~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~



~Selamat Datang ke Laman Che Ezaitie~

Salam kepada semua yang mengikuti ~ Ragam Empunya Blog~ ini. blog ini tercipta adalah untuk meluahkan rasa, mencurahkan idea, memperkembangkan karya dan juga corak coret sebuah rentetan kehidupan...diharapkan segala yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari Che Ezaitie...

TQ kerna ikuti ~ Ragam Empunya Blog ~

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tuesday, July 10, 2012

Hoore! Hoore!




Hoore! Hoore! ni Che Ezaitie tengok dalam youtube je. hehehe...sebuah cerita yang menarik dan sesuai tonton oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.

Cerita Hoore! Hoore! ini mengisahkan tentang Nurul Aiman yang sedang cuba mencari self convident level yang tersendiri. dia merasakan orang gemuk dan tidk cantik seperti mana ejekkan Rita telah membuatkan Nurul Aiman semakin terngelam dalam emosinya sendiri. Mujur, Nenek Zaimah yang ditugaskan oleh Ibu dan Ayah Nurul Aiman untuk menjaganya sepanjang mereka mengerjakan Umrah. 

Nenek Zaimah telah mencorakkan sesuatu yang diluar jangkaan Nurul Aiman. Nenek Zaimah 'telah' memastikan Nurul Aiman mengikuti suatu pertandingan Ratu Idola. Walau bagaimana pun, Nurul Aiman yang mempunyai kawan baik Ana dan Dan tidak mendapat sokongan moral daripada mereka berdua. Nurul Aiman hampa. tapi mujur, Johari yang dalam diam menyukai Nurul Aiman telah memberikan sepenuh sokongan kepada Nurul Aiman sehingga dia kantoi dengan ayahnya, seorang cikgu.

Sepanjang pertandingan Ratu Idola berlangsung, pelbagai dugaan yang berlaku. Johari tidak dapat lagi menemani Nurul Aiman. Ibu Nurul Aiman menghalang keras Nurul Aiman dari meneruskan usahanya. lantaran terlalu menjaga adap dan sopan gadis muslim. namun, kata-kata ibu Nurul Aiman telah menguris hati Nenek Zaimah dan pada malam kejadian itu juga, Nenek Zaimah yang sememangnya sedang menahan sakit semput, menghembuskan nafas terakhir dipangkuan Nurul Aiman. ini menambah  lagi tekanan kepada Nurul Aiman.

Johari yang langsung tidak dapat berjumpa dengan Nurul Aiman telah mewujudkan satu laman web yang dinamakan Walawei Debab. laman web ini, adalah untuk mempromosikan Nurul Aiman dalam Ratu Idola .serta membersihkan tanggapan masyarakat terhadap penyertaan Nurul Aiman. 

so, ending crte dia Nurul Aiman ni menang tapi dia menang kasih sayang. Rita yang nak sangat crown tu, Nurul Aiman beri tanpa ada sebarang prajudis sebab Nurul Aiman dapat kasih sayang Ibunya balik... ;P

No comments: