le. Mak cik tak kisoh pun. Bukan nak memilih beno. Tapi perangai, idok ruper cikgu. Ikutkan sangat perangai keanakan bongsunya tu. Panas baran. Getik mak cik. Kalau nak buat suami tu bior le yang elok. Elok Aishah tu sihat langsung lonyo. Takmo le mak cik,” cerita Mak Tijah.
“Oooo...” panjang 'O' Daim dan rakannya.
Selepas mengucapkan terima kasih kepada Mak Tijah, diaorang pun terus berlalu balik. Masing-masing melayankan morning blues.
“Pojie, kau adalah calon terbaik. Baik kau berusaha dengan lebih gigih,” tiba-tiba Jefri memecahkan kesunyian.
“Ish! Kau ni. Terperanjat aku tau. Baru je berangan naik pelamin dengan Aishah tau. Habis pelamin anganku musnah,” Daim kemudinnya nyanyi lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie.
“Wah! Awal giler dah berangan kau ni. Aduh, parah kawan aku ni,” Jefry dah memicit-micit kepalanya yang tak sakit.
“Hehehe...berangan je. Bukan kena bayor pun,” sengih Daim.
“Hailah, Pojie, Pojie,” Jefri pun dah mengeling-gelingkan kepalanya.
Sampai je di rumah, Kak Julie dah siap masak Mi Goreng. Harum semerbak baunya sampai di luar rumah.
“Ummm....sedapnya bau. Jom masuk cepat. Aku dah lapo ni,” Daim terus menyerbu masuk ke dalam rumah.
Sekali, gedegang...bergegar segala isi rumah gara-gara Daim merempuh sliding door. Terperanjat Kak Julie dari dalam rumah.
“Aduh! Sakitnya,” meraung Daim bila dia melantun terlentang atas tanah. Memang kuat momentum yang dilakukan oleh Daim. Jefri dan Jefry yang membantu Daim untuk duduk dah tergelak mengenangkan rakannya yang sorang ni.
“Daim, kamu ok tak?” Kak Julie terus menerpa ke arah Daim.
Daim hanya membatu.
“Macam manalah kamu boleh langar pintu ni?” soal Kak Julie lagi.
“Mane saya perasan akak tutup sliding door ni. Nampak jernih je tadi. Tu saya main terpa je,” cerita Daim dalam sakit-sakit kepalanya. Mai aii...benjollah pulak. Jendollah aku 3 hari macam ni.
“Akak tutup sebab takmo budak-budak ni keluar. Ni boleh bangun tak?” Daim hanya mengangguk.
“Orang keballah katakan. Hahaha...”gelak Jefry.
“Diamlah korang,” tengking Daim.

No comments: