~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Sunday, January 23, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 10

Bab 10

Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Bahru, Pengkalan Chepa Kelantan. Kak AD bertambah kecut perutnya. Muka dia dah pucat lesi dah. Macam ternampak hantu je dah. Misha yang perasaan akan perubahan rupa Kak AD dari dalam kapal terbang, terus mengosok-gosok lengan Kak AD bagi menenangkannya. Kak AD hanya senyum. Dr. Aiman pula sudah mengambil barangan mereka. Nasiblah masing-masing bawa 1 beg sorang. Kalau berbeg-beg sorang memanglah bongkok tiga nak mengambilnya.
“Misha, jadi ko Abe Lee ambik?” soal Dr. Aiman.
“Jadi. Dok mari lagi kot,” jawap Misha sambil melilau mencari Azli abangnya tapi adik Dr. Aiman.
“Ha, tu Abe Lee,” jerit Misha sambil menunjuk ke arah Azli. Azli dah melambai ke arah mereka.
“Lamo tak jumpo demo. Sihak?” azli memeluk Dr. Aiman.
“Sihak? Mu? Date sore ja ko?” soal Dr. Aiman sambil meleraikan pelukan Azli.
“Alhamdullilah, sihak. Tubik sore ja. Ma dengan Pa tunggu rumah ja. Sapa tu? Gewe mu ka?' soal Azli sambil memandang kepada Kak AD.
“Gewelah,” senyum Dr. Aiman.
“Dahlia, ni Azli. Adik I,” kenal Dr. Aiman.
“Azli,” senyum Azli.
“Dahlia. Anggerik Dahlia,” Kak AD membalas senyuman Azli.
“Lamo gi ko demo nak sua kena ni? Gua udah capek ni,” tiba-tiba Misha bersuara.
“Ado budak kecik ni?” soal Azli sambil menyekeh kepala Misha.
“Adolah. Ingat orge dok balik ko?” soal Misha sambil mengalihkan lengan abangnya, Azli dari kepalanya.
“Hahaha...Mari,” Dr. Aiman dan Azli berjalan didepan, Misha dan Kak AD dibelakang menuju kepada kereta wira Azli.
“Kak Dahlia, Abang Azli dengan Abang Aiman ni kembar tak seiras tau. Dia ni polis. Pangkat Inspektor. Tak silap bahagian Nakotik,” bisik Misha. Kak AD hanya mengangguk. Tak sangka Aiman ada kembar. Tak pernah cerita pun. Nampaknya banyak cerita Dr. Aiman yang kena korek ni.
“Oh I see. Umm Misha empat beradikkan?” soal Kak AD.
“Ha'a sorang lagi kakak. Atas Abang Aiman dan Abang Azli. Kira awal perempuan hujung perempuanlah. Lelaki tengah-tengah. Kak Min tu dah kahwin. Dia tak ada kat sini. Dia ikut suami dia yang sambung study Master. Bahagian veterina. Kak Min pun sambung belajar gak tapi cost apa Misha tak ingatlah pula,” cerita Misha serba sedikit.
“Habis Misha duk KL, study lagi ke?” soal Kak AD bila mereka semakin menghampiri kereta Azli.
“Taklah. Misha kerja dah,” jawap Misha ringkas.
“Kerja mana?” soal Kak AD lagi. Masa nilah nak korek segala maklumat. Al-maklumlah nak korek dengan Dr. Aiman alamatnya hari nak hujan.
“Misha, enginer projek, bawah JKR,” Misha membuka pintu kereta Azli dan terus masuk kedalam. Kak AD pun mengikut Misha.
“Oh! Kira semuanya berkerjayalah yerk?” soal Kak AD lagi.
“Alhamdullilah,” jawap Misha kemudian terus melentokkan kepalanya di seat. Sesaat selepas tu misha pun 'lebur' dibuai mimpi. Dah lelap. Kak AD pun join sama.
“Misha, Dahlia. Bangun dah sampai dah,” kejut Dr. Aiman. Azli mengambil barang mereka bawa ke dalam rumah. Terpisat-pisat mata Misha dan Kak AD. Misha terus keluar dari perut kereta. Tingal Kak AD je yang masih mengambil aura semangatnya.
Everything will be ok, Sayang. Don't worry ok?” bicara Dr Aiman menaikkan semangat Sang Kekasih. Kak AD tersenyum.
Thanks, Aiman,” Kak AD menarik nafas sedalam mungkin kemudian dihembuskan keluar. Dilangkah kakinya keluar dengan lafaz bismillah.
“Aiman, kawe nak tubik balik ado tugah. Demo masuk dulu deh. Kawe dah goyak ke Ma,” bicara Azli sambil tersenyum. Memang berbeza rupa mereka. Cuma tang hidung je yang sama yang lain berbeza habis.
“Mu kijo male ko male ni?” soal Dr. Aiman kepada kembarnya.
“Dop,” jawap Azli sebelum berlalu pergi.
“Ha sampai dah menantu Mama?” terpa Puan Mariam. Kak AD dipeluknya erat. Dicium pipi kiri kanan. Terbeliak mata Kak AD. Misha dah tergelak-gelak.
“Assalamualaikum mak cik,” disalami tangan Puan Mariam bila pelukkanya dileraikan.
“Wa'alaikumsalam. Mai masuk mai,” pelawa Puan Mariam. Kak AD terus duduk di sofa rumah Dr. Aiman. Kak AD mengover cun. Terkepit-kepit kakinya duduk sopan.
“Mak cik sihat?” Kak AD bersuara bila dilihat Puan Mariam memandangnya semacam. Gerun pula tengok orang tua ni.
“Apa pula mak cik, mak cik ni? Terasa tua sangatlah pula,” tegur Puan Mariam. Kak AD tergamam. Dah tu nak panggil apa pula?
“Panggil je Mama.” sambung Puan Mariam seperti dapat membaca apa yang ada difikiran Kak AD. Kak AD dah terkejut. Peh! Awal-awal dah kena panggil MAMA. Sudah cukup baik.
“Dahlia orang Perakkan? Perak duk tang mana?” soal Puan Mariam. Dr. Aiman dah beransur ke bilik menghantar beg pakaiannya. Kalau jawap Perak kat utara Peta Malaysia agak-agaknya kena pelupuh tak? Hehehe...
“Tambun mak cik. Eh! Tak Mama,” terbelit lidah Kak AD. Tak biasa dengan ayat barulah katakan. Yelah dalam kepala dah set nak panggil mak cik.
“La sungguhlah hang ni orang Perak? Baguih-baguih. Mama suka.” terkejut Kak AD bila tiba-tiba Puan Mariam dah beralih duduk disebelah dia.
“Ekau memang Mariam. Montang-montanglah dapek menantu orang utara. Suko ekau kan?” entah dari mana muncul Papa Dr. Aiman, Encik Nik Yusof tiba-tiba menyerang perbualan mereka.
“Aleh abang cakaplah kat Che' ni abang cemburu pasai menantu kita dah dua ohrang, ohrang utara,” Puan Mariam berbalah dengan suaminya. Kak AD dah terpegun ditengah-tengah
“Mama, Papa. Karang-karanglah kot iya pun nak berperangnya. Kitakan ada tetamu ni,” Misha akhirnya datang sebagai penyelamat.
“Apo pulak porang? Papa cakap yo. Tak do pakai senjato pun. Pakai mulut yo,” Encik Nik Yusof membela diri.
“Jom Kak Dahlia kita masuk bilik,” Misha menarik lengan Kak AD. Kak AD dah tergaru kepala otak. Apa dah terjadi ni?
“Ha! Baguih. Hang bawak kakak hang ni pi masuk bilik. Kang makin tertekan dia dengan papa hang ni,” arah Puan Mariam.
“Eh! Ase jugak yang kono?” jawap Encik Nik Yusof sambil menunding jari dibatang hidungnya.
“Rehat dulu na?” lembut bicara Puan Mariam kepada Kak AD. Sambil menepuk-nepuk bahu Kak AD. Encik Nik Yusof dijelingnya maut.
“Saya mintak diri dulu ye pak cik?” tertib Kak AD meminta diri.
Sesampainya di bilik, Kak AD duduk dibirai katil. Mukannya seakan cuba memahamkan sesuatu.
“Kan tadi Misha dah cakap sure akak terkejut punya tengok mama dengan papa. Diorang tu memang selalu macam tu. Nak, nak bab menantu ni,” bicara Misha sambil menyusun bajunya ke dalam almari.
“Bab menantu? Papa Misha tak suka orang utara ke?” soal Kak AD.
“Taklah. Papa tu ok je sebenarnya. Cuma dia bengang je sebab dah dua menantunya orang utara. Suami Kak Min orang Perlis and now futher housewife Abang Aiman pula orang Perak. Mana papa tak bengang,” cerita Misha.
“Lah iye ke? Abang Azli tu tak kahwin lagi ke?” soal Kak AD lagi.
“Belum. Tapi dia dah ada makwe dah. Orang Melaka. Dia bagi Abang Aiman jalan dulu. Kemudian baru dia. Abang Aiman kan abang kembar dia?”
“Ooooo....” panjang 'O' Kak AD.
“Tak apalah, Kak. Abaikan jelah. Nanti lama-lama fairlah juga nanti. Abang Azli akan kahwin dengan orang Melaka. Misha pula dengan orang kampung Papa. Orang Negeri Sembilan. Hehehe...” ketawa Misha.
“Oh! Dah ada pakwelah ye?” sengih Kak AD.
“Insyallah kalau ada jodoh kak,” balas Misha.
“Amin,” Kak Ad meraup mukanya.
“Kak Dahlia pergilah mandi dulu. Asar dah habis waktu dah. Misha baru terpeleot,” Misha menyengih sahaja. Padanlah tadi dia masuk dulu. Rupanya dh 'terpeleot' solat rupanya.
Kak AD mandi ala kadar sebab nak mengejar solat Asar yg dah dihujung tanduk. Usai solat Asar yang dihujung waktu, azan maghrib pun masuk. Dicapainya sejadahnya terus ke ruang tamu. Sebelum solat Asar tadi, Misha ada beritahu memang kelaziman rumah ni akan solat berjemaah Mahgrib dan Isyak sama seperti rumah Mak Cik Kesuma Dewi bila semua anaknya berkumpul.
Dr. Aiman melihat Kak AD yang sudah siap bertelekung keluar dari bilik, mengambil sejadah ditangan dan membentangkannya buat Sang Buah Hati. Maghrib tu, Dr. Aiman menjadi imam. Encik Nik Yusof, Puan Mariam dan Kak AD menjadi makmumnya. Terasa sayu sangat-sangat hati Kak AD bila mendengarkan alunan surah yang keluar dari mulut Dr. Aiman. Usai solat, menitik airmta Kak AD. Aku yakin aku tidak salah dalam memilihMu, sayang. Ya Allah permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Doa Kak AD jauh disudut hati.
Selepas solat Mahgrib, mereka anak-beranak bertadarus Al-Quran bersama Masa ini, Azli yang baru pulang semasa mereka sedang bersolat Maghrib terus mengambil tempat sebelah Dr. Aiman. Bermula dengan surah-surah lazim iaitu, surah Al-Fatihah diikuti dengan Surah An-Nas, Surah Al-Falaq , Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas. Bacaan Al-Quran dimulakan dengan Surah Al-Baqarah. Misha yang sedang bercuti pun setia duduk disebelah Puan Mariam mendengar bait-bait alunan Al-Quran.
Ketika azan Isyak berkumandang, mereka sempat menghabiskan Surah Al-Baqarah sepenuhnya. Isyak di imamkan oleh Azli. Alunan suaranya sesedap alunan Dr. Aiman. Usai solat Isyak, mereka mengemaskan tikar sejadah dah menuju ke dapur. Misha telah bersiap sedia dengan juadah makan malam mereka. Pada waktu ini, Kak AD sudah semakin tenang dan kadang-kadang pecah gelaknya melihat kerenah Encik Nik Yusof dan Puan Mariam. Mereka Ibu Bapa yang sangat sporting. Pening juga awalnya Kak AD nak memahami cara mereka berdua berkomunikasi. Yelah, Encik Nik Yusof pekat dengan bahasa Minang, Puan Mariam dengan bahasa Utara anak-anak pula dengan bahasa Timurnya.
“Esok, mama bawa Dahlia pi ronda KB na? La ni rehat dulu na?” bicara Puan Mariam didalam bilik Misha.
“Ok je mama,” balas Kak AD.
“Ha Omaknyo. Sudah-sudahlah tu. Biarlah anak daro duo ni rehat. Ponat tadi tak lopeh laie,” tiba-tiba Encik Yusof muncul di muka pintu.
“Mama pi dulu na? Papa hang ni memang. Cemburu dia tak habieh-habieh,” balas Puan Mariam kemudian berlalu keluar.
“Ase polak jadi mangso. Bilo maso ase comboru? Takdo do nak comboru kek ekau, Mariam,” balas Encik Nik Yusof sambil menuruti isterinya ke kamar tidur.
“Ekau Aiman, jangan pulak ekau menjongah kek bilik anak daro sudah!” sempat Encik Nik Yusof memberikan amaran.
“Iyolah papa,” balas Dr. Aiman kemudian menutup suis TV dan lampu kemudian terus baring diselah Azli di ruang tamu.
Dalam rumah ni, hanya ada 3 bilik sahaja. 1 bilik orang tua Dr. Aiman, sebelahnya bilik Misha. Bertentangan dengan bilik Misha bilik Kak Min atau bilik pengantin. Jadi anak-anak lelaki ni memang akan tidur diluar. Pakaian pula diaorang letak dekat dalam bilik tak berpintu di sudut dapur rumah.
Rumah orang tua Dr. Aiman hanya rumah teras di tanah lot. Kelilingnya penuh dengan pokok buah. Sama macam rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Cuma pokok mereka dah besar. Bawah pokok rambutan ada sebuah buaian kayu. Suasana kampung Dr. Aiman sangat tenang berbanding rumah Mak Cik Kesuma Dewi yang sudah ke bandar sedikit.
“Kak jom tidur. Badan Misha dah letihlah. Pingang pula sakit,” ajak Misha.
“Nah ambil bantal ni. Lapik kat pingang,” dihulurya kusyen yang memang akan sentiasa dibawa ke sana ke mari.
“Nak buat apa ni kak?” soal Misha sambil menyahut kusyen tadi.
“Kata sakit pingang. Letak bawah pingang tu bagi tinggi sikit. Ni nak buat legakan pingganglah ni,” terang Kak AD.
Thanks, kak,” terus diletakkan kusyen tu di pingangnya.
“Lembutnya, kak,”
“Ha pakailah. Akak padamkan lampu yerk?” pinta Kak AD. Dia memang tak boleh lampu terpasang. Nanti tak lena tidurnya.
“Ok! Kak tengok pintu tu kunci ke tak, kak. Kang ada tetamu tak di undang kang,” Kak AD terus menekan tombol pintu dan mematikan suis lampu.
“Misha, akak tanya sikit boleh tak?” soal Kak AD selepas membaringkan badannya di katil. Sedapnya.
“Tanyalah,” jawap Misha.
“Papa dengan Mama kerja apa?” soal Kak AD.
“Papa and mama now persara kerajaan. Dulu papa kerja enginer macam Misha. Mama pula kerani sekolah. Dah dekat 5 tahun jugalah Papa bersara. Mama baru je lagi,” cerita Misha.
“Dah pencen dia orang buat apa je?” soal Kak AD lagi.
“Sebelum pencen memang Papa dan Mama ada perniagaan kecik-kecik buat kerepek pisang. Ni dah pencen ni, memang full timelah berniaga kerepek pisang. Sedap tau!” puji Misha.
Oh I see,” jawap Kak AD.
“Kak tidurlah. Esok nak pergi KB. Petang, bolehlah kita ke tempat Mama buat kerepek,”
“Yelah. Jom...”
Malam tu, lantaran terlampau penat maka lenalah tidur dua sang puteri ini, solat subuh pun nyaris tertinggal. Kak AD yang tersedar jam 7 pagi tersentak terus menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Nasiblah bilik air dalam bilik je. Kalau luar mau kalut juga berebut bilik air dengan orang lain. Misha yang baru bangun tidur masa Kak AD sedang solat terus menuju ke bilik air untuk mandi. Usai Misha mandi, Kak AD pula mandi.
Masa Kak AD keluar dari bilik air, dilihat Misha dah tak ada. Maybe dah keluar kot. Dengan penuh langkah bergaya, Kak AD melangkah sambil menoleh ke arah pintu bilik. Terkejut Kak AD bilik ditoleh ke arah pintu bilik, elok je pintu bilik terbuka luas dengan Kak AD yang hanya berkemban. Tak ke haru biru. Gila kentanglah Si Misha ni boleh dilapangkan pintu macam tu? Kalau dibuatnya Dr. Aiman lalu ke tak ke jadi isu. Apa lagi, Kak AD pun terkemut-kemutlah menyusur tepi dinding nak ke pintu bilik. Sampai je terus ditolak daun pintu dengan pinggulnya. Fuh lega! Dahkunci pintu bilik, Kak AD menyandar dibelakang daun pintu.
Baru je nak relaks, relaks bersandar sekali,
tok..tok...tok...
Tersentak Kak AD. Nasib baik tak melatah.
“Kak Dahlia, Misha ni,” suara Misha disebalik pintu.
“Aaa...ye...” gagap Kak AD bersuara.
“Akak dah siap ke? Mama pangil sarapan,” Misha bersuara lagi.
“Aaa...ye..” jawap Kak AD
“Akak ok tak?” soal Misha.
“Ok,” balas Kak AD.
“Tak apalah akak, akak siap dulu kang keluar yerk?”
“Ok” ringkas lagi. Misha terus berlalu pergi.
Bila tidak lagi kedengaran suara Misha, Kak AD pun terus mencapai baju kurung dan mengenakannya di badan. Mak Cik Kesuma Dewi awal-awal lagi dah warning Kak AD jangan nak pakai seluar bila di rumah bakal mertuanya. Tak manis katanya. Dari orang nak pinang terus tak jadi nak masuk meminang. Siap je Kak AD terus ke dapur rumah.
Muncul je Kak AD di ruang dapur, Misha pun menegur.
“Kak Dahlia nak pergi ke mana ni?”
Aku nak ke mana? Nak sarapanlah. Nak ke mana lagi. Bukan aku ada sedara mara dekat sini. Kak Ad dah bermain-main kata dalam hatinya sambil mengaru kepala.
“Awak nak pergi mana, Sayang?” soal pelahan Dr. Aiman dari arah belakang.
“Ha?” soal Kak AD. Pelik ni. Aiman panggil aku 'Awak'? Biar betul.
“Awak tu nak ke mana?” soal Dr. Aiman lagi.
“Nak sarapanlah,” jawap Kak AD.
“Yang awak beria pakai baju kurung ni kenapa?” soal Dr. Aiman lagi.
“Aiman, sini kejap,” ditarik koler baju Dr. Aiman ke belakang bila dilihat semua khusyuk menjamu selera.
“Tercekiklah,” Dr.Aiman
You panggil I apa?” soal Kak Ad sambil menunding jari ke dirinya.
“Awak,” jawap Dr. Aiman selamba.
“Apa?” soal Kak AD lagi.
“Awak...awak...awak,” jawap Dr. Aiman bertubi.
“Sejak bila you panggil I, awak?”
“Sejak dari hari ni dan saat ni,”
“Tapi...”
“La buat pa duk sini? Mailah pi sarapan. Kang nak pi market?” tiba-tiba muncul pula Puan Mariam. Ditarik tangan Kak AD ke dapur.
“Ha...ha nak pi lah ni,” jawap Kak AD sambil menurut Puan Mariam. Dijeling pada Dr. Aiman yang sakan gelak bisu.
Pagi tu, lepas siap bersarapan, Dr. Aiman dan Encik Nik Yusof dah ke kilang pemprosesan kerepek pisangnya. Puan Mariam, Misha dan Kak AD pula mengemas rumah. Ala kemas sikit je. Bukan kemas beria pun. Bukan semak sangat. Selesai je mengemas, Puan Mariam dah mengajak bersiap.
“Kak, pakai seluar je kak. Kang nak round satu pasar basah kain nanti,” usul Misha semasa mereka nak bersiap.
“Misha, akak tak bawa seluar extra. Mak akak tak bagi bawak. Katanya tak manis anak dara pakai seluar rumah bakal mertua,” terus terang Kak AD.
“La...padanlah akak pakai baju kurung tadi. Hahaha...” ketawa Misha.
“Akak, mak kitaorang tu jenis mak yang sportinglah. Dia tak kisah pun kak,” sambung Misha.
“Yelah. Tapi kalau terlalu open pun tak elokkan? Kita kena ada gap antara mak ayah dengan adik-beradik dan kawan-kawan. Barulah ada tanda respect Cik Misha oii...” tegur Kak AD.
“Ye kak, memanglah kami ada nilai respect pada Mama dan Papa. Kadang-kadang je kami ni ter'over' sikit. Nah akak ambil seluar ni. Misha rasa muat kot,” Misha mengalih topik. Sengaja sebab malas nak bertekak dan berlawan kata dengan Kak AD.
Kak AD mengambil seluar yang Misha beri kemudian disarung ke badannya.
“Besar sikitlah Misha,” Balas Kak Ad
“Nah tali pingang ni. Seluar tu memanglah besar sikit kak sebab seluar Kak Min. hehehe...” ketawa Misha.
“Oh ye ke?”
Siap je, Kak AD dan Misha terus masuk ke dalam perut van. Puan Mariam yang memandu. Mereka menuju ke arah Pasar Siti Khadijah. Laju juga cara pemanduan Puan Mariam. Kalah orang muda bawa kereta. Cilok sana cilok sini. Misha disebelah dah beberapa kali menegur Puan Mariam tapi semua tak lut.
Kak Ad duduk di seat belakang dah gerun sorang-sorang. Mau aku tak kahwin ni kang. Peh menakutkan betullah.
Sampai di Pasar Siti Khadijah, mereka pun berpecah. Puan Mariam terus menuju ke arah lalunya nak membeli barangan dapur. Kak AD dan Misha pula merounder sana sini. Kak AD jadi rambang mata melihat corak batik yang pelbagai patern. Cantik-cantik. Lawa-lawa. Molek-molek. Niat nak belikan kain pasang buat untuk kaum hawa di rumahnya. Boleh nanti dipakai masa hari bahagia dia dan Dr.Aiman.
“Misha, tolonglah tawarkan. Kalau akak yang tawar mesti tak dapat punya.Misha orang sini mesti dapat murah punya,” bisik Kak AD bila dia ternampakkan sepasang kain yang cantik. Warna krim susu. Tapi harga dia mak datuk. Mahalnya! RM150.00 sepasang.
“Boleh. Akak nak kain yang mana?” soal Misha.
“Yang warna krim susu dengan warna pink purple tu,” tunjuk Kak AD.
Urusan tawar menawar pun bermula. Kak AD setia disebelah Misha mendengar atau cuba memahamkan apa yang sedang di tawarkan Misha. Sesekali je Misha bersuara pelahan seakan berbisik dengan Kak AD bertanyakan harga yang Kak AD mahukan.
Kak AD lihat mereka seperti mahu bergaduh je lagaknya. Dengan perniaga yang setia dengan kakulator dan Misha yang main kunkunchak. Antara yang Kak AD faham, Misha cakap kalau tak dapat kurang lagi dia nak cari kedai kain lain.
“Ok kak, paling boleh murah pun RM80.00 ok tak? Tapi warna pink purple tu ada dua pasang je. Akak pilihlah colour lain,” bisik Misha.
“Ok! Deal,” jawap Kak AD. Ni dah pakat murah giler dah ni. Dari RM150.00 turun menjunam kepada RM80.00. Dah cukup bagus dah.
Kak AD mengeluarkan noted wang kertas RM500.00 dan kemudian diberikan kepada Misha. Baki Rm 20.00 Kak AD beri kepada anak-anak peniaga katanya sebagai duit raya. Padahal raya lambat lagi. Pemurah betul hati Kak AD.
Maka, dapatlah Kak AD, sepasang kain warna krim susu untuk Mak Cik Kesuma Dewi, 2 pasang warna pink purple buat adik kembarnya, Delila dan Delita. Buat Kak Diana warna hitam merah dan buat Kak Lin warna hijau coklat. Untuk Kak Mila pun Kak Ad tak lupa. Dibelikan Kak Mila kain warna tanah baju biru laut dan bunganya warna kuning. Sesuai dengan warna kulit Kak Mila yang sawo matang.
Misha, Kak AD tengok dia lebih banyak membeli jajan macam keropok lekor, gula-gula. Berpaket-paket dibelinya. Heran juga Kak AD, jajan yang dibeli macam nak bawa jual je. Kain batik untuk basahan pun Misha beli berbandel-bandel. Banyak betul duit minah ni. Musykil betullah. Nak buat apa banyak sangat kain batik ni?
“Misha beli banyak-banyak ni nak buat jual ke?” perli Kak AD tapi lebih kepada nak tahu sebenarnya. Diaorang rehat kejap kedai makan sambil tunggu Puan Mariam sampai.
“Ha'a, Kak. Sini kita boleh beli murah nanti balik KL bolehlah 'makup' harga,” tekejut Kak AD dengar pengakuan Misha.
“Misha niaga kat opis ke?” soal Kak AD lagi.
“Ada juga, kak.tapi biasanya Misha join adventure dengan kawan Misha. Niaga kat down town tak pun kat pasar malam. Misha dapatkan stok, kawan Misha pula tolong jualkan. Yelah Misha kadang-kadang outstation lama. So, lebih baik dia berniaga Misha tolong dapatkan stok,” cerita Misha sambil meng'oder' Nescafe Ais dengan roti bakar 1 set.
“Habis keuntungan macam mana?” soal Kak AD pula selepas meng'oder' air Sirap Bandung.
“Biasa kami bahagia tiga. 1 bahagian untuk Misha, 1 bahagian untuk partner Misha 1 bahagian lagi untuk rolling modal. Tapi Alhamdullilah perniagaan kira laris juga. Kira 2 minggu sekali memang Misha akan dapatkan stok baru kat sinilah kak. Orang kat sini pun dah kenal dah Misha ni macam mana. Tu akak dapat kain harga macam tu kak. Tempat lain tak rasa,” cerita Misha bersungguh.
“Hehehe...” gelak Kak Ad.
“Kenapa akak gelak,”
“Tak ada apa. Padanlah orang cakap orang Kelantan ni otak meniaga. Ada je peluang nak buat duit kan? Hehehe...” gelak Kak AD lagi.
“Tahu tak apa. Kan 9/10 daripada rezeki ni adalah dari sumber meniaga?” jawap Misha sambil menyumbat roti bakar ke dalam ruang mulutnya.
“Betul-betul. Tak apa akak doakan perniagaan Misha dan partner Misha suscess. Ok?”
Dari jauh kelihatan Puan Mariam melambai mereka dengan tangan penuh dengan segala macam plastik. Memang anak-beranak ni kaki niagalah. Misha membayar harga makan minum diaorang dan kemudian terus berlalu kepada Puan Mariam. Dimasukkan semua kedalam van. Dari asalnya kosong jadi penuh sepenuh-penuhnya van dengan barang nak berniaga Misha dan barangan isi dapur.
Balik dari Pasar Siti Khadijah, mereka singah ke tempat pemprosesan kerepek pisang milik Puan Mariam dan Encik Nik Yusof. Puan Mariam menyerahkan segala macam keperluan barangan untuk kegunaan kedai yang dibelinya tadi kepada pekerjanya. Encik Nik Yusof dan Dr. Aiman dilihat kusyuk memproses pisang yang bertandan-tandan. Misha pun dah ke arah tempat kaum ibu mengoreng pisang. Puan Mariam pula sibuk mengira stok yang lebih dan kurang. Kak AD lihat, mereka tidak kekok dengan pekerja mereka. Kelihatan mereka sangat mesra antara satu sama lain. Tiada langsung terdapat jurang perbezaan. Semua kerja dilakukan bersama.
###
Hari ni, hari terakhir Kak AD Kelantan. Terasa berat hati pula nak melepaskan kenangan ini. Macam-macam budaya orang di Kelantan Kak AD belajar. Paling berharga, Kak AD belajar mengenal dengan lebih erat siapa dia Dr. Aiman yang sebenarnya. Seorang anak kampung yang bergelar Pakar Kanak-Kanak tapi tidak pernah bermegah dengan kedudukannya malah sentiasa berendah diri.
Selama 3 hari disini juga, dirasakan masa berlalu dengan bergitu pantas. Terasa baru semalam Kak AD sampai dan hari ini sudah nak kembali ke tempat asal.
Kak AD ikut Dr. Aiman pergi ke Klinik Desa memberikan khidmat nasihat kesihatan percuma. Kak AD berpeluang mengikut Puan Mariam pergi Marhaban. Misha sempat bawa Kak AD ke pertandingan memasak. Tak sangka mereka menang tempat ke-3 mengalahkan kaum ibu yang lain. Balik dengan hamper barangan memasak yang ditaja oleh JKKK kampung.
Puan Mariam juga tak putus-putus memuji masakan Kak AD. Kak AD pun tak sangka yang masakan yang biasa-biasa seperti itu boleh menang tempat ke-3. Yelah, Kak AD hanya masak Ikan Patin masak Gulai Tempoyak dengan Ikan Keli Masak berlada. Misha pula sediakan manisan. Memang manis manisan Misha. Macam kilang gula tumpah. Yang herannya hanya Kak AD dan Dr. Aiman je yang terasa macam tu, orang lain relaks je. Memang orang Kelantan ni suka makanan manis-manis. Tu sebab muka diorang ni manis-manis. Hehehe...teringat pula kisah ada seorang rakan ni makan kari letak gula. Entah apa rasanya. Kari yang sepatutnya pedas jadi kari yang manislah jawapnya.
Kak AD berkemas pakaiannya dengan bermalas-malasan. Misha tak balik bersama mereka. Dia sambung cuti lagi 2 hari. Katanya nak habiskan cuti tahun lepas yang berbaki lagi 5 hari. Pemergian balik mereka kali ini menaiki bus terus ke Medan Gopeng sebabnya Dr. Aiman sampai je di Ipoh pagi tu terus masuk kerja. Kak AD pula shift petang. Selamatlah Kak AD tidur seround. Hehehe...
Diaorang bertolak balik jam 8 malam. Dijangka dalam 4 pagi mereka sampailah di Ipoh. Insyallah. Pukul 5 petang diaorang dah bertolak keluar dari rumah sebab takut jam. Mula-mula tu pelik juga Kak AD dengar cakap Encik Nik Yusof berkenaan jambatan yang akan ditutup. Tapi nasib baik Dr. Aiman dah terangkan berkenaan jambatan yang menghubungkan antara Tumpat dengan bandar Kota Bahru akan ditutup dalam jam 8 malam. Sampai sana dalam 6:30 petang juga. Kemudian mereka terpaksa balik cepat takut jambatan tutup.
Kak AD menyalam Puan Mariam dan Misha.
Dr. Aiman gila berborak dengan kembarnya. Tak puas agaknya berborak sebab sepanjang dia di sana pun, Azli agak sibuk dengan tugasnya.
“Dahlia, hang nanti kirim salam pada mak hang nanti na? Cakap insyallah kalau tak ada arah melintang lagi dua minggu kami mai bawa rombongan na...” terkejut dengan kata-kata Puan Mariam. Misha dah main kenyet-kenyet mata. Aku dah diterima ke? Alhamdullilah. Amin Ya Rabal Al-Amin.

2 comments:

Anonymous said...

best cita ni...lwk jugk..

ezaitie nfib. said...

tq anonymous...mencoret ikut kepala gila2 je...