~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Friday, January 21, 2011

Calon Menantu Mak - Bab 9

Bab 9

Minum petang yang dirancang oleh Mak Cik Kesuma Dewi petang tadi berjalan dengan bergitu sempurna. Cuma Dhia lebih banyak diam dan membatukan diri. Mungkin dia segan agaknya dengan anak-anak lelaki Mak Cik Kesuma Dewi. Nasib baik Daim tak ada. Kalau ada mesti lagi segan Dhia agaknya.
Memang sengaja Mak Cik Kesuma Dewi tidak menelefon Daim untuk turut serta sebab kalau Daim ada rosak rancanganya. Lagi pun Mak Cik Kesuma Dewi ingin mendapatkan keputusan dari ahli keluarga yang lain. Malam tu selepas solat isyak, sesi pernilaian pun dimulakan. Semua dah berkumpul di ruang tamu rumah kecuali Kak Diana yang sedang menidurkan Muaz dan Kak Lin yang sedang membancuh minuman kegemaran semua iaitu, AIR KOPI.
“Ok, semua dah ada kan? Jadi, kita mulakan dengan Along selaku anak sulung mak. Macam mana, Along?” soalan Mak Cik Kesuma Dewi memecahkan kesunyian mereka.
“Along tak ada masalah mak. Dua-dua pun ok Along tengok,” jawap Abang Daiz.
“Angah?” soal Mak Cik Kesuma Dewi kepada Abang Dani pula.
“Angah pun ok je. Aiman tu kita dah tengok dia macam manakan? Nampak dia boleh masuk dengan keluarga kita. Dhia tu, Angah tak mahulah bagi pendapat. Nanti ada orang jelous,” dijeling ke arah Kak Lin yang menuang air kopi ke dalam cawan. Kak Lin mencubit lutut Abang Dani. Berdekah-dekah ketawa Abang Dani sambil memegang tangan isterinya.
“Chu, Adik?” soal Mak Cik Kesuma Dewi kepada anak kembarnya pula.
“Adik ok je. Kak Dhia tu, kita tengok je lembut tapi brutal tu mak. Kalau mesej ke berfacebook dengan dia macam bukan dengan dia. Macam dengan orang lain. Selain tu dia pandai masak. Kalau tak pandai masakan...” tergantung kata-kata Delila.
“Aaaadddiiiikkk...” potong Abang Dani. Delita dah ketawa mengekek.
“Bukan. Adik nak cakap kalau tak pandai masakan mak berselera nak makan bubur Kak Dhia. Siap oder lagi bubur petang tadi. Nasib Kak Dhia tu jenis memang resepi dah ready dalam kepala. Kira on je. Adik pun dah tau nak masak bubur tu macam mana. Lepas ni mak bolehlah oder dengan Adik,” sambung Delila bermegah diri. Alah baru belajar masak bubur tak seberapa dah kecoh. Memang kaki kecohlah minah sorang ni.
“Tak tahu saje je lah. Tengok tak berganjak dari dapur. Mana Dhia pergi situ kamu ada,” perli Abang Daiz. Semua gelakkan Delila. Muncung sedepa mulut Delila.
“Chu tak nak tambah?” soal Mak Cik Kesuma Dewi bila dilihat Delita dari tadi hanya ketawa.
“Chu? Of courselah Chu ok je. Dua-dua pun Chu suka. Kira boleh join kepalalah. Tu yang best tu. Abang Aiman tu Pak Lawak. Kak Dhia pula Minah Gourgoes. Oklah tu. Chu tak kisah apa-apa as long as they can join the kepala with us. Dah cukup dah,” balas Delita.
“Wah! Chu speaking tu. Dah makin hebat adik Along ni,” puji atau perli? Entahlah Abang Daiz ni.
See the kaki lah,” jawap Delita sambil menunjukkan kakinya kepada Abang Daiz. Semua pun ketawa lagi.
“Diana? Lin? Macam mana dengan kamu? Ok ke? Selesa ke?” soal Mak Cik Kesuma kepada menantunya pula.
“Saya tak ada masalah, mak. Apa keputusan semua saya ikut je,” Kak Diana yang kebetulan baru je melabuhkan pinggul di sisi suaminya menjawap dahulu.
“Saya pun,” jawap Kak Lin pula.
“Ish! Mana boleh macam tu. Kamu berdua pun ahli dalam keluarga ni juga,” Mak Cik Kesuma Dewi kalau boleh tidak mahu akan timbul nanti kemudian hari benda-benda yang tak diingini.
“Betul, mak. Kami ok je. Tengok pun dua-dua sesuai je. Dhia dengan Daim, Dahlia dengan Aiman. Ok dah tu, mak,” jawap Kak Lin lagi.
“Ha'a mak. Alah mak, kalau kami tak suka kami cakap punya,” back up Kak Diana pula.
Dua-dua pun tak kisah tentang apa pun keputusan mak mertua mereka sebab mereka tahu Mak Cik Kesuma Dewi tidak akan memandai nak buat keputusan tanpa penilaian dahulu. Nak, nak yang melibatkan hal jodoh ni. Kak Diana dan Kak Lin dulu, sungguhpun bercinta bagai nak rak tetap juga kena pasrah dengan keputusan Mak Cik Kesuma Dewi.
Dulu diaorang pun lebih kurang macam Dhia kena juga. Tu bila Dhia kena masak bubur petang tadi, diaorang dah senyum-senyum. Yelah sama je situasi Dhia dengan diaorang masa baru-baru nak jadi menantu Mak Cik Kesuma Dewi. Malah lagi teruk dari Dhia kena. Diaorang dulu kalau nak cerita memang sampai bila-bila bab ni tak berganjak punya. Ha nanti tengok jelah, tahu-tahu je nanti rombongan masuk meminang dah sampai. Tu tanda dah diterimalah tu.
Kak Lin pun Mak Cik Kesuma Dewi masuk meminang juga walaupun keluarganya Cina. Tiada langsung isu perkauman. Keluarga Kak Lin pun bukan 100% Cina. Semua dah bercampur-campur dah. Kakak Kak Lin, Kak Mei Mei kahwin dengan orang putih, Abang Kak Lin kahwin dengan orang India. Kak Lin dengan adiknya, Chin Kuan je masuk Islam. Nama Islam Chin Kuan, Muhammad Lokman Chin. Ni dengarnya bakal kahwin dengan orang belah-belah Arab Saudi sana. Kawan chattingnya. Tapi bila tu, entahlah lagi.
“Kalau dah macam tu, kira semua setujulah ye?” semua menganggukkan kepala.
“Kalau dah macam tu keputusan semua, maka dengan ini mak isytiharkan diaorang akan masuk keluraga kita,” akhirnya itulah keputusan Mak Cik Kesuma Dewi.

###
Dr. Aiman tercangkung sana sini memunggah kotak-kotak yang ada. Tergaru kepalanya bila tak jumpa barang yang dikehendaki.
“Kau cari apa, Man? Dari tadi aku tengok kau terbongkok sana terbongkok sini,” tegur rakan serumah Dr. Aiman, Rafiq.
“Aku cari nombor kawan lamalah. Entah mana entah aku letak,” jawap Dr. Aiman sambil memunggah isi beg 'harta karun'nya.
“Weh! Orang cari nombor kawan dalam phone booklah, Bro,” Rafiq terus sandar di daun pintu bilik Dr. Aiman.
“Iye! Sebab aku tak jumpa phone book aku lagilah ni aku duk terbongkok sana sini. Hei! Fiq, dari kau sandar kat pintu tu, baik kau tolong aku cari sekali. Buku 555 warna perak. Ada dalam 3 keping buku tu bercantum,” arah Dr. Aiman.
“Aku pun terlibat sama dalam hal kau ni juga ke?” soal Rafiq lagi
“Ye, kau terlibat. Nanti kalau dah jumpa aku belanjalah kau minum Teh Tarik ke? Roti canai ke? Apa macam ok?” offer Dr. Aiman yang masih 'setia' mengeledah segala macam kotak dalam biliknya. Hai , ni lah bahananya orang suke simpan 'tok nenek' ni.
“Betul ni? Ok, aku tolong,” Rafiq terus masuk dan turut menyelongkar 'harta karun' Dr. Aiman.
Last kau letak mana, Man?” soal Rafiq sambil memunggahkan isi perut kotak kecil. Banyak betul 'harta karun' kawan aku ni. Tiket bas pun dia simpan juga? Hai...
“Korang buat pesta memunggah ke?” soal rakan serumah Dr. Aiman yang lain, Faizal.
“Cari phone book doktor kanak-kanak ni ha,” jawap Rafiq.
“Nak buat apa?” soal Faizal lagi.
“Nak Cari nombor oranglah,” kasar jawapan Dr. Aiman.
“Eh! Tanya sikit pun nak marah. Mehlah aku tolong cari sekali. Kot-kot jumpa ke?” offer Faizal sambil mata melilau memandang kotak-kotak yang berterabur dalam bilik Dr. Aiman.
“Wah! Sejak bila kau ni baik hati ni, Pejal? Bukan ke kau orang paling seksa sekali nak membantu orang?” perli Rafiq.
“Alah sekali sekala aku nak jadi budak baik. Tak salahkan? Ha mood aku tengah baik ni.
Macam mana rupa phone book tu?” soal Faizal.
“Dr. Rafiq, kau tolong beritahu Dr. Faizal kita ni. Aku malas nak cakap banyak kali,” Dr. Aiman terus menarik beg diatas almari bajunya.
“Buku 555 warna perak yang bercantum 3. Dr. Aiman ni cakap, kalau jumpa dia nak belanja Teh Tarik sama Roti Canai, ” terang Rafiq.
“Sudah cukup cantik,” berkobar Faizal mencari phone book Dr. Aiman. Semua tempat di geledahnya. Dr. Aiman hanya mengelengkan kepala dengan kerenah rakan serumahnya. Kalau ada Malik ni lagi riuh suasana.
“Yang ini ke?” Faizal menarik keluar buku yang nampak menarik perhatiannya. Betul-betul terselit di sebuah beg sandang.
“Ha! Buku tulah,” terus Dr. Aiman mengambil buku itu dari tangan Faizal.
“Terima kasih, Pejal,” sambung Dr. Aiman.
Terus diselak satu persatu buku telefon tersebut mencari nombor Dhia. Dan akhirnya jumpa juga.
Ok friend, thank you for your help and now please get lost from my room. Thank you,” arah Dr. Aiman.
“Wah! Dah jumpa dihalaunya kita? Tak adil betul. Tadi kata nak belanja?” protes Faizal.
“Alah, lain kali aku belanja korang ok? Now, aku ada misi penting nak buat,” ditolak kedua-dua rakan serumahnya keluar. Nasib Malik tak ada. Dia balik Kedah. Kalau tak memang kecoh selagi tak belanja minum budak-budak ni.
Dalam rumah ni, 3 orang adalah doktor perubatan. Iaitu, Dr. Aiman, Pakar kanak-kanak,. Rafiq, Doktor Gigi dan Faizal, Doktor plastik surgeri. Sorang lagi, Malik, doktor juga tapi doktor falsafah. Pensyarah di UiTM Seri Iskandar, subjek Teknologi Maklumat. Jiran-jiran semua gelarkan rumah mereka ' Rumah Doktor'. Yelah semua yang duduk dalam tu semuanya doktor. Bukan calang-calang orang.
Dan yang lebih bagus tentang diaorang ni. Umur 30 tahun semua dah memegang jawatan yang agak tinggi. Cuma jodoh je tak tinggi-tinggi. Dalam hal ni, Dr. Aiman lah paling untung sebab dia bakal kahwin dengan Dr. Anggerik Dahlia Muda Hitam A.K.A Kak AD. Yang lain masih mencari lagi. Siapa yang agak-agak nak mencari jodoh tu, jemputlah hantar resume yerk?
Selepas 'menghalau' rakan-rakan serumahnya keluar dari biliknya, Dr. Aiman terus mendail nombor Dhia. Lama ditunggu panggilan berjawap.
“Assalamualaikum...” Dhia memberi salam.
“Wa'alaikumsalam. Fie, aku ni Wan,” Dr. Aiman menjawap salamnya dan terus memperkenalkan dirinya tanpa berlengah.
“Wan? Wan mana yerk?” soal Dhia lembut
“Alah, akulah Nik Aiman. Orang panggil aku Wan sebab aku suka penyanyi Wann tu? Alah, Bakal menantu Mak Cik Kesuma Dewi,” terang Dr. Aiman panjang lebar.
“Ha! Kau, Wan. Ada apa?” kasar soalan Dhia. Bersungguh betul mamat ni nak cakap dengan aku.
“Fie, kau janganlah macam ni. Kasarnya. Bukan dulu kau orang yang sopan ke?” jawap Dr. Aiman.
“Aku kasar orang kutuk, aku sopan orang tak pandang. Baik aku macam ni je. Kasar tak sopan pun tak,” masih tetap bernada kasar.
“Fie, aku tahu kau marah. Aku cuma nak kau jujur cerita dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong. Ok jujurlah aku cakap aku nak sangat tahu apa jadi antara kau dengan Bob? Terkejut tau aku bila dapat tahu dia nak kahwin tapi pengantin perempuan tu bukan dengan kau,” Dr. Aiman tidak dapat menyimpan perasaannya lagi. Malam ni dia mesti tahu juga apa yang dah terjadi antara dua jantina ni.
“Kenapa kau tanya aku? Kenapa kau tak tanya je dengan kawan baik kau tu?” kedengaran rengusan kasar Dhia.
“Dah tanya dah. Dia cakap kau tinggalkan dia. Betul ke?” jawap Dr. Aiman.
Excuse me, aku tinggalkan dia atau dia tinggalkan aku?” kedengaran suara Dhia separuh menjerit.
Relaks, Fie. Relaks. Itu yang aku diberitahu,” jawap Dr. Aiman lagi.
“Ok. Now aku relaks. Boleh kau cerita apa yang mangkuk tu cerita dengan kau?” soal Dhia lagi. Sudah tahap panggil Bob mangkuk, kes berat ni.
“Dia beritahu kau tiba-tiba tak nak jawap SMS dia. Kau cakap kau nak break dengan dia. Kau cakap kau dah ada pakwe lain. Betul ke?” soalan berbalas soalan.
“Nenek dia. Wah! Ikut sedap mulut tempayan dia je nak fitnah aku kan? Peh, geram giler arrrghhh!!!” jerit Dhia dihujung talian. Dr. Aiman dah merengangkan telinganya dari telefon bimbitnya. Gila kentanglah minah ni menjerit.
“Wan, kau nak dengar versi aku pula?” Dhia betul-betul geram dengan bob.
“Takde ar. Aku call kau sebenarnya, aku tak mau tahu pun versi kau? Apalah kau ni? Of courselah nak tahu. Kalau tak bazir jelah bill aku call kau malam-malam hitam pekat likat ni.” tanpa membalas, Dhia pun mencerita segalanya. Bak kata orang dari A to Z.
Now, kau rasa siapa yang tinggalkan siapa?” soal Dhia selepas habis bercerita.
“Bob. Aku tak sangka dia sangup tipu aku. Dari dulu aku cuba cari kau nak tanya hal ni tapi Bob cakap kau dah tukar nombor. Hari ni aku jumpa kau, kau cakap kau pakai nombor lama lagi. Blur aku seminit,” celoteh Dr.Aiman.
“Nak buat apa aku tukar nombor, Wan? No point. Ramai kawan-kawan aku tahu nombor phone aku,” Dhia mempertahankan dirinya.
“Celaka kau, Bob. Padanlah dia susah nak dapat anak sampai hari ni. Padan muka, Bob!Balasan dia lukakan hati kau. Aku minta maaf bagi pihak dia, Dhia,” Dr. Aiman menyumpah Bob.
“Tak ada apa nak dimaafkan. Aku pun dah lupakan pasal hal aku dengan dia. Now, aku gembira dengan kehidupan aku. Aku ada kereta, aku ada rumah, aku ada duit yang sentiasa ada dalam bank aku. Kalau boleh aku dah tak mahu ada kena mengena dah dengan dia, Wan,” suara Dhia kedengaran sebak.
“Tapi korang bercinta sebab aku kan? Aku yang kenalkan korang. Tentu aku rasa bersalah,” kesal Dr. Aiman.
Is ok. Aku malas nak fikir. Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana. Aku redha je, Wan. Aku doakan dia bahagia dengan isteri dia sekarang,” Dhia kedengaran pasrah.
“Fie, aku mintak maaf ok?”
“Dah lah, Wan. Lupakanlah. Hal dah berlalu. Tak payahlah kau nak rasa kesal mesal ni. Tak ada faedah pun,”
“Oklah, Wan aku nak chow dulu. Aku nak tidur dulu. Esok aku nak balik kampung mak aku jumpa opah aku. Selamat malam, Wan. Ha satu lagi. Jaga hati awek kau tu tau? Aku tengok dia sesuai dengan kau,” puji Dhia.
“Hehehe...Of course. Nak pikat dia bukan senang. Perlu banyak kesabaran. Aku pun esok nak bertolak balik Tumpat. Nak bawa dia jumpa mama papa aku. Fie, aku doakan semoga kau mendapat jodoh yang lebih bagus dari Bob,” pengakhir kata dari Dr. Aiman di sambut dengan salam oleh Dhia. Kemudian talian dimatikan.
“Dhia, harap-harap matlamat bakal mak mertua aku untuk satukan kau dengan Daim akan berjaya. Time tu, Daim sure akan bagi kau kebahagian dunia dan akhirat. Aku yakin Daim akan sentiasa setia pada kau dan aku tahu kau akan gembira selalu dengan Daim. Ya Allah semoga Engkau permudahkan urusan bakal mak mertuaku untuk menyatukan mereka. Amin...” Dr. Aiman meraup mukanya selepas berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan urusan Mak Cik Kesuma Dewi.
Jauh disana, Mak Cik Kesuma Dewi tersedak kopi. Kak Lin cepat-cepat menepuk belakang Mak Cik Kesuma Dewi.
“Sapa pulak yang mangumpat ni?” terbatuk-batuk Mak Cik Kesuma Dewi.
“Ish! Ada pulak mak ni. Mak minum sambil sedut nafas memanglah tersedak. Lain kali nak minum ke apa ke jangan sedut nafas. Nanti tersedak. Saluran kat tengkuk kita ni ada dua mak. 1 untuk sedut nafas 1 lagi saluran makanan. Bila mak sedut nafas dan makan or minum secara serentak memanglah tersedak,” terang Abang Daiz yang memang kepakarannya bab makan minum ni. Maklumlah pensyarah subjek Makanan dan Permakananlah katakan.
Sedang Dr. Aiman leka melayan perasaan, handphonenya memainkan lagu Cinta Terakhir. Itu ringtones khas untuk orang tersayang yang menghubunginya. Ni mesti, tak Mama mesti Papa tak pun mesti Misha, adiknya atau yang paling sure sekali mesti buah hatinya Anggerik Dahlia.
“Hello, Assalamualaikum...” bicara Dr. Aiman.
“Wa'alaikumsalam. Tengah buat apa tu?” suara disana berbunyi cukup indah ditelinga Dr. Aiman.
“Tak buat apa pun, Sayang. Tengah tunggu you call I je,” usik Dr. Aiman.
“Aleh. you memang. Kalau I tak call tak adalah you nak call I kan? Sedih je,” suara Kak AD kedengaran merajuk.
“Hahaha...” ketawa Dr. Aiman.
“Oh! Suka you gelakkan? Benci je,” semakin kuat rajuk Kak AD.
“Alah yang you benci-benci nilah yang paling you sayangkan?” duga Dr. Aiman.
“Hehehe...” sengih Kak AD.
“Gelak pulak dia. Tu la, tak baik tau benci-benci kan dah sayang,” galak usikan Dr. Aiman
“Eh! Mana I benci dengan you. Sayang je sentiasa,” Kak AD bersuara manja.
“Tau dah. you dah pack baju ke belum, Sayang?” soal Dr. Aiman sambil menolak segala beg atas katilnya ke lantai. Kemudian direbahkan badannya. Arrrggghhh...Sedapnya dapat baring.
Pack baju? Nak pergi mana?” soal Kak AD kebinggungan. Rasanya tak janji apa pun dengan Dr. Aiman nak piknik di mana-mana.
“La kan esok kita nak balik rumah bakal keluarga mertua you? Lupa ke?” Dr. Aiman yang dah baring dikatilnya menepuk dahinya.
“Esok ke? Ya Allah! Sorry, sayang I betul-betul tak ingatlah. Flight pukul berape yerk?” Dr. Aiman dah mengelengkan kepalanya.
“Dah agak dah. You ni kuat betul perlupanya kan? Esok flight petang tapi dalam pukul 9 pagi I datang rumah you kita pergi KLIA naik teksi,” jawap Dr. Aiman.
“Ha kenapa nak ke KLIA pula?” soal Kak AD lagi.
“Nak saing dengan Misha sekali. Dia pun cuti sekarang ni,” Dr. Aiman menguap sekali.
Oh I see. Umm...oklah kalau macam tu, I pergi pack barang sekarang,” jawap Kak AD.
“Ok nak sayang sikit boleh?” gedik Dr. Aiman.
“Ngada. Muuuaaahhh...love you, Sayang,”
Thank You, sayang. Muuaahhh...love you too, Sayang. Sweet dream,” Dr. Aiman melayangkan flying kiss buat yang tersayang. Panggilan dimatikan. Dr. Aiman tersenyum bahagia. Kemudian terus lelap.
###
“Ya Allah, macam mana boleh lambat bangun pula ni?” terkejut Dr. Aiman bila terjaga dari tidur jam dah pun menunjukkan jam 6:45 minit pagi. Apa lagi terus dicapai tuala bergegas dia ke bilik air. Gedegang pintu bilik air ditutup keras oleh Dr. Aiman. Kelihatan dua rakannya masing-masing sedang bersiap diri untuk kerja.
“Apa hal tu?” soal Rafiq kepada Faizal yang sedang memakai tali leher di cermin kaki di ruang tamu.
“Entah.” jawap Faizal sambil menjungkit bahu.
“Oit! Apasal korang tak kejut aku? Tak pasal-pasal lewat Solat Subuh,” sergah Dr. Aiman kepada mereka berdua sebaik keluar dari bilik air.
“Aku ingat kau uzur tu aku tak kejut tu,” Faizal dah gelak sakan dengan ayat Rafiq.
“Kepala hotak kau berjambul! Aku lelaki mana ada uzur-uzur ni. Orang perempuan adalah. Aduhai...” kepala Rafiq diluku Dr. Aiman.
“Eh! Aku tak cakap pun 'uzur' yang tu. Uzur ni banyak jenis. Uzur tu bererti sakit. Kau yang salah faham. Salahkan aku pula,” dilukunya kembali kepala Dr. Aiman pula.
“Uh! Batal wudhuk aku,” bicara Dr. Aiman selamber.
“Kepala engkau, Man. Lelaki sentuh dengan lelaki mana batal wudhuk! Sekali aku sekeh kepala kau kang.” Rafiq dah berkira-kira untuk menaikkan tangannya di kepala Dr. Aiman. Cepat-cepat Dr. Aiman ke biliknya sambil gelak mengekek. Faizal hanya ketawa je sambil menyapu jem pada roti sebagai sarapan paginya.
Macam-macam lagak orang bujang ni. Ada je yang nak di usik. Nak di cuit. Kalau nak tahu setiap pagi pun macam ni lah keadaanya. Belum lagi segmen gamat satu rumah bila Faizal dan Malik berebutkan tandas pukul 5 pagi tu. Lagi kecoh. Silap-silap jiran sebelah pun boleh dengar.
Usai Solat Subuh, jam menunjukkan jam 7:15 pagi. Alamak dah lambat! Cepat-cepat Dr. Aiman menyalin kain pelekatnya dan mengemas biliknya ala kadar. Diluar bilik kedengaran sunyi sepi. Mesti Rafiq dan Faizal dah ke hospital. Di capai sehelai kertas dan menulis nota ringkas.
Dear My Housemate,
Aku balik Kelantan. Bawa Dahlia jumpa bakal mak bapak mertua dia. Aku balik tak lama 3 hari je. Kalau korang rindu nanti korang roger-rogerlah aku,ok? Hehehe... oklah aku chow dulu. Bye.
Nota kemudian ditampal di peti ais rumah. Tepat jam 8 pagi kedengaran hon teksi yang Dr. Aiman sewa semalam. Terus dicapai beg dan menuju keluar rumah. Dipagar pintu dan gril rumah. Di baca Ayatul Qursi 3 kali dan Surah Al-Ikhlas sekali dan diniatkan dalam hatinya supaya Malaikat memelihara rumahnya dari ganguan Syaitan dan Iblis yang direjam.
Langkah terus diatur ke arah teksi. Terus diberikan begnya kepada pemandu teksi dan Dr. Aiman terus duduk disebelah pemandu. Selepas menyimpan beg didalam bonet, pemandu teksi terus memecut ke rumah Mak Cik Kesuma Dewi.
Sayang, get ready tau? Dalam ½ jam I sampai.
Mesej terus dihantar kepada Kak AD. Sambil menunggu sampai ke rumah Mak Cik Kesuma Dewi, Dr. Aiman berbual-bual kosong dengan pemandu teksi. Topik tak lari. Mesti isu minyak petrol naik lagi. Hari ni surat khbar buat penguguman harga minyak petrol dan minyak tanah naik 10 sen. Hai, lama-lama lepas ni langsung tak ada yang sangup nak bawa kereta. Masing-masing nak berjimat. Nak cut cost. Semua pakat naik bas. Pengusaha bas juga untung. Tokey jual kereta pula gulung tikar.
Terasa sekejap benar dah sampai rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Yelah orang nak bawa balik bakal isteri katakan.
“Abang, tunggu sini jap ye?” pemandu teksi hanya mengangguk sambil tersenyum. Eh! Ada lesung pipitlah.
“Assalamualaikum, mak cik,” Dr. Aiman memberi salam kepada Mak Cik Kesuma Dewi kemudian menyalam tangan tua itu.
“Wa'alaikumsalam,” jawap Mak Cik Kesuma Dewi yang sedang memindahkan pasu-pasu bunganya ke arah matahari.
“Sorang je ke mak cik?” Dr. Aiman berbahasa basi.
“Ha'a. Budak berdua tu dah ke sekolah. Ada sukan katanya. Eh! Mehlah naik dulu. Dahlia tengah bersiap tu,” pelawa Mak Cik Kesuma Dewi sambil naik ke serambi rumah.
“Eh! Tak apalah mak cik. Lain kali ye mak cik? Abang teksi dah tunggu.” sopan jawapan Dr. Aiman. Yelah nak bodeklah katakan.
“Oh! Dah sarapan dah?” soal Mak Cik Kesuma Dewi sambil menuang air ke dalam cawan.
“Dah tadi mak cik. Makan roti je,” bohong Dr. Aiman. Yelah mana nak sempat nak kejar masa nak sarapan lagi. Terkejar-kejar semua. Bahana bangun lambat pagi tadi.
“Tak mengapalah kalau macam tu. Ni jemput minum air kopi,” disuakan secawan air kopi kepada Dr. Aiman. Terus Dr. Aiman menyambar cawan kopi tu. Kalau kopi buatan Mak Cik Kesuma Dewi memang Dr. Aiman tak tolak punya. Kaw bin pekat likat. Manis pula manis-manis buah. Memang terangkatlah siapa yang minum air kopi Mak Cik Kesuma Dewi kalah Kopi Kapal Api.
“Dahlia, Aiman dah sampai ni,” jerit Mak Cik Kesuma Dewi.
“Kejap,” jerit Kak AD balik.
“Keluo kang bawa bekalan tepi peti ais tu sekali,” jerit Mak Cik Kesuma Dewi sekali lagi.
Sementara menunggu Kak AD keluar, Dr. Aiman sempat bertanya tentang kesihatan Mak Cik Kesuma Dewi. Kira bajet baiklah konon. Caring maring ni.
“Mak, yang ni ke?” Kak AD keluar sambil membawa beg pakaianya dan seplastik beg warna pink.
“Ha'a” bungkusan plastik bertukar tangan.
“Ni ikan pekasam. Buah tangan mak cik pada mak kamu,” Dr. Aiman mengambil beg plastik sambil senyum. Makan ikan pekasamlah aku malam ni. Nyam...nyam...
“Mak, kami minta diri dulu ye?” pinta Kak AD selepas Dr. Aiman bermain isyarat mata dengannya.
“Ye mak cik, kami minta diri dulu ye? Takut sampai KL lambat pula,” Dr. Aiman pula bersuara.
“Ha yelah. Aiman jaga anak dara mak cik ni baik-baik. Macam mana kamu ambil dia tanpa cacat cela macam tulah masa kamu pulangkan nanti. Faham?” Dr. Aiman menelan air liur mendengar nada suara bakal mak mertuanya berunsur amaran.
“Insyallah mak cik. Saya cuba,” balas Dr. Aiman.
“Apa pula cuba-cuba? WAJIB!!!” keras nada Mak Cik Kesuma Dewi. Tersentak Dr. Aiman. Mak aii...garangnya!
“Ok...ok...mak cik,” tergagap jawapan Dr. Aiman.
“Mak, kakak minta diri dulu yerk?” Kak AD bertindak meredakan keadaan. Disalami tangan Mak Cik Kesuma Dewi dan kemudian dia mencium kedua-dua belah pipi maknya. Dr. Aiman mengigil menyalami tangan Mak Cik Kesuma Dewi.
Mak Cik Kesuma Dewi hantar mereka berdua sampai ke teksi. Kak AD menghulurkan beg bajunya kepada pemandu teksi untuk di simpan. Dr. Aiman terus duduk di sebelah pemandu dan Kak AD dibahagian tempat duduk belakang. Pemandu teksi terus menghidupkan enjin dan membunyikan hon sekali tanda mohon diri. Kak AD dan Dr. Aiman melambai Mak Cik Kesuma Dewi dari dalam tingakap.
Ya Allah peliharalah anak gadisku dari cubaan hawa nafsu manusia. Amin.
Doa Mak Cik Kesuma Dewi selepas teksi yang dinaiki anak gadisnya hilang dimata.
Didalam teksi, tahap gigil Dr. Aiman masih belum surut sepenuhnya walaupun dia berbual dengan pemandu teksi. Fuh! Pertama kali nampak muka Mak Cik Kesuma Dewi garang macam tu. Siapa tak kecut. Biasakan karektor Mak Cik Kesuma Dewi ni jenis yang soft-soft punya mak cik. Tapi tadi Cik Author buat Mak Cik Kesuma Dewi garang daaa... Hello Dr. Aiman, ingat senang ke nak lepaskan anak dara kita jauh-jauh? Banyak songeh!
Kak AD mengambil kesempatan ini untuk melelapkan matanya. Semalaman dia tak tidur. Kecut perut memikirkan apa yang bakal dilalui 3 hari mendatang ni. Macam-macam perkara bermain dibenaknya. Adakah keluarga Dr. Aiman akan menerimanya? Bagaimana dengan penerimaan mama Dr. Aiman? Boleh ke nak sesuaikan diri dengan keluarga Dr. Aiman?
“Dahlia, bangun sayang. Kita dah sampai KLIA dah,” kejut Dr. Aiman, lembut.
“Dah sampai?” terkebil-kebil mata Kak AD yang baru bangun tidur. Dr. Aiman hanya mengangguk. Kak AD terus keluar dari dalam perut kereta.
“Terima kasih ye, Bang?” bicara Dr. Aiman sambil menghulurkan wang sewa teksi kepadanya.
“Sama-sama. Nanti nak balik bolehlah call abang. Ni kad abang,” dihulurnya kad perniagaannya kepada Dr. Aiman.
“Insyallah,” balas Dr. Aiman sambil senyum. Kemudian pemandu teksi tadi terus bergerak pulang.
“Jom. Misha tunggu kat dalam,” ajak Dr. Aiman. Mereka melangkah beriringan dengan Dr. Aiman mengalas begnya dan memegang beg Kak AD.melilau mata Dr. Aiman mencari Misha.
“Abe...abe...sini,” seorang gadis melambai kepada mereka.
“Ha, tu pun Misha,” tunjuk Dr. Aiman. Kak AD dah mula tidak keriuan. Terasa nak beraklah pula.
“Mano tudong mu? Terbe mano?” tegur Dr. Aiman bila melihat Misha free hair.
“Tak do gi mano. Sini jo. Sajo nunjuk rambut baru. Molek dok?” dilayangkan rambutnya di depan Dr. Aiman.
“Molek gi mu paka tudung. Mace Kak Dahlia mu,” Dr. Aiman menunjuk ke arah Kak AD. Kak AD hanya senyum.
“Kak Dahlia?” Misha terus menolak abangnya ke tepi dan dia menerpa kepada Kak AD.
“Ha'a. Misha kan?”
“Lawolah kak ni. Paka make up dok?” soalan apalah yang dituju Misha ni. Pening kepala Dr. Aiman.
“Mu ni, lawolah. Muka neutral ja. Dok mace mu. Plastik! Make up sano sini,” back up Dr. Aiman.
“Aleh! Abe, goyak ke ma.” ugut Misha.
“Goyaklah. Tak do sapo nak laye mu, Misha. Tiket mano?” Kak AD dah buat muka blur. Apa diaorang cakap ni? Dah kenapa muka macam orang tak 'sihat' je masing-masing. Muka macam nak gaduh je.
“Nah,” Misha menghulur kepada Dr. Aiman. Mukanya masam mencuka.
“Lo ni mu gi paka tudung sekare. Kalo dok, rambutmu abe keraq” ugut Dr. Aiman.
“Yeloh. Kak Dahlia, ikut Misha deh,” Misha terus menarik Kak AD ke bilik air sama. Kak AD dah resah semacam. Mana aku faham bahasa kelantan ni. Gilalah!
Dalam bilik air, Misha terus membuka sweertesnya untuk memakai tudung. Astagfirullah! Dia pakai tube je? Gilalah Misha ni. Gomel Kak AD bila melihat baju yang Misha pakai. Dia sendiri pun tak pernah nak 'jejak' baju-baju macam ni walaupun lama dekat England dulu.
“Akak, doh lamo ke kena Abe Aiman?” soal Misha sambil membetulkan tudungnya.
“Misha boleh cakap bahasa melayu standard tak? Akak tak fahamlah,” pinta Kak AD. Misha hanya tergelak.
“Akak dah lama ke kenal dengan Abang Aiman?” ulang Misha dengan pengunaan bahasa melayu standard
“Maaflah. Lama dah, dekat 6 tahun dah. Kenal masa belajar kat England dulu,” cerita Kak AD.
“Tak apa, biasalah kami ni. Kalau dah tersebut bahasa Kelantan tu susah nak reverse balik. Hehehe...nanti akak sampai rumah kitaorang nanti, akak jangan bimbang ok? Kat rumah kami cakap bahasa melayu standard sebab mama dan papa bukan orang Kelantan pior. Kami je adik beradik lahir sana. Tu kadang-kadang bahasa Kelantan kami pun terabur. Hehehe...” cerita misha pula sambil ketawa dan mengenakan swertesnya kembali.
“Ha bukan orang Kelantan pior? Dah tu mama dan papa korang orang mana?” soal Kak AD. Tak silap Dr. Aiman just beritahu dia orang kelantan je. Bab yang lain tu dia tak amikport sangat.
“Ha'a kak, mama anak Mami Penang. Nanti akak tengok kami adik- beradik, semua hidung terpatuk dan muka macam hidustan sikit. Hehehe. ayah pula orang Negeri Sembilan. Walaupun dah bertahun duduk Kelantan, mama dengan papa stay guna bahasa utara. Kadang-kadang boleh pening bila orang dengar mama dan papa berbual. Hahaha...” Misha ketawa bila mengenangkan kisah keluarganya. Mereka jalan keluar dari tandas wanita.
“La ye ke? Tapikan, nama korang semua ada 'Nik' kan?” soal Kak AD lagi. Banyaknya pasal Dr. Aiman yang dia tak tahu. Padahal dah bertahun kenal dia.
“Nik tu, memang nama keturunan kak. Macam mana nak cerita ye? Eh! Jap ye kak,” Misha berhenti seketika bila ada mesej yang masuk ke dalam handphonenya.
“Kak, abang ajak lunch dulu. Flight kita pukul 3 petang kang. Dia cakap dia dah kebulur,” ajak Misha. Kak AD dah gelak.
“Kenapa gelak?” soal Misha.
“Tak ada apa. Tadi mak akak ajak sarapan dia nolak,” jawap Kak AD dengan gelak yang bersisa.
“Abang tu memang macam tu, penyegan tak sudah. Dah jom kak,” dipimpin lengan Kak AD ke arah cafe. Dr. Aiman dah melambai kepada mereka.
“Lamo mu duo gi tandas. Jaoh sangek ka?” soal Dr. Aiman kepada Misha.
“Aloh! Pisoh kejak ja doh bimbe. Tokseh bimbe la. Orge dok bawo lari pon,” balas Misha. Kak AD yang tak faham hanya duduk bertentangan dengan Dr. Aiman.
“Buke pasa pisoh kejak ke dok. Lo ni kisah lapa pahe dok? Tunggu mu duo kebulur abe,”
“Yelah. Oda doh?” soal Misha.
“Belum gi. Tunggu mu duo orge la baru oda,” terang Dr. Aiman.
“Panggilah orge oda. Abe baye?” soal Misha lagi.
“Yelah Cik Nik Mishainani Nik Yusof,” Misha senyum sumbing. Dr. Aiman terus memanggil waiter untuk mengambil pesanan.
Soalan Kak AD tergantung disitu sahaja. Mereka membuat pesanan dan makan lunch tu sebelum bergerak ke ruangan solat.
Usai solat, mereka menunggu di depan Balai Berlepas. Tak lama selepas tu, 2:30 petang, kedengaran penguguman Kapal Terbang ke Kota Bahru diumumkan menyatakan penerbangan akan berlepas dalam masa setengah jam. Mereka pun check in dan menuju ke dalam perut Kapal Terbang.

No comments: