~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Thursday, November 11, 2010

Calon Menantu Mak - Bab 3


Bab 3


            Syukur alhamdullilah Daim boleh keluar hospital pada keesokan harinya. Mak Cik Kesuma Dewi terasa mahu melakukan kenduri doa selamat sekali kenduri tahlil buat arwah suaminya.  Selepas pulang dari hospital Mak Cik Kesuma Dewi terus balik ke rumah bersama dengan Abang Daiz sekeluarga untuk menukar pakaiannya yang dah berbau “masim”. Delila dan Delita menemani Daim. Abang Dani selepas menghantar Kak Lin di rumah dia terus masuk ke opis kembali. Kak AD macam biasalah dah ditempatkan di unit kecemasan apa lagi bertugas dan terus bertugas untuk masyarakat.

Selepas mandi dah Solat Asar.  Mak Cik Kesuma Dewi meminta Abang Daiz mengantarnya ke Pasaraya Giant si kawan Nobita dalam cerita doremon tu..hehehe..gurau je…

“Daiz, kamu turunkan mak dekat Giant ye? Mak nak beli barang sikit. Ingat malam esok nak buat kenduri doa selamat dengan kenduri arwah ayah kamu,”

“Mak nak pi Giant mana?” tanya Abang Daiz.

“Giant mana lagi Giant kat Tambun nun sudah le,” balas Mak Cik Kesuma Dewi.

“Ok. Tapi mak Daiz tak dapat nak temankan mak, Daiz nak ke rumah Diana. Nanti apa pula kata orang tua Diana kalau kami tak singgah ke sana alang-alang di sini,” nada suara Abang Daiz berbaur kecewa.

“Eh tak apa. Kamu hantar mak je sudah nanti nak balik nanti mak saing dengan Dahlia. Nanti sampaikan salam pada mertua kamu.  Ajak sekali ke kenduri kita esok malam.  Boleh le jumpe. Lame beno idak jumpe Si Mesah dengan Hamid,”

“Ha ye la mak.  Nanti Daiz sampaikan,” balas Abang Daiz ringkas.

“Kang drive baik-baik.  Ingat kamu tu ada isteri ada anak-anak.  Kalau tak sayang anak isteri bawa le laju-laju. Bior lambat asal selamat,” ceramah A.K.A nasihat Mak Cik Kesuma Dewi.  Bukan pada Abang Daiz je tapi pada semua anak-anaknya.  Tidak terkecuali.

“Baiklah Puan Kesuma Dewi binti Kechik. Buah hati pengarang jantung. gunung meletup,” berpatah-patah balas Abang Daiz.

Perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama pun dalam 5 minit perjalanan je kalau naik kenderaan. Tapi kalau jalan kaki mau peluh ketiaklah juga. Abang Daiz hanya singgahkan Mak Cik Kesuma Dewi di tepi jalan.  Kemudian Selepas dipastikan Mak Cik Kesuma Dewi telah selamat masuk ke dalam ‘perut’ Pasaraya Giant barulah Abang Daiz meneruskan perjalanannya.

Tanpa berlengah terus Mak Cik Kesuma Dewi capai trolley kemudian terus ditolak ke bahagian makanan basah. Satu demi satu dicapainya. Semua dicongak-congak mengikut menu;

1.      Sayur kangkung, cili padi, belacan bawang merah, bawang putih dan sedikit ikan bilis untuk masak sayur kangkung masak belacan.

2.      Ikan kayu masin, nenas, santan dan kunyit hidup untuk masak gulai nenas ikan kayu.

3.      Ayam 2 kilo untuk masak ayam goreng.

4.      Udang, cili kering, bawang merah, bawang putih dan petai untuk masak sambal udang petai.

“Oh cukup-cukup la menunya Puan Kesuma Dewi. Tau la terror bab masak memasak tapi kang membazir kang. Membazirkan amalan syaitan? Dosa tau,” Cik Author marah ni.

“Hehehe…sori ye Cik Author. Al-maklumlah nak tunjuk skill resepi,” sengih Mak cik Kesuma Dewi.

Hai payah kalau watak suka memasak ni.

Sedang elok-elok ambil semua barang keperluan baru Mak Cik Kesuma Dewi teringat yang dia belum mengeluarkan duit dalam bank. Dalam tangan ada RM 100 je baki duit pencen arwah Pak Cik Muda Hitam yang diambilnya minggu lepas. Nak bayar apa dengan RM 100 ni. 

“Ni pun mahu lebih seratus juga ni. Baik aku keluar duit dulu,” monolog dalaman Mak Cik Kesuma Dewi.

Diletaknya trolly tadi ketepi. Pantas langkah Mak Cik Kesuma Dewi ke arah deretan bank di luar kawasan Giant. Terjengah-terjengah Mak Cik Kesuma Dewi mencari ATM Bank Simpanan Nasional. Ha tu dia.

Terkedik-kedik ibarat itik Mak Cik Kesuma Dewi berjalan menuju ke mesin ATM Bank Simpanan Nasional.  Tiba-tiba hati Mak Cik Kesuma Dewi rasa semacam.  Langkahnya diberhentikan.  Terasa seperti di ekori.  Ditolehnya kebelakang.  Kelihatan dua orang remaja lelaki dibelakangnya masing-masing galak bersiul dan memandang ke kiri dan ke kanan.  Di pandang kembali ke depan.  


Disedapkan hati bahawa tiada apa-apa.

Mak Cik Kesuma Dewi pun mengambil queue di ATM.

“Ramailah pulak Umat Muhammad yang beratur ni. aduhai…sejuklah daging ayam segala mende tok nenek ni,” ngomel Mak Cik Kesuma Dewi sambil di kerlingnya jam tangannya. Di tolehnya ke belakang. Kelibat dua remaja tadi sudah tiada. Fuhhh lega…

Sampailah giliran Mak Cik Kesuma Dewi pula. Selesai mengeluarkan sejumlah wang pencen arwah suaminya. Mak Cik Kesuma Dewi terus memasukkan kesemua wangnya ke dalam handbag pemberian Kak Diana 2 tahun lepas. Jangan main-main di import khas tu dari England...hehehe...Kemudian Mak Cik Kesuma Dewi terus menuju ke trolley yang ditinggalkan di tepi.  Tiba-tiba Mak Cik Kesuma Dewi dilrempuh kuat dari belakang. Tersungkur ke depan Mak Cik Kesuma Dewi dibuatnya. Orang yang merempuh Mak Cik Kesuma Dewi tadi dengan sepantas kilat terus menyambar handbag Mak Cik Kesuma Dewi. Bila Mak Cik Kesuma Dewi cuba melawan salah seorang daripada mereka menendang kuat badan Mak Cik Kesuma Dewi dengan kakinya. 2 kali!  Sungguh kureng ajar.  Mereka terus berlari selepas memperlaku kejam kepada Mak Cik Kesuma Dewi.

Mak Cik Kesuma Dewi di R.A.G.U.T!!!

“Tolong...Tolong…Peragut…Tolong,” jerit Mak Cik Kesuma Dewi.

“Woi!!!” berlari seorang gadis ke arah peragut tadi.

 Direntapnya kolar baju salah seorang daripada peragut tadi. Jatuh terlentang Si Peragut tadi. Rakan Si Peragut tadi yang mempunyai nilai persahabatan yang tinggi telah menerpa ke arah Si Gadis dengan menghempuk handbag Mak Cik Kesuma Dewi ke belakang Si Gadis.  Habislah jahanam handbang mak Cik Kencana Dewi dikerjakan. Si Gadis tadi pun menyentap tangan Rakan Si Peragut.  Dikuak lentangkan Rakan Si Peragut.  Terpelanting rakan Si Peragut. Bangun Si Peragut untuk menyerang Si Gadis. Dengan pantas Si Gadis menendang Si Peragut tepat di perut. Tergolek Si peragut menahan sakit. Rakan Si Peragut ingin menuntut bela buat Si Peragut. Lantas dia bangun sambil mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluar jeannya. Oh tidak!!!! PISAU….

Si Gadis menunjukkan riaksi konon-konon terkejut.

“ha takut…takut…,”Rakan Si Peragut mengajukan pisau kea rah Si Gadis.
“Oh really? Eleh..Tak takut pun. Meh la masuk…meh,” Si Gadis sudah menyiapkan kekudanya.

“Berani kau kan perempuan,”

Rakan Si Peragut berlari ke arah Si Gadis sambil menghunuskan pisaunya ke arah Si Gadis. Telan air liur Si Gadis dengan keputusan nekad Rakan Si Peragut. Alamak macam ni. somebody help me. I tak kahwin lagi.

“Jangan bergerak.  Letakkan senjata ke bawah.  Anda telah dikepung,” tiba-tiba entah daripada segerombolan anggota polis memenuhi kawasan tempat kejadian pencak silat berlaku.

Rakan Si Peragut tidak jadi untuk terus maju ke arah Si Gadis.  
Kaku dengan tindakan itu.



“Jatuhkan senjata anda. Letakkan tangan di atas kepala,” arah salah seorang anggota polis tersebut dengan tangan siap sedia dengan sepucuk pistol.

Dengan pantas Si Peragut dan Rakan Si Peragut menaikkan tangan ke kepala. Pisau tadi di campak ke tepi.  Memang muka cuak la masing-masing.  Si Gadis menarik nafas lega.  Fuhh…Selamat nyawa makcik. Thank you abang polis.

“Oppss…banyaknya orang,” ngomel Si Gadis melihat ke sekeliling.  
Baru dia perasan aksi tadi di lihat oleh umum.



Kedua-dua penyamun tarbus tadi telah pun di selesaikan oleh pihak polis. Si Gadis tercegat di tepi. Macam ada yang tak kenalah.  Oh ye. Mak cik tadilah.  Bergegas Si Gadis menuju ke arah Mak Cik Kencana Dewi yang masih terjelepuk di atas lantai. Dibantunya Mak Cik Kesuma Dewi untuk bangun.

“Mak cik ok? Ada cedera di mana-mana ke?”

Mak Cik Kesuma Dewi yang masih terpegun dengan aksi tadi hanya mampu memandang Si Gadis dengan pandangan “Oh My Superlady”.

“Oh nanti jap.  Mak cik nak handbag kan? Tunggu jap yerk?” Si Gadis terus beralih dan mengambil hangbag Mak Cik Kencana Dewi yang baik punye parking di bawah gondola baju.

"Nah mak cik,” mesra Si Gadis menghulurkan kepada Mak Cik Kesuma Dewi.

Mak Cik Kesuma Dewi hanya mampu mengangguk.

“Terima kasih sebab membantu melengahkan masa sehingga kami sampai,” salah seorang daripada anggota polis tadi. Anggota yang lain sudah membawa keluar ke dua-dua peragut tadi.

“Eh takde hal punye.  Tanggungjawab bersama tuan,” Si Gadis berkira-kira mungkin dihadapannya ini seorang yang berpangkat tinggi berbanding dengan anggota yang lain. Sebab pakaiannya lain sikit dari anggota polis biasa.

“Tak ramai gadis yang mampu buat sepertimana tadi. Tahniah, cik…”

“Dhia.  Dhia Lutfiyah. Ala tuan, kecik punya hal.  Kebetulan tahu serba sedikit ilmu mempertahankan diri bolehlah membantu mereka yang memerlukan,”

“Betul…betul…betul…baguslah kalau semua gadis macam Cik Dhia bolehlah kurangkan kadar jenayah yang berlaku kepada gadis-gadis diluar sana,” senyum mengoda pula la polis ni.

“Oh ye mak cik ok?”

Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk.

“Mak Cik perlu ke balai polis untuk buat laporan ye? Cik Dhia pun perlu ke balai buat keterangan,” tegas tapi mesra pegawai polis ini bersuara.

Kedua-dua hanya menganguk.

“Kalau bergitu kami minta diri dulu. Jumpa di balai,”

“Okey,” simple balasan Dhia.

Pegawai polis tadi hilang dari mata mereka berdua.

“Mak cik kita ke balai yerk?”

Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk. Dhia memimpin tangan Mak Cik Kesuma Dewi. Dhia dapat rasakan tangan tua itu mengigil semahunya. Mesti fobia ni. Dhia mengengam erat tangan Mak Cik Kesuma
Dewi. Tidak akan dilepaskan tangan tua itu hingga sampai masanya.



Sampai di tempat parking kereta, dia dengan pantas membuka keretanya dengan mengunakan sensor alarm. Di bukakan pintu sebelah kiri pemandu untuk Mak Cik Kencana Dewi. Di pimpin Mak Cik Kesuma Dewi ke dalam isi perut kereta. Ditutp pelahan pintu kereta. Cepat-cepat Dhia beralih ke tempat pemandu. Menutup pintu.

Menjadi kebiasaan Dhia akan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Ayatul Kursi sekali dan doa masuk kenderaan sekali sebelum memusing tayar kereta diungkap kalimah Bismillah. Sebagai pelindung dari segala kecelakaan. Mak Cik Kesuma Dewi hanya memerhatikan ke hadapan.  Fikirannya tidak dapat dirasionalkan buat masa ini.  Masih terlalu takut dan masih terlalu terkejut dengan keadaan yang berlaku ke atas dirinya tadi. Di peluk handbagnya dengan sekuat hati. Dhia hanya memerhatikan Mak Cik Kesuma Dewi dengan ekor matanya. Kasihan.

Sesampainya di balai, Dhia cuba untuk menenangkan Mak Cik Kesuma Dewi.  Kalau Mak Cik Kesuma Dewi terus-terusan sepi macam ni pun payah juga keterangan nak di ambil. Dhia menghulurkan sebotol air mineral kepada Mak Cik Kesuma Dewi. Di usap-usap belakang badan Mak Cik Kesuma Dewi.

Alunan zikrullah dan potongan ayat suci Al-Quran Nur Karim di tiupkan ke telinga Mak Cik Kesuma Dewi. Perlahan-perlahan Mak Cik Kesuma Dewi meneguk air mineral yang di beri Dhia. Dhia meminta Mak Cik Kesuma Dewi beristighfar banyak-banyak kepada Allah. Bergerak bibir Mak Cik Kesuma Dewi diperhatikan. Alhamdullilah.

“Jom mak cik kita ke dalam.  Kita buat report,” pujuk Dhia kembali.

Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk lemah.

“Oh ye, nama mak cik apa ye?” pancing Dhia supaya Mak Cik Kesuma Dewi bersuara.

“Kencana Dewi Binti Kechik,” simple dan padat.

Dhia hanya mengangguk.

Mak Cik Kesuma Dewi keluar dan terus ke balai.  Dhia membontoti Mak Cik Kesuma Dewi.

Selesai membuat laporan polis.  Dhia mengofferkan dirinya untuk menghantar Mak Cik Kesuma Dewi pulang ke rumah.  Nampaknya Mak Cik Kesuma Dewi sudah mampu tersenyum. Dhia memegang tangan tua Mak Cik Kesuma Dewi. Terasa panas dan berbahang. Terus di rasa tengkuk dan dahi Mak cik Kesuma Dewi.

“Badan mak cik panas ni.  Kita ke klinik ye?”

“Eh! Mak cik x apa-apa,”

“Ish tak boleh ni.  Nanti melarat pulak.  Saya rasa mak cik ni demam terkejut ni,”

“Tak apalah anak mak cik pun doktor nanti mak cik minta dia tolong tengok sakit mak cik,” Mak Cik Kesuma Dewi mengengam erat tangan Dhia sebagai tanda dia tiada apa-apa.

“Saya risau la,” berkerut dahi dhia.

“Jangan risau ye Dhia. Mak cik ok,” diusapnya bahu Dhia.

“Ha ok la kalau macam tu.  Jom saya hantar mak cik balik. Rumah mak cik kat mana ye?” mereka jalan beriringan menuju ke kereta Viva Dhia.

“Dekat-dekat sini je. Di Kampung Tersusun.”

“Yang depan Mc’D tu kan? Kan selekoh depan ni kan?”

“Ha betul la tu,”

“Ok…ok…jom mak cik kita gerak sekarang. Dah agak lewat ni. Saya pun tak Solat Asar lagi mak cik. Ummm…boleh saya tumpang solat rumah mak cik?” gaya Dhia tak ubah seperti budak-budak nak mintak maknya belikan mainan.

Mak Cik Kesuma Dewi hanya tersenyum, “boleh apa salahnya.”
            
        Dhia tersenyum panjang. Di bukakan pintu buat Mak Cik Kesuma Dewi. Kemudian di pandu kereta kecilnya menghala ke jalan besar. Sepanjang dalam perjalanan Mak Cik Kesuma Dewi lebih banyak bercakap daripada sebelumnya. Dhia menarik nafas lega. Syukur Alhamdullilah Mak Cik Kesuma Dewi sudah mahu bersuara. Yeeepppyyy…

            Macam soalan Mak CIk Kesuma Dewi tanyakan pada Dhia. Semuanya di jawap dengan penuh sopan oleh Dhia. Mana yang dirasakan lucu Dhia hanya ketawa.

            “Ha Dhia, depan sikit tu rumah yang warna kuning cair itulah rumah mak cik. Sini Dhia pandu perlahan sikit ye? Budak ramai main tepi jalan ni,”

“Ok mak cik,” Dhia memandu keretanya perlahan menuju ke rumah Mak Cik Kesuma Dewi.

            Dhia memparking keretanya betul-betul di hadapan rumah Mak Cik Kesuma Dewi. Ketika Dhia membuka pintunya Mak Cik Kesuma Dewi telah awal-awal membuka pintu tempat duduknya. Tiba-tiba selepas menutup pintu Mak Cik Kesuma Dewi hilang keseimbangan badan.

Eh…eh…mak cik…ok tak ni? sempat Dhia menangkap badan Mak Cik Kesuma Dewi yang serdehana besar tapi beratlah jugak.

            “Mak cik terasa peninglah Dhia,” Mak Cik Kesuma Dewi memegang kepalanya.
            “Itu la mak cik saya offer nak bawa pi klinik mak cik tak mahu. Takut saya tengok keadaan mak cik macam ni. Ni kat rumah ada orang tak?,” sempat lagi minah ni bebelkan Mak Cik Kesuma Dewi.

            “Ish Dhia ni mak cik dah la sakit kepala ni.  
jangan banyak bercakap boleh tak?”


            
           “Bukan macam tu mak cik. Saya ni risau nak tinggalkan mak cik sorang-sorang kalau tak ada orang nak temankan mak cik. Kunci rumah mana?” Dhia terasa bersalah terus di alaihkan topik  kepada kisah kunci rumah pula. Dipimpinnya Mak Cik Kesuma Dewi ke kerusi rotan diluar rumah.

            “Dalam handbag ni. Carilah,” dihulur handbangnya kepda Dhia. Tercengang Dhia. Dipandangnya muka Mak Cik Kesuma Dewi.

            “Ha jumpe tak?. Selup je dalam handbag tu,” soal Mak Cik Kesuma Dewi.

            “Mak cik serius ke nak saya buka handbag ni?” Dhia menyoal kembali.

            “La tak buka lagi? Kalau dah tak amik kuncinya macam mana nak masuk dalam rumah ni Dhia?”

            “Bukan apa mak cik, mak saya tak pernah ajar saya buka handbag orang,” terang Dhia.

            “La…Dhia…Dhia…buka je la,” makin bertambah pening kepala Mak Cik Kesuma Dewi dengan perangai Dhia.

            Dhia dilemma, “saya buka ni mak cik?"

            “ha,” ringkas arahan Mak Cik Kesuma Dewi.

            “Saya buka ni,” Soal Dhia kembali.

            “Iye le Dhia. Buka je le. Pengsan kang mak cik depan rumah ni,” tahap tension Mak Cik Kesuma Dewi dah mai dah. Ada aku luku kepala budak ni kang.  Baik…baik sungguh datangkan blur…blur habis.

            Mengigil tangan Dhia membuka handbag Mak Cik Kesuma Dewi. Al-maklumlah anak yang mendengar kata la katakan. Dulu memang dah dididik oleh maknya jangan buka handbag orang sebarangan. Dulu pernah adik Dhia, Safuan membuka handbag mak mereka sebab nak cari kunci kereta. Teruk Safuan kena bebel. Sejak tu Safuan tak berani lagi dah nak buka handbag mak mereka walaupun atas arahan ayah dan mak mereka.

Ok now back to the story. Diselupkan tangannya ke seluruh daerah dalam handbag Mak Cik Kesuma Dewi. Ahak…dah jumpa dah. Ditayangnya kunci rumah tu depan Mak Cik Kesuma Dewi.

“Ha apa lagi. Cepat la buka. Mak cik nak termuntah dah ni,” arah Mak Cik Kesuma Dewi.

Eleh potong betul la Mak Cik Kesuma Dewi ni.  Baru nak tayang kehandalan menyelongkar handbag orang. Hehehe…cepat-cepat Dhia membuka pintu. Apasal banyak sangat kunci ni. Sangkut lak.  Aduhai…

Dalam terkedik-kedik Dhia membuka kunci rumah sekali Mak Cik Kesuma Dewi muntahlah pulak. Dhia dah geli geleman.  Memang Dhia ni ada alergik sikit pada orang yang muntah.  Sure Dhia pun terasa nak muntah. Dipercepatkan lagi tangan nak membuka kunci rumah dan akhirnya berjaya… hurray…

Selapas berjaya membuka kunci rumah.  Dhia terus meluru naik ke dalam rumah.  Target utama toilet. Melilau mata Dhia mencari toilet. Ha tu dia. Sampai je di toilet terus dimuntahkan segala isi perut yang ada. Tertonggeng-tonggeng Dhia muntah. Dah lega isi perut, Dhia bertakaful depan toilet. Kemudian baru disedari Mak Cik Kesuma Dewi masih diluar rumah. Terus Dhia berlari ke luar rumah. Aiyok…banyaknya muntah.

“Oppss…sori mak cik. Saya tak tahan nak termuntah tadi. So saya pi la muntah dulu. Sori ye mak cik,” Dhia melangkah muntah Mak Cik Kesuma Dewi.

“Hai la Dhia. Patut la mak cik tengok Dhia dah hilang. Ingatkan ke mana rupenye pi muntah. Awat hang tak boleh tengok ohrang muntah ka cik oii,” lembik lonyoh Mak Cik Kesuma Dewi.

“Hehehe…sori mak cik. Meh kita ke dalam,” di pengang erat lengan Mak Cik Kesuma Dewi untuk dibawa masuk ke dalam.

“Mak cik nak pi bilik air la. Terasa nak muntah je lagi,”

“Ha ok mak cik,” Dhia terus memimpin Mak Cik Kesuma Dewi ke bilik air.

Di biarkan Mak Cik Kesuma Dewi di dalam bilik air. Dhia menarik pintu bilik air. Sengaja di tarik pintu tu supaya dia pun tak terdorong untuk muntah sama.

Tiba-tiba tiada lagi suara Mak Cik Kesuma Dewi dari dalam bilik air. Hai pengsan ke? Dhia dah berkira-kira seorang diri.

“Mak cik ok tak?” Tanya Dhia sambil menolak daun pintu. Tiada jawapan. Dhia menolak dengan lebih luas. Dilihat Mak Cik Kesuma Dewi dah lembik dilantai bilik air.

“Ya Allah mak cik,” Dhia meluru masuk ke dalam bilik air.

“Dhia…mak cik dah tak larat dah lagi,”

“Tu la mak cik saya ajak pi klinik tak mahu. Ni badan mak cik dah panas sangat dah ni. kita pi klinik nak?” pujuk dia sambil mencangkuk depan Mak Cik Kesuma Dewi.

“Mak cik dah tak larat dah nak ke sana ke mari Dhia. Nanti Dahlia balik mak cik suh dia tengok-tengokkan mak cik,” sayu je bunyi suara Mak Cik Kesuma Dewi.

“Hai macam mana ni. Umm tak pa la mak cik mandi dulu yerk? Meh saya mandikan. Nanti kang mak cik rehat ok?” cadang Dhia.

Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengangguk lemah. Dhia terus membuka pakaian Mak Cik Kesuma Dewi. Di siramnya badan Mak Cik Kesuma Dewi dengan air dari kolah dengan perlahan. Mengigil badan Mak Cik Kesuma Dewi. Di sabun badan Mak Cik Kesuma Dewi bersih-bersih.  
Mak Cik Kesuma Dewi hanya memandang setiap perbuatan Dhia.





Dalam hati Mak Cik Kesuma Dewi hanya Allah yang tahu. Dalam diam rupanya Mak Cik Kesuma Dewi menilai Dhia. Sungguhpun Dhia seorang yang lurus dalam sesetengah benda tapi Dhia cekap dalam beberapa hal lain. Kalau di buat menantu ni padan ni dengan Si Daim.

“Mak cik bangun sikit ye.  Saya nak lap badan sikit,” Dhia mengelap badan Mak Cik Kesuma Dewi dengan tuala yang dicapai ampaian bilik air. Entahlah tuala siapa. Bedal je la labu.

Selepas siap mengelap badan Mak Cik Kesuma Dewi, Dhia mengenakan kain batik ke badan Mak Cik Kesuma Dewi. Tuala pula di letakkan diatas bahu Mak Cik Kesuma Dewi. Tutup la sikit. Tak la seksi sangat. Hehehe…
Dipimpin Mak Cik Kesuma Dewi ke dalam biliknya. Sedang Dhia memakaikan Mak Cik Kesuma Dewi pakaian yang baru dan bersih azan Maghrib pun kumandang. Dhia menepuk dahi. Tertinggal asar aku.

“Mak Cik rehat dulu ok? Saya nak pi solat jap,” kata Dhia selepas meletakkan Mak Cik Kesuma Dewi di atas katil.

“Dah azan ke? Mak cik pun nak solat juga,” Mak Cik Kesuma dewi bangun dari tempat pembaringannya.

“Ha ye la. Meh saya bawa mak cik g amik wudhuk,” diangkatnya sekali lagi Mak Cik Kesuma Dewi ke bilik air. Sesudah selesai di bawa kembali Mak Cik Kesuma Dewi ke biliknya. Dipakaikan siap-siap telekung pada Mak Cik Kesuma Dewi.

“Mak cik larat diri tak? Kalau tak larat diri mak cik solat duduk je la,”

“Mak cik solat duduk je la Dhia. Tak larat nak berdiri terasa pening sangat. Tak mengapa Dhia pi je amik wudhuk kang terlepas lak Solat Maghrib. Asar dah terlepaskan? Kang Qada’ balik,” balas Mak Cik Kesuma Dewi.

Dhia berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Ya Allah Engkau sucikan lah tubuh anggotaku dari kekotoran. Selepas berwudhuk Dhia menuju ke bilik Mak Cik Kesuma Dewi. Di lihat Mak Cik Kesuma Dewi telah selesai bersolat. Dibantu Mak Cik Kesuma Dewi membuka telekungnya. Di bawa Mak Cik Kesuma Dewi di atas katil.

Dhia terus menunaikan rukun islam ke-2 itu dengan penuh tertib dan tawaduk. Mak Cik Kesuma Dewi hanya memandang perilaku Dhia. Alhamdullilah. Detik hati Mak Cik Kesuma Dewi.

Usai Solat Mahgrib dan qada’ Solat Asar, Dhia lihat Mak Cik Kesuma Dewi sudah melelapkan mata. Terus Dhia beralih ke dapur. Di carinya beras untuk membuat bubur nasi. Kemudian di carinya bahan-bahan lain di dalam peti sejuk.

Dibasuhnya beras dengan bersih sambil berselawat kepada Nabi. Kemudian dilebihkan air dan ditanak atas dapur gas. Sambil menunggu beras menjadi kanji, Dhia memotong sayur lobak merah dan kacang panjang halus-halus kemudian di asingkan sebelah. Dihiris halus bawang merah, bawang putih dan halia. Di ambilnya ikan bilis lantas di kopek untuk dibuat tahi-tahi ikan bilis. Di basuh kemudian di tumpuk kasar bersama cili padi. Sesudah beras menjadi kanji dia masukkan ke semua lobak merah, kacang panjang dan sedikit garam  ke dalam kanji dan ditambah sedikit air. Dibiarkan mereneh sendiri. Dapur sebelah, di panaskan kuali untuk menumis ikan bilis. Bila kesemua dah siap, Dhia ambil dulang dan meletakkan bubur, air suam dan juga panadol yang dijumpai di dalam peti ais. Jadilah buat alas perut dan buat tahan sakit sementara tunggu Kak AD balik.

“Mak cik…bangun mak cik. Kita makan sikit. Ni saya ada buatkan bubur dan bawakan panadol buat mak cik ni. bangun ye mak cik,” Dhia mengejutkan Mak Cik Kesuma dewi.

Mak Cik Kesuma Dewi membuka matanya, “Mak cik tak terasa nak makan la Dhia.”

“Makan la sikit mak cik. Lepas tu makan panadol ni kemudian rehat. Ok,” Dhia terus memujuk Mak Cik Kesuma Dewi.  Tapi Mak Cik Kesuma Dewi hanya mengelengkan kepala.

“Sikit pun jadilah mak cik. Risau saya dengan keadaan mak cik. Makan sikit yerk?” Dhia tetap memujuk. Kali ni sudah bersiap-siap untuk menyudukan bubur untuk disuapkan ke mulut Mak Cik Kesuma Dewi.

Mak Cik Kesuma Dewi terpaksa mengaku kalah. Perlahan-lahan diangkatkan badan bersandar di kepala katil. Di telanya setiap sudu bubur yang disuapkan Dhia. Ummm…boleh tahan. Sedap juga. Pandai masak budak ni. Dalam pada tak lalu makan tu habis juga semangkuk bubur. Dhia tersenyum. Kemudian dihulur air suam, Mak Cik Kesuma Dewi meneguk sekali. Dhia hulur panadol, Mak Cik Kesuma Dewi telan. Alhamdullilah. Tak la susah mana jaga orang tua ni. pandai main psikologi sikit sure cair punye. Hehehe..

“Tak apalah mak cik rehat ye saya nk ke dapur basuh pinggan ni,” Dhia menarik selimut ke dada Mak Cik Kesuma Dewi.

Dhia terus berlalu ke dapur. Sedang asyik membasuh pinggan tiba-tiba Dhia mendengar orang memberi salam. Alamak ni mesti anak-anak Mak Cik Kesuma Dewi dah balik. Dhia panik mencari tudungnya. Dicapainya tuala yang digunakan untuk mengelap badan Mak Cik Kesuma Dewi tadi. Ahhh…apa nak buat ni. otak Dhia blur 3 saat.
            Kelam kabut Dhian ke depan. Menyerah diri lebih baik dari dituduh menceroboh.

           
“Assalamualaikum…” tersentak semua yang ada di ruang tamu.





            “Wa’alaikumsalam…” Kak AD menjawap. Kemudian Kak AD terus ke luar rumah dan tak lama lepas tu dia masuk kembali.

            “Cik ni siapa? Saya rasa ni rumah mak saya,” sambung Kak AD.

            “Ha’a rumah mak cik kesuma la ni,” balas Dhia.

            “Awak buat apa kat rumah kami ni?” Abang Dani pula menyoal.

            “Bergini ceritanya…”

Dhia terus menceritakan apa yang terjadi kepada Mak Cik Kesuma Dewi dari A sampai Z. Terbeliak biji mata semua. Kak AD dah berlari ke bilik Mak Cik Kesuma Dewi. Agaknya nak memeriksa suhu badan Mak Cik Kesuma Dewi kot.

            Delita dan Delila dah terduduk di sofa. Abang Dani dan Kak Lin tercengang.

            “Awak tunggu sini saya nak tengok mak saya jap,” Abang dani terus menari tangan Kak Lin menuju ke bilik Mak Cik Kesuma Dewi. Delita dan Delila membontoti abang Dani.

            Dhia mengangguk kemudian terus duduk di sofa ruang tamu.

Selang 10 minit Abang Dani kembali ke ruang tamu, “terima kasih sebab sudi tolong mak saya. Agaknya kalau tiada cik tak tahu la apa yang terjadi.”

“Eh…tak apa. Kebetulan saya pun ada kat tempat tu so saya tolong la mana yang patut. Mak cik tido ke?” soal Dhia.

“Dahlia tengah periksa mak. Rasanya tak ada apa-apa. Maybe mak demam terkejut agaknya.” Jawap Abang Dani kemudian duduk berhadapan dengan Dhia.

“Maaf boleh tahu nama cik?” soal Abang Dani.
“Saya Dhia Lutfiyah.”

“Kerja mana ni?”

“Saya kerja kt Cyberjaya. Balik kampung 3 bulan sekali.”

“Oh I see…kampung kat mana?”

“Mak kampung kat Bt. 7 Parit ayah pula kat Sungkai. Now mak ayah dah duk Melaka balik ni sebab ziarah opah kat kampung,” panjang lebar Dhia menjawap.

Sedang asyik berbicara lagu Cinta Terakhir dendangan Aiman bersuara. Segera Dhia capai handbagnya dan menjawap panggilan. Abang Dani hanya mendengar butir bicara Dhia.

“Maaf saya terpaksa minta izin pulang dulu. Mak saudara saya dah call tanya dimana,”

“Ha ye la. Tak mahu jumpa mak dulu ke?” ringkas jawapan Abang Dani.

“Ha nak jumpa la ni. Tapi nak tumpang Solat Isyak boleh ke?”

“Eh! Boleh silakan. Masuk bilik Delita dalam tu ada sejadah dan telekung. Nanti saya minta Delita bentangkan sejadah.”

“Terima kasih,” Dhia terus berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Usai Solat Isyak, Dhia terus bersiap untuk pulang.

“Terima kasih kak. Kalau tak ada akak tadi agaknya entah apa dh jadi pada mak.” Delita memeluk Dhia.

“Eh! Tak apa…tak apa…kita hidup ni kan kena tolong menolong. Now akak tolong mak cik esok lusa mak cik pula tolong akak.” Dhia mengusap belakang badan Delita.

“Boleh kami nak mintak nombor phone akak? Nak terus keep in touch,” Delila menyampuk.

“Boleh…bak mai kertas akak tulis,”

Delila terus menghulurkan kertas kepada Dhia. Dhia tulis nombor phone, email dan juga alamat Facebooknya. Kemudian dihulurkan kepada Delila.

“Ok lah akak nak balik ke ipoh ni. Nanti insyallah kita jumpa lagi ok?”Dhia memeluk erat Delila dan Delita.

Sebelum pulang Dhia berjumpa dengan Mak Cik Kesuma Dewi.

“Mak cik, saya dah nak balik ni. Dah lewat malam dah ni,” Dhia ,mohon untuk pulang.

Mak CIk Kesuma Dewi hanya mengangguk, “Terima kasih ye Dhia sebab tolong mak cik siang tadi. Nanti balik drive kereta baik-baik.

Dhia salam dan cium tangan Mak Cik Kesuma Dewi di ikuti kemudian bersalaman dengan Kak AD dan Kak Lin. Semua mengucapkan terima kasih. Dhia jadi blusher pipi. Semua pakat hantar Dhia ke luar rumah.

             Selamat Dhia berada di dalam perut kereta, Dhia membunyikan hon tanda selamat tinggal.

No comments: