~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Monday, January 10, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 8


Bab 8



“Chu, kau rasa mak betul-betul ke nak jodohkan Achik dengan Kak Dhia?” Delila membuka bicara selepas selesai solat Isyak. Delita yang sedang 'bercuti' solat segera menoleh ke arah Delila. Dilepaskan pen di tangan.

“Serius kot. Mak macam betul-betul suka je dengan Kak Dhia,” balas Delita.

“Ada pula main kot-kot. Kau suka Kak Dhia?” soal Delila sambil melipat telekungnya.

“Suka. Kau?” soal Delita pula.

“Suka juga. Kenapa kau suka dia?” soal Delila lagi.

“Sebab Kak Dhia tu cantik, sopan, soft spoken dan paling penting dia pernah selamatkan mak,” jawap Delita.

“Kak Dhia tu pun pandai masak. Kau rasa tak bubur Kak Dhia masak malam tu? Angah sampai menambah 2 mangkuk tau. Tahap kesedapan tak hengat,” sambung Delita sambil memcium ibu jari dan cari telunjuknya tanda tersangatlah best dengan masakan Kak Dhia.

“Ha'a Chu, aku sokong gila. Bukan Angah je yang menambah 2 mangkuk, kau pun samakan? Siap gaduh lagi dengan Angah kan? Tak boleh blah masa korang berlari satu rumah disebabkan mangkuk terakhir bubur Kak Dhia. Sia-sia je kena pial telinga dengan Kak AD dan Kak Lin. Merajuk semalaman Kak Lin dengan Angah. Hahaha...” Delila ketawa kuat di ikuti Delita.

“Ha'a mak sakit dalam bilik kita baik punya rebut bubur semangkuk. Hahaha...” ketawa Delita lagi.

“Kaulah. Aku tak. Aku budak baik,” Delila membalas sambil masih terus ketawa.

“Eleh, baiklah sangat. Padahal kau pun sama teringinkan mangkuk terakhir tu kan? Padankan kau kena picit kaki mak je kau tak join kami sekali. Cakap jelah dik. Kau tu kembar aku. Kau sakit aku pun sakit. Kau geram aku pun geram. Aku dapat rasalah,” Delita mempertahankan dirinya. Mereka terus bertekak dan bertekak sampailah Kak AD masuk ke bilik lepas bergayut dengan buah hatinya, Dr. Aiman.

“Woi! Apa bising-bising ni? Suara dengar sampai kat luar,” Kak AD terus melabuhkan pinggungnya di sebelah Delita.

“Tak ada apa Kak AD. Tengah bincang pasal Kak Dhia,” jawap Delila.

“Ha, Kak AD, nak tanya ni. Akak suka tak dengan Kak Dhia?” soal Delita sambil bersila mengadap Kak AD. Kak AD mengurut dagunya yang tak berjanggut sambil mata di kenyetkan ke langit konon-konon sedang berfikir.

“Umm...bolehlah. Kenapa?” balas Kak AD akhirnya.

“Kita orang suka dia dan Chu sokong kalau mak nak jodohkan Kak Dhia dengan Achik. Kak AD pula?” Delita menyoal lagi.

“Adik pun sokong,” celah Delila sambil mengangkat tangannya.

“Akak tak ada masalah. Akak ok je. Dhia tu pun akak tengok ikhlas dia tolong mak hari tu. Mandikan mak, kemas muntah mak, masakkan mak bubur yang akhirnya jadi rebutan kau dengan Angah,” jawap Kak AD sambil menyentuh hidung mancung Delita. Kak AD sebenarnya dah lama dah sokong dengan keputusan Mak Cik Kesuma Dewi cuma malas nak bising-bising je.

“Hahaha...Kak AD pun ingat lagi ke kisah malam tu?” soal Delila sambil ketawa besar.

“Ingatlah! Mau tak ingat. Koranglah. Buat lawak je pusing satu rumah sebabkan mangkuk terakhir bubur tu. Tapi akak memang akuilah memang sedap pun bubur tu,” puji Kak AD.

“Hahaha...” mereka terus ketawa dan ketawa mengenangkan kisah malam tu.

###

“Angah, mana aci kau habiskan semua. Bak mai lah sini sikit,” tercungap Delita mengejar Abang Dani. Kak Lin dan Kak AD pandang macam nak makan orang je masa tu. Delila awal-awal lagi lepas dapat semangkuk bubur terus picit kaki Mak Cik Kesuma Dewi atas arahan Mam Besar, Kak AD.

“Apa ni? Kejar-kejar ni. Dah tak dapat tu sudahlah,” Abang Dani masih berlari keliling ruang tamu sambil membawa semangkuk bubur yang terakhir.

“Woi! Korang ni macam budak-budaklah,” jerit Kak AD sambil mencekak pingangnya yang kerengke. Tersentak diaorang. Terus tak jadi nak sambung lari lagi.

“Kau ni kan Angah, sebagai abang tak retilah nak beransur dengan adikkan?” dipialnya telinga kanan Abang Dani.

“Sedap sangat ke bubur tu, Bang? Sampai berebut dengan Delita?” Kak Lin pula memial telinga kiri Abang Dani. Menjerit kecil Abang Dani kena pial telinga dengan Kak AD dan Kak Lin.

“Aaaa....aduh! Sakitlah. Bubur ni memang sedap pun. Sayang nak lepaskan,” Abang Dani masih setia memegang mangkuk bubur terakhir. Delita awal-awal lagi dah mengijak ke tepi. Kak AD kalau dah 'naik sheikh' memang susah nak kawal.

Tiba-tiba Kak Lin melepaskan tangannya dari terus memial telinga suaminya dan terus berlalu ke biliknya. Dihempas pintunya sedikit, kemudian terus landing atas katil. Kecil hatinya dengan perangai Abang Dani. Datangkan pendiam pendiam yang amat. Datangkan kepoh riuh sekampung. Dia tahulah dia masih tak pandai masak lauk-lauk melayu tapi dia sedang berusaha apa?

“Tengok Angah, Kak Lin dah merajuk. Sebab semangkuk bubur sampai merajuk Kak Lin. Pergi pujuk Kak Lin sekarang,” arah Kak AD. Abang Dani hanya menurut. Kak AD ni ibarat mak nombor 2. Memang kalau melawan kenalah penangan bebel dari pagi bawa ke petang.

“Mangkuk bubur tu bak sini bagi Dahlia,” Abang Dani hanya tersenyum. Tahulah pula minah ni aku bawa sekali bubur ni.

“Nah!” Abang Dani menyerahkan mangkuk bubur kepada Kak AD dengan berat hati.

“Lepaskanlah...” Abang Dani masih memegang erat mangkuk bubur tadi. Macam main tarik tali je Delita tengok antara Kak AD dengan Abang Dani. Akhirnya terpaksa juga Abang Dani lepaskan mangkuk bubur tu selepas Kak AD tendang tulang kering Abang Dani.

Kak AD pandang dengan penuh kerek, “Apa pandang-pandang? Jalan daa...”

Abang Dani dengan kaki terhencut-hencut masuk ke bilik. Terdengar esakan kecil Kak Lin. Alamak bini aku dah nangislah pula.

“Lin, sorry ye? Abang minta maaf,” lembut Abang Dani bertutur selepas memparkirkan pinggungnya disisi Kak Lin. Kak Lin menjarakkan diri sedikit. Abang Dani rapatkan jarak. Kak Lin jarak lagi. Abang Dani rapat lagi. Sampailah akhirnya, gedebuk Kak Lin jatuh katil. Sekali dengan selimut, selimut bungkus Kak Lin. Abang Dani pun nyaris nak jatuh sama.

“Aduh! Sakitnya bontot,” jerit Kak Lin.

“Lin, awak ok tak?” Abang Dani dah ke lantai nak mengangkat Kak Lin.

“Tu la lawan lagi suami, kan dah jadi macam ni? Tengok siapa yang susah? Abang juga,” Abang Dani menyambung sambil cuba nak angkat Kak Lin.

“Sanalah!” tepis Kak Lin.

“Amboi! Dah jatuh pun stay nak marah lagi? Tak takut derhaka ke?” ugut Abang Dani.

“Tak,” dijawap sekali sambil mengurut pinggulnya.

“Amboi! Nak jadi Dahlia ke? Mak tiri nombor 2? tak cium bau syurga isteri yang melawan suami, derhaka pada suami tak ikut cakap suami. Awak nak ke?” ugut Abang Dani lagi.

Pantas Kak Lin mengeleng.

“Kalau tak mau, meh sini abang tolong,” Abang Dani pun memimpin Kak Lin. Senang sangat nak pujuk Kak Lin. Cakap sikit je pasal derhaka sure Kak Lin taubat nasuha tak buat lagi. Hai Abang Dani, mentang-mentanglah Kak Lin ni mualaf senang-senang je kau nak kenakan dia kan? Hai...

“Abang minta maaf ok?” Abang Dani merangkul bahu Kak Lin.

“Abang bukan sengaja nak kecilkan hati Lin yang sememangnya kecil,” Kak Lin menampar lengan Abang Dani. Abang Dani hanya ketawa.

“Hati memanglah kecil. Kalau besar susahlah nak bawa,” sempat Kak Lin balas balik.

“Hehehe...ok sorry ok? Bubur tu memang sedap. Tapi kalau Lin yang buat lagi sedap. Kalau Lin buat sure abang lari pusing satu kampung pula,” ketawa Kak Lin dengar ayat suaminya.

“Ha macam tulah. Kan manis ketawa macam ni. Abang minta maaf ok?” Kak Lin hanya mengannguk.

###

“Mak, kakak ada benda nak cakap dengan mak sikit,” tersipu-sipu Kak AD dihujung dapur.

“Mak pun ada nak cakap sikit ni,” Mak Cik Kesuma Dewi mem

sekilas kemudian ligat menyiang ikan kembali.

“Ha? Umm...mak lah cakap dulu. Kemudian baru kakak pula cakap,” putus Kak AD. Dalam hatinya dah macam-macam rasa yang ada. Apa pula mak nak cakap ni?

“Esok kamu kerja ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.

“Esok? Umm...kerja. Tapi shift malam, mak. Lusa kakak cuti. Kenapa mak?” jawap Kak AD.

“Oh ye ke? Tak ada apa-apa. Along kamu balik esok. Ingat nak masak laksa. Dah kamu kerja lusalah jawapnya,” balas Mak Cik Kesuma Dewi. Sebenarnya dalam fikiran orang tua ni dah merancang macam-macam agenda. Memang sengaja je dia tanya Kak AD kerja shift apa padahal bukan Kak AD tak beritahu dia sebelum ni.

“Ye ke mak? Bestnya. Lama dah tak jumpa Muaz. Mesti lagi comel budak tu kan mak?” suka Kak AD bila mengenangkan nak bermain dengan anak Abang Daiz, Si Muaz yang baru 4 tahun tapi cakap pun pelat lagi. Badan dia kus semangat mak cik.

“Muaz. Kamu tahu je la Dahlia,” Kak AD dah ketawa kecil. Tau sangat dah. Muaz ni suka suruh orang dukung dia yang berat bertan-tan tu.

“Ha tadi kata ada nak cakap. Apanya?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.

“Umm...apa yerk? Alamak dah hilang ingatan dah. Dalam kepala ingat Muaz je mak. Nantilah kakak ingat, kakak cakap dengan mak. Ok?” Kak AD mengaru kepalanya.

“Ish...Dahlia...Dahlia...” Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengelengkan kepala.



###

Menginjak petang sikit, Mak Cik Kesuma Dewi dail nombor telefon Dr. Aiman. Sewaktu Kak AD dalam perjalanan ke hospital.

“Assalamualaikum...” pembuka kata Mak Cik Kesuma Dewi.

“Wa'alaikumsalam, mak cik. Apa khabar? Sihat?” ramah Dr. Aiman.

“Baik. Alhamdullilah,” balas Mak Cik Kesuma Dewi berbahasa basi.

“Ada apa boleh saya tolong, mak cik?” soal Dr. Aiman.

“Ada. Ni mak cik nak tanya sikit ni. Jangan marah ye?” pinta Mak Cik Kesuma Dewi.

“Ish. Tak tahu soalan macam mana nak tahu nak marah ke tak. Ha cakaplah mak cik. Apa dia?” soal Dr. Aiman.

“Mak cik tanya ye?” soal Mak Cik Kesuma dewi lagi.

“Silakan mak cik,” balas Dr. Aiman. Formallah pula bakal mak mertua aku ni.

“Macam ni. Esok petang kamu kerja ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.

“Esok? Esok sampai tulat saya cuti mak cik. Kenapa mak cik?” soalan dijawap soalan.

“Tak ada, esok nak jemput kamu ke rumah. Jemput minum petang tapi Dahlia tak dapat nak ikut sama. Kerja shift malam katanya.” balas Mak Cik Kesuma Dewi.

“Oh nak jemput minum petang? Boleh, boleh. Apa salahnya,” balas Dr. Aiman.

“Tak apa ke kalau tak ada Dahlia?” soal Mak Cik Kesuma Dewi lagi.

“Tak apa punya. Lagi pun bosan juga duk sorang kat rumah esok,” balas Dr. Aiman.

“Ye ke ni?” Mak Cik Kesuma Dewi meminta kepastian.

“Ok je mak cik. Tak ada hal pun. Lagi pun rindu juga dengan air tangan mak cik,” ayat Dr. Aiman.

“Iye le tu. Kalau macam tu nanti jemputlah ke rumah, dalam lepas zohor ke?” balas Mak Cik Kesuma Dewi.

“Ok. Oh ye mak cik, Dahlia ada cakap apa-apa dengan mak cik?” tanya Dr. Aiman.

“Tak ada pula. Tapi sebelum ni ada juga Dahlia nak cakap tapi dia dah terlupa sebab teringatkan anak buah dia, Si Muaz. Anak Daiz,” Mak Cik Kesuma Dewi memegang kepala lutunya tiba-tiba terasa sengal pula lepas berkebun tadi.

“Oh ye ke? Umm...macam ni mak cik, saya nak minta izin nak bawa Dahlia balik Tumpat dalam cuti sabtu ahad ni. Nak bawa jumpa dengan mama dan papa saya. Boleh ke?”

“Agaknya benda tu le dia nak cakap gamaknya. Boleh tak jadi masalah tapi jaga anak mak cik tu baik-baik. Nak pergi naik apa nanti?”

“Naik flight mak cik. Kereta saya masuk workshop sebab ada orang langar belakang kereta saya 2 hari lepas,” beritahu Dr. Aiman.

“Ya Allah, macam manalah boleh kena macam tu? Kamu ada luka-luka ke?” soal Mak Cik Kesuma Dewi, panik.

“Mujur saya tak ada dalam kereta masa tu. Hari tu, saya nak pergi cucuk duit dekat bank. Saya pun parking kereta depan bank. Belum sempat masuk dalam bank tiba-tiba ada kereta bam kereta saya dari belakang. Teruk juga mak cik sebab kereta tu reverse laju juga. Tu yang berlangar dengan kereta saya tu. Kereta tu pun teruk juga rosaknya. Ni hantar ke workshop ni pun claim atas insurance dialah,” cerita Dr. Aiman bersungguh-sungguh.

“Syukur Alhamdullilah. Lega hati mak cik. Dahlia tak cerita apa pula pada mak cik tu yang tak tahu,” Mak Cik Kesuma Dewi mengurut dadanya.

“Dahlia tak tahu pun mak cik. Umm...mak cik jangan beritahu pada dia ye?” pinta Dr. Aiman.

“Ha iyelah. Oklah lama dah bercakap ni. Mak cik tak solat lagi ni. Ha esok jangan lupa ye?” ingat Mak Cik Kesuma Dewi.

“Ok mak cik. Assalamualaikum...” salam Dr. Aiman di sahut Mak Cik Kesuma Dewi.

Semalam sebelum rancangan ni dibuat, Dhia ada telefon beritahu kepada Mak Cik Kesuma Dewi yang dia ada di Ipoh sekarang, sebab nak ambil kain yang ditempah dengan Chu Eida. Mak Cik Kesuma Dewi terus jemput Dhia dan Chu Eida minum petang di rumahnya. Kebetulan Abang Daiz sekeluarga balik ke kampung. Dhia terus setuju sebab Chu Eida pun nak hantar kain yang Mak Cik Kesuma Dewi tempah lebih sebulan lepas. Tersengih Mak Cik Kesuma Dewi petang semalam. Terus di jerit nama Kak Mila depan rumah bercerita tentang hal ni. Siap pakat lagi nak suruh Kak Mila tolong tengok-tengokkan Dhia ni sesuai ke tak dengan Daim. Kak Mila ni jenis on je. Kebetulan pun cuti hari pekerja (1 Mei).

Mak Cik Kesuma Dewi merancang dengan sebaik mungkin. Kalau boleh dia tak mahu Kak AD dan Daim tahu akan rancangannya ni. Mak Cik Kesuma Dewi pun dah berpakat dengan anak-anak yang lain untuk betul-betul buat keputusan yang paling wajar kali ini. Semuanya setuju. Hai Mak Cik Kesuma Dewi, macam-macam ragam kau ye? Ada je otak Sang Kancil kau kan?

###

Maka sampailah ke harinya. 2 petang tepat tak ada lebih seminit atau kurang seminit Dr. Aiman dah tercongok depan rumah. Terkejut semua. Terkocoh-kocoh Mak Cik Kesuma Dewi keluar dari dapur sambil menyensing lengan baju sampai ke siku. Dr. Aiman tengok Mak Cik Kesuma Dewi lagak seperti mahu menerkamnya, terus dia berlindung belakang Muaz yang kemetot tu.

Petang tu, Dr. Aiman sampai lebih awal dari jangkaan. Kata Dr. Aiman, dia menumpang kawan serumahnya, Dr. Malik yang kebetulan nak balik kampung di Kedah. Kebetulan sehala tu yang Dr. Aiman minta tumpangkan.

Bila Dr. Aiman, Abang Daiz, Abang Dani dan suami Kak Mila, abang … dah berkumpul macam-macam cerita yang keluar. Dari isu semasa sampailah ke isu sukan kegemaran kaum lelaki, BOLA SEPAK. Nyaring ketawa masing-masing kedengaran. Riuh betul rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Macam dekat pasar je dah. Kaum Wanita sibuk bertungkus lumus di dapur, anak-anak bermain terkejar sana terkejar sini kaum lelaki pula gila berborak. Sekali tengok macam nak sambut hari raya pun ada.

Dalam jam 4 petang, Dhia dan Chu Eida sekeluarga pun sampai di rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Abang Daiz yang menyambutnya. Ni mesti calon menantu mak untuk Daim ni. Boleh tahan. Tinggi juga taste mak aku ni. Getus hati Abang Daiz. Mereka yang lelaki menyalam suami Chu Eida, Pak Su Shafie. Delita yang kebetulan mengintai di tangga dapur terus menjerit Mak Cik Kesuma Dewi. Terpelanting dulang yang Mak Cik Kesuma Dewi. Tak pasal-pasal Delita kena bebel dengan Mak Cik Kesuma Dewi, free pula tu. Delita hanya sengih. Mak Cik Kesuma Dewi terus berlalu ke ruang depan rumah.

“Ha. Sampai pun juga kome ye? Ingat tak datang tadi,” Mak Cik Kesuma Dewi menyalam tangan Chu Eida dan Dhia.

“Ish! Dah janjikan? Mesti le sampai,” Chu Eida menepuk lengan Mak Cik Kesuma Dewi sekali. Dhia hanya tersenyum.

Dhia menyalam Kak Diana, Kak Lin, Delita dan Delila. Anak-anak Abang Daiz pun beratur nak salam dengan 'bakal mak cik baru' diaorang. Selepas menyalam mereka semua, Dhia memandang ke sekeliling. Matanya tertangkap ke arah Dr. Aiman. Eh seperti pernahku lihat lelaki ini, tapi di mana ye? Muka macam familiar je. Anak lelaki bongsu Mak Cik Kesuma Dewi ke? Si Daim tu? Eh tak mungkin kot, tak ada rupa macam yang lain pun. Muka macam anak mamak je. Anak-anak Mak Cik Kesuma Dewi semua muka ala-ala anak jepun je aku tengok. Kecuali Delita sebab dia gelap sikit. Tu pun bersebabkan dia aktif sukan. Kalau tak, mahu cerah macam yang lain juga. Aaaarrrggghhhh...Siapa lelaki ni? Jerit hati Dhia.

Dr. Aiman pun memandang Dhia semacam. Seperti pernah dilihat wanita itu sebelum ini. Macam seseorang yang pernah rapat dengan sesorang. Siapa yerk? Dia ni macam... Ah dah ingat dah. Bekas awek Bob. Fuyoh bukan makin lawalah pula sekarang ni. Dulu selekeh je sekarang dah cun wooo... kulit pun dah cantik dah. Kalau Bob tengok meleleh air liur. Getus hati Dr. Aiman sambil tersenyum seorang diri. Dhia memandang Dr. Aiman seolah-olah watak yang amat menakutkan. Apahal lak mamat ni senyum-senyum lak ni? Aku lipat 12 kang. Dhia dah berkira-kira nak bersilat dengan Dr. Aiman kalau Dr. Aiman cuba dekat dengannya.

“Eh! Berdiri pula. Jemputlah duduk. Delila buatkan air nak,” arah Mak Cik Kesuma Dewi. Dilihatnya Dr. Aiman memandang Dhia semacam. Hai, jangan Si Aiman ni ada hati dengan Dhia sudah. Rosak program aku ni kang.

“Nah mak cik, kain yang mak cik tempah tu,” Chu Eida menghulurkan beng plastik berisi kain yang ditempah kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Hulurannya disahut oleh Mak Cik Kesuma Dewi.

“Cepat kamu siapnya. Kata 2 bulan. Ni tak sampai 2 bulan dah siapnya,” dijengah baju yang ditempahnya. Halus buatannya.

“Oh! Orang yang nak tempah baju satu family tu tak jadi nak tempah mak cik. Katanya nak beli baju siap je. Tu yang baju mak cik siap cepat tu. Cubalah tengok dulu kalau-kalau ada yang tak terjahit ke?” cerita Chu Eida sambil memangku anak kecilnya diriba. Mak Cik Kesuma Dewi pun mengeluarkan satu persatu baju dari dalam beg plastik. Diteliti baju yang Chu Eida jahit.

“Banyak baju mak tempah?” tanya Abang Daiz.

“Ish tak juga. Ada baju anak dara bertiga tu sekali,” balas Mak Cik Kesuma Dewi sambil melihat baju Delila. Cantik jahitannya. Bolehlah tempah lagi kalau macam ni. Tak lama lepas tu, Delila muncul dengan seteko air teh tarik ke ruang tamu bersama-sama sepinggan cucur bawang. Di suruhnya Delita dan Delila mencuba baju masing-masing. Dua-dua akur. Kak Lin menuangkan air kedalam cawan yang dibawa oleh Kak Diana.

“Ni menantu-menantu saya, Diana dan Lin. Isteri kepada Daiz dan Dani” Mak Cik Kesuma Dewi memperkenalkan menantunya kepada Chu Eida sekeluarga. Kak Diana dan Kak Lin hanya tersenyum kepada Chu Eida.

“Oh menantu, ingatkan anak tadi. Elok tersusun ye?” tanya Chu Eida. Pedih hati Kak Diana dan Kak Lin. Ingat mak bapak kami tak pandai nak ajar kami ke? Getus hati Kak Diana.

“Ish menantu ni. Tapi dah angap macam anak-anak je dah. Tak betul kita tegur. Betul kita puji,” cerita Mak Cik Kesuma Dewi sambil mengusap belakang bahu Kak Diana. Dia tahu Kak Diana dan Kak Lin terasa. Kak Diana hanya tersenyum. Nasiblah mak mertua aku ni pandai ambil hati.

Manakala itu, mata Dr. Aiman masih memandang ke arah Dhia. Dhia yang perasaan akan mata itu, terasa macam mahu dicungkil keluar je mata Dr. Aiman. Gatal!

“Aiman nampak tak perempuan muda tu?” bisik Abang Dani. Dr. Aiman mengangguk. Mustahil dia tak perasaan. Dari tadi dia duk tengok Dhia je.

“Tu bakal adik ipar kami tu. Mak nak jodoh dengan Si Daim. Dua-dua tak tahu kisah ni. hehehe” bisik Abang Dani lagi. Terbeliak mata Dr. Aiman. Bakal biras aku le ni? Hehehe... tak lari ke mana kau, Fiyah.

Makin geram pula Dhia melihat Dr. Aiman bila dia tersengih-sengih macam tu. Memang nak makan kaki manusia sekor ni.

“Ha! Yang dua ni anak saya Daiz dan Dani. Yang sebelah tu, Dr. Aiman. Pakwenya Si Dahlia. Yang hari tu saya cerita kerja doktor tu,” berpusing kepala Dhia memandang Dr. Aiman. Kepalanya ligat memproses siapakah Dr. Aiman ni. Dan akhirnya, tegak bulu badan Dhia bila hasil pemprosesannya berhasil. Kawan Bob! Dr. Aiman masih tersenyum sumbing. Ish! Aku tampo gak jantan ni. Apahal miang sangat ni? Dulu tak macam ni pun. Geram Dhia.

“Mak, lauk dah ready,” tegur Delita.

“Ha ye. Moh la kita ke dapur,” Mak Cik Kesuma Dewi menjemput semua ke dapur. Dia jalan beriringan dengan Chu Eida. Abang Daiz mendukung Muaz. Abang Dani dengan Pak Su Tamin. Tingal Dhia dan Dr. Aiman dibelakang.

“Lama tak jumpa,” sapa Dr. Aiman.

“Ha'a,” balas Dhia ringkas.

“Kerja mana sekarang ni?” tanya Dr. Aiman.

“Cyberjaya,” jawap Dhia menandakan yang Dhia tidak mahu berbual dengan Dr. Aiman.

“Cyberjaya tu besar, celah mana? Bangunan mana? Sebagai apa?” bertubi soalan Dr. Aiman.

“Ish! kau ni banyak sangat soalan ni kenapa, Wan?” rengus Dhia.

“Hahaha...dah garang dah bekas awek Bob ni. Hahaha...” ketawa Dr. Aiman.

“Tolong jangan sebut nama dia boleh tak? Rimaslah. Kami dah tak ada kaitan apa-apa dah,” tengking Dhia pelahan.

“Ok Fie, aku tak niat nak naikkan darah kau. Tapi aku teringin nak tahu apa jadi antara kau dengan Bob. Boleh aku dapatkan nombor phone kau?” pinta Dr. Aiman.

“Tak payah! Kau bukan boleh percaya punya orang. Nanti kau bagi dengan mangkuk tu,” geram Dhia bertambah-tambah dengan Dr. Aiman.

“Marah betul kaukan, Fie. Aku tak akan bagi suka-suka nombor kau pada dia. Dia pun dah kahwin dah Fie. Dah hampir 2 tahun. Cuma belum dikurniakan anak je lagi,” tersentap hulu hati Dhia. Tak sangka betul dia kahwin dulu sebelum aku.

Tiba-tiba kisah 3 tahun lalu berputar ligat dikepala Dhia.

Kenapa Abang dah lama tak SMS Ayang?

Mesej yang ditaip subuh itu, di hantar kepada pemilik nombor, Buah Hatiku. Tak lama selepas itu, mesej berjawap.

Kan Abang dah cakap Abang dah tak ada malas dah nak SMS.

Bagai teragut jantung Dhia.

Senangnya cakap, habis Ayang ni siapa pada Abang?

Itulah mesej terakhir yang Dhia terima daripada buah hatinya. Cukup lama.berbulan-bulan. Dhia cukup sedih waktu tu ditinggalkan buat kali yang ke-5. Disangkakan bahagia hingga ke hujung hayat tapi tak sangka perpisahan ditengahan cerita. Setiap hari yang Dhia lalui dengan penuh sedih tapi tetap dikuatkan hatinya. Sejak itu juga Dhia akan memastikan dia sentiasa sibuk dari terus memikirkan tentang kekasih lamanya. Semua gambar telah dipadamkan. Nombor yang dulu diberikan nama Buah Hatiku kini telah ditukar dengan 'BOB hp'.

Keadaan berterusan hinggalah pada suatu hari dia mendapat Kad Jemputan Perkahwinan dari kakak Bob, Kak Mira. Beria Kak Mira menjemput Dhia. Sejak dari hari menerima kad itu, Dhia berbelah bagi tidak tahu sama ada mahu pergi atau tidak. Diminta pendapat dengan rakan sekerja yang lebih tua. Rata-rata mencadangkannya agar pergi dan berlagak profesional. Fikirkan tentang kakaknya bukan dirinya. Berhari-hari juga Dhia berfikir sebelum akhirnya dia membuat keputusan untuk turut hadir memeriahkan suasana kenduri.

Tibalah hari yang ditunggu. Majlis Perkahwinan Kak Mira. Berdebar-debar hati Dhia. Macamlah dia yang bernikah hari ni. Perut dia pun rasa tak sedap. Terasa nak buang air besar pun ada. Paling ditakuti kalau dia terserempak dengan Bob. Tidak tahu reaksi apa yang akan dilakukannya. Menangis? Terkejut? Buat-buat relaks walhal dalam hati dah macam-macam rasa yang ada. Sampai di rumah Kak Mira, dengupan jantung makin kuat dirasai. Semakin kuat juga Dhia berdoa didalam hati.

“Assalamualaikum, Kak Mira. Selamat Pengantin Baru,” disalami pengantin baru, Kak Mira.

“Wa'alaikumsalam. Eh! Fieyah. Terima kasih sebab sudi datang kenduri akak. Jemputlah makan dulu ye?” dipeluknya Dhia.

Tangan Dhia semakin mengigil. Matanya tiba-tiba tertangkap kepada susuk badan yang amat dikenalinya. Iye itu susuk badan, Bob. Wah semakin sihat dia. Sengaja ditundukkan mukanya. Hanya itu reaksi yang mampu dilakukan. Makan pun Dhia tak lalu. Mak Dhia penuh nasi dipinggan bergitu juga dengan adik Dhia. Semasa makan, dicuri pandang ke arah Bob. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu ini. Doa Dhia pelahan jauh disudut hati kecilnya.

Balik daripada kenduri pun, Dhia masih tunduk memandang ke tanah. Selepas bersalaman dengan mak Bob dan Kak Mira, Dhia terus melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Sampai di rumah, Dhia mencapai handphonenya dah menaip mesej ringkas.

Bye. Sedap lauk kenduri. Sorry tak tegur. Tak ada kekuatan nak tegur depan mak.

Mesej terus dihantar kepada Bob. Selang beberapa minit mesej dijawap.

Salam. Siapa ni eh?

Mesej dari Bob amat-amat merentap naluri wanitanya. Menitis air mata Dhia.

Lutfiyah..

mesej ringkas tapi cukup sebagai pengenalan diri.

Tq sebab sudi datang..

Sama-sama

Dhia sangat-sangat sakit hati bila diperakukan sedemikian. Dhia menaip mesej kepada rakan sekerjanya yang paling akrab.

Salam kak may. Maaf gangu akak. Saya tadi pergi kenduri kak bob. Balik tu saya SMS dia. Akak nak tau tak? Dia tny saya siapa. Geram saya kak. Saya tak mahu dah bercinta dengan orang yang lahir bulan 2. Apa yang dia buat ni sama dengan My Firts Love buat pada saya kak.

Mesej terus dihantar dan Dhia terus tertidur dengan linangan air mata. Bangun dari tidur dilihat ada 4 mesej diterima salah satunya Kak May

Salam. Sorry Dhia akak baru je baca. Ish kenapa teruk sangat perangai dia. Akak pula yang geram. Rasa nak lempang je dia. Dhia sabar ye dik? Insyallah akan ada lelaki yang baik lagi dalam dunia ni.

Mesej Kak May dibiarkan tergantung disitu. Terus dicapai tuala dah menuju ke bilik air. Bangun dari tidur, Dhia nekad untuk melupakan terus siapa dia Bob dalam hatinya. Terus dipadam nombor Bob dari handphonenya.

Lamunan Dhia tersentak bila Dr. Aiman mencuitnya.

“Kau kenapa Fie?” soal Dr. Aiman.

“Tak ada apa-apa,” dikesat air mata yang keluar tanpa diduga.

“Betul ke ni?” Dr. Aiman menyesal pula petik kisah Bob.

“Aku ok. Kau nak nombor aku kan? Aku setia dengan yang lama,” jawap Dhia sambil berlalu ke dapur. Dr. Aiman dibiarkan sendirian di tengahan jalan.

Delila perasaan sesuatu antara Dr. Aiman dan Dhia.

No comments: