Bab 7
Salam sayang, petang nanti kita jumpa
ok?
Mesej dari buah
hati disambut dengan senyuman manis oleh Kak AD. Sebulan tak jumpa Dr. Aiman
dirasakan macam setahun. Ye la, naik je kerja terus masing-masing sibuk dengan
tugasan mereka. Kak AD sekarang dah ditempatkan di bahagian wad bersalin, Dr.
Aiman pula sibuk dengan program dengan Kementerian Kesihatan berkenaan penyakit
kanak-kanak. Jadi bila kalalah nak jumpanya.
Petang tu, seperti
yang dijanji, mereka berjumpa di tempat biasa. Kedai Buku Popular di Ipoh
Parade. Sinilah pun tempat diaorang dating.
Orang lain dating kat taman bunga ke
panggung wayang ke apa ke. Ni diaorang dekat kedai buku. Tak romantik betul!
Dulu masa Dr. Aiman usha Kak AD pun kat kedai buku. Buat-buat buku jatuh
kemudian sengaja tukar buku Kak AD dengan buku dia. Lepas tu mulalah sengaja
call Kak AD nak pulang buku. Bukan Kak AD tak tahu muslihat Dr. Aiman, tapi
saja je dibiarkan sebab Kak AD pun sebenarnya dah jatuh hati dengan Dr. Aiman. Ye
la siapa yang tak suka dengan Dr. Aiman? Jejaka Idaman Malaya. Satu kampus
perubatan suka Dr. Aiman. Nak, nak yang orang Malaysia lagilah galak nak
memikat. Muka Dr. Aiman dahlah macam anak mami tapi duk kelantan. Handsome,
tinggi, badan sasa dan paling penting senyuman tak lekang dari bibir Dr. Aiman.
Kak AD pun terkecuali tersyok gila dengan Dr. Aiman. Tapi nasiblah cinta tak
bertepuk sebelah tangan kalau tak jatuhlah sebab syok sorang-sorang.
Awal-awal
percintaan diaorang hanya rakan rapat je yang tahu. Entah macam mana, satu hari
tu boleh kecoh satu kampus. Frust menonggeng
sorang-sorang. Yang pakatkan cemburu dengan Kak AD pun sikitlah punya ramai.
Sampai sanggup bagi surat ugutan kalau cuba dekat-dekat dengan Dr. Aiman. Masa
tu memang Kak AD tertekan sangat-sangat. Nyaris nak putus. Mujur sokongan padu
dari rakan-rakan serumah, Alhamdullilah bertahan sampailah ke hari ni diaorang.
“Assalamualaikum...boleh
berkenalan?” terlambung majalah wanita yang Kak AD baca.
“Ish!You ni. Terperanjat I tau!” balas Kak AD sambil menampar lengan Dr. Aiman. Dr. Aiman
hanya tergelak.
“Hehehe...sorry. Hehehe...,” tawa masih bersisa. Kelakar betul Dr.Aiman
melihat reaksi Kak AD. Ye la mana tak kelakarnya, terkejut punya pasal sampai
terbang majalah.
“Ha tengok, minta
maaf tak ikhlas,” rajuk Kak AD.
“Ikhlas la, Sayang,”
pujuk Dr. Aiman.
“Tu ketawa, ketawa
tu? Tak ikhlaslah namanya,”
“Ok, im sorry ok? Tak sengaja nak
gelakkan you. kelakar sangatlah bila you terkejut macam tu. Hehehe...comel
je,” Dr. Aiman masih menahan geli hatinya. Kak Ad hanya menjeling.
“Hei! I ajak you dating petang ni bukan nak dapat jelingan macam tu tau. Korek
biji mata tu baru tau!” tegur Dr. Aiman.
“Koreklah! Korek,
korek...” Kak AD mengacukan matanya kepada Dr. Aiman. Kemudian memalingkan
kembali mukanya ke arah rak majalah.
“You ni, I cium juga ni kang,”
“Aeeeuuuwww... tak
mau lah. Eeeee... tak malu ke nak cium anak dara orang,” Kak AD dah menolak Dr.
Aiman sedikit ke belakang.
Dr. Aiman hanya
ketawa, “bakal isteri I.”
“Eh! Tolong sikit,
tak lulus ujian ingat dapat ke nak kahwin dengan I?” Kak AD buat aksi kerek semacam.
“Umm...ye ke? Rasa
macam dah lulus je,” Dr. Aiman mengusap jangut kambing sejemputnya.
“Really?” jeritan Kak AD mengundang
mata-mata memandang ke arah mereka. Malu 3 saat Kak AD.
“You ni, Dahlia. Malunya. Dah jom blah,” Dr. Aiman menarik tangan Kak AD
yang dah memalukan diri sendiri keluar dari Kedai Buku Popular. Kak AD hanya
tunduk je. Mereka terus menuju ke arah Mc'd.
“You nak makan apa, Dahlia?” Dr. Aiman
siap sedia mengambil pesanan.
“Umm...nak Triple Cheese Burger plus Lemon Tea,”
“Ok. Tunggu sini
tau and Dahlia pleaselah jangan
memalukan diri sendiri lagi ok? Hehehe” Kak AD bertambah geram. Sampai hati dia
perli aku. Teruk punya pakwe.
Beberapa minit
kemudian Dr. Aiman kembali dengan Triple Cheese Burger dan air Lemon Tea, Kak
AD serta Spicy Mc' Chiken dan air
kopi O milik Dr. Aiman. Diletakkan semua atas meja dan dulang diletakkan di
meja sebelah.
“Umm...Aiman, sejak
bila you ni jadi pengemar kopi?”
tanya Kak AD yang sememangnya tahu Dr. Aiman, kalau diberi pilihan antara kopi
dengan milo, Dr. Aiman akan memilih milo. Kak AD juga tahu buah hatinya
bukanlah sorang pengemar kopi yang setia.
“Sejak I bakal jadi sebahagian daripada
keluarga you lah, Sayang,” balas Dr.
Aiman sambil menyumbat kentang goreng ke mulutnya.
“Serius je you ni,” Kak AD menyumbat Triple Cheese
Burger ke mulutnya.
“Seriuslah.
Tiap-tiap hari mak you buatkan I kopi. So, mana taknya I jadi
tersuka dengan kopi,” cerita Dr. Aiman. Kak AD hanya tersenyum. Dalam hatinya
dah berkira-kira bila agaknya Dr. Aiman nak cerita tentang kisah dia seminggu
di rumahnya. Menurut Delita dan Delila, Dr. Aiman teruk jadi bahan. Kena cili,
pijar tangan, kaki terseliuh. Sian pakwe aku ni. Bila Kak AD tanya jawapan Mak
Cik Kesuma Dewi pada Delita dan Delila, jawapannya masih dalam perbincangan.
“Aiman, I nak tanya sikit boleh tak?” soal Kak
AD bila melihat Dr. Aiman tiada tanda-tanda akan membuka cerita.
“Tak payahlah
tanya. I dah tau dah apa you nak tanya. Ni mesti nak tanya
tentang I sepanjang dengan family youkan?” Kak AD mengangguk laju.
“Ha dah agak dah.
Umm... You nak tahu cerita yang mana?
Banyak cerita ni,” tanya Dr. Aiman sambil menyedut air kopinya.
“Semualah,” Kak AD
membalas.
“Ok, first you kena tepuk tangan dulu,” arah
Dr. Aiman.
“Aiman, you ingat I ni patient you yang
kanak-kanak tu ke yang you nak
kelentong I macam tu sekali,” balas
Kak AD.
“Hehehe...you tau yerk trick I? Oklah, I
nak cakap, memang I suka sangat
dengan family you. Macam-macam
pengalaman yang I dapat. Mak you tu memang a very good doktor tau. Kalah kita yang bergelar doktor bertauliah
ni tau,” Dr. Aiman terus bercerita dan bercerita dari A sampai Z. Dari kisah
dramatik sampailah kisah kelakar yang amat. Kak AD tekun mendengar cerita Dr.
Aiman dan sekali sekala mana-mana babak je yang dia akan mencelah.
###
“Hai mak jauh
termenung. Ingatkan siapa? Buah hati yerk?” sergah Delila yang terkenal dengan
sikap suka mengusiknya.
Tersentak Mak Cik
Kesuma Dewi yang leka memandang jauh ke pokok rambutan depan rumah. Budak
bertuah ni haram nak bagi salam dulu.
“Ish! Ke situ pula
dia. Mak ni setia pada abah kamu orang je. Tak ada orang lainya,” Balas Mak Cik
Kesuma Dewi, pedih. Bukan tak ada yang masuk meminang ada tapi mentah-mentah
Mak Cik Kesuma Dewi tolak. Kasihnya hanya satu buat arwah suami tercinta, Muda
Hitam.
“Hehehe...sorry mak. Dah tu mak menungkan apa?
Pokok rambutan kita tu belum berbuah lagi. Baru nak berbunga, mak,” tanya
Delila lagi.
“Tak ada apa-apa.
Mak tengah kesal ni,” jelas Mak Cik Kesuma Dewi.
“Fuyoo...mak kesal,
beb,” Delila mengajuk Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kesal? Kenapa
mak?” entah dari mana munculnya Delita mengejutkan Mak Cik Kesuma Dewi buat
kali kedua.
“Ye lah. Kesal
sebab mak lupa nak ambil nombor telefon penyelamat mak tu, Si Dhia tu,” cerita
Mak Cik Kesuma Dewi.
“Lah pasal tu je
ke? Nanti jap.” Delita terus masuk dan kembali semula dengan sekeping kertas.
“Nah mak, ni nombor
phone Kak Dhia. Dia bagi kita orang sebelum dia balik hari tu.” Delita
menyerahkan nombor Dhia kepada Mak Cik Kesuma Dewi.
“Dah lamalah korang
simpan ni?” tanya Mak Cik Kesuma Dewi.
“Lama jugalah, mak.
Tiap-tiap hari kita orang berfacebook dengan Kak Dhia. Selalu dia tanya pasai
mak. Caring Kak Dhia tu mak,” jawap Delila.
“Lah kenapa korang
tak beritahu mak awai-awai?” berlari Mak Cik Kesuma Dewi ke dalam rumah.
Delita dan Delila
saling pandang memandang. Dah kenapa mak aku ni?
“Dah mak tak tanya,
taklah kami beritahu,” jawap Delita. Mak Cik Kesuma Dewi terus mendail nombor
telefon Dhia sambil diperhatikan oleh Delita dan Delila.
Lama deringan berbunyi memnyanyikan
lagu Thank You dari Maher Zain. Kemudian deringan mati sendiri. Mak Cik Kesuma
Dewi mendail sekali lagi. Sama juga. Kali ni Mak Cik Kesuma Dewi nekad, kalau
Dhia tak jawap juga panggilannya, dia akan cuba dail lagi selepas Zohor.
“Assalamualaikum...adik-adik
akak,” kedengaran suara Dhia dihujung talian.
“Wa'alaikumsalam.
Ni mak cik ni,” Mak Cik Kesuma Dewi membalas. Suka hati tuanya dengar suara
Dhia.
“Oh! Mak cik.
Maaflah. Biasa Delita atau Delila yang akan call,”
Dhia nyata terkejut dengarkan suara Mak Cik Kesuma Dewi. Biasa memang budak
berdua tu yang akan call dia. Ni tiba-tiba mak dia pula yang call mana tak
terkejutnya.
“Tak apa, tak apa.
Dhia sihat?” tanya Mak Cik Kesuma Dewi.
“Alhamdullilah.
Sihat mak cik,” kekok Dhia sejak peristiwa 6 bulan lepas berlalu, memang Dhia
langsung tak pernah bercakap dengan Mak Cik Kesuma Dewi.
“Sibuk ke? Maaflah
menganggu. Mak cik rindu dengan Dhia. Budak-budak ni tau nombor kamu, haram nak
beritahu mak cik. Bila tanya baru nak cerita,” betul-betul terus terang Mak Cik
Kesuma Dewi. Terkejut Delila dan Delita.
Dhia hanya
tergelak, “saya pun rindu gak dengan mak cik. Selalu juga tanya khabar mak cik
dari budak berdua tu.”
Mereka rancak
berbual. Macam-macam Mak Cik Kesuma Dewi tanya kepada Dhia dan Dhia sentiasa
menjawap hinggalah ke soalan maut yang di ajukan oleh Mak Cik Kesuma Dewi.
“Dhia, kalau mak
cik nak ke rumah Dhia boleh ke? Nak kenal mak ayah?” soal Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ha? Mak ayah saya
bukan di Perak mak cik. Diaorang dekat Melaka. Perak nun kampung saya je,”
jawap Dhia.
“Eh! Tak apalah.
Bolehlah mak cik jalan-jalan di Melaka,” Mak Cik Kesuma Dewi terus menjalankan
misi.
“Umm...boleh tu
boleh mak cik. Tapi buat masa ni saya agak sibuk sikit dengan tugasan luar mak
cik. Ni pun dah 3 bulan tak balik Melaka. Tak apa nanti saya nak balik Melaka
saya balik Perak dulu ambil mak cik sekali ye? Boleh?” pujuk Dhia. Sememangnya
sejak akhir-akhir ni Dhia sibuk dengan tugasan luar. Kejap, kejap keluar
menguruskan kursus di serata Malaysia.
“Oh ye ke? Umm tak
apalah kalau macam tu. Ni Delila cerita mak saudara Dhia menjahit ye? Berapa
dia ambil upah baju kurung sepasang?” pusing Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ha'a ada. Kat
Chemor, mak cik. Kat Taman Kelebang Jaya. Tak silap rasanya Chu ambil RM25.00
sepasang. Kenapa mak cik?” Dhia menyoal.
“Ni ha, lama dah
tak tempah baju. Ingat nak tempah baju. Kain pasang banyak tapi nak menjahitnya
tu mata dah tak nampak dah. Maklumlah mata dah tua,” ketawa Mak Cik Kesuma
Dewi.
“Ish! Taklah muda
lagi. Baru 50 tahunkan? Sebaya mak Dhia, mak cik. Umm...mak cik nak pergi
tempah baju ke? Kalau nak nanti saya beri nombor Chu saya pada Delita atau
Delila. Umm...mak cik saya kena letak telefon dulu ni. Saya nak masuk
mesyuarat,” Dhia berkira-kira mahu mematikan panggilan.
“Ha, iyalah. Ha apa
nama mak saudara kamu tadi, Dhia? Chu?” tanya Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ha'a Chu. Saya
panggil Chu Eida. Namanya Rashida,” balas Dhia. Selepas memberikan salam dan
meletak telefon, Dhia terus bergegas masuk ke bilik mesyuarat. Mak Cik Kesuma
Dewi terus tersenyum. Lega hatinya dapat mendengar suara Dhia. Misi akan
dilancarkan segera.
####
“Assalamualaikum...Rashida
ye?” Mak Cik Kesuma Dewi terus menelefon Chu Eida malam tu selepas Dhia
memberikan nombor Chunya.
“Wa'alaikumsalam...ha'a
siapa ni?” balas Chu Eida.
“Ni Mak Cik Kesuma
Dewi,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi.
“Mak Cik Kesuma
Dewi yang mana ye?” soal Chu Eida lagi.
“Mak cik dapat
nombor Rashida a ni dari anak buah Rosnida, Dhia,” jawap Mak Cik Kesuma Sewi
lagi.
“Ha Dhia?” Chu Eida
bersuara terkejut dihujung talian.
“Allah mak cik tak
tahu pula nama timangan dia. Tak silapnya mak ayah dia ada di Melaka. Dia kerja
di Cyberjaya,” cerita Mak Cik Kesuma Dewi.
“Dhia...Dhia...Dhia...oh!
Kak We. Baru ingat. Maaflah kalau nama Dhia ni memang tak cam sangat sebab kami
panggil dia Kak We,” ketawa Chu Eida dihujung talian. Hai nama anak buah
sendiri pun boleh lupa. Hai...
“Oh! Iye ke? Dengar
Rashida ni menjahit. Kalau mak cik nak menempah baju boleh ke?”
“Ha'a mak cik. Ala
panggil je Eida mak cik. Umm...mak cik nak tempah baju apa?” tanya Chu Eida.
“Oh panggil Eida
ye. Nak tempah baju kurung je. Kain pasang ni banyak anak-anak bagi tapi nak
menjahit tu, mata ni dah tak nampak dah. Tu yang nak tempah je. Boleh ke?”
tanya Mak Cik Kesuma Dewi.
“Insyallah boleh
mak cik. Berapa pasang mak cik?” Soal Chu Eida.
“Adalah dalam 5 6
pasanglah juga. Boleh ke?” Mak Cik Kesuma Dewi mencongak dalam fikiran.
“Insyallah boleh
mak cik,” Jawap Chu Eida.
“Kalau gitu boleh
eida bagi alamat? Nanti dalam esok ke lusa ke mak cik sampailah,” alamat pun
bertukar. Sebelum meletakkan telefon, mereka saling jawap menjawap salam.
###
Seperti yang
dijanjikan, Mak Cik Kesuma Dewi sampai juga ke rumah Chu Eida dengan Kak AD,
Delita dan Delila. Kebetulan Kak AD bercuti, senanglah Mak Cik Kesuma Dewi nak
bergerak. Jarak dari Tambun ke Chemor mengambil masa lebih kurang setengah jam
kalau ikut highway tapi kalau ikut jalan biasa jenuh jugalah dengan trafik jam
dan jalan sehala sana sini.
Semasa mereka
sampai, rumah Chu Eida penuh dengan sanak saudara yang datang. Segan anak dara
Mak Cik Kesuma Dewi tapi bukan Mak Cik Kesuma Dewi. Padanya inilah masa terbaik
nak mengenal keluarga Dhia.
“Assalamualaikum...”
teriak Mak Cik Kesuma Dewi.
“Wa'alaikumsalam...”
semua menjawap salam Mak Cik Kesuma Dewi.
“Chu, ada orang
datang,” mereka memanggil Chu Eida yang berada didapur.
“Ha siapa? Mak Cik
Kesuma Dewi ke?” Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk.
“Jemputlah masuk.
Sorrylah Eida tengah masak. Jemput duduk dulu ye?” Chu Eida bersalam dengan Mak
Cik Kesuma Dewi dan anak-anaknya.
“Eh! Tak apa,”
balas Mak Cik Kesuma Dewi.
“Jemput duduk jap.
Eida masak jap nanti Eida ambil ukurannya,” Chu Eida terus berlalu ke dapur.
Mak Cik Kesuma Dewi
selaku orang tua, rancak berbual dengan mereka-mereka yang agak berusia. Kak
AD, Delita dan Delila yang mulanya agak kekok leka bermain dengan bayi comel
anak saudara Chu Eida. Bayi berusia 6 bulan tu tersenyum dan ketawa bila diagah
oleh Kak AD. Bukan main lagi Kak AD melayannya. Delila pun rancak mengusik Kak
AD. Kak AD hanya senyum.
“Ha mak cik mehlah
kita ke tempat kerja Eida ni. Maaflah lambat sikit. Nak buat baju kurung je
kan?” panggil Chu Eida ke bilik kerjanya.
“Ha'a. Mak cik
dalam 5 pasang. Anak dara bertiga tu 2 pasang sorang. Boleh? Dah siap nanti
kamu call je mak cik. Nanti mak cik datang ambil,” bicara Mak Cik Kesuma Dewi
sambil melangkah ke bilik kerja Chu Eida.
“Boleh je mak cik.
Tak ada hal pun. Tapi lambat sikitlah. Dalam 2 bulan boleh ke? Mak cik ada nak
pakai dalam masa terdekat ni ke?” Chu Eida terus mengambil ukuran Mak Cik
Kesuma Dewi sambil tu mereka rancak bercerita tentang Dhia. Macam-macam yang
Mak Cik Kesuma Dewi dapat tahu tentang Dhia.
“Ha
Dahlia...Delita...Delila. Meh sini ukur badan,” arah Mak Cik Kesuma Dewi.
“Wah! Semua huruf
'D' ye mak cik?” tanya Chu Eida.
“Ha'a. Anak mak cik
semua huruf 'D' mulanya. Yang ni anak kembo mak cik. Baru je tingkatan 2 tahun
ni. Yang ni pula anak dara sulung mak cik. Doktor dekat Hospital Raja
Permaisuri Bainun,” Seorang demi seorang Mak Cik Kesuma Dewi perkenalkan.
“Oh iye ke? Ni mana
satu nak ukur dulu ni?” Chu Eida menyoal. Dengan pantas Kak AD yang ke depan
untuk diukur. Sambil menyukur Kak AD. Sempat lagi diaorang ni bercerita perihal
perangai Kak AD pula. Sampai turn Delita dan Delila pun macam tu juga. Naik
tebal muka anak dara bertiga ni, tapi nak buat macam mana. Kalau dah mak-mak
yang bercakap memang banyaklah ceritanya.
“Ha Eida, kami
mintak diri dululah ye? Nak ke Tesco sekali ni beli barang dapur,” Mak Cik
Kesuma Dewi meminta diri selepas hampir sejam di rumah Chu Eida.
“Eh! Jemput makan
dulu mak cik. Lauk dah siap dah,” jemput Chu Eida.
“Eh! Tak
mengapalah. Nak kena cepat ni. Malam kang Dahlia ni ada dating,” terbeliak biji
mata Kak AD dengan statement Mak Cik Kesuma Dewi. Bila masa pula aku nak pergi
dating ni? Kak AD berteka teki dalam hatinya.
“Umm...ye ke? Ha ye
lah budak zaman sekaranglah katakan. Dating, dating ni dah tak ada dah
sembunyi-sembunyi macam kita dulu,” balas Chu Eida. Delita dan Delila dah
ketawakan Kak AD yang dah merah padam mukanya.
“Tahu tak apa. Hehehe...
Nah ni duitnya. Selebihnya bila baju dah siap nanti ye?” dihulunya 3 keping
wang kertas not RM50.00 kepada Chu Eida dan kemudian mereka terus masuk kedalam
perut kereta.
###
“Ish! Mak ni malu
kakak tadi tau. Jatuh saham kakak tau,” rengek Kak AD pada Mak Cik Kesuma Dewi
disebelah. Delita dan Delila dah pecah gelak dah.
Mak Cik Kesuma Dewi tersenyum melayan
perasaan sendiri. Tidak dihiraukan rengek Kak AD. Kak AD terus membebel dan
membebel. Dalam fikirannya telah merangka pelbagai rancangan.
“Agak-agak kamu
orang, sesuai tak kalau mak nak jodohkan Dhia dengan Achik?” tiba-tiba Mak Cik
Kesuma Dewi memotong cakap Kak AD.
Kak AD terkesima.
Delila dan Delita berhenti ketawa.
Semua tersentak,
“Apa?”
No comments:
Post a Comment