~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, October 26, 2010

Calon Menantu Mak - Bab 1

Bab 1


           “ Kamu ni handsome, kacak, bergaya, maskulin, segak, kemas, trampil, badan tegap..tapi sikit punya susah perempuan nak lekat ape he?” Mak Cik Kesuma Dewi telah memulakan operasi.
            Macam ni keadaannya setiap kali kalau Daim balik ke teratak tinggalan arwah ayahanda terchenta Pak Cik Muda Hitam. Niat di hati nak merehat-rehatkan tulang menulang selepas berhempas pulas berkerja.  Gaya macam membanting padi hari-hari kan?
            Bukan tak ada perempuan yang nk berkawan dengan Daim. Ada. Bukan sikit pulak tu tapi berdozen.  Uih tak la sampai berdozen tapi kira laku la jugak Daim ni di mata kaum Hawa.  Dari dalam kem sampailah luar kem.  Dari orang awam sampailah penjawat awam.  Semua nak berkenalan dengan Daim.
            Bukan Daim terlampau memilih tapi biasanya semua pilihan Daim pasti akan di kenakan “Tapisan Kecekapan Menguruskan Rumahtangga” yang akan di hoskan sendiri oleh Mak Cik Kesuma Dewi. Ada je yang tak melepasi tahap piawaian yang di tetapkan Mak Cik Kesuma Dewi. Ada je yang tak kena di mata orang tua ni.
Kata Mak Cik Kesuma Dewi setiap menantu perempuan semunya harus tahu masak, mengemas, menjahit, pandai tawan hati mak mertua, pandai kawal anak-anak, harus tahu berhias diri dan paling penting harus ada semua elemen yang dikehendaki dalam Islam iaitu harta, rupa, keturunan dan agama.
            Mak Cik Kesuma Dewi tidak mengharapkan semua menantunya cekap dalam hal-hal seperti ini tapi sekurang-kurangnya harus tahu.  Alasan paling kukuh Mak Cik Kesuma Dewi cukup senang. Kalau tahu semua perkara asas tidaklah asal sikit mengupah orang.  Air tangan isterikan pengikat sebuah rumahtangga.  Tapi memang ada betul pun.  Mak Cik Kesuma Dewi baik cuma sedikit cerewet dalam memilih menantu.  Tak pernah lagi menantu-menantu Mak Cik Kesuma Dewi, Kak Diana dan Kak Lin merungut pasal Mak Cik Kesuma Dewi pada suami masing-masing.  Bukan takut tapi mereka sendiri selesa dengan Mak Cik kesuma Dewi walaupun kadang-kadang terasa pedas mendengar kata-katanya.
            Menjadi kebiasaan pun Kak Diana dan Kak Lin akan mempelajari resepi baru dari Mak Cik Kesuma Dewi.  Macam pertua di kongsi bersama cara-cara nak menawan tekak dan perut suami masing-masing.  Itu la pasal perut Abang Daiz membesar umpama belon. Nasib la Abang Daiz ni bukan tentera macam Daim kalau tak maunya lunyai badan nak berkawad setiap hari. 
Abang Daiz Hamizey  A.K.A Along adalah abang sulung Daim (memang la panggil along dah nama pun sulung…haiyak) merupakan suami kepada kak Diana atau nama sebenar Nur Lady Diana (kak Diana cakap masa mak dia mengandungkan dia, mak dia suka tengok rupa Mendiang Lady Diana tu pasal nama dia, Nur Lady Diana ) serta bapa kepada 3 orang anak buah Daim iaitu Syuhaidah, Balqis dan Muaz.  
Bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Johor Bahru. Mengajar pelajar-pelajar istimewa dalam jurusan Pengurusan Hotel dan Katering.  Seorang yang sangat penyabar tu pasal Abang Daiz mampu mengajar orang pekak dan bisu. He…he…he... Kak Diana pulak bertugas sebagai Guru Tadika Kemas di Bandar Masai.  So kira memang diaorang ni pasangan yang cukup prefectlah sebab dua-dua kena menahan sabar yang amat sangat. Tapi Alhamdullilah diaorang di kurniakan anak-anak yang sihat dalam segala aspek terutama Muaz. Fuhhh dia punya lemak boleh buat BBQ oooo.
Suami Kak Lin pula abang ke-3 Daim, Abang Aidil Dani Fitri A.K.A Alang. Dalam  adik beradik nama Abang Dani je panjang. Mengikut sejarah mak lahir Abang Dani petang hari raya aidilfitri tu pasal nama Abang Dani ada Aidil dan Fitri.  Dani pulak sebab mak nak sume anak-anak dia ada nama berhuruf ‘D’. 
Sorang Ustaz di PERKIM. Tu pasal Abang Dani boleh jumpa Chenta Hati Pengarang Jantung dia sekarang ni iaitu Kak Lin atau nama sebenarnya Sofea Lin Ling Binti Abdullah. Kak Lin ni pulak dulu dia ni setiausaha tapi lepas dia kahwin dengan Abang Dani dia jadi suri rumahtangga sepenuh masa  sebab nak fokus pada family dan nak belajar agama Islam dengan lebih mendalam.
Tapi baru-baru ni dengar kata sejak akhir ni Kak Lin buat perniagaan Kuih Bulan versi Halal. Peh dia punye tahap kesedapan memang tak hengat la.  Semua ni pun bermula lepas menunggu hampir 3 tahun untuk di kurniakan cahaya mata masih belum dimakbulkan Allah. Jadi mak pun suggest Kak Lin berniaga kuih Bulan ni.  Kak Lin memang pandai buat Kuih Bulan. Ye la china muslim tentu la pandai buat Kuih Bulan.  Tak apa la at least kak Lin ada juga kerja dari dia duk melanggok je kat rumah.
“ Oh tergolek mak aku jatuh tangga…” upps terlepas pulak melatah anak teruna sorang ni.  Cepat-cepat Daim beristighfar.  
“ Wah sedapnya bunyi kamu melatah.  Siap doa mak jatuh tangga lagi. “ sebuah lagi kusyen hinggap ke batang tubuh Daim.
“ Ampun mak beribu-ribu ampun sembah patik harap di ampun.  Bukan nak doakan mak jatuh tangga tapi dah Daim tengok tangga tu fikir tangga je tadi. He…he…he...  Mak jangan marah ye? Nanti kalau mak marah-marah tak cun la.” Ayat nak memujuk tak hengat si Daim ni.  Adik-beradik kembar bersaudara perempuan dia dah gelak sakan bila Mak Cik Kesuma Dewi baling sebuah lagi kusyen pada Daim. Kemudian terus naik ke rumah.
“Apa gelak-gelak? Baling kusyen ni kang baru tau.” Daim mengagah kusyen ke arah adik kembarnya.
“ Alah Achik ni gelak pun tak boleh.  Siapa suruh berangan time mak buka kedai bandel air liur. Padan la muka Achik.” Betah Delila yang tinggi sikit dari saudara kembarnya Delita.  Umur baru je masuk 13 tahun tapi badan macam budak tingkatan enam.  Besar tinggi.  Al-maklum la ikut saiz arwah abah. Sekali dengar macam pelik kan nama diorang ni? Macam nama Nata De Coco kan? He…he…he... Nama penuh Delila ialah Delila Ayuni Binti Muda Hitam. Sorang lagi namanya Delita Khairani Binti Muda Hitam. 
Di lahirkan sebagai kembar seiras.  Tak ada siapa boleh cam mana satu Delila mana satu Delita termasuk la kami adik-beradik dan arwah ayah kecuali mak.  Ye la mak mana tak kena anak kan? 9 bulan 10 hari dalam rahim mak.  Tapi dua kembar ni lahir tak cukup bulan. 7 bulan je.  Terpaksa keluarkan awal sebab salah seorang dari diaorang ni dah terbelit tali pusat.  Nasib la dapat di selamatkan walaupun arwah ayah cakap muka dah biru-biru kurang oksigen.  Memandangkan diaorang ni besar gabak maka diaorang taklah duduk + bermalam dalam inkubator.
Daim ada sorang je kakak tapi kakak dia ni belajar ilmu perubatan di India. Tak silap tahun ni baliklah. Tapi entah bilalah agaknya. Rasanya patut dah balik dah.  Namanya Angerik Dahlia.  Klasikkan nama tu? Arwah isteri Tok Anjang yang bagi nama tu. Tapi kami adik-beradik tak panggil nama tu kami panggil kak AD.  Short form untuk Angerik Dahlia.  Walaupun mak dengan arwah abah suruh panggil Angah.  Orangnya peh memang ayu giler la. Nama pun nama bunga of course la ayu macam bunga juga. 
Menjadi kebiasaan Daim dan Kak AD akan menjadi mangsa Mak Cik Kesuma Dewi untuk soalan-soalan cepuk emas.  Siapa dapat jawab dengan tepat akan mendapat jongkong emas dari Mak Cik Kesuma Dewi.  Tapi Kak AD selalu je ada alasan. Study lagi la, nak kerja dulu la, nak balik Malaysia dulu lah. Jawapan yang paling play save. Jadi yang paling menjadi mangsa adalah Daim.
“Dah la Achik kita orang masuk dulu lah.  Cakap dengan Achik bukan dapat hasil.  Berangan je pandai.  Makin tua makin menjadi angan Mat Jenin Achik tu.”
Daim yang tersentak, “ wah korang pun nak jadi macam mak ye? Nah amik kau. Padan muka. Ha…ha..ha.”
“Aduh! Apa ni Achik. Baling-baling kusyen lak. Report mak kang baru tau.” Delita mengaduh.
“ Aleh, baru kena sikit dah beraduh bagai. Harap badan je beso tapi antibodi kureng memberangsangkan. Nah amik kau paduan serangan Achik.” Daim melantar sebuah kusyen lagi pada Delita.
“ Maaaaakkkkk… tengok la Achik ni kacau kitaorang. Kitaorang tak kacau dia pun.” Laung Delila pula.
“ Ha jerit la kuat lagi. Mak dah jenuh tengok Achik dah. Dah 27 tahun dah mak tengok Achik.” Kali ni Daim bertindak mendekati Delila dan Delita sambil mencapai segala kusyen di kerusi.  Satu di kepitkan bawah ketiak. Satu lagi di buat perisai dari Delila dan Delita.
Perang kusyen pun bermula.  Tak cukup dengan kusyen di ruang tamu habis kusyen ruang tengok televisyen menjadi sasaran.  Bergelempangan kusyen di sana sini.  Bergelak ketawa tak ingat dunia. 
Mak Cik Kesuma Dewi yang hilang sejak tadi hanya mampu mengelekkan kepala mendengarkan keriuhan suara di ruang atas rumah. 
“Lantak la.  Diaorang tak kemas nanti baru aku menyinga.”  Getus hati Mak Cik Kesuma Dewi.
Sekali…
“ Woi! Korang bertiga dah tak ada kerja ke nak buat? Main kusyen dah kenapa? Patah hidung akak kang.”
Daim, Delila dan Delita tergamam bila kusyen yang di baling tadi mengenai tepat batang tubuh manusia di depan pintu.
Kemudian…
“ Kak AD…” berlari anak Delila dan Delita bila mengencam susuk tubuh di depan pintu.
Daim masih kaku seribu bahasa.  Ye ke ni kakak aku apasal  kurus gila orang tua ni. Ngomel hati Daim.  Sesekali di garu kepala yang tidak gatal.
“Ha Achik, akak pun kamu dah tak cam ke?” Dahlia melepaskan pelukan Delila dan Delita.  Sambil melangkah ke arah Daim.
“ Apa hal bersepah rumah ni kau orang buat? Mak mana?”
            Mata Dahlia meliar melihat sekeliling rumah mencari Mak Cik kesuma Dewi sambil mengutip setiap kusyen yang bersepah di rumah tamu dengan Delila dan Delita.
            Tetiba Daim meluru lari ke arah Dahlia
            “ Ouch! Achik, kau dah kenapa cubit Akak ha? Ni korek-korek lubang hidung orang ni dah kenapa? Sepak kang?” Daim terus meng”explore” setiap inci muka Dahlia.
            “ Ye ke ni Kak AD?”
            “Akak la ni. Sakit la Achik.” Meraung Dahlia.
            “ Ye ke?”
            Delila dan Delta lihat Daim macam nak ‘makan’ Kak Ad. Meluru Delila menarik lengan Daim dari terus memeriksa setiap inci tubuh Dahlia. Delita segera berlari ke belakang mencari Mak Cik Kesuma Dewi.
            “ Maaaakkkk..maaaakkkkkk…” laung Delita.
            “ Aduh pekak telinga mak la adik dengar suara macam halilintar. Nak apa? Jangan nak membaling kusyen pula dekat sini.  Mak pelupuh kang.”
            “ Mak…Achik kerjakan Kak AD, mak.  Habis semua lubang hidung, lubang mata Kak AD Achik korek.” Terang Delita sambil termengah-mengah.
            “ ha…ha…ha..” Gelak Mak cik Kesuma Dewi.
            “ Nape mak gelak pula ni? Kak AD dh separuh nyawa dah tu..”
“Dah adik jangan nak main-main la kakak kamu tu baliknya 23/1 nanti..”
Sambil menepuk kepala, “ Mak hari ni la 23/1. Kak AD dah ada kat ruang tamu nun. Dah sepruh nyawa kena sesah dengan Achik.”
Mak Cik Kesuma Dewi memandang muka Delita tidak puas hati. Berjalan laju dia ke meja dapur. Melihat kalendar kuda terpaku indah di situ. Delita membontoti Mak Cik Kesuma Dewi.
“ ha kan betul hari ni 23/1 mak?” senyum bangga Delita bila jawapannya benar.
Mak Cik Kesuma Dewi ibarat dipukau hanya diam je memandang kalendar dan juga muka Delita.
“ Maaakkkk…aaaadddikkkk…apa hal lagi tu mari la tolong Chu tarik Achik ni ha.  Makin menganas dah ni. “ jerit Delila dari atas rumah.
Terkejut Mak Cik Kesuma Dewi dan Delita mendengar suara halilintar Delila.  Mereka merenung muka masing-masing. Kemudian ibarat orang baru tersedar sesuatu terus dia orang berlari anak menaiki tangga ke ruang tamu. Naik terlondeh kain batik Mak Cik Kesuma Dewi. Nasib la Mak Cik Kesuma dewi memang cekap bab-bab mengawal kainnya dari terlondeh.
Sampai di ruang tamu.  Mak Cik Kesuma Dewi lihat Daim dan Dahlia dah macam bergusti. Daim dekat dgn Kak AD, kak AD tolak Daim.  Delila dan Delita dah ke arah abang dan kakak mereka mahu meleraikan mereka.
“ Astagfirullah… dah kenapa kamu ni Daim?” Tampar Mak Cik Kesuma Dewi.
Terpaku Daim. Hamik kau.  Bukan senang Mak Cik Kesuma Dewi nak bagi penampar agung kecuali zaman sekolah dulu.  Rasakan kau.  Kak AD dah mengaduh sakit dan menyorok belakang Mak Cik Kesuma Dewi sekali dengan Delila dan Delita yang memegang lengan Kak Ad.
“ Kamu nak bunuh kakak kamu ke Daim?”
Sambil mengosok pipi, “ Daim nak make sure dia ni betul-betul Kak AD ke x? Mak teguk la sikit punye kering macam ni Kak AD? Kak AD tu gebu gebas mak boleh buat bantal peluk. Ni kering macam hantu jerangkung je dah.”
“ Sengal kau Achik panggil akak hantu jerangkong? Kau tu macam la handsome sangat…”
“ Memang pun handsome..” Potong Daim.
“ Perah santan punya adik. Muka macam tapir ada la.” Balas Dahlia sambil memegang dagunya.
“ Eh Cik Perempuan, kalau saya ni muka macam tapir awak pun sama jugak tau kalau awak ni kakak saya.”
“ kau ni kan..” jari telunjuk Dahlia menunding ke muka Daim.
Daim main acah-acah macam mahu mengigit tangan kering tu. Tapi di halang Mak Cik kesuma Dewi.
“ ish…sudah…mak cakap sudah la..” umpama referee gelanggan bola sepak tangan Mak Cik Kesuma dewi.
“Achik yang mula dulu mak.  Bukan Kak AD…” bela Delila dan Delita. Dahlia buat muka kerek.
“ ha bela-bela orang asing…” balas Daim sambil mendabik dada.
Perang mula balik. Bila nak berakhir kalau terus macam ni.
“ Daim..Delila…Delita…mak dah kenapa ni? Gamat Along dengar dari luar?” terconggok Abang Daiz dengan kak Diana di muka pintu meminta penjelasan.
Semua mata memandang ke arahnya. Entah bila la masanya Abang Daiz dan Kak Diana ada di situ sampai semua orang tak perasankan mereka
“ Ha Dahlia, bila kamu sampai? Siapa ambil kamu kat KLIA? “  tegur Abang Daiz bila melihat Kak AD.
“ Along yakin ke mak cik sekor tu Kak AD?” sangkal Daim. Dia tetap dengan pendapat dia yang di depan matanya bukan Kak AD.
“ Apa pulak tak yakin. Dah tentu-tentu ni Kak AD korang sebab dia ada tanda lahir besar kat tangan kanan dia.  Mak yang lahir of course la mak tahu. ” Balas Mak Cik Kesuma Dewi.
“ Ye ke? Meh nak tengok…”
Terus di tolak badan Mak Cik Kesuma Dewi ke tepi.  Terus dicapai tangan Kak Ad dan secara automatiknya baru dia perasaan akan tanda itu. Oh di sini rupanya tanda tu padan la aku cari tak jumpa.  Sikit punya besar pun boleh aku tak perasaan.  Kemudian Daim senyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih sebagai tanda bebas dari pengaruh tembakau. Hu…hu…hu.
Sori la Kak AD. Achik tak perasaan la tanda ni dekat sini. Hi…hi…hi.”
“ Oh kau dah ganyang akak baru nak ngaku? Nah! hamik kau sedas. Padan muka kau.”
            Entah mana datang kusyen tetiba ada dekat tangan Dahlia. Bertuli-tuli kusyen tu dihempukkan k e kepala Daim. Delila dan Delita pun join sama. Bukan sebab nak balas bagi pihak Dahlia tapi lebih kepada membalas perbuatan Daim memulakan perang kusyen.
            “ Ampun Kak AD.  Achik janji tak buat lagi…” betul-betul merayu Daim Kepada Kak Ad tapi lansung tak di endahkannya.
Di suatu sudut.
“ Mak apa hal ni?” soal Abang Daiz kepada Mak Cik Kesuma Dewi.
“ Daim tak yakin Dahlia tu kakak dia tu yang dia koreknya lubang hidung mata orang tu. Dia pelik tengok Dahlia kurus dari masa kita mula-mula menganto Dahlia ke KLIA dulu.” Terang Mak Cik Kesuma Dewi.
“ ish apa la Daim ni dah tentu-tentu masa nganto Dahlia kisah 5 Tahun lepas.”
“ itu la pasal. Dia mana pernah tengok gambar Dahlia sejak-sejak dia masuk tentera.”
Seketika kemudian…
“ assalamualaikum…”
“ wa’alaikumsalam…” jawap Mak Cik Kesuma Dewi, Kak Dian dan along serentak.
“ udoh nape ni mak? Habis Daim jadi mangsa anak-anak dara mak ni?” tegur Alang.
“Perang kusyen” jawap Abang Daiz ringkas.
“ aduh…” melekap satu kusyen ke muka Abang Daiz.
Sori along tak sengaja la.” Balas Daim smabil mengelakkan diri dari dikejar Kak AD.
“ wah ni dah lebih. Siap la korang.” Abang Daiz membuat-buat seperti menyengsing lengan baju walhal baju dah memang lengan pendek.
Satu lagi kusyen melayang tepat ke muka Abang Dani. Bergerak ke belakang Abang Dani yang tak ready untuk di serang.  Nasib la Kak Lin ada di belakang tahan badan Abang Daniyang keremping.
“ Jom alang kita kerjakan budak army ni sampai lunyai.” Ajak Abang Daiz.
“ Jom…” balas Abang Dani sebaris..
Gamat kembali rumah Arwah Pak Cik Muda Hitam dengan keletah anak-anaknya. Habis Daim di serang selagi mahu.
“ Mana aci 4 lawan 1” sempat Daim merunggut.
“ Aci tak aci. Nak jumpa aci pi la Jalan Masjid India nun.” Balas Abang Daiz sambil mengejar Daim.
Mak Cik Kesuma Dewi dan menantu-menantunya hanya mampu bergelak melihat kelatah mereka adik-beradik. Macam-macam halnya diorang ni. Kalau berjumpa tak buat onak tak sah agaknya. Yang selalu bikin onak mesti la si Daim.
“ Meh tolong mak bawa barang Dahlia ke dalam.” Ajak Mak Cik Kesuma Dewi pada menantu-menantunya. Kak Diana dan Kak Lin mengangguk. Belum sempat mereka turun tangga rumah tiba-tiba ada yang jatuh macam nangka busuk sebelah mereka.
“aaaacccccchhhhhiiikkk… “ Serentak semua menjerit melihat Daim terjun ke tanah dari arah tingkap.

No comments: