~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Saturday, November 6, 2010

aPa YaNg pEnTiNg KeRjAsAmA

salam n really gud morning to all,

Pada pagi sabtu ni... Che Ezaitie bersiaran langsung dr rumah mak sedara Che Ezaitie di Chemor, Perak. Che Ezaitie balik sbb nk tempah baju..ni la tailor baju Che Ezatie dari dulu hingga kini...paling Che Ezaitie suke le..hehehe...

Ok entry hari ni Che Ezaitie nak becerita tentang "apa yang penting kerjasama" macam lagu wonder pets tu...

pada entry yang lepas Che Ezaitie ada cakap Che Ezaitie mybe akan bz cikit...now barulah Che Ezaitie berkesempatan kembali ke cni...

Che Ezaitie bz sebab bahagian Che Ezaitie akan handel 1 big event.  mmg memerlukan tenaga kerja ramai... masalahnya bahagian Che Ezaitie 2 x ramai orang...tapi atas usaha beberape kerat orang alhamdullilah semuanya ok...

apa yang Che Ezaitie nk story mory kt cni adalah tentang konsep kerjasama. dalam menjayakan sesuatu program atau event atau kerja atau tugasan, konsep kerjasama amat diperlukan bagi memastikan kelancaran sesebuah progaram tersebut. tapi sayangnya x semua memahami akan konsep ni. pada Che Ezaitie konsep ini x perlulah kita terlampau protokol dan mementingkan sangat kasta serta darjat kedudukan kita dalam sesebuah organisasi. x salah andai kita sama-sama turut serta bg menjayakan sesebuah program itu. inikan tanggungjawab kita bersama. kalo terlalu mementingkan semua itu bagaimana sesebuah program dapat dijayakan? bagaimana sesebuah program itu dapat berjalan lancar? bagaimana kita dapat mencapai kata muafakat? inilah tanggungjawab kita bersama. ha tengok Che Ezaitie dah tekankan 2 kali dh pasai soal tanggungjawab. janganlah kita mudah nak mengomen sesuatu kerja yang patut menjadi tanggunjawab bersama tapi disebabkan darjat dan kasta kita melepaskan tangan atas tanggungjawab tersebut. x salahkan kita merendahkan martabat kita untuk sama-sama mengambil kerusi atau meja atau menyusun segala keperluan program. x salah kalau kita sama-sama bersila dilantai menyiapkan kertas aturcara majlis.  x salah kalau kita sama-sama turun padang mempercepatkan proses....

dalam mengendalikan program sila make sure segala preparetion dilakukan 2 or 3 bulan lebih awal.  jangan dah suntuk baru nak buat ibarat dah nak terkucil baru nak mencari tandas.  itu namanya menempah maut!!! tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan sesebuah program. segala segi haruslah di ambil kira. dari soal sekecil2 kuman hinggalah sebesar2 virus... antara aspek yang boleh di ambil kira adalah seperti :

  1. Sebelum Program
  • Tujuan - ini adalah untuk memastikan tujuan sebenar sesebuah program.
  • Bajet- ini pun amat diperlukan bagi memastikan sumber kewangan kita mencukupi untuk melaksanakan        program ni.
  • Target - ini adalah dalam memastikan jumlah jemputan yang hadir dan jugak tujuan program tercapai.
  • Surat / Kad Edaran - surat untuk jemputan dan tujuan program pun hendaklah diprosit 2 bualn sebelum program.
  • Sasaran Jemputan - golongan yang menjadi sasaran utama kita agar kita tidak dikatakan memberikan atau mengadakan sesuatu program untuk golongan yang tidak bersesuaian.
  • Pembetukan Tugas - ini adalah part yang paling penting.  ni adalah untuk memastikan kita tidak terkejar2 dalam melaksanakan tugasan masing2.
  • Keperluan - makan minum, pamplet, kerusi meja, alat tulis, PA sistem, projector, kaunter pendaftaran, tempat program, tempat makan, meja VIP (andai ada VIP) ,bekalan air mineral, arah tuju ke tempat program, kawasan parking kenderaan,usher, pengacara program, penceramah, dan senarai jemputan VIP (jika ada).
    2.   Semasa Program ( 2 ke 3 jam sebelum program);
  • Alas perut  - make sure perut kita di isikan terlebih dulu supaya kita lebih bertenaga untuk bekerja.
  • Kehadiran - datanglah lebih awal supaya kita akan lebih bertenang sebelum program.
  • PA Sistem - check kesemua PA Sistem sekali lagi untuk mengelakkan ganguan ketika program berlangsung.
  • Kaunter Pendaftaran - set up meja kaunter pendaftran dengan segala keperluan yang diperlukan oleh peserta / jemputan program seperti senarai kehadiran, pamplet dan alat tulis.
  • Makanan - kalau program yang dikendalikan menyediakan makanan dan minuman make sure katering yang kita lantik datang 30 minit sebelum masa untuk breakfast, morning-tea-break, lunch, afternoon-tea-break, dinner dan supper.
  • Kakitangan - pastikan kakitangan yang dipertanggunjawabkan berada pada posisi yang betul seperti di kaunter pendaftaran, tempat makan minum dan tempat PA sistem. 
    3.   Semasa Program (berlangsung);
  • Pengacara - pastikan cukup tenang. jika kita terlampau nervous kita akan cenderung untuk menuturkakan perkataan yang salah dan ini akan mencacatkan perjalanan program.
  • Jemputan VIP - pastikan jemputan VIP ini dialukan2kan dan berada di tempat yang ditetapkan
    4.   Selepas program 
  • kemas - kemas kembali semua perkakas / peralatan yang sudah di gunakan.
  • post-mortem - ni adalah untuk memastikan tujuan, target kita tercapai. segala kecacatan atau kesilapan yang kelihatan dapat diperbaiki pada masa akan datang.
in the same time jangan malu untuk meminta bantuan dari rakan sekerja yang lain. jika kita malu 1 hapah pun x akan terjadi. jangan angkuh dengan rakan sekerja dengan cara mengarah2 mereka dan anda menjadi mandor. x baik cara kerja bergitu. kita kalau nak minta tolong dengan orang kita haruslah iklas dan bersedia menerima setiap kritikan untuk kebaikan program. tapi janganlah terlampau sangant mengkritik nanti terasa pulak pengelola program. berpada-padalah dalam mengkritik hasil kerja orang lain. kita boleh memberikan pendapat tapi kenalah terima hakikat dalam memberikan pendapat tidak semua pendapat akan diterima oleh pengelola program.

post mortem selepas majlis juga amat penting dalam memastikan semua tugasan or kesilapan dapat di kenalpasti. biasanya post mortem akan dilakukan oleh pengelola program atau bos yang paling besar...hehehe...

rasanya sampai disinilah dulu kisah untuk entry kali ni... Che Ezaitie harap sgt janganlah salah guna kuasa anda untuk kepentingan diri sendiri, jangan mudah putus asa dalam melaksanaka  program, jangan mudah mengkritik hasil kerja orang len, janganlah terlampau mengerah tenaga orang lain sedangkan anda selaku pengelola program hanya membatu memeluk tubuh dan mengarah tenaga orang lain... semua tu x baik tau...dosa tau...

ok sehingga kita berjumpe lagi..daaa.....

No comments: